Anda di halaman 1dari 195

PROSIDING

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN (SPTMTE 2015) JILID 3


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
(MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH)
- PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

16 - 19 APRIL 2015

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Miri, Sarawak
PROSIDING
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN (SPTMTE 2015) JILID 3

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


(MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH)
- PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

 Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak


Cetakan 2015

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara
apa pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Jabatan Matematik, Institut
Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri, Sarawak.

ISBN 978-967-0162-32-4

Reka Bentuk Kulit: Lau Siu Hee dan Lim Ai Giok

Diatur Huruf : Nackles Ak Sebi, Sofian Bin Perasis dan Wong Wan Ting

Dicetak oleh Maztrade Service, Kuching, Sarawak, Malaysia

Diterbitkan oleh
Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam
98009 Miri
Sarawak
Malaysia
Tel: 085-421201
Faks: 085-434178
PRAKATA

Salam Sejahtera

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Matematik


Pendidikan Rendah) mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), PISMP-PJJ melalui Program
Pensiswazahan Guru (PPG) bertujuan melahirkan guru-guru siswazah dalam bidang
Matematik Pendidikan Rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran, dan keterampilan profesionalisme. Program ini diharap
dapat menghasilkan pelajar yang berupaya merangka dan menjalankan penyelidikan
untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran.
Kursus MTE3133 Penyelidikan Tindakan I dan MTE3153 Penyelidikan
Tindakan II telah ditawarkan dalam program ini untuk pengajian Tahun 4. Kursus ini
memberi pengetahuan tentang pelbagai kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan
asas penyelidikan. Kursus ini juga bertujuan untuk meneroka cara-cara memperolehi
kemahiran merancang dan melaksana satu kajian tindakan, menganalisis dan
menginterpretasi data penyelidikan, dan kaedah pendokumentasian hasil
penyelidikan tindakan dalam bentuk laporan atau kertas kerja kajian. Selain itu,
kursus ini memberikan peluang kepada pelajar mengorganisasikan satu seminar
penyelidikan tindakan dan membentangkan kertas penyelidikan tindakan dalam
seminar berkenaan.
Prosiding SPTMTE2015 mengandungi tiga (3) jilid diterbitkan sempena
Seminar Penyelidikan Tindakan oleh kumpulan pelajar PPG Ambilan Jun 2011 yang
bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri pada 16-19 April 2015.
Dengan usaha gigih ahli jawatankuasa, prosiding ini dapat disiapkan dengan jayanya
dan merupakan prosiding keenam yang dikeluarkan oleh Jabatan Matematik.
Tiga (3) jilid Prosiding SPTMTE2015 memuatkan 53 artikel yang telah
dibentangkan di seminar dan dicetak dalam prosiding ini. Artikel dalam prosiding ini
menjurus kepada penyelidikan tindakan dalam pendidikan Matematik. Jutaan terima
kasih diucapkan kepada penyumbang artikel.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pensyarah Jabatan
Matematik dan Pelajar PISMP (Matematik Pendidikan Rendah) mod PJJ Ambilan
Jun 2011 kerana memberi sokongan yang padu dalam menjayakan seminar dan
penerbitan tiga jilid prosiding SPTMTE2015 ini. Segala kekurangan pihak kami
memohon kemaafan dan diharap akan dapat dijadikan panduan pada masa akan
datang.

Sekian, terima kasih.

Dr Hu Laey Nee
Penyelaras Penyelidikan Tindakan
Jabatan Matematik
KANDUNGAN
PRAKATA

BAGAIMANA MEMBANTU MURID TAHUN 2


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDARKAN
NOMBOR BULAT? 1
Sia Hung Hee, Hu Laey Nee

MEMBACA ALAT PENGUKURAN JISIM MELALUI TEKNIK


TIMBANG PECAHAN (TP) 14
Mohamad Zaidi Ismail, Ernie Kho Siaw Nee

MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID


MEMBAHAGI DALAM LINGKUNGAN 100 000 DENGAN
DUA NOMBOR MELALUI KAEDAH ALTERNATIF
DENGAN BETUL DAN SISTEMATIK 27
Fardyza Mohamad, Hamden Gani

MEMBANTU MURID MENDARAB SEBARANG


NOMBOR DENGAN 2 DIGIT NOMBOR DENGAN
PENGGUNAAN TEKNIK TIANG 38
Lim Ai Giok, Si Tong Yong

MEMBANTU MURID MENGUASAI PENDARABAN DUA


NOMBOR MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA
DENGAN KAEDAH KEKISI 49
Nackles Sebi, Ernie Kho Siaw Nee

MEMBANTU MURID PROTIM TAHUN 5


MENYELESAIKAN MASALAH PENDARABAN
NOMBOR BULAT DENGAN PENDARABAN KEKISI 62
Huud Sulong, Hamden Gani

MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENGUASAI


KEMAHIRAN PENDARABAN MENGGUNAKAN
KAEDAH PERMAINAN 71
Lydia Ungam, Hamden Gani

MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI


PENOLAKAN MELIBATKAN PENGUMPULAN
SEMULA DENGAN TEKNIK “KIRAAN CEKAP” 84
Sofian Perasis, Ernie Kho Siaw Nee

MEMBANTU MURID-MURID TAHUN EMPAT


MEMBINA SIFIR NOMBOR DUA DIGIT DALAM
KEMAHIRAN MEMBAHAGI MENGGUNAKAN TEKNIK
(SPAD) 97
Abdul Hallem Mohamad Yusof, Si Tong Yong
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK DENGAN
PENGUMPULAN SEMULA DALAM BENTUK LAZIM
BERBANTUKAN BBM 109
Lai Hui Fah, Ernie Kho Siaw Nee

PENGGUNAAN „KUMPULAN SAYA‟ MEMBANTU


MURID TAHUN 5 MENUKARKAN PERKATAAN YANG
DIBERIKAN DALAM BENTUK ANGKA 122
Rezina Malik, Si Tong Yong

PENGGUNAAN KAEDAH KEKISI DALAM


KEMAHIRAN MENGUMPUL SEMULA NOMBOR TIGA
DIGIT DENGAN SATU DIGIT 134
Annie Dilang, Ernie Kho Siaw Nee

PENGGUNAAN MODEL RUMAH NOMBOR


MEMBANTU MENULIS BENTUK LAZIM MENGIKUT
NILAI TEMPAT BAGI OPERASI TAMBAH 146
Elizabeth Thomas Kana, Si Tong Yong

PENGGUNAAN PETAK SIFIR UNTUK MEMBANTU


MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN
MENULIS PECAHAN SETARA 156
Salwani Gani, Ernie Kho Siaw Nee

PETA ALIR VISUALISASI MODEL POLYA


MEMBANTU MURID MENYELESAIKAN SOALAN
PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK
Moh Ling Ing, Hu Laey Nee 167

PROGRAM DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI


KEMAHIRAN MENDARAB DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH MENULIS JADUAL 180
Ha Hang Ping, Hamden Gani

5
BAGAIMANA MEMBANTU MURID TAHUN 2 MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBUNDARKAN NOMBOR BULAT?

SIA HUNG HEE1


HU LAEY NEE2

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan dengan membantu meningkatkan penguasaan dalam
kemahiran membundaran nombor bulat kepada puluh dan ratus yang terdekat di
kalangan murid-murid Tahun 2. Kajian ini menggunakan Model kajian Stephen
Kemmis (1983). Enam responden dipilih berdasarkan pemerhatian dan latihan buku
aktiviti. Hasil kerja daripada buku aktiviti menunjukkan responden tidak menguasai
kemahiran dalam pembundaran nombor bulat. Kajian ini memfokuskan penggunaan
“Bukit Bundar” dan pengubahsuaian peta titi dalam menambahbaik proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran membundarkan nombor bulat kepada puluh
dan ratus yang terdekat. Data dikumpul melalui pemerhatian, temubual dan analisis
dokumen. Data yang dikumpul dianalisis secara kualitatif. Hasil dapatan kajian ini
menunjukkan perubahan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan
“Bukit Bundar” dan pengubahsuaian peta titi dapat membantu murid menguasai
kemahiran membundarkan nombor bulat. Dapatan kajian juga menunjukkan minat
murid dapat ditingkatkan.

ABSTRACT
This action research was conducted to help Year 2 Students to improve the skills of
rounding off numbers which was rounded to the nearest tens and nearest hundreds.
This action research uses the Stephen Kemmis (1983) Action Research Model. Six
respondents selected based on observation and training activity book. Result from
the activity book showed that the respondents have not acquired in the rounding off
number. This action research focuses on the use of "Round Hill" and renovations
bridge map in improving teaching and learning process to round off whole numbers
to the nearest tens and nearest hundreds. Data was collected through observations,
interviews and document analysis. Data were collected analyzed by qualitatively.
The result showed that indicate changes in teaching and learning practices with the
use of "Round Hill" and modifications bridge map can help students master the
skills rounding off e numbers. The result also showed that interest in students can be
improved.

PENDAHULUAN

Secara umumnya, Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang


sangat penting dalam pembelajaran murid-murid sejak awal pendidikan. Matematik
juga merupakan suatu bidang yang menyeronokkan dan berkait rapat dengan situasi
kehidupan seharian manusia. Dalam Dokumen Standard Matematik Tahun 1
(Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2010) menyatakan bahawa pembelajaran
Matematik bertujuan memberi peluang kepada murid-murid untuk melaksanakan
tugasan kreatif berbentuk penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis serta
pemikiran abstrak. Oleh yang demikian, penekanan awal perlu dilakukan sejak kecil
lagi kerana ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi proses penerimaan ilmu
matematik yang lebih kompleks kelak.
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam pengajaran topik nombor bulat, pengkaji mendapati bahawa terdapat


beberapa orang murid tidak dapat menjawab latihan pembundaran nombor bulat
dalam puluh dan ratus yang terdekat dengan betul. Dalam sukatan pelajaran
matematik Tahun 2, kemahiran pembundaran dalam topik nombor bulat adalah
membundaran nombor bulat kepada puluh dan ratus yang terdekat dalam lingkungan
1000. Ia agak berbeza sedikit dengan sukatan pelajaran Matematik Tahun 1 yang
melibatkan nombor sehingga 100 sahaja. Oleh yang demikian, murid-murid
memberikan jawapan yang salah semasa membuat latihan pembundaran nombor
bulat. Mereka keliru dengan cara pembundaran nombor bulat kepada puluh dan ratus
yang terdekat. Rajah 1 menunjukkan hasil seorang murid menulis jawapan dengan
sesuka hati dalam membundarkan nombor bulat pada garis nombor.

Rajah 1: Membundarkan nombor bulat pada garis nombor secara sesuka hati.
Rajah 2 menunjukkan salah satu lagi kesilapan murid dalam pembundaran
nombor bulat kepada puluh dan ratus yang terdekat. Mereka menulis jawapan
berdasarkan digit nombor di mana nombor tersebut berada di nilai tempat puluh dan
ratus.

PEMBUNDARAN
PULUH
RATUS

Rajah 2: Murid menulis jawapan mengikut nilai tempat puluh dan ratus.
Menurut Muhammad Shamin Ghazali dan Mazlan Ibrahim (2013),
kebanyakan muridnya juga mengalami kesukaran dan bermasalah untuk
menyelesaikan soalan yang melibatkan pembundaran nombor bulat kepada puluh dan
ratus yang terdekat. Menurut Suraya Othman (2006) pula, pelajar tidak dapat
membundarkan nombor bulat pada nilai tempat yang dikehendaki. Kesalahan yang
sering dilakukan oleh pelajar-pelajar ini tidak menukarkan digit selepas tempat
pembundaran kepada sifar. Mereka juga sering terlupa untuk menambah satu kepada
nilai tempat yang hendak dibundarkan jika digit di sebelah kanannya bernilai 5 atau
lebih.

FOKUS KAJIAN

Satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk mengatasi kelemahan dalam


kemahiran membundarkan nombor bulat, iaitu menggunakan “Bukit Bundar” untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam konsep pembundaran nombor bulat dalam

2
Sia Hung Hee & Hu Laey Nee

lingkungan 1000. “Bukit Bundar” dicetus dalam minda pengkaji dsebabkan oleh
murid-murid pengkaji tidak boleh diajar melalui kaedah “chalk and talk” sahaja.
Maka, pengkaji mengambil keputusan untuk menggunakan “Bukit Bundar” bagi
tujuan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran dalam topik pembundaran nombor
bulat seperti Rajah 3.
4 5

6
A 3 B
7
digit sifar 2 digit sifar
8
0 1 9
2

Rajah 3: “Bukit Bundar” yang digunakan.


“Bukit Bundar” ini terdiri daripada sebuah gunung dengan dua pondok di
mana satu pondok terletak di sebelah kiri yang dinamakan pondok A dan satu lagi
pondok yang terletak di sebelah kanan dinamakan pondok B. Dalam pondok A dan
pondok B mempunyai ruangan “digit” dan “sifar”. Nombor bermula dari 0 hingga 4
diletakkan di bahagian kiri manakala nombor dari 5 hinnga 9 diletakkan di bahagian
kanan. Dengan menyelesaikan masalah yang masih dihadapi oleh responden,
pengkaji membuat perubahan atas “Bukit Bundar” yang sedia ada. Corak “Bukit
Bundar” yang direka dan diubahsuai menjadi jenis “Peta Titi” berdasarkan gambaran
jenis peta I-Think. Dalam penulisan refleksi Lee Hou Yew dan Gan We Ling (2012)
mencatatkan bahawa peta pemikiran dapat membantu murid dalam
mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan pemahaman serta membantu
murid membentangkan idea-idea bernas dan baru. Mengikut Hyerle dan Yeager
(2007) pula, peta pemikiran memudahkan murid memahami konsep, menganalisis
masalah dan mencari penyelesaian. Maka, pengkaji mengambil sebahagian lakaran
daripada peta titi untuk menggantikan corak bukit seperti dalam Rajah 4.
5
4
6
A 3
B
2 7
digit sifar digit sifar
0 1 8 9
2

Rajah 4: Corak bukit berdasarkan Peta Titi.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu:


a) Menambahbaik amalan pengkaji dalam membantu murid-murid Tahun 2
membundarkan nombor bulat.
b) Membantu meningkatkan penguasaan pembundaran nombor bulat di
kalangan murid-murid Tahun 2 dengan menggunakan “Bukit Bundar” dan
jenis “Peta Titi”.
c) Meningkatkan minat murid-murid terhadap pembelajaran kemahiran
pembundaran nombor bulat melalui “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi”.

3
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Soalan kajian yang dinyatakan dalam kajian tindakan ini adalah:


a) Bagaimanakah menambahbaik amalan pengkaji dalam membantu murid-
murid Tahun 2 membundarkan nombor bulat?
b) Adakah penguasaan pembundaran nombor bulat dapat membantu murid-
murid Tahun 2 melalui “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi”?
c) Adakah minat murid-murid terhadap pembelajaran kemahiran pembundaran
nombor bulat dapat ditingkatkan melalui “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi”?

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran yang terpilih dalam kajian ini adalah seramai enam orang
murid Tahun 2 yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan empat orang murid
perempuan. Responden dipilih berdasarkan pencapaian mereka semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan hasil kerja dalam buku aktiviti mereka.
Kumpulan ini terdiri daripada murid-murid yang pencapaian sederhana dan lemah
dalam Matematik. Jadual 1 menunjukkan profil setiap responden dalam kajian ini.
Jadual 1: Profil Responden Kajian.
Responden
Umur Jantina Kaum Ciri-ciri
(R)
Memerlukan bimbingan yang
R1 8 tahun Lelaki Cina
berterusan.
Agak lambat dan sentiasa
8 tahun Perempuan Iban
R2 ketinggalan.
R3 8 tahun Perempuan Iban Sering cuai sewaktu mengira.
R4 8 tahun Lelaki Iban Cepat hilang tumpuan.
R5 8 tahun Perempuan Cina Keyakinan diri yang rendah.
R6 8 tahun Perempuan Cina Sering cuai sewaktu mengira.

PROSEDUR TINDAKAN

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji menjalankan kajian tindakan secara 2


kitaran berdasarkan Model Stephen Kemmis (Rosinah Edinin, 2013; Ho Ho Tong
et al., 2014) yang terdiri daripada empat langkah utama, iaitu merancang, bertindak,
memerhati dan mereflek sdalam satu kitaran lengkap.
Dalam fasa merancang, pengkaji telah merangka “Bukit Bundar” dan jenis
“Peta Titi” bagi membantu responden menyelesaikan masalah yang melibatkan
pembundaran nombor bulat seperti dalam Rajah 3 dan Rajah 4. Pengkaji mengaitkan
“Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi” dengan sebuah cerita yang ringkas. Rajah 6
menunjukkan sebuah cerita yang disampaikan oleh pengkaji.

Pada suatu hari, terdapat seorang pekerja ingin meletakkan sekeping papan
tanda yang bernombor pada bukit ini. Dia akan mengambil papan tanda
mengikut nombor yang digariskan, iaitu papan tanda yang bernombor “__” dan
cari kawasan yang berlabel “_” untuk diletak. Selepas selesai kerjanya, dia akan
mencari pondok yang terdekat untuk berehat sementara. Murid-murid, tolong
carikan pondok yang akan dipilih oleh pekerja itu untuk berehat.

Rajah 6: Cerita yang disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

4
Sia Hung Hee & Hu Laey Nee

Sebagai contoh, bundarkan 134 kepada puluh yang terdekat. Pengkaji


meminta responden menulis nilai tempat puluh di atas nombor yang berkenaan
seperti dalam Rajah 7a. Kemudian, pengkaji membimbing responden melukiskan
satu garis tegak untuk memisahkan nombor 3 dengan nombor 4 seperti dalam Rajah
7b.
a. pu b. pu
1 3 4 1 3 4
Rajah 7: Cara menulis nilai tempat puluh di atas nombor berkenaan.
Pengkaji memberi penjelasan bahawa didapati satu sifar (0) dalam digit
nombor sepuluh, jadi isi satu “0” dalam ruangan sifar pada kedua-dua pondok
tersebut. Kemudian, nombor yang di sebelah kiri, iaitu 13 diisi ke dalam ruangan
digit pada pondok A, diikuti dengan nombor 14 diisi ke dalam ruangan digit pada
pondok B. Jadi, 130 adalah nilai pada pondok A dan 140 adalah nilai pada pondok B.
Selepas itu, murid-murid dibimbing dengan sebuah cerita yang disampaikan oleh
pengkaji. Pengkaji membimbing murid-murid bahawa pondok yang dipilih oleh
pekerja untuk berehat adalah hasil pembundaran yang diperolehi. Jadi, hasil
pembundaran nombor 134 kepada puluh yang terdekat ialah 130 seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 8.
4 5

6
A 3 B
7
digit sifar 2 digit sifar
8
13 0 1 9 14
0 0
2

Rajah 8: Contoh hasil jawapan pembundaran melalui “Bukit Bundar”.


Pengkaji juga menggunakan cara yang sama untuk membimbing responden
mendapatkan hasil pembundaran berdasarkan jenis “Peta Titi” seperti dalam Rajah 9.
5
4
6
A 3
B
2 7
digit sifar digit sifar
0 1 8 9
13 0 2 14 0
Rajah 9: Contoh hasil jawapan pembundaran melalui jenis “Peta Titi”.
Dalam fasa tindakan, pengkaji memperkenalkan “Bukit Bundar” dalam
kitaran 1 dan jenis “Peta Titi” dalam kitaran 2 kepada responden semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji menjalankan sesi pemerhatian untuk menilai
murid terhadap kemahiran pembundaran nombor bulat sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung dengan menggunakan senarai semak pemerhatian.
Kemudian, pengkaji mengedarkan lembaran kerja untuk mengukur tahap penguasaan
responden terhadap kemahiran pembundaran nombor bulat yang dipelajari.
Seterusnya, sesi temu bual dijalankan untuk mendapatkan maklum balas daripada
responden terhadap kemahiran pembundaran nombor bulat dengan pengenalan
“Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi”. Akhirnya, satu ujian pencapaian dilaksanakan.
Dalam fasa pemerhatian dalam kitaran 1 dan kitaran 2, pengkaji menganalisis
data yang dikumpul. Hasil lembaran kerja dan ujian pencapaian yang dilaksanakan

5
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

digunakan untuk mengesan sama ada perubahan amalan pengajaran dan


pembelajaran dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran pembundaran
nombor bulat dalam kalangan murid-murid Tahun 2. Senarai semak pemerhatian dan
soal temu bual juga digunakan untuk melihat peningkatan minat responden terhadap
pembelajaran kemahiran pembundaran nombor bulat dan penambahbaikan amalan
pengkaji dalam membantu murid-murid membundar nombor bulat melalui “Bukit
Bundar” dan jenis “Peta Titi” yang diperkenalkan.
Dalam fasa refleksi, pengkaji membuat penilaian tentang kekuatan dan
kelemahan pada “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi” berdasarkan hasil analisis data.
Penubuhan amalan pengajaran yang berjaya telah menunjukkan responden dapat
ditingkatkan penguasaan dan perubahan minat mereka dalam pembelajaran
kemahiran pembundaran nombor bulat.

CARA MENGUMPUL DATA

Sepanjang kajian yang dijalankan dalam 2 kitaran, pengkaji menggunakan


tiga teknik pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.
Pemerhatian berstruktur dilakukan ke atas tingkah laku responden sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pengkaji menggunakan senarai semak
pemerhatian kajian sebagai garis panduan untuk mengesan perubahan minat
responden dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membundarkan nombor
bulat. Hasil dapatan secara keseluruhan telah memberi gambaran sebenar sikap
responden terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Teknik temu bual berstruktur digunakan untuk mengumpul data pemahaman
dan penguasaan responden terhadap kemahiran membundarkan nombor bulat dengan
menggunakan “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi” dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Lima soalan temu bual telah digunakan oleh pengkaji untuk
mendapatkan maklum balas peserta kajian terhadap “Bukit Bundar” dan jenis “Peta
Titi” dalam mempelajari kemahiran membundarkan nombor bulat. Responden hanya
memerlukan memberikan jawapan “Ya” atau “Tidak” sahaja.
Dokumen dalam bentuk hasil kerja responden juga merupakan sebahagian
daripada data dalam kajian ini. Pengkaji mengumpul data melalui hasil Lembaran
Kerja 1, Lembaran Kerja 2 dan Ujian Pencapaian 1 dalam kitaran 1 serta Lembaran
Kerja 3, Lembaran Kerja 4 dan Ujian Pencapaian 2 dalam kitaran 2. Hasil kerja dan
ujian pencapaian responden disemak dan dianalisis bagi mengesan perkembangan
penguasaan kemahiran membundarkan nombor bulat dengan penggunaan strategi
“Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi”.

CARA MENGANALISIS DATA

Pengkaji menganalisis data berdasarkan pengumpulan data melalui senarai


pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Pengkaji membuat analisis ke atas
responden berdasarkan hasil dapatan mengenai kekerapan kriteria pemerhatian yang
diperolehi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung pada kitaran 1
dan kitaran 2. Data yang diperolehi dianalisis untuk mendapatkan dua dapatan, iaitu
dari segi minat responden dan amalan pengajaran pengkaji terhadap pembelajaran
kemahiran membundarkan nombor bulat dengan “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi”
melalui senarai semak pemerhatian.

6
Sia Hung Hee & Hu Laey Nee

Instrumen temu bual dibuat oleh pengkaji bagi melihat aspek penting yang
dikaji dalam kajian tindakan ini untuk mendapatkan maklum balas daripada
responden. Pemahaman dan penguasaan responden dalam menggunakan “Bukit
Bundar” dan jenis “Peta Titi” diperhatikan sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran. Data yang didapati melalui sesi temu bual telah menilai sama ada
responden memberikan maklum balas yang positif (Ya) ataupun negatif (Tidak)
terhadap setiap soalan yang diajukan terhadap penggunaan “Bukit Bundar” dan jenis
“Peta Titi” dalam penguasaan kemahiran membundarkan nombor bulat.
Hasil kerja responden dalam lembaran kerja dan ujian pencapaian dianalisis.
Hasil analisis dokumen ini menfokuskan kepada penguasaan responden berdasarkan
lembaran kerja yang dibuat dan ujian pencapaian yang dijalankan selepas
penggunaan “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi” dalam pembelajaran kemahiran
membundarkan nombor bulat. Berdasarkan bilangan soalan dijawab betul yang
diperolehi oleh responden dalam lembaran kerja dan ujian pencapaian, pengkaji
dapat mengetahui perkembangan penguasaan kemahiran responden sepanjang
tempoh kajian dijalankan.

DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian ini telah diperoleh daripada pengumpulan data melalui
pemerhatian, hasil temu bual dan analisis dokumen responden yang diperolehi
melalui lembaran kerja dan ujian pencapaian yang dijalankan.

Menambahbaik amalan pengkaji dalam pengajaran kemahiran


membundarkan nombor bulat
Pengkaji membuat analisis terhadap kekerapan kriteria pemerhatian yang
ditetapkan dalam senarai semak pemerhatian untuk mengumpul data amalan
pengajaran terhadap pembelajaran kemahiran membundarkan nombor bulat dengan
“Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi”. Analisis Pemerhatian dalam Kitaran 1 dan
Kitaran 2 ditunjukkan pada Jadual 3.
Jadual 3: Dapatan Pemerhatian kitaran 1 dan kitaran 2
Kitaran 2
Kitaran 1
jenis “Peta
“Bukit Bundar”
Titi”
Kriteria Responden (R) Responden (R)
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R1 R2
Mendengar dan
K1 ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕
mengikut arahan.

Jawab soalan tanpa


K4 × × ∕ ∕ × ∕ ∕ ∕
bantuan.
Mahir menggunakan
K5 “Bukit Bundar” / jenis ∕ × ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕
“Peta Titi”.
Berdasarkan Jadual 3, dapat dilihat bahawa responden R1, R2 dan R5 masih
tidak dapat jawab soalan tanpa bantuan guru setelah “Bukit Bundar” diperkenalkan
dalam pengajaran pengkaji. Responden R2 pula tidak mahir menggunakan “Bukit
Bundar” untuk mendapatkan jawapan. Manakala, pengkaji membuat perubahan

7
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

amalan pengajaran dengan jenis “Peta Titi”, responden R1 dan R2 memberi


komitmen yang penuh terhadap pengajaran yang disampaikan oleh pengkaji sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan menggunakan jenis “Peta
Titi”. Pengkaji juga memperoleh data melalui sesi temu bual yang dijalankan kepada
responden. Pengkaji menggunakan tiga soalan temu bual untuk melihat perubahan
amalan pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan “Bukit Bundar” dan jenis
“Peta Titi”. Jadual 4 menunjukkan hasil analisis temu bual yang dijalankan ke atas
responden selepas “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi” diperkenalkan.
Jadual 4: Dapatan sesi temubual kitaran 1 dan kitaran 2
Kitaran 2
Kitaran 1
jenis “Peta
“Bukit Bundar”
Titi”
Responden (R) RespondenR
Soalan
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R1 R2

Adakah soalan
2 pembundaran nombor bulat TK TK Y TK TK TK TK TK
sukar bagi anda?
Adakah “Bukit Bundar” /
jenis “Peta Titi” membantu
3 anda menguasai kemahiran Y Y Y Y Y Y Y Y
membundarkan nombor
bulat?
Adakah penggunaan “Bukit
5 Bundar” / jenis “Peta Y Y Y Y Y Y Y Y
Titi”senang difahami?
Petunjuk: Y: Ya TK: Tidak
Menurut Jadual 4, responden R1, R2, R4, R5 dan R6 mengatakan bahawa
soalan membundarkan nombor bulat tidak sukar bagi mereka. Manakala responden
R3 memberi maklum balas bahawa soalan pembundaran nombor bulat adalah sukar
untuknya pada kitaran 1. Daripada Jadual 4, pengkaji juga dapat dilihat bahawa
semua responden menyatakan bahawa “Bukit Bundar” dapat membantu mereka
untuk menguasai kemahiran pmembundarkan nombor bulat. Dapatan dari temu bual
bersama responden selepas perubahan amalan pengajaran dalam kitaran 2
menunjukkan bahawa responden R1 dan R2 berpendapat bahawa soalan
pembundaran nombor bulat tidak sukar bagi mereka lagi. Mereka juga berpendapat
bahawa jenis “Peta Titi” dapat membantu mereka menguasai kemahiran
membundarkan nombor bulat kerana jenis “Peta Titi” lebih senang difahami daripada
menggunakan “Bukit Bundar”.

Penguasaan murid dalam kemahiran membundarkan nombor bulat


Instrumen yang digunakan adalah lembaran kerja 1, lembaran kerja 2, ujian
pencapaian 1 dalam kitaran 1, lembaran kerja 3, lembaran kerja 4 dan ujian
pencapaian 2 dalam kitaran 2. Melalui hasil kerja responden, pengkaji dapat
mengesan perkembangan penguasaan responden terhadap kemahiran membundarkan
nombor bulat dengan penggunaan “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi”. Berdasarkan
hasil kerja dan ujian pencapaian yang dibuat oleh responden, pengkaji membuat
analisis dengan mengirakan bilangan soalan dijawab betul oleh setiap responden
untuk menunjukkan perkembangan penguasaan responden dalam kemahiran

8
Sia Hung Hee & Hu Laey Nee

pembundaran. Jadual 5 menunjukkan pencapaian responden bagi setiap lembaran


kerja dan ujian pencapaian yang didapati dalam kitaran 1 dan kitaran 2.

Jadual 5: Pencapaian responden dalam kitaran 1 dan kitaran 2


Kitaran 1 Kitaran 2
“Bukit Bundar” jenis “Peta Titi”
Jumlah bilangan soalan dijawab Jumlah bilangan soalan
betul dijawab betul
Responden LK1 LK 2 UP 1 LK3 LK 4 UP 2
(R) (10 (10 (10 (10 (10 (10
soalan) soalan) soalan) soalan) soalan) soalan)
R1 10 9 9 10 10 10
R2 9 9 7 9 9 10
R3 10 6 10
R4 9 10 10
-
R5 9 5 10
R6 10 9 10
Berdasarkan Jadual 5, pengkaji dapat melihat bahawa responden R1, R3 dan
R6 dapat menjawab semua soalan dengan betul dalam lembaran kerja 1 yang
diberikan, tiga orang responden yang lain (R2, R4 dan R5) pula mendapat sembilan
soalan dijawab betul. Semasa membuat latihan dalam lembaran kerja 2 pula, data
tersebut menunjukkan bahawa hanya responden R4 saja dapat menjawab semua
soalan yang diberikan tanpa melakukan sebarang kesalahan dalam latihan yang
diberikan. Seterusnya, responden R1, R2 dan R6 dapat menjawab sembilan soalan
dengan betul. Responden R3 pula dapat menjawab enam soalan dengan betul.
Manakala responden R5 hanya terdapat lima soalan daripada sepuluh soalan dijawab
betul. Selepas diberi pengukuhan, pengkaji menjalankan satu ujian pencapaian 1
kepada keenam-enam orang responden untuk mengesan perkembangan penguasaan
responden dalam kemahiran membundar. Berdasarkan keputusan yang didapati,
dapat dilihat dengan jelas bahawa responden R3, R4, R5 dan R6 mendapat keputusan
yang baik, iaitu dapat menjawab sepuluh soalan yang diberikan dengan tepat dan
betul. Responden R1 mendapat sembilan soalan dijawab betul. Responden R2 hanya
dapat menjawab tujuh soalan dengan betul.

Minat murid-murid terhadap pembelajaran kemahiran pembundaran nombor


bulat
Berdasarkan Jadual 6, responden R3, R5 dan R6 menunjukkan mereka telah
melibatkan diri secara sukarela sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Responden R1, R2 dan R4 pula tidak menunjukkan pencapaian dalam
aspek penglibatan diri secara sukarela dalam pengajaran pengkaji. Kriteria 3 pula
menunjukkan terdapat tiga orang responden (R3, R4 dan R6) yang menunjukkan
dirinya yakin dengan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala tiga
orang responden yang lain (R1, R2 dan R5) tidak menunjukkan keyakinan diri untuk
bertanya dan memberi pandangan. Selepas membuat penambahbaikan, responden R1
dan R2 telah menunjukkan pencapaian pada kedua-dua kriteria, iaitu dari segi
penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti dan juga menunjukkan keyakinan diri
pada kitaran 2.

9
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Jadual 6: Dapatan Pemerhatian dari segi minat kitaran 1 dan kitaran 2


Kitaran 1 Kitaran 2
“Bukit Bundar” jenis “Peta Titi”
Responden (R) Responden (R)
Kriteria
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R1 R2

Melibatkan diri secara


K2 × × ∕ × ∕ ∕ ∕ ∕
sukarela.

Menunjukkan
K3 × × ∕ ∕ × ∕ ∕ ∕
keyakinan diri.

Pengkaji juga menggunakan data yang diperolehi melalui temu bual yang
dijalankan kepada responden untuk melihat minat responden terhadap pembelajaran
kemahiran membundarkan nombor bulat. Jadual 7 menunjukkan dapatan hasil temu
bual yang dijalankan ke atas responden selepas “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi”
diperkenalkan.
Jadual 7: Dapatan sesi temubual kitaran 1 dan kitaran 2
Kitaran 2
Kitaran 1
jenis “Peta
“Bukit Bundar”
Titi”
Responden (R) Responden (R)
Soalan
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R1 R2

Adakah anda minat


1 dengan mata pelajaran Y Y Y Y TK Y Y Y
Matematik?
Adakah anda tertarik
4 dengan “Bukit Bundar” / Y Y Y Y Y Y Y Y
jenis “Peta Titi”?
Petunjuk: Y: Ya TK: Tidak
Daripada Jadual 7, dapat dilihat bahawa responden R1, R2, R3, R4 dan R6
minat dengan mata pelajaran Matematik. Namun, responden R5 berpendapat bahawa
dia tidak berminat dengan mata pelajaran Matematik. Daripada jadual, juga dapat
dilihat bahawa semua responden menunjukkan bahawa mereka tertarik dengan
“Bukit Bundar” semasa mempelajari kemahiran membundarkan nombor bulat.
Selepas menjalani penambahbaikan pada kitaran 2, pengkaji nampak peningkatan
perubahan sikap responden. Data telah menunjukkan semua responden berminat
dengan mata pelajaran Matematik selepas membuat perubahan amalan pengajaran.
Responden R1 dan R2 bersuara bahawa Matematik sudah jadi senang bagi mereka.
Semua responden juga tertarik dengan “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi”.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji membincangkan refleksi hasil analisis dapatan


yang diperolehi. Perbincangan pengkaji menjurus kepada perubahan amalan

10
Sia Hung Hee & Hu Laey Nee

pengajaran dengan menggunakan “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi” dalam
membantu responden menguasai kemahiran membundarkan nombor bulat.

Menambahbaik amalan pengkaji dalam pengajaran kemahiran


membundarkan nombor bulat
Berdasarkan dapatan yang diperolehi pada Jadual 3, pengkaji mendapati
perubahan pencapaian dan sikap responden dapat dilihat dengan jelas. Responden
dapat menggunakan “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi” dengan tepat. Lembaran
kerja yang diedarkan juga diselesaikan dengan baik. Masa yang diambil untuk
memahami juga adalah lebih minima. Responden juga diberi peluang untuk membuat
latihan secara individu dan tanpa bimbingan yang penuh dari pengkaji (Jadual 3).
Hasil daripada temu bual yang telah dijalankan juga menunjukkan bahawa amalan
pengajaran dapat ditambahbaikan dengan sokongan pendapat semua responden yang
mengatakan bahawa “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi” dapat membantu mereka
menguasai kemahiran membundarkan nombor bulat (Jadual 4). Peningkatan ini
sekaligus menunjukkan bahawa responden telah menguasai kemahiran
membundarkan nombor bulat dengan perubahan amalan pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi”. Keputusan
ini adalah selari dengan dapatan Lee Chiong Wee (2012) yang mengatakan bahawa
murid-murid dapat menghubungkaitkan gambaran visual dengan ciri-ciri yang
terdapat padanya melalui pembelajaran visual. Ini dapat membantu mereka
mengenali tentang setiap pembelajaran yang disampaikan.

Penguasaan murid dalam kemahiran membundarkan nombor bulat


Dapatan kajian melalui “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi” telah
menunjukkan perubahan positif dalam penguasaan pembundaran nombor bulat
dalam kalangan responden (Jadual 5). Responden sudah dapat membundarkan
nombor bulat kepada puluh dan ratus yang terdekat dengan betul. Hasil dapatan ini
telah menunjukkan bahawa semua responden yang terlibat telah berjaya menguasai
kemahiran membundarkan nombor bulat. Rajah 10 menunjukkan pencapaian
responden dalam ujian pencapaian 1 dan ujian pencapaian 2 pada kitaran 1 dan
kitaran 2.

Rajah 10: Pencapaian respoden dalam ujian pencapaian pada kitaran 1 dan kitaran 2.
Daripada pencapaian yang ditunjukkan, dapat dijelaskan bahawa jenis “Peta
Titi” mampu membantu responden R2 untuk menguasai kemahiran membundar
nombor bulat. Responden R2 berpendapat bahawa jenis “Peta Titi” adalah lebih jelas
dan senang difahaminya berbanding dengan “Bukit Bundar” dan dia tahu di mana
pondok yang akan dituju oleh pekerja untuk berehat sementara. Jadi, responden R2
telah menunjukkan pencapaian yang sangat baik dalam kitaran 2, iaitu dapat
menjawab semua soalan dalam Ujian Pencapaian 2 dengan betul dan tepat. Maka,
pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi”
mampu untuk membantu responden untuk menguasai kemahiran membundarkan

11
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

nombor bulat. Keputusan ini adalah selari dengan dapatan kajian Suraya Ostman
(2006) dalam kajian mereka untuk meningkatkan penggunaan kemahiran
membundarkan nombor bulat menggunakan kit nombor.

Minat murid-murid terhadap pembelajaran kemahiran membundarkan


nombor bulat
Berdasarkan senarai semak pemerhatian (Jadual 6), didapati bahawa
responden R3, R5 dan R6 mula menunjukkan minat kerana mereka belajar sambil
mendengar cerita. Dengan bantuan gambaran visual, responden semakin memahami
kemahiran membundarkan nombor bulat sehingga dapat menjawab soalan dengan
cepat dan tepat. Secara tidak langsung, ia dapat membina keyakinan diri yang tinggi
dalam diri responden dan menimbulkan minat responden terhadap mata pelajaran
Matematik. Di samping itu, mereka juga berasa seronok dan tidak bosan kerana
penggunaan “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi” menjelaskan lagi proses
pembundaran nombor bulat. Responden R1 dan R2 juga mula menawarkan diri
untuk mencuba menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh pengkaji dalam kitaran
2 (Jadual 6). Maka, “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi” mampu meningkatkan lagi
motivasi responden serta membuang tanggapan mereka bahawa Matematik itu sukar.
Ia selaras dengan hasrat KSSR yang menekankan elemen kreativiti dan inovasi.
Secara tidak langsung, “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi” ini mampu membantu
meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran kemahiran membundarkan
nombor bulat. Keputusan ini adalah selari dengan kajian Loi Kuang Siang yang dapat
meningkatkan minat dan pencapaian dengan penggunaan kaedah bercerita.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan sepanjang tempoh perlaksanaan kajian ini, pengkaji mendapati


bahawa terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan oleh mana-mana pihak
yang berkenaan. Antaranya ialah jenis “Peta Titi” ini boleh diaplikasikan kepada
murid yang berada pada tahap 2 untuk mencari pembundaran nombor bulat yang
melibatkan nilai tempat yang lebih besar seperti ribu, puluh ribu, ratus ribu dan juta.
Cadangan seterusnya ialah jenis “Peta Titi” juga boleh diaplikasikan dalam topik lain
seperti wang dan perpuluhan yang melibatkan juga kemahiran pembundaran.

RUMUSAN

Daripada hasil dapatan kajian ini, didapati kesemua responden berjaya


menguasai kemahiran pembundaran nombor bulat dalam puluh dan ratus yang
terdekat. Kajian ini telah menunjukkan bahawa “Bukit Bundar” dan jenis “Peta Titi”
dapat membantu murid dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran
pembundaran. Minat murid juga dapat dipertingkatkan.

RUJUKAN
Bahagian Perkembangan Kurikulum. (2010). Dokumen Standard Matematik Tahun 1. Putra Jaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ho Ho Tong.Rahmah Murshidi. Gan We Ling. Zaliha Musa. Ahap Awal…Stanley Anak Abang.
(2013). Asas Penyelidikan Tindakan - Teori dan Amalan. Sarawak: Jabatan Penyelidikan
Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

12
Sia Hung Hee & Hu Laey Nee

Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). A Language for learning: Thinking maps incorporated. North
Carolina; Thinking Maps. Inc.
Lee Chiong Wee. (2012). Pembelajaran Visual Dalam Usaha Meningkatkan Tahap Kefahaman Murid
Prasekolah. Koleksi Artikel Seminar Penyelidikan Tindakan 2012. Sarawak: Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. 85-97.
Lee Hou Yew & Gan We Ling. (2012). Penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2012,
Bukit Gambang Resort, Oktober 2012.
Loi Kuang Siang. (2012). Kesan Penggunaan Kaedah Bercerita Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Tahun 5. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak
Muhammad Shamin Ghazali & Mazlan Ibrahim. (2013). Penggunaan Teknik JaKUN Membantu
Murid Tahun Dua Cemerlang Membundar Nombor Bulat Kepada Puluh Dan Ratus Terdekat.
Kuala Terengganu: Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.
Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah Dan Penulisan. Ed. Ke-2. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons.
Suraya Othman. (2006). Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Membundarkan Nombor Bulat
Dengan Menggunakan „Kit Nombor‟ Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Prihatin. Johor:
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Yunos.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1eehgnuh@gmail.com, 2huln1234@gmail.com

13
MEMBACA ALAT PENGUKURAN JISIM MELALUI
TEKNIK TIMBANG PECAHAN (TP)

MOHAMAD ZAIDI ISMAIL1


ERNIE KHO SIAW NEE2

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu empat orang responden yang
dipilih daripada murid Tahun enam menguasai kemahiran membaca alat penimbang
jisim dengan betul dan tepat melalui kaedah menukar gambar rajah alat penimbang berat
menjadi pecahan yang mudah iaitu dinamakan TIMBANG PECAHAN (TP). Kajian ini
telah dilaksanakan di sebuah sekolah bandar di kawasan Bintulu. Keempat-empat
responden dipilih kerana tidak dapat membaca alat penimbang jisim dengan tepat
terutamanya yang melibatkan penimbang berat yang mempunyai senggatan 4, 5 dan 8.
Data kajian ini telah dikumpulkan menggunakan lembaran kerja yang khusus,
pemerhatian dan temu bual. Data yang diperoleh melalui lembaran kerja dan ujian
topikal dibandingkan dan dianalisis. Hasil analisis data telah menentukan secara
eksplisit keberkesanan Teknik Timbang Pecahan dalam meningkatkan penguasaan
murid-murid dalam membaca alat penimbang jisim dengan tepat.

ABSTRACT
This action research was undertaken to help four respondents who were selected from
students in year six to master of reading skills weight scales correctly by changing the
method of weighing scales weight diagram into a simple fraction named WEIGHTS OF
FRACTION (WF). The respondents was conducted at an urban school in Bintulu. The
four respondents were selected because they have a problem read the weighing scale
with the right methods, particularly those involving heavy scales have graduations 4, 5
and 8. Data for this study were collected using a special worksheet, observations and
interviews. Data obtained through worksheets and tests topical compared and analyzed.
The results of the data analysis was to determine the effectiveness of the technique
explicitly Weights breakdown in improving pupils' mastery in reading scales with
proper weight.

PENDAHALUAN

Takrif, persetujuan dan kegunaan unit ukuran telah memainkan peranan yang
utama dalam usaha manusia sejak dari awal-awal lagi sehingga hari ini. Sistem-sistem
ukuran yang berbeza sama sekali amat biasa pada suatu ketika, tetapi kini terdapat satu
piawai sejagat, iaitu Sistem Unit Antarabangsa (SI), yang merupakan bentuk sistem
metrik yang moden dan telah atau sedang diiterima guna di seluruh dunia. Amerika
Syarikat hampir pasti menjadi negara yang terakhir untuk mengguna pakai sistem ini
secara rasmi, walaupun mereka mempunyai sistem metrik tersendiri.
Secara keseluruhannya, kajian ini telah diinspirasikan untuk memenuhi
sebahagian daripada perkara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu
tentang perkembangan individu yang menerima pendidikan secara menyeluruh. Individu
Mohamad Zaidi Ismail & Ernie Kho Siaw Nee

yang mengalami perkembangan yang menyeluruh sudah tentu akan sentiasa


mengamalkan nilai-nilai dan etika yang baik dalam hidup bermasyarakat.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ketika tahun pertama perkhidmatan di sebuah sekolah di pedalaman Kapit,


pengkaji telah mendapati bahawa murid amat sukar untuk membaca alat pengukuran
melibatkan ukuran jisim. Sepanjang pengamatan pengkaji telah mendapati bahawa
murid tidak dapat membaca alat penimbang berat dengan betul dan tepat. Masalah yang
ketara timbul terutamanya melibatkan penimbang yang mempunyai 4, 5, dan 8
senggatan.
Sekarang pengkaji sudah mengajar di sebuah sekolah di kawasan Bandar
Bintulu. Pengkaji sangat yakin bahawa di kawasan Bandar murid lebih terdedah dengan
alat penimbang dengan lebih baik lagi. Pengkaji amat yakin ramai murid dapat membaca
alat penimbang dengan betul. Namun jangkaan pengkaji meleset sekali lagi, kurang
daripada separuh daripada murid sekolah di kawasan Bandar tidak dapat membaca alat
penimbang dengan betul.
Masalah pembelajaran utama yang dapat dikesan ialah murid lemah dalam
mengenal membaca nilai sebenar satu pengukuran menggunakan penimbang yang
mempunyai 4, 5 dan 8 senggatan. Walaupun guru matematik memberikan satu carta
hafalan mudah bagi membaca alat pengukuran penimbang namun masih ramai juga
murid tidak menghafalkannya dengan mudah, lupa atau tersalah tafsir nilai pengukuran.
Sebagai contohnya, jika penimbang mempunyai 4 senggatan dan ukuran menunjukkan
kedudukan yang ketiga dalam julat tersebut, pengkaji mendapati ramai murid
meletakkan jawapan sebagai perpuluhan 3.

Kesilapan 5 senggatan. Kesilapan 4 senggatan. Kesilapan 8 senggatan.


Rajah 1: Kesilapan-kesilapan di dalam membaca alat penimbang

FOKUS KAJIAN

Kajian ini memfokuskan kepada masalah murid-murid Tahun 6 dalam kemahiran


membaca alat penimbang dengan betul dan tepat dan penukaran pecahan kepada
perpuluhan. Menurut Azizi Hj. Yahaya dan Elanggovan A/L M. Savarimuthu (2010),
kesilapan murid yang berterusan tanpa pembetulan biasanya berkaitan dengan

15
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

pemahaman dan kaedah penyelesaian akan menjadikan murid-murid berkenaan akan


gagal memahami konsep sebenar perkara yang diajar.
Kajian ini adalah untuk mengaplikasikan penggunaan Teknik Timbang Pecahan
(TP) dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan menilai keberkesanan penggunaan
gambarajah alat penimbang menjadi pecahan kemudian pecahan yang telah ditafsir
melalui gambar rajah penimbang berat ditukarkan kepada nombor perpuluhan untuk
mendapatkan nilai jisim yang betul dan tepat dalam pengiraan matematik menukarkan
pecahan kepada perpuluhan. Selain itu, kajian ini juga memfokus untuk menukarkan
pecahan kepada nombor perpuluhan dengan menggunakan operasi asas bahagi dalam
bentuk lazim yang biasa digunakan. Kajian ini hanya menggunakan teknik analisis
dokumen dan temu bual iaitu latihan dan ujian topikal serta temu bual secara lisan.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Dalam mencapai tujuan kajian, berikut merupakan objektif yang telah ditetapkan:
a) Membantu murid membaca pecahan pada alat pengukuran penimbang jisim
dengan menggunakan teknik Timbang Pecahan.
b) Membantu murid menukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan yang
mempunyai penyebut (senggatan) 4, 5 dan 8 pada penimbang yang boleh
mengukur jisim dalam alat penimbang kg dengan menggunakan teknik Timbang
Pecahan.

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:


a) Adakah penggunaan Teknik Timbang dapat membantu murid membaca pecahan
pada gambarajah penimbang yang mempunyai 4, 5 dan 8 senggatan?
b) Adakah murid dapat menukarkan pecahan yang mempunyai penyebut (senggatan)
4, 5 dan 8 kepada nombor perpuluhan dengan menggunakan teknik Timbang
Pecahan?

KUMPULAN SASARAN

Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah murid-murid Tahun 6 di sebuah
sekolah di Bandar Bintulu. Kajian ini melibatkan 4 orang murid, iaitu 3 orang murid
lelaki dan 1 orang murid perempuan. Kesemua responden yang terlibat dalam kajian ini
berumur 12 tahun. Profil sasaran kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Profil Sasaran Kajian
Pencapaian Ujian Topikal
Sasaran Jantina Kaum
(Lulus / Gagal)
P1 Lelaki Melayu Gagal
P2 Lelaki Iban Gagal
P3 Lelaki Iban Gagal
P4 Perempuan Iban Gagal

16
Mohamad Zaidi Ismail & Ernie Kho Siaw Nee

PROSEDUR TINDAKAN

Bahagian ini membincangkan tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini.


Menurut Elliot dan Adelman (1976) kajian tindakan ialah satu pendekatan penyelidikan
yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme para penyelidik dengan cara
menyelidik situasi sosial di institusi dan tujuan kajian tindakan adalah untuk
memperbaiki kualiti amalan harian. Oleh itu, segala tindakan yang dijalankan untuk
melengkapkan kajian ini merupakan reka bentuk kajian tindakan.
Pengkaji menggunakan model Kurt Lewin (1946) sebagai panduan
melaksanakan kajian ini. Model Kurt Lewin melibatkan lima langkah utama, iaitu
mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan,
melihat kesan tindakan, dan membuat refleksi ke atas segala tindakan.

Rajah 2: Model Kurt Lewin (1946)

Mengenalpasti aspek amalan


Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah mendapati bahawa
kebanyakan murid mempunyai masalah untuk membaca alat penimbang dengan betul,
terutamanya alat penimbang yang mempunyai 4 dan 8 senggatan. Pengkaji
memerhatikan dan memeriksa buku kerja dan juga bertanya kepada murid mengenai
kesukaran mereka untuk menguasai kemahiran membaca alat penimbang

Merancang
Amalan pengajaran yang dipilih oleh pengkaji untuk menyelesaikan masalah ini
adalah teknik Timbang Pecahan dan ia digunakan untuk menolong responden mentafsir
gambarajah alat penimbang kepada pecahan. Pengkaji menyediakan satu lembaran kerja
diberikan kepada responden untuk diselesaikan dan hasil kerja mereka telah dianalisi.
Berdasarkan analisis itu, pengkaji telah memilih responden yang memenuhi keperluan
kajian tindakan dan pengkaji mengajar responden-responden mengenai penggunaan
teknik Timbang Pecahan untuk membantu responden membaca alat penimbang dengan
betul. Pengkaji juga menyediakan lembaran kerja kedua bagi perlaksanaan kitaran yang
kedua dan dibekalkan sifir bagi memudahkan responden mempelajari kaedah tersebut.

17
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Bertindak
Jadual 2: Langkah-langkah dalam teknik Timbang Pecahan (TP)
Gambar rajah Langkah-langkah perlaksanaan
Langkah 1
Murid diminta untuk mengariskan satu garisan melengkung
daripada satu nombor bulat ke satu nombor bulat seperti
0 pada gambar rajah di sebelah. Grisan berwarna merah
kg mewakili penerangan di atas.
3 1
2

Langkah 2
Murid diminta untuk melorekkan senggatan yang telah di
lalui oleh jarum penimbang berat mengikut arah jam pada
0 garisan yang telah dilorekkan tadi.
kg
3 1
2

Langkah 3
Murid diminta untuk membacakan pecahan yang telah
terhasil daripada lorekkan pada langkah 2 tadi. Dengan
0 bantuan gambar rajah pecahan seperti di bawah murid lebih
kg mudah untuk membcakan nilai pecahan tersebut.
3 1
2
1
=
4
Langkah 4
Murid ditunjukkan cara penukaran pecahan kepada nombor
perpuluhan.
0.25
1
= 1÷4 = 4 1.00
4 − 8
20
−20
Langkah 5
Murid diminta melihat semula gambar rajah penimbang
untuk mengenal pasti nombor apakah yang telah di lalui
0 oleh jarum penimbang. Oleh kerana nombor 1 sudah pun
kg dilalui oleh jarum penimbang maka 1 perlu ditambahkan
3 1
dengan nombor perpuluhan yang telah ditukarkan tadi.
2
1 + 0.25 = 1.25kg

18
Mohamad Zaidi Ismail & Ernie Kho Siaw Nee

Langkah 6
Bagi memantapkan pengetahuan murid kaedah dan teknik
yang sama seperti pada langkah 1 hingga 5 di ulangi semula
untuk menentukan berat sebenar sesuatu objek tetapi
0 dengan menggunakan alat penimbang yang mempunyai 5
kg
3 1 dan 8 senggatan
2

Memerhati
Dalam langkah ini, pemerhatian terhadap perkembangan dan penguasaan teknik
Timbang Pecahan responden dilakukan melalui data daripada analisi kesemua lembaran
kerja dan ujian topikal. Data dikumpulkan dan analisis dilakukan dengan menggunakan
kaedah statistik deskriptif peratusan. Markah telah dibanding bezakan untuk melihat
kesan daripada kaedah yang diperkenalkan.

Mereflek
Data kajian dianalisis dan direkodkan. Refleksi tentang teknik Timbang Pecahan
yang dijalankan untuk membaca alat penimbang yang mempunyai 4, 5, dan 8 senggatan
telah dibuat. Melalui dapatan data yang diperoleh dalam ujian topikal, pengkaji telah
menentukan sama ada responden Berjaya ataupun gagal menggunakan Teknik Timbang
Pecahan dengan betul.
Mengenalpasti Aspek
Amalan
-Mengenal pasti masalah

Kitaran kedua Merancang


-Memilih kaedah yang sesuai

Refleksi
-Mereflek kekuatan dan Tindakan
kelemahan kaedah yang -Pelaksanaan kaedah
digunakan -Pengumpulan data :
Menambah baik kaedah a) Lembaran kerja
b) Ujian topikal

Pemerhatian
-Analisis Ujian Topikal

Rajah 3: Carta Alir Prosuder Tindakan menggunakan Model Kurt Lewin (1946)
Selepas melihat murid terkial-kial untuk menjawab soalan di dalam lembaran
kerja kerana tidak dapat membuat bahagi dengan betul disebabkan murid tidak halaf sifir
semasa membahagi, pengkaji menggunakan pendekatan yang lebih mudah pada kitaran
kedua. Di dalam pendekatan kitaran kedua ini, pengkaji memudahkan murid dengan

19
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

membekalkan sifir 4, 5 dan 8 kepada responden bagi memudahkan murid tersebut


membahagi dengan betul dan selesa. Berikut adalah gambarajah menunjukkan kesilapan
murid semasa menukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan dengan menggunakan
kemahiran bahagi bagi lazim kebiasaan.

Rajah 4 : Murid tidak dapat membahagi dengan betul kerana tidak menghafal sifir 4, 5
dan 8.
Oleh yang demikian, pengkaji telah membekalkan sifir 4, 5 dan 8 sebagai
permulaan kepada mereka untuk memudahkan mereka membahagi dengan betul.
Prosuder tersebut adalah seperti berikut.
Jadual 3: Langkah-langkah dalam teknik Timbang Pecahan (TP) dalam kitaran kedua
Langkah 4
Murid di tunjukkan cara penukaran pecahan kepada nombor
perpuluhan.
0.25 1x4 = 4 2x4 = 8
1 3x4 = 12 4x4 = 16
= 1÷4 = 4 1.00 5x4 = 20 6x4 = 24
4 − 8 7x4 = 28 8x4 = 32
20 9x4 = 36
−20
Langkah 5
Murid di minta melihat semula gambar rajah penimbang
untuk mengenal pasti nombor apakah yang telah di lalui oleh
0 jarum penimbang. Oleh kerana nombor 1 sudah pun dilalui
kg
3 1 oleh jarum penimbang maka 1 perlu ditambahkan dengan
2 nombor perpuluhan yang telah ditukarkan tadi.
1 + 0.25 = 1.25kg

20
Mohamad Zaidi Ismail & Ernie Kho Siaw Nee

Langkah 6
Bagi memantapkan pengetahuan murid kaedah dan teknik
yang sama seperti pada langkah 1 hingga 5 di ulangi semula
untuk menentukan berat sebenar sesuatu objek tetapi dengan
0 menggunakan alat penimbang yang mempunyai 5 dan 8
kg
3 1 senggatan
2

Teknik ini, iaitu kedua-dua kitaran dilaksanakan secara menyeluruh, iaitu kepada
semua murid tahun 6. Namun, Cuma 4 responden kajian sahaja yang telah menjadi
sasaran progresif kajian diberi lebih tumpuan dari segi prestasinya.

CARA PENGUMPULAN DATA

Instrumen seperti Pemerhatian, Temu Bual dan Analisis Dokumen akan


digunakan dalam kajian tindakan ini. Dua pusingan penilaian akan dilaksanakan untuk
memperlihatkan keberkesanan kaedah tindakan yang digunakan. Ketiga-tiga instrument
ini digunakan semasa kitaran pertama dan kedua teknik Timbang Pecahan diperkenlakan
melalui gambarajah. Hal ini adalah untuk meninjau permasalah responden dalam
membaca alat penimbang dan kemudianya menilai keberkesanan teknik pengajaran yang
telah diperkenalkan.

CARA MENGANALISIS DATA

Pengkaji membincangkan analisis data yang dikumpul melalui tiga teknik yang
telah digunakan iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

Pemerhatian
Pengkaji menggunakan teknik pemerhatian berstruktur. Kedua-dua pemerhatian
ini dijalankan pada sesi proses pengajaran dan pembelajaran sebelum dan selepas teknik
“Timbang Pecahan” diperkenalkan kepada responden-responden tersebut. Tujuan
pemerhatian bersruktur ini adalah untuk melihat tingkah laku dan respon murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran diaksanakan di dalam kelas. Instrumen yang
digunakan ialah senarai semak pemerhatian.

Temu bual
Pengkaji menjalankan temu bual bersama responden untuk melihat sikap subjek
kajian terhadap topik Ukuran Jisim ketika sebelum dan selepas kaedah “Timbang Berat”
diperkenalkan. Temu bual dijalankan berdasarkan lima soalan yang ditentukan oleh
pengkaji. Setiap soalan yang dikemukakan memerlukan jawapan Ya atau Tidak. Hasil
temu bual bersama responden dianalisis berdasarkan respon daripada responden.
terhadap setiap soalan tersebut. Peratusan yang menjawab Ya dan Tidak bagi setiap
soalan dikira dan dibandingkan.

21
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Analisis Dokumen
Lembaran kerja dan Ujian Topikal diberikan pada akhir kajian. Set ujian tersebut
mengandungi 6 soalan membaca alat penimbang untuk diselesaikan. Setiap soalan akan
diberi pemberatan 10 markah, iaitu 4 markah untuk bahagian pembentukan pecahan, 4
markah untuk bahagian menukarkan pecahan menjadi perpuluhan yang lengkap dan 2
markah untuk jawapan yang betul. Jumlah markah ujian tersebut dikira dengan
menggunakan rumus yang berikut. Markah penuh adalah 60%.
𝑴𝒂𝒓𝒌𝒂𝒉 % = 𝒋𝒖𝒎𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒓𝒌𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒑𝒆𝒓𝒐𝒍𝒆𝒉𝒊
Markah yang diperolehi oleh responden tadi telah dianalisis dan direkodkan dalam
jadual untuk melihat perkembangan pernguasaan responden dalam tempoh mendapatkan
rawatan pembentukan sifir dua digit menggunakan teknik “Timbang Pecahan” sehingga
dapat menyelesaikan masalah membaca alat pengukuran berat dengan betul.

DAPATAN KAJIAN

Pelaksanaan kajian ini adalah bersandarkan pada tiga instrumen, iaitu


pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Maka, keputusan kajian digunakan untuk
menjawab soalan-soalan kajian ini.

Soalan kajian 1
Adakah penggunaan pertukaran gambarajah penimbang menjadi pecahan membantu
murid membaca nilai ukuran jsiim yang mempunyai 4, 5 dan 8 senggatan?
Jadual 4: Hasil dapatan pemerhatian sebelum kitaran kedua.
Kriteria Pemerhatian Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

Responden Dapat Dapat


Mahir
Aktif membaca Menukarkan
menggunakan
ketika P&P pecahan pada pecahan kepada
kaedah
gambarajah perpuluhan
R1 / X X X
R2 X X / X
R3 / / X X
R4 X / X X

Jadual 5: Hasil dapatan pemerhatian selepas kitaran kedua.


Kriteria Pemerhatian Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
Dapat Dapat
Responden Mahir
Aktif membaca Menukarkan
menggunakan
ketika P&P pecahan pada pecahan kepada
kaedah
gambarajah perpuluhan.
R1 / / / /
R2 / / / /
R3 / / / /
R4 X / / /

22
Mohamad Zaidi Ismail & Ernie Kho Siaw Nee

Jadual 4 menunjukkan hasil dapatan daripada senarai semak pemerhatian yang


diisi sebelum teknik “Timbang Pecahan” diperkenalkan. Manakala, Jadual 5
menunjukkan hasil dapatan daripada senarai semak pemerhatian yang diisi selepas
teknik “Timbang Pecahan diperkenalkan.
Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa setelah teknik “Timbang
Pecahan” diperkenalkan, responden mula aktif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan setelah kaedah diperkenalkan. Mereka juga dapat menjawab set latihan
dengan baik, dan telah mahir menggunakan kaedah yang diperkenalkan. Namun begitu,
seorang daripada responden kajian masih lagi kurang aktif untuk mencuba sesuatu yang
baru namun responden 4 sudah pun dapat memahami teknik ini dengan baik.
Pengkaji menjalankan temu bual bersama subjek kajian untuk melihat sikap
subjek kajian terhadap topik ukuran Jisim ketika sebelum dan selepas kaedah “Timbang
Berat” diperkenalkan. Temubual dijalankan berdasarkan lima soalan yang ditentukan
oleh pengkaji.
Jadual 6: Hasil dapatan temu bual selepas pengajaran dilakukan.
Bil Soalan R R R R “YA” “TIDAK”
1 2 3 4
1 Adakah anda dapat menukarkan / / / / 4 0
gambarajah alat timbang kepada 4
pecahan?
2 Adakah anda dapat menentukan / / / / 4 0
penyebut pecahan yang betul di dalam 4
gambarajah tersebut?
3 Adakah anda dapat menconteng / / / / 4 0
gambarajah alat penimbang menjadi 4
pecahan?
4 Adakah anda dapat menukarkan pecahan / / / X 3 1
menjadi perpuluhan dengan 4 4
menggunakan kaedah membahagi?
5 Adakah anda dapat memberikan / / / X 3 1
jawapan yang betul selepas menukarkan 4 4
pecahan tersebut kepada perpuluhan?
Melalui temubual yang dibuat secara tidak langsung selepas pengajaran
dilakukan dengan para responden, antara faktor yang menyebabkan responden tidak
dapat melakukan bahagi di dalam pertukaran pecahan kepada nombor perpuluhan adalah
murid tidak dapat menggunakan sifir 4 dan 8 dengan baik.

Soalan kajian 2
Adakah murid dapat menukarkan pecahan yang mempunyai penyebut (senggatan) 4, 5
dan 8 kepada nombor perpuluhan dengan menggunakan teknik Timbang Pecahan?
Lembaran kerja dan Ujian Topikal diberikan pada akhir kajian. Set ujian tersebut
mengandungi 6 buah soalan membaca alat penimbang untuk diselesaikan. Setiap soalan
akan diberi pemberatan 5 markah, iaitu 2 markah untuk bahagian pembentukan pecahan,
2 markah untuk bahagian menukarkan pecahan menjadi perpuluhan yang lengkap dan 1
markah untuk jawapan yang betul. Jumlah markah ujian tersebut dikira dengan
menggunakan rumus yang berikut. Markah penuh adalah 60%.

23
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

𝑴𝒂𝒓𝒌𝒂𝒉 % = 𝒋𝒖𝒎𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒓𝒌𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒑𝒆𝒓𝒐𝒍𝒆𝒉𝒊


Markah yang diperolehi oleh responden tadi telah dianalisis dan direkodkan dalam
bentuk graf dan jadual untuk melihat perkembangan pernguasaan responden dalam
tempoh mendapatkan rawatan pembentukan sifir dua digit menggunakan teknik
“Timbang Pecahan” sehingga dapat menyelesaikan masalah membaca alat pengukuran
berat dengan betul.
Jadual 7: Markah responden dalam kedua-dua latihan
Markah
Responden
Lembaran Kerja Ujian Topikal
R1 20% 60%
R2 10% 60%
R3 30% 60%
R4 20% 50%
Berdasarkan jadual pencapaian responden yang ditunjukkan di dalam Jadual 7,
pengkaji dapat melihat terdapat peningkatan dari segi peratus markah yang diperolehi
oleh responden. Pengkaji melihat bahawa penguasaan responden tidak memuaskan
sebelum kitaran kedua teknik “Timbang Pecahan” diperkenalkan. Setelah kitaran kedua
diperkenalkan, kesemua responden telah memperolehi markah yang yang lebih tinggi
dari sebelumnya dan ini menunjukkan kesemua responden telah menguasai kemahiran
membaca alat penimbang. Maka, teknik “Timbang Pecahan” mampu membantu
meningkatkan penguasaan murid membaca alat penimbang berat dengan betul dan tepat.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian 1
Hasil daripada hasil pemerhatian dan Temu Bual, bilangan responden yang
memberi respon positif semasa pemerhatian semakin bertambah pada sesi Temu Bual.
Peningkatan respon positif yang ditunjukkan telah menjawab soalan kajian kedua.
Dapatan temu bual ini selaras dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Mohd Sabri
Mura (2012) dan kajian Sharinie Penie (2011). Walaupun majoriti responden meminati
matapelajaran Matematik, tetapi hanya seorang sahaja yang meminati topik Pecahan.
Ada juga responden yang menyatakan dalam topik Pecahan dan Topik Jisim, ada
subtopik yang susah dan ada juga yang senang. Selain itu, sebanyak tiga daripada empat
responden masih kabur dengan konsep pecahan. Ada yang tidak tahu akan keperluan
pecahan dan hanya mempelajarinya kerana diajar di sekolah. Hasil dapatan ini disokong
kajian lepas oleh Sandra William Sair (2012). Dengan penggunaan pen atau pensel
berwarna, responden Berjaya membezakan setiap langkah penyelesaian berdasarkan
warna yang dipilih. Kesan pengubahsuaian ini juga disokong oleh kajian Mohd Sabri
Mura (2012).

Soalan Kajian 2
Setelah meneliti keputusan yang diperolehi dalam Jadual 4, 5, 6, dan 7 didapati
pendedahan “Timbang Pecahan” memberikan kesan positif kepada responden bagi
membantu responden dalam kemahiran membaca alat penimbang menggunakan pecahan
dengan baik.”Timbang Pecahan” yang diperkenalkan menunjukkan peningkatan

24
Mohamad Zaidi Ismail & Ernie Kho Siaw Nee

penguasaan kemahiran responden yang dapat dilihat melalui latihan yang diberikan.
Keputusan latihan Lembaran kerja dan Ujian Topikal menunjukkan responden
mempunyai penguasaan yang baik terhadap kemahiran membaca alat penimbang dengan
betul menggunakan teknik dalam “Timbang Pecahan”. Mereka berjaya memperoleh
markah penuh iaitu markah 60% dan hanya seorang mendapat markah 50%.
Peningkatan pencapaian murid dalam kemahiran membaca alat penimbang dengan betul
menggunakan teknik dalam “Timbang Pecahan” telah diperhatikan dan dianalisis
dengan menggunakan instrumen latihan 4, 5 dan 8 senggatan serta kedua-dua ujian
topikal. Jenis-jenis kesilapan responden semasa menjawab soalan berkaitan kemahiran
membaca alat penimbang menjadi pecahan melalui kaedah contengan pada gambarajah
telah diperhatikan melalui analisis lembaran kerja (latihan) dan ujian topikal. Hasil
analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa kesilapan yang dilakukan oleh responden
adalah disebabkan kesilapan responden sendiri dalam membaca gambarajah pecahan
menjadi pecahan dalam bentuk nombor pecahan sebenar. Selain itu, kecuaian juga
mungkin berlaku sekiranya responden berasa terlalu yakin dengan kebolehan mereka
setelah mereka menguasai cara penggunaan “Timbang Pecahan” yang diperkenalkan.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Tindakan seterusnya selepas ini adalah amatlah digalakkan bagi pengkaji-


pengkaji lain untuk meneruskan kajian ini. Kajian seterusnya boleh dilakukan dengan
melibatkan responden yang lain. Responden hendaklah terdiri daripada murid-murid
yang berpencapaian sederhana bagi membantu mereka menguasai membaca alat
pengukuran dengan betul dan mudah.
Kajian seterusnya juga diharapkan dilaksanakan melibatkan topik-topik
pengukuran yang lain seperti ukuran panjang dan isipadu. Hal ini adalah untuk melihat
lebih jelas keberkesanan teknik membaca alat pengukuran dengan menggunakan teknik
Timbang Pecahan kepada teknik Panjang Pecahan atau Isipadu Pecahan. Responden
yang ramai juga memberikan kepelbagaian data dan maklum balas kepada
kepenggunaan teknik ini serta sedikit sebanyak akan memperbaiki pengajaran teknik ini
nanti.

RUMUSAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah membaca alat


penimbang kg menggunakan teknik “Timbng Pecahan” dalam membantu murid
meningkatkan kemahiran dalam topik Jisim. Berdasarkan hasil dapatan kajian,
responden menunjukkan peningkatan yang positif dan kaedah ini dapat membantu murid
membaca alat penimbang. Kajian ini menjadi titik permulaan dalam usaha membantu
murid yang lemah dalam membaca alat penimbang yang mempunyai 4, 5 dan 8
senggatan. Kajian ini boleh dijadikan panduan kepada guru-guru sekolah dan pengkaji
lain dalam mambantu dan mempertingkatkan penguasaan murid dalam topik Jisim.

25
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

RUJUKAN

Azizi Hj Yahaya dan Savarimuthu, E.M (2010). Bab 2: Kepentingan kefahaman konsep dalam
Matematik. In: Sains Sosial. Universiti Teknologi Malaysia, pp. 1-6. ISBN 978-983-52-0532-3.
Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/ 10413/1/1.10_Bab2.pdf
Dick Seng Ting. (2011). Membantu murid tahun empat memahami konsep pertukaran “pecahan” ke
“perpuluhan” dan sebaliknya melalui “jadual perbandingan”. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun
2011, ms 110-122. Diperolehi daripada http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/BukuKoleks
i/Buku%20Koleksi%20PT%20MT%202011.pdf
Hopkins, C., Gifford, S. and Pepperell, S. (1996). Mathemamatics in the primary: A sense of progression.
London: David Fulton Publishers Ltd
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025.
Kemmis, S. dan McTaggart, R. (ed). (1988). The action research planner (3rd Edition). Deakin University,
Australia: Deakin University Press.
McLeod, R. and Newmarch, B. (2006). Fractions. Diperoleh daripada https://www.ncetm.org.uk
/public/files/257666/fractions_booklet.pdf
Mohd Sabri Mura. (2012). Meningkatkan Kemahiran Mempermudahkan Pecahan Kepada Bentuk T
ermudah Dengan Menggunakan Kotak Sifir di Kalangan Murid Tahun 4. Pelaporan Sarjana
Muda, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.
Piaget, J. (1952). The origins of Intelligence in Children. New York: International Universitites Press.
Sandra William Sair dan Habibah Marzuki. (2011). Meneroka kesan penggunaan Fraction Bars dalam
mengajar pecahan setara di kalangan murid Tahun 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan
PISMP Matematik Pendidikan Rendah Ambilan Januari 2008. Institut Pendidikan Guru Kampus
Sarawak, Miri

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1Mohdzaidi83@yahoo.com, 2erniekho@hotmail.com

26
MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID MEMBAHAGI
DALAM LINGKUNGAN 100 000 DENGAN DUA NOMBOR MELALUI
KAEDAH ALTERNATIF DENGAN BETUL DAN SISTEMATIK

FARDYZA MOHAMAD1
HAMDEN GANI2

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid Tahun 4 dalam
menguasai kemahiran membahagi dalam lingkungan 100 000 melibatkan dua nombor
dengan betul dan sistematik melalui kaedah alternatif. Dalam kajian tindakan ini, saya
akan menjalankan saringan terhadap murid tahun 4 bagi mengenalpasti tahap
penguasaan mereka. Murid tahun 4 ini terdiri daripada 7 orang responden. Ini kerana,
sekolah SK Kampung Kuala Sibuti tempat saya berkhidmat merupakan salah sebuah
sekolah kurang murid di Subis (SKM). Kajian ini akan menggunakan kaedah
pemerhatian secara individu, analisis dokumen, dan skrip temubual. Diharapkan, melalui
kaedah alternatif ini dapat membantu meningkatkan penguasaan murid membahagi
dalam lingkungan 100 000 dengan dua nombor secara betul dan sistematik melalui
kaedah alternatif. Dapatan daripada kajian mendapati ada peningkatan dalam
penguasaan dalam membahagi melibatan dua nombor.

ABSTRACT
This action research was conducted to assist students in mastering Year 4 divide within
100 000 involves two numbers correctly and systematically through alternative methods.
In this action research, I will carry out screening of year 4 students to identify their level
of mastery. This year 4 students composed of seven respondents. This is because, SK
Kampung Kuala Sibuti where I serve is one less school students in Subis (SKM). This
study will use a method of individual observations, document analysis and interview
script. It is hoped that through these alternative methods can help improve student
proficiency in environmental divide 100,000 by two numbers correctly and
systematically through alternative methods. The study found no increase in the share of
the divide is between two numbers.

PENDAHULUAN

Dalam abad ke-21 ini, banyak perubahan telah dibuat oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk memastikan pendidikan seiring dengan kemajuan teknologi.
Sebelum ini, sekolah rendah menggunakan sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan sekarang ini diperkenalkan pula sukatan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) bagi memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang
terbaik. Ini bertujuan untuk merealisasikan impian negara agar menjadi salah sebuah
negara maju menjelang tahun 2020 berlandaskan acuan sendiri. Bagi mencapai hasrat
negara ini, pelajar hendaklah menguasai kemahiran asas iaitu tambah, tolak, darab dan
bahagi seawal di peringkat sekolah rendah lagi.
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengalaman mengajar selama 10 tahun telah memberi saya banyak input dan
output dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah ini terdiri daripada pelbagai
bangsa murid. Iaitu bangsa Melanau, Melayu, Cina dan Kedayan. Faktor ekonomi
penduduknya pula bekerja sebagai nelayan dan pekebun.
Dari sudut sosio-ekonomi ini juga banyak mempengaruhi corak hidup murid di
sekolah ini. Jika dilihat semula sejarah sepanjang perkhidmatan saya di sekolah ini,
boleh dikatakan hampir 50 % didapati murid lemah dalam menguasai kemahiran
membahagi dalam setiap tahun. Dari sudut positifnya, alhamdulillah kesemua mereka
sangat berminat dengan ilmu matematik, cuma punca dan penyebab kelemahan
penguasaan ini perlu dicari.
Seringkali terjadi, murid ini cuma dapat mengingat apa yang mereka pelajari
dalam masa yang singkat sahaja, seolah-olah seperti pengetahuan baru itu hanya untuk
satu jangka pendek sahaja. Sebagai contoh, topik bahagi diajar pada minggu ini,
kesemua murid mampu mengikuti dan faham setiap langkah yang diajar. Mampu
menjawab dengan betul, tetapi, sekiranya soalan yang sama diajukan pada minggu yang
seterusnya, mereka gagal menjawab dengan betul.
Rajah 1 dan Rajah 2, ditunjukkan kesalahan yang sering murid lakukan dan
disediakan juga cara alternatif yang akan digunakan bagi mengatasi masalah tersebut
bagi murid yang tidak mahir menggunakan kaedah biasa (bentuk lazim).

Rajah 1: Contoh Kesalahan menjawab Rajah 2: Contoh Cara penyelesaian


(bentuk lazim) alternatif
Sekiranya situasi ini berlaku, ia akan menganggu pengajaran dan pembelajaran
sekaligus merugikan murid itu sendiri sekiranya masih gagal menguasai kemahiran asas
ini bila tiba UPSR kelak. Sebagai seorang guru, saya tetap berusaha untuk membantu
murid yang berkenaan.
Saya sangat berharap agar cara alternatif ini dapat membantu mereka yang tidak
mahir menggunakan kaedah bentuk lazim agar dapat menjawab soalan dengan betul dan
sistematik.

FOKUS KAJIAN

Pada awalnya saya ingin menjalankan saringan ini untuk Tahap 1, tetapi dapatan
secara pemerhatian awal saya mendapati, mereka tidak banyak masalah dalam

28
Fardyza Mohamad & Hamden Gani

kemahiran membahagi.Jadi, saya telah membuat keputusan mengantikan kepada kelas


tahun 4, tambahan pula, bilangan murid tahun 4 merupakan kelas yang teramai pada
tahun semasa. Ini juga akan membolehkan hasil dapatan saya nanti lebih tepat dan jitu.
Secara umumnya, setiap guru yang keluar dari maktab perguruan telah
didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran yang berkesan, cara berinteraksi dengan
murid, cara mengawal kelas, cara menarik minat murid dan macam-macam lagi serta
yang paling penting memastikan setip objektif yang dirancang dapt dicapai dengan
jayanya. Guru mempelajari pelbagai pendekatan, strategi, teknik, kaedah dan juga
aktiviti yang boleh membantunya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Pengenalan kepada konsep bahagi ini juga ditekankan seawal murid
melangkahkan kaki di pra-sekolah. Seterusnya, ke tahun 1. Mereka diajar konsep asas
bahagi dimana sesuatu jumlah hendaklah dibahagikan sama rata/banyak kepada
penerima tertentu samada berbaki mahupun tidak berbaki. Mereka diajar dengan
menggunakkan bahan konkrit semestinya bagi mengukuhkan pemahanan sekaligus
mengarahkan koordinasi diantara, mata, tangan daya pemikiran mereka.
Teknik pengajaran dari aras mudah ke sukar juga diterapkan oleh guru agar
perkembangan IQ mereka selari dan semetinya memudahkan mereka memahami sesuatu
isi pengajaran. Oleh yang demikian, murid dapat pengalaman pembelajaran yang
bermakna dan berkesan.
Menurut teori perkembangan pelajar Erikson (1950), dan Piaget (1980), yang
menekankan keupayaan yang berbeza boleh dilakukan pelajar pada tahap yang berlainan.
Dengan ini, saya yakin melalui kaedah alternatif ini, dapat membuka minda segelintir
murid yang tidak menguasai kaedah bentuk lazim agar mempelajari kaedah lain yang
mampu memberikan jawapan yang sama/betul.
Selalunya murid gagal dalam membahagi bilamana proses penurunan berlaku.
Dalam pemerhatian saya, mereka keliru dengan hasil darab, proses penolakan seterusnya
wujud baki nombor. Di sinilah puncanya dikenalpasti.
Oleh yang demikian kaedah ini akan dilatihkan kepada murid tahun 4 agar
masalah yang dinyatakan dapat dielakkan sekaligus dapat membantu murid
menyelesaikan masalah membahagi.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kepada permasalahan yang dikemukakan ini, objektif kajian ini


adalah seperti berikut:

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk membantu murid tahun 4 menguasai kemahiran
membahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dengan dua nombor
menggunakan kaedah alternatif.

Soalan Kajian

Adakah kaedah alternatif ini dapat meningkatkan penguasaan responden dalam


membahagi sebarang nombor dengan dua nombor?

29
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

KUMPULAN SASARAN

Di sini, saya telah memilih kelas tahun 4 sebagai kumpulan sasaran bagi
menjalankan saringan yang akan dijalankan. Mereka terdiri daripada 7 orang murid, iaitu
2 orang perempuan dan selebihnya lelaki. Kesemua mereka berlatar belakangkan anak-
anak nelayan. Empat daripadanya sederhana dalam pembelajaran manakala 3 yang lain
agak lemah dalam penguasaan kemahiran asas pengiraan. 3 orang murid yang
dimaksudkan tidak lulus dalam menduduki saringan protem. Namun di sini, bukan lulus
atau gagal dalam saringan protem yang kita lihat tetapi kita ingin membantu mereka
menguasai kemahiran membahagi dengan betul dan tepat menggunakan kaedah lain
selain bentuk lazim.

PROSEDUR TINDAKAN

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan Mc
Taggart (1988) kerana model Kemmis dan Mc Taggart merupakan antara model yang
paling ringkas yang mempunyai empat peringkat dalam pelaksanaannya. Selain itu,
pendekatan model ini dipilih digunakan dalam penyelidikan kerana asas pemeringkatan
empat fasa yang dicadangkan dalam model ini sesuai dengan konteks dan struktur
pengajaran reflektif yang dijalankan (Noraini & Shuki, 2009).

Rajah 3: Prosedur Tindakan (Modul kajian tindakan Kemmis dan Mac


Taggart ;1988 )

Sebelum memperkenalkan kaedah alternatif ini kepada responden, pengkaji telah


membuat saringan diagnostik bagi mengenalpasti tahap penguasaan responden. Didapati
responden tidak dapat menjawab soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan
sebahagian sahaja yang dapat menjawab dengan betul.
Seterusnya pengkaji memperkenalkan kaedah alternatif ini dan langkah
penggunaannya.
Langkah pertama ialah, kenalpasti soalan. Seterusnya membina kotak seperti di bawah,
dimana bilangan petak melintang bergantung kepada bilangan digit nombor yang terlibat
dan bilangan petak menegak tetap 3 ke bawah.

30
Fardyza Mohamad & Hamden Gani

Contoh soalan.
1) 41 680 ÷ 20 =

Setelah petak dibina, soalan akan disalin ke dalam petak berkenaan seperti dalam
contoh. Kemudian sifir 20 dibina bagi memudahkan responden menjawab. Baki setiap
kali penolakan berlaku (warna merah) hendaklah dibawa ke atas, dan diletakkan
dihadapan nombor yang sediaada dalam petak tersebut.
Pengkaji akan memberi beberapa lagi contoh di papan tulis agar responden
memahami konsep dan turutan langkah yang perlu dibuat dalam menjawab soalan yang
lain.

CARA MENGUMPUL DATA

Spradley et al (1988) dalam Marohaini Yusoff (2001), menyatakan pengumpulan


data berfokus kepada data yang mampu memberikan gambaran holistik melalui
pemerhatian dan temu bual serta bukti dokumentasi yang dapat dijadikan asas dalam
tempoh kajian yang dilakukan. Pengkaji telah menggunakan tiga jenis kaedah dalam
pengumpulan data untuk kajian tindakan ini, iaitu temubual, analisis dokumen dan
pemerhatian.

Pemerhatian
Pengkaji melakukan pemerhatian sepanjang proses pengajaran dijalankan.
Pengkaji akan memerhatikan perubahan tingkahlaku responden, pemahaman responden
dan respon responden terhadap kaedah alternatif yang digunakan untuk menyelesaikan
soalan bahagi. Data pemerhatian ini akan diisi dengan cara menandakan ya / tidak pada
ruangan yang disediakan seperti pada lampiran 1. Menurut Manual Kajian Tindakan
Edisi Ketiga(2008), pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara
kritikal. Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan
pemboleh ubah atau aspek yang dikenal pasti. Pemerhatian perlu dijalankan secara
sistematik. Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan mencatat nota tentang apa yang
berlaku di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya bagaimana
guru mengajar dan bagaimana reaksi murid semasa pengajaran. Pemerhatian merupakan
kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data. Proses ini adalah proses
berterusan yang akan pengkaji lakukan pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Analisis dokumen
Analisis dokumen merupakan satu lembaran soalan dimana murid kelas tahun 4
ini akan diuji pemahaman dan kemahiran membahagi yang telah mereka pelajari. Soalan
yang di sediakan sebanyak 9 soalan dan murid diminta menjawab dalam masa 15 minit.

31
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Setelah selesai, guru akan menyemak dan membuat analisis. 7 daripada 9 soalan yang
dijawab dengan betul, dianggap menguasai, manakala murid dianggap belum menguasai
sekiranya menjawab soalan kurang daripada 5 soalan. Analisis dokumen ini juga
bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah pemahaman responden terhadap kaedah
ini dan mengetahui keberkesannya melalui bilangan soalan yang betul dan tempoh masa
yang diperlukan untuk menjawab soalan.

Skrip Temubual
Pengkaji akan menemubual responden secara individu. Guru akan menanyakan
responden 7 soalan yang telah diolah bersesuaian dengan tajuk kajian dan pengkaji akan
menandakan ya/tidak mengikut instrumen yang telah disediakan. Indikator yang
digunakan untuk menilai skrip temubual adalah dari segi masa responden menjawab
soalan dan dapat membantu respon dalam menguasai bahagi dengan dua digit.

CARA MENGANALISIS DATA

Pengkaji menganalisis data melalui instrumen temubual sebelum dan selepas


kajian ini dilaksanakan. Analisis dokumen menggunakan lampiran 2 sebelum kaedah
dilaksanakan dan lembaran kerja yang sama juga (lampiran 2) akan diberikan selepas
kaedah dilaksanakan dan hasilnya akan dianalisis. Melalui pemerhatian pula pengkaji
akan memerhatikan pelajar berdasarkan borang maklum balas.

Pemerhatian
Aspek penilaian borang pemerhatian akan dianalisis rekod dalam jadual. Di sini,
responden akan dinilai melalui pemahaman mereka menjawab soalan dengan betul,
meminimumkan masa semasa menjawab soalan dan penerimaan responden terhadap
kaedah baru ini.

Analisis dokumen (Lembaran kerja)


Sebelum kaedah ini diperkenalkan, pengkaji akan meminta responden menjawab
lampiran 2. Terdapat 9 soalan bahagi dengan 2 nombor disediakan. Pengkaji akan
mencatatkan masa yang diambil oleh responden untuk menjawab soalan dan menyemak
jawapan responden. Seterusnya pengkaji akan meneruskan saringan 2 dengan
menggunakan lembaran yang sama (lampiran 2) untuk menguji keberhasilan kaedah
yang diperkenalkan. Masa akan dicatat dan dinilai samaada masa yang responden untuk
menjawab soalan bertambah atau berkurang. Dan akan dinilai samaada kaeadh ini dapat
membantu murid atau sebaliknya dengan melihat ketepatan murid menjawab soalan.
Menguasai mahupun tidak.

Temubual
Pengkaji menemubual responden untuk mendapatkan keputusan dari segi
keupayaan kaedah ini membantu responden. Hasil dapatan akan dicatat dalam jadual
dan dinilai keberhasilannya bilamana responden dapat menjawab betul 7 daripada 9
soalan. Seterusnya,dari segi masa akan dilihat iaitu masa yang responden ambil untuk
menyelesaikan soalan bahagi sebelum dan selepas kaedah diperkenalkan.

32
Fardyza Mohamad & Hamden Gani

DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan pengkaji dapat dilihat berdasarkan persoalan kajian. Pengkaji


menghuraikan hasil analisis dapatan data dan mengaitkan hasil dapatan data dengan
persoalan kajian. Terdapat 3 instrumen pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji
iaitu pemerhatian secara individu, data analisis dokumen dan data temubual.

Pemerhatian
Setelah pengkaji membuat analisa terhadap instrumen pemerhatian secara individu,
didapati hasilnya adalah seperti Jadual 1 dan Jadual 2.
Jadual 1: Rumusan hasil dapatan pemerhatian melalui instrumen pemerhatian
R R R R R R R
Bil Soalan
1 2 3 4 5 6 7
Adakah respondend ini menunjukkan minat dalam topik
1 Y Y Y Y Y Y Y
membahagi?
Adakah responden ini menumpukan perhatian semasa
2 Y T Y T Y Y Y
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan?
Apakah responden menunjukkan tanda minat kepada
3 Y T Y T T Y Y
langkah penyelesaian alernatif yang guru ajar?
Mampukah responden ini menunjukkan langkah
4 pengiraan bahagi tanpa bimbingan guru setelah kaedah Y T Y T Y Y Y
alternatif diperkenalkan?
Adakah murid ini dapat menjawab soalan dalam tempoh
5 T T Y T Y Y Y
masa yang ditetapkan?
Adakah terdapat perbezaan masa yang diambil oleh
6 setiap responden dalam menjawab soalan sebelum dan Y Y Y Y Y Y T
selepas kaedah alternatif ini diperkenalkan?
Adakah responden dapat meminimumkan masa untuk
7 Y Y Y Y Y Y Y
menjawab keseluruhan?
* Guru akan menanyakan semua soalan kepada murid dan menandakan pada ruangan yang berkaitan
* R1 bermaksud Responden 1 dan seterusnya
* Y bermaksud Ya dan T bermaksud Tidak
Jadual 2: Rumusan peratus responden melalui instrumen pemerhatian
Soalan Peratus (%)
Bil.
Ya Tidak
Adakah respondend ini menunjukkan minat dalam topik
1 100 0
membahagi?
Adakah responden ini menumpukan perhatian semasa proses
2 71 29
pengajaran dan pembelajaran dijalankan?
Apakah responden menunjukkan tanda minat kepada langkah
3 57 43
penyelesaian alernatif yang guru ajar?
Mampukah responden ini menunjukkan langkah pengiraan
4 bahagi tanpa bimbingan guru setelah kaedah alternatif 71 29
diperkenalkan?
Adakah murid ini dapat menjawab soalan dalam tempoh masa
5 57 43
yang ditetapkan?

33
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Adakah terdapat perbezaan masa yang diambil oleh setiap


6 responden dalam menjawab soalan sebelum dan selepas 86 14
kaedah alternatif ini diperkenalkan?
Adakah responden dapat meminimumkan masa untuk
7 100 0
menjawab keseluruhan?

Indikator yang dilihat dalam jadual Jadual 1 ialah dari sudut masa dan keupayaan
kaedah ini membantu responden untuk menyelesaikan masalah. Soalan nombor 1-4
merujuk kepada kefahaman responden dan untuk soalan 5-7 menunjukkan perbezaan
diantara masa yang diambil oleh responden sebelum dan selepas kaedah ini
diperkenalkan.

Analisis dokumen
Analisis dokumen ini telah disahkan oleh guru kanan sekolah, ketua panatia dan
pensyarah pembimbing. Analisis dokumen ini telah dibuat sebanyak 2 kitaran.
Di bawah menunjukkan hasil analisa selepas kaedah alternatif diajarkan kepada
responden pada kitaran 1 dan 2.
Jadual 3: Saringan bagi instrumun analisis dokumen (Lampiran 2) dalam kitaran 1
Soalan R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7
1 1 1 1 1 1 1 1
2 1 1 1 1 1 1 1
3 1 1 1 1 1 1 1
4 1 1 1 1 1 1 1
5 1 1 1 1 1 1 1
6 1 0 0 1 1 1 1
7 1 0 0 1 1 1 1
8 0 0 0 1 0 0 1
9 1 0 0 0 0 0 0
Jumlah 8 5 5 8 7 7 8

Jadual 4: Saringan bagi instrumen analisis dokumen (Lampiran 2) dalam kitaran 2


Soalan R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7
1 1 1 1 1 1 1 1
2 1 1 1 1 1 1 1
3 1 1 1 1 1 1 1
4 1 1 1 1 1 1 1
5 1 1 1 1 1 1 1
6 1 1 0 1 1 1 1
7 1 0 0 1 1 1 1
8 1 0 0 0 1 1 1
9 1 0 0 0 1 0 1
Jumlah 9 6 5 7 9 8 9

Temubual
Setelah pengkaji membuat analisa terhadap instrumen temubual secara individu,
didapati hasilnya adalah seperti Jadual 5 dan Jadual 6.

34
Fardyza Mohamad & Hamden Gani

Jadual 5: Rumusan responden melalui instrumen temubual


R R R R R R R
Bil Soalan
1 2 3 4 5 6 7
1 Adakah responden faham konsep bahagi dengan 2 digit? Y T T Y Y Y Y
Adakah responden dapat menyelesaikan masalah bahagi
2 Y T T T Y T Y
dengan 2 digit dengan menggunakan kaedah bentuk lazim?
Adalah kaedah alternatif ini lebih mudah dan membantu
3 Y Y Y Y Y Y Y
responden menjawab soalan?
Dapatkah responden menjawab soalan dengan
4 Y Y Y Y Y Y Y
menggunakan kaedah alternatif tanpa bantuan guru?
Dapatkah responden menjawab soalan dalam tempoh masa
5 T T T T T T T
16 minit sebelum kaedah alternatif diperkenalkan?
Dapatkah responden menjawab soalan dalam tempoh masa
6 Y Y T Y Y Y T
16 minit selepas kaedah alternatif diperkenalkan?
Adakah kaedah ini dapat meminimum masa menjawab
7 Y Y Y Y Y Y Y
responden?
* Guru akan menanyakan semua soalan kepada murid dan menandakan pada ruangan yang
berkaitan
* R1 bermaksud Responden 1.
* Y bermaksud Ya dan T bermaksud Tidak
Jadual 6: Rumusan peratus responden melalui instrumen temubual
Peratus(%)
Bil Soalan
Ya Tidak
1 Adakah responden faham konsep bahagi dengan 2 digit? 77.8 22.2
Adakah responden dapat menyelesaikan masalah bahagi
2 33.3 66.7
dengan 2 digit dengan menggunakan kaedah bentuk lazim?
Adalah kaedah alternatif ini lebih mudah dan membantu
3 100 0
responden menjawab soalan?
Dapatkah responden menjawab soalan dengan
4 100 0
menggunakan kaedah alternatif tanpa bantuan guru?
Dapatkah responden menjawab soalan dalam tempoh masa
5 0 100
16 minit sebelum kaedah alternatif diperkenalkan?
Dapatkah responden menjawab soalan dalam tempoh masa
6 77.8 22.2
16 minit selepas kaedah alternatif diperkenalkan?
Adakah kaedah ini dapat meminimum masa menjawab
7 100 0
responden?

35
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

100 22%

50
78%
0
Membantu meningkatkan pemahaman
responden
Tidak membantu

Indikator yang dilihat dalam jadual Jadual 3 ialah dari sudut masa dan keupayaan
kaedah ini membantu responden untuk menyelesaikan masalah. Soalan nombor 1-4
merujuk kepada kefahaman responden dan untuk soalan 5-6 menunjukkan perbezaan
diantara masa yang diambil oleh responden sebelum dan selepas kaedah ini
diperkenalkan. Oleh itu, dapat diperhatikan bahawa terdapat perkembangan yang
berlaku di sini iaitu,pertama responden dapat melakukan operasi bahagi dengan lebih
baik selepas kaedah ini diperkenalkan dan yang kedua, catatan masa responden dapat
dipendekkan dalam menjawab soalan.
Pengkaji menemubual responden untuk mendapatkan keputusan dari segi
keupayaan kaedah ini membantu responden. Hasil dapatan akan dicatat dalam jadual
dan dinilai keberhasilannya bilamana responden dapat menjawab betul 7 daripada 9
soalan. Seterusnya,dari segi masa akan dilihat iaitu masa yang responden ambil untuk
menyelesaikan soalan bahagi sebelum dan selepas kaedah diperkenalkan.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Syukur ke hadrat Ilahi berkat kesabaran dan bantuan rakan serta kerjasama
daripada responden, kajian ini dapat disiapkan dengan jayanya. Membahagi dengan dua
nombor sememangnya akan mengelirukan responden sekiranay mereka tidak menguasai
asas atau konsep bahagi itu sendiri. Dengan adanya kaedah ini, dapatlah memudahkan
responden untuk menyelesaikan soalan bahagi terutamanya melibatkan dua nombor.
Maka dengan itu, dapatlah disimpulkan dari hasil ketiga-tiga instrumen yang
digunakan iaitu, pemerhatian, analisis dokumen dan temubual membuktikan bahawa
kaedah alternatif ini dapat meminimumkan masa menjawab responden dan membantu
murid dalam menyelesaikan soalan bahagi dengan dua nombor.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Pengkaji mencadangkan untuk membuat kajian lanjutan terhadap tajuk lain


dalam sukatan matematik. Ini kerana, murid akan lebih yakin dan seronok dengan subjek
matematik sekiranya pelbagai teknik diajar mengikut kesesuaian topik.

36
Fardyza Mohamad & Hamden Gani

Selain itu, kajian ini terbatas kepada responden yang lemah sahaja. Justeru itu,
pengkaji mencadangkan agar kaedah alternatif ini diterapkan kepada lebih banyak
responden agar hasil yang dapat nanti adalah maksimum.
Pengkaji juga menyarankan agar pengubahsuaian dilakukan terhadap instrumen
yang digunakan supaya hasil kajian pada masa akan datang lebih memberi manfaat
kepada responden.
Diharap cadangan yang diberikan dapat dilaksanakan pada masa akan datang.
Kekurangan dan kelemahan dalam kajian ini akan diperbaiki dan ditambahbaik untuk
membantu lebih ramai lagi murid dalam menguasai kemahiran membahagi nombor
dengan dua digit.

RUMUSAN

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi dapatlah dirumuskan bahawa kajian


ini telah membantu responden dalam menguasai kemahiran membahagi dengan dua digit
nombor. Penggunaan kaedah alternatif ini dapat memudahkan responden untuk
menjawab soalan bahagi dengan betul dan sistematik. Selain itu, kaedah ini juga
membaiki masa responden untuk menjawab soalan bahagi sekaligus mengurangkan
kesilapan responden dalam melakukan langkah penggiraan. Latihan yang berterusan
akan membantu responden dan memantapkan penguasaan mereka dalam menyelesaikan
masalah bahagi terutama melibatkan dua digit nombor.

RUJUKAN

Chua Y.P. (2006). Kaedah penyelidikan, Kuala Lumpur: McGraw-Hill.Froebel,F.(2000). Education by


development. New York, USA: Thoemmes Johnson. D.W. & Johnson, R.T (1999). Making
cooperative learning work theory into practice, 38(2):67-73
Hamdan Said (etl.all) (2000). Peranan Ketua Panitia Matematik Di Sekolah Menengah. Skudai. Universiti
Teknologi Malaysia
Kaz, G.L & Chard S.C. (2006). The reggio Emilia approach, Dlm. Prkay, F.W, Anctil, E.J & Hass,
G.Curriculum planning : A contemporary apporoach, 331-333. Boston: Pearson Education
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya.
Kennedy L.M and Tipps S.(2000). Guiding chilren‟s learning of mathematics. Wadsworth/ Thomsom
Learning .united States of America.
Noraini Idris & Shukri Osman (2009). Pengajaran dan pembelajaran :teori dan praktis. Kuala Lumpur:
McGraw-Hill (Malaysia)Sdn. Bhd
Noriati A.Rashid, Boon P.Y & Sharifah Fakhiah Syed Ahmad (2009), Siri Pendidikan Guru: Pelajar dan
Alam Belajar, Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email :1 Arduka84@gmail.com., 2hamden_gani@yahoo.com

37
MEMBANTU MURID MENDARAB SEBARANG NOMBOR
DENGAN 2 DIGIT NOMBOR DENGAN
PENGGUNAAN TEKNIK TIANG

LIM AI GIOK¹
SI TONG YONG²

ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk menambahbaik amalan pengajaran pengkaji di
samping membantu meningkatkan penguasaan. Murid terutamanya dalam Operasi
Darab dengan mendarab sebarang nombor dengan dua digit. Kajian ini
menggunakan Teknik Tiang sebagai satu strategi mendapatkan jawapan dalam
pengajaran operasi darab. Responden kajian ini adalah seramai lima orang.
Penyelidikan tindakan ini menggunakan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin
(1946;1948) sebagai panduan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah
lembaran kerja, buku latihan, Ujian, pemerhatian dan temubual. Data yang
dikumpul dianalisis menggunakan kaedah kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa Teknik Tiang dapat membantu responden meningkatkan minat dalam
penguasaan Operasi Darab dengan mendarab sebarang nombor dengan dua digit.

ABSTRACT
Action research aims to improve teaching practice and help researcher improve the
proficiency of pupils,particularly in adding to gather again. This research will use
the Cross Method as a strategy to get the answer in the teaching of multiply any
number with two digit numbers. Respondents who would researchers use in this
research is up to five peoples. This action research also will be using the Model
Kurt Lewin (1946: 1948) Action Research as guidance. The instruments that will be
used in this research are worksheets, exercise book, test, observations and
interviews. Data collected will be analyzed using qualitative methods. The findings
shows usage of Cross Method has helped to elevate the respondents‟ interest in
solving the mathematical operation in multiply any number with two digit numbers.

PENDAHULUAN

Pendidikan adalah satu sistem dinamik yang akan melalui perubahan dari
semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara.
Perubahan yang berlaku antaranya adalah untuk menyediakan modal insan yang
sejajar dengan perkembangan dunia semasa dalam memastikan sesebuah negara
tidak ketinggalan dalam segala aspek perkembangan dan pembangunan pada
peringkat global. Maka negara Malaysia telah pun memberikan penekanan berat
terhadap pendidikan kerana percaya bahawa pendidikan memainkan peranan penting
dalam mencapai visi negara untuk memperoleh status sebagai sebuah negara yang
membangun dari segi pembangunan ekonomi, sosial dan kerohanian, moral dan etika
ke arah membentuk satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan
dinamik.
Menurut KPM 2010, Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih
minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan. Sifat Matematik secara tabiinya menggalakkan
pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Untuk memastikan
perkembangan yang menyeluruh dan seimbang, penekanan perlu ditumpukan kepada
Lim Ai Giok & Si Tong Yong

penguasaan kemahiran asas, penerapan nilai murni dan pemupukan minat dan bakat.
Pendaraban dikenali sebagai penambahan berulang nombor yang sama. Operasi
darab terdiri daripada tiga model operasi darab iaitu penambahan berulang,
mengumpulkan objek dan tatasusunan. Aplikasi fakta asas kira darab amat penting
dalam menyelesaikan masalah lain seperti tajuk pecahan, perpuluhan, ukuran jarak,
Matematik harian, wang, timbangan, masa dan waktu. Dengan itu, semua murid di
sekolah rendah seharusnya perlu menguasai Matematik terutamanya fakta asas kira
darab untuk mereka mengaplikasikan kemahiran Matematik dalam bidang ilmu yang
lain. Maka, sebagai seorang guru Matematik yang berkesan wajar bagi kita
mengetahui perkembangan kognitif murid-murid dan cara-cara bagaimana mereka
memahami konsep Matematik supaya pengajaran kita lebih berkesan.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dari pengalaman sepanjang mengajar di sekolah rendah, pengkaji telah


mendapati bahawa ramai murid Tahun 4 mengalami masalah dalam membuat
pendaraban dengan mendarab sebarang nombor hingga tiga digit dengan dua digit
dengan menggunakan bentuk lazim. Walaupun pengkaji telah pernah mengajar di
tiga buah sekolah yang berlainan, namun kesalahan lazim dalam pendaraban yang
dialami oleh murid Tahun Empat adalah sama.
Antaranya kelemahan yang sering dilakukan oleh murid ialah aspek kecuaian.
Rajah 1 menunjukkan murid gagal menguasai fakta asas darab, maka jawapan yang
diberikan adalah salah. Selain daripada gagal menguasai fakta asas, kemungkinan
murid tidak bersungguh-sungguh membuat latihan maka kecuaian akan berlaku.
Rajah 2 menunjukkan murid sukar menyusun nombor nilai tempat yang selepas
mendarab digit kedua. Kesilapan yang dilakukan oleh murid pada Rajah 3
menunjukkan murid sukar menentukan nilai tempat yang perlu didarab dahulu
semasa mula mendarab digit kedua yang ada pada nilai tempat puluh. . Ramai murid
keliru dan membuat pendaraban mula dari nilai tempat puluh (7) dengan puluh (9).

Rajah 1: Rajah 2: Rajah 3:


Kecuaian murid semasa Keliru menyusun keliru mendarab
Mendarab nombor dalam nilai tempat nombor dalam nilai tempat
Kegagalan murid menguasai kemahiran ini, ia bukan sahaja akan
menjejaskan pretasi pencapaian ujian namun murid akan hilang minat terhadap mata
pelajaran Matematik kerana murid akan beranggapan subjek itu susah. Selain itu,
mereka akan menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan masalah Matematik di
peringkat yang lebih tinggi. Namun seseorang pelajar itu berjaya ataupun gagal di
dalam persekolahannya, Matematik tetap penting akan digunakan di dalam
kehidupan seharian.

39
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015 ) Jilid 3

FOKUS KAJIAN

Kajian ini akan memfokuskan untuk melihat tentang permasalahan


Matematik pelajar dalam mendarab sebarang nombor dengan dua digit nombor.
Permasalahan pembelajaran darab sudah bermula sejak di Tahun 3 lagi. Justeru satu
kajian akan dilakukan pada respoden Tahun 4.Berdasarkan pengalaman, pengkaji
mendapati murid Tahun 4 tidak dapat menyusun nombor dalam nilai tempat yang
betul selepas digit kedua didarab.
Selain daripada masalah itu, sikap kecuaian murid yang menyebabkan murid
sentiasa tidak mendarab dengan betul. Selain daripada itu, murid meletakkan nombor
di rumah nilai tempat yang salah semasa dalam proses pengumpulan semula. D.
Nelson (2009) berpendapat guru perlu mempunyai banyak teknik dan cara
pengajaran yang kreatif dalam proses pengajaran Matematik. Proses pengajaran yang
menarik dapat memastikan murid seronok dan memberikan tumpuan yang lebih
untuk belajar. Oleh demikian, pengkaji memperkenalkan Teknik Tiang kepada murid
untuk membantu mereka menyelasaikan masalah mendarab sebarang nombor
dengan dua digit nombor. Selain daripada itu, Teknik Tiang dapat memperkayakan
kemahiran dan pengetahuan sedia ada mereka. Teknik Tiang bukan sahaja dapat
membantu mereka memperkukuhkan kemahiran mendarab, ia juga dapat membantu
murid menjalankan pengiraan dengan tepat dan betul.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:


a) Menambahbaik amalan pengajaran berkaitan pengajaran Operasi Darab dengan
menggunakan Teknik Tiang.
b) Membantu murid menguasai kemahiran Operasi Darab dengan menggunakan
Teknik Tiang.

Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:


a) Adakah Teknik Tiang dapat menambahbaik amalan pengajaran Operasi darab ?
b) Sejauh manakah Teknik Tiang dapat membantu murid menguasai Operasi
darab?

KUMPULAN SASARAN

Kajian tindakan ini dijalankan terhadap 5 orang responden yang berada di


Tahun 4. Pemilihan responden, pengkaji turut menekankan bahawa salah satu aspek
yang perlu dimiliki oleh setiap responden iaitu responden telah menghafal sifir 1
hingga 10. Selain itu, responden yang dipilih telah menguasai kemahiran asas
mendarab iaitu mendarab sebarang nombor dengan satu digit nombor serta
responden mesti tahu menyusun digit mengikut nilai tempat yang betul. Dengan itu,
responden mesti mahir dalam operasi tambah , ini adalah kerana mendarab sebarang
nombor dengan 2 digit melibatkan pengumpulan semula yang melibatkan
penambahan. Jadual 1 menunjukkan profil responden.

40
Lim Ai Giok & Si Tong Yong

Jadual 1: Profil responden


Pretasi
Responden Jantina Umur Kaum
Akademik
R1 L 10 Kenyah Sederhana
R2 L 10 Kayan Sederhana
R3 L 10 Iban Sederhana
R4 L 10 Iban Sederhana
R5 L 10 Iban Sederhana

PROSEDUR TINDAKAN

Kajian tindakan ini dilaksanakan berdasarkan Model Kurt Lewin (1946) dan
Laidlaw 1992 yang menyarankan lima peringkat utama dan terdiri daripada dua
kitaran. Jadual 2 menunjukkan kitaran kajian tindakan berdasarkan model ini.
Jadual 2: Kitaran Pertama
Peringkat Kitaran Pertama
1. Melakukan pemerhatian dan mengumpul data semasa PdP
Mengenal dijalankan di dalam kelas untuk mengenal pasti masalah dan
pasti aspek amalan yang ingin ditambah baik.
amalan 2. Membuat refleksi berdasarkan pengalaman sepanjang pengajaran
Matematik di sekolah rendah.
1. Pemilihan responden dan menggunakan Teknik Tiang untuk
mengatasi masalah murid.
2. Merancang pelan tindakan dan menentukan cara pengumpulan
Merancang data.
3. Menyediakan instrumen seperti senarai semak pemerhatian,
lembaran kerja , soalan temubual , borang rekod pencapaian
lembaran kerja dan ujian untuk mengumpul data.
1. Memperkenalkan Teknik Tiang dalam operasi darab yang
melibatkan pengumpulan semula kepada responden. (Rujuk
2. Memberi lembaran kerja dan ujian kepada responden untuk
mengukuhkan dan mengesan penguasaan penggunakan teknik
Tindakan
tiang dalam mendarab sebarang nombor dengan 2 digit nombor.
3. Borang senarai semak pemerhatian masa menjawab soalan
digunakan untuk menguji mampu meningkatkan pencapaian
murid dalam pendaraban dengan menggunakan Teknik Tiang.
Melihat 1. Mengumpul data melalui pemerhatian, analisis dokumen dan
kesan temu bual.
Tindakan
1. Menganalisis data yang diperolehi, didapati bahawa Teknik
Tiang dapat membantu murid menyelesaikan masalah
pendaraban dengan mendarab sebarang nombor dengan 2 digit
Refleksi
nombor.
2. Membuat refleksi mengenai keberkesanan tindakan berdasarkan
data yang dikumpul dan meneruskan kajian pada kitaran kedua

41
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015 ) Jilid 3

dengan menguji dan mengukuhkan lagi penguasaan responden


terhadap penggunaan Teknik Tiang dalam pendaraban.

Jadual 3: Kitaran Kedua


Peringkat Kitaran Kedua
Merancang 1. Merancang penambahbaikan Teknik Tiang.
2. Instrumen yang sama masih digunakan dalam kitaran 1.
1. Membimbing responden dalam menggunakan Teknik Tiang.
Tindakan 2. Memberi lembaran kerja kepada responden untuk dijawab
dengan menggunakan Teknik Tiang.
Melihat 1. Mengumpul data melalui pemerhatian, analisis dokumen dan
Kesan temu bual.
1. Menganalisis data yang diperolehi, didapati bahawa responden
menjawab semua soalan dengan baik dan tepat sekali dengan
Refleksi menggunakan Teknik Tiang.
2. Responden telah mencapai objektif kajian yang ditetakan, maka
kajian ditamatkan pada kitaran kedua.

Langkah 1 : Penerangan :
236X25=
Lukiskan setiap tiang di antara nilai
Ra pu sa
tempat seperti yang ditunjukkan di atas.
2 3 6
X 2 5

Langkah 2 : Penerangan :
236X25=
Ra pu sa Cara mendarab masih seperti kaedah
2 3 6 bentuk lazim.
X 2 5
1 0 15 30
0 4 0 6 12

Langkah 3: Penerangan :
2 3 6 X 2 5 = 5900
Tambahkan mengikut setiap bilik.
Ra pu sa
2 3 6
X 2 5
1 0 1 5 3 0
0 40 6 1 2
5 9 0 0

Rajah 4: Langkah-langkah memperkenalkan cara penggunaan Teknik Tiang pada


Kitaran Pertama

42
Lim Ai Giok & Si Tong Yong

Langkah 1 : Penerangan :
236X25=
Ra pu sa Lukiskan setiap tiang di antara nilai
2 3 6 tempat seperti yang ditunjukkan di atas.
X 2 5 Tandakan X pada baris kedua (Rumah
“sa”) .
XX

Langkah 2 : Penerangan :
236X25=
Ra pu sa Cara mendarab masih seperti kaedah
2 3 6 bentuk lazim.
X 2 5
1 0 1 5 3 0
0 406 1 2 X X

Langkah 3 : Penerangan :
2 3 6 X 2 5 = 5900
Ra pu sa Tambahkan mengikut setiap bilik.
2 3 6
X 2 5
1 0 1 5 3 0
040 6 1 2 X X
5 9 0 0

Rajah 5: Langkah penggunaan Teknik Tiang pada Kitaran Kedua

CARA MENGUMPUL DATA

Kajian tindakan ini dijalankan dalam dua kitaran. Dalam kajian tindakan ini,
saya telah memilih 3 teknik pengumpulan data yang sama digunakan dalam
pengumpulan data kitaran pertama dan kitaran kedua, iaitu analisis data, pemerhatian
dan temu bual. Ketiga-tiga teknik pengumpulan data ini perlu dilaksanakan secara
menyeluruh supaya data yang digumpul dan diperolehi dapat memberi bukti dan
sokongan untuk tujuan menjawab soalan kajian yang dibina.
Teknik pengumpulan data bagi analisis dokumen terdiri daripada dua set soalan
lembaran kerja 2 set ujian pada kitaran pertama dan dua set lagi pada kitaran kedua.
Manakala, bagi teknik pengumpulan data pemerhatian , saya telah menggunakan
borang senarai semak pemerhatian masa menjawab soalan sebagai rekod
pemerhatian bertulis semasa kitaran 1 dan kitaran 2. Manakala temu bual, saya
menggunakan temubual bual separa berstruktur. Instrumen yang sama pada kitaran
pertama dan kitaran kedua.

43
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015 ) Jilid 3

CARA MENGANALISIS DATA

Dalam kajian ini, data dianalisis secara kualitatif yang diperolehi daripada
lembaran kerja dan ujian berdasarkan bilangan soalan yang dijawab dengan betul.
Data dipersembahkan dalam bentuk graf palang bagi memudahkan perbandingan
data dilakukan. Selain itu, jawapan yang diberikan oleh responden semasa sesi temu
bual akan dipindahkan ke dalam transkrip temu bual. Hasil temu bual dianalisis
menggunakan kaedah analisis secara manual. Akhir sekali, data yang diperoleh
melalui senarai semak pemerhatian menggunakan borang senarai semak pemerhatian
masa menjawab soalan sebagai rekod pemerhatian bertulis. Tempoh masa
menyelesaikan lembaran kerja direkod dalam borang tersebut.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian dianalisis bagi mengikut persoalan kajian yang ditetapkan


selepas kajian dilaksanakan.

a) Pengkaji dapat menambahbaik amalan pengajaran dalam Operasi


Darab dengan menggunakan Teknik Tiang.
Terdapat 2 instrumen yang digunakan untuk menjawab soalan kajian ini iaitu
pemerhatian dan temubual.
KITARAN 1 KITARAN 2
Responden
MASA SKOR MASA SKOR
R1 20 min 15 min

R2 18 min 15 min

R3 18 min 11 min

R4 25 min 18 min

R5 17 min 10 min
Rajah 6: Rekod pemerhatian masa responden menyelesaikan soalan.
Berdasarkan borang pemerhatian ,Rajah 6, didapati R1 dan R4 telah berjaya
menyelesaikan semua soalan pada masa yang lebih awal jika dibandingkan pada
kitaran 1. Namun, mereka telah berjaya skor 10 soalan itu dengan betul . Namun,
setelah Teknik Tiang ditambahbaikan, R3 dan R5 dapat menyelesaikan semua
soalam dalam masa yang singkat iaitu 11 minit dan 10 minit masing-masing. Selain
daripada itu, semua responden telah menjawab semua soalan dengan betul semasa
kitaran kedua. Masa telah digunakan untuk meningkat persaingan di antara rakan-
rakan semasa menyelesaikan soalan pendaraban.
Selain daripada itu, 8 soalan temubual terhadap responden digunakan untuk
menjawab persoalan kajian ini. Rajah 7 menunjukkan Transkrip jawapan temu bual
responden.
Soalan
Adakah anda berminat terhadap mata pelajaran Matematik?
1
R1 R2 R3 R4 R5
Respon
Ya Saya minat ya (Diam Ya, Saya
Responden
(senyum) Matematik Seketika) suka

44
Lim Ai Giok & Si Tong Yong

tapi susah Tidak, Matematik


Matemtik
Susah
Soalan
Adakah kemahiran pendaraban sukar bagi anda?
2
Respon R1 R2 R3 R4 R5
Responden Ya , susah Sangat tidak Yang Susah sikit.
cikgu susah sangat
susah.
Ya, cikgu Senang Ya Sikit-sikit Saya sudah
sahaja sifir hafal
darab
Soalan Adakah mengira dengan Teknik Tiang lebih senang daripada kaedah
3 bentuk lazim?
Respon R1 R2 R3 R4 R5
Responden Senang Senpi mau Senang Senang , Ya
cikgu lukis darab Cuma mau
garisan. lukis
garisan
tiang
Soalan
Adakah anda suka dengan Teknik Tiang?
4
Respon R1 R2 R3 R4 R5
Responden Suka Suka Ya senang Tidak suka, Ya
kena lukis
garisan
tiang
Soalan Adalah anda yakin semasa menjawab soalan pendaraban dengan
5 menggunakan Teknik Tiang?
Respon R1 R2 R3 R4 R5
Responden Boleh (angguk Boleh Boleh Ya
kepala) sudah
Soalan Adakah penggunaan Teknik Tiang dapat membantu anda dalam
6 menyelesaikan soalan yang melibatkan pendaraban?
Respon R1 R2 R3 R4 R5
Responden Ya,jawapan (angguk Ya, tak Ya, Cuma Ya, saya
tidak salah kepala) payah letak mau lukis dapat semua
lagi banyak garisan. betul dalam
nombor di latihan.
atas
nombor
lagi.
Soalan Adakah anda merasakan bahawa Teknik Tiang mudah dipelajari dan
7 difahami?
Respon R1 R2 R3 R4 R5
Responden Ya, saya Ya cikgu Senang Ya sangat Ya
faham senang
Rajah 7: Transkrip jawapan temu bual responden

45
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015 ) Jilid 3

b) Teknik Tiang dapat meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai


operasi pendaraban.
Pengkaji telah membuat analisis dokumen bagi dua lembaran kerja iaitu
lembaran kerja setelah kaedah teknik tiang diperkenalkan dan lembaran kerja setelah
penambahbaikan teknik tiang. Rajah 3 menunjukkan Skor responden bagi lembaran
kerja setelah Teknik Tiang diperkenalkan dan lembaran kerja setelah
penambahbaikan Teknik Tiang .
Jadual 4: Skor responden bagi lembaran kerja setelah Teknik Tiang diperkenalkan
dan lembaran kerja setelah penambahbaikan Teknik Tiang

Skor lembaran kerja setelah Skor lembaran kerja setelah


Responden Teknik Tiang diperkenalkan penambahbaikan Teknik Tiang
(Kitaran 1) (Kitaran 2)
R1

R2

R3

R4

R5
Berdasarkan jadual 3, didapati semua responden yang terlibat dalam Kitaran
1 dan Kitaran 2 telah menunjukkan prestasi yang semakin meningkat dari Lembaran
Kerja 1 dan 2. Peningkatan pencapaian para responden dalam setiap lembaran kerja
serta maklum balas positif yang diterima daripada para responden terhadap
penggunaan Teknik Tiang dalam kemahiran menjawab soalan mendarab sebarang
nombor dengan 2 digit nombor telah menunjukkan bahawa penggunaan Teknik
Tiang dapat meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran menjawab soalan
pendaraban. Berdasarkan analisis pencapaian skor responden semasa kitaran pertama,
didapati R1 dan R4 yang tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul. Namun
sekurang-kurangnya R1 dan R4 berasa dalam keadaaan yang konsisten. Walau
bagaimanapun, R1 dan R4 telah menunjukkan peningkatan semasa kitaran kedua.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

a) Penggunaan Kaedah Tiang dapat Membantu Pengkaji Menambahbaikan


Amalan Pengajaran Dalam Pendaraban Sebarang Nombor Dengan Dua Digit
Nombor.
Dengan menggunakan instument kajian iaitu pemerhatian dan temubual,
pengkaji dapat melihat peningkatan penguasaan responden dengan lebih menyeluruh.
Berdasarkan data pemerhatian telah menunjukkan bahawa responden telah berjaya
menjawab lebih pantas pada kitaran dua iaitu setelah pengkaji menambahbaikan
Kaedah Tiang berbanding dengan kitaran 1. Responden dapat menjawab soalan di
antara 10- 18 minit untuk setiap responden pada kitaran 2 dibandingkan pada kitaran
1 adalah di antara 17- 25 minit.Ini telah menunjukkan bahawa responden sudah
menguasai kemahiran mendarab dan dapat menjawab soalan dengan yakin dengan
menggunakan kaedah tiang tanpa mengambil masa yang lama. Penambahbaikan
Kaedah Tiang pada kitaran 2 lebih senang digunakan.

46
Lim Ai Giok & Si Tong Yong

Pengkaji turut mendapati responden bersetuju bahawa kaedah teknik tiang


senang digunakan berbanding dengan kaedah bentuk lazim biasa selepas temubual
dengan responden melalui soalan temubual yang kedua. Hampir semua responden
lebih bersetuju dengan penggunaan teknik tiang untuk menyelesaikan soalan dalam
pendaraban. Ini menunjukkan guru mampu menambahbaik amalan pengajaran
dengan mengubah amalan pengajaran yang sebelumnya, yang menggunakan
pendaraban bentuk lazim biasa, di mana pengkaji berpendapat ianya tidak sesuai
digunakan dalam pengajaran terhadap responden. Berdasarkan Bryan Coombs (2010),
tanpa kepelbagaian dalam pengajaran, pelajar hilang minat palada pelajaran dan
timbul bosan.

b) Teknik Tiang Dapat Meningkatkan Pencapaian Murid Dalam Menguasai


Operasi Pendaraban.
Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian responden adalah
sangat ketara kerana peningkatan yang memberangsangkan selepas pengkaji berlaku
penambahbaikan Teknik Tiang. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa Penggunaan
Teknik Tiang memberikan kesan positif dalam penguasaan tajuk pendaraban.
Dapatan kajijan, saya dapat melihat responden telah dapat membuat operasi
darab mengikut nilai tempat dengan betul apabila menggunakan Teknik Tiang.
Responden dapat menyusun nilai tempat semasa mendarab 2 digit dengan betul di
dalam Kaedah Tiang. Dapatan ini adalah selaras dengan dapatan kajian Nor Hayati
Binti Mohd Salleh (2013). Teknik Tiang ini sangat sesuai untuk membantu murid
yang lemah dalam topik pendaraban kerana penggunaaan ini tidak melibatkan
pengumpulan semula seperti kaedah bentuk lazim biasa.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Saya mencadangkan bahawa Teknik Tiang digunakan dalam kemahiran


menyelesaikan operasi menambah yang melibatkan pengumpulan. Ini adalah kerana
Kemahiran menambah melibatkan pengumpulan dapat membantu murid yang lemah
semasa peringkat proses pengumpulan semula . Kemahiran penambahan melibatkan
pengumpulan semula adalah topik yang sukar dikuasai oleh murid-murid tahap 1
(Muhamad Nor Tarmizi Bin Mohd Sarif, Ahmad Bin Ibrahim, 2014). Berdasarkan
penyataan tersebut maka pengkaji berpendapat bahawa dengan penggunaan Teknik
Tiang, murid akan dapat mempelajari menambah melibatkan pengumpulan semula.

RUMUSAN

Daripada dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat


perubahan positif terhadap pencapaian dan penguasaan kemahiran mendarab
sebarang nombor dengan 2 digit nombor dengan menggunakan Teknik Tiang serta
dapat meningkatkan minat murid dalam menyelesaikan soalan mendarab sebarang
nombor dengan 2 digit nombor. Diharapkan kajian ini dapat menjadi panduan yang
berguna kepada para guru Matematik dalam membantu murid meningkatkan
pencapaian mereka serta pengkaji yang ingin membuat kajian dalam bidang ini.

47
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015 ) Jilid 3

RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Modul Pengajaran dan Pembelajaran nombor dan
operasi Tahun 3. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Matematik Tahun 3. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan untuk Maktab
Perguruan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Desmond Tan & G.Gunasekaran. (2014). TUTOR PRETASI KSSR MATEMATIK TAHUN 4. Selangor:
Penerbit Ilmu Didik.
Flora Kuah Ai Shin & Mazlina Mohammed. (2014). PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
LEMBARAN KERJA MURID KSSR TAHUN 4. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Juliana Lau. (2014). FLY HIGH LEMBARAN KERJA PBS KSSR MATEMATIK TAHUN 4. SHAH
ALAM: Cerdik Publication Sdn. Bhd.
Nurhawani Hassan.(2014). AKSES CEMERLANG PS KSSR MATEMATIK TAHUN 4. Selangor:
Cemerlang Publication Sdn. Bhd.
Pasukan Penyelidikan. (2013). Penyelidikan Tindakan Peanduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur:
Feemind horizons Sdn. Bhd.
Sharifah Norul Akmar Bt Syed Zamri. HALATUJU DAN ISU DALAM PENYELIDIKAN
PENDIDIKAN MATEMATIK. Jabatan Pendidikan Matematik & Sains: Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya.
Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd Rashidi Bin Mat Jalil. Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam
Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4. Johor: Fakulti Pendidikan
Unoiversiti Teknologi Malaysia.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email : ¹do_do19@yahoo.com, ²tysi26@yahoo.com

48
MEMBANTU MURID MENGUASAI PENDARABAN DUA NOMBOR
MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA
DENGAN KAEDAH KEKISI

NACKLES SEBI¹
ERNIE KHO SIAW NEE²

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid tahun 3 menguasai kemahiran
pendaraban nombor tiga digit dengan nombor satu digit melibatkan pengumpulan
semula dengan menggunakan kaedah kekisi. Kajian tindakan ini telah dijalankan
terhadap 4 orang murid tahun 3 di sebuah sekolah di kawasan pedalaman di daerah
Baram. Kajian tindakan telah dijalankan dengan menggunakan Model Kurt Lewin
(1946) dengan 2 kitaran. Data kajian telah dikumpul dengan menggunakan lembaran
kerja untuk mengkaji sama ada penggunaan Kaedah Kekisi dapat membantu responden
dalam menguasai kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan satu digit dan kuiz
bagi mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi semasa mengaplikasikan kaedah ini
yang seterusnya dianalisis secara diskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
Kaedah Kekisi telah dapat membantu murid menguasai kemahiran dalam
menyelesaikan soalan pendaraban yang melibatkan nombor 3 digit dengan nombor 1
digit. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan perubahan persepsi dan minat responden
terhadap penggunaan kaedah kekisi dalam menyelesaikan sebarang soalan pendaraban.

ABSTRACT
The purpose of this action research is to help year 3 pupils in mastering the skill of
multiplication three-digit numbers with one-digit number involving the use of Lattice
method. 4 pupils from year 3 school in rural area had been examined through this
action research. The research was conducted by using 2 cycles of Kurt Lewin Model
(1946). The data in this action research were collected by using worksheets for
analyzing whether the use of lattice multiplication method can help respondents to
master the skill of solving the multiplication of three digit number with one digit number
and quiz to detect the mistake made during the application of this method. Data that
had been collected were analyze descriptively. The result showed that Lattice Method
was able to help pupils mastering the skills of solving the multiplication question
involving three-digit number with one-digit number. The result also showed that there
were changes in perception and interest of respondents with the Lattice Method in
solving multiplication question.

PENDAHULUAN

Bahagian Pendidikan Guru (1998), menyatakan Matematik merupakan satu


subjek yang sangat penting dan menarik kerana matematik diaplikasikan dalam
semua bidang. Matematik bukan sahaja merupakan satu subjek yang sangat penting
dalam kehidupan seharian kita, malah ianya juga telah diletakkan sebagai salah satu
subjek teras dalam kurikulum sekolah di nagara kita. Matematik telah diajar sejak
dari prasekolah hingga ke peringkat kolej dan universiti dan ini menunjukkan
bahawa komponen Matematik penting dalam hampir dalam kesemua kursus
pengajian yang ditawarkan. Justeru itu, para pendidik harus menggunakan
pengetahuan sedia ada yang ada pada pendidik sendiri untuk memberi idea dan
pengalaman baharu yang bermakna mengenai Matematik kepada seseorang murid itu.
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Walau bagaimanapun, pengajaran dan pembelajaran Matematik bukan


sesuatu yang mudah. Ramai guru di sekolah mengakui bahawa mereka menghadapi
kesukaran dalam mengajar topik pendaraban kepada murid-murid. Kenyataan ini
turut disokong oleh Beramas Inggit (2013) dalam kajian mereka yang menyatakan
antara topik yang merunsingkan guru-guru di sekolah adalah topik pendaraban. Oleh
yang demikian, pengkaji berpendapat bahawa kemahiran mendarab perlu diberi
tumpuan.

Refleksi Pengajaran Dan pembelajaran


Setelah selesai mengajar pengkaji telah mendapati ada beberapa masalah
telah timbul di dalam kalangan murid pengkaji. Masalah-masalah yang dimaksudkan
itu adalah masalah dalam menyelesaikan soalan pendaraban dua nombor tiga digit
dengan satu digit yang mana murid menggunakan kaedah pendaraban bentuk lazim.
Rajah 1 di bawah menunjukkan salah satu kesalahan yang telah dilakukan oleh murid.
Murid ini tidak menambah 1 yang telah dikumpul semula. Murid ini hanya mendarab
tanpa menambah.

Rajah 1: Contoh kesilapan Rajah 2: Contoh kesilapan Rajah 3: Contoh kesilapan


murid. murid. murid.

Rajah 2 dan 3 pula menunjukkan kesalahan yang telah dilakukan oleh murid.
Didapati bahawa murid ini tidak mendarab digit ketiga iaitu digit yang berada di
rumah ratus tetapi hanya menambah digit itu sahaja.

Daripada masalah ini, pengkaji cuba menyelesaikan permasalahan ini dengan


memperkenalkan kaedah kekisi kepada murid-murid ini. Ini kerana kaedah kekisi ini
telah dapat menyelesaikan permasalahan ini kerana ianya lebih sistematik dan tidak
mengelirukan murid sepertimana dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Mastura
Herman (2011), Nickelson Abit (2013) dan Tan Siang Eing (2013).

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini adalah untuk membantu murid tahun 3 menguasai kemahiran
mendarab nombor tiga digit dengan nombor satu digit melibatkan pengumpulan
semula dengan menggunakan Kaedah Kekisi. Ini adalah disebabkan murid-murid ini
sering melakukan kesilapan apabila melakukan pendaraban dua nombor tiga digit
dengan nombor satu digit melibatkan pengumpulan semula dalam menggunakan
bentuk lazim tradisional. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid ialah kesilapan
dalam mengumpul semula, lupa menambah nombor yang dikumpul semula dan
terdapat murid yang tidak mendarab salah satu digit dalam satu-satu nombor.
Terdapat juga kajian lain yang berkaitan dengan pendaraban kekisi yang telah
dilakukan oleh penyelidik bagi mengatasi masalah pendaraban sebarang dua nombor
seperti yang telah dilakukan oleh Mastura Herman (2011). Dapatan kajian beliau
menunjukkan Kaedah Lattice (Kekisi) ini berkesan dan responden ternyata lebih

50
Nackles Sebi & Ernie Kho Siaw Nee

mudah menyelesaikan soalan pendaraban dengan menggunakan Kaedah Kekisi


berbanding kaedah tradisional.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian.
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
a) membantu murid menguasai kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan
nombor satu digit melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan
kaedah kekisi.
b) Untuk mengetahui persepsi dan minat murid terhadap penggunaan kaedah
kekisi dalam menyelesaikan soalan pendaraban.

Soalan Kajian.
Kajian yang akan dijalankan akan cuba untuk menjawab soalan berikut:
a) Adakah penggunaan kaedah kekisi dapat membantu murid menguasai
kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan nombor satu digit melibatkan
pengumpulan semula?
b) Apakah persepsi dan minat murid terhadap penggunaan kaedah kekisi dalam
menyelesaikan soalan pendaraban?

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 4 orang tahun 3 di sebuah sekolah pedalaman di daerah


Baram. Mereka terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan
yang mana kesemua murid berumur 9 tahun. Murid ini dipilih berdasarkan kepada
latihan yang diberikan semasa di dalam kelas setelah mendapati murid-murid ini
gagal menguasai kemahiran mendarab dalam bentuk lazim. Selain itu, terdapat
beberapa kriteria lain dalam pemilihan responden. Kriteria lain yang diambil kira
dalam pemilihan responden adalah responden itu haruslah telah menguasai
kemahiran asas mendarab dan kemahiran menambah. Jadual 1 di bawah merupakan
profil responden kajian.
Jadual 1: Profil responden kajian.
Responden Jantina Umur Kaum
R1 Perempuan 9 tahun Kayan
R2 Lelaki 9 tahun Kayan
R3 Lelaki 9 tahun Kayan
R4 Perempuan 9 tahun Kayan

TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN

PROSEDUR TINDAKAN
Kajian tindakan ini berpandukan kepada Model Kurt Lewin (1946). Menurut
Lewin (1946, seperti yang dinyatakan dalam Ho Ho Tong et al., 2014) menyatakan
bahawa penyelidikan tindakan merupakan suatu lingkaran langkah-langkah. Satu
lingkaran mempunyai empat peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan
refleksi. Lewin (1946, seperti yang dinyatakan dalam Ho Ho Tong et al., 2014)

51
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

berpendapat kajian tindakan akan berterusan. Justeru, lingkaran kajian akan


berterusan dari satu lingkaran ke satu lingkaran seterusnya yang melibatkan
perancangan semula, tindakan, pemerhatian dan refleksi bagi menghasilkan
lingkaran baharu. Rajah 4 menunjukkan Model penyelidikan tindakan Lewin.

MERANCANG TINDAKAN
Kenalpasti kemahiran Memperkenalkan kaedah
bermasalah. Pendaraban Kekisi.
Mengenalpasti kaedah yang Lembaran kerja dan kuiz untuk
akan digunakan. menguji kaedah yang telah
Pemilihan responden melalui diperkenalkan.
lembaran kerja.

Merancang semula kitaran kedua

REFLEKSI PEMERHATIAN
Membuat refleksi merangkumi Menganalisis data.
apa yang berlaku sebelum, Mengenalpasti masalah yang
semasa dan selepas kajian timbul semasa menggunakan
dilaksanakan. kaedah pendaraban kekisi.

Rajah 4: Model Kurt Lewin (1946)

Kitaran Pertama
Pengkaji menggunakan lembaran kerja dengan tujuan untuk mengenal pasti
murid yang lemah dan masalah yang timbul semasa mereka menjawab soalan
pendaraban dengan bentuk lazim. Selepas itu, pengkaji mengenal pasti responden
yang akan dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Setelah mengenalpasti
masalah yang timbul dan responden yang terlibat, pengkaji akan mengenal pasti
kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini sekaligus akan digunakan
dalam kajian ini. Responden diperkenalkan dengan kaedah pendaraban kekisi.
Responden diajar dengan menggunakan kaedah pendaraban kekisi. Responden akan
diajar dan dibimbing bagaimana menulis soalan serta membina kotak-kotak yang
diperlukan dalam pendaraban kaedah kekisi. Berikut adalah langkah penyelesaian
soalan pendaraban dengan menggunakan kaedah kekisi:

Soalan : 865 × 4 = ___________


Langkah 1 : Bina kotak grid.
Langkah 2: Bina garis menyerong pada pepenjuru.
Langkah 3 : Tuliskan soalan dan simbol darab.
Langkah 4 : Lakukan pendaraban setiap nombor.
Langkah 5 : Tambahkan setiap nombor di setiap penjuru.

52
Nackles Sebi & Ernie Kho Siaw Nee

8 6 5 ×
3 2 2
3 4
2 4 0
4 6 0
Rajah 5: Kaedah Kekisi

Kitaran Kedua
Setelah mengenalpasti kelemahan yang wujud dalam kitaran pertama, langkah
seterusnya adalah untuk merancang semula tindakan yang lebih baik. Hal ini
bertujuan untuk memberi impak yang lebih agar murid tidak lagi mengulangi
kesalahan yang dilakukan dalam kitaran pertama. Dalam kitaran kedua, kaedah
kekisi akan ditambah baik dengan menggunakan warna pada pepenjuru untuk
menarik minat dan mengelak berlakunya kesalahan oleh murid. Tindakan dimulai
dengan memperkenalkan kaedah kekisi dengan kotak grid yang berwarna. Penekanan
juga diberi pada penggunaan kotak grid berwarna serta kesalahan yang dilakukan
oleh responden dalam kitaran pertama. Berikut adalah langkah penyelesaian soalan
pendaraban menggunakan kaedah kekisi yang telah ditambahbaik:

Soalan : 865 × 4 = ___________


Langkah 1 : Bina kotak grid.
Langkah 2: Bina garis menyerong pada pepenjuru.
Langkah 3: Mewarnakan kotak pepenjuru yang menyerong.
Langkah 4 : Tuliskan soalan dan simbol darab.
Langkah 5 : Lakukan pendaraban setiap nombor.
Langkah 6 : Tambahkan setiap nombor di setiap penjuru.
8 6 5
3 2 2
3 2 4 0 4

4 6 0
Rajah 6: Kaedah Pendaraban Kekisi Berwarna

CARA MENGUMPUL DATA

Pengkaji telah menggunakan lembaran kerja, kuiz dan temu bual sebagai
instrumen kajian.
Lembaran kerja digunakan untuk menentukan keberkesanan kaedah kekisi
dapat membantu murid dalam menyelesaikan soalan pendaraban selain
mengenalpasti sebarang masalah yang timbul dalam menggunakan kaedah kekisi
dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban. Pengkaji menyediakan 2
set lembaran kerja iaitu masing-masing untuk kitaran pertama dan untuk kitaran
kedua. Bilangan item yang terdapat dalam setiap set lembaran kerja adalah 10 item.
Lembaran kerja ini diberi pada peringkat tindakan selepas sesi pengajaran dan
penerangan tentang kaedah pendaraban kekisi diadakan.
Kuiz merupakan instrumen yang digunakan dalam menentukan sejauh mana
keberkesanan kaedah kekisi dalam menyelesaikan soalan pendaraban. Kuiz ini
diberikan kepada murid setelah selesai menjawab lembaran kerja yang mana murid

53
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

menjawab soalan yang diberi dengan menggunakan kaedah kekisi. Setiap kitaran
kajian mempunyai satu set soalan kuiz yang mana pengkaji menyediakan 10 soalan
masing-masingnya untuk kedua-dua kitaran.
Pengkaji menjalankan temu bual terhadap kesemua responden untuk
mendapatkan data sebagai langkah menjawab soalan kajian (b). Temu bual yang
dijalankan adalah temu bual berstruktur dan formal. Temu bual ini ditadbir setelah
responden selesai menjawab lembaran kerja dan soalan kuiz dalam kitaran kedua.
Temu bual ini mengandungi 4 soalan yang mana ianya menjawab persoalan tentang
persepsi dan minat responden terhadap penggunaan kaedah kekisi.

CARA MENGANALISIS DATA

Data kajian dari lembaran kerja dan kuiz yang dikumpul dianalisis dengan
menggunakan formula yang berikut:

Bilangan soalan yang dijawab dengan betul


Bilangan semua soalan

Setelah bilangan soalan yang dapat dijawab dengan betul oleh murid diperolehi,
penentuan tahap penguasaan murid tersebut ditentukan dengan menggunakan Jadual
2 berikut:
Jadual 2: Keterangan tahap penguasaan murid untuk Lembaran Kerja dan Kuiz.
Bilangan soalan betul Keterangan
Murid sudah menguasai kemahiran pendaraban dengan
8 – 10
menggunakan kaedah pendaraban kekisi
Murid belum menguasai kemahiran pendaraban dengan
4–7
menggunakan kaedah pendaraban kekisi
Murid tidak menguasai kemahiran pendaraban dengan
0–3
menggunakan kaedah pendaraban kekisi
Analisis dapatan data dari temu bual dibuat berdasarkan jawapan-jawapan
yang telah diberikan oleh responden terhadap 4 soalan temu bual yang telah
dikemukakan. Soalan-soalan temu bual ini telah ditanya secara lisan secara individu
oleh pengkaji. Soalan-soalan temu bual ini dikategorikan kepada dua kategori iaitu
kategori A dan kategori B. Kategori A yang terdiri daripada soalan 1 merujuk kepada
persepsi dan minat responden terhadap operasi pendaraban dalam bentuk lazim
tradisional yang mana responden belum lagi didedahkan dengan kaedah pendaraban
kekisi. Kategori B yang terdiri daripada soalan 2, soalan 3 dan soalan 4 pula merujuk
kepada persepsi dan minat responden terhadap kaedah kekisi.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini akan menjawab dua soalan kajian. Pengkaji telah
menghuraikan dapatan data kajian berdasarkan soalan kajian pengkaji pada bahagian
ini. Hasil dapatan data ini dapat membantu pengkaji untuk mengetahui sama ada
kajian tindakan yang pengkaji telah jalankan menjawab soalan kajian yang telah
ditetapkan ataupun tidak.

54
Nackles Sebi & Ernie Kho Siaw Nee

Adakah penggunaan kaedah kekisi dapat membantu murid menguasai


kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan nombor satu digit?
Pengkaji telah menentukan tahap perkembangan dari aspek pencapaian dalam
setiap lembaran kerja dan kuiz responden berdasarkan bilangan soalan yang dijawab
dengan betul oleh responden. Jadual 3 menunjukkan keputusan pencapaian murid:
Jadual 3: Keputusan pencapaian responden untuk lembaran kerja1,
lembaran kerja 2, kuiz 1 dan kuiz 2.
Kaedah Selepas diperkenalkan Selepas diperkenalkan
lazim Kaedah Kekisi kitaran Kaedah Kekisi kitaran
Responden tradisional 1 daripada 10 soalan 2 daripada 10 soalan
daripada 6 Lembaran Lembaran
Kuiz 1 Kuiz 2
soalan kerja 1 kerja 2
R1 0 9 10 10 10
R2 0 7 9 9 10
R3 2 8 10 10 9
R4 0 6 5 9 9
Sebelum kaedah pendaraban kekisi ini diperkenalkan kepada responden,
responden 3 telah berjaya menjawab dua soalan dengan betul daripada enam soalan
yang dikemukakan manakala responden 1, 2 dan 4 tidak dapat menjawab sebarang
soalan dengan betul daripada enam soalan yang dikemukakan.
Setelah memperkenalkan kaedah pendaraban kekisi pada kitaran pertama,
pengkaji telah memberikan satu lembaran kerja dan kuiz yang mana masing-
masingnya mengandungi 10 soalan setiap satu. Untuk lembaran kerja 1, responden 1
dan responden 3 sudah menguasai manakala responden 2 dan 4 belum menguasai.
Untuk kuiz 1 pula, responden 1, 2 dan 3 telah dikira sudah menguasai.
Setelah selesai kitaran 1, pengkaji mendapati bahawa kaedah pendaraban
kekisi perlu ditambahbaik untuk mengatasi kelemahan dan kesalahan yang dilakukan
oleh responden. Setelah selesai pengajaran dengan menggunakan kaedah kekisi yang
ditambahbaik, lemparan kerja dan kuiz diberikan semula. Dapatan dari hasil kerja
murid di lembaran kerja 2 dan kuiz 2 mendapati keempat-empat responden sudah
menguasai dengan menjawab masing-masingnya 9 dan 10 soalan dengan betul.
Keputusan pencapaian keempat-empat responden pengkaji telah
diinterpretasikan berdasarkan Jadual 2 pada bahagian cara menganalisis data yang
mana ianya dikategorikan kepada sudah menguasai, belum menguasai dan tidak
menguasai. Interpretasi ini dibuat dan dijalankan keatas Kuiz 2 iaitu lembaran kerja
yang terakhir pengkaji tadbir terhadap responden. Jadual 4 menunjukkan interpretasi
pencapaian responden terhadap keputusan pencapaian mereka dalam Kuiz 2.
Jadual 4 : Interpretasi pencapaian responden (Kuiz 2).
Responden Bilangan soalan yang dijawab betul Interpretasi
R1 10 Sudah menguasai
R2 10 Sudah menguasai
R3 9 Sudah menguasai
R4 9 Sudah menguasai
Berdasarkan Jadual 4, kesemua responden telah menunjukkan prestasi yang
sangat baik iaitu sudah menguasai kemahiran pendaraban dengan menggunakan
Kaedah Pendaraban Kekisi. Ini juga menunjukkan bahawa responden telah berjaya
mengatasi kesilapan dan kecuaian yang mereka lakukan dalam Lembaran Kerja 1,
Kuiz 1 dan Lembaran Kerja 2. Kesilapan dan kecuaian yang dilakukan oleh
responden dalam Lembaran Kerja 1, Kuiz 1 dan Lembaran Kerja 2 dibincangkan di
bahagian refleksi dapatan kajian.

55
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Apakah persepsi dan minat murid terhadap penggunaan kaedah kekisi dalam
menyelesaikan soalan pendaraban?
Pengkaji telah menjalankan temu bual berstruktur untuk mendapatkan
persepsi dan minat responden terhadap penggunaan Kaedah Kekisi dalam
menyelesaikan masalah pendaraban yang melibatkan dua nombor tiga digit dan satu
digit. Jadual 5 menunjukkan soalan (a) dan jawapan responden.
Jadual 5: Jawapan responden terhadap soalan (a).
Soalan (a) : Adakah operasi pendaraban 3 digit dengan 1 digit sukar bagi kamu
sebelum ini? Kenapa?
Responden A “…ya, tak tahu mana nak tambah dan darab…”
Responden B “…ya, tak tahu mana nak tambah dan darab…”
“…ya, sebab keliru nama satu nombor yang hendak di kumpul
Responden C
semula …”
Responden D “…ya, susah dan keliru cikgu…”
Berdasarkan hasil temu bual soalan (a), rata-rata responden menyatakan
bahawa pendaraban dengan menggunakan bentuk lazim tradisional adalah sukar.
Responden A dan responden B misalnya menyatakan pendaraban bentuk lazim
tradisional susah kerana tidak tahu mana satu nombor yang hendak didarab ataupun
ditambah manakala responden C dan D pula menyatakan ia mengelirukan.
Jadual 6 menunjukkan soalan (b) dan jawapan responden.
Jadual 6: Jawapan responden terhadap soalan (b).
Soalan (b) : Adakah kamu suka menggunakan Kaedah Kekisi? Kenapa?
Responden A “…suka, sebab senang dan tidak keliru…”
Responden B “…ya, sebab ia ada petak-petak…”
Responden C “…ya, sebab kita boleh tambah dalam petak serong…”
Responden D “…ya, senang untuk darab dan tambah…”
Berdasarkan hasil temu bual soalan (b), kesemua responden suka
menggunakan Kaedah Kekisi kerana senang untuk mendarab dan menambah nombor
yang telah disusun dalam petak-petak menyerong berwarna dan tidak mengelirukan.
Jadual 7 menunjukkan soalan (c) dan respon responden.
Jadual 7: Jawapan responden terhadap soalan (c).
Soalan (c) : Adakah Kaedah Kekisi memudahkan kamu menyelesaikan operasi
pendaraban? Kenapa?
Responden A “…ya, mudah sebab ada petak…”
Responden B “…ya, kerana senang untuk darab dan tambah…”
Responden C “…ya, sebab senang dan tak keliru kalau letak nombor…”
Responden D “…ya, kerana senang nak tambah…”
Berdasarkan hasil temu bual soalan (c), kesemua responden menyatakan
Kaedah Kekisi memudahkan mereka menyelesaikan operasi pendaraban. Semua
responden menyatakan dengan menggunakan Kaedah Kekisi, mereka senang untuk
mendarab dan menambah tanpa mengelirukan.
Jadual 8 menunjukkan soalan (d) dan respon responden.
Jadual 8: Jawapan responden terhadap soalan (d).
Soalan (d) : Adakah kamu akan menggunakan Kaedah Kekisi di masa akan
datang? Kenapa?
Responden A “…ya, sebab ia senang…”
Responden B “…ya, kerana mudah nak darab…”
Responden C “…ya, sebab senang darab dan tambah dan tidak keliru…”
Responden D “…ya, sebab senang dibuat…”

56
Nackles Sebi & Ernie Kho Siaw Nee

Berdasarkan hasil temu soalan (d), kesemua empat responden telah


menyatakan kesediaan mereka untuk menggunakan Kaedah Kekisi pada masa akan
datang terutamanya semasa menjawab soalan pendaraban. Mereka berpendapat
bahawa kaedah ini tidak terlalu panjang, tidak mengelirukan dan lebih tersusun dan
sistematik. Ini menunjukkan bahawa responden telah memberi reaksi yang positif
terhadap penggunaan Kaedah Kekisi dalam menyelesaikan soalan pendaraban yang
melibatkan dua nombor tiga digit dan nombor satu digit.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah membuat refleksi dapatan kajian berdasarkan dapatan kajian.


Refleksi dapatan kajian ini dibuat berdasarkan soalan kajian yang telah ditetepkan
pada awal kajian ini.

Adakah penggunaan kaedah kekisi dapat membantu murid menguasai


kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan nombor satu digit?
Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi melalui lembaran kerja dan
kuiz, penggunaan Kaedah Kekisi telah berjaya membantu keempat-empat responden
untuk meningkatkan kemahiran mereka untuk menyelesaikan soalan pendaraban
melibatkan dua nombor tiga digit dengan satu digit. Ini dapat dilihat melalui analisis
data dari aspek bilangan soalan yang dijawab betul oleh keempat-empat responden
kajian dalam lembaran kerja 1, kuiz 1, lembaran kerja 2 dan kuiz 2 yang mana telah
menunjukkan peningkatan yang positif.
Berdasarkan dapatan kajian, untuk latihan yang terakhir iaitu kuiz 2,
responden 1 dan 2 telah menjawab semua soalan dengan betul manakala responden 3
dan 4 telah menjawab 9 daripada 10 soalan dengan betul. Hasil dapatan kajian ini
ternyata selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Nickelson Abit (2013), Tan
Siang Eing (2013) dan Mastura Herman (2011). Oleh itu, dapatlah disimpulkan
bahawa penggunaan Keadah Kekisi ini telah berjaya membantu murid menguasai
pendaraban yang melibatkan sebarang nilai digit dan nombor. Namun begitu, para
responden juga telah melakukan kesilapan semasa menjawab soalan pendaraban.
Kesilapan pertama yang responden lakukan adalah kesilapan mendarab. Jadual 9
menunjukkan kesilapan mendarab yang melibatkan nombor biasa oleh responden
semasa menjawab soalan dalam lembaran kerja dan kuiz.
Jadual 9: Kesilapan mendarab yang melibatkan nombor biasa oleh responden.

Kesilapan mendarab responden 1 Kesilapan mendarab responden 2


Pengkaji mendapati bahawa responden 1 telah menulis 7 × 3 = 28 dan
bukannya 7 × 3 = 21 manakala responden 2 pula telah menulis 6 × 8 = 42 dan
bukannya 6 × 8 = 48.

57
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Responden juga telah melakukan kesilapan mendarab yang melibatkan darab


satu dan darab sifar. Jadual 10 menunjukkan kesilapan mendarab satu dan sifar yang
dilakukan oleh responden.
Jadual 10: Kesilapan mendarab satu dan sifar yang dilakukan oleh responden.

Kesilapan mendarab responden 4 Kesilapan mendarab responden 3


Pengkaji mendapati bahawa responden 4 telah menulis 1 × 6 = 60 dan
bukannya 1 × 6 = 06 manakala responden 3 pula telah menulis 0 × 4 = 04 dan
bukannya 0 × 4 = 00.
Jadual 11: Kesilapan menambah oleh responden 4.

Selain itu, para responden juga telah melakukan kesilapan semasa menjawab
soalan pendaraban. Kesilapan kedua yang responden lakukan adalah kesilapan
menambah. Jadual 11 menunjukkan kesilapan menambah oleh responden semasa
menjawab soalan dalam lembaran kerja dan kuiz. Pengkaji mendapati bahawa
responden 4 telah menulis 1 + 4 + 5 = 13 dan bukannya 1 + 4 + 5 = 10 dan telah
menulis 2 + 6 = 10 dan bukannya 2 + 6 = 8.
Kesilapan ketiga yang responden lakukan adalah kesilapan menulis jawapan
yang mana jawapannya hanya satu digit. Jadual 12 menunjukkan kesilapan menulis
jawapan oleh responden semasa menjawab soalan. Pengkaji mendapati bahawa
responden 4 telah menulis 2 × 3 = 60 dan bukannya 2 × 3 = 06 dan telah menulis 1 ×
8 = 80 dan bukannya 1 × 8 = 08. Ini menunjukkan murid masih belum menguasai
nilai tempat.
Kesilapan keempat yang responden lakukan adalah kecuaian semasa menulis
jawapan. Hal ini berlaku apabila responden 2 tidak menulis dengan kemas digit yang
ditulis. Akibatnya, beliau melakukan penambahan nombor yang salah. Jadual 13
menunjukkan kecuaian menulis jawapan oleh responden 2 semasa menjawab soalan
dalam lembaran kerja dan kuiz. Pengkaji mendapati bahawa responden 2 telah
menulis 2 × 3 = 66 dan bukannya 2 × 3 = 06 dan telah menulis 1 × 8 = 68 dan
bukannya 1 × 8 = 08. Ini akhirnya mangakibatkan responden melakukan kesalahan
menambah.

58
Nackles Sebi & Ernie Kho Siaw Nee

Jadual 12: Kesilapan menulis jawapan oleh responden 4.

Jadual 13: Kecuaian menulis jawapan oleh responden 2

Apakah persepsi dan minat murid terhadap penggunaan kaedah kekisi dalam
menyelesaikan soalan pendaraban?
Dari aspek persepsi dan minat responden, Kaedah Kekisi ini mudah difahami
dan mudah digunakan oleh responden. Melalui temu bual, kesemua responden telah
menunjukkan minat dan menyukai penggunaan Kaedah Kekisi untuk menyelesaikan
soalan pendaraban. Daripada pemerhatian pengkaji, responden lebih berminat dan
bermotivasi semasa proses pengajaran malah mereka lebih ceria dan seronok semasa
menjawab soalan pendaraban. Ini disokong oleh kajian Nickelson Abit (2013) yang
mengatakan bahawa murid lebih meminati dan menyukai penggunaan Kaedah Kekisi
untuk menyelesaikan pendaraban. Ini adalah kerana Kaedah Kekisi ini mudah
difahami dan senang untuk digunakan semasa menjawab soalan pendaraban.
Ini juga disokong oleh kajian Chan Yaw Jong (2011, seperti yang dinyatakan
dalam Nickelson Abit, 2013) yang menyatakan bahawa murid lebih berminat dan
bermotivasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di samping kelihatan ceria
dan seronok sepenjang pengkaji mengajar pendaraban Kekisi. Ini selari dengan hasil
dapatan kajian temu bual berstruktur di mana rata-rata responden menyatakan
mereka akan menggunakan Kaedah Kekisi di masa akan datang.

59
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Terdapat tiga cadangan kajian lanjutan yang pengkaji cadangkan sebagai


penambahbaikan sekiranya kajian ini dijalankan pada masa akan datang.
Cadangan pertama ialah menggunakan Kaedah Pendaraban Kekisi ini dengan
nombor yang lebih besar seperti 4 digit dengan 2 digit, 5 digit dengan 2 digit atau 5
digit dengan 3 digit. Hal ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan
Kaedah Pendaraban Kekisi secara menyeluruh dalam usaha meningkatkan kemahiran
menyelesaikan soalan pendaraban.
Cadangan kedua untuk kajian lanjutan adalah melibatkan murid-murid lemah
dalam kajian ini terutamanya dalam penggunaan Kaedah Pendaraban Kekisi. Hal ini
sangat penting untuk melihat sejauh manakah kaedah ini dapat membantu murid
bukan sahaja untuk murid pandai dan sederhana, malah untuk murid yang lemah juga.
Ini juga seterusnya untuk meningkatkan kemahiran mendarab murid lemah
disamping untuk membina persepsi dan minat murid lemah kepada operasi
pendaraban.
Cadangan kajian lanjutan ketiga ialah menggunakan Kaedah Pendaraban
Kekisi ini dengan melibatkan unit seperti perpuluhan, jisim, panjang, isipadu, luas
dan sebagainya. Hal ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah kaedah ini
dapat membantu murid dalam menjawab soalan pendaraban yang melibatkan unit.

RUMUSAN

Rumusannya ialah penggunaan kaedah Kekisi telah membantu responden


dalam memingkatkan kemahiran mereka dalam menyelesaikan soalan pendaraban.
Responden juga berminat dan memberi persepsi yang positif terhadap penggunaan
kaedah Kekisi dalam menyelesaikan masalah pendaraban melibatkan nombor 3 digit
dengan 2 digit. Oleh itu, keadah kekisi ini wajar digunakan oleh para guru dan murid
untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan soalan pendaraban.

RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Model Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah: Nombor Bulat. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Beramas Inggit. (2013). Penggunaan Kaedah Pendaraban Bergaris Untuk Mendarab Nombor 3 Digit
Dengan Nombor 2 Digit. Prosiding Seminar Penyelidikan PISMP 2013. September 23 – 24.
Miri : IPG Kampus Sarawak, 249-260.
Ho Ho Tong, Rahmah Murshidi, Gan We Ling, Zaliha Musa, Ahap Awal, Lee Hou Yew, … Stanley
Abang. (2014). Asas Penyelidikan : Teori dan Amalan. Kuching : Jabatan Penyelidikan
Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Tun Abdul Razak.
Hu Laey Nee, Sia Pong Won, & Khoo Kin Peng. (2014) Pandual Perlaksanaan Penyelidikan
Tindakan 1 dan penyelidikan Tindakan II : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Dengan Kepujian Mod sepenuh Masa dan Mod Separuh Masa. IPG Kampus Sarawak.
Mastura Herman. (2011). Kaedah Lattice : Membantu Murid-murid Tahun 3 Menyelesaikan Masalah
Pendaraban. Prosiding Seminar Penyelidikan PISMP 2011. September 14 – 15. Miri : IPG
Kampus Sarawak, 137-147.
Nickelson Abit. (2013). Penggunaan Kaedah Kekisi Dalam Meningkatkan Kemahiran Murid Untuk
Menyelesaikan Soalan Pendaraban. Prosiding Seminar Penyelidikan PISMP 2013.
September 23 – 24. Miri: IPG Kampus Sarawak, 223-235.

60
Nackles Sebi & Ernie Kho Siaw Nee

Tan Siang Eing. (2013). Keadah Pendaraban Kekisi Dalam Mendarab Nombor Empat Digit Dengan
Nombor Dua Digit Melibatkan Pengumpulan Semula. Prosiding Sseminar Penyelidikan
PISMP 2013. September 23 – 24. Miri: IPG Kampus Sarawak, 38-49.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email : ¹nacklesanaksebi@yahoo.com, ²erniekho@hotmail.com

61
MEMBANTU MURID PROTIM TAHUN 5 MENYELESAIKAN MASALAH
PENDARABAN NOMBOR BULAT DENGAN
PENDARABAN KEKISI

HUUD SULONG1
HAMDEN GANI2

ABSTRAK
Kebanyakan murid menghadapi masalah dalam mempelajari kemahiran darab didalam
subjek matematik disekolah rendah. Punca masalah ini sebenarnya adalah disebabkan
kurangnya penguasaan terhadap kemahiran mendarab dikalangan mereka. Oleh yang
demikian kajian tindakan ini dilaksanakan bagi membantu murid-murid PROTIM
menguasai kemahiran mendarab nombor bulat. Kajian ini akan menggunakan model
kajian tindakan oleh Kurt Lewin yang empat peringkat. Enam orang responden dari
sebuah sekolah di daerah Subis telah dipilih yang mana mereka ini dipilih berdasarkan
pencapaian Ujian Pasca Protim Peringkat Daerah Subis 2013. Perlaksanaan kajian ini
hanya berfokus kepada penggunaan kaedah Kekisi menyelesaikan operasi darab dua
digit dengan satu digit melibatkan proses mengumpul semula. Dapatan kajian ini telah
diperoleh melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen seperti lembaran kerja
dan buku latihan. Berdasarkan dapatan kajian ini didapati kaedah Kekisi ini dapat
membantu responden dalam mendarab nombor bulat dengan baik.

ABSTRACT
Many students face problems in learning of multiplication in primary school
mathematics. The cause of this problem is they unable to fully mastering skills of
multiplication. As a result, this action research conducted to help year 5 PROTIM
students mastering multiplication of whole numbers. This study will use a model of
action research by Kurt Lewin who had four stages. Six students from a primary school
in the Subis district have been selected as a respondent based on the achievement in post
test PROTIM Subis District Level 2013. Implementation of this study only focuses on
the use of grid method to solve multiplication involving two digit with one digit whole
number with regrouping. The findings of this study were obtained through observation,
interviews and analysis of documents such as worksheets and workbooks. Based on
the findings of this study found that this grid method can assist respondents in
multiplying whole numbers correctly.

PENDAHULUAN

Teknologi berkembang dengan semakin pesat diperingkat global. Jesteru itu,


untuk bersaing dengan negara lain khususnya negara maju, Malaysia giat melahirkan
generasi yang berilmu pengetahuan serta berketrampilan dari aspek jasmani , emosi,
rohani, intelek dan sosial. Seharusnya dalam usaha mengejar matlamat ini, penguasaan
terhadap ilmu matematik amat diperlukan bagi menjamin hasrat negara kita dapat
dicapai. Pada tahun 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
seterusnya melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Matematik
Huud Sulong & Hamden Gani

telah diletakkan dalam kumpulan subjek teras yang diajarkan daripada tahap 1 hingga
ke tahap 2 sekolah rendah.
Menurut penarafan yang dijalankan oleh Trend in International Mathematics and
Science Studies (TIMSS) sejak 1999 hingga 2011, dan juga Programme for International
Student Assessment (PISA), menunjukkan bahawa pencapaian bagi subjek sains dan
matematik menurun dari 510 mata pada tahun 1999 ke 410 mata ke 2011. Berdasarkan),
Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Spesifikasi Kurikulum Matematik
Tahun 5 oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012) bahawa matematik sekolah
rendah dapat membantu dan membolehkan murid mengetahui dan menguasai empat
operasi asas dalam matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
Fokus utama kajian ini adalah kaedah Pendaraban Kekisi atau nama lainnya
GELOSIA. Penggunaan kaedah ini akan memberikan impak dari segi proses pendaraban
dapat dilakukan dengan lebih kemas dan sistematik dengan adanya petak-petak Kekisi .
Selain itu, pendaraban dengan kaedah ini seharusnya murid-murid perlu diperkukuhkan
dengan operasi asas seperti kemahiran menambah kerana salah satu daripada pengertian
darab ialah proses penambahan secara berulang-ulang. Pendaraban ini juga, memberi
peluang kepada murid untuk menguasai kerja yang tersusun dengan adalah penggunaan
petak-petak kekisi dalam proses mendarab nombor.
Murid-murid kebanyakannya tidak menguasai kemahiran darab dan tidak dapat
menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab kerana berpunca daripada lemah
penguasaan sifir. Kajian ini telah memberi fokus kepada Pendaraban Kekisi dalam
membantu murid menguasai kemahiran darab mengumpul semula 2 digit dengan 1 digit
dan seterusnya apabila dapat menguasai kemahiran ini nanti dapat membuka ruang
kepada aras soalan darab yang lebih tinggi.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kepentingan Matematik tidak dapat dinafikan pada hari ini kerana kemahiran
tersebut menjadi jentera serta penggerak kepada pembangunan dan perkembangan sains
dan teknologi. Ini telah dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
yang berhasrat melahirkan pekerja yang inovatif, kreatif, menguasai kemahiran dan
menjadi pencipta kepada teknologi. Pengusaan ilmu Matematik perlu dipertingkatkan
dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan
perkembangan dan keperluan bagi membentuk sebuah negara yang maju. Fakta asas
darab sangat penting sebagai asas pembelajaran Matematik, tambahan pula pada masa
ini murid dapat menguasai asas tambah dan tolak (Zainuddin & Mohd Rashidi, 2011),
operasi darab merupakan operasi yang agak sukar jika dibandingkan dengan operasi
tambah ataupun tolak. Merujuk kepada kajian oleh Zainuddin & Mohd Rashidi(2011)
juga menyatakan, jika kemahiran ini tidak dikuasai dengan baik, ia akan mengganggu
penguasaan kemahiran matematik yang lain pada peringkat yang lebih tinggi.
Pengkaji menjalankan kajian melibatkan 6 orang responden daripada murid
Program Tiga M (PROTIM) dari sebuah sekolah di daerah Subis. Justifikasi pemilihan
responden ini adalah melalui laporan pencapaian dalam ujian Pasca PROTIM 2013.
Syarat untuk lulus dalam ujian PROTIM, calon mestilah mendapat markah minimum 80%
ke atas setiap bahagian. Terdapat 4 bahagian dalam kertas soalan tersebut iaitu tambah,
tolak, darab dan bahagi. Dapatan pengkaji terhadap hasil kerja 6 responden berkenaan,

63
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015 ) Jilid 3

skor pada bahagian tambah dan tolak, 4 daripada 6 responden mampu untuk
memperoleh markah minimum 80% dan 2 orang lagi mendapat markah kurang daripada
80%.
Namun pada bahagian darab dan bahagi pula, keputusannya kurang memuaskan
kerana keseluruhan responden mendapat markah kurang daripada 60% sedangkan
markah untuk melayakkan mereka melepasi ujian PROTIM adalah 80% keatas.
Daripada hasil analisis awal yang dilakukan pengkaji keatas kertas jawapan mereka,
ternyata mereka kurang memahami konsep serta kaedah mendarab nombor dengan betul.
Pengkaji telah mencari beberapa kaedah yang boleh membantu responden ini dalam
operasi darab dengan cara menggunakan Pendaraban Kekisi.
Kajian ini juga dijalankan kerana, sebagai seorang guru Matematik saya
merasakan terpanggil untuk membantu murid-murid ini. Bagi pengkaji kajian ini
dijalankan bagi memahami lebih lanjut kelemahan sebenar murid-murid ini.. Ini kerana,
seperti yang disebutkan sebelum ini, pendaraban merupakan salah satu daripada
kemahiran asas dalam Matematik yang perlu dikuasai oleh murid.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian tindakan ini ialah untuk murid membantu murid PROTIM
menjawab soalan darab 2 digit dengan 1 digit melibatkan proses mengumpul semula.
Kajian melibatkan seramai 6 orang murid PROTIM tahun 5 dari sebuah sekolah di
daerah Subis. Daripada pemerhatian yang dijalankan sebelum ini, masalah utama
dihadapi mereka ialah dalam proses mengumpul semula dalam pendaraban
menggunakan bentuk lazim. Mereka lebih cenderung untuk menulis nombor pada
kedudukan rumah asal nombor yang telah didarabkan. Selain daripada kekeliruan
menulis kedudukan nombor ini, mereka juga kurang dalam menghafal sifir
menyebabkan mereka lambat untuk mengira kerana ada dikalangan mereka masih
menggunakan pengiraan dengan lukisan gandaan nombor ataupun garisan.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian
a) Meningkatkan penguasaan murid Program Tiga M (PROTIM) dalam operasi darab
dua digit dan 1 digit melibatkan proses mengumpul semula.

Soalan Kajian
a) Bagaimanakah pengkaji dapat membantu murid Program Tiga M (PROTIM)
menguasai operasi darab dua digit dengan satu digit.

64
Huud Sulong & Hamden Gani

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian tindakan ini terdiri daripada enam orang murid
PROTIM tahun 5 yang didapati mempunyai masalah mendarab nombor dua digit
dengan satu digit melibatkan pengumpulan semula. Pemilihan dibuat adalah berdasarkan
laporan markah Ujianpasca PROTIM yang mereka duduki pada Oktober 2013. Antara
kriteria yang difokuskan dalam pemilihan responden ialah seperti kelemahan dalam
memahami konsep sebenar operasi pendaraban. Kriteria seterusnya ialah penguasaan
dalam kemahiran mendarab nombor satu digit dengan satu digit. Kriteria ini dinilai
kerana ini adalah salah satu daripada asas kepada kemahiran darab sebelum mereka
pergi kepada aras yang lebih tinggi.
Antara lain kriteria yang menjadi perhatian pengkaji ialah dari segi kehadiran.
Bagi pengkaji kehadiran kesekolah adalah melibatkan sahsiah pelajar. Pelajar yang
selalu ponteng sekolah menyebabkan mereka banyak ketinggalan dalam pelajaran yang
diajarkan oleh guru dalam kelas. Jika diperhatikan, kesemua responden yang telah
dipilih diatas mempunyai tahap penguasaan yang lebih kurang sama dan pengkaji
merasakan terpanggil untuk membantu mereka mengusai kemahiran darab. Fokus utama
ialah darab yang melibatkan 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula. Setelah
berbincang dengan pihak sekolah, pengkaji telah diberikan keizinan untuk memilih
enam orang murid tersebut sebagai responden dalam kajian tindakan ini.

PROSEDUR TINDAKAN

Bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran pendaraban, pengkaji telah


mengaplikasikan model kajian tindakan yang dikenali sebagai Model Kurt Lewin (1946).
Menurut Kurt Lewin, penyelidikan tindakan merupakan suatu lingkaran langkah-langkah (a
spiral of steps). Dalam model ini terdapat empat peringkat iaitu perancangan (planning),
tindakan (action), pemerhatian (observation) dan refleksi(reflection). Setelah mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang berkenaan, perkara pertama yang
perlu dilakukan ialah merancang dengan baik tindakan yang sesuai untuk mengatasi
masalah yang telah dihadapi oleh murid. Tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah
yang telah dihadapi oleh murid.
Sebagai tindakan awal, pengkaji telah melaksanakan secara cuba jaya kaedah
kekisi ini kepada murid-murid. Selepas pemerhatian dijalankan, hasilnya memberikan
keputusan yang positif. Dalam melaksanakan perancangan yang telah dibuat, pengkaji
telah memperkenalkan kepada responden yang terlibat dengan apakah kaedah
pendaraban kekisi. Apabila sudah diterangkan kepada responden cara dan bagaimana
menjawab dalam kaedah kekisi ini, pengkaji telah membuat latihan secara ansur maju
kepada mereka semua. Dalam menjalankan pemerhatian, pengkaji telah menggunakan
intrumen pemerhatian yang dibina sendiri oleh pengkaji. Intrumen ini sebelum diguna
pakai , pengkaji telah meminta pandangan daripada beberapa guru Matematik di sekolah
berkenaan dan beberapa Pegawai School Improvement Specialist Coaching (SISC) dari
Pejabat Pendidikan Daerah Subis.

65
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015 ) Jilid 3

CARA MENGUMPUL DATA

Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah memilih tiga cara untuk mengumpul
maklumat dan data. Kaedah pemerhatian telah digunakan dalam proses mengumpul data
bagi kajian ini. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dengan menggunakan
instrumen pemerhatian yang direka sendiri oleh oleh pengkaji. Seterusnya pengkaji
menjalankan temubual dengan semua responden bagi mendapatkan maklumat secara
terus daripada mereka bagi mengetahui punca masalah proses pendaraban sebelum ini
berbanding dengan selepas diajarkan dengan Kaedah Kekisi.
Kaedah mengumpul data seterusnya ialah dengan cara analisis dokumen. Setiap
kali latihan diberi kepada responden, markah akan dicatatkan dalam jadual khas yang
direka sendiri oleh pengkaji dengan perbincangan beberapa panel. Dalam setiap
lembaran kerja yang diberi, pengkaji menetapkan markah manimum lulus ialah lapan
betul daripada sepuluh soalan yang diberikan. Latihan berkala akan diberikan kepada
responden dan, kesemua pencapaian responden akan direkodkan lagi dalam jadual
rumusan pencapaian murid.

CARA MENGANALISIS DATA

Analisis data adalah merujuk kepada proses menjelaskan data yang telah diperolehi.
Hasil daripada proses ini pengkaji akan melihat keupayaan dan pencapaian murid dalam
menyelesaikan masalah pendaraban nombor yang dipelajari. Bagi tujuan menganalisis
data hasil daripada pemerhatian, pengkaji telah menyediakan satu intrumen khas yang
membolehkan pengkaji mencatat pada borang pemerhatian yang telah disediakan.
Instrumen ini secara tidak langsung boleh memberikan gambaran terhadap perubahan
tingkah laku para pelajar.
Daripada temu bual bersama responden pula , soalan temubual yang terkandung
dalam intrumen hanya mempunyai 3 jenis jawapan sahaja iaitu „YA‟ , „KURANG
PASTI‟ dan „TIDAK‟ sahaja. Dalam menganalisis dokumen pelajar pula, pengkaji akan
akan merekod setiap markah yang diperolehi dalam latihan yang diberikan. Pengkaji
telah mengadakan lima siri latihan berkenaan topik yang dipelajari kepada para
responden. Hasilnya nanti akan direkodkan dalam jadual yang disediakan oleh pengkaji
sendiri.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan daripada kajian ini pada pemerhatian pertama tiada responden yang
menguasai sepenuhnya kriteria yang terkandung dalam intrumen pemerhatian. Namun
pada pemerhatian kedua pula dua daripada enam responden berjaya menguasai kesemua
kriteria dalam intrumen tersebut. Pada pemerhatian kali ketiga kesemua kriteria dapat
dikuasai oleh semua responden yang terlibat. Dalam temu bual bersama bersama
responden, sebanyak lapan soalan yang telah diberi fokus dalam intrumen temu bual.
Bagi soalan pertama tiga orang responden menjawab „Ya‟ soalan satu iaitu „Adakah
anda seronok belajar Matematik jika guru menggunakan pelbagai kaedah kekisi ini?
ialah seramai 3 orang seterusnya yang „Kurang pasti‟ ialah seramai 3 orang.

66
Huud Sulong & Hamden Gani

Seterusnya soalan yang kedua pula ialah „Adakah Kaedah Kekisi yang diajar
dapat membantu anda memahami kemahiran darab?‟ seramai 4 orang yang menjawab
„Ya‟ dan masing-masing seorang menjawab pada bahagian „Kurang pasti‟ dan „Tidak‟.
Soalan yang ketiga iaitu „Adakah Kaedah Kekisi memudahkan anda dalam menjawab
soalah darab?‟ seramai 5 orang daripada 6 orang responden menjawab „Ya‟ manakala
hanya seorang sahaja yang menjawab „Kurang pasti‟. Bagi soalan yang keempat pula
„Adakah anda berminat mempelajari matematik setelah mempelajari kaedah darab
kekisi?‟ sejumlah 3 responden menjawab „Ya‟ dan 3 orang juga yang menjawab „Kurang
pasti. Soalan kelima iaitu „Adakah kaedah kekisi memudahkan anda dalam pengiraan
operasi darab?‟ sejumlah 3 orang responden yang menjawab „Ya‟ dan 3 orang juga
yang menjawab „Kurang pasti‟.
Soalan yang keenam pula ialah „Adakah anda menggunakan Kaedah Kekisi
dalam pengiraan operasi darab pada masa akan datang?‟ sejumlah 4 orang responden
yang menjawab „Ya‟ dan 2 orang lagi responden menjawab „Kurang pasti‟ dan „Tidak‟.
Seterusnya ialah soalan yang ketujuh iaitu „Anda akan mencuba kaedah Kekisi untuk
aras soalan yang lebih tinggi pada masa akan datang?‟ seramai 3orang yang menjawab
„Ya‟ , 2 orang menjawab kurang pasti dan 1 orang menjawab tidak. Soalan terakhir ialah
„Adakah anda menguasai pengiraan operasi darab dengan adanya kaedah kekisi yang
diajarkan oleh guru?, seramai 5 orang responden memilih untuk menjawab „Ya‟ dan
hanya seorang sahaja yang menjawab kurang pasti manakala tiada responden yang
menjawab „Tidak‟. Pengkaji juga telah melakukan analisis terhadap dokumen
pembelajaran responden seperti lembaran kerja. Sebanyak 5 siri latihan yang telah
diberikan kepada responden yang terlibat. Hasil pencapaian responden seperti dalam
Jadual 1 dibawah ini.
Jadual 1: Rumusan pencapaian markah lembaran kerja
MARKAH DALAM SIRI LATIHAN
Responden
Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Latihan 4 Latihan 5
1

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Daripada data-data yang diperolehi daripada proses analisis data pemerhatian


yang dijalankan, dapat dirumuskan disini kaedah kekisi yang telah digunakan oleh
pengkaji dalam membantu pelajar PROTIM ini menguasai operasi darab adalah berjaya.

67
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015 ) Jilid 3

Di samping itu perlu juga latihan berterusan untuk memperkukuhkan lagi penguasaan
mereka. Dapatan daripada analisis data temu bual pula dapat dirumuskan bahawa kaedah
kekisi ini perlu diajarkan sebagai salah satu kaedah utama menyelesaikan operasi darab
selain bentuk lazim yang diajarkan sebelum ini kebanyakan oleh guru-guru matematik.
Ini kerana kaedah ini memberi ruang kepada murid untuk mengkoordinasi sendiri setiap
nombor-nombor yang terlibat dalam kedudukannya tersendiri.
Oleh itu, ianya dapat meminimumkan kesalahan dalam proses mengumpul
semula dikalangan murid PROTIM ini. Hasil daripada analisis pencapaian kelima-lima
siri latihan secara rumusannya kaedah kekisi ini sebenarkan telah membantu mereka
murid PROTIM ini dengan baik dalam menguasai darab yang dipelajari. Seterusnya
pengkaji berpendapat supaya latihan pada masa akan datang ditambah jumlah soalannya
daripada sepuluh soalan ke lima belas ataupun dua puluh soalan. Namun melihat
kepada perkembangan yang positif ini pengkaji akan cuba memberikan aras soalan yang
lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Pendaraban Kekisi ini sebenarnya adalah satu kaedah mendarab yang melibatkan
pembinaan kotak grid dalam membantu murid mengkoordinasi nombor-nombor yang
didarab dan hasil darabnya. Selain itu , kaedah ini juga amat sesuai dijadikan sebagai
intervensi kepada murid-murid dalam mepelajari darab kerana dengan kotak-kotak grid
yang berkenaan membolehkan murid-murid menyusun dengan betul kedudukan nombor
yang hendak didarabkan. Kaedah ini juga amat sesuai untuk membantu murid-murid
lemah dalam menguasai penyelesaian operasi darab dengan melibatkan nombor yang
besar.Dengan peningkatan dalam latihan yang telah dijalankan pengkaji amat yakin
kaedah ini sebenarnya diperlukan bagi murid-murid yang lemah dalam matematik
mempelajari operasi darab khususnya.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang wujud sepanjang perlaksanaan


kaedah Pendaraban Kekisi ini, pengkaji mencadangkan agar memperluaskan skop
kajian seterusnya ke aras yang lebih tinggi contohnya pendaraban 3 digit dan 2 digit
dikalangan pelajar PROTIM. Selain itu, penguasaan terhadap sifir darab juga perlu
diberikan perhatian agar murid senang untuk melakukan proses mendarab melibatkan
berlainan digit soalannya. Oleh itu, pengkaji juga mencadangkan agar untuk pelajar yang
lemah dalam penguasaan sifir pada masa akan datang, soalan perlulah disertakan dengan
penggunaan petak sifir setiap kali menyelesaikan soalan darab.
Pada pendapat pengkaji, murid-murid juga boleh menyenaraikan sifir didalam
satu kertas sebagai panduan dalam menyelesaikan soalan supaya mengelakkan kecuaian.
Cadangan lain ialah mengaplikasikan kaedah kekisi ini dalam tajuk penyelesaian
masalah yang melibatkan operasi darab. Dalam penyelesaian masalah, murid-murid
perlu dibimbing untuk memahami masalah yang diajukan dengan menggunakan
langkah-langkah penyelesaian masalah yang terkandung dalam sukatan matapelajaran
matematik disekolah.

68
Huud Sulong & Hamden Gani

RUMUSAN

Pelajar yang mahir dalam matematik biasanya dikaitkan dengan kebolehan


mereka memahami sesuatu konsep, teorem, keupayaan menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu serta kebolehan menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategi-strategi
heuristik yang tertentu. Pemahaman tentang satu konsep adalah perlu untuk mempelajari
suatu konsep yang lain. Kegagalan pelajar untuk memahami sesuatu konsep asas boleh
menjejaskan pembelajaran matematiknya. Bagi seorang pelajar, mendapat maklumat
dalam matematik adalah satu prosedur yang sukar kerana ia melibatkan cara memikir
dan membuat. Tiga aktiviti utama yang terlibat adalah penerokaan/penyiasatan,
penyelesaian masalah dan pembuktian.
Dalam suatu masalah mesti terdapat tujuan yang jelas untuk dicapai oleh
individu itu dan mesti terdapat halangan terhadap jalan kepada pencapaian tujuan itu.
Penyelesaian masalah pula boleh ditakrifkan sebagai suatu proses yang terancang untuk
mencapai tujuan yang dikehendaki dalam suatu masalah dengan menggunakan
pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi. Dengan mempelajari kaedah pendaraban
kekisi ini diharapkan para pelajar yang terlibat dapat menguasai subjek matematik
dengan baik pada masa akan datang khusus dalam operasi darab. Pendaraban kekisi ini
amat sesuai kepada murid-murid PROTIM kerana dengan kaedah ini dapat membantu
dalam beberapa kelemahan utama pelajar seperti kekeliruan dalam proses mengumpul
semula dalam proses pendaraban.

RUJUKAN
Abdul Jamil Othman(1999), Keberkesanan Kaedah Latice Untuk Mencari Hasil Darab Dengan
Mengumpul Semula Dalam Matematik Tahun 5. Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Toh Sajak
Batu Kurau , Perak darul Ridzuan.
Abdul Wahid Ismail. (1989). Falsafah Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Hozi H. A. Rahman(2001). Kertas Kerja Kurikulum Baru Sains dan Matematik Sekolah Rendah
Tahun 2003- Bah.3. Utusan Malaysia, 26 November:11 Diperoleh daripada http//www.tutor.co
m.my/tutor/dunia.asp?y=2001&dt=1126&sec=Kertas_Kerja&=kk_01
Aida Ibrahim. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab Melalui
Pendekatan Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006, 1-13
Azizi Subeli, Hu Laey Nee.(2010). Kesan Penggunaan Kaedah Kotak Magik Dalam Kemahiran Mendarab
dalam Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2010. Diterbitkan oleh Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri, 32- 41
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014).Modul Kemahiran Asas Mengira ProTIM, Kementerian
Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). KSSR Dokumen Standard Matematik Tahun 5. Kementerian
Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). KSSR Modul Pengajaran Matematik Tahun 5. Kementerian
Pendidikan Malaysia
Hu Laey Nee, Sia Pong Won, Khoo Kin Peng (2014). Panduan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan I &
II Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Mod Sepenuh Masa dan Separuh
Masa . Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Nikelson Abit dan Habibah Marzuki. (2013). Penggunaan Kaedah Kekisi Dalam Meningkatkan
Kemahiran Murid Untuk Menyelesaikan Soalan Pendaraban. Prosisding Seminar Penyelidikan
Tindakan 2013(SPTME 2013). 23-24 September. Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus
Sarawak . 222-235

69
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015 ) Jilid 3

Nor Ain Binti MD Anuar. (2011). Sejauh Mana Penggunaan Kaedah Latice Dapat Membantu Murid
Tahun 4 Menguasai Pendaraban Nombor Besar , Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik.
Norshuhada Binti Samsudin. (2011). Kaedah Pendaraban Latice Dalam Pendaraban Nombor Bulat
Dengan Nombor Dua Digit untuk Tahun 5 , Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik.
Robert Reys, Mary M. Lindquist, Diana V.Lamdin, Nancy L. Smith (2009), Helping Children Learn
Mathematics, John Wiley & Sons, Inc.
Yusniza Mohamed Yusoff. (2004). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Angka 2 Digit Dengan 2 Digit
Bagi Murid-murid Tahun 4. Jurnal Kajian Tindakan Guru 2004

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
Email :1huudsulong@yahoo.com, 2hamden_gani@yahoo.com

70
MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENGUASAI KEMAHIRAN PENDARABAN
MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN

LYDIA UNGAM1
HAMDEN GANI2

ABSTRAK
Pendaraban merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Jika para pelajar tidak
menguasai kemahiran pendaraban pada peringkat sekolah rendah maka ini akan
membantutkan kemahiran-kemahiran matematik pada peringkat yang lebih tinggi.
Oleh yang demikian, satu kajian tindakan telah dibuat untuk membantu murid Tahun
3 menguasai kemahiran pendaraban menggunakan kaedah permainan. Berdasarkan
pemerhatian dan lembaran kerja, ramai murid tidak dapat memberikan jawapan yang
tepat menggunakan teknik bentuk lazim dibandingkan dengan menggunakan teknik
kekisi. Murid juga pasif dan tidak seronok belajar, oleh itu kaedah permainan
digunakan untuk membantu mereka menguasai kemahiran pendaraban. Kajian
tindakan ini dijalankan terhadap responden seramai enam orang murid Tahun 3 di
sebuah sekolah pedalaman satu di Daerah Subis, Sarawak. Kajian ini dijalankan
dengan menggunakan kaedah pemerhatian,temubual dan analisis dokumen. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan skor daripada analisis dokumen.
Berdasarkan temubual dan pemerhatian juga menunjukkan kaedah permainan dapat
membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran pendaraban.

ABSTRACT
Multiplication is one of the basic mathematical skills. If the student has not mastered
the multiplication skills at primary school level then this will hinder their skills at a
higher level. Therefore, an action research has been done to help Year 3 students to
master the skills by using games method. Based on observations and worksheets,
many students could not give accurate technique compared to conventional form by
using lattice. Pupils are passive and did not enjoy learning; therefore the method of
using of games is to help them mastering the multiplication skills. This action
research was conducted on the 6 respondents from Year 3 students at one school in a
remote district of Subis, Sarawak. The study was conducted by using observation,
interviews and document analysis. The findings indicate that there is an increase in
the score of the document analysis. Based on the research done also showed that
game methods can help students mastering the multiplications skills.

PENDAHULUAN

Pendidikan di Malaysia merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk


menyediakan tenaga mahir generasi yang akan menjawab cabaran masa akan datang.
Pelbagai persediaan yang harus dibuat bagi menyediakan mereka menghadapi masa
depan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah dalam sistem
ekonomi baru dan lapangan industri. Maka kita perlu memberi pengajaran berkesan
dalam bidang sains, teknologi, informatik yang antara lain meliputi Matematik dan
komputer (Zaibedah, 2000). Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

2025 melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi
keperluan negara pada masa depan. Pelan ini mencadangkan 11 anjakan strategik dan
operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tersergam indah bangunan konkrit yang baru dibina dan belum dirasmikan lagi.
Semangat membara di dada untuk mendidik anak-anak berketurunan Penan dan Iban di
sekolah ini yang seramai 172 orang. Kawasan sekolah yang bersih dan terpeliharaan
memberi gambaran murid-murid di sekolah ini mempunyai budaya kebersihan yang
tinggi. Hati kecil mula tertanya-tanya, adakah kebersihan sekolah ini menggambarkan
semua muridnya cerdik dan pandai? Semua soalan terjawab apabila mengetahui
keputusan UPSR sekolah ini tidak memberansangkan dan tercatat sebagai sekolah
berprestasi rendah selama lima tahun berturut-turut dan salah satu punca kegagalan
adalah matapelajaran Matematik. Sepanjang sembilan tahun berkecimpung di bidang
pendidikan, masalah yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran adalah tajuk
pendaraban. Hampir 95% murid menghadapi masalah yang sama.
Di sekolah pedalaman satu dalam daerah Subis Sarawak ini, pengkaji
berhadapan dengan masalah murid tidak dapat mendarab nombor dua hingga tiga digit
dengan nombor satu digit. Masalah ini dihadapi oleh murid tahun 3. Mereka sering
memberi jawapan yang tidak tepat kerana kecuaian dan juga kesilapan nilai tempat.
Masalah ini juga berpunca daripada tidak dapat mengumpul semula. Murid akan
melakukan kesalahan yang berulang di setiap penyelesaian soalan yang melibatkan
pengumpulan semula. Pengkaji mula merasakan teknik dan kaedah yang digunakan
sebelum ini tidak dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Pengkaji mula berfikir
apakah kaedah yang mudah dan relevan untuk membantu murid Tahun 3 ini mengatasi
masalah yang dihadapi.
Murid Tahun 3 ini mengalami masalah tidak aktif di dalam kelas. Mereka agak
pendiam dan tidak berani menonjolkan kelebihan diri. Suasana di dalam kelas tidak
memberansangkan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.
Pengkaji merasakan suasana ini perlu diubah untuk memberi semangat kepada murid
supaya minat terhadap matapelajaran matematik wujud. Pengkaji merasakan satu
perubahan di dalam pengajaran hendaklah berubah supaya dapat mewujukan suasana
kelas yang ceria dan bersemangat.
Tahap keupayaan dan kecenderungan individu murid Tahun 3 seramai 22 orang
ini puratanya hampir sama. Hanya dua orang murid yang tidak dapat membaca dengan
lancar dan merupakan murid LINUS. Masalah yang dihadapi oleh murid ini tidak dapat
memberikan jawapan yang tepat semasa melakukan proses pendaraban menggunakan
algoritma bentuk lazim. Kecuaian semasa mengumpul semula sering kali terjadi. Maka
jawapan akhir murid akan salah seperti dalam Rajah 1 dan Rajah 2.

72
Lydia Ungam & Hamden Gani

Rajah 1: Contoh kerja murid Rajah 2: Contoh kerja murid


Melalui contoh kesilapan murid ini, pengkaji sedia maklum bahawa murid ini
bukan tidak menguasai sifir tetapi tidak dapat melaksanaan pengumpulan semula dengan
tertib. Maka pengkaji perlu memikirkan cara dan strategi untuk membantu murid ini
menyelesaikan masalah ini dengan pantas, mudah dan berkesan. Pengkaji perlu
melakukan perubahan untuk menangani masalah ini supaya tidak terus berlarutan
sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Konsep operasi asas yang tidak kukuh dan
lemah akan membawa masalah besar untuk menjawab dan menyelesaikan masalah
matematik yang lain.
Menurut Noriati A.Rashid, Boon P.Y & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009),
motivasi didefinisikan sebagai keadaan dalaman yang merangsang, mengarah dan
mengekalkan tindakan.Maka pengkaji memperkenalkan teknik kekisi kepada murid
tahun 3 ini. Bentuk kotak kekisi ini memang jauh berbeza daripada bentuk lazim yang
sering mereka gunakan. Pengkaji akan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran
yang lebih seronok dan aktif iaitu kepada permainan secara koperatif. Kaedah ini dapat
menarik minat pelajar yang pasif dan kurang fokus ketika belajar untuk meletakkan diri
mereka bersama-sama pelajar yang lain di dalam zon pembelajaran. Mereka dapat
menangkap secara spontan serta memahami maklumat dan isi pelajaran yang
disampaikan walaupun tidak sepenuhnya. Selain itu juga kaedah permainan ini
merupakan alternatif bagi guru untuk mewujudkan suasana yang kondusif dan memupuk
semangat.

FOKUS KAJIAN

Alam persekolahan merupakan satu alam yang menarik dan menyeronokkan


pelajar. Pada peringkat inilah pelajar menimba pelbagai ilmu pengetahuan secara formal.
Di samping itu, pelajar juga berinteraksi dan bersosialisasi dalam satu komuniti yang
tersendiri iaitu sekolah. Proses pendidikan di dalam bilik darjah memainkan peranan
yang penting bagi memastikan pembelajaran berlaku dengan baik dan lancar. Guru
mempunyai pelbagai pendekatan, strategi, teknik, kaedah, dan juga aktiviti pengajaran
yang boleh membantunya mencapai objektif pengajaran.
Kaedah permainan adalah satu kaedah yang tidak asing bagi kebanyakan guru.
Walaupun pada hakikatnya, guru mengakui kelebihan kaedah permainan ini, namun
begitu terdapat segelintir guru yang masih belum begitu bersedia menggunakan kaedah
permainan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
beberapa kekangan dalam melaksanakan kaedah permainan seperti aspek pemilihan
permainan yang bersesuaian, kesesuaian tahap kebolehan pelajar, masa, aspek
pengendalian, dan perbelanjaan yang diperlukan untuk melaksanakan kaedah permainan.
Permainan merupakan suatu kaedah yang digunakan dalam mengetengahkan isi
pembelajaran secara tidak disedari oleh pelajar ketika sesi pembelajaran. Ini bermakna
pelajar mendapat kefahaman terhadap sesuatu isi atau maklumat yang ingin disampaikan

73
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

oleh guru secara tidak langsung. Bermain secara koperatif dapat membentuk pelajar itu
dalam aspek kepimpinan dan disiplin ketika belajar. Pelajar perlu mengawal pergerakan
dan aktiviti mereka semasa bermain dan dalam masa yang sama pelajar perlu
mendisiplinkan diri untuk memahami isi kandungan yang ingin diketengahkan oleh guru.
Oleh kerana aktiviti bermain adalah sebahagian daripada dunia pelajar, proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan pelajar
adalah berasaskan aktiviti bermain. Melalui aktiviti bermain, pelajar belajar dan
memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan
yangmenggembirakan dan bermakna kepada mereka.
Pakar dalam bidang perkembangan pelajar percaya aktiviti bermain merangsang
fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal
pelajar. Pelajar belajar berkomunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan
persekitaran melalui bermain. Apabila pelajar seronok belajar sesuatu perkara, mereka
terus berminat untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran, kesannya tumpuan
kepada sesuatu perkara menjadi semakin baik. Melalui aktiviti yang diketengahkan
dalam kaedah permainan, pelajar lebih fokus dengan segala perkara berkaitan aktiviti
permainan yang dilakukan. Jesteru, pelajar mendapat pengalaman pembelajaran
bermakna dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi mudah dan berkesan.Teori
perkembangan pelajar Erikson (1950) dan Piaget (1980) menekankan keupayaan yang
berbeza boleh dilakukan pelajar pada tahap yang berlainan. Apabila pelajar berinteraksi
antara satu sama lain semasa bermain, pelajar belajar kemahiran sosial seperti bertolak
ansur, bekerja sama dan berkongsi sesuatu (Smidt 2010). Semasa pelajar bermain,
mereka bersosial dengan rakan sebaya. Permainan sosial boleh berlaku dalam kumpulan
ataupun individu.
Oleh itu, fokus kajian ini adalah memfokuskan kepada satu kaedah melakukan
aktiviti secara kumpulan untuk menguasai kemahiran mendarab nombor bulat. Kaedah
ini diketengahkan adalah bertujuan untuk meransang minda pelajar supaya lebih
berminat dalam mendalami dan memahami konsep asas kemahiran mendarab.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kepada permasalahan yang dikemukakan ini, objektif kajian ini


adalah seperti berikut:

Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran
pendaraban nombor bulat.

Soalan Kajian
Adakah kaedah permainan dapat membantu murid Tahun 3 menguasai
kemahiran pendaraban nombor bulat?

74
Lydia Ungam & Hamden Gani

KUMPULAN SASARAN

Pengkaji memilih pelajar Tahun 3 sebagai kumpulan sasaran bagi kajian ini.
Pelajar yang dipilih sebagai sasaran kajian pengkaji ini terdiri daripada 6 orang pelajar.
Pelajar yang pasif ini menyukarkan pengkaji untuk mengetahui tahap pemahamannya
kerana pelajar ini tidak gemar melibatkan diri secara aktif di dalan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar yang aktif pula akan mendominasikan suasana di dalam kelas
tersebut.

PROSEDUR TINDAKAN

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan model kajian tindakan Kemmis
dan Mc Taggart (1988) kerana model Kemmis dan Mc Taggart merupakan antara model
yang paling ringkas yang mempunyai empat peringkat dalam pelaksanaannya. Selain itu,
pendekatan model ini dipilih digunakan dalam penyelidikan kerana asas pemeringkatan
empat fasa yang dicadangkan dalam model ini sesuai dengan konteks dan struktur
pengajaran reflektif yang dijalankan (Noraini & Shuki, 2009).

Merancang
Membuat refleksi Bertindak
(Analisis & membuat (Laksana)
refleksi)
Memerhati
(Mengumpul bukti)

Model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988).


Berikut merupakan prosedur tindakan yang pengkaji jalankan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas Tahun 3.
Rancangan
Pengkaji memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tersebut
seperti biasa untuk memerhati suasana dan menilai tingkah laku pelajar dalam kelas
tersebut dari segi corak pelajar berkomunikasi, bekerjasama antara pelajar, dan disiplin
dalam kelas. Pengkaji menerapkan teknik kekisi secara individu terlebih dahulu dalam
proses pengajaran dan pembelajarannya. Apabila pelajar faham dan boleh melakukan
pendaraban menggunakan teknik kekisi, pengkaji membentuk kumpulan untuk
menjalankan aktiviti permainan. Pengkaji mengedarkan soalan-soalan pendaraban dan
pelajar dikehendaki menjawab menggunakan teknik kekisi. Soalan-soalan tersebut
disimpan di dalam magic box dan ketua kumpulan berperanan untuk mengambil soalan
di dalam magic box itu. Ahli di dalam kumpulan akan mencari jawapan bersama.
Tindakan
Pengkaji akan mengaplikasikan kaedah bermain di kalangan pelajarnya selepas
menerangkan konsep asas, cara penyelesaian, dan maklumat yang berkaitan dengan
topik pendaraban Tahun 3. Pengkaji akan menggunakan teknik permainan Pertandingan
Permainan Pasukan. Di dalam permainan memerlukan penglibatan semua pelajar yang

75
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

akan bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sasaran. Setiap pelajar dalam
kumpulan tersebut mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing. Pengkaji
mencuba pelbagai jenis permainan seperti mencari jawapan tersembunyi, kuiz
berkumpulan, melengkapkan puzzle, melengkapkan jadual pengembaraan, serta dam
ular sifir. Kesemua aktiviti yang dinyatakan itu tidak akan dijalankan secara serentak
malah dilakukan secara berasingan pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Hanya
sejenis permainan sahaja yang bersesuaian dengan subtopik akan diaplikasikan dalam
satu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pengkaji hanya memberi
penerangan dan memantau serta membantu jika pelajar menghadapi kesulitan. Tempoh
masa diberikan dalam setiap aktiviti yang dijalankan tidak melebihi 10 minit. Setiap
kumpulan yang berjaya menyelesaikan dengan betul akan diberikan mata ganjaran
sebanyak 10 mata dan akan ditolak 5 mata sekiranya kumpulan terbabit membuat bising
dan tidak memberi kerjasama dengan baik. Kumpulan yang mengumpul mata terbanyak
akan diberikan hadiah kepada setiap ahlinya.
Pemerhatian
Pengkaji membuat pembincangan bersama dengan pelajar dalam memeriksa
jawapan yang telah ditemui. Pelajar akan mempamerkan hasil jawapan mereka
dihadapan dan setiap kesilapan akan diperbaiki bersama antara pengkaji dan pelajar. Ini
memberi peluang kepada pelajar untuk belajar memperbaiki kesilapan secara terus dan
secara tidak langsung dapat melatih pelajar untuk berkeyakinan diri di khalayak ramai.
Di sini juga pengkaji akan melakukan proses pemerhatian hasil kerja murid dan data
akan dikumpul semasa proses permainan dijalankan.
Refleksi
Seterusnya pengkaji mengakhiri sesi pengajaran kaedah ini dengan memberi
soalan latih tubi dalam Buku Aktiviti. Menurut Noriati A.Rashid, Boon P.Y & Sharifah
Fakhriah Syed Ahmad (2009), untuk menjamin kelangsungan pembelajaran, latihan
dalam pelbagai bentuk, pengulangan, latih tubi, aplikasi pengetahuan dan kemahiran
yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dengan lebih kerap.
Kitaran 2
Dalam kitaran yang kedua, pengkaji telah menambah baik arahan permainan dan
juga ganjaran yang diberikan. Bimbingan turut diberikan kepada murid untuk mejawab
latih tubi. Justeru itu, temu bual dan pemerhatian berbentuk senarai semak juga turut
dijalankan untuk menyokong dapatan kajian. Langkah terakhir dalam kitaran ini ialah
membuat refleksi terhadap dapatan kajian. Ia dilaksanakan untuk mengenal pasti sama
ada objektif kajian ini berjaya dicapai setelah penambahbaikan dilakukan. Sekiranya
masih terdapat kelemahan yang wujud, maka kitaran yang seterusnya perlu dilakukan.
Namun, kitaran yang seterusnya tidak perlu dilaksanakan jika kajian berjaya.

CARA MENGUMPUL DATA

Spradley et al (1988) dalam Marohaini Yusoff (2001), menyatakan pengumpulan


data berfokus kepada data yang mampu memberikan gambaran holistik melalui
pemerhatian dan temu bual serta bukti dokumentasi yang dapat dijadikan asas dalam
tempoh kajian yang dilakukan. Pengkaji telah menggunakan tiga jenis kaedah dalam
pengumpulan data untuk kajian tindakan ini, iaitu temubual, analisis dokumen dan
pemerhatian.

76
Lydia Ungam & Hamden Gani

Temubual
Pengkaji menemubual enam orang pelajar selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran untuk mendapatkan tindak balas atau refleksi pelajar mengenai kaedah
yang diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada menghasilkan kesan
positif ataupun tidak. Menurut Chua Y.P. (2006), soalan yang dibina mestilah
dinyatakan dengan teliti dan tidak berat sebelah.
Analisis dokumen
Seterusnya, pengkaji menggunakan Lembaran Kerja 1 bagi mengenalpasti tahap
kefahaman pelajar terhadap soalan yang berkaitan dengan topik pendaraban.Pengkaji
akan memberikan Lembaran Kerja 2 sebagai instrumen data yang terakhir. Lembaran
Kerja 2 ini mengandungi sepuluh soalan. Ini bertujuan untuk menilai prestasi pelajar dari
segi perubahan tingkah laku serta kefahaman terhadap topik pendaraban Tahun 3.
Pemerhatian
Menurut Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga(2008), pemerhatian merupakan
proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Pemerhatian sesuai digunakan bagi
mengamati tingkah laku murid berdasarkan pemboleh ubah atau aspek yang dikenal
pasti. Pemerhatian perlu dijalankan secara sistematik. Pemerhatian boleh dilaksanakan
dengan mencatat nota tentang apa yang berlaku di bilik darjah semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Misalnya bagaimana guru mengajar dan bagaimana

reaksi murid semasa pengajaran. Pemerhatian merupakan kaedah yang digunakan oleh
pengkaji untuk mengumpul data. Proses ini adalah proses berterusan yang akan pengkaji
lakukan pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Satu borang
pemerhatian disediakan untuk setiap pemerhati yang memerhati proses aktiviti yang
dijalankan. Dalam kaedah pemerhatian ini, pemerhatian secara berstruktur telah
digunakan untuk memerhati, mendengar dan merekod maklumat pelajar.

CARA MENGANALISIS DATA

Pengkaji menganalisis data melalui instrumen temubual sebelum dan selepas


kajian ini dilaksanakan. Analisis dokumen pula ialah lembaran kerja 1 yang diberikan
sebelum kaedah dilaksanakan dan lembaran kerja 2 selepas kaedah dilaksanakan akan
dianalisis. Melalui pemerhatian pula pengkaji akan memerhatikan pelajar berdasarkan
borang maklum balas.
Temubual
Pengkaji menemubual pelajar. Melalui jawapan ini, pengkaji akan dapat menilai
keberkesanan penggunaan aplikasi permainan menggunakan teknik kekisi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran pelajar Tahun 3 untuk
menguasai kemahiran pendaraban. Berdasarkan jawapan pelajar melalui temubual,
pengkaji juga dapat mengetahui sejauh mana tahap penguasaan pelajar terhadap
kemahiran pendaraban.
Analisis dokumen (Lembaran kerja)
Berdasarkan lembaran kerja 1 yang diberikan kepada pelajar sebelum pengkaji
menjalankan teknik kekisi di dalam permainan untuk meningkatkan kemahiran
mendarab dan lembaran kerja 2 selepas teknik kekisi diterapkan di dalam permainan.
Jumlah soalan yang dapat dijawab dengan betul akan dikira oleh pengkaji. Kedua-dua

77
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

dokumen ini akan dianalisis dan dibanding-bezakan untuk mendapatkan perbandingan


peningkatan terhadap pelajar.
Pemerhatian
Aspek penilaian borang pemerhatian akan dianalisis menggunakan peratusan
secara keseluruhan. Melalui analisis ini pengkaji akan dapat mengenal pasti sasaran
dapat menguasai kemahiran mendarab menggunakan teknik kekisi dalam permainan ini
berkesan atau tidak.

DAPATAN KAJIAN

Dalam kajian ini pengkaji hanya mengemukakan satu persoalan iaitu, adakah
kaedah permainan membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran pendaraban nombor
bulat? Dalam dapatan kajian ini pengkaji akan menjelaskan adakah kaedah permainan
dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran mendarab nombor bulat.

Temubual
Untuk mengkaji persoalan kajian ini, pengkaji telah membuat satu temu bual
dengan murid selepas kajian dijalankan. Berdasarkan respond tembual, pengkaji dapat
merumuskan bahawa empat daripada enam orang murid dapat menguasai kemahiran
pendaraban nombor bulat dengan menggunakan teknik kekisi dan menjadi lebih seronok
apabila kaedah permainan diterapkan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Analisis dokumen
Berdasarkan skor yang diperolehi oleh murid melalui Lembaran Kerja 1 dan
Lembaran Kerja 2, pengkaji membuat perbandingan skor murid seperti di dalam Jadual
1 dan juga di dalam graf pencapaian skor murid dalam Rajah 2.
Jadual 1: Perbezaan Skor Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2
Bil Murid Jantina Skor Skor Peningkatan skor
1 Murid A Lelaki ⁄ ⁄ 4
2 Murid B Perempuan ⁄ ⁄ 3
3 Murid C Perempuan ⁄ ⁄ 3
4 Murid D Lelaki ⁄ ⁄ 2
5 Murid E Perempuan ⁄ ⁄ 3
6 Murid F Perempuan ⁄ ⁄ 2
Melalui data yang dikumpul berdasarkan skor Lembaran Kerja 1 dan Lembaran
Kerja 2, dapat dilihat dengan jelas ada peningkatan tahap penguasaan murid terhadap
topik pendaraban. Skor dalam Lembaran Kerja 1 sangat rendah dan apabila menjawab
Lembaran Kerja 2 terdapat peningkatan sehingga 4 skor.

78
Lydia Ungam & Hamden Gani

12

10

6 Lembaran Kerja
1
4

0
Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E Murid F
Rajah 2: Graf Pencapaian Murid

Pemerhatian
Pengkaji mencatatkan pemerhatian seperti di dalam instrumen Lampiran 4
terhadap murid seperti di dalam Jadual 2.
Jadual 2: Pemerhatian Sebelum Dan Selepas Kaedah Permainan Dilaksanakan
Murid
Murid
A Cmurid
Murid B Murid C Murid D Murid E Murid F
Item
SB SL SB SL SB SL SB SL SB SL SB SL
1. Murid
X √ X √ X √ X √ X √ X √
seronok?
2. Murid
X √ X √ √ √ √ √ √ √ X √
aktif?
3. Kerjasama
√ √ X √ √ √ X √ √ √ X X
kumpulan?
4. Jawapan
X √ √ √ X √ X X X √ X X
tepat?
5. Teknik
lain √ X √ √ √ X √ √ √ √ √ √
digunakan?
6. Beri
X √ X √ √ √ √ √ √ √ X X
perhatian?
Berdasarkan hasil pemerhatian yang dibuat pengkaji sebelum dan selepas kaedah
permainan dilaksanakan bagi item yang pertama, kesemua enam orang murid tidak
seronok mempelajari topik pendaraban. Ini mungkin disebabkan mereka bosan dengan
pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran yang hanya chalk and talk. Tiada perubahan
dilakukan di dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Bagi item yang kedua pula
terdapat juga murid yang aktif semasa proses pembelajaran. Ini mungkin disebabkan
mereka takut dengan pengkaji dan cuba untuk memberikan respond kepada soalan yang
ditanya oleh pengkaji. Begitu juga dengan item yang ketiga. Terdapat tiga orang murid
yang memberikan kerjasama di dalam aktiviti kumpulan yang dijalankan oleh pengkaji.
Manakala untuk item yang keempat pula sangat negatif. Hanya seorang murid
sahaja yang dapat memberikan jawapan yang tepat kepada pengkaji. Di sini kita dapat
melihat dengan jelas tahap penguasaan murid terhadap topik pendaraban. Murid B ini
dapat memberikan jawapan yang tepat tetapi mengambil masa yang agak lama untuk
memberikan jawapan kepada pengkaji. Bagi item yang kelima pula semua murid
menjawab soalan pendaraban menggunakan kaedah bentuk lazim yang sering kali diajar
oleh para guru. Bagi item yang terakhir pula separuh daripada murid tidak menumpukan

79
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh pengkaji.
Bermakna proses pembelajaran dan pengajaran tidak mencapai objektif.
Selepas kaedah permainan dijalankan terdapat perubahan yang ketara. Murid
menjadi sangat seronok untuk melakukan aktiviti di dalam kelas. Ini disebabkan kerana
murid memang menyukai permainan. Kelas menjadi lebih ceria dan murid yang pasif
turut serta di dalam aktiviti yang dijalankan. Semua murid terlibat secara aktif kerana
kaedah permainan ini memerlukan mereka bergerak dan berhubung sesama ahli
kumpulan. Bagi item yang ketiga hanya Murid F sahaja masih memberikan respond
yang negatif kerana dia sering dimarahi oleh ahli kumpulan kerana tidak dapat
menghafal sifir dan sikap yang agak agresif. Murid F ini memerlukan kawalan yang
lebih teliti. Bagi item yang keempat, terdapat murid yang masih lagi tidak terus dapat
memberikan jawapan yang tepat kepada pengkaji. Ini kerana mereka terlalu ingin cepat
dan menyebabkan mereka cuai. Manakala bagi item yang kelima pula Murid A dan C
masih suka menggunakan bentuk lazim untuk menjawab soalan pendaraban. Ini
disebabkan mereka telah biasa menggunakan cara tersebut. Item yang terakhir pula
hanya Murid F yang kurang memberika perhatian semasa aktiviti kumpulan. Ini
disebabkan sikap Murid F yang sukar dikawal dan dia juga tidak menguasai sifir.
Berdasarkan dapatan kajian, persoalan kajian dapat dijawab. Walaupun tidak
kesemua murid mendapat skor penuh dan melalui pemerhatian masih terdapat juga
murid yang memberikan respon negatif. Namun kaedah permainan ini boleh diguna
pakai untuk membantu Murid Tahun 3 menguasai kemahiran pendaraban.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan pengkaji banyak belajar daripada pengalaman


dan juga berusaha untuk mengambil ikhtibar dari setiap langkah yang dijalankan semasa
proses pembelajaran dan pengajaran berlaku di dalam bilik darjah. Pengkaji juga dapat
mengenalpasti kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa kajian dilaksanakan.
Pengkaji juga dapat merasakan setiap kekuatan yang ada di dalam kajian ini. Pengkaji
juga banyak mempelajari ilmu baru semasa melaksanakan kajian ini.
Pengkaji berasa gembira kerana dapat menjalankan kajian ini dengan lancar
walaupun baru berpindah ke sekolah ini. Pengkaji bersyukur kerana semua pihak yang
terlibat memberikan kerjasama dan rakan seperjuang yang banyak membantu untuk
menjayakan kajian ini. Begitu juga dengan murid Tahun 3 yang dijadikan sasaran kajian
memberikan kerjasama kepada pengkaji. Pengkaji juga rasa amat bertuah kerana
keluarga sentiasa di sisi memberikan semangat untuk meneruskan kajian. Terdapat
begitu banyak kekangan masa yang pengkaji hadapi kerana pengkaji terpilih menjadi
penulis buku teks Bahasa Iban Tahun 6 dan sentiasa berbengkel dan sering kali
meninggalkan sekolah. Namun pengkaji masih dapat menjalankan kajian dengan lancar
di atas bimbingan rakan-rakan guru dan juga penyelia.
Dari segi keberkesanan kaedah permainan ini, pengkaji dapat membuat
kesimpulan bahawa kaedah ini berjaya membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran
pendaraban berdasarkan dapatan kajian yang telah dihuraikan. Keenam-enam murid
menunjukkan peningkatan yang ketara dan dapat diukur tahap penguasaanya. Kekuatan
yang dapat pengkaji rasakan di dalam kajian ini ialah kerana sasaran kajian yang dipilih
oleh pengkaji tidak begitu mempunyai masalah sosial dan murid yang kurang

80
Lydia Ungam & Hamden Gani

menimbulkan masalah semasa aktiviti dilaksanakan. Ini menyebabkan kajian yang


dijalankan dapat dijalankan dengan lancar. Mereka juga tidak mempunyai masalah
ponteng sekolah. Perubahan yang ketara dapat dilihat berdasarkan pemerhatian yang
dilakukan oleh pengkaji selepas kaedah permainan ini didedahkan kepada murid.
Berdasarkan temubual juga pengkaji dapat menilai tahap penguasaan murid terhadap
topik pendaraban. Pengkaji juga dapat mengetahui perasaan seronok murid selepas
kaedah permainan dijalankan.
Di sebalik kekuatan di dalam kajian ini, terdapat beberapa kelemahan yang dapat
pengkaji kesan iaitu masalah sukar untuk mencari hadiah atau ganjaran kepada murid.
Sepanjang kajian dijalankan pengkaji sering kali buntu kerana tiada idea hendak
memberikan ganjaran jenis yang bagaimana kepada murid. Pengkaji juga sedar bahawa
pengkaji kadang-kadang kurang teliti di dalam menjalankan aktivti permainan
contohnya sentiasa menetapkan kumpulan, ahli kumpulan hanya murid yang sama dan
tidak prihatin dengan perbezaan jantina murid. Sepatutnya pengkaji lebih terbuka
dengan memberi peluang kepada murid untuk memilih ahli kumpulan masing-masing.
Apabila diberi peluang memilih kumpulan mungkin murid menjadi lebih bersemangat
membuat aktiviti. Kebiasaannya murid lebih senang bekerjasama dengan orang yang
rapat dengan mereka.Pengkaji juga perlu menitikberatkan soal jantina supaya murid
lebih selesa bekerjasama di dalam kumpulan masing-masing.
Dalam proses menyiapkan kajian ini, banyak perkara yang membuka minda dan
pemikiran pengkaji. Terdapat ilmu baru yang pengkaji perolehi. Sebelum ini pengkaji
hanyalah seorang guru yang tidak kreatif untuk menyediakan ganjaran kepada muridnya.
Tetapi selepas menjalankan kajian ini pengkaji mengetahui bahawa ganjaran yang
disediakan tidak semestinya hadiah yang dibeli dengan wang ringgit sahaja. Ganjaran
yang disediakan sendiri daripada bahan-bahan terpakai juga sangat bernilai dan
bermakna bagi sesorang murid. Sebelum ini pengkaji tidak terfikir bahawa mutiara kata
juga merupakan ganjaran yang berharga untuk murid.
Melalui kajian ini saya dapat membuat kesimpulan bahawa Matematik lebih
mudah dan menarik jika diselitkan permainan di dalam penyampaian pembelajaran dan
pengajaran. Murid akan lebih seronok dan dapat membantu mereka menguasai topik dan
kemahiran yang diajar.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Pengkaji mencadangkan untuk membuat kajian lanjutan terhadap kaedah


permainan ini untuk topik-topik yang lain dalam matapelajaran Matematik. Murid akan
lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti permainan dalam masa yang sama mereka
dapat meningkatkan kemahiran yang diajar. Contohnya Murid A, B, C dan E yang
menunjukkan peningkatan yang menggalakan setelah kaedah permainan ini dijalankan.
Pengkaji juga mencadangkan supaya sistem ganjaran kepada murid diteruskan
supaya murid menjadi lebih bersemangat untuk melaksanakan aktiviti. Sistem ganjaran
ini juga membantu murid lebih rasa disayangi dan dihargai. Murid juga perlukan
penghargaan daripada guru.Kaedah permainan ini juga boleh dijalankan untuk topik
yang lain dengan perancangan yang lebih teliti. Setiap arahan yang diberikan kepada
murid hendaklah jelas dan mudah difahami. Arahan sangat penting supaya murid faham

81
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

dan tahu tujuan aktiviti dijalankan dan paling penting mereka tahu apa tindakan yang
perlu dibuat. Ini dapat menjimatkan masa untuk melaksanakan aktiviti.
Diharap cadangan yang diberikan dapat dilaksanakan pada masa akan datang.
Diharap setiap kelemahan di dalam kajian ini dapat diperbaiki dan ditambahbaik untuk
membantu lebih ramai lagi murid untuk menguasai kemahiran pendaraban nombor bulat.

RUMUSAN

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi dapat dirumuskan bahawa kajian ini
telah membantu murid dalam menguasai kemahiran pendaraban. Penggunaan teknik
kekisi di dalam kaedah permainan menyelesaikan masalah murid yang pasif dan tidak
memberikan perhatian di dalam kelas. Hal ini terbukti murid yang terlibat memberikan
respon yang positif. Mereka lebih seronok menggunakan kaedah yang telah pengkaji
perkenalkan kerana mereka lebih faham akan pelajaran yang telah mereka pelajari.
Penggunaan kaedah yang berbeza tidak salah untuk dicuba kerana ia seiring dengan
perkembangan kognitif dan fizikal generasi baru. Mereka lebih seronok apabila dapat
melibatkan diri secara sepenuhnya dan juga sekiranya mereka dapat meneroka dengan
sendirinya ilmu pengetahuan tersebut. Komunikasi antara guru dan murid amat penting
supaya pembelajaran yang dijalankan di bilik darjah lebih bermakna dan menyeronokkan.

RUJUKAN
Anctil, E. J. & Hass, G. Curriculum planning: A contemporary approach, 331- 333. Boston: Pearson
Education
Chua Y.P. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw - Hill.
Hamdan Said (etl.all) (2000). Peranan Ketua Panitia Matematik Di Sekolah Menengah. Skudai. Universiti
Teknologi Malaysia
Johnson. D. W. & Johnson, R. T. (1999). Making cooperative learning work. theory into practice, 38(2) :
67-73.
Katz, G. L. & Chard S. C. (2006). The reggio emilia approach. Dlm. Parkay, F. W.,
Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.
Laporan Awal –Ringkasan Esekutif
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya.
Kennedy L.M. and Tipps S. (2000). Guiding children‟s learning of mathematics.Wadsworth/Thomsom
Learning. United States of America.
Miller, M. & Lee, M. (1998). The mega-fun, multiplication facts activity book. USA : Scholastic Inc.
Mohamad Husaini Mohd Shafri. (2008). Teori kecerdasan pelbagai gardner.
Marohaini Yusoff. (2001). “Penyelidikan Kualitatif : Pengalaman Kerja Lapangan Kajian”. Universiti
Malaya. Kuala Lumpur.
Noraini Idris & Shuki Osman (2009). Pengajaran dan pembelajaran : teori dan praktis. Kuala Lumpur:
McGraw – Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Noriati A.Rashid, Boon P.Y & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), Siri Pendidikan Guru : Pelajar
dan Alam Belajar, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd
Froebel, F.(2000). Education by development. New York, USA :
Thoemmes Orey, M., Fitzghald, M. A. & Branch, R. M. (2004). Educational media and technology
yearbook, volume 29. University Georgia, USA : Libraries Unlimited.
Pritchard, A. (2008). Ways of learning, learning theories and learning styles in the classroom. London &
New York : Taylor & Francis.

82
Lydia Ungam & Hamden Gani

Purwanto, E. (2010). Apakah hakekat matematika. Diperoleh dari http://www.smansatase.sch.id/index.


php?option=com_content&view=article&id=72:hakmat&catid=57:artpend
Rathus, S. A.(2010). Childhood & adolescene: voyages in development. New York, USA: Cengage
Learning
Reys R.E Lindquist, Lambdin, Smith. (2007). Helping children learn mathematics. 8th Edition. John
Wiley & Sons, Inc. United States of America
Roopnarine, J. L. & Johnson, J. E. (2005). Approach to early childhood education. New Jersey: Pearson
Prentice Hall.
Slavin R. E. (1990). Cooperative learning:theory research and practice. New Jersey: Prentice Hall.
Smidth, S. (2010). Playing to learn: The role of play in early years. New York: Routledge.
Zaibedah Abu Bakar (2000). Estitika Matematik Dan Persekitaran. Tesis Sarjana Muda Pendidikan
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email : ¹lydia_farell@yahoo.com, ²hamden_gani@yahoo.com

83
MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGUASAI PENOLAKAN
MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA
DENGAN TEKNIK “KIRAAN CEKAP”

SOFIAN PERASIS1
ERNIE KHO SIAW NEE2

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk membantu murid Tahun 4 dalam
menguasai penolakan dua nombor dengan pengumpulan semula menggunakan
teknik “Kiraan Cekap”. Penyelidikan tindakan ini menggunakan Model Kurt Lewin
(1946) yang terdiri 2 kitaran. Kajian ini melibatkan empat orang responden dari
Tahun 4 di sebuah sekolah di daerah Subis yang mempunyai masalah dalam
menjawab soalan penolakan dua nombor melibatkan pengumpulan semula. Data
dikumpul dengan menggunakan pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual.
Instrumen yang digunakan terdiri daripada borang senarai semak pemerhatian
berstruktur, lembaran kerja dan soalan temu bual. Data pemerhatian dianalisis
dengan melihat bilangan responden yang telah menunjukkan kriteria yang dinilai.
Data analisis dokumen dianalisis menggunakan kekerapan jawapan betul oleh
responden dan min markah. Sementara itu, data temu bual pula dianalisis
menggunakan analisis pengekodan secara manual. Semua data dipersembahkan
dalam bentuk graf dan jadual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik “Kiraan
Cekap” membantu murid-murid meningkatkan penguasaan mereka menyelesaikan
soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula. Selain itu, dapatan kajian juga
menunjukkan responden memberikan persepsi dan minat yang positif terhadap
penggunaan teknik “Kiraan Cekap”.

ABSTRACT
This action research was conducted to help Year 4 pupils to master of subtraction of
two numbers with regrouping by using the “Kiraan Cekap” technique. This action
research uses the Kurt Lewin (1946) Action Research Model consisting of 2 cycles.
This research involves four respondents from Year 4 pupils at primary school in
Subis‟s District who have a problem in subtraction of two numbers with regrouping.
Data were collected by using observation, document analysis and interview. The
instruments used in this research consisted of structured observation checklist form,
worksheets and interview questions. The observation data were analyzed by looking
at the number of respondents who shows the evaluated criteria. The document
analysis data were analyzed by using the frequency of the correct answers by
respondents and mean marks. Meanwhile, interview data were analyzed by using
the analysis of manual coding. All data were presented in form of table and graph.
The results showed that the technique of “Kiraan Cekap” could assist pupils to
increase their mastery in solving the question of subtraction with regrouping.
Besides that, the result also showed that the respondents were interested and
showed a positive perception on the use of the technique of “Kiraan Cekap”.

PENDAHULUAN

Mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang sangat
penting dan perlu dikuasai oleh murid selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Bagi mencapai Wawasan 2020, ilmu pengetahuan Matematik
mempunyai peranan yang sangat penting dan berguna dalam kehidupan seharian
Sofian Perasis & Ernie Kho Siaw Nee

manusia tidak kira apa jua bidang seperti bidang ekonomi, sains, teknologi dan
sebagainya lagi. Oleh yang demikian, teknik pengajaran dan pembelajaran seseorang
guru itu juga harus berubah seiring dengan peredaran zaman dengan menggunakan
pelbagai kaedah dan strategi dalam mata pelajaran Matematik.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tahun ini merupakan tahun ke-10 pengkaji mengajar Matematik di sekolah


rendah. Sekolah tempat pengkaji bertugas merupakan sebuah sekolah yang berada di
suatu kawasan luar bandar di kawasan daerah Subis. Sepanjang 10 tahun pengkaji
mengajar mata pelajaran Matematik, pelbagai masalah murid yang berkaitan dengan
Matematik telah pengkaji temui. Ini adalah berdasarkan kepada latihan yang dibuat
oleh murid di dalam buku latihan, lembaran kerja, pemerhatian semasa pengajaran
dan pembelajaran dan juga ujian.
Berikut merupakan contoh hasil kerja murid di dalam lembaran kerja yang
diberikan kepada mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di
mana murid melakukan kesilapan dalam penolakan melibatkan pengumpulan semula.

Rajah 1: Contoh kesilapan murid dalam penolakan melibatkan pengumpulan semula.

FOKUS KAJIAN

Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk membantu murid-murid yang


masih lemah dalam menyelesaikan soalan penolakan melibatkan pengumpulan
semula. Kajian ini telah dijalankan kepada responden dengan menggunakan teknik
“Kiraan Cekap” agar murid tidak mempunyai masalah lagi dalam menyelesaikan
soalan berkaitan. Dalam kajian ini, teknik “Kiraan Cekap” yang pengkaji
perkenalkan adalah menggabungkan kaedah pengumpulan semula iaitu 10 dengan
operasi penolakan dan penambahan yang hanya menggunakan 10 jari sahaja.
Penggunaan jari digunakan di dalam menjawab soalan penolakan ini kerana ia
mudah digunakan, menarik minat murid dan menyeronokkan.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:


a) Membantu murid menguasai penolakan dua nombor dengan pengumpulan
semula dengan menggunakan teknik “Kiraan Cekap”.
b) Mengenal pasti persepsi dan minat murid terhadap penggunaan teknik “Kiraan
Cekap” dalam menyelasaikan soalan penolakan dua nombor dengan
pengumpulan semula.

85
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Soalan untuk kajian ini ialah:


a) Adakah teknik “Kiraan Cekap” dapat membantu murid dalam menguasai
penolakan dua nombor dengan pengumpulan semula?
b) Apakah persepsi dan minat murid terhadap penggunaan teknik “Kiraan Cekap”
dalam menyelesaikan soalan penolakan dua nombor dengan pengumpulan
semula?

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran untuk kajian tindakan ini ialah di kalangan murid-murid


Tahun 4 di sebuah sekolah di sekitar Subis. Empat orang responden yang dipilih
adalah berdasarkan pemerhatian dan analisis terhadap lembaran kerja yang diberikan
kepada murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu,
responden yang dipilih juga tidak mempunyai masalah dalam penguasaan 3M
(membaca, menulis dan mengira) dan tiada masalah kehadiran. Berikut merupakan
profil responden kajian tersebut.
Jadual 1: Profil Responden Kajian
Responden Jantina Umur Kaum
R1 Lelaki 10 tahun Iban
R2 Lelaki 10 tahun Iban
R3 Perempuan 10 tahun Iban
R4 Perempuan 10 tahun Iban

PROSEDUR TINDAKAN

Prosedur kajian tindakan yang pengkaji gunakan dalam penyelidikan


tindakan ini adalah berdasarkan Model Kurt Lewin (1946). Kajian tindakan ini
dilaksanakan dalam 2 kitaran.

Kitaran 1

a) Perancangan
Pengkaji melaksanakan proses merancang dengan mengenal pasti
permasalahan yang timbul di kalangan murid Tahun 4 ketika menyelesaikan soalan
penolakan melibatkan pengumpulan semula melalui pemerhatian dan juga Lembaran
Kerja 1 yang diberikan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di
dalam kelas. Berdasarkan kepada pemerhatian dan lembaran kerja ini, analisis dibuat
dan responden dikenalpasti berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Setelah
responden dikenalpasti, seterusnya pengkaji memperkenalkan teknik “Kiraan Cekap”
kepada responden. Berikut adalah langkah penggunaan teknik “Kiraan Cekap” ini
dilakukan.
Contoh : 68 753 – 4 325 = ____________
Langkah 1: Bina soalan dalam bentuk lazim.

6 8 7 5 3
- 4 3 2 5

86
Sofian Perasis & Ernie Kho Siaw Nee

Langkah 2: Lakukan penolakan bermula dari nilai tempat sa (3 sa tolak 5 sa).


Memandangkan 3 sa tolak 5 sa (minuend) tidak boleh, maka kumpul semula dari
puluh iaitu 1 puluh = 10 sa ke nilai tempat sa. Kemudian, tulis angka 10 di atas digit
3.
4 10
Tulis angka 10 di
6 8 7 5 3 atas digit 3
- 4 3 2 5

Langkah 3: Dengan menggunakan 10 jari, murid dikehendaki melakukan penolakan


iaitu 10 – 5 terlebih dahulu pada nilai tempat sa.
4 10
6 8 7 5 3 10 tolak 5 terlebih dahulu
- 4 3 2 5

Langkah 4: Hasil jawapan tersebut iaitu 5 akan ditambah dengan 3 (guna jari) untuk
mendapatkan jawapan. Murid mengira jawapan pada jari mereka iaitu 8.
4 10
6 8 7 5 3 Tambah 3
- 4 3 2 5
8

Langkah 5: Lakukan penolakan sehingga mendapat jawapan 64 428. Ulang langkah


2 hingga 4 sekiranya ada melibatkan pengumpulan semula pada mana-mana nilai
tempat.
Selain itu, dalam peringkat perancangan ini juga, pengkaji telah menyediakan
dan membina instrumen temu bual untuk melihat persepsi dan minat responden
terhadap teknik “Kiraan Cekap” di dalam menjawab soalan penolakan melibatkan
pengumpulan semula.

b) Pelaksanaan
Pengkaji telah melaksanakan dan menerangkan penggunaaan teknik “Kiraan
Cekap” kepada responden. Apabila bimbingan diberi dan responden memahami
dengan jelas penggunaan teknik “Kiraan Cekap”, pengkaji memberi Lembaran Kerja
2 dan 3. Pengkaji juga menjalankan sesi temu bual kepada responden. Selain itu,
pemerhatian juga dibuat kepada responden sepanjang teknik “Kiraan Cekap”
diperkenalkan.

c) Pemerhatian
Pengkaji menganalisis data yang diperoleh daripada senarai semak
pemerhatian, lembaran-lembaran kerja dan hasil temu bual yang telah diberi kepada
kempat-empat responden. Analisis dibuat untuk menilai penguasaan responden
dalam topik penolakan melibatkan pengumpulan semula dan juga bagi mendapatkan
maklumat berkenaan persepsi dan minat murid terhadap penggunaan teknik “Kiraan
Cekap” di dalam menjawab soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula.

87
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

d) Refleksi
Pengkaji membuat penilaian kendiri terhadap hasil dapatan pengkaji dengan
pengenalan penggunaan teknik “Kiraan Cekap” di dalam menyelesaikan soalan
penolakan melibatkan pengumpulan semula yang diberikan kepada responden. Hasil
dapatan mendapati kajian tindakan kitaran pertama ini masih memerlukan
penambahbaikan iaitu terhadap terhadap teknik yang digunakan kerana masih
terdapat kesilapan yang dilakukan oleh responden ketika menjawab soalan yang
diberikan. Dengan itu, pengkaji menjalankan kitaran yang kedua.

Kitaran 2
Dalam kitaran kedua, setelah menganalisis masalah yang dihadapi oleh
responden dalam kitaran 1, pengkaji telah membuat sedikit penambahbaikan pada
teknik “Kiraan Cekap” iaitu dengan menambah simbol “+” pada digit yang hendak
ditambah selepas selesai melakukan penolakan digit yang berada di bawah seperti
Rajah 2. Pada peringkat pelaksanaan, pengkaji memberi Lembaran Kerja 4 kepada
responden. Langkah-langkah lain sama seperti dalam Kitaran 1.

4 10
6 8 7 5 +3
- 4 3 2 5
6 4 4 2 8
Rajah 2: Penambahan simbol “+” pada digit atas

CARA MENGUMPUL DATA

Pemerhatian
Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan teknik pemerhatian berstruktur.
Instrumen pemerhatian yang digunakan ialah borang senarai semak pemerhatian
berstruktur.

Analisis Dokumen
Instrumen analisis dokumen yang pengkaji gunakan dalam kajian ini ialah
lembaran kerja. Lembaran kerja ini merupakan latihan-latihan yang diberikan oleh
pengkaji kepada responden bagi menilai penguasaan responden terhadap soalan
penolakan melibatkan pengumpulan semula. Sebanyak tiga set lembaran kerja telah
diberikan kepada responden pada kitaran 1 iaitu Lembaran Kerja 1, 2 dan 3 dan satu
set lembaran kerja iaitu Lembaran Kerja 4 pada kitaran 2. Setiap lembaran kerja ini
mengandungi 6 soalan jenis struktur yang mempunyai aras soalan dari mudah kepada
sukar yang perlu dijawab oleh setiap responden.

Temu bual
Dalam kajian ini, pengkaji juga menggunakan teknik temu bual berbentuk
berstruktur untuk menilai persepsi dan minat responden terhadap keberkesanan
penggunaan kaedah “Kiraan Cekap” tersebut. Terdapat 5 soalan yang ditanyakan
kepada responden semasa temu bual dijalankan.

88
Sofian Perasis & Ernie Kho Siaw Nee

CARA MENGANALISIS DATA

Analisis Terhadap Pemerhatian


Pengkaji telah membuat analisis terhadap pemerhatian berdasarkan kepada
kriteria yang telah ditetapkan seperti dalam Jadual 2 untuk melihat sikap dan
perubahan tingkah laku responden apabila menggunakan teknik “Kiraan Cekap” di
dalam membantu responden menjawab soalan penolakan melibatkan pengumpulan
semula.
Jadual 2: Kriteria pemerhatian
Kriteria Penerangan
1 Aktif ketika menjawab soalan
2 Menjawab lembaran kerja dengan baik
3 Dapat melakukan penolakan tanpa bantuan

Analisis Dokumen
Dalam kajian ini, pengkaji membuat analisis terhadap lembaran kerja
responden untuk menilai penguasaan responden dalam soalan penolakan melibatkan
penolakan semula dengan menggunakan teknik “Kiraan Cekap”. Perkembangan
responden dalam ketiga-tiga lembaran kerja dianalisis dan diberi markah dalam
bentuk bilangan soalan yang dijawab dengan betul.
Kemudian, kekerapan bilangan soalan dijawab dengan betul ini
diinterprestasikan seperti dalam Jadual 3.
Jadual 3: Interprestasi terhadap penguasaan reponden
Bilangan soalan dijawab
Penerangan
dengan betul
Berjaya menguasai penolakan melibatkan
5 hingga 6 soalan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik
“Kiraan Cekap”
Penguasan sederhana dalam penolakan melibatkan
3 hingga 4 soalan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik
“Kiraan Cekap”
Gagal menguasai penolakan melibatkan pengumpulan
0 hingga 2 soalan
semula dengan menggunakan teknik “Kiraan Cekap”

Analisis Terhadap Temu Bual


Analisis temu bual adalah berdasarkan transkrip temu bual terhadap
responden dengan menggunakan kaedah analisis pengekodan secara manual.
Pengkaji telah mengenalpasti maklumat-maklumat penting melalui respon daripada
responden dan kemudian mengkategorikan maklumat penting tersebut kepada
beberapa kod tema. Berdasarkan tema tersebut pengkaji seterusnya mendapatkan
data untuk mengenal pasti persepsi dan minat murid terhadap pengggunaan teknik
“Kiraan Cekap” dalam menyelesaikan soalan penolakan melibatkan pengumpulan
semula.

89
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

DAPATAN HASIL KAJIAN

Teknik “Kiraan Cekap” Membantu Murid Menguasai Penolakan Dua Nombor


Dengan Mengumpul Semula
Jadual 4 menunjukkan hasil dapatan daripada senarai semak pemerhatian
tersebut.
Jadual 4: Pemerhatian sebelum dan selepas teknik “Kiraan Cekap”diperkenalkan
Responden Responden Responden Responden
Kriteria 1 2 3 4
SB SL SB SL SB SL SB SL
Aktif ketika menjawab
O √ √ √ O √ √ √
soalan
Menjawab lembaran kerja
O √ O √ O √ O √
dengan baik
Dapat melakukan
O √ O √ O √ O √
penolakan tanpa bantuan
Petunjuk: √ menunjukkan responden ada menunjukkan kriteria yang dinilai
O menunjukkan responden tidak ada menunjukkan kriteria yang dinilai
SB ialah sebelum teknik “Kiraan Cekap diperkenalkan
SL ialah selepas teknik “Kiraan Cekap diperkenalkan
Berdasarkan kepada Jadual 4 didapati bahawa terdapat perubahan
tingkahlaku kepada para responden di mana responden mula aktif ketika menjawab
soalan setelah teknik “Kiraan Cekap” diperkenalkan. Mereka juga dapat menjawab
lembaran kerja dengan baik dan dapat melakukan penolakan tanpa bantuan pengkaji.
Jadual 5 pula menunjukkan keputusan pencapaian setiap responden dari segi
bilangan soalan yang dijawab dengan betul oleh responden dalam Lembaran Kerja 2,
3 dan 4.
Jadual 5: Keputusan Pencapaian Responden
Bilangan soalan dijawab dengan betul daripada 6 soalan
Responden Lembaran Lembaran Lembaran
Kerja 2 Kerja 3 Kerja 4
Responden 1 3 5 6
Responden 2 4 6 6
Responden 3 3 6 6
Responden 4 4 6 6
Dalam jadual tersebut didapati Responden 1 berjaya mendapat masing-
masing 3 dan 5 daripada 6 soalan dijawab dengan betul pada Lembaran Kerja 2 dan 3
manakala dalam kitaran 2 pula, responden berjaya mendapat 6 daripada 6 soalan
dijawab dengan betul dalam Lembaran Kerja 4 selepas teknik “Kiraan Cekap”
diperkenalkan. Responden 2 pula berjaya mendapat 4 daripada 6 soalan dijawab
dengan betul pada Lembaran Kerja 2 dan berjaya menjawab kesemua soalan dengan
betul dalam Lembaran Kerja 3 dan 4. Seterusnya, Responden 3 pula berjaya
mendapat 3 daripada 6 soalan dijawab dengan betul dalam Lembaran Kerja 2 dan
akhir sekali berjaya menjawab keenam-enam soalan dengan betul dalam Lembaran
Kerja 3 dan 4. Akhir sekali Responden 4 berjaya mendapat 4 daripada 6 soalan
dijawab dengan betul dalam Lembaran Kerja 2 dan responden juga berjaya
menjawab keenam-enam soalan dengan betul dalam Lembaran Kerja 3. Dalam
kitaran 2 pula, responden sekali lagi berjaya kesemua soalan dengan betul.
Markah setiap responden ini juga boleh ditafsirkan dalam bentuk graf seperti
Rajah 4. Jadual 6 pula adalah data hasil dapatan mengikut lembaran kerja yang

90
Sofian Perasis & Ernie Kho Siaw Nee

dijawab dengan betul oleh responden dalam Lembaran Kerja 2, Lembaran Kerja 3
dan Lembaran Kerja 4.

Markah Responden Dalam Setiap Lembaran Kerja


6 6 6 6 6 6 6
6
5
5
Bilangan Soalan

4 4
4
3 3
3
2
1
0
Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4

Lembaran Kerja 2 Lembaran Kerja 3 Lembaran Kerja 4 (Kitaran 2)

Rajah 4: Markah Responden

Jadual 6: Bilangan Jawapan Betul Responden Dalam Setiap Lembaran Kerja


Bilangan soalan dijawab dengan betul daripada 6 soalan
Lembaran Kerja Responden Responden Responden Responden
1 2 3 4
Lembaran Kerja 2 3 4 3 4
Lembaran Kerja 3 5 6 6 6
Lembaran Kerja 4
6 6 6 6
(Kitaran 2)
Dalam Lembaran Kerja 2 iaitu lembaran kerja setelah teknik “Kiraan Cekap”
diperkenalkan, dua responden iaitu responden 2 dan 4 masing-masing berjaya
mendapat 4 daripada 6 soalan dijawab dengan betul manakala responden 1 dan 3
hanya mendapat 3 daripada 6 soalan dijawab dengan betul. Untuk Lembaran Kerja 3,
tiga daripada empat responden iaitu responden 2, 3 dan 4 telah berjaya menjawab
kesemua soalan dengan betul iaitu 6 soalan manakala satu responden lagi iaitu
responden 1 hanya mendapat 5 daripada 6 soalan dijawab dengan betul sahaja. Bagi
Lembaran Kerja 4 pula, kesemua responden berjaya menjawab kesemua soalan
dengan betul. Peningkatan markah yang sangat cemerlang ini diperoleh responden
selepas adanya penambahbaikan pada kitaran ke-2 dilakukan.
Keputusan akhir pencapaian keempat-empat responden iaitu pada Lembaran
Kerja 4 juga diinterpretasikan dan didapati kesemua responden berjaya mendapat
kesemua soalan dengan betul. Oleh itu, interpretasi pencapaian kesemua responden
adalah responden berjaya menguasai penolakan melibatkan pengumpulan semula
dengan menggunakan teknik “Kiraan Cekap”.

Persepsi dan Minat Murid Terhadap Teknik “Kiraan Cekap” Dalam


Menyelesaiakan Soalan Penolakan Dua Nombor Dengan Mengumpul Semula
Jadual 7, Jadual 8, Jadual 9, Jadual 10 dan Jadual 11 yang berikut merupakan
analisis transkrip bagi setiap soalan temu bual yang telah dijalankan kepada
responden.

91
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Jadual 7: Analisis transkrip bagi soalan 1


Soalan: Adakah anda suka dengan teknik “Kiraan Cekap” ini?
Responden Respon Kod
1 Suka, Cikgu. 1
2 Ya, Cikgu. Saya Suka. 1
3 Suka, best, senang. 1
4 Saya suka teknik yang cikgu ajar ini. 1
Penentuan Kod:
1: Suka
 Suka  Best
2: Tidak Suka
Berdasarkan kepada Jadual 7 iaitu analisis transkrip untuk soalan 1, ia
menunjukkan bahawa kesemua responden memberi respon bahawa mereka suka
menggunakan teknik “Kiraan Cekap”.
Jadual 8: Analisis transkrip bagi soalan 2
Soalan: Adakah teknik “Kiraan Cekap” ini senang untuk dipelajari dan difahami?
Responden Respon Kod
1 Senang dan saya juga faham setelah cikgu ubahsuai sedikit 1
teknik tersebut.
2 Ya, senang daripada cara biasa. 1
3 Senang dan saya mudah faham, cikgu. 1
4 Saya rasa cara ini lebih senang saya buat dan fahami. 1
Penentuan Kod:
1: Senang/Faham
 Senang  Mudah faham
 Lebih senang
2: Sukar/Tidak Faham
Berdasarkan kepada Jadual 8 iaitu analisis transkrip untuk soalan 2, ia
menunjukkan bahawa kesemua responden memberi respon bahawa teknik “Kiraan
Cekap” ini lebih senang dipelajari dan difahami.
Jadual 9: Analisis transkrip bagi soalan 3
Soalan: Adakah teknik “Kiraan Cekap” sangat sesuai untuk anda?
Responden Respon Kod
1 Sesuai, cikgu. Sebab boleh guna jari sahaja. 1
2 Sangat sesuai untuk saya, cikgu. 1
3 Sesuai sebab saya hanya guna 10 jari sahaja untuk tolak. 1
4 Sangat sesuai sebab saya boleh jawab dengan senang sahaja. 1
Penentuan Kod:
1: Sesuai
 Sesuai  Sangat sesuai
2: Tidak Sesuai
Berdasarkan kepada Jadual 9 iaitu analisis transkrip untuk soalan 3, ia
menunjukkan bahawa kesemua responden memberi respon bahawa teknik “Kiraan
Cekap” ini sangat sesuai kepada mereka.

92
Sofian Perasis & Ernie Kho Siaw Nee

Jadual 10: Analisis transkrip bagi soalan 4


Soalan: Adakah teknik “Kiraan Cekap” ini telah dapat membantu anda menguasai
soalan penolakan dengan pengumpulan semula?
Responden Respon Kod
1 Ya, Cikgu. Saya sudah dapat jawab tolak sekarang. 1
2 Ya, teknik ini banyak membantu saya jawab operasi tolak. 1
3 Sangat membantu sebab saya dapat banyak betul guna teknik 1
ini.
4 Memang membantu saya sebab saya selalu cuai dan silap 1
apabila menolak nombor.
Penentuan Kod:
1: Membantu
 Dapat jawab  Membantu
 Sangat membantu  Memang membantu
2: Tidak Membantu
Berdasarkan kepada Jadual 10 iaitu analisis transkrip untuk soalan 4, ia
menunjukkan bahawa kesemua responden memberi respon bahawa teknik “Kiraan
Cekap” ini dapat membantu mereka menguasai soalan penolakan melibatkan
pengumpulan semula.
Jadual 11: Analisis transkrip bagi soalan 5
Soalan: Adakah anda semakin yakin menjawab soalan berkaitan penolakan
melibatkan pengumpulan semula setelah cikgu mengajar kamu dengan tenik “Kiraan
Cekap”?
Responden Respon Kod
1 Sekarang saya semakin yakin, Cikgu. Kalau dulu saya selalu 1
buat salah.
2 Saya sangat suka teknik ini dan yakin selepas cikgu ajar 1
teknik ini.
3 Sangat yakin dan tidak risau lagi, Cikgu. 1
4 Setelah cikgu ajar teknik ini, saya lebih yakin apabila 1
menjawab soalan tolak.
Penentuan Kod:
1: Yakin
 Yakin  Sangat Yakin
 Tidak Risau  Lebih Yakin
2: Tidak Yakin
Berdasarkan kepada Jadual 11 iaitu analisis transkrip untuk soalan 5, ia
menunjukkan bahawa keempat-empat responden memberi respon bahawa mereka
berasa yakin apabila menjawab soalan berkaitan penolakan melibatkan pengumpulan
semula setelah menggunakan tenik “Kiraan Cekap”.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Teknik “Kiraan Cekap” Membantu Murid Menguasai Penolakan Dua Nombor


Dengan Mengumpul Semula
Berdasarkan kepada hasil dapatan pemerhatian dalam Jadual 4, jelas
menunjukkan bahawa terdapat perubahan tingkahlaku kepada responden setelah

93
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

menggunakan teknik “Kiraan Cekap”. Keempat-empat responden telah menunjukkan


perubahan yang positif di mana para responden mula aktif ketika menjawab soalan
yang diberikan, menjawab lembaran kerja dengan baik dan dapat melakukan
penolakan tanpa bantuan pengkaji. Ini jelas menunjukkan, teknik “Kiraan Cekap” ini
dapat membantu murid menguasai soalan penolakan melibatkan pengumpulan
semula.
Selain itu, pengkaji juga telah menggunakan instrumen lembaran kerja untuk
melihat sejauh mana teknik “Kiraan Cekap” ini dapat membantu responden di dalam
menjawab soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula. Peningkatan markah
yang diperoleh oleh responden dalam setiap lembaran kerja membuktikan bahawa
teknik “Kiraan Cekap” ini telah membantu responden menjawab soalan penolakan
dua nombor dengan mengumpul semula dengan cemerlang. Peningkatan markah
paling ketara ialah markah yang diperoleh Responden 1 dan 3 di mana pada mulanya
mereka hanya mendapat 3 daripada 6 soalan dijawab dengan betul pada Lembaran
Kerja 2 tetapi setelah diberi bimbingan yang berterusan menggunakan teknik “Kiraan
Cekap” ini maka meraka telah berjaya mendapat kesemua jawapan dengan betul
pada Lembaran Kerja 4. Selain itu, teknik “Kiraan Cekap” yang hanya menggunakan
sepuluh jari sahaja untuk mengira ini telah membantu para responden menjawab
soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula dengan cemerlang sekali. Hal ini
seiring dengan kajian yang dilakukan oleh Chieng Leh Hui (2011), Saiful Azali
Hamdan (2012) dan Priscilla Bos (2013).
Kesimpulannya, teknik “Kiraan Cekap” ini berjaya membantu responden
menguasai soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula. Kajian ini juga telah
memberi peluang kepada pengkaji untuk mencuba amalan yang berbeza daripada
kebiasaan. Selain itu, kajian ini juga telah dapat menambahbaik amalan dalam
pengajaran dan pembelajaran pengkaji.

Persepsi dan Minat Murid Terhadap Teknik “Kiraan Cekap” Dalam


Menyelesaikan Soalan Penolakan Dua Nombor Dengan Mengumpul Semula
Dari aspek persepsi, teknik “Kiraan Cekap” ini dapat membantu responden
dan juga telah mengubah persepsi responden terhadap soalan penolakan dua nombor
dengan pengumpulan semula. Ini berdasarkan kepada analisis transkrip responden
pada soalan 4 dan 5 yang menunjukkan bahawa teknik ini telah berjaya membantu
responden menguasai soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula dan mereka
juga berasa lebih yakin untuk menjawab soalan penolakan dua nombor dengan
mengumpul semula dengan teknik “Kiraan Cekap” yang diperkenalkan oleh pengkaji.
Dari aspek minat pula pengkaji mendapati bahawa responden menunjukkan
mereka sangat berminat terhadap teknik “Kiraan Cekap” yang diperkenalkan. Hal ini
juga berdasarkan kepada maklum balas responden daripada dapatan temu bual pada
soalan 1, 2 dan 3. Maklum balas responden menyatakan bahawa mereka sangat suka
dengan teknik ini, senang untuk difahami dan juga sangat sesuai kepada diri mereka.
Tambahan pula, teknik “Kiraan Cekap” yang menggabungkan penggunaaan jari ini
berjaya memupuk penglibatan aktif murid ketika menjawab soalan dan bukannya
hanya murid mendengar penjelasan guru tanpa berbuat apa-apa di tempat duduk
masing-masing. Perkara ini disokong dalam kajian Ngan Jia Ing (2011).
Secara kesimpulannya, responden memberi persepsi dan minat yang positif
terhadap penggunaan teknik “Kiraan Cekap” ini dalam menyelesaikan soalan
penolakan dua nombor dengan pengumpulan semula

94
Sofian Perasis & Ernie Kho Siaw Nee

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Cadangan pertama untuk penambahbaikan kajian ini ialah setelah murid itu
sudah mahir menggunakan jari dalam teknik “Kiraan Cekap” ini, pengkaji
mencadangkan penggunaan jari ini diganti pula dengan cara hafalan. Murid
dikehendaki untuk menghafal “Kawan Besar” seperti konsep yang digunakan dalam
pengiraan abakus dalam penolakan yang diperoleh daripada Modul Abakus dan
Aritmetik Mental (2010) apabila hendak menolak digit yang berada di bawah seperti
Rajah 8.1. Kemudian, barulah murid menambah dengan digit yang berada di atas
untuk mendapatkan jawapan.

4 10
6 8 7 35
“Kawan Besar" bagi 6
- 4 3 62 ialah 4
7
Rajah 8.1: Penggunaan “Kawan Besar” bagi menolak digit bawah

Cadangan kedua pula ialah pengkaji mencadangkan kajian lanjutan


seterusnya supaya teknik “Kiraan Cekap” ini bukan hanya digunakan dalam
penolakan bagi tajuk nombor bulat sahaja tetapi juga digunakan untuk
menyelesaikan soalan penolakan melibatkan tajuk-tajuk yang lain seperti dalam tajuk
ukuran panjang, isipadu cecair, jisim dan sebagainya.
Diharap agar cadangan yang diberikan dapat diguna pakai oleh pengkaji pada
masa akan datang untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualiti dan dapat
membantu para guru dalam mempelbagaikan teknik pengajaran agar murid yang
mempunyai masalah dalam penolakan melibatkan pengumpulan semula dapat
dibantu.

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan


teknik “Kiraan Cekap” dapat membantu murid menguasai penolakan melibatkan
pengumpulan semula. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan responden
memberikan persepsi dan minat yang positif terhadap penggunaan teknik “Kiraan
Cekap”.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010). Modul Abakus dan Aritmetik Mental. Kementerian
Pelajaran Malaysia
Chieng Leh Hui (2011). Penggunaan Kaedah Jari Dalam Membantu Murid Tahun Dua Menyelesaikan
Operasi Tolak Melibatkan Pengumpulan Semula. Prosiding Seminar Pengkajian Tindakan
IPG KBL Tahun 2011. 4 dan 5 Oktober. Kuching Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, ms 137- 149
Ngan Jia Ing. (2011). Penggunaan kaedah jari dalam penguasaan Kemahiran Penolakan Fakta Asas
Murid Tahun Dua. Prosiding Seminar Pengkajian Tindakan IPG KBL Tahun 2011. 4 dan 5
Oktober. Kuching Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, ms 123- 136
Priscilla Bos. (2013). Penggunaan kaedah jari berbantukan multimedia untuk menyelesaikan soalan
penolakan melibatkan pengumpulan semula. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan

95
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

(SPTMTE 2013). Miri, Sarawak: Jabatan Matematik IPG kampus Sarawak Miri, ms 211 –
229.
Saiful Azali Hamdan. (2012). Penggunaan kaedah jari dalam penolakan dengan pengumpulan semula
bagi murid tahun tiga. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2012). Miri,
Sarawak: Jabatan Matematik IPG kampus Sarawak Miri, ms 129 – 137.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1pyanz1107@yahoo.com, 2erniekho@hotmail.com

96
MEMBANTU MURID-MURID TAHUN EMPAT MEMBINA SIFIR
NOMBOR DUA DIGIT DALAM KEMAHIRAN MEMBAHAGI
MENGGUNAKAN TEKNIK (SPAD)

ABDUL HALLEM MOHAMAD YUSOF1


SI TONG YONG2

ABSTRAK
Kajian tindakan ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Tatau.
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun Empat
untuk mendapatkan sifir dua digit bagi menyelesaikan soalan operasi bahagi yang
melibatkan nombor bulat hingga tujuh digit dengan pembahagi dua digit dengan
menggunakan teknik SPLIT and ADD (SPAD). Kajian Tindakan ini menggunakan
Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946). Enam responden yang dipilih adalah
daripada responden dari kumpulan sederhana dan lemah yang mempunyai
kelemahan dalam kemahiran membahagi dan dipilih berdasarkan pemerhatian dan
menganalisis lembaran kerja yang dijawab oleh keenam-enam responden tersebut.
Kajian tindakan ini juga memfokuskan penggunaan teknik Split and Add (SPAD)
dalam menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran sifir dua
digit bagi menyelesaikan soalan operasi bahagi yang melibatkan nombor bulat
hingga tujuh digit dengan pembahagi dua digit. Data yang dikumpulkan melalui
lembaran kerja, pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur. Berdasarkan dapatan
kajian, keenam-enam responden menunjukkan peningkatan yang baik dalam
kemahiran membahagi dengan menggunakan teknik SPAD. Implikasi kajian ini
juga menunjukkan peningkatan minat keenam-enam responden dalam Matematik
dan dapat menambahbaik amalan guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ABSTRACT
This action research was conducted in a primary school in the Tatau area. This
study aims to help pupils in Year Four to get the two-digit multiplication tables to
resolve questions divide operations involving whole numbers up to seven digits with
two-digit divisors using SPLIT and ADD (SPAD). This action research using Action
Research Model Kurt Lewin (1946). Six respondents were chosen from the group of
respondents from medium and weak who have weaknesses in skills divide and
selected based on the observation and analysis worksheets answered by the six
respondents. Action research also focuses on the use of techniques Split and Add
(SPAD) in improving teaching and learning skills to solve two-digit multiplication
tables questions divide operations involving whole numbers up to seven digits with
two-digit divisors. Data collected through the worksheet, observation and
unstructured interviews. Based on the findings, the six respondents showed a good
improvement in the divide skills by using SPAD. The implications of this study also
showed an increased interest in the six respondents in Math and can improve
teacher practice in teaching and learning activities.

PENDAHULUAN

Sistem pendidikan negara kita sentiasa berubah dari semasa ke semasa


mengikut peredaran masa dan zaman. Perkembangan semasa sains dan teknologi
juga mempengaruhi sistem pendidikan di negara kita. Di negara kita, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan telah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis,
berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dinyatakan dalam
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidkan


Kebangsaan merupakan sistem pendidikan yang menganjakkan diri ke kedudukan
terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang
mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat paling
rendah kepada paling tinggi iaitu institusi pendidikan tinggi seperti universiti.
Falsafah Pendidikan Negara juga turut menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan
untuk individu dan negara.
Sehubungan itu, bagi memastikan kurikulum matematik sentiasa relevan dan
menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah
Rendah bagi mata pelajaran Matematik telah diolah dan disusun semula dengan
mengambil kira kesinambungan yang berterusan ke peringkat seterusnya. Langkah
yang diambil selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan
kemahiran matematik kepada murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan
yang pelbagai. Dengan adanya pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari, murid-
murid akan mampu untuk meneroka ilmu baru, membuat adaptasi, perubahan dan
mengambil langkah inovatif dalam menghadapi perubahan dan cabaran masa depan.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penyelidik telah diberi tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran


Matematik kelas Tahun Empat di sebuah sekolah di daerah Tatau. Dalam kelas
tersebut, murid-murid terdiri daripada lapan orang murid lelaki dan sembilan orang
murid perempuan. Sebelum itu, murid-murid Tahun Empat telah mempelajari
kemahiran membahagi nombor bulat dengan pembahagi satu digit. Melalui
pemerhatian yang dibuat, kebanyakan murid dapat membahagi nombor tersebut
dengan pembahagi satu. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut, murid-
murid telah diperkenalkan dengan cara membina sifir satu digit iaitu sifir 2 hingga
sifir 9 dalam petak sembilan. Namun, apabila melibatkan pembahagian nombor bulat
100 000 dengan pembahagi dua digit, melalui pemerhatian penyelidik, beberapa
orang responden menghadapi masalah untuk membahagi. Hal ini kerana responden-
responden ini masih menganggap nombor dua digit tersebut adalah terdiri daripada
satu-satu digit. Contohnya, nombor 23 dianggap sebagai sifir 2 dan sifir 3 seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Penyelidik telah menegur dan menegaskan kepada
responden terbabit bahawa nombor 23 adalah nombor dua digit dan perlu
menggunakan sifir dua digit dalam petak sembilan. Namun, beberapa masalah lain
yang timbul.

Rajah 1: Tersilap Menggunakan Sifir 2 dan Sifir 3

98
Abdul Hallem Mohamad Yusof & Si Tong Yong

Terdapat responden yang cuai semasa membina sifir dua digit dalam petak
sembilan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Hal ini kerana responden
membuat kesilapan semasa menambah nombor dalam petak sembilan menyebabkan
sifir dua digit dalam petak sembilan tersebut salah.

Rajah 2: Responden membuat kecuaian semasa menambah dalam petak sembilan


bagi sifir dua digit.

Rajah 3: Dua orang responden ini tersilap memilih nombor yang lebih besar
nilainya semasa membahagi.
Penyelidik juga mendapati walaupun ada responden yang berjaya membina
sifir dua digit menggunakan petak sembilan. Namun, responden ini menghadapi
masalah dalam menentukan nilai nombor yang sesuai semasa membahagi seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Hal ini kerana responden memilih nombor yang
lebih besar nilainya daripada nombor yang sedia ada. Sepatutnya, nombor yang
dipilih adalah nombor yang lebih kecil dipilih semasa membahagi dalam bentuk
lazim.
Selepas penyelidik membuat analisis pada latihan soalan yang diberikan,
penyelidik telah memilih enam responden yang terdiri daripada dua lelaki dan empat
perempuan untuk dibantu menyelesaikan masalah membahagi nombor bulat
sehingga 100 000 dengan pembahagi dua digit.

99
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

FOKUS KAJIAN

Menurut Peh Kheng Suat et al (2014), pembahagian adalah proses


pengumpulan sama banyak atau pengongsian sama rata dan merupakan songsangan
bagi proses pendaraban. Perkara yang penting semasa membahagi adalah sentiasa
membahagi bermula dari kiri ke kanan dalam membahagi dalam bentuk lazim. Oleh
itu, penyelidik berpendapat bahawa fokus kajian iaitu membina sifir dua digit
melalui penggunaan teknik „Split and Add‟ (SPAD) perlu dipraktikkan dan
seterusnya membahagi nombor hingga 100 000 dengan pembahagi dua digit dalam
bentuk lazim. Pelaksanaan teknik ini amat mudah untuk dipraktikkan. Teknik SPAD
ini diperoleh melalui pembacaan hasil kajian Eric Ling Tiing Kong (2011) dan
Hubert Campbell Douglas (2013) Murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada
dalam membina sifir situ digit menggunakan petak sembilan. Maka, mereka akan
membina sifir satu digit dulu, kemudian, menggabungkan menjadi sifir dua digit.
Contohnya, mencari sifir 23, murid mencari sifir 2 dan 3 terlebih dahulu. Kemudian,
barulah menggabungkan sifir tersebut menjadi 23 menggunakan teknik Split and Add
(SPAD).
Teknik Split and Add (SPAD) digunakan bagi memudahkan responden-
responden untuk mendapatkan sifir dua digit dengan mudah dan dapat meningkatkan
kemahiran dalam mendarab. Penguasaan murid-murid dalam membina sifir satu digit
dengan menggunakan pelbagai teknik dijadikan sebagai kelebihan murid-murid
untuk mempelajari cara mendapatkan sifir dua digit melalui teknik SPAD. Oleh itu,
teknik SPAD dapat digunakan bagi mendapatkan sifir dua digit pada sesi pengajaran
dan pembelajaran kerana teknik ini diyakini lebih mudah dan menarik.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid akan dapat mencapai objektif-
objektif berikut iaitu:
a) Menambah baik amalan saya dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
menyelesaikan operasi bahagi nombor hingga 100 000 dengan pembahagi 2
digit dalam bentuk lazim melalui penggunaan teknik Split and Add (SPAD)
dalam membina sifir dua digit.
b) Murid-murid dapat membina sifir dua digit dalam operasi bahagi nombor
hingga 100 000 dengan pembahagi dua digit melalui penggunaan teknik Split
and Add (SPAD).

Soalan kajian
Soalan yang dikemukakan berkaitan dengan kajian adalah seperti berikut:
a) Adakah penggunaan teknik Split and Add (SPAD) dapat menambah baik
amalan saya dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyelesaikan operasi
bahagi nombor hingga 100 000 dengan nombor 2 digit dalam bentuk lazim
penggunaan teknik Split and Add (SPAD) dalam membina sifir dua digit?
b) Adakah penggunaan teknik Split and Add (SPAD) dapat membantu murid-
murid membina sifir nombor dua digit dalam menyelesaikan operasi bahagi
nombor hingga 100 000 dengan pembahagi 2 digit?

100
Abdul Hallem Mohamad Yusof & Si Tong Yong

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah yang terletak di daerah Tatau,
Sarawak. Sekolah ini mempunyai enrolmen keseluruhan murid seramai 105 orang.
Bilangan kelas tahun 1 hingga tahun 6 adalah enam kelas dan mempunyai sebuah
kelas Pra Sekolah untuk pendidikan awal kanak-kanak.
Persamaan antara responden-responden ini adalah mereka mempunyai
masalah untuk menghantar kerja rumah pada masa yang telah ditetapkan dan semua
responden merupakan murid harian. Selain itu, penyelidik telah menganalisis hasil
kerja responden-responden dan mendapati responden-responden yang dipilih gagal
menjawab semua soalan yang diberikan dengan betul. Penyelidik telah menyediakan
sebanyak 5 soalan. Namun, responden-responden ini gagal menjawab soalan dengan
tiada satu pun jawapan yang betul. Hasil daripada pemerhatian dan analisis daripada
lembaran kerja, responden-responden cuai dalam menulis sifir dan semasa
membahagi nombor.
Jadual 1:Maklumat Ringkas Sasaran Kajian
Bilangan Kumpulan
Sasaran Kajian Jantina Keturunan
soalan betul kebolehan
Responden 1 Lelaki Melanau 0 Sederhana
Responden 2 Lelaki Melanau 0 Sederhana
Responden 3 Perempuan Iban 0 Sederhana
Responden 4 Perempuan Melanau 0 Sederhana
Responden 5 Perempuan Iban 0 Lemah
Responden 6 Perempuan Melanau 0 Lemah

PROSEDUR TINDAKAN

Dalam kajian tindakan ini, penyelidik menggunakan Model Penyelidikan


Tindakan Kurt Lewin (1946) seperti yang ditunjukkan dalam buku bertajuk Asas
Penyelidikan Tindakan: Teori dan Amalan (Ho Ho Tong et al. (2014)). Model Lewin
mempunyai empat langkah utama iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan
refleksi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.0. Kajian Tindakan ini dibuat untuk
mengesan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik SPAD
kepada murid-murid dalam membahagi sebarang nombor dengan pembahagi dua
digit dan menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik
kelas.
Perancangan (Kitaran Pertama)
Dalam langkah perancangan ini, penyelidik telah mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh murid-murid yang diajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Penyelidik telah memilih seramai enam responden yang
terdiri daripada dua orang responden lelaki dan empat responden perempuan
berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat. Penyelidik juga telah membuat analisis
daripada lembaran kerja yang diperoleh daripada setiap responden untuk mengenal
pasti kelemahan setiap responden. Di samping itu, penyelidik telah mengadakan
temu bual tidak berstruktur (Lampiran 1) dengan responden-responden yang dipilih.
Hasil daripada data yang telah dikumpul dan diperolehi, penyelidik telah merancang
bagi membantu responden yang dalam kemahiran membahagi sebarang nombor bulat

101
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

dengan pembahagi nombor dua digit dengan menggunakan teknik Split and Add
(SPAD).

Tindakan
Pada awal tindakan ini, penyelidik telah mengajar responden-responden
tentang cara membina sifir satu digit menggunakan petak sembilan kepada
responden-responden terlebih dahulu bagi memudahkan responden untuk menghafal
dan tahu cara membina sifir 2 hingga sifir 9 menggunakan petak sembilan.Namun,
penyelidik tidak menghalang atau menyekat responden-responden untuk
menggunakan pelbagai teknik untuk mendapatkan sifir 2 hingga sifir 9. Seterusnya,
hasil sifir satu digit daripada petak sembilan digunakan dalam teknik Split and
Add(SPAD) bagi membina sifir dua digit. Penyelidik telah memberi tiga sifir dua
digit (Lampiran 1) yang perlu dibina oleh responden-responden untuk melihat
keberkesanan responden-responden membina sifir dua digit menggunakan teknik
SPAD. Jadual sifir dua digit teknik SPAD (Jadual 2) merupakan jadual hasil bacaan
daripada kajian Hubert Campbell Douglas (2013). Jadual tersebut menunjukkan cara
membina sifir 23 menggunakan teknik SPAD. Digit 2 berada dalam puluh dan digit 3
berada pada nilai tempat sa. Seterusnya, penyelidik menerangkan cara membahagi
nombor bulat hingga 100 000 dengan pembahagi dua digit dalam bentuk lazim
menggunakan teknik SPAD.
Jadual 2: Jadual Contoh Sifir Dua Digit Teknik SPAD
Puluh Sa Jumlah
×
2 3 23
1 20 3 23
2 40 6 46
3 60 9 69
4 80 12 92
5 100 15 115
6 120 18 138
7 140 21 161
8 160 24 184
9 180 27 207

Pemerhatian
Lima soalan dalam satu lembaran kerja telah dilaksanakan oleh responden-
responden dalam kitaran pertama. Penyelidik mendapati terdapat responden yang
masih cuai dalam menulis sifir dalam petak yang disediakan. Ada juga responden
yang masih membuat kesilapan semasa membahagi. Hal ini kerana responden
tersilap menulis nombor semasa membahagi. Terdapat juga responden yang
membuat kesilapan semasa menolak nombor.

Refleksi
Berdasarkan data yang dikumpul daripada lembaran kerja yang diberikan,
penyelidik mendapati bahawa responden cuai dalam memberikan sifir satu digit
dalam teknik SPAD. Hal ini kerana responden tergesa-gesa untuk menyiapkan
latihan lembaran kerja yang diberikan menyebabkan kecuaian berlaku semasa

102
Abdul Hallem Mohamad Yusof & Si Tong Yong

mengisi sifir satu digit dalam jadual teknik SPAD. Penyelidik juga mendapati
bahawa responden membuat kesilapan semasa menolak nombor.
Selepas membuat refleksi kendiri, penyelidik mengambil keputusan untuk
menjalankan kitaran kedua bagi kajian tersebut. Penyelidik telah mengubah kaedah
mencari sifir satu digit dari menggunakan petak sembilan kepada kotak sifir 9× 9.

Perancangan Semula (Kitaran Kedua)


Penyelidik mendapati pada kitaran pertama, responden mencari sifir satu digit
menggunakan petak sembilan serta pelbagai teknik yang mudah untuk mendapatkan
sifir 2 hingga sifir 9. Dalam kitaran kedua, penyelidik telah memperkenalkan
penggunaaan kotak sifir 9 × 9 yang lengkap (Rajah 4) untuk memudahkan dan
membantu responden mencari sifir satu digit bagi melengkapkan sifir dua digit dalam
jadual teknik SPAD. Responden-responden telah melengkapkan jadual kotak sifir 9
× 9 dan jadual tersebut telah dijadikan sebagai rujukan kepada responden untuk
membina jadual teknik SPAD. Penyelidik mendapati kotak sifir tersebut banyak
membantu responden untuk mencari sifir satu digit untuk dilengkapkan dalam jadual
SPAD. Bagi memastikan responden-responden ini menguasai sifir 2 hingga sifir 9
dengan mengingati dengan mudah, penyelidik telah meminta responden-responden
ini mengisi jadual kosong kotak sifir 9 × 9 (Rajah 4) setiap pagi sebelum kelas
bermula.

1 2 3 4 5 6 7 8 9
2 4 6 8 10 12 14 16 18
3 6 9 12 15 18 21 24 27
4 8 12 16 20 24 28 32 36
5 10 15 20 25 30 35 40 45
6 12 18 24 30 36 42 48 54
7 14 21 28 35 42 49 56 63
8 16 24 32 40 48 56 64 72
9 18 27 36 45 54 63 72 81
Rajah 4: Penggunaan kotak sifir 9 × 9 yang lengkap.

Penyelidik juga merancang untuk menetapkan masa selama 15 minit untuk


responden menjawab 5 soalan. Penyelidik berbuat demikian kerana ingin melihat
responden-responden dapat menjawab lima soalan yang diberikan dalam lembaran
kerja dengan betul atau tidak. Hal ini kerana penyelidik mendapati dalam kitaran
pertama, responden-responden membina sifir dua digit melalui teknik SPAD tanpa
ada tekanan dan had masa yang ditetapkan. Oleh sebab itu, kebanyakan responden
dapat menjawab sekurang-kurangnya tiga daripada lima soalan dengan betul.

Tindakan

Responden diberi masa 15 minit untuk menjawab soalan yang diberikan.


Penyelidik memberi arahan kepada responden-responden agar mereka menjawab
mengikut masa yang telah ditetapkan. Penyelidik menerangkan bahawa mengisi
jadual sifir dengan cepat dan mengurangkan kesilapan semasa mendarab. Penyelidik
juga menegaskan agar semasa membahagi nombor tujuh digit dengan pembahagi dua
digit, bahagia dengan betul dan berhati-hati agar kesilapan mudah tidak berlaku.

103
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Pemerhatian
Pada kitaran kedua ini, penyelidik mendapati responden-responden telah
berusaha membina jadual sifir dua digit melalui teknik SPAD dengan cepat, di
samping, mengingati sifir satu dengan mengisi jadual kotak sifir 9 × 9. Dengan
adanya, jadual kotak sifir 9 × 9, responden-responden lebih mudah mengisi jadual
sifir dua digit bagi teknik SPAD. Namun, terdapat responden tidak dapat menjawab
soalan yang diberikan dalam masa lima belas minit kerana kesuntukan masa.
Penyelidik mendapati responden yang lemah dalam sifir tidak mempunyai masa
mencukupi kerana atas faktor lambat mengira. Atas sebab itu, ada keputusan yang
didapati oleh penyelidik menurun daripada kitaran pertama.

Refleksi
Dalam kitaran kedua ini, penyelidik mendapati responden-responden
mengambil masa yang lama dalam mencari sifir satu digit. Namun, responden-
responden lebih mudah merujuk kotak sifir 9 × 9 berbanding terpaksa membina
petak sembilan bagi sifir-sifir tertentu pada sesuatu soalan. Keputusan dalam kitaran
kedua didapati agak menurun. Namun, keputusan masih dikira dalam memuaskan
kerana responden-responden sudah dapat menguasai dan memahami penggunaan
teknik SPAD dalam membina sifir dua digit.

CARA MENGUMPUL DATA

Dalam kajian tindakan, pemilihan tentang kaedah pengumpulan data adalah


bergantung kepada sesuatu kajian. Penyelidik perlu memilih kaedah yang sesuai bagi
mendapatkan data yang tepat serta dapat menyelesaikan masalah yang dikaji dengan
berkesan. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan tringulasi data bagi
mendapatkan data yang sahih dan tepat iaitu kaedah pemerhatian, kaedah temubual
tidak berstruktur dan analisis dokumen.
Penyelidik telah melaksanakan pemerhatian ke atas responden yang dikaji
semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian ini dibuat
bertujuan untuk memerhati tahap penguasaan murid dalam menggunakan teknik Split
and Add (SPAD) untuk membina sifir dua digit.
Kaedah seterusnya adalah kaedah temu bual iaitu kaedah pengutipan data
yang melibatkan interaksi face to face antara pengkaji dengan responden atau orang
yang ditemubual. Ting Len Siong et al (2013) menyatakan bahawa Kahn Dan
Connell (1957) mendefinisikan temu bual sebagai „perbualan dengan bertujuan‟.
Tujuan utama temubual adalah untuk mendapatkan maklumat yang khusus.
Temubual adalah kaedah terbaik meneroka dan mendapatkan maklumat daripada
responden secara mendalam. Responden perlu ditemubual tentang persepsi, pendapat
dan sikap mereka terhadap kajian. Dalam kajian tindakan ini, penyelidik telah
memilih temu bual tidak berstruktur. Temu bual tidak berstruktur ini mengemukakan
soalan yang boleh diubah atau disesuaikan mengikut kecerdasan, pemahaman atau
kepercayaan responden (Ting Leng Siong et al (2013)). Dalam kaedah ini, tiada julat
jawapan yang disediakan dan tiada batasan jawapan kepada soalan yang
dikemukakan.
Kaedah analisis dokumen juga boleh digunakan dalam mengumpul data bagi
penyelidikan tindakan yang dijalankan. Tujuan bagi kaedah analisis dokumen adalah
mengutip data atau maklumat berguna daripada dokumen yang dikaji. Kaedah

104
Abdul Hallem Mohamad Yusof & Si Tong Yong

ini digunakan untuk menyokong dan menambah bukti data pemerhatian, temu bual
dan lain-lain.(Yin 1994 dinyatakan dalam Buku Penyelidikan Tindakan: Panduan
Penulisan Laporan). Antara contoh bahan analisis dokumen yang digunakan untuk
mengumpul data adalah lembaran kerja murid. Lembaran kerja amat sesuai untuk
activity pengukuhan dan sebagai tambahan kepada latihan-latihan lain. Penyelidik
telah menyediakan lima soalan dalam setiap lembaran kerja dalam kitaran 1 dan
kitaran 2 bagi mendapatkan data tentang pencapaian murid dalam operasi bahagi
nombor bulat hingga tujuh digit dengan pembahagi nombor dua digit melalui
penggunaan teknik SPAD.

CARA MENGANALISIS DATA

Berdasarkan kepada tiga cara pengumpulan data yang telah penyelidik


jalankan, penyelidik telah memilih kaedah yang paling sesuai untuk
menganalisisnya. Analisis data ini dilaksana berdasarkan kepada tiga aspek kaedah
pengumpulan data yang digunakan iaitu pemerhatian, ujian (peratus) dan analisis
dokumen.
Bagi menganalisis senarai semak, penyelidik menggunakan jadual senarai
semak untuk melihat penguasaan responden dalam membina jadual Teknik SPAD.
Ujian yang diberikan juga digunakan penyelidik telah dianalisis secara kuantitatif
iaitu dengan nilai peratusan mengikut formula dalam Rajah 5.

Jumlah soalan yang dijawab dengan


betul
Markah (%) = ___________________________________ × 100 %

Jumlah soalan keseluruhan

Rajah 5: Cara pengiraan nilai peratusan markah bagi soalan yang dijawab dengan
betul.
Penyelidik juga menggunakan dokumen untuk dianalisis iaitu kertas
lembaran kerja yang mengandungi lima soalan dalam kitaran 1 dan kitaran 2.
Analisis ini bertujuan untuk menilai peningkatan dan penguasaan kemahiran
membina jadual SPAD dan seterusnya membahagi nombor bulat sehingga 100 000
dengan pembahagi dua digit.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian telah dibuat berdasarkan instrument-instrumen yang diperoleh


selepas pelaksanaan tindakan. Hasil dapatan tersebut telah digunakan untuk
menjawab kedua-dua soalan kajian yang telah ditetapkan.
Penggunaan teknik Split and Add (SPAD) dapat menambah baik amalan dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi menyelesaikan operasi bahagi nombor
hingga 100 000 dengan nombor dua digit dalam bentuk lazim.
Penyelidik telah memilih enam orang responden bagi menggunakan teknik
Split and Add(SPAD) dalam mencari sifir dua digit dalam membahagi nombor bulat

105
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

hingga 100 000 dengan pembahagi dua digit. Sebelum ini, penyelidik menggunakan
petak sembilan dengan menggunakan konsep penambahan berulang.Penyelidik telah
mendapat teknik ini daripada pembacaan melalui kajian Hubert Campbell Douglas,
Hu Laey Ne (2013).

Penggunaan teknik Split and Add (SPAD) dapat membantu murid-murid


membina sifir nombor dua digit dalam menyelesaikan operasi bahagi nombor
hingga 100 000 dengan pembahagi dua digit.
Kajian telah membuktikan bahawa responden-responden telah dapat
menjawab soalan bahagi melibatkan nombor bulat hingga 100 000 dengan
pembahagi dua digit berbanding sebelum menggunakan teknik SPAD. Jadual 3
menunjukkan perbandingan sebelum menggunakan teknik SPAD dan selepas
menggunakan teknik SPAD.
Jadual 3: Perbandingan keputusan Sebelum Menggunakan Teknik SPAD dan Selepas
Menggunakan Teknik SPAD dalam kitaran 1 dan kitaran 2
Sasaran Kajian Peratusan Soalan Peratusan Peratusan Soalan
Yang Betul Soalan Yang Yang Betul
Sebelum Betul Selepas Selepas
Menggunakan Menggunakan Menggunakan
Teknik SPAD (%) Teknik SPAD Teknik SPAD
dalam kitaran 1 dalam kitaran 2
(%) (%)
Responden 1 0 80 60
Responden 2 0 100 80
Responden 3 0 100 60
Responden 4 0 80 60
Responden 5 0 60 40
Responden 6 0 100 40

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, teknik SPAD telah berjaya mencapai objektif dan


menjawab soalan kajian yang telah ditetapkan. Data yang dikumpul dan dianalisis
telah dapat membuktikan keberkesanan teknik SPAD dalam membantu menambah
baik amalan penyelidik dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyelesaikan
operasi bahagi nombor hingga 100 000 dengan nombor 2 digit dalam bentuk lazim.
Pencapaian objektif ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian dan senarai semak
temu bual tidak berstruktur. Analisis telah membuktikan bahawa teknik SPAD ini
mampu menarik minat responden-responden yang sebelum ini dilihat tidak
mempunyai kesungguhan untuk menyelesaikan soalan bahagi yang melibatkan
pembahagi dua digit. Secara tidak langsung, memudahkan penyelidik untuk
mengajar operasi bahagi melibatkan pembahagi dua digit dengan lancar dan mudah.
Manakala, bagi objektif kedua iaitu murid-murid dapat membina sifir dua
digit melalui penggunaan teknik Split and Add (SPAD) dalam operasi bahagi
nombor hingga 100 000 dengan pembahagi dua digit juga telah dicapai dan
dibuktikan melalui pemerhatian dan analisis lembaran kerja responden-responden.
Keputusan analisis menunjukkan responden-responden sudah menguasai dan
memahami cara untuk membina sifir dua digit melalui penggunaan teknik SPAD.
Teknik SPAD lebih memudahkan murid-murid untuk faham kerana suatu teknik

106
Abdul Hallem Mohamad Yusof & Si Tong Yong

baharu bagi murid-murid. Mereka nampak teruja untuk mencuba dan mempelajari
teknik baharu ini. Secara tidak langsung, mereka berminat untuk belajar dan
berusaha untuk memperbaiki kelemahan mereka.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Sepanjang menjalankan kajian ini, penyelidik mendapati terdapat beberapa


cadangan yang boleh dipertimbangkan bagi mempertingkatkan kajian ini. Cadangan
ini mungkin dapat menambah baik aspek kajian ini atau dapat memberi idea baru
atau mengubahsuai idea yang sedia ada kepada kajian ini pada masa akan datang.
„Pengubahsuaian dan perubahan strategi pengajaran pendidikan matematik
diperlukan untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan
kemahiran asas‟ (Sabri Ahmad et al (2006)).
Cadangan yang pertama adalah teknik Split and Add (SPAD) ini bukan
sahaja digunakan dalam topik operasi bahagi. Malahan, kajian tentang teknik ini
boleh digunakan dalam topik-topik lain seperti Purata dan Bentuk dan Ruang yang
melibatkan kemahiran membahagi nombor bulat dengan pembahagi dua digit.
Cadangan yang kedua adalah penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai
untuk memperkenalkan teknik ini kepada murid-murid. Kajian boleh dibuat tentang
cara untuk mengajar menggunakan teknik ini dengan bahan bantu belajar yang sesuai
dan mampu menarik minat pelajar-pelajar terutama pelajar-pelajar yang lemah dalam
matematik. Contohnya menggunakan bantu belajar belajar dalam bentuk
persembahan Microsoft Power Point untuk mengajar membina jadual SPAD.

RUMUSAN

Kajian telah dijalankan dengan jayanya dengan kedua-dua objektif kajian


dapat dicapai serta soalan kajian dapat dijawab. Kajian ini dapat menambah baik
amalan dalam pengajaran dan pengajaran bagi menyelesaikan operasi bahagi nombor
bulat hingga 100 000 dengan pembahagi dua digit dalam bentuk lazim melalui
penggunaan teknik Split and Add (SPAD) dalam membina sifir dua digit kerana
dapat mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik.
Selain itu, kajian ini dapat membantu murid-murid dalam membina sifir dua
digit melalui penggunaan teknik Split and Add (SPAD) dalam operasi bahagi
nombor hingga 100 000 dengan pembahagi dua digit. Kajian ini dapat membuktikan
bahawa ada pelbagai teknik dapat digunakan untuk membina sifir dua digit.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard
Kurikulum Dan Pentaksiran Matematik Tahun Empat. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Chow Fook Meng, J. M. (2013). Kajian Tindakan:Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Eric Leong Kong. (2011). Penggunaan Teknik "SPAD" Dalam Membantu Murid-murid Tahun Empat
Menyelesaikan Operasi Bahagi Nombor "4-Digit Dengan 2-Digit" Dalam Bentuk Lazim.
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT ambilan Januari 2008, Seminar
Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011, 1-13.

107
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Ho Ho Tong et al (2014). Asas Penyelidikan Tindakan: Teori dan Amalan. Kota Samarahan: Jabatan
Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan.
Hubert Campbell Douglas, Hu Laey Ne (2013). Kaedah 'Split And Add' Membentuk Sifir Dua Digit
Dalam Membantu Murid Menguasai Kemahiran Membahagi. Prosiding Seminar
Penyelidikan Tindakan 2013(SPTMTE 2013):Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Dengan Kepujian (Matematik Pendidikan Rendah), 1-13.
Peh Kheng Suat et al (2014). Revisi Cepat Matematik UPSR Tahun 4.5.6.Selangor: Penerbit Ilmu
Bakti Sdn Bhd.
Penyelidik, P. (2013). Penyelidikan Tindakan: Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn Bhd.
Sabri Ahmad, T. Z. (2006). Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ting Len Siong et al (2013). Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn Bhd.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
Email: 1papa.alif83@yahoo.com.my, 2tysi26@yahoo.com

108
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK DENGAN
PENGUMPULAN SEMULA DALAM BENTUK
LAZIM BERBANTUKAN BBM

LAI HUI FAH¹


ERNIE KHO SIAW NEE²

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menolak dengan pengumpulan
semula dalam bentuk lazim. Penolakan yang melibatkan pengumpulan semula ini
diperkukuhkan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang direka oleh guru
semata-mata untuk menarik minat murid untuk belajar. Seramai empat orang
responden dari Tahun 1 di salah sebuah sekolah di Limbang telah dipilih bagi
menjalankan kajian ini. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan Model
Kemmis dan McTaggart. Cara mengumpul data yang digunakan dalam kajian ini
ialah analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Analisis dokumen digunakan
untuk mengukur peningkatan pencapaian responden semasa melakukan
pengumpulan semula. Manakala temu bual dan pemerhatian digunakan untuk
mengukur sama ada penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dapat menarik
perhatian dan meningkatkan minat responden dalam pembelajaran Matematik.
Dapatan kajian menunjukkan semua responden menunjukkan peningkatan
pencapaian antara Kitaran 1 dan Kitaran 2. Penggunaan BBM telah berjaya
meningkatkan penguasaan responden dalam pengumpulan semula serta menarik
minat responden dalam pembelajaran.

ABSTRACT
This research aims to improve the techniques in subtraction in the form of
conventional form by using regrouping method. Regrouping method is reinforced by
using the teaching aids which is designed by teacher to attract the student‟s interest
to learn. A total of four respondents from Year 1 at one of the schools in Limbang
are selected to conduct the study. The study was conducted by using Kemmis and
McTaggart model. The ways to collect data which use in conduct the study are the
analysis of documents, interviews and observations. Analysis of documents is given
to measure the achievement of the respondents while using regrouping method.
Meanwhile, interviews and observations conducted to measure whether the use of
teaching aids can attract attention and increase interest respondents in learning
Mathematics. The result showed that all the respondents got increasing achievement
scores between Cycle 1 and Cycle 2. Thus, the introducing of using the teaching
aids successful in raising the mastery of the respondents in regrouping method and
attract respondents in learning.

PENDAHULUAN

Bidang pendidikan mencatat lagi sejarah apabila Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia (PPPM) telah membuka lembaran baru dalam sistem
pendidikan dalam negara. Keseriusan dalam membangunkan aspek pendidikan
mencerminkan bahawa betapa pentingnya aspek profesion perguruan dalam sistem
pendidikan negara bertindak sebagai nadi utama menjelang tahun 2020 yang akan
datang. Pemahaman dinamik proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah
perlu bagi setiap guru dalam memberikan input kepada muridnya.
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Di samping itu, peranan guru dalam proses P&P yang berkualiti dan efektif
dapat meningkatkan pembangunan pendidikan sekolah. Keadaan ini secara
berterusan dapat merangsang murid untuk belajar dengan lebih seronok dan dapat
menyesuaikan diri dalam alam pendidikan ara baru ini. Sebaliknya, pengajaran tidak
akan menarik minat pelajar apabila guru lebih bergantung kepada kaedah “chalk and
talk” yang berbentuk pasif dalam menyampaikan kandungan mata pelajarannya.
Dalam memenuhi aspirasi tinggi ini, guru memainkan peranan yang penting
bagi memastikan penguasaan ilmu Matematik haruslah dipertingkatkan dari semasa
ke semasa bagi tujuan membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan
kemahiran asas mengira. Penguasaan kemahiran-kemahiran asas ini merupakan
kunci utama untuk membantu murid mempelajari kemahiran-kemahiran yang lain
dengan lebih senang kerana ia adalah saling berkaitan antara satu sama lain. PPPM
ini bukan sahaja memberi laluan kepada para guru untuk meningkatkan pendidikan
ke peringkat yang lebih tinggi, malahan ia juga dapat melahirkan sebilangan besar
guru yang berkemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Proses ini dapat melahirkan
masyarakat yang dapat berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif bagi menjamin
kemajuan ekonomi dan kesejahteraan negara.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sepanjang pengalaman mengajar lapan tahun mata pelajaran Matematik di


sekolah, pelbagai perangai murid telah diperhatikan di mana ada murid yang terlalu
aktif, ada yang menunjukkan rasa ingin belajar, ada pula yang langsung tidak
menunjukkan keinginan untuk belajar dan sebagainya. Sebelum ini, pengkaji tidak
pernah ditugaskan untuk mengajar kelas tahap satu. Tugasan ini sememangnya
membebankan di mana pengkaji menghadapi pelbagai masalah yang tidak pernah
dihadapi ketika mengajar di kelas tahap dua seperti ada di kalangan murid yang tidak
memahami Bahasa Cina dan ini menyebabkan pengkaji terpaksa menggunakan dwi
bahasa dalam penerangan. Manakala masalah yang paling ketara yang ditunjukkan
oleh murid ialah tidak dapat menumpu sepenuh perhatian ketika proses P&P
dijalankan dan masalah disiplin yang tidak dapat dijangka. Masalah-masalah yang
timbul ini menyebabkan murid menghadapi masalah dalam operasi penolakan yang
melibatkan pengumpulan semula.
Justeru itu, pengkaji menyedari bahawa cara P&P haruslah berubah
berdasarkan tahap pembelajaran murid supaya murid dapat mengikuti kemahiran
yang seterusnya. Perubahan dari segi pemikiran, nilai diri dan kekreatifan dalam
pengajaran dan pembelajaran mampu berubah nasib dan sikap seseorang murid itu.
Oleh yang demikian, pengkaji mengubah cara pengajaran tradisional yang sebelum
ini dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang direka dengan
berwarna-warni untuk menarik perhatian dan minat belajar murid.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penguasaan responden dalam


kemahiran menolak yang melibatkan pengumpulan semula dengan berbantukan
bahan bantu mengajar. Berdasarkan pemerhatian sepanjang tempoh P&P,
kebanyakan murid mengalami masalah pengumpulan semula dalam kemahiran
menolak di mana cara P&P yang digunakan kurang menarik perhatian serta minat

110
Lai Hui Fah & Ernie Kho Siaw Nee

belajar murid. Penolakan dengan pengumpulan semula ini memerlukan kefahaman


yang mendalam mengenai konsep pengumpulan semula ini. Noor Azlan dan
Nurdalina (2010) ada menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar memainkan
peranan utama untuk menarik minat belajar murid. Justeru itu, pemilihan bahan
bantu mengajar haruslah dibuat dengan teliti dan bersesuaian dengan isi pelajaran
yang disampaikan. Ini jelas menunjukkan bahawa minat serta penggunaan BBM
adalah berkait secara langsung. Penggunaan BBM bukan sahaja dapat mengatasi
masalah seperti disiplin pelajar, kekurangan masa dan kawalan kelas, malahan juga
bagi masalah kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. BBM dapat
meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar dengan menambahkan variasi
kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Memandangkan
penggunaan BBM banyak mendatangkan manfaat, maka kajian ini memfokuskan
peningkatan kemahiran menolak dengan pengumpulan semula dengan berbantukan
BBM.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai dua objektif kajian utama iaitu:


a) Membantu responden menguasai konsep kemahiran menolak dengan kaedah
pengumpulan semula dengan berbantukan BBM.
b) Menarik minat dan meningkatkan motivasi responden dalam pembelajaran
Matematik dengan penggunaan BBM.
Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:
a) Adakah responden menguasai konsep menolak dengan kaedah pengumpulan
semula dengan berbantukan BBM ini?
b) Adakah kaedah penggunaan BBM ini dapat menarik perhatian dan
meningkatkan minat responden dalam pembelajaran Matematik?

KUMPULAN SASARAN

Pengkaji memilih empat orang murid Tahun 1 untuk dijadikan responden.


Responden kajian yang dipilih berada dalam lingkungan umur 7 tahun yang terdiri
daripada dua orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki.
Pemilihan responden ini adalah berdasarkan kepada keputusan ujian
diagnostik yang telah dijalankan sebelum kajian tindakan ini. Responden kajian yang
dipilih adalah berdasarkan kepada masalah murid yang tidak berjaya menguasai
kemahiran menolak yang melibatkan pengumpulan semula di mana mereka tidak
berjaya untuk menjawab sekurang-kurangnya 2 daripada 5 soalan dengan tepat
dalam lembaran (ujian diagnostik) yang diberikan. Jadual 1 menunjukkan profil
responden kajian.
Jadual 1: Profil Responden Kajian

Umur Pencapaian Ujian


Responden Jantina Kaum
(Tahun) Diagnostik ( /5)
R1 Lelaki Cina 7 1
R2 Lelaki Melayu 7 0
R3 Perempuan Cina 7 0
R4 Perempuan Melayu 7 1

111
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

PROSEDUR TINDAKAN

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji menjalankan kajian tindakan berdasarkan


Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang telah diubah suai di mana terdiri
daripada empat fasa utama iaitu merancang tindakan, melaksana, memerhati dan
mereflek dalam satu kitaran lengkap. Rajah 1 menunjukkan kitaran kajian tindakan
Model Kemmis dan McTaggart yang telah diubah suai.

Melaksana
Merancang Tindakan Kitaran 1

Mereflek
memerhati

Bermasalah
Melaksana
Kitaran 2
Penambahbaikan

Mereflek
memerhati

Bermasalah

Kitaran seterusnya jika tidak berjaya

Rajah 1: Ringkasan Kajian Berdasarkan Model Kemmis dan McTaggart (1988)

Kitaran 1
Langkah awal dalam menjalankan kajian ini adalah merancang tindakan.
Berdasar kepada ujian Linus yang telah dijalankan pada awal tahun, pengkaji telah
mengenal pasti beberapa orang murid yang tidak dapat menjawab soalan yang
melibatkan penolakan dengan pengumpulan semula. Walaupun pada ujian Linus
yang kedua mereka telah melepasi ujian di bawah dorongan dan bimbingan daripada
pengkaji, namun pengkaji mendapati murid- murid ini cepat lupa kaedah yang diajar
oleh pengkaji mengenai kemahiran menolak yang melibatkan pengumpulan semula
ini. Maka ujian diagnostik telah disediakan untuk memilih responden yang sesuai
dalam kajian kali ini. Pengkaji mengenalpasti penggunaan bahan bantu mengajar
(BBM) dapat meningkatkan kemahiran menolak yang melibatkan pengumpulan
semula.
Fasa seterusnya ialah melaksana strategi yang telah dirancang. Dalam fasa ini,
kaedah penggunaan BBM berbentuk rumah yang direka dengan berwarna-warni
diperkenalkan untuk mengatasi masalah responden. Responden akan diberi
penerangan lanjutan serta demonstrasi mengenai cara penggunaan BBM ini sebelum
bermula menggunakan BBM. Setelah responden menguasai penggunaan BBM ini,
Lembaran Kerja 1, Lembaran Kerja 2 dan Ujian Pencapaian 1 diberikan kepada
responden untuk menentukan tahap penguasaan responden dalam kemahiran

112
Lai Hui Fah & Ernie Kho Siaw Nee

menolak yang melibatkan pengumpulan semula. Rajah 2 menunjukkan bahan bantu


mengajar yang direka untuk kajian kali ini.

Rumah yang dihasilkan


dengan menggunakan
kadbod.

4 3 Transparent paper
dilekatkan di bahagian
tengah rumah untuk
- 1 8 membolehkan murid
menulis soalan di dalam
dengan menggunakan
pen marker.

PU SA
Penyepit baju berwarna
yang digunakan untuk
mewakili nilai puluh dan
sa.

Tali digunakan untuk


menyepit penyepit baju
berwarna.

Rajah 2: Bahan bantu mengajar untuk operasi penolakan yang melibatkan


pengumpulan semula.
Ini diikuti pula dengan fasa memerhati di mana pengkaji menggunakan tiga
kaedah untuk membuat pemerhatian terhadap responden-responden, iaitu senarai
semak, analisis dokumen dan temu bual. Senarai semak yang digunakan bertujuan
untuk merekodkan reaksi responden-responden ketika menggunakan BBM ketika
menjalankan pengiraan operasi tolak dengan kaedah pengumpulan semula.
Pengesanan tahap penguasaan responden terhadap penggunaan BBM bagi kemahiran
menolak yang melibatkan pengumpulan semula berdasarkan analisis lembaran kerja
dan ujian pencapaian yang diberikan. Temu bual berstruktur turut dijalankan
sepanjang pemerhatian ini bagi melihat sejauh manakah BBM ini dapat menarik
minat responden dalam mempelajari kemahiran menolak ini.
Manakala semasa proses mereflek pula, pengkaji menilai penguasaan
responden dalam kemahiran menolak yang melibatkan pengumpulan semula dengan
berbantukan BBM. Hasil dapatan mendapati bahawa kajian kitaran pertama
memerlukan penambahbaikan, maka kitaran dua dijalankan oleh pengkaji.

Kitaran 2
Dalam kitaran yang kedua, responden-responden masih lagi mengaplikasikan
kaedah ini tetapi ada sedikit perubahan kecil pada BBM yang direka. Langkah
penggunaan BBM masih sama. Pengkaji telah menambah baik BBM dengan
menyediakan sepuluh penyepit berwarna jingga disepit pada kad manila bagi
mengelakkan responden melakukan kecuaian dalam pengumpulan semula.
Bimbingan turut diberikan kepada responden-responden sebelum melaksanakan
kitaran kedua ini. Responden kemudian diberikan Lembaran Kerja 3, Lembaran
Kerja 4 dan Ujian Pencapaian 2 untuk mengenal pasti tahap pencapaian responden.
Data-data yang dikumpul akan dianalisis bagi melihat keberkesanan penggunaan
BBM dapat membantu responden menguasai konsep kemahiran menolak dengan
kaedah pengumpulan semula. Justeru itu, temu bual dan pemerhatian berbentuk
senarai semak juga turut dijalankan untuk menyokong dapatan kajian. Langkah

113
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

terakhir dalam kitaran ini ialah membuat refleksi terhadap dapatan kajian. Ia
dilaksanakan untuk mengenal pasti sama ada objektif kajian ini berjaya dicapai
setelah penambahbaikan dilakukan. Sekiranya masih terdapat kelemahan yang wujud,
maka kitaran yang seterusnya perlu dilakukan. Namun, kitaran yang seterusnya tidak
perlu dilaksanakan jika kajian berjaya.

CARA MENGUMPUL DATA

Kajian tindakan ini telah menggunakan tiga cara untuk mengumpul data, iaitu
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

Pemerhatian
Dalam aspek pemerhatian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen senarai
semak untuk memerhati reaksi dan kelakuan responden. Sepanjang kajian dijalankan,
responden akan diperhatikan secara menyeluruh dari segi amalan, interaksi dan
sikapnya. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat, pengkaji dapat mengesan
sama ada penggunaan BBM ini dapat menarik perhatian dan meningkatkan minat
responden dalam pembelajaran Matematik.

Temu bual
Temu bual merupakan satu cara yang membantu pengkaji meneroka dan
mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Temu bual berstruktur digunakan
dalam kajian kali ini. Maklum balas responden ke atas kaedah yang diperkenalkan
tidak kira positif atau negatif. Maklum balas yang telah diberikan adalah penting
untuk menjawab soalan kajian sama ada responden memahami konsep menolak
dengan pengumpulan semula dan sejauh manakah penggunaan BBM ini dapat
menarik perhatian serta meningkatkan minat responden dalam pembelajaran
Matematik ini. Pengkaji akan menyediakan soalan-soalan spesifik yang ingin ditanya
kepada responden dan temu bual dilaksanakan secara formal. Pengkaji akan
menandakan hasil temu bual bersama dengan responden.

Analisis Dokumen
Dalam kajian kali ini, instrumen yang digunakan dalam analisis dokumen ini
ialah lembaran kerja dan ujian pencapaian. Lembaran kerja dan ujian pencapaian
yang diberikan adalah untuk melihat peningkatan penguasaan responden dalam
kemahiran menolak dengan kaedah pengumpulan semula. Peningkatan penguasaan
ini dapat dilihat melalui skor pencapaian responden dalam ketiga-tiga instrumen ini.
Melalui lembaran kerja juga pengkaji dapat mengenal pasti kesilapan-kesilapan yang
dilakukan oleh responden dalam melakukan pengumpulan semula dengan
menggunakan BBM.
Terdapat sejumlah 6 instrumen yang digunakan dalam analisis dokumen ini
di mana merangkumi Kitaran 1 dan Kitaran 2. Instrumen-instrumen tersebut
termasuklah Lembaran Kerja 1, Lembaran Kerja 2, Ujian Pencapaian 1, Lembaran
Kerja 3, Lembaran Kerja 4 dan Ujian Pencapaian 2. Setiap instrumen ini mempunyai
5 soalan yang kerap dibuat salah semasa pemberian latihan.

114
Lai Hui Fah & Ernie Kho Siaw Nee

CARA MENGANALISIS DATA

Data-data kajian yang diperolehi dianalisiskan untuk melihat sejauh manakah


peningkatan pencapaian responden selepas didedahkan dengan kemahiran menolak
yang melibatkan pengumpulan semula berbantukan BBM. Analisis data ini
dilaksanakan berdasarkan tiga aspek kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh
pengkaji iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

Pemerhatian
Sepanjang kajian dijalankan, responden diperhatikan secara menyeluruh dari
segi amalan, interaksi dan sikap murid. Sebarang perubahan responden dari ketiga-
tiga aspek ini diperhatikan dari awal kajian hinggalah ke akhir kajian. Analisis
pemerhatian ini adalah untuk menjawab soalan kajian yang kedua, iaitu sejauh
manakah penggunaan BBM dapat menarik minat dan meningkatkan motivasi
responden dalam pembelajaran Matematik. Pemerhatian yang dijalankan adalah
pemerhatian berstruktur. Analisis dibuat berdasarkan sikap murid tidak kira positif
atau negatif.

Temu bual
Bagi menganalisis borang temu bual, pengkaji menggunakan analisis data
kualitatif serentak di mana dalam proses mengumpul dan menganalisis data boleh
berlaku secara serentak, iaitu pengkaji boleh terus memahami data yang sedang
dikumpul, sebagai contoh memahami persepsi seseorang semasa bertemu bual
dengannya dan ini secara langsung dapat meneliti sama ada objektif kajian dapat
dicapai atau tidak.
Temu bual yang dijalankan adalah temu bual berstruktur yang ditujukan
kepada responden selepas Kitaran 1 dan Kitaran 2 dilaksanakan sepenuhnya.
Penggunaan temu bual berstruktur bertujuan untuk menyenangkan responden-
responden yang hanya berumur 7 tahun untuk menjawab soalan yang ditanya.
Maklum balas positif dan negatif daripada responden membolehkan pengkaji
membuat analisis terhadap penggunaan BBM ini.

Analisis Dokumen
Analisis data yang dijalankan oleh pengkaji untuk menganalisis lembaran
kerja dan ujian pencapaian adalah dengan menggunakan pencapaian skor di mana
soalan yang betul akan dibahagi dengan jumlah keseluruhan soalan. Tujuan
penggunaan lembaran kerja dan ujian pencapaian ini adalah untuk menjawab soalan
objektif yang pertama iaitu sama ada penggunaan BBM dapat membantu responden
menguasai konsep menolak dengan kaedah pengumpulan semula ini. Rumus yang
digunakan untuk mengira pencapaian skor responden dapat diperhatikan dalam Rajah
3. Perbandingan antara jumlah jawapan yang betul bagi setiap lembaran kerja dan
ujian pencapaian menunjukkan sama ada responden sudah menguasai atau
sebaliknya.
Jumlah soalan yang betul
Skor =
Jumlah soalan

Rajah 3: Rumus pencapaian skor responden

115
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian 1
Pengkaji telah menggunakan instrumen lembaran kerja 1, lembaran kerja 2
dan ujian pencapaian 1 dalam pengumpulan data terhadap persoalan kajian 1. Skor
pencapaian responden dalam kitaran 1 ditunjukkan dalam jadual 2.
Jadual 2: Pencapaian responden dalam Kitaran 1
Bilangan soalan yang dijawab dengan betul ( /5)
Responden Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Ujian Pencapaian 1
(LK1) (LK2) (UP1)
R1 2 4 4
R2 4 4 5
R3 2 3 2
R4 4 4 5
Jadual 2 menunjukkan pencapaian skor responden bagi setiap instrumen yang
diberikan dalam Kitaran 1. Setiap lembaran kerja dan ujian pencapaian yang
diberikan kepada setiap responden mengandungi lima soalan Matematik yang
melibatkan kemahiran menolak. Berdasarkan Jadual 6, pencapaian skor responden
dalam Kitaran 1 dapat dilihat dengan jelas. Responden 2 dan Responden 4
menunjukkan pencapaian skor yang konsisten dalam Lembaran Kerja 1 dan
Lembaran Kerja 2. Manakala dalam Ujian Pencapaian 1, kedua-dua responden
menunjukkan peningkatan yang sangat baik, iaitu mendapat skor penuh dalam
instrumen ini.
Kemudian diikuti pula dengan Responden 1 yang menunjukkan pencapaian
skor yang rendah dalam Lembaran Kerja 1, iaitu 2 daripada 5 skor. Walau
bagaimanapun, Responden 1 ini menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam
Lembaran Kerja 2 dan Ujian Pencapaian 1 dengan mendapat 4 daripada 5 skor.
Seterusnya, Responden 3 menunjukkan pencapaian skor yang tidak konsisten
sepanjang Kitaran 1 dijalankan. Hal ini demikian kerana skor yang diperolehi oleh
Responden 3 dalam Lembaran Kerja 1 adalah rendah, iaitu 2 daripada 5 skor. Ini
diikuti pula dengan Lembaran Kerja 2 dan Ujian Pencapaian 1 dengan mendapat
sebanyak 3 dan 2 daripada 5 skor. Responden ini menunjukkan penurunan ketika
Ujian Pencapaian 1.
Dalam Kitaran 2, pengkaji telah membuat sedikit penambahbaikan terhadap
BBM yang digunakan dalam kemahiran menolak yang melibatkan pengumpulan
semula. Penambahbaikan ini membuahkan hasil yang sangat ketara dalam dapatan
kajian yang diperolehi. Perubahan ini boleh diperhatikan melalui Jadual 3 yang
menunjukkan analisis pencapaian responden dalam Kitaran 2.
Jadual 3: Pencapaian responden dalam Kitaran 2
Bilangan soalan yang dijawab dengan betul ( /5)
Responden Lembaran Kerja 3 Lembaran Kerja 4 Ujian Pencapaian 2
(LK3) (LK4) (UP2)
R1 5 5 5
R2 5 5 5
R3 4 5 5
R4 5 5 5
Berdasarkan Jadual 3, dapat dilihat bahawa semua responden berjaya
mendapat skor penuh dalam ketiga-tiga instrumen, iaitu Lembaran Kerja 3,
Lembaran Kerja 4 dan Ujian Pencapaian 2. Hanya seorang daripada 4 orang
responden, iaitu Responden 3 yang mendapat 4 skor pada Lembaran Kerja 3. Walau

116
Lai Hui Fah & Ernie Kho Siaw Nee

bagaimanapun, Responden 3 ini kemudian berjaya mendapat skor penuh dalam


Lembaran Kerja 4 dan Ujian Pencapaian 2. Ini menunjukkan penggunaan BBM
dapat membantu dalam menguasai konsep menolak dengan kaedah pengumpulan
semula.

Soalan Kajian 2
Penggunaan bahan bantu mengajar untuk menarik perhatian dan
meningkatkan minat responden dalam pembelajaran Matematik dapat diperhatikan
menerusi dua kaedah kualitatif yang digunakan iaitu kaedah temu bual dan kaedah
pemerhatian dengan menggunakan senarai semak.

(i) Temu Bual

Kitaran 1
Pengkaji telah menggunakan temu bual berstruktur untuk dapatan kajian
terhadap objektif kajian yang kedua di mana untuk mengukur sejauh manakah
penggunaan BBM dapat menarik perhatian dan meningkatkan minat responden
dalam pembelajaran Matematik. Jadual 4 menunjukkan hasilan daripada temu bual
yang telah dijalankan terhadap keempat-empat orang responden.
Jadual 4: Hasilan temu bual bagi Kitaran 1
Jumlah
Soalan R1 R2 R3 R4
Responden
Adakah kamu suka BBM ini? Ya     4
1
Tidak 0
Adakah kamu tahu cara Ya   2
2
menggunakan BBM ini? Tidak   2
Adakah anda faham konsep Ya    3
3 pengumpulan semula dengan
berbantukan BBM? Tidak  1
1 penyepit baju berwarna biru Ya     4
4 mewakili 10 penyepit baju
berwarna jingga? Tidak 0
Adakah kamu berasa seronok Ya     4
5 menggunakan BBM dalam
menyiapkan latihan? Tidak 0
Jadual 4 memaparkan perkara yang ditanya serta maklum balas responden
dalam sesi temu bual yang dilaksanakan pada akhir kitaran 1. Secara keseluruhannya,
hasil temu bual antara responden 1 dan 3 kurang memuaskan di mana kedua-dua
responden masih ragu-ragu dalam menjawab soalan yang ditujukan oleh pengkaji.
Manakala dalam kitaran 1 ini jelas menunjukkan responden 2 dan 4 telah berjaya
mencapai objektif kajian yang kedua.

Kitaran 2
Temu bual berstruktur kali kedua dijalankan ke atas dua orang responden
sahaja yang kurang berkeyakinan ketika menjawab soalan temu bual pada kitaran
yang pertama, iaitu Responden 1 dan Responden 3. Soalan yang sama diajukan
dengan penambahan soalan keenam selepas pengkaji membuat penambahbaikan ke
atas BBM yang digunakan.
Selepas kitaran kedua dijalankan, Responden 1 dan Responden 2
menunjukkan keyakinan untuk menjawab setiap soalan yang diajukan oleh pengkaji.

117
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Jawapan yang diberi memuaskan pengkaji di mana kedua-dua responden


menunjukkan rasa ingin belajar yang tinggi apabila berjaya menyiapkan latihan yang
diberikan dengan betul. Jadual 5 menunjukkan hasilan temu bual kedua-dua
responden dalam kitaran 2.
Jadual 5: Hasilan temu bual bagi Kitaran 2
Jumlah
Soalan R1 R3
Responden
Ya   2
1 Adakah kamu suka BBM ini?
Tidak 0
Adakah kamu tahu cara Ya   2
2
menggunakan BBM ini? Tidak 0
Adakah anda faham konsep Ya   2
3 pengumpulan semula dengan
berbantukan BBM? Tidak 0
1 penyepit baju berwarna biru Ya   2
4 mewakili 10 penyepit baju
berwarna jingga? Tidak 0
Adakah kamu berasa seronok Ya   2
5 menggunakan BBM dalam
menyiapkan latihan? Tidak 0
Adakah BBM ini lebih senang Ya   2
6 digunakan berbanding dengan BBM
yang digunakan sebelum ini? Tidak 0

(ii) Pemerhatian
Keempat-empat orang responden menunjukkan minat dengan apa yang
hendak disampaikan oleh pengkaji ketika pengkaji menunjukkan BBM yang bakal
digunakan oleh mereka. Responden-responden juga menunjukkan komitmen yang
tinggi ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan duduk di
tempat sendiri tanpa bercakap dengan rakan di sebelah. Daripada reaksi dan
pertanyaan responden daripada responden 1 menunjukkan bahawa responden begitu
minat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
Selain itu, masalah disiplin responden sebelum ini juga berjaya diatasi di
mana mereka tidak memandang ke kiri dan ke kanan, bercakap, mengganggu rakan
lain ketika pengkaji mengajar. Ini kerana tumpuan responden telah berfokus kepada
BBM yang ditunjukkan oleh pengkaji. Pembelajaran dua hala berlaku apabila
kebanyakan responden sentiasa berinteraksi dengan pengkaji. Walaupun salah
seorang daripada responden agak senyap apabila aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, namun dengan galakkan dan dorongan daripada pengkaji,
responden berkenaan bersifat lebih aktif dalam kitaran yang kedua. Responden
kelihatan lebih berkeyakinan untuk menjawab sebarang soalan jika dibanding
sebelum ini.
Jadual 6 menunjukkan dapatan hasilan pemerhatian kajian ini bagi menjawab
soalan kajian di mana penggunaan BBM dapat menarik perhatian dan meningkatkan
minat responden dalam pembelajaran Matematik.
Jadual 6: Dapatan Pemerhatian Keseluruhan Responden
Pemerhatian
No. Perkara Ya Tidak
1. Duduk di tempat sendiri semasa guru mengajar 
2. Bercakap bersama rakan-rakan 

118
Lai Hui Fah & Ernie Kho Siaw Nee

3. Menumpukan perhatian semasa guru mengajar 


4. Duduk di tempat sendiri semasa membuat latihan 
5. Mengganggu rakan lain 
6. Bermain semasa guru mengajar 
Menggunakan bahan bantu mengajar ketika membuat
7. 
latihan
8. Memberi respon kepada guru semasa sesi soal jawab 

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian 1
. Berdasarkan instrumen lembaran kerja dan ujian pencapaian responden
dalam Kitaran 1, corak perubahan skor responden bagi setiap instrumen jelas
kelihatan. Perubahan amalan pengajaran dengan menggunakan BBM telah berjaya
meningkatkan pencapaian responden dalam menguasai konsep menolak. Penggunaan
BBM ini bukan sahaja berjaya menarik perhatian serta minat responden dalam
mempelajari serta mengikut serta dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan malahan ia juga sekaligus telah menjimatkan masa pengkaji untuk
menerangkan cara penyelesaian konsep menolak yang melibatkan pengumpulan
semula. Justeru itu, peningkatan skor yang dicapai oleh responden dalam kitaran
kedua telah menunjukkan penggunaan BBM dapat mengukuhkan pemahaman
konsep menolak dengan kaedah pengumpulan semula. Dengan bantuan BBM yang
ada, responden kelihatan dapat menjawab soalan dengan lebih berkeyakinan.
Walaupun dalam kitaran yang pertama, pencapaian skor responden dalam
lembaran kerja dan ujian pencapaian adalah kurang memuaskan di mana bukan
semua responden berjaya mencapai objektif kajian, namun ini dapat diatasi selepas
penambahbaikan BBM dalam kitaran kedua. Kesan penambahbaikan yang dilakukan
oleh pengkaji ini telah mendatangkan kesan positif terhadap pembelajaran responden
dalam pengumpulan semula ini apabila responden kelihatan lebih yakin dan mahir
dalam penggunaan BBM berkenaan. Ini selari dengan dapatan kajian Norma Hassan
(2004) yang ada menyebut dalam kajiannya bahawa bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh guru berupaya menarik minat murid di samping boleh memupuk
minat positif mereka terhadap Matematik selain menimbulkan rasa seronok pada diri
sendiri. Dapatan kajian Mohd Firdaus Mohd Pauzi (2008) juga turut menyokong
bahawa penggunaan BBM sememangnya membantu merangsang minat murid untuk
belajar.

Soalan Kajian 2
Daripada hasil temu bual boleh disimpulkan bahawa responden suka dengan
penggunaan BBM ini. Walaupun pada peringkat awal kajian, 2 orang daripada 4
orang responden kelihatan kekok dalam menggunakan BBM ini, namun selepas
memasuki kitaran yang kedua pengkaji dapat memerhatikan kedua-dua responden itu
lebih mahir dalam penggunaan BBM. Selain itu, masa yang diperuntukkan oleh
setiap responden untuk menjawab soalan adalah semakin singkat. Prestasi yang
dicapai oleh responden juga menunjukkan peningkatan.
Hasil pemerhatian pengkaji menerusi senarai semak yang telah dibuat,
pengkaji mendapati responden menumpukan sepenuh perhatian sepanjang kajian
dijalankan. Hal ini termasuklah seorang responden yang biasanya bersifat pendiam
dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika pengajaran dan pembelajaran

119
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

dijalankan juga mula berubah sikapnya. Mereka lebih fokus kepada proses P&P dan
kelihatan bersemangat dan berkeyakinan apabila bermain dengan BBM yang ada.
Sepanjang pemerhatian pengkaji, penggunaan BBM ini berulang kali juga
dapat membantu responden mengingati cara pengumpulan semula ini dengan cepat
jika dibanding dengan cara chalk and talk. Pengkaji turut mendapati bahawa semakin
lama menggunakan BBM ini, responden semakin cekap menggunakannya dan masa
untuk menjawab soalan juga semakin cepat.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Penggunaan BBM yang dijalankan ke atas empat orang responden telah


menunjukkan keberkesanannya dalam meningkatkan kemahiran menolak dengan
pengumpulan semula. Walau bagaimanapun, kajian ini masih mempunyai ruang
yang lebih luas untuk dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji yang lain.
Kajian ini boleh dilanjutkan dengan penambahbaikan terhadap BBM yang
digunakan dengan teknologi komputer yang ada. Bahan konkrit yang digunakan
dalam BBM ini juga boleh digantikan dengan gambar animasi yang menarik di mana
ia senang diperolehi dalam internet.
Selain daripada itu, BBM yang diperkenalkan oleh pengkaji juga sesuai
diaplikasikan ke dalam operasi penambahan pada peringkat asas. Pengkaji
merasakan bahawa kaedah ini sememangnya berkesan bukan hanya setakat
digunakan dalam operasi penolakan sahaja. BBM yang sama digunakan tetapi cara
pengumpulan semula adalah songsang dengan pengumpulan semula dalam operasi
penolakan. Ini juga merupakan satu cara yang menarik dalam mempelajari operasi
penambahan dalam Matematik.

RUMUSAN

Dapatan kajian ini memberikan gambaran jelas bahawa penggunaan BBM


dalam meningkatkan kemahiran menolak yang melibatkan pengumpulan semula ini
memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian dan kemahiran murid.
Kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran, khususnya penggunaan
BBM yang menarik dan bersesuaian dapat meningkatkan minat dan sikap setiap
murid. Kajian ini juga telah mengesan kecuaian murid itu sendiri juga boleh
merupakan faktor utama murid berkenaan tidak dapat menjawab soalan dengan betul.
Pemberian motivasi dan ingatan yang kerap mampu meningkatkan lagi keyakinan
murid dalam menjawab soalan.

RUJUKAN
Chow Fook Meng. (2011). Kajian Tindakan :Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Selangor: Penerbit
Multimedia Sdn Bhd.
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam
Pengajaran. Selangor: Penerbit Multimedia Sdn Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025.Retrieved from http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_fil
e_003107.pdf

120
Lai Hui Fah & Ernie Kho Siaw Nee

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Konsep
KBAT).Retrieved from http://asisk l.org/v4/wp-content/uploads/2014/01/1.-KONSEP-KBAT-
dan-i-THINK.pdf
Mohd Firdaus Mohd Pauzi. (2008). Keberkesanan Penggunaan Alat Sebenar Sebagai Alat Bantu
Mengajar (ABM) Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup. Dalam Database Penyelidikan Ilmiah [Online]. Available : https://image
s.penyelidikanilmiah.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TFqN7gooCzAAADkclm4
1/PDF%20Ilmiah%20siap.pdf?key=penyelidikan ilmiah:journal:45&nmid=355548796
Norma Hassan.(2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dengan Minat
Pelajar Tahun Lima.Dalam database Penyelidikan Ilmiah [Online]. http://images.dehewa
raspak.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/RvGZ@woKCtMAAAi9jmo1/hubungan
%20penggunaan%20ABM%20dgn%20minat&pljr.pdf?key=dehewaraspak:journal:27&nmid
=58573975
Noo Azlan Ahmad Zanzali dan Nurdalina Daud. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di
Kalangan Guru pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran Matematik.Dalam database
Universiti Teknologi Mara [Online]. Available: http://eprints.utm.my/10261/2/Nurdalina_bin
ti_Daud.pdf

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email : ¹huifang1982@hotmail.com, ²erniekho@hotmail.com

121
PENGGUNAAN „KUMPULAN SAYA‟ MEMBANTU MURID TAHUN 5
MENUKARKAN PERKATAAN YANG DIBERIKAN
DALAM BENTUK ANGKA

REZINA MALIK1
SI TONG YONG2

ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan untuk membantu murid Tahun 5 meningkatkan kemahiran
menukarkan perkataan yang diberikan dalam bentuk angka. Dimana dapatan awal yang
diperolehi menunjukkan bahawa murid menghadapi masalah dalam menulis nombor
yang diberikan dalam perkataan yang melibatkan nilai tempat kumpulan ribu . Justeru
itu, bagi mengatasi masalah ini penggunaan “Kumpulan Saya” diperkenalkan dimana
ianya adalah garis panduan untuk membaca dan sekaligus untuk menulis nombor dengan
harapan dapat mengurangkan kesilapan murid. Kajian telah melibatkan 5 responden
yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 3 murid perempuan di sebuah sekolah
sekitar Baram. Kajian ini dilaksanakan berpandukan model Stephen Kemmis bagi
membantu dalam pelaksanaan kajian.Data dikumpul dengan menggunakan instrumen
Latihan Individu 1, 2 dan 3 bagi menentukan tahap penguasaan kemahiran.Pemerhatian
digunakan untuk melihat perubahan tingkah laku respon dalam menjawab latihan dan
temu bual dijalankan bagi menentukan amalan penambahbaikkan berlaku di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat peningkatan pada responden setelah menggunakan „Kumpulan Saya‟ dalam
menulis nombor yang diberikan dalam perkataan.

ABSTRACT
The aim of this study is to assist standard 5 students to improve their writing number
skill to convert to improve their number writing skill to convert the given word into
number. The initial findings showed that students facing a problems in writing numbers
given in the words that involve the group of thousands of places. Hence, to overcome
this problem "Kumpulan saya" is introduced whereby it is a guidelines for reading and
for writing numbers in hopes of reducing the errors. This study involved five
respondents which consist of two boys and three girls in a school around Baram. The
study is conducted based on Stephen Kemmis‟s model in order to assist the execution of
the research. Data is collected using instruments from Individual Exercise 1, 2 and 3 to
determine level of the skill. Observation is used to see changes in response behavior
when answering the question and interviews were conducted to determine improvement
practices occur during in the process of teaching and learning. The research finding
shows that, there are improvement after using „Kumpulan Saya‟ technique in writing
number given in word.

PENDAHULUAN

Pusat Perkembangan Kurikulum telah memberi garis panduan berkenaan dengan


Kurikulum Matematik Sekolah Rendah dimana penegasan terhadap pembentukkan asas
ilmu Matematik supaya penyemaian dan penyuburan pengetahuan, minat, sikap dan nilai
estetika berjaya melahirkan generasi yang berbudaya Matematik. Disamping itu
Rezina Malik & Ernie Kho Siaw Nee

kemahiran berfikir dan kemahiran belajar diserapkan di dalam pengajaran dan


pembelajaran yang menegaskan konsep, proses dan bahasa Matematik. Ia juga bertujuan
untuk membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira.
Maka dengan itu, menguasai kemahiran asas merupakan satu aspek yang sangat penting
bagi seseorang murid. Walaupun, masalah penguasaan dalam nilai tempat merupakan
masalah yang terpencil dan agak terpinggir berbanding masalah lain dalam subjek
Matematik di sekolah rendah. Kebanyakkan guru memandang masalah ini tidak serius
berbanding masalah yang mungkin menjejaskan prestasi murid. Walaubagaimanapun,
masalah ini merupakan masalah asas dan menjadi punca kepada masalah lain dalam
subjek Matematik. Sekiranya, masalah ini tidak diperbetulkan maka ini akan membentuk
miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Oleh itu, penguasaan kemahiran asas
ini harus dibendung dengan lebih awal agar tidak mendatangkan masalah pada masa
akan datang.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengkaji menjalankan latihan ulangkaji kepada responden memandangkan baru


sahaja mengambil alih kelas Tahun 5 dan mendapati bahawa 11 daripada 15 orang murid
murid menghadapi masalah yang sama iaitu menulis nombor yang diberikan di dalam
perkataan semasa melakukan penyemakkan. Rajah menunjukkan kesilapan yang
dilakukan oleh murid.

Rajah 1: Kesilapan yang dilakukan oleh murid


Pengkaji mendapati masalah yang timbul apabila murid menulis nombor yang diberikan
dalam perkataan tersebut tanpa menghiraukan nilai tempat terutamanya nilai tempat
yang melibatkan kumpulan ribu. Kesilapan ini jelas kelihatan apabila murid menulis
digit di atas perkataan yang diberikan dan seterusnya menyalin semua digit-digit tersebut
dan menghasilkan satu nombor. Rajah 2 menunjukkan penulisan yang salah dalam
menukarkan nombor dalam perkataan.

Rajah 2: Cara penulisan yang salah

123
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

FOKUS KAJIAN

Fokus yang ditekankan adalah kelemahan murid dalam menulis nombor yang
melibatkan nilai tempat dalam kumpulan ribu yang diberikan dalam perkataan. Dimana
murid menghadapi masalah memindahkan maklumat dalam bentuk perkataan ke bentuk
simbol iaitu salah satu bahasa Matematik. Bahasa Matematik merujuk kepada
penggunaan simbol huruf, angka dan tatanda dalam konteks matematik. Bahasa
Matematik berbeza dengan bahasa biasa kerana ia mempunyai makna yang tersendiri
(Zainudin dan Nor Hidayatul 2011). Oleh itu, kesalahan dalam mentafsir bahasa
Matematik akan menimbulkan kesalahan konsep yang menjadi punca kelemahan murid
dalam penyelesaian masalah. Bahkan, murid juga mempunyai masalah dalam kekeliruan
menulis nombor apabila melibatkan nilai tempat kumpulan ribu walaupun murid
mengenali nilai tempat dengan algoritma yang betul namun kebiasaanya murid akan
menghafal bukan memahami konsep nilai tempat tersebut seperti dalam kenyataan
Charlestworth dan Lind (2007) nilai tempat merupakan ialah salah satu topik yang
paling penting dan sukar difahami dalam geometri. Disebabkan itu, murid akan
memindahkan maklumat yang dibaca dalam bentuk nombor berdasarkan perkataan yang
diberikan tanpa menghiraukan kedudukan nilai tempat nombor tersebut dan ini
menunjukkan tahap penguasaan murid dalam nilai tempat masih lemah. “Place value
pervades the number curriculum, and its importance of development of children‟s
understanding” (Len et al ,1999 ).
Pengkaji telah menggunakan Bahan Bantu Mengajar „Kumpulan saya‟ untuk
membantu murid Tahun 5 memahami kedudukan nilai tempat terutamanya melibatkan
kumpulan ribu. Dimana penggunaan BBM ini dapat meningkatkan konsep pemahaman
murid dalam jangka masa yang panjang. Bahkan, dapat menarik perhatian serta murid
dapat berinteraksi dengan BBM ini sendiri. Dalam kajian Norma binti Haji Hassan
(2004) mendapati bahawa minat murid dicetuskan dan rasa bosan dapat dikurangkan
melalui BBM . Selain itu, BBM ini mesra pengguna serta mudah di perolehi. Maka
dengan itu, pengkaji membina BBM ini berdasarkan teknik yang hendak diperkenalkan
kepada murid terlebih dahulu.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian kajian ini ialah :


a) Membantu murid menukarkan perkataan yang diberikan dalam bentuk angka
“ Kumpulan Saya”
b) Menambah baik amalan pengkaji sebagai guru matematik dalam mengajar
kemahiran menukarkan perkataan yang diberikan dalam bentuk angka „Kumpulan
Saya‟

Soalan kajian kajian ini ialah :


a) Adakah penggunaan “Kumpulan saya”dapat membantu murid menukarkan
perkataan yang diberikan dalam bentuk angka?
b) Adakah „Kumpulan saya‟ membantu pengkaji dalam penambahbaikan amalan
pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran kemahiran menukarkan perkataan
yang diberikan dalam bentuk angka?

124
Rezina Malik & Ernie Kho Siaw Nee

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran yang dipilih adalah seramai 5 orang responden yang terdiri
daripada 2 murid lelaki dan 3 murid perempuan yang menghadapi masalah yang sama
iaitu menulis nombor yang diberikan dalam bentuk perkataan melibatkan nilai tempat
kumpulan ribu. Responden dipilih berdasarkan Latihan Ulangkaji yang diberikan.Malah
ciri-ciri lain iaitu boleh membaca dengan baik, dapat mengenalpasti nilai tempat dan
juga tidak mempunyai masalah dalam kehadiran sekolah.

PROSEDUR TINDAKAN

Bagi melaksanakan prosedur tindakan ini,model Stephen Kemmis telah


digunakan merujuk daripada buku Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan. (Ting
Long Seong, Ahmad Sabry,Ting Hun Yang,2013) yang dimulakan dengan peringkat
merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.
Dalam kitaran pertama,pengkaji telah merancang untuk membina BBM bagi
membantu pengkaji dalam memperkenalkan teknik „Kumpulan Saya‟ berdasarkan
masalah yang telah dikenalpasti iaitu menukarkan perkataan yang diberikan dalam
bentuk angka terutamanya melibatkan kumpulan ribu. Pengkaji telah mengedarkan
Latihan Individu 1 sebelum memperkenalkan teknik „Kumpulan Saya‟. Seterusnya
pengkaji menjalankan intervensi dengan menggunakan teknik „Kumpulan Saya‟ dengan
berbantukan BBM. Latihan Individu 2 diedarkan selepas intervensi dijalankan untuk
melihat tahap penguasaan responden setelah menjalankan intervensi. Namun didapati
bahawa masih ada responden yang belum menguasai dengan baik berdasarkan latihan
yang diberikan maka kitaran kedua dijalankan.
Dalam kitaran kedua, setelah mengenalpasti masalah maka pengkaji melakukan
penambahbaikkan dalam teknik „Kumpulan Saya‟ dan seterusnya menjalankan
intervensi terhadap responden dan mengedarkan Latihan Individu 3 untuk melihat sama
ada responden dapat menguasai kemahiran setelah penambahbaikkan.
Jadual 1: Perlaksanaan menggunakn “kumpulan saya”
Kitaran 1 Kitaran 2
Tiga ratus lapan ribu tiga puluh dua

KR KB KR KB
Tiga ratus lapan ribu tiga puluh dua Tiga ratus lapan ribu tiga puluh
dua

 Pengkaji akan mengasingkan perkataan  Pengkaji akan mengasingkan


tersebut kepada dua kumpulan dan perkataan tersebut kepada dua
namakan kumpulan tersebut kepada kumpulan dan namakan kumpulan
kumpulan biasa dan kumpulan ribu. tersebut kepada kumpulan biasa
dan kumpulan ribu.
 Seterusnya pengkaji melukis petak
pada perkataan yang menunjukkan
nilai tempat di dalam soalan

125
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

dengan itu responden dapat


mengenalpasti nilai tempat bagi
setiap digit

Kumpulan ribu Kumpulan biasa Kumpulan ribu Kumpulan biasa

3 0 8 0 3 2 3 0 8 0 3 2

Rari Puri Ri Ra Pu Sa Rari Puri Ri Ra Pu Sa

 Pengkaji akan memindahkan perkataan  Pengkaji akan memindahkan


tersebut dalam bentuk nombor dengan perkataan tersebut dalam bentuk
menggunakan BBM “ Kumpulan nombor dengan menggunakan
Saya”. BBM “ Kumpulan Saya”.
 Pengkaji juga menerangkan kepada  Pengkaji menegaskan kepada
responden bagi nilai tempat yang tidak responden untuk merujuk nilai
mempunyai nombor akan diwakili tempat yang dilukis kotak semasa
dengan sifar. memasukkan nombor ke dalam
BBM „Kumpulan Saya‟ dan
wakilkan sifar bagi nilai tempat
yang tidak mempunyai nombor.
KR KB KR KB
Dua ratus lima puluh ribu enam Dua ratus lima puluh ribu enam

Rari Puri Ri Ra Pu Sa Rari Puri Ri Ra Pu Sa

 Pengkaji meminta responden  Pengkaji meminta responden


melukiskan“Kumpulan Saya” dalam melukiskan“Kumpulan Saya”
soalan yang seterusnya dan melakukan dalam soalan yang seterusnya dan
cara yang sama tanpa berbantukan melakukan cara yang sama tanpa
BBM. berbantukan BBM.

CARA MENGUMPUL DATA

Pengkaji menggunakan tiga instrumen untuk mengumpul data iaitu pemerhatian,


instrumen bertulis serta temu bual untuk mengumpul data yang diperlukan.
Jadual 2: Cara mengumpul data
Pemerhatian dijalankan dengan melihat tingkahlaku responden iaitu
dengan meneliti hasil kerja respoden sama ada responden
mengaplikasikan teknik yang diajar dengan bantuan BBM
Pemerhatian “Kumpulan Saya” digunakan semasa menjawab soalan dalam latihan
individu 2 dan individu 3. Pengkaji menyediakan satu senarai semak
bagi membantu pengkaji membuat pemerhatian untuk mengumpul
data.
Latihan Pengkaji menggunakan Latihan Individu 1 yang diedarkan sebelum

126
Rezina Malik & Ernie Kho Siaw Nee

Individu intervensi dijalankan, Latihan Individu 2 pula diberikan selepas


intervensi dijalankan untuk menguji tahap penguasaan responden
manakala Latihan Individu 3 pula diedarkan bagi mengenalpasti
sama penambahbaikan memberi kesan kepada responden. untuk
Latihan Individu 1 dan 2 diberikan dalam kitaran yang pertama
manakala Latihan Individu 3 diberikan dalam kitaran dua.Ketiga-tiga
soalan mengandungi 10 soalan yang berbeza.
Instrumen temu bual dijalankan selepas selesai intervensi dijalankan.
Tujuan temu bual ini adalah untuk mendapat maklum balas
responden mengenai minat dan reaksi responden dalam
Temu bual
menggunakan BBM yang diperkenalkan. Malah daripada temu bual
tersebut pengkaji dapat mengetahui sama ada amalan baru pengkaji
dapat membantu responden dalam menulis nombor.

CARA MENGANALISIS DATA

Dalam kajian ini,pengkaji telah menggunakan tiga jenis instrumen yang telah dipilih
untuk dianalisis iaitu Latihan Individu 1, 2 dan 3, pemerhatian dan temu bual.
Jadual 3: Cara menganalisis data
Ketiga-tiga latihan mempunyai 10 soalan yang berlainan dan dijawab
oleh responden sebelum dan selepas proses intervensi dilakukan
dengan menggunakan BBM „Kumpulan Saya‟. Bagi Latihan individu
Latihan
1 dan 2 digunakan untuk mengumpul data dalam kitaran yang
Individu
pertama manakala Latihan Individu 3 pula digunakan dalam
pengumpulan data kitaran kedua. Pengkaji akan mencatat bilangan
jawapan yang betul daripada jumlah soalan untuk membandingkan
pencapaian responden.
Satu senarai semak yang digubal untuk membantu pengkaji dalam
membuat pemerhatian ke atas responden. Senarai semak yang
digubal mengandungi 3 bahagian iaitu pengkaji akan melihat dari
Pemerhatian
segi motivasi dan minat, tahap penguasaan dan juga keberkesanan
„Kumpulan Saya‟. Dalam proses pemerhatian tersebut pengkaji telah
mengkategorikan kepada 3 iaitu lemah, sederhana dan baik
Analisis dapatan data dengan menggunakan temu bual dibuat
berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden terhadap 4
soalan yang di kemukakan oleh pengkaji selepas kitaran kedua
Temu bual
dijalankan. Pengkaji menjalankan aktiviti temu bual secara lisan
secara bersemuka terhadap responden dan data yang diperolehi
ditranskripsikan oleh pengkaji terlebih dahulu sebelum dianalisis.

127
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

DAPATAN KAJIAN

Adakah „Kumpulan Saya‟ membantu pengkaji dalam penambahbaikan


amalan pengajaran dan pembelajaran dalam mengajar kemahiran menukarkan
perkataan yang diberikan dalam bentuk angka.
Pengkaji menggunakan instrumen temu bual setelah menjalankan intervensi di
dalam kedua-dua kitaran dengan tujuan untuk mendapatkan respon responden dan
sekaligus akan menjawab soalan kajian yang kedua.
Jadual 4: Analisis transkrip jawapan bagi soalan satu dan dua
Adakah kamu faham cara Apakah yang kamu pelajari
Soalan menggunakan „Kumpulan Saya‟ selepas menggunakan
yang di ajar oleh cikgu? „Kumpulan Saya‟. Nyatakan
Subjek kajian Respon Respon
R1 Faham Tahu kumpulan ribu
R2 Ya. Sebab senang guna Guna untuk tulis nombor
R3 Faham Dapat jawab latihan
R4 Ya. Sebab senang Dapat jawab soalan
R5 Ya. Sebab faham Boleh ingat
Berdasarkan analisis tersebut menunjukkan bahawa semua responden dapat
memahami pengajaran dan pembelajaran pengkaji setelah menggunakan „Kumpulan
Saya‟ dalam menulis nombor yang diberikan dalam perkataan manakala analisis bagi
soalan dua menunjukkan bahawa responden dapat menguasai dengan baik kemahiran
menulis dalam bentuk nombor dengan menggunakan „Kumpulan Saya‟ yang
diperkenalkan oleh pengkaji memandangkan semua memberikan jawapan yang positif
Jadual 5: Analisis transkrip jawapan bagi soalan tiga dan empat
Adakah kamu suka cikgu Bagaimana „Kumpulan Saya‟
Soalan mengajar menggunakan dapat membantu kamu. Nyatakan
„Kumpulan Saya‟
Subjek kajian Respon Respon
R1 Ya, suka Bantu sikit...kumpulan ribu
R2 Ya. Sebab senang jawab Untuk tahu menulis nombor
R3 Ya.senang Faham nilai tempat
R4 ya.suka Lebih faham tulis nombor
R5 Ya.buat saya pandai Lebih faham
Berdasarkan analisis soalan tiga jelas menunjukkan bahawa semua responden
menunjukkan minat dalam menggunakan „Kumpulan Saya‟ di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan oleh pengkaji. Jadual 5 juga menunjukkan bahawa
responden dapat mengatasi kekeliruan di dalam nilai tempat terutamanya melibatkan
kumpulan ribu di mana semua responden memberikan respon yang baik dalam
penggunaan „Kumpulan Saya‟.

128
Rezina Malik & Ernie Kho Siaw Nee

Adakah penggunaan „Kumpulan Saya‟ dapat membantu murid menukarkan


perkataan yang diberikan dalam bentuk angka.
Pengkaji menggunakan instrumen Latihan Individu 1,2 dan 3 untuk mengesan
tahap penguasaan dan peningkatan responden dalam penggunaan „Kumpulan Saya‟ dan
juga instrumen pemerhatian
Jadual 6: Skor responden dalam ketiga-tiga latihan
Bil yang betul daripada 10 soalan
Subjek kajian
Latihan Individu 1 Latihan Individu 2 Latihan Individu 3
1 4 8
R1
10 10 10
3 6 10
R2
10 10 10
1 7 9
R3
10 10 10
3 8 10
R4
10 10 10
1 8 10
R5
10 10 10
Berdasarkan Jadual 6 menunjukkan skor bagi responden dalam Latihan Individu
1, 2 dan 3. Dimana menunjukkan bahawa R1, R3 dan R5 hanya mendapat 1 soalan
daripada 10 soalan manakala R4 dan R5 sama-sama dapat menjawab 3 soalan dengan
betul dalam Latihan Individu 1 dimana responden belum lagi diperkenalkan dengan
„Kumpulan Saya‟. Namun dalam Latihan Individu 2 pula menunjukkan peningkatan
mendadak dimana R4 dan R5 telah dapat menjawab 8 soalan yang dikemukakan bagi R1,
R2 dan R3 masing-masing telah berjaya menjawab sebanyak 4 , 6 dan 7 soalan yang
betul. Peningkatan ini menunjukkan perubahan positif responden selepas „Kumpulan
Saya‟ diperkenalkan. Setelah pengkaji menjalankan kitaran kedua dan mengedarkan
Latihan Individu 3 pula di dapati R2, R4 dan R5 telah dapat menjawab semua soalan
dengan betul tetapi R1 dan R3 pula masing-masing telah dapat menjawab 8 dan 9 soalan
dengan betul. Ini menunjukkan bahawa responden telah dapat mengatasi kekeliruan nilai
tempat terutamanya kumpulan ribu setelah pengkaji melakukan penambahbaikkan dalam
proses intervensi dan ini dapat mengurangkan kesilapan yang biasa dilakukan oleh
responden.
Jadual 7: Rumusan pemerhatian setelah menggunakan „Kumpulan Saya‟
Motivasi dan Tahap
Subjek Keberkesanan
minat penguasaan
kajian Pentunjuk
1 2 3 4 5 6 7 8 9
R1 3 3 3 2 2 3 3 2 3
1- Lemah
R2 3 3 3 3 3 3 3 3 3
2 - sederhana
R3 3 3 3 3 3 3 3 3 3
3 - Baik
R4 3 3 3 3 3 3 3 3 3
R5 3 3 3 3 3 3 3 3 3
Berdasarkan daripada Jadual 7 jelas menunjukkan bahawa „Kumpulan Saya‟
telah membantu responden dalam menyelesaikan latihan yang diberikan oleh pengkaji

129
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

dimana responden telah mengaplikasikan dengan baik penggunaan „Kumpulan Saya‟ di


dalam latihan. Malah di dalam pemerhatian ini juga dapat kita nyatakan bahawa
responden juga telah menunjukkan minat terhadap penggunaan „Kumpulan Saya‟
dimana semua responden menunjukkan perubahan positif.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Menambahbaik amalan pengkaji sebagai guru matematik dalam mengajar


menukarkan perkataan yang diberikan dalam bentuk angka dengan menggunakan
„Kumpulan Saya‟
Hasil dapatan temu bual yang dijalankan oleh pengkaji di dalam soalan yang
pertama pengkaji telah mengemukakan soalan tentang kefahaman responden terhadap
penggunaan „Kumpulan Saya‟ di dalam pengajaran guru dan semua responden memberi
jawapan yang menyatakan bahawa responden boleh memahami cara menggunakan
„Kumpulan Saya‟ yang diperkenalkan.
Bagi soalan yang kedua, pengkaji telah mengemukakan soalan berkaitan dengan
apa yang responden dapat pelajari setelah menggunakan „Kumpulan Saya‟ yang telah
diajar oleh pengkaji. Maklum balas responden menyatakan bahawa lebih yakin
menjawab latihan yang diberikan oleh pengkaji dengan mengaplikasikan „Kumpulan
saya‟ tersebut di dalam latihan. Kenyataan ini di sokong dalam dapatan kajian oleh
Norma (2004) yang menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dalam
pembelajaran matematik telah mendorong dan memotivasikan diri mereka supaya lebih
rajin belajar.
Soalan ketiga berkaitan dengan minat responden terhadap „Kumpulan Saya‟ yang
digunakan oleh pengkaji. Berdasarkan analisis di dapati bahawa responden menunjukkan
minat dalam menggunakan „Kumpulan Saya‟ kerana mudah dan senang. Sejajar dengan
hasil dapatan kajian Sukeri Berawi (2006) murid-murid akan lebih seronok dalam
pembelajaran kerana terdapat bahan konkrit untuk dipegang oleh mereka.
Soalan terakhir pengkaji bertanyakan sama ada „Kumpulan Saya‟ membantu
responden menulis dalam bentuk nombor. Respon yang diberikan oleh responden
terhadap soalan tersebut menunjukkan bahawa responden dapat mengenalpasti nilai
tempat dengan lebih baik dan seterusnya dapat mengurangkan kesilapan di dalam
menulis nombor yang melibatkan kumpulan ribu.

Membantu murid menukarkan perkataan yang diberikan dalam bentuk angka


dengan menggunakan „Kumpulan saya‟
Di dalam kajian tindakan ini pengkaji telah dapat mengesan penguasan murid di
dalam penggunaan „Kumpulan Saya‟ yang telah di ukur dengan menggunakan Latihan
Individu 1, 2 dan 3. Berdasarkan Jadual 4 pengkaji mendapati bahawa kesemua
responden telah menunjukkan peningkatan di dalam setiap Latihan Individu yang
diberikan di dalam kitaran pertama. Walaupun tidak mendapat markah penuh tetapi
peningkatan ini menunjukkan bahawa responden telah dapat menguasai kemahiran
menulis dalam bentuk nombor dengan menggunakan‟Kumpulan Saya‟.
Semasa kitaran kedua, pengkaji mendapati bahawa responden masih keliru di dalam
menulis nombor maka pengkaji telah melakukan penambahbaikan di dalam proses
intervensi dan seterusnya mengedarkan Latihan Individu 3. Di dapati bahawa R2, R3

130
Rezina Malik & Ernie Kho Siaw Nee

dan R4 telah mendapat markah penuh. Namun terdapat dua responden tidak mendapat
markah penuh , ini disebabkan kecuaian yang dilakukan oleh responden semasa
melakukan proses menulis dalam bentuk nombor yang ditunjukkan di dalam Rajah 4 .
Ini disokong dalam dapatan kajian oleh Catherine Kiu (2010) yang menyatakan bahawa
terdapat empat kesalahan-kesalahan lazim iaitu kesalaham pemahaman, kesalahan
kecuaian, kesalahan memproses dan kesalahan mengekod.

Rajah 3: Kecuaian yang dilakukan responden


Selain itu, pengkaji telah membuat pemerhatian sepanjang sesi intervensi. Analisis
menunjukkan bahawa responden menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif.
Dalam pemerhatian pengkaji berpandukan senarai semak yang mengandungi tiga
bahagian iaitu minat dan motivasi, tahap penguasaan dan keberkesanan „Kumpulan
Saya‟. Analisis dalam bahagian minat dan motivasi pengkaji mendapati semua
responden memberi reaksi yang positif dan minat menggunakan „Kumpulan Saya‟.
Dalam tahap penguasaan pula menunjukkan bahawa responden dapat menguasai
kemahiran dengan baik apabila mengguna „Kumpulan Saya‟ dimana responden dapat
mengenalpasti nilai tempat dengan baik terutamanya dalam kumpulan ribu melalui
latihan yang dijawab oleh responden sejajar dengan teori Pembelajaran Jean Piaget yang
menekankan pembelajaran perlulah di susun daripada konkrit ke abstrak. Bahagian yang
seterusnya, adalah berkaitan dengan keberkesanan‟Kumpulan Saya‟ dimana
menunjukkan bahawa responden dapat menjawab latihan yang diberikan oleh pengkaji.
Bahkan responden juga mengaplikasikan di dalam menyiapkan latihan di mana menurut
Saousa (2007) hasil yang optimum akan dapat dicapai sekiranya pendekatan konkrit,
piktorial dan abstrak digunakan dalam matematik.

CADANGAN TINDAKAN LANJUTAN

Setelah kajian yang dijalankan terhadap murid Tahun 5 dapat membantu di dalam
menulis nombor yang diberikan perkataan, pengkaji berharap kajian ini dapat
diperluaskan lagi dengan tajuk yang lain bersesuaian dengan penggunaan „Kumpulan
Saya‟.
Cadangan pertama ialah dimana teknik „Kumpulan Saya‟ ini boleh digunakan untuk
tajuk Tambah dalam lingkungan 10 000 dengan melakukan sedikit perubahan dan juga
penambahanbaikan bagi membantu murid dalam melakukan proses penambahan seperti
di dalam kenyataan Chieng (2011) dimana murid kehilangan minat untuk menyelesaikan
soalan yang disediakan sekiranya nilainya yang digunakan untuk menolak lebih daripada
10. Dengan menggunakan „Kumpulan Saya‟ juga dapat membantu murid menulis dalam

131
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

bentuk lazim dengan betul terutamanya penyusunan nilai tempat dimana bentuk lazim
adalah merupakan pengiraan asas pendidikan sekolah rendah. Dalam kenyataan
Bloomfield (2003) nilai tempat adalah salah satu konsep yang penting dalam pengajaran
dan pembelajaran nombor yang lebih daripada satu digit.
Cadangan seterusnya ialah teknik ini juga boleh digunakan dalam tajuk Wang yang
melibatkan proses penambahan bagi ringgit dan sen. Dimana teknik ini dapat membantu
murid dalam menyusun ringgit dan sen dalam bentuk lazim mengikut kedudukan unit
yang betul kerana kebiasaanya murid akan mengabaikan nilai sen dan ringgit semasa
melakukan proses penambahan.

RUMUSAN

Secara keseluruhnya, penggunaan „Kumpulan Saya‟ telah dapat membantu murid


Tahun 5 dalam menukarkan perkataan yang diberikan dalam bentuk angka. Dua sesi
intervensi yang dijalankan telah berjaya membantu responden menguasai dengan baik
nilai tempat terutamanya nilai tempat yang melibatkan kumpulan ribu. Ini kerana
pengkaji mengaplikasikan pembelajaran bermula dengan peringkat konkrit ke abstrak di
mana penggunaan BBM ini dapat menarik minat serta secara tidak langsung
meningkatkan penguasaan responden dan hal ini disokong oleh A. Zanzali (2010) yang
mengatakan bahawa penggunaan BBM dapat meningkatkan kefahaman dan menarik
perhatian pelajar untul lebih fokus dan memahami konsep yang diajar. Tambahan pula,
teknik „Kumpulan Saya‟ ini dapat meminimakan kesilapan murid dalam melakukan
kecuaian dalam menulis nombor yang diberikan dalam perkataan. Oleh yang demikian,
murid perlu diajar dengan teknik yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah
dengan cara yang mudah diingati

RUJUKAN

A. Zanzali. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih Utm yang
Mengajar Matapelajaran Matematik. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Hj. Yahya, Elanggovan A/L M.Savarimuthu (2008). Kepentingan Kefahaman Konsep Dalam
Matematik. Kuala Lumpur.
Catherine Kui Leh Jin (2010). Peningkatan Prestasi Murid Tahun 5 Menerusi Student Teams
Achievement Division. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakkan 2010. 22-23 September 2010.
Institut Guru Kampus Sarawak Miri.
Chieng Leh Hui. (2011). Penggunaan Kaedah Jari Dalam Membantu Murid Tahun Dua Menyelesaikan
Operasi Tolak Yang Melibatkan Pengumpulan Semula (ms 150). Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang.
Effendi, Norazah & Sabri (2007). Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd.
George J. Roy (2008). Prospective Teachers‟ Development of Whole Number Concept and Operations
During A Classroom Teaching Experiment. M.Ed University of Central Florida.
Jeremy Bloomfield.(2003). Teaching And Learning About Place Value At The Year 4 Level.
Laporan kajian untuk memenuhi syarat kursus, Christchurch College of Education.
John A. Van de Well (2004). Elementary And Middle School Mathematics. United State of America:
Person Education,inc.
Lee Siew Eng (2010). Menentukan Kaedah yang Meningkatkan Pencapaian Murid Tahun 4 dalam
Pendaraban 3digit dengn 2 digit. Tesis Ijazah Sarjana Muda.

132
Rezina Malik & Ernie Kho Siaw Nee

Len, John, Anthony, Jean, Tom & John Threlfall (1999). Learning to Teach Number, A handbook for
students and teachers in the Primary School. Stanley Thornes (Publisher) Ltd
Norma binti Hj Hassan (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dengan
Minat Murid Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa.Kelantan. Falkulti
Sains dan Teknologi Universiti Sultan Idris (2004).
Noraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publication & Distributors Sdn
Bhd.
Omardin Ashaari (1999). Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur.
Sharma, M.C (2000). Guiding Principles and Structure For a Mathematics Lesson. Centre for
Teaching and Learning Mathematics. Cambridge Collage.
Sukri Berawi (2006). Kajian Penggunaan kaedah bahan maujud dan kaedah konvensional dalam
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menambah pelajar tahap 1. Seminar Penyelidikan 2006.
09-11 0ktober 2006. Institut Perguruan Rajang Bintagor Sarawak.
Sousa, D.A. (2007). How the Brain Learns Mathematics. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email : 1agmalique@yahoo.com, 2tysi26@yahoo.com

133
PENGGUNAAN KAEDAH KEKISI DALAM KEMAHIRAN
MENDARAB MENGUMPUL SEMULA NOMBOR
TIGA DIGIT DAN SATU DIGIT

ANNIE DILANG1
ERNIE KHO SIAW NEE2

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam
operasi darab bagi nombor tiga digit dan satu digit yang melibatkan pengumpulan
semula dengan kaedah Kekisi. Dapatan awal menunjukkan bahawa murid
menghadapi masalah dalam melakukan pendaraban yang melibatkan pengumpulan
semula. Kebimbangan timbul kerana ia akan menjadi masalah untuk murid
menguasai topik lain yang melibatkan pendaraban kelak. Responden adalah terdiri
daripada 3 orang murid perempuan Tahun 3 di sebuah sekolah pedalaman di Bintulu.
Tiga cara pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah lembaran kerja 1
dan 2, pemerhatian dan temubual. Model yang dipilih dalam pelaksanaan kajian ini
ialah Model Stephen Kemmis. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat
perubahan positif pada responden setelah melakukan kaedah Kekisi dalam
melakukan pendaraban nombor tiga digit dan satu digit yang melibatkan
pengumpulan semula.

ABSTRACT
This study aims to improve student proficiency in multiplication of three digits
number and one digit involving regrouping with grid method. Initial findings show
that students have problems in doing multiplication with regrouping. Concerns
arise as, it will lead difficulty for students to master other topics of multiplication.
Respondents are composed of three Year 3 girls in one of rural school in Bintulu.
The methods used in data collection were worksheets, observations and interviews.
Stephen Kemmis Model was selected and used throughout this study. As a result,
there were positive changes among the respondents when they applying the grid
method in solving multiplication three digit numbers and one digit with regrouping.

PENDAHULUAN

Penguasaan ilmu Matematik adalah amat penting bagi seseorang yang


bergelar pelajar. Ia adalah salah satu matapelajaran teras dalam Kurikulum
Pendidikan di Malaysia. Menurut Reys et.al (2009), Matematik adalah pembelajaran
terhadap corak dan hubungan. Terdapat empat fakta asas yang perlu dikuasai oleh
pelajar iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Tanpa penguasaan asas ilmu
Matematik yang kukuh, adalah sangat sukar untuk setiap pelajar lulus dalam ujian
yang diberi oleh guru. Ilmu Matematik ini bukan hanya penting untuk kegunaan
dalam ujian atau peperiksaan sahaja, namun ia akan menjadi bekalan ilmu dalam
kehidupan seharian. Dalam modul Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
telah menyatakan bahawa Matematik di peringkat sekolah rendah adalah satu mata
pelajaran asas yang menegaskan kepada penguasaan bahasa Matematik, kefahaman
konsep, penguasaan kemahiran, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah
serta penerapan nilai-nilai murni. Ini adalah amat penting bagi mencapai hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam
Annie Dilang & Ernie Kho Siaw Nee

melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus
globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke – 21.
Bagi operasi darab, ia telahpun didedahkan semasa murid berada di tahun 2
lagi. Namun, ia hanya asas sahaja iaitu pendaraban 1 digit dengan 1 digit. Pada
peringkat ini, murid mungkin tidak menghadapi masalah yang terlalu kritikal kerana
mereka dapat menggunakan gambar atau bahan konkrit seperti pembilang, guli atau
sebagainya dalam pengiraan. Kemahiran mendarab harus dikuasai sepenuhnya oleh
setiap murid sebagai persediaan untuk pendaraban yang melibatkan nombor lebih
besar dan yang melibatkan pengumpulan semula. Penekanan kepada kaedah mengira
lebih ditekankan bagi menggalakkan murid lebih memahami proses pengiraan yang
berlaku. Ini lebih meransang minda murid untuk lebih berfikir dalam penguasaan
konsep dan kemahiran mendarab.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Melalui pengalaman sebagai seorang guru Matematik di sekolah rendah,


penguasaan penuh empat operasi asas amat penting kerana tanpa penguasaan yang
kukuh menyebabkan pelajar tidak dapat kuasai mata pelajaran ini dengan cemerlang.
Berdasarkan pengalaman mengajar mata pelajaran ini semasa di tahap 2 pula, pelajar
akan mengalami kesukaran untuk mendarab nombor sekiranya terdapat pengumpulan
semula. Walaupun mereka boleh mengingat sifir dengan baik, namun penguasaan
pengumpulan semula semasa di tahap 1 itu amatlah penting.
Sewaktu pengkaji menyemak latihan yang berkaitan dengan pendaraban
nombor 3 digit dengan 1 digit, pengkaji dapati masalah pendaraban dengan
mengumpul semula ini amat serius berlaku di kalangan murid tahun 3. Walaupun
mereka tiada masalah untuk mengingat sifir, namun mereka tidak mampu untuk
menjawab dengan betul soalan yang diberikan. Persoalan demi persoalan timbul pada
diri saya ketika melihat perkara ini berlaku. Walaupun saya merasakan penjelasan
dan penerangan yang saya berikan adalah cukup jelas, apatah lagi ia disertakan
dengan contoh – contoh semasa sesi pembelajaran. Apakah murid tidak faham
tentang penjelasan saya? Pengkaji mengambil pendekatan untuk berkongsi masalah
ini dengan rakan guru yang lain.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji juga, melalui jawapan yang diberikan oleh
murid, konsep mendarab bukan lagi masalah kepada mereka. Namun, tiga faktor lain
yang turut menyumbang kepada masalah ini adalah sikap yang terlalu yakin terhadap
jawapan yang diberikan dan kurang berhati – hati. Ini menyebabkan kesilapan
membiarkan hasil darab yang sepatutnya dikumpul semula tidak dilakukan.

Rajah 1: Contoh Masalah Murid


Rajah 1 menunjukkan murid tidak mengumpul semula digit 3 yang sepatutnya
dilakukan semasa proses penambahan. Murid mendarab 7 dengan digit 3 yang

135
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

sepatutnya dikumpul semula dalam proses penambahan selepas mendarab. Murid


juga didapati gagal menambah hasil darab yang dikumpul semula dari hasil darab
sebelumnya. Proses penambahan yang sepatutnya dilakukan telah ditinggalkan, dan
ini menyebabkan jawapan akhir yang diberikan adalah salah. Mereka juga keliru
antara nombor yang dikumpul semula itu dengan soalan yang sedia ada. Akibatnya,
murid melakukan pendaraban dengan nombor yang dikumpul semula bukannya
dengan soalan yang sedia ada. Jadi, adalah tidak adil bagi seseorang murid yang
sememangnya tahu konsep darab dibiarkan menghadapi masalah sebegini.
Apabila pengkaji bertanya kepada murid tentang keadaan yang berlaku,
mereka hanya mampu tersenyum hambar dan menjawab dengan mudah “lupa nak
tambah cikgu..”. Seorang murid yang lebih bijak pula merasa tak puas hati..berkata
“betullah jawapan saya cikgu,…cuba cikgu lihat sifir”. Di sini jelas bahawa murid ini
sangat yakin dengan jawapan yang dia berikan. Jika keadaan ini berterusan, maka
hilanglah motivasi diri seorang murid itu. Apakah yang saya harus lakukan?
Pengkaji telah berkongsi masalah ini dengan rakan yang lain. Antara
pandangan mereka ialah murid cuai semasa menjawab latihan, tidak menyemak
semula langkah selepas pengiraan. Merujuk kepada permasalahan yang berlaku,
maka kajian tindakan yang dijalankan ini ialah bagi membantu murid menguasai
pendaraban mengumpul semula nombor digit dan 1 digit menggunakan kaedah
kekisi.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan Kaedah Kekisi dalam


meningkatkan penguasaan kemahiran operasi darab bagi nombor tiga digit dan satu
digit yang melibatkan pengumpulan semula. Kaedah ini dipilih oleh pengkaji kerana
pendaraban amat payah untuk dikuasai oleh murid. Melalui pemerhatian dan
pengalaman mengajar di sekolah selama ini, pengkaji mendapati murid selalu keliru
dengan nilai tempat dan cuai semasa menyelesaikan soalan pendaraban nombor bulat
yang melibatkan pengumpulan semula. Oleh yang demikian, pengkaji bercadang
untuk menggunakan Kaedah Kekisi untuk menambah amalan pengajaran di kelas
agar dapat membantu murid yang menghadapi masalah pendaraban melibatkan
pengumpulan semula. Menurut Chan Yaw Jong (2011), menyatakan pendaraban
Kekisi atau „Lattice‟ turut memberi kesan terhadap dalam pendaraban berbanding
dengan kaedah tradisional. Pendaraban Kekisi ini telah diperkenalkan oleh Abu
Abdullah Mohammad Ibn Musa Al – Khawarizmi pada abad ke – 9. Manakala,
Leonardo Fibonacci (juga dikenali sebagai Leonardo Pisa) merupakan cendikiawan
pertama Itali memperkenalkan pendaraban kekisi (Lattice) ke Eropah pada tahun
1202.
Ramai di kalangan murid merasakan operasi darab adalah amat sukar untuk
mereka fahami dan kuasai. Wan Zah et al.(2005) berpendapatan bahawa salah satu
punca berlakunya masalah ini adalah cara pelajar melihat konteks Matematik.
Matematik tidak dilihat sebagai satu mata pelajaran yang mempunyai kaitan secara
langsung dalam kehidupan seharian. Dalam kaedah kekisi, nombor – nombor akan
disusun dalam petak tertentu akan memudahkan murid melakukan pendaraban
melalui corak nombor yang disusun.
Manakala Marshall (2011) pula berpendapat bahawa pendaraban adalah
sebagai penambahan secara berulang. Misalnya 8 x 2, jika nombor 8 adalah merujuk
kepada bilangan kumpulan guli, nombor 2 adalah mewakili atau merujuk kepada

136
Annie Dilang & Ernie Kho Siaw Nee

bilangan guli yang terdapat dalam setiap kumpulan guli itu. Jadi, dalam konsep
penambahan berulang, jumlah semua guli yang terdapat dalam 8 kumpulan tersebut
boleh diperolehi dengan menambah bilangan guli dalam setiap kumpulan secara
berulang sebanyak 8 kali. Proses penambahan yang dilakukan adalah seperti;
2+2+2+2+2+2+2+2, menghasilkan jawapan akhir iaitu 16. Jumlah semua guli yang
terdapat dalam 8 kumpulan itu adalah 16 biji.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif untuk kajian ini ialah:


a) Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor tiga digit
dengan satu digit yang melibatkan pengumpulan semula dengan Kaedah Kekisi.
b) Murid akan lebih berminat untuk menyelesaikan operasi darab dengan
menggunakan Kaedah Kekisi.

Soalan untuk kajian ini ialah:


a) Adakah penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor tiga digit dengan
satu digit yang melibatkan pengumpulan semula dapat dipertingkatkan dengan
Kaedah Kekisi?
b) Adakah murid lebih berminat untuk menyelesaikan operasi darab dengan
menggunakan Kaedah Kekisi?

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 3 orang responden di sebuah sekolah pedalaman di


Bintulu. Responden terdiri daripada 3 orang murid perempuan Tahun 3 dan
semuanya berumur 9 tahun. Ketiga-tiga responden adalah kaum Iban dan beragama
Kristian. Berdasarkan pemerhatian semasa sesi pembelajaran dan pengajaran, serta
lembaran kerja yang diberikan, menunjukkan ketiga-tiga responden ini telah
menguasai konsep darab dan dapat mengingat sifir dengan baik. Semua responden
mempunyai latar belakang yang berbeza dan taraf ekonomi keluarga yang sederhana.
Namun, mereka mempunyai masalah yang sama iaitu masalah pendaraban dengan
mengumpul semula.
Jadual 1: Profil Responden Kajian
Responden Jantina Kaum
R1 Perempuan Iban
R2 Perempuan Iban
R3 Perempuan Iban

PROSEDUR TINDAKAN

Kajian tindakan ini dijalankan adalah berpandukan model Stephen Kemmis.


Model ini mempunyai empat langkah tindakan kajian iaitu merancang, tindakan,
pemerhatian dan refleksi. Pengkaji telah menjalankan sebanyak dua kitaran

137
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Merancang
Setelah mengenalpasti aspek amalan pengajaran berdasarkan latihan murid,
pengkaji telah merancang tindakan yang harus diambil untuk membantu responden
dalam pendaraban. Kaedah pendaraban Kekisi telah dipilih dan responden diberikan
penerangan tentang langkah-langkah pendaraban Kekisi.
Langkah 1: Membina kotak grid (3 ×1) Langkah 2: Membina garis serong
setiap penjuru

2 8 4 2 8 4
3 3

Langkah 3: Mendarab setiap nombor, tulis dalam kotak segitiga

2 8 4
0 2 1 3
6 4 2

Langkah 4: Menambah nilai setiap penjuru dan tulis jawapan di bahagian bawah.

2 8 4
0 2 1 3
0 6 4 2
8 5 2
Langkah 5: Menulis jawapan akhir, bermula dari sisi kiri ke arah kanan di bawah.
2 8 4
0 2 1 3
0 6 4 2
8 5 2
Jawapannya ialah: 852
Rajah 2: Langkah Pendaraban Kekisi
Bertindak
Dalam langkah ini, pengkaji melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran mengenai pendaraban nombor 3 digit dan 1 digit untuk semua
resposden yang terlibat. Sesi pembelajaran ini lebih kepada membuat latihan
berbentuk lembaran kerja 1 mengenai pendaraban dengan mengaplikasikan kaedah
yang dipilih iaitu Kaedah Kekisi.

Memerhati
Pada langkah ini, pengkaji akan mengumpul data melalui hasil latihan lembaran
kerja 1 yang telah dijawab oleh responden. Data yang diperolehi dianalisis oleh
pengkaji. Setelah itu, kefahaman responden terhadap pendaraban nombor 3 digit
dengan 1 digit secara mengumpul semula dapat dilihat dan dibuat bandingbeza oleh
pengkaji. Pengkaji mendapati semua responden dapat melakukan pendaraban
menggunakan kaedah Kekisi dengan seronok dan dan lebih yakin berbanding
menggunakan kaedah bentuk lazim.

138
Annie Dilang & Ernie Kho Siaw Nee

Mereflek
Dalam langkah ini, pengkaji membuat refleksi kendiri dan telah melihat
perkembangan positif yang berlaku oleh responden semasa menjawab soalan yang
diberikan. Pemahaman mereka tentang pendaraban nombor 3 digit dan nombor 1
digit dengan mengumpul semula lebih mudah dan cepat berbanding sebelumnya.
Bilangan soalan yang dijawab dengan betul juga menunjukkan perubahan yang
positif. Ketiga-tiga responden mendapat lebih daripada 6 soalan betul iaitu melebihi
target yang ditentukan untuk kitaran pertama ini.

Kitaran 2

Merancang
Berdasarkan pencapaian responden pada kitaran yang pertama, semua
responden dapat menguasai pendaraban dengan mendapat skor yang baik sekaligus
menjawab terus soalan kajian ini. Dalam kitaran 1, soalan yang diberikan kepada
responden lebih mudah iaitu pengumpulan semula hanya berlaku sekali atau dua kali
sahaja. Jadi, dalam kitaran 2 ini pengkaji telah meninggikan lagi aras soalan untuk
diberikan kepada responden dalam lembaran kerja 2. Perbandingan aras soalan adalh
seperti pada Rajah 3.
Kitaran 1:Soalan aras Kitaran 2: Soalan aras tinggi
rendah (Kumpul semula turut berlaku
(1 kali pengumpulan semasa menambah hasil
semula) darab)
689 × 8 =
142 × 3 =
6 8 9
+1 +1
1 4 2 4 6 7
0 1 0 5 8 4 2 8
3 2 6 3 5 1 2
4 2 6
Jawapan: 5 512
Jawapan: 426

Rajah 3: Perbandingan Aras Soalan


Bertindak
Dalam langkah ini, pengkaji mengedarkan lembaran kerja 2 untuk dijawab
oleh ketiga-tiga responden. Responden masih lagi menjawab soalan pendaraban
menggunakan kaedah Kekisi. Perbezaaannya adalah aras soalan iaitu setiap
pendaraban digit melibatkan pengumpulan semula.

Memerhati
Pengkaji telah mendapati pencapaian skor murid semakin meningkat.
Walaupun aras soalan ditinggikan, namun ketiga-tiga responden dapat menjawab
dengan amat baik iaitu semua soalan dijawab dengan betul. Masalah pengumpulan
semula tidak lagi berlaku dalam kitaran kedua ini.

Mereflek
Satu refleksi yang dapat dibuat oleh pengkaji ialah responden telah berjaya
mendarab mengumpul semula nombor 3 digit dan 1 digit dengan menggunakan

139
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

kaedah Kekisi dengan baik. Walaupun aras soalan telah ditinggikan dalam kitaran 2,
namun ketiga-tiganya masih menjawab dengan baik dan mendapat semua jawapan
betul.

CARA MENGUMPUL DATA

Pemerhatian
Pemerhatian terhadap tingkahlaku dan minat responden tentang operasi darab
dengan mengumpul semula telah dijalankan semasa proses pembelajaran di dalam
kelas. Pengkaji akan mengisi setiap aspek yang dinilai dalam borang pemerhatian
yang disediakan seperti pada lampiran. Pemerhatian bertujuan bagi melihat
perubahan tingkahlaku dan respon setiap responden sebelum dan selepas penggunaan
kaedah kekisi dalam pendaraban mereka.

Lembaran Kerja
Pengkaji menyediakan lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2. Setiap
lembaran kerja mengandungi 10 soalan pendaraban nombor 3 digit dan 1 digit yang
melibatkan pengumpualan semula. Dalam lembaran kerja 1, ia hanya melibatkan
soalan yang diberikan hanya melibatkan satu atau dua kali sahaja pengumpulan
semula. Manakala dalam lembaran kerja 2 pula aras soalan yang diberikan lebih
tinggi iaitu melibatkan pengumpulan semula setiap kali mendarab setiap digit.

Temu Bual
Setelah selesai kajian, pengkaji telah menjalankan temu bual bersemuka
dengan tiga orang responden. Responden ditanya tentang beberapa soalan yang
berkaitan dengan perasaan mereka terhadap pendaraban menggunakan kaedah kekisi.

CARA MENGANALISIS DATA

Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Data pemerhatian akan direkod menggunakan borang yang telah disediakan.
Pengkaji membuat pemerhatian sebelum dan selepas responden mendarab
menggunakan kaedah kekisi. Selain itu, setiap perihal yang berlaku di dalam kelas
semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga turut dianalisa oleh pengkaji.

Lembaran Kerja
Data kajian yang diperolehi melalui lembaran kerja pula, diperolehi dalam
bentuk skor seperti dalam jadual 2.
Jadual 2: Tahap penguasaan responden
Skor Diperolehi Tahap Penguasaan
6 – 10 Menguasai dengan amat baik.
4-5 Menguasai dengan sederhana
0-3 Belum menguasai

140
Annie Dilang & Ernie Kho Siaw Nee

Temubual
Pengkaji telah memberi 3 soalan dalam temubual yang berkaitan dengan
perasaan responden setelah melakukan pendaraban mengumpul semula nombor 3
digit dan 1 digit menggunakan kaedah kekisi. Berdasarkan temubual ini, pengkaji
dapat mengetahui perasaan responden semasa melakukan pendaraban melibatkan
pengumpulan semula menggunakan kaedah kekisi. Pengkaji turut dapat mengetahui
perbezaan pandangan responden terhadap operasi darab yang melibatkan
pengumpulan semula sebelum dan selepas mendarab menggunakan kaedah kekisi.

DAPATAN KAJIAN

Adakah penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor tiga digit dengan
satu digit yang melibatkan pengumpulan semula dapat dipertingkatkan dengan
Kaedah Kekisi?

Pengkaji telah menggunakan lembaran kerja 1 dan lembaran kerja bagi menentukan
bahawa pengusaan murid dalam operasi darab nombor tiga digit dan satu digit yang
melibatkan pengumpulan semula dapat dipertingkatkan dengan pendaraban kaedah
Kekisi. Lembaran kerja 1 telah diberikan kepada responden pada kitaran yang
pertama. Sementara lembaran kerja 2 pula dijawab oleh responden pada kitaran yang
kedua. Hasil dapatan daripada dua lembaran kerja ini adalah seperti pada jadual 3 di
bawah.
Jadual 3: Pencapaian responden dalam kitaran 1 dan kitaran 2
Nama Tahap Tahap
Bilangan Kitaran 1 Kitaran 2
Murid Penguasaan Penguasaan
Menguasai Menguasai
1 R1 dengan dengan
amat baik amat baik
Menguasai Menguasai
2 R2 dengan dengan
amat baik amat baik
Menguasai Menguasai
3 R3 dengan dengan
amat baik amat baik
Jadual 3 menunjukkan hasil analisis skor lembaran kerja responden dalam
kedua-dua kitaran untuk melihat kebolehan responden mendarab mengumpul semula
menggunakan kaedah kekisi. Ketiga-tiga responden telah mendapat skor yang a baik
berbanding skor dalam lembaran kerja dalam kitaran 1. Responden R1, dalam kitaran
1 telah mendapat skor 9 dan dalam kitaran 2 mendapat skor 10. Responden R2 dapat
mengekalkan pencapaian baiknya dengan mendapat semua betul dalam kedua-dua
kitaran iaitu memperolehi skor 10. Bagi responden R3 pula telah mendapat skor 7
dalam lembaran kerja 1 pada kitaran 1 dan pada kitaran yang kedua R3 berjaya
menjawab semua soalan dengan betul iaitu skor 10.

Adakah murid lebih berminat untuk menyelesaikan operasi darab dengan


menggunakan Kaedah Kekisi?
Pengkaji telah menggunakan instrumen berbentuk pemerhatian dan temubual separa
berstruktur untuk menjawab soalan kajian yang kedua ini. Hasil dapatan melalui

141
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

pemerhatian dan temubual separa berstruktur adalah seperti pada jadual 4 dan jadual
5.
Jadual 4 menunjukkan bahawa terdapat perubahan dari segi tingkah laku
responden dalam empat aspek yang dinilai oleh pengkaji. Perubahan yang jelas
berlaku berlaku pada reponden yang ketiga iaitu keempat-empat aspek telah
menampakkan respon berlaku. Begitu juga, melalui hasil pemerhatian ini jelas
bahawa perubahan ketara berlaku pada aspek yang kedua dan ketiga bagi semua
responden. Sebelum pendaraban kaedah kekisi, responden tidak yakin apabila
melakukan pengiraan dan tidak dapat menjawab soalan pada masa yang ditetapkan.
Namun setelah pendaraban menggunakan kaedah kekisi digunakan ketiga-tiga
responden memberikan respon yang positif terhadap kedua-dua aspek tersebut.
Jadual 4: Rekod pemerhatian responden sebelum dan selepas pendaraban kekisi
R1 R2 R3
Bil. Aspek Dinilai
BP LP BP LP BP LP
Memberi respon semasa sesi soal
1. X √ √ √ X √
jawab

2. Yakin apabila melakukan pengiraan X √ X √ X √

Menjawab soalan pada masa yang


3. X √ X √ X √
ditetapkan

Membuat pembetulan pada soalan


4. √ √ √ √ X √
yang salah
Petunjuk:
BP Sebelum pendaraban kaedah kekisi
LP Selepas pendaraban kaedah Kekisi
X Responden menunjukkan respon pada aspek yang dinilai
√ Responden tidak menunjukkan respon pada aspek yang dinilai
Jadual 5 pula hasil temubual bersama responden selepas tamatnya kitaran
kedua dijalankan. Semua responden menyatakan bahawa sebelum ini, operasi darab
3 digit dan 1 digit dengan mengumpul semula sukar bagi mereka. Antara sebab yang
diberikan ialah susah nak faham, susah dan keliru apabila melakukan penambahan
dan susah bagi dia dan dia sering kali mendapat salah. Soalan berkenaan dengan
perasaan mereka menggunakan kaedah kekisi untuk mendarab yang melibatkan
pengumpulan semula. Responden yang diberikan ialah suka kerana senang nak
dapatkan jawapan, suka sebab ia tidak mengelirukan dan senang dapat jawapan. dan
Seterusnya iaitu berkaitan keyakinan pula ketiga-tiga responden turut
memberikan jawapan yang sangat positif iaitu mereka merasa yakin untuk menjawab
soalan pendaraban mengumpul semula.

142
Annie Dilang & Ernie Kho Siaw Nee

Jadual 5: Hasil Temu bual Bersama Responden


Respon
Soalan
R1 R2 R3
Adakah operasi darab 3 Ya, cikgu. Susah Susah. Keliru Susah betul. Saya
digit dan 1 digit dengan nak faham. bila nak selalu salah.
mengumpul semula sukar tambah.
untuk kamu sebelum ini?
Adakah kamu suka Saya suka. Saya suka, Suka. Saya sudah
menggunakan kaedah Senang nak cikgu. Tidak pandai kumpul
kekisi untuk mendarab dapat jawapan. keliru lagi dan semula guna cara
yang melibatkan senang dapat ini.
pengumpulan semula? jawapan.
Adakah kamu merasa Saya yakin, Yakin sebab Yakin. Saya
yakin untuk menjawab cikgu. saya boleh senang faham.
soalan pendaraban yang jawab dengan
melibatkan pengumpulan betul.
semula selepas ini?

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Adakah Penguasaan Murid Dalam Operasi Darab Bagi Nombor 3 Digit Dengan
1 Digit Yang Melibatkan Pengumpulan Semula Dapat Dipertingkatkan Dengan
Kaedah Kekisi?
Hasil daripada analisis dapatan dalam kitaran 1 dan kitaran 2, didapati
bahawa semua responden mengalami perubahan yang positif semasa menjawab
soalan yang telah diberikan dalam lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2. Jumlah
skor yang diperolehi oleh setiap responden dapat dilihat dalam jadual 3 pada
bahagian dapatan kajian. Berdasarkan jadual 4, R1 telah berjaya menjawab 9
daripada 10 soalan yang disediakan dalam lembaran kerja. Manakala untuk R2 dan
R3 pula masing-masing mendapat 10 dan 7 soalan betul. R1 mendapat salah pada
soalan yang keenam kerana silap semasa melakukan penambahan. Bagi R2, tiada
kesilapan yang dilakukan dan berjaya menjawab semua 10 soalan yang diberikan
dengan amat baik. R3 turut melakukan kesilapan semasa menambah pada soalan 7
dan soalan 10 dan silap menyalin soalan yang kelima.Jika merujuk kepada jadual 3,
ketiga-tiga responden berjaya menjawab semua 10 soalan yang diberikan dalam
lembaran kerja 2 dengan betul. Perbezaan skor yang terbanyak berlaku pada R3 iaitu
sebanyak 3 skor. R1 pula meningkat 1 iaitu dari skor 9 kepada skor 10. R2 pula
masih kekal mendapat skor 10.
Kesimpulannya, penguasaan responden dalam operasi darab nombor 3 digit
dan 1 digit yang melibatkan pengumpulan semula telah dapat dipertingkatkan dengan
kaedah Kekisi. Ini turut disokong oleh Chan Yaw Jong (2011), yang menyatakan
pendaraban Kekisi atau „Lattice‟ turut memberi kesan terhadap dalam pendaraban
berbanding dengan kaedah tradisional. Nickelson Abit (2013) turut menyatakan
penggunaan kaedah Kekisi telah berjaya membantu tiga orang respondennya
menyelesaikan soalan pendaraban yang melibatkan nombor 5 digit dengan nombor 2
digit dalam kajiannya.

143
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Adakah Murid Lebih Berminat Untuk Menyelesaikan Operasi Darab Dengan


Menggunakan Kaedah Kekisi?
Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan, didapati bahawa semua
responden mengalami perubahan tingkah laku yang positif setelah menggunakan
kaedah Kekisi. Ini dapat dilihat dengan jelas pada jadual 6.4 iaitu hasil pemerhatian
tingkah laku responden sebelum dan selepas kaedah Kekisi digunakan. Merujuk pada
rekod pemerhatian sebelum pendaraban kekisi pada jadual 6.4, R1 hanya memberi
respon positif pada aspek keempat, R2 pula untuk aspek 1 dan aspek 2 dan R3 tidak
menunjukkan respon positif pada mana-mana aspek. R1 dan R3 tidak memberi
respon pada sesi soal jawab kerana tidak yakin dengan jawapan yang bakal
dikemukakan. Manakala aspek kedua dan ketiga, semua responden tidak
memberikan respon Bagi Dapat dirumuskan bahawa semua responden tidak
memberi respon semasa sesi soal jawab, tidak yakin apabila melakukan pengiraan
dan tidak dapat menjawab soalan pada masa yang telah ditetapkan oleh pengkaji.
Untuk aspek kedua dan ketiga pula, semua responden tidak menunjukkan respon
yang positif. Ini kerana mereka tiada keyakinan semasa melakukan pengiraan,
sekaliguas menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan dalam masa yang
ditetapkan. Setelah pendaraban menggunakan kaedah kekisi digunakan, semua
responden menunjukkan perubahan yang positif terhadap semua aspek.
Tingkahlaku yang positif di kalangan responden turut dilihat melalui hasil
temubual bersama mereka seperti pada jadual 5. Bagi soalan pertama semua
responden mengatakan operasi darab tiga digit dan satu digit mengumpul semula
sukar untuk diselesaikan sebelum ini. Seterusnya, soalan temubual kedua dijawab
dengan respon yang positif iaitu mereka suka menggunakan kaedah kekisi untuk
mendarab mengumpul semula. Ini kerana setelah menggunakan kaedah kekisi,
mereka senang untuk mendapat jawapan, tidak keliru dan telah pandai mendarab
mengumpul semula. Untuk soalan yang ketiga pula, keyakinan responden terserlah
apabila semua mereka mengatakan yakin untuk menjawab operasi darab mengumpul
semula berbanding sebelumnya. Ini kerana mereka dapat menjawab soalan dengan
betul dan senang untuk faham pendaraban yang melibatkan pengumpulan semula.
Secara kesimpulannya, murid telah menunjukkan minat terhadap penggunaan
kaedah kekisi untuk menyelesaikan operasi darab. Semangat dan keyakinan murid-
murid dalam pendaraban yang melibatkan pengumpulan semula. Oleh itu, soalan
kajian yang kedua juga telah berjaya dijawab dalam kajian ini dan objektif yang
kedua dalam kajian ini juga turut tercapai.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Dalam kajian yang selanjutnya, kaedah pendaraban Kekisi ini boleh


dilanjutkan lagi untuk pendaraban seperti pendaraban 3 digit dan 2 digit, pendaraban
4 digit dan 3 digit. Namun, sebelum penggunaan kaedah kekisi, semua murid
haruslah menguasai terlebih dahulu sifir supaya pendaraban dapat dilakukan dengan
lancar. Selain itu, dicadangkan juga penggunaan kaedah kekisi ini boleh digunakan
bukan sahaja untuk pendaraban nombor bulat sahaja. Ia dapat digunakan untuk
mengajar pendaraban tajuk lain seperti perpuluhan, wang, masa dan waktu, isipadu
cecair, ukuran panjang dan timbangan berat. Dengan ini, penguasaan pendaraban
mengumpul semula bukan hanya membantu pendaraban nombor bulat sahaja tetapi
dapat membantu amalan pengajaran dan pembelajaran dalam topik lain.

144
Annie Dilang & Ernie Kho Siaw Nee

RUMUSAN

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan kaedah


Kekisi dalam membantu murid menguasai kemahiran mendarab nombor tiga digit
dan satu digit melibatkan pengumpulan semula. Hasil kajian yang diperolehi telah
menunjukkan kesan yang positif, di mana ketiga-tiga responden telah dapat
menguasai kemahiran mendarab nombor tiga digit dan satu digit melibatkan
pengumpulan semula. Di samping itu, masalah yang dihadapi semasa mengumpul
semula sebelum ini dapat diatasi melalui kedudukan digit yang lebih teratur dalam
kotak segitiga yang dilukis secara menyerong. Kaedah ini adalah satu cara untuk
membantu murid yang menghadapi kekeliruan semasa mendarab menggunakan
kaedah bentuk lazim melibatkan pengumpulan semula.

RUJUKAN

Chan Yaw Jong (2011) Penggunaan Kotak Ajaib dan “Kekisi” Dalam Meningatkan Penguasaan
Darab Murid Tahun Lima, Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP ambilan Januari
2008 (Matematik Pendidika Rendah) Diperolehi daripada http://www.ipbl.edu.my/p
ortal/penyelidikan/JurnalActionResearch/2011/7%20Chan%20teknik%20m
enyemak%202011.pdf
Kementerian Pelajaran Malaysia.2012.Matematik Tahun 3 Buku Teks Sekolah Kebangsaan, Jilid 1.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Marshall, J. (2011). Is Multiplication repetead addition?. Dilayari daripada http://mathdude.quickand
dirtytips.com/is-multiplication-repeated-addition.aspx
Nickelson Abit. (2013). Penggunaan Kaedah Kekisi Dalam Meningkatkan Kemahiran Murid Untuk
Menyelesaikan Soalan Pendaraban. Prosiding Seminar Penyelidikan PISMP 2013.
September 23 – 24. Miri : IPG Kampus Sarawak, 223-235.
Reys, R., Lindquist,M.M., Lambdin, D.N., Smith, N.L.(2009). Helping Children Learns Mathematics.
United State of America:John Wiley & Sons, Inc.
Wan Zah Wan Ali, Sharifah Kartini Said Husain, Habsah Ismail, Ramlah Hamzah, mat Rofa Ismail,
Mohd Majid Konting dan Rohani Ahmad Tarmizi (2005). Kefahaman Guru Tentang Nilai
Matematik. Jurnal Teknologi, 43(E) Disember 2005, 45-62.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1rayniez09@yahoo.com, 2erniekho@hotmail.com

145
PENGGUNAAN MODEL RUMAH NOMBOR MEMBANTU
MENULIS BENTUK LAZIM MENGIKUT NILAI
TEMPAT BAGI OPERASI TAMBAH

ELIZABETH THOMAS KANA¹


SI TONG YONG²

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid Tahun 2 menulis
bentuk lazim mengikut nilai tempat bagi operasi tambah dengan menggunakan
Model Rumah Nombor. Penyelidikan ini menggunakan Model Kajian Kemmis dan
McTaggart (1988). Responden yang dipilih adalah responden yang lemah dalam
menulis bentuk lazim mengikut nilai tempat bagi operasi tambah. Data kajian
tindakan ini dikumpul menggunakan lembaran kerja, pemerhatian berstruktur dan
temu bual tidak berstruktur. Antara instrumen yang digunakan dalam kajian
tindakan ini ialah lembaran kerja, borang senarai semak pemerhatian, soalan temu
bual dan borang markah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan „Model
Rumah Nombor‟ dapat meningkatkan kemahiran murid Tahun Dua menulis bentuk
lazim mengikut nilai tempat bagi operasi tambah.

ABSTRACT
This action research was conducted to help Year 2 pupils‟ writing skill in
accordance with the usual form right place value for addition. This research uses
Kemmis and McTaggart(1988) Research Model. The respondents were selected
based on worksheets done during Teaching and Learning process (T&L) who are
weak in writing skill in accordance with the usual form right place value for
addition. The data from this research were gathered using worksheets, structured
observations and unstructured interviews. Among the instruments that were used in
this action research were worksheets, observations checklist forms, interview
questionnaires and score forms. The acquisitions showed that the used of “Model
Rumah Nombor” was able to improve the skill of Year Two pupils in writing skill in
accordance with the usual form right place value for addition.

PENDAHULUAN

Matematik merupakan salah satu subjek yang penting dalam kurikulum


Malaysia. Kurikulum sekolah disemak secara berterusan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan murid-murid mendapat pendidikan
yang sempurna dan seterusnya mampu bersaing dengan negara-negara maju,
pembelajaran Matematik merupakan langkah yang terbaik dalam mengembangkan
profisiensi intelektual individu (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013).
Pada peringkat awal pembelajaran Matematik, murid-murid perlu membina
pemahaman tentang konsep nombor serta kemahiran asas supaya dapat
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Oleh itu, Bahagian Pembangunan
Kurikulum (2013) menyatakan matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi
Pendidikan Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep
nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah
dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran Matematik
secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Elizabeth Thomas Kana & Si Tong Yong

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Hasil dari pemerhatian, pengkaji mendapati beberapa orang murid telah


membina bentuk lazim yang salah. Murid tidak menulis nombor mengikut nilai
tempat yang betul dan menulis operasi tambah pada kolum yang salah semasa
membuat lembaran kerja. Walaupun ditegur banyak kali, murid masih membuat
salah.
Penghalang utama murid sukar untuk memahami isi pengajaran. Jurang
tersebut terletak pada kelemahan saya dalam memberikan penerangan dengan jelas
tanpa sebarang bahan maujud. Saya hanya menerangkan konsep pada papan hitam
dan kelihatannya, penerangan yang diberikan tidak begitu sistematik. Penggunaan
bahasa yang agak tinggi dan kurang bersesuaian dengan murid juga menyebabkan
mereka tidak memahami cara untuk menulis bentuk lazim yang betul.
Dengan wujudnya masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 2, maka sesuatu
perubahan terhadap amalan PdP perlu saya laksanakan untuk membantu
meningkatkan penguasaan dan keyakinan murid ketika menjawab soalan yang
berkaitan dengan menulis bentuk lazim mengikut nilai tempat bagi operasi tambah.
Terdapat 4 jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh murid-murid semasa
melakukan lembaran kerja yang melibatkan kaedah bentuk lazim bagi operasi
tambah. Antara kesalahan-kesalahan tersebut ialah:
i) Membina bentuk lazim yang salah.
ii) Tidak menulis ayat Matematik pada bentuk lazim mengikut nilai
tempat.
iii) Tidak menulis operasi yang terlibat pada bentuk lazim
iv) Menulis operasi pada kolum yang salah.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini memberi fokus untuk membantu murid Tahun 2 menulis bentuk
lazim mengikut nilai tempat yang betul bagi operasi tambah menggunakan Model
Rumah Nombor. Model Rumah Nombor sesuai digunakan memandangkan teknik
visualisasi telah dapat membantu murid terutama merka yang berada dalam tahap
pencapaian sederhana dan lemah dalam proses menulis bentuk lazim. Murid yang
berpencapaian baik juga boleh menggunakan teknik visualisasi tetapi gambaran
mereka lenih bersifat abstrak (Samsudin Drahman dan Fatimah Saleh, 2004).

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk :


a) Menggunakan Model Rumah Nombor untuk membantu murid menulis bentuk
lazim mengikut nilai tempat yang betul bagi operasi tambah.

Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab soalan berikut:


a) Bagaimanakah Model Rumah Nombor membantu murid menulis bentuk lazim
mengikut nilai tempat yang betul bagi operasi tambah?

147
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2015) Jilid 3

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 3 orang responden iaitu dua orang murid lelaki dan
seorang murid perempuan Tahun 2 di salah sebuah sekolah di Bandar Miri bagi
kajian ini. Responden terdiri daripada murid yang berpencapaian sederhana dan
lemah dalam mata pelajaran Matematik serta mempunyai masalah menulis ayat
Matematik pada bentuk lazim mengikut nilai tempat yang betul bagi operasi tambah.
Semua murid ini masih tidak dapat menguasai dan menulis bentuk lazim mengikut
nilai tempat bagi operasi tambah dengan baik.

PROSEDUR TINDAKAN

Kajian ini dijalankan berpandukan Model Kemmis dan McTaggart (1988)


dalam Rosinah Edinin (2011). Model ini mengandungi empat langkah iaitu
merancang, melaksana, memerhati dan mereflek. Kajian ini dijalankan sebanyak dua
kitaran. Saya menggunakan Model Rumah Nombor untuk membantu murid menulis
bentuk lazim mengikut nilai tempat bagi operasi tambah.
Berikut merupakan langkah dan strategi mengajar menggunakan Model
Rumah Nombor.

Langkah 1: Membaca ayat Matematik yang diberikan.


Responden akan diberikan ayat matematik dan secara beramai-ramai, murid
diminta untuk membaca ayat matematik tersebut. Murid Tahap Satu khususnya lebih
diberikan penekanan untuk mengenal pasti nombor dan cara menyebutnya. Maka,
pemerhatian dijalankan apabila bacaan ayat matematik dilaksanakan secara individu.
Tujuannya adalah untuk memastikan responden dapat mengenal dan menyebut
nombor dengan betul.

Contoh soalan: Contoh jawapan:


123 + 255 = ____ Seratus dua puluh tiga tambah dua
ratus lima puluh lima sama dengan...

Langkah 2: Menyatakan nilai tempat.


Sewaktu langkah ini dijalankan, responden akan memberikan penerangan
berkenaan nilai tempat dan seterusnya, meminta agar responden menyatakan nilai
tempat yang mewakili setiap nombor yang mewakili setiap nombor yang terdapat
pada ayat matematik berkenaan.

Contoh soalan: Contoh jawapan:


123 1 = ratus, 2 = puluh , 3 = sa
255 2 = ratus, 5 = puluh, 5 = sa

Secara tidak langsung, responden dapat mengenal pasti nilai tempat daripada
perkataan yang disebut. Tambahan, apabila responden dapat mengenal pasti nilai
tempat dan sekali gus, memberikan keyakinan kepada responden sewaktu membina
bentuk lazim.

148
Elizabeth Thomas Kana & Si Tong Yong

Langkah 3: Menulis ayat Matematik pada bentuk lazim.


Langkah ini merupakan langkah yang membantu murid dalam meningkatkan
kemahiran menulis ayat matematik kepada bentuk lazim pada Model Rumah
Nombor. Pengkaji juga mengingatkan responden bahawa nama bagi setiap nilai
tempat telah diringkaskan kepada ra (ratus), pu (puluh), dan sa. Fokus kajian ini
adalah untuk memastikan dapat menulis bentuk lazim dengan betul iaitu bermula
dari nilai tempat sa, seterusnya nilai tempat puluh dan yang terakhir adalah nilai
tempat ratus. Dalam erti kata lain, bermula dari kanan ke kiri. Model Rumah Nombor
ini boleh dilihat seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.

ra pu sa

Rajah 1 : Model Rumah Nombor

Responden menulis jawapan di dalam Model Rumah Nombor berdasarkan fungsi


nilai yang telah ditetapkan.

Contoh soalan: Contoh jawapan:


123 + 255 =________
atau ra pu sa

1 2 3 + 2 5 5
1 2 3

2 5 5

Langkah 4: Menulis operasi yang terlibat pada bentuk lazim.


Di sini responden diberikan pendedahan berkenaan dengan operasi yang
terlibat. Justeru, pengkaji menerangkan operasi tambah dan juga simbol (+). Pengkaji
meminta responden untuk menulis di awangan. Seterusnya, pengkaji menulis simbol
di tempat yang betul pada Model Rumah Nombor.

149
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2015) Jilid 3

Contoh soalan: Contoh jawapan:


123 + 255 =________
atau ra pu sa

1 2 3 + 2 5 5
1 2 3

+ 2 5 5

Simbolnya ditulis pada baris kedua dan terletak pada bahagian paling kiri.
Arahan ini diberikan secara satu per satu agar semua murid memahami dan
mengetahui kedudukan yang betul.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengkaji telah
membimbing responden cara menggunakan Model Rumah Nombor untuk membuat
operasi tambah. Setiap kali PdP, pengkaji memberikan lembaran kerja sebagai
latihan.
Setiap kali pengkaji selesai melaksanakan proses PdP, pengkaji juga
mencatatkan refleksi PdP. Refleksi ini mencatatkan pemerhatian, peristiwa yang
berlaku, kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan sepanjang proses PdP.
Berdasarkan refleksi PdP, pengkaji membuat rumusan refleksi PdP untuk
memudahkan pengkaji membuat penilaian.
Bimbingan yang berterusan diberi kepada responden agar dapat menguasai
penggunaan Model Rumah Nombor. Seterusnya, latihan diberi untuk menilai
penggunaan Model Rumah Nombor dalam menyelesaikan operasi tambah.

CARA MENGUMPUL DATA

Saya telah menggunakan tiga cara pengumpulan data iaitu temubual,


pemerhatian dan analisis dokumen berdasarkan lembaran kerja. Sesi temubual adalah
menggunakan temubual berstruktur dengan menggunakan transkrip temubual.
Pemerhatian dilakukan sepanjang proses PdP dengan menggunakan senarai semak
pemerhatian. Lembaran kerja yang mengandungi enam soalan telah diedarkan
dengan tujuan untuk menguji penguasaan responden dalam menjawab soalan bentuk
lazim.

CARA MENGANALISIS DATA

Prosedur pengumpulan dan penganalisisan data harus berkait dengan


pembelajaran serta menjawab objektif dan persoalan kajian (Chow Fook Meng dan
Jaizah Mahmud,2011) Terdapat banyak cara bagaimana seseorang penyelidik
mengumpulkan data untuk mencapai matlamat menganalisis data(Akhtiar dan
Shamsina,2011). Saya menganalisis pemerhatian terhadap setiap responden
berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam senarai semak pemerhatian

150
Elizabeth Thomas Kana & Si Tong Yong

berstruktur. Dalam temubual, saya telah menganalisis transkrip responden melalui


borang rekod temu bual. Bagi analisis dokumen,saya menggunakan enam soalan
sahaja dalam setiap latihan yang diberi. Data yang diperoleh daripada dokumen
lembaran kerja adalah bilangan soalan yang dijawab betul. Untuk menganalisis
lembaran kerja, pengkaji akan menganalisis data berdasarkan bilangan soalan yang
berjaya dijawab.

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan tentang dapatan kajian berdasarkan soalan


kajian. Pengkaji akan mengaitkan hasil dapatan kajian dengan soalan kajian.
Pengkaji menghuraikan hasil analisis dapatan data dan mengaitkan hasil dapatan data
dengan persoalan kajian. Terdapat tiga instrumen data yang digunakan oleh pengkaji
iaitu temubual, pemerhatian dan lembaran kerja.

Penggunaan Model Rumah Nombor Membantu Menulis Bentuk Lazim


Mengikut Nilai Tempat bagi Operasi Tambah

Temu bual dengan responden telah dilaksana selepas kajian dijalankan.


Trankripsi temu bual dengan responden direkod dalam borang dan data yang
dikumpulkan dianalisis dan dapat dilihat dalam Jadual 1.
Jadual 1: Temu bual Selepas Menggunakan „Model Rumah Nombor‟
Soalan Respons Responden
Soalan 1 Senang R1, R2
Adakah menulis bentuk lazim senang
bagi kamu? Susah R3
Soalan 2
Adakah soalan yang diberi senang atau Senang R1, R2, R3
susah?
Soalan 3
Adakah kamu suka menggunakan Model Suka R1, R2, R3
Rumah Nombor untuk bentuk lazim?
Soalan 4 Ya R1, R2
Dapatkah kamu menggunakan Model
Rumah Nombor untuk menulis bentuk Tidak R3
lazim?
Soalan 5 Ya R3
Adakah kamu masih keliru menulis
bentuk lazim? Tidak R1, R2
Soalan 6
Adakah soalan bentuk lazim senang
1. Ya R1, R2, R3
dijawab menggunakan dengan
menggunakan Model Rumah Nombor?
Berdasarkan temu bual 1, 2 orang responden iaitu R1 dan R2 menberikan
respons bahawa menulis bentuk lazim mengikut nilai tempat bagi operasi tambah
adalah senang. Seorang responden pula iaitu R3 mengatakan menulis bentuk lazim
mengikut nilai tempat bagi operasi tambah adalah susah. Bagi soalan 2, kesemua
responden setuju bahawa soalan bentuk lazim bagi operasi tambah adalah senang.

151
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2015) Jilid 3

Soalan 3 menunjukkan kesemua responden suka menggunakan Model Rumah


Nombor untuk menulis bentuk lazim mengikut nilai tempat bagi operasi tambah.
Manakala bagi soalan 4, hanya seorang responden iaitu R3 tidak dapat
menggunakan Model Rumah Nombor untuk menulis bentuk lazim mengikut nilai
tempat bagi operasi tambah. Seorang responden juga masih keliru menulis nombor
mengikut tempat yang betul. Walau bagaimana pun, kesemua responden menyatakan
bahawa soalan bentuk lazim bagi operasi tambah senang untuk diselesaikan dengan
menggunakan Model Rumah Nombor.
Dapat disimpulkan bahawa penggunaan Model Rumah Nombor dapat
meningkatkan kemahiran responden menulis bentuk lazim mengikut nilai tempat
bagi operasi tambah berdasarkan respons positif yang responden tunjukkan semasa
sesi temu bual selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan Model Rumah
Nombor.

Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian berstruktur untuk melihat sama ada


Penggunaan Model Rumah Nombor dapat membantu responden menulis bentuk
lazim mengikut nilai tempat yang betul bagi operasi tambah. Borang senarai semak
digunakan untuk mengumpul data pemerhatian. Data yang dikumpulkan dapat dilihat
dalam Jadual 2 di bawah.
Jadual 2: Pemerhatian Semasa Pengajaran menggunakan Model Rumah Nombor.
Bil. Kriteria Pemerhatian Bilangan Responden
1 Aktif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran 3
2 Mahir menggunakan Model Rumah Nombor 2
3 Jawab lembaran kerja dengan baik 2
Dapat menulis bentuk lazim mengikut nilai
4 2
tempat tanpa bantuan
Berdasarkan pemerhatian, criteria 1 menunjukkan bahawa kesemua
responden terlibat secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Bagi kriteria 2, dua orang responden iaitu R1 dan R2 telah mahir
menggunakan Model Rumah Nombor. Manakala R3 belum mahir menggunakan
Model Rumah Nombor. Kriteria 3 pula menunjukkan bahawa 2 orang responden
yang sama dapat menjawab latihan dengan baik dalam lembaran kerja yang diberikan.
Manakala hanya seorang responden iaitu R3 tidak dapat menulis bentuk lazim
mengikut nilai tempat bagi operasi tambah tanpa bantuan daripada pengkaji.
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa penggunaan Model Rumah
Nombor dapat meningkatkan kemahiran responden menulis bentuk lazim mengikut
nilai tempat berdasarkan respon positif yang responden tunjukkan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Analisis Dokumen

Pengkaji menggunakan instrumen lembaran kerja untuk mengumpul data


tentang penggunaan Model Rumah Nombor dalam membantu responden
meningkatkan kemahiran menulis bentuk lazim mengikut nilai tempat bagi operasi
tambah. Bilangan soalan yang dijawab dengan betul dapat dilihat dalam Jadual 3 dan
Rajah 1.

152
Elizabeth Thomas Kana & Si Tong Yong

Jadual 3: Pencapaian Penggunaan Model Rumah Nombor

Lembaran 1 Lembaran 2
Bilangan soalan Bilangan soalan
Responden
dijawab dengan Pencapaian dijawab dengan Pencapaian
betul betul
R1 4/6 Sederhana 6/6 Baik
R2 5/6 Baik 6/6 Baik
R3 3/6 Sederhana 4/6 Sederhana

7
6
5
4
lembaran 1
3
Lembaran 2
2
1
0
R1 R2 R3

Rajah 2: Pencapaian Penggunaan Model Rumah Nombor


Berdasarkan Rajah 2, terdapat peningkatan pencapaian responden dalam
penggunaan Model Rumah Nombor. Dua orang responden telah mendapat
pencapaian baik iaitu berjaya menjawab keenam-enam soalan dengan betul.
Manakala, seorang sahaja responden yang tidak menunjukkan peningkatan
pencapaian baik selepas menggunakan Model Rumah Nombor iaitu masih pada
tahap sederhana.
Bagi kitaran 2 pengkaji menggunakan instrumen lembaran kerja sekali lagi
untuk mengumpulkan data tentang Model Rumah Nombor dalam membantu murid-
murid meningkatkan kemahiran menulis bentuk lazim mengikut nilai tempat bagi
operasi tambah. Bilangan soalan yang dijawab dengan betul dapat dilihat dalam
Jadual 4 dan Rajah 3. Jadual 4 dan Rajah 3 menunjukkan perbandingan bilangan
soalan yang berjaya dijawab dengan betul pada Kitaran 1 dan Kitaran 2.
Jadual 4: Pencapaian Penggunaan Model Rumah Nombor
Kitaran 1 Kitaran 2
Bilangan Bilangan
Responden soalan soalan
Pencapaian Pencapaian
dijawab dijawab
dengan betul dengan betul
R3 4/6 Sederhana 6/6 Baik

153
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2015) Jilid 3

7
6
5
4
Kitaran 1
3
Kitaran 2
2
1
0
R3

Rajah 3: Pencapaian Penggunaan Model Rumah Nombor


Berdasarkan Jadual 4 dan Rajah 3, terdapat peningkatan pencapaian
responden dalam penggunaan Model Rumah Nombor. Pada Kitaran 1, R3 hanya
mencapai pencapaian sederhana dengan menjawab 4 daripada soalan tang
dikemukakan dengan betul. Manakala, Kitaran 2 selepas menggunakan Model
Rumah Nombor iaitu masih pada tahap sederhana.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperolehi, pengkaji mendapati


bahawa penggunaan Model Rumah Nombor sebagai Bahan Bantu Mengajar dapat
memberikan kesan terhadap peningkatan kemahiran menulis bentuk lazim mengikut
nilai tempat yang betul. Di samping, ia memberikan keseronokan terhadap subjek
kajian. Dapatan data daripada hasil temu bual bersama responden kajian, jelas
menunjukkan bahawa elemen keseronokan sewaktu mengaplikasikan Model Rumah
Nombor. Keseronokan responden dapat memberikan motivasi kepada mereka untuk
lebih memberikan fokus sewaktu penerangan yang diberikan. Sebagai contoh,
semasa pengajaran dan pembelajaran responden sedaya upaya untuk menjawab
soalan yang diajukan. Penggunaan Model Rumah Nombor yang memiliki fungsinya
yang tertentu, contohnya dari segi penggunaan warna yang pelbagai berupaya
meransang motivasi, minat dan daya tumpuan responden kajian.
Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam
penyampaian konsep kepada pelajar. Berdasarkan hasil dapatan yang diterima
menerusi temu bual, pemerhatian dan juga lembaran kerja, penggunaan Model
Rumah Nombor telah banyak membantu pengkaji dalam menyampaikan penerangan
yang jelas berkenaan cara menulis bentuk lazim mengikut nilai tempat dengan betul
bagi operasi tambah.
Ternyata, dengan menggunakan Model Rumah Nombor dapat mengurangkan
tempoh masa penerangan menjadi lebih singkat, pengurusan penerangan yang lebih
sistematik dan teratur serta subjek kajian lebih jelas untuk melihat proses atau cara
menulis bentuk lazim dengan betul. Ketiga-tiga aspek ini telah menjadikan bukti
bahawa cara penerangan pengkaji dengan menggunakan Model Rumah Nombor ini
menjadikan pengajaran pengkaji lebih efektif dan berkesan.
Dapatan dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan
Model Rumah Nombor dapat membantu meningkatkan kemahiran murid dalam
menulis bentuk lazim bagi operasi tambah. Hal ini dapat dikukuhkan dan dibuktikan
dengan perbandingan pencapaian responden dalam lembaran kerja yang telah
diberikan dalam Kitaran 1 dan Kitaran 2. Pencapaian responden telah meningkat
daripada sederhana kepada mencapai tahap baik berbanding sebelum Model Rumah

154
Elizabeth Thomas Kana & Si Tong Yong

Nombor diperkenalkan. Pencapaian responden dalam kedua-dua kitaran yang


dilaksanakan ini menunjukkan peningkatan yang baik dan memuaskan.
Kesimpulannya, pengajaran pengkaji menggunakan Model Rumah Nombor
sebagai Bahan Bantu Mengajar telah meningkat. Justeru, dengan peningkatan
penerangan pengkaji sewaktu menggunakan Model Rumah Nombor, responden lebih
soronok, berkeyakinan, bermotivasi untuk belajar dan juga memahami dengan baik
bagaimana cara menulis bentuk lazim mengikut nilai tempat dengan betul. Secara
tidak langsung, dapatan kajian ini dapat menjawab sejauh mana keberkesanan Model
Rumah Nombor sebagai Bahan Bantu Mengajar dapat membantu murid menulis
bentuk lazim mengikut nilai tempat dengan betul bagi operasi tambah.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, dicadangkan agar


penggunaan Model Rumah Nombor pada murid yang berlainan tahun. Oleh yang
demikian, pengkaji mencadangkan kajian ini dapat diteruskan dengan penggunaan
Model Rumah Nombor bagi mengajar operasi tolak. Model Rumah Nombor ini juga
boleh digunakan untuk penambahan sebarang tiga nombor dan sebagainya mengikut
huraian sukatan yang telah disarankan. Selain itu, ia juga boleh dilaksanakan sewaktu
mengajar operasi bercampur, yang mana ia melibatkan dua atau lebih operasi di
dalam satu soalan.

RUMUSAN

Hasil dapatan kajian membuktikan penggunaan Model Rumah Nombor oleh


pengkaji menunjukkan keberkesanan dalam meningkatkan kemahiran murid Tahun 2
menulis bentuk lazim mengikut nilai tempat bagi operasi tambah. Merujuk kepada
pencapaian murid dalam lembaran kerja sebelum Model Rumah Nombor
diperkenalkan didapati responden hanya mencapai tahap sederhana. Peningkatan
yang jelas dapat ditunjukkan oleh responden apabila graf perbandingan pencapaian
menunjukkan peningkatan kepada tahap baik selepas Model Rumah Nombor
diperkenalkan.

RUJUKAN

Akhtiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011). Kajian Tindakan:Konsep Dan Amalan Dalam
Pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Samsudin Drahman & Fatimah Saleh. (2006). Visualisasi: Satu Anjakan Dalam Teknik Penyelesaian
Masalah Matematik KBSR. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: ¹ elizabeththomaskana@yahoo.com, 2tysi26@yahoo.com

155
PENGGUNAAN PETAK SIFIR UNTUK MEMBANTU
MURID TAHUN 4 MENGUASAI KEMAHIRAN
MENULIS PECAHAN SETARA

SALWANI GANI¹
ERNIE KHO SIAW NEE²

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan Petak
Sifir dalam kemahiran menulis pecahan setara ke atas empat orang murid Tahun
Empat dalam pengguasaan konsep pecahan setara disamping meningkatkan amalan
pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Responden terdiri daripada pelbagai latar
belakang. Responden ini dipilih kerana tidak dapat menulis pecahan setara bagi
pecahan yang diberi sebelum kajian dijalankan. Pengkaji telah menjalankan satu
kajian bagi membantu murid-murid yang terlibat di samping memperbaiki dan
menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Pengkaji memilih
Model Lewin, 1946 dan Laidlow 1992 sebagai panduan untuk menjalankan kajian
ini. Model Laidlow 1992 adalah adaptasi Model Lewin 1992. Pengumpulan data
akan dijalankan dengan menggunakan tiga instrumen iaitu analisis dokumen,
pemerhatian dan temubual. Berdasarkan data yang diperoleh daripada kajian
dijalankan, penggunaan petak sifir dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran menulis pecahan setara serta murid juga menunjukkan minat semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.

ABSTRACT
This action research was conducted to study the use of „Petak Sifir‟ in writing skills
equivalent fractions for four pupils in Year Four, utilising the concept of equivalent
fractions while improving teaching and learning practices of researchers.
Respondents were from a variety of backgrounds. The respondents were different
levels, however were selected because they can write equivalent fractions for
fractional granted before the study was conducted. Researchers have conducted a
study to help pupils who are involved in addition to repair and improve the practice
of teaching and learning researchers. Researchers choose Model Lewin, Laidlow
1946 and 1992 as a guide to conduct this study. Model 1992 is an adaptation
Laidlow Lewin Model 1992. Data collection was conducted using three instruments
of document analysis, observation and interviews. Based on the data obtained from
this study, it was found that the use of „Petak Sifir‟ can improve student proficiency
in writing skills equivalent fractions and students also showed interest during the
teaching and learning process.

PENDAHULUAN

Mata pelajaran Matematik amat dititikberatkan sejak dari pendidikan rendah


lagi, iaitu pada peringkat pra-sekolah lagi. Ini kerana selaras dengan perkembangan
era globalisasi, pendidikan Matematik sangat penting dalam kehidupan seharian.
Pengetahuan dan ilmu Matematik ini bukan hanya sekadar digunakan di sekolah
untuk peperiksaan, tetapi juga penting dalam menyumbang ke arah pembangunan
sesebuah negara. Matematik yang diajar pada peringkat rendah ialah tentang
penekanan konsep Matematik itu sendiri,penekanan tentang fikrah Matematik yang
melibatkan empat bidang utama iaitu Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri,
Perkaitan dan Algebra serta statistik dan kebarangkalian.
Salwani Gani & Ernie Kho Siaw Nee

Terdapat ramai pelajar yang masih tidak menguasai konsep asas bagi
Matematik pada peringkat rendah dan ini akan berlanjutan sehingga peringkat
menengah. Pada peringkat menengah pelajar-pelajar ini selalunya akan terus
keciciran. Mentaliti bahawa Matematik itu susah akan terus berlanjutan.
Kementerian Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu
Kurikulum Standard Sekolah Rendah-Semakan Semula (KSSR) mulai 2016.
Kurikulum baru ini dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan
murid yang dilahirkan oleh sistem persekolahan negara ini memiliki kemahiran yang
diperlukan untuk bersaing di peringkat global.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengkaji merupakan seorang guru yang telah mengajar di salah sebuah


sekolah di Daerah Lawas. Ini merupakan tahun yang ke-lapan pengkaji telah
mengajar matapelajaran Matematik dan merupakan tahun yang pertama mengajar
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun 4. Pengkaji telah mengajar
satu Kelas Tahun 4 Azam. Semasa mengajar tajuk penambahan pecahan, pengkaji
mendapati murid menghadapi masalah untuk menulis pecahan setara iaitu
menyamakan penyebut bagi pecahan yang tak sama penyebut.
Pengkaji menggunakan kaedah konvensional iaitu gandaan sepunya terkecil (GSTK)
untuk mengajar murid mencari pecahan setara bagi pecahan yang diberi.
Melalui semakan hasil kerja murid,pengkaji mendapati bahawa murid tidak
dapat menjawab soalan diberi. Pengkaji mendapati masalah yang dihadapi oleh
murid ialah mereka menghadapi masalah pemahaman konsep dalam topik
penambahan pecahan yang melibatkan hingga tiga pecahan wajar yang penyebut
tidak sama. Berikut merupakan contoh hasil latihan murid.
Pengkaji mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah ini. Pengkaji
bercadang untuk menggunakan Petak Sifir yang juga lebih dikenali sebagai „JSPG”,
Jadual Sifir Pelbagai Guna. Menurut Fadzillah Ashaari (2013), petak sifir dapat
membantu murid untuk menulis pecahan setara dan menulis pecahan dalam bentuk
termudah serta meningkatkan minat murid untuk mempelajari kemahiran tersebut.
Dapatan kajian Sharinie Penie (2011), membuktikan kaedah Petak Sifir
mendatangkan kesan positif terhadap pencapaian murid dalam penguasaan sifir 2
hingga sifir 9. Kaedah ini menarik minat dan mengubah sikap murid terhadap
pembelajaran sifir.
Sebagai seorang pendidik, tugas mengajar murid adalah tanggungjawab
pengkaji. Kegagalan murid untuk menguasai kemahiran tersebut adalah berkait rapat
dengan amalan pengajaran dan pembelajaran pengkaji.
Dengan adanya penggunaan bahan bantu mengajar ini, guru menerapkan nilai
pendidikan iaitu penyertaan aktif bagi semua murid. Aktiviti ini melibatkan semua
murid secara aktif. Kesamaan peluang kepada semua murid dengan memberi peluang
murid untuk meneroka pembelajaran dan membina sendiri pengetahuan seperti yang
diterapkan dalam teori pembelajaran konstruktivisme. Ilmu pengetahuan tidak boleh
dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang sempurna. Murid perlu
membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing.
Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh
belajar untuk murid. John Duwey menguatkan teori konstruktivisme ini dengan
mengatakan bahawa pendidik yang cekap perlu melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan.

157
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

FOKUS KAJIAN

Topik pecahan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


diajar seawal Tahun 1 lagi dengan asas dan pengenalan pecahan. Sehinggalah di
Tahun 4 pecahan diajar sehingga operasi tambah dan tolak pecahan yang melibatkan
penyebut tak sama. Kebanyakan murid masih tidak dapat menguasai kemahiran yang
diajar melibatkan topik pecahan.
Fokus kajian ialah membantu murid menghadapi masalah untuk menulis
pecahan setara bagi pecahan yang diberi. Sekiranya tidak menguasai kemahiran ini
topik pecahan maka murid juga akan menghadapi masalah dalam kemahiran lain
dalam topik pecahan seperti tambah pecahan yang mempunyai penyebut yang
berbeza. Menyatakan pecahan setara bagi suatu pecahan diberi telah pun diajar
semasa Tahun 3.
Sekiranya murid menghadapi masalah tentang kemahiran ini, maka murid
akan menghadapi masalah untuk kemahiran seterusnya terutama melibatkan tambah
dan tolak pecahan yang mempunyai penyebut tak sama. Murid tidak dapat
menguasai kemahiran ini kerana tidak dapat membuat perkaitan antara menyamakan
penyebut dengan pecahan setara.
Murid-murid ini perlu dibantu agar mereka dapat menguasai kemahiran dan
meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran yang berkaitan dengan pecahan
dengan lebih baik lagi. Seterusnya akan dapat meneruskan kepada kemahiran lain
dalam topik pecahan.
Pengkaji menggunakan petak sifir sebagai intervensi bagi membantu murid
menguasai kemahiran menulis pecahan setara. Petak sifir merupakan bahan
manipulatif dan memberi pengalaman konkrit kepada murid. Menurut teori
perkembangan kognitif Jean Piaget ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012)
menyatakan tentang kanak-kanak memerlukan pengalaman yang konkrit untuk
memahami istilah matematik dan simbol matematik. Murid pada peringkat umur
kanak-kanak perlu dibina pemikiran abstrak mereka dan bantuan bahan konkrit perlu
bagi membina pemikiran abstrak.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu :


a) Membantu meningkatkan penguasaan murid untuk menyatakan pecahan setara
dengan menggunakan Petak Sifir.
b) Meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran kemahiran menyatakan
pecahan setara dengan menggunakan Petak Sifir.

Kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan berikut:


a) Adakah penggunaan Petak Sifir dapat membantu untuk meningkatkan
penguasaan murid dalam kemahiran menyatakan pecahan setara?
b) Adakah murid lebih berminat dalam pembelajaran menyatakan pecahan
setaradengan menggunakan Petak Sifir?

158
Salwani Gani & Ernie Kho Siaw Nee

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini telah dibuat di salah sebuah sekolah yang terletak di Lawas.
Responden yang terlibat ialah beberapa orang pelajar berumur 10 tahun. Pemilihan
responden adalah berdasarkan latihan yang dibuat oleh murid. Pemilihan dibuat
berdasarkan skor latihan yang diberi. 10 orang murid di dalam kelas tahun 4 telah
diberi 6 soalan dan diminta menyelesaikannya. Murid yang dipilih ialah murid yang
telah menguasai sifir 1 hingga 10.Responden telah dipilih berdasarkan analisis
dokumen yang dibuat.
Jadual 1: Responden Yang Dipilih
Responden Jantina Bangsa Ciri-ciri
R1 (Murid 2) Lelaki Melayu Pendiam
R2 (Murid 4) Lelaki Lun Bawang Suka bercakap
R3 (Murid 9) Perempuan Kedayan Pendiam
R4 (Murid 10) Perempuan Iban Pendiam

PROSEDUR TINDAKAN

Berdasarkan Model Kurt Lewin (1946) yang diubahsuai iaitu Laidlaw (1992),
pengkaji melaksanakan tindakan. Noraini Idris dalam bukunya yang bertajuk
„ Penyelidikan Dalam Pendidikan‟, menyatakan terdapat lima peringkat dalam Model
Kurt Lewin (1946) yang telah diubahsuai iaitu langkah pertama ialah mengenalpasti
aspek amalan, kedua ialah merancang, ketiga membuat tindakan atau implementasi,
keempat ialah melihat kesan tindakan yang telah dibuat dan langkah terakhir ialah
refleksi. Sekiranya masalah masih belum selesai maka kitaran kedua akan dimulakan.

Mengenalpasti Aspek Amalan

Pengkaji megenalpasti aspek amalan berdasarkan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas tahun 4 semasa mengajar tajuk pecahan.
Pengkaji mendapati murid menghadapi masalah untuk menulis pecahan setara bagi
pecahan diberi.

Merancang

Setelah mengenalpasti aspek amalan yang hendak diperbaiki, pengkaji


merancang tindakan yang diambil bagi membantu murid menguasai kemahiran
menulis pecahan setara. Pengkaji telah mengkaji beberapa kaedah yang boleh
digunakan untuk membantu murid menulis pecahan setara.
Pengkaji berminat dengan penggunaan Petak Sifir ( Fadzillah Ashari, 2013).
Penggunaan petak sifir mudah dan boleh digunakan bukan sahaja bagi pecahan setara
tetapi juga bagi mempermudahkan pecahan.

159
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Tindakan dan Implementasi

Pengkaji memberikan intervensi kepada responden kajian menggunakan cara


yang telah dipilih iaitu penggunaan petak sifir. Tindakan ini mengandungi dua
kitaran. Kitaran pertama, pengkaji memperkenalkan petak sifir kepada responden dan
menyediakan petak sifir 10 x 10. . Responden diminta mengisi jawapan sifir dalam
petak sifir tersebut. Pengkaji menyemak sifir yang telah dibuat oleh setiap responden.
Sekiranya tiada kesalahan, pengkaji mengedarkan lembaran kerja. Pengkaji
menunjukkan cara menggunakan petak sifir.
Jadual 2: Langkah Penggunaan Petak Sifir
Penerangan
Bulatkan angka 1 dan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
angka 5 dalam satu
baris yang sama. 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20
3 6 9 12 15 18 21 24 27 30

4 8 12 16 20 24 28 32 36 40
5 10 15 20 25 30 35 40 45 50
6 12 18 24 30 36 42 48 54 60

7 14 21 28 35 42 49 56 63 70
8 16 24 32 40 48 56 64 72 80

9 18 27 36 45 54 63 72 81 90

10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

Gerakkan angka
tersebut satu kali ke
kanan. Pecahan setara 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
bagi: 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20
= 3 6 9 12 15 18 21 24 27 30
4 8 12 16 20 24 28 32 36 40
5 10 15 20 25 30 35 40 45 50
6 12 18 24 30 36 42 48 54 60
7 14 21 28 35 42 49 56 63 70
8 16 24 32 40 48 56 64 72 80
9 18 27 36 45 54 63 72 81 90
10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

160
Salwani Gani & Ernie Kho Siaw Nee

Responden boleh
menggerakkan lebih 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
daripada sekali ke
kanan bagi mencari 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20
pecahan setara bagi
pecahan yang diberi. 3 6 9 12 15 18 21 24 27 30
Pecahan setara bagi:
4 8 12 16 20 24 28 32 36 40

5 10 15 20 25 30 35 40 45 50
=
6 12 18 24 30 36 42 48 54 60
Mana-mana jawapan
yang relevan diterima. 7 14 21 28 35 42 49 56 63 70

8 16 24 32 40 48 56 64 72 80

9 18 27 36 45 54 63 72 81 90

10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

Responden menggunakan langkah yang sama bagi menyelesaikan soalan


yang lain. Pengkaji menerima mana-mana jawapan yang relevan.

Melihat Kesan Tindakan

Pengkaji juga membuat pemerhatian sepanjang intervensi dijalankan bagi


melihat kesan pelaksanaan intervensi tersebut terhadap minat responden terhadap
pembelajaran menyatakan pecahan setara bagi pecahan yang diberi.

Refleksi

Pada akhir kajian, pengkaji membuat refleksi terhadap intervensi yang


dijalankan berdasarkan semua analisis data yang telah dibuat. Pengkaji menilai sama
ada penggunaan petak sifir dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam
menyatakan pecahan setara atau pun tidak. Setelah kitaran pertama dibuat, didapati
masih terdapat responden yang keliru dan mengambil masa untuk membulatkan
pecahan setara. Pengkaji telah membuat penambahbaikan bagi memudahkan murid.

Tindakan Susulan ( Kitaran 2)

Berdasarkan kelemahan yang telah dikenalpasti, pengkaji memperbaiki cara


penggunaan petak sifir dengan menggunakan pembaris dan mewarnakan angka yang
dikehendaki supaya lebih jelas. Dengan adanya pembaris responden dapat melihat
angka yang dikehendaki dengan lebih jelas lagi.

CARA MENGUMPUL DATA

Pengkaji menggunakan tiga teknik pegumpulan data iaitu :

161
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Analisis Dokumen
Dokumen yang digunakan dalam analisis dokumen ialah Lembaran Kerja 1,
Lembaran Kerja 2 dan Lembaran Kerja 3 seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran
A1, A2 dan A3.

Temu Bual
Temu bual dibuat secara bersemuka antara pengkaji dan responden. Pengkaji
menggunakan temu bual berbentuk separa berstruktur. Beberapa soalan telah
disediakan oleh pengkaji bagi mendapatkan hasil dapatan kajian. Temubual
dijalankan bagi mendapatkan maklum balas daripada responden.

Pemerhatian
Pengkaji juga mengumpul data dengan menggunakan pemerhatian yang
berstruktur. Pengkaji menggunakan borang untuk mencatat masa responden
menjawab soalan yang diberikan semasa menjawab Lembaran kerja 2 dan Lembaran
kerja 3. Ini bagi membandingkan petak sifir sebelum penambahbaikan dan selepas
penambahbaikan.

CARA MENGANALISIS DATA

Data yang diperolehi daripada dokumen responden akan dianalisis bagi


mengetahui sama ada penggunaan petak sifir dapat membantu responden
meningkatkan penguasaan mereka dalam menyatakan pecahan setara disamping
meningkatkan minat murid dalam mempelajari kemahiran menyatakan pecahan
setara.

Analisis Data daripada Dokumen


Pengkaji membuat analisis data yang diperoleh berdasarkan data yang
diperoleh dari Lembaran kerja 1, lembaran kerja 2, lembaran kerja 3, borang tahap
kepantasan dan soalan temu bual separa berstruktur. Analisis data yang dijalankan
oleh pengkaji untuk menganalisis lembaran kerja adalah dengan menggunakan
pencapaian skor di mana soalan yang betul dikira dalam bentuk peratusan. Rumus
yang digunakan untuk mengira pencapaian skor responden dapat diperhatikan dalam
Rajah 1..

Skor = Jumlah soalan yang betul


× 100%
Jumlah soalan

Rajah 1: Rumus peratusan skor responden

Analisis Data daripada Temu Bual


Pengkaji menganalisis data temu bual dan dikodkan secara manual. Bagi data
temu bual yang telah diperoleh, pengkaji menyediakan transkripsi temu bual
berkenaan supaya mudah dianalisis. Pengkaji mengekod soalan mengikut tema.
Kemudian barulah pengkaji membuat kesimpulan. Bagi menganalisis borang temu
bual, pengkaji menggunakan analisis data kualitatif serentak di mana dalam proses
mengumpul dan menganalisis data boleh berlaku secara serentak, iaitu pengkaji
boleh terus memahami data yang sedang dikumpul, sebagai contoh memahami

162
Salwani Gani & Ernie Kho Siaw Nee

persepsi seseorang semasa bertemu bual dengannya dan ini secara langsung dapat
meneliti sama ada objektif kajian dapat dicapai atau tidak.

Analisis Data daripada Pemerhatian


Pengkaji menyenaraikan tingkah laku responden sepanjang kajian dijalankan.
Aspek dibahagian kepada tiga bahagian dan kemudian dianalisis bagi melihat berapa
kerap tingkah laku berkenaan dan dicatat dalam senarai semak pemerhatian.
Responden diperhatikan secara menyeluruh dari segi sikap, amalan dan interaksi.
Pemerhatian yang dibuat bagi melihat sikap responden sama ada positif atau negatif.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian yang telah dikumpul dan dianalisis berdasarkan instrumen


kajian yang telah dipilih. Pengkaji menentukan sama ada soalan kajian dan objektif
kajian telah dicapai atau sebaliknya.

R4
Responden Kajian

R3 Lembaran 3
Lembaran 2
R2 Lembaran 1

R1

0% 20% 40% 60% 80% 100%


Kekerapan menjawab soalan dengan betul
Rajah 2: Kekerapan menjawab soalan dengan betul bagi 3 lembaran kerja yang diberi
bagi 4 responden kajian.

Berdasarkan graf dalam Rajah 2, didapati bahawa terdapat peningkatan dalam


setiap lembaran kerja yang diberi. Responden yang paling jelas menunjukkan
peningkatan ialah R4, iaiatu daripada 20% bagi lembaran kerja 1 meningkat kepada
100% bagi lembaran kerja 3. Secara keseluruhannya pencapaian semua responden
adalah menunjukkan peningkatan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan petak sifir
dapat membantu penguasaan responden dalam menulis pecahan setara.
Jadual 3: Keputusan Pemerhatian Sebelum dan Selepas Intervensi

R1 R2 R3 R4
Aspek
SB SL SB SL SB SL SB SL
Penglibatan aktif semasa √ √ O √ √ √ O √
sesi penerangan
Aktif menjawab soalan √ √ √ √ O √ O √

163
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Penggunaan ABM O √ O √ O √ O √

Petunjuk: √ menunjukkan responden ada menunjukkan aspek yang dinilai


O menunjukkan responden tiada menunjukkan aspek yang dinilai
SB ialah sebelum intervensi
SL ialah selepas intervensi

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian 1
Kesan penggunaan petak sifir dapat dilihat semasa kajian ini dibuat. Ini dapat
dilihat setelah analisis data dibuat. Keputusan dapat dilihat dalam bahagian 6 iaitu
dapatan kajian. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibuat, perkembangan yang
positif dapat dilihat iaitu dengan adanya penggunaan petak sifir penguasaan
responden menulis pecahan setara semakin baik.Berdasarkan instrumen lembaran
kerja dan ujian pencapaian responden dalam Kitaran 1, corak perubahan skor
responden bagi setiap instrumen jelas kelihatan. Perubahan amalan pengajaran
dengan menggunakan petak sifir telah berjaya meningkatkan pencapaian responden
dalam menguasai kemahiran menulis pecahan setara. Semasa pemilihan dibuat R1,
R2, R3 dan R4 hanya menjawab 1 soalan sahaja betul daripada 6 soalan yang diberi.
Data ini boleh dirujuk dalam rajah 1. Setelah petak sifir diperkenalkan, semua
responden menunjukkan peningkatan. Peratusan soalan yang dijawab dengan betul
oleh semua responden semakin meningkat. R1 dan R4 telah dapat menjawab 100%
soalan diberi, manakala R2 dan R3 masing-masing dapat menjawab 90% daripada
soalan diberi. Penggunaan petak sifir dapat membantu responden dapat menguasai
kemahiran menulis pecahan setara. Setelah melihat hasil kerja keempat-empat
responden, pengkaji mendapati bahawa masalah yang dihadapi oleh mereka ialah
apabila menggunakan kaedah konvensioanal iaitu gandaan sepunya terkecil, mereka
kadang kala terlupa mendarab pengangka dan penyebut dengan suatu nombor yang
sama. Kekeliruan ini menyebabkan pecahan setara bagi pecahan diberi tidak dapat
ditulis.
Pada kitaran yang pertama, pengkaji telah memperkenalkan penggunaan
petak sifir kepada responden bagi menulis pecahan setara. Pada mulanya responden
menghadapi masalah untuk melihat mengikut lajur dan baris. Pengkaji memberi
penerangan dan bimbingan kepada responden serta penggunaan pembaris bagi
membantu responden melihat angka dengan lebih jelas. Lembaran kerja 1, R1
menunjukkan perkembangan yang baik dengn menjawab 3 soalan betul daripada 5
soalan yang diberi. Manakala, R2 dan R3 masing-masing menjawab 2 soalan betul
daripada 5 soalan yang diberi. Pencapaian R4 yang paling lemah iaitu 1 soalan betul
daripada 5 soalan yang diberi.

Soalan Kajian 2
Berdasarkan jadual 3, terdapat perubahan sikap yang ditunjukkan oleh
responden selepas intervensi dibuat. Sebelum intervensi, responden kurang aktif
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selepas intervensi
dijalankan, responden menunjukkan perubahan sikap dan berminat menggunakan
petak sifir yang diperkenalkan. Responden berminat semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran serta aktif. Daripada hasil temu bual boleh disimpulkan bahawa
responden suka dengan penggunaan petak sifir ini. Secara keseluruhannya

164
Salwani Gani & Ernie Kho Siaw Nee

penggunaan petak sifir ini dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam
menulis pecahan setara. Penggunaan petak sifir ini sangat membantu murid dan
disokong oleh Fadzillah Ashari (2013).

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Penggunaan petak sifir menunjukkan keberkesanannya dalam meningkatkan


kemahiran me ulis pecahan setara. Walau bagaimanapun, kajian ini masih boleh
dikembangkan lagi dan dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji yang lain.
Pengkaji hanya menggunakan petak sifir dalam kemahiran menulis pecahan
setara. Petak sifir ini bukan sahaja boleh digunakan untuk menulis pecahan setara
tetapi juga digunakan bagi mempermudahkan pecahan.
Selain tajuk pecahan, petak sifir ini juga boleh digunakan bagi membantu
murid untuk kemahiran bahagi. Bagi murid yang belum menguasai sifir, petak sifir
ini sangat membantu dalam kemahiran bahagi.

RUMUSAN

Kesimpulannya, penggunaan petak sifir dalam kemahiran menulis pecahan


setara dapat meningkatkan penguasaan murid dalam menulis pecahan setara dan
berasa seronok dalam proses PdP. Penggunaan petak sifir ini memberikan kesan
yang positif terhadap pencapaian dan penguasaan murid. Justeru itu, guru harus
sentiasa berusaha meningkatkan amalan kendiri serta mencari kaedah yang
bersesuaian bagi membantu murid.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik


Tahun 4. Putrajaya: Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik
Tahun 3. Putrajaya: Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
Chang Wei Siong. (2011). Meningkatkan penguasaan murid Tahun 5 dalam mempermudahkan
pecahan kepada sebutan terendah dengan menggunakan pokok pecahan. Institut Pendidikan
Guru Kampus Batu Lintang, Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP ambilan Januari
2008 ( Matematik Pendidikan Rendah). Kuching: IPG Kampus Batu Lintang.
Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud (2011). Kajian Tindakan : Konsep& Amalan dalam Pengajaran.
Selangor : Penerbitan Multimedia
Dr. Hu Laey Nee, En Sia Pong Won, En Khoo Kin Peng (2014) Panduan Pelaksanaan Penyelidikan
Tindakan 1 dan Penyelidikan Tindakan 2 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan
Kepujian. Institut Perguruan Guru Kampus Sarawak.
Fadzillah Ashari (2013). Meningkatkan Kefahaman dan Kemahiran Murid Dalam Pecahan Setara dan
Pecahan Bentuk Termudah Menggunakan Petak Sifir dalam Prosiding Seminar Penyelidakan
Tindakan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Matematik Pendidikan Rendah Tahun 2013.
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Ho Ho Tong,Dr Rahmah Murshidi, Dr Gan Wei Ling, Zaliha Musa, Ahap Awal, Lee Hou Yew,... dan
Stanley anak Abang(2014). Asas Penyelidikan Tindakan: Teori dan Amalan. Kota
Samarahan :Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan. Silverrich Printing
Supplier.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012) Falsafah Pendidikan. Diperoleh daripada http://www.m
oe.gov.my/v/falsafah-pendidikan.

165
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Diperoleh daripada http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-
2013-2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012) Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Diperoleh daripada http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blu
eprint-BM.pdf.
Noraini Idris (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor : Penerbitan McGraw-Hill Education
( Malaysia) Sdn. Bhd.
Sharinie Pelin (2011) Kaedah Petak Sifir dalam penguasaan sifir 2 hingga sifir 9 bagi murid tahun 4.
Pelaporan Ijazah Sarjana Muda. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email : ¹wannie_shazzy@yahoo.com, ²erniekho@hotmail.com

166
PETA ALIR VISUALISASI MODEL POLYA MEMBANTU MURID
MENYELESAIKAN SOALAN PENYELESAIAN MASALAH
MATEMATIK

MOH LING ING1


HU LAEY NEE2

ABSTRAK
Tujuan utama kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan
perubahan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan Peta Alir Visualisasi Model
Polya dalam membantu murid menjawab soalan penyelesaian masalah matematik.
Kebanyakkan murid masih tidak dapat menjawab soalan penyelesaian masalah
kerana mereka tidak memahami kehendak soalan dan menghadapi masalah
kesukaran mengingat cara penyelesaian masalah Model Polya. Kajian ini
dilaksanakan berpandukan Model Kurt Lewin. Kajian ini melibatkan lapan orang
responden yang dipilih daripada kalangan murid dalam sebuah kelas Tahun 6 di
sebuah sekolah di Bandaraya Miri. Kajian ini menggunakan pemerhatian, temu bual
dan analisis dokumen sebagai cara pengumpulan data. Dapatan data menunjukkan
bahawa perubahan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan Peta
Alir Visualisasi Model Polya memberikan kesan positif dalam penguasaan murid
dan minat murid.

ABSTRACT
The main objective of this action research is to study the effect of changes in the
practice of teaching and learning with Model Polya Flow Visualization Map in
helping students to answer routine problem solving questions. Most of the students
are still unable to answer the questions on problem solving because they do not
understand the questions and face difficulties to remember how to solve the Model
Polya problems. This study was conducted based on Model Kurt Lewin. The study
involved eight respondents who were selected among the pupils in a Year 6 class at
a school in Miri city. The study used observation, interviews and analysis of
documents as a way of collecting data. Data were collected and analyzed and have
proven that the changes in teaching and learning practices with the use of Model
Polya Flow Visualization Map have positive effects on pupils‟ mastery and their
interest in routine problem solving questions.

PENDAHULUAN

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan terus


menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga ingin melatih murid
untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi berbeza.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Program i-Think telah diperkenalkan untuk
melahirkan model insan masa depan yang mempunyai pemikiran yang kreatif, kritif
dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Penyelesaian
masalah terbahagi kepada dua jenis iaitu masalah rutin dan masalah bukan rutin. Ia adalah
kemahiran yang tinggi perlu dikuasai oleh murid di sekolah rendah sebelum melanjutkan
pelajaran yang lebih tinggi. (Mohd Farid Fadhillad Osman, 2012 dan Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2013). Model Polya popular digunakan dalam kurikulum sekolah
rendah untuk mencari soalan penyelesaian masalah. Murid pada peringkat umur (7-12 tahun)
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

memerlukan bahan sokongan yang bersifat konkrit seperti teknik visualisasi dan peta minda
diperlukan untuk kefahaman konsep matematik.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam pengalaman mengajar, saya telah menyedari tentang sikap dan nilai
bertanggungjawab guru adalah nilai yang terbesar perlu diamalkan. Guru yang
bertanggungjawab perlu bersikap prihatin terhadap keperluan murid-murid untuk
meningkatkan pencapaian dan kemajuan murid-murid daripada pelbagai bidang
dengan bukan hanya daripada bidang akademik sahaja. Pada tahun 2014, matematik
kelas yang saya ajar ialah Tahun 6. Melalui pemerhatian dari hasil kerja murid, Ujian
semester 1 2014 dan temu bual dengan murid dan guru, didapati ramai murid gagal
menjawab soalan penyelesaian masalah yang berbentuk operasi bergabung
melibatkan nombor bulat. Isu yang dikesan adalah murid tidak pandai baca soalan,
tidak memahami kehendak soalan, tidak mengingat cara penyelesaian. Selain itu, isu
amalan pengajaran guru mungkin kurang sesuai boleh menyebabkan murid tidak
minat belajar matematik. Oleh itu, saya ingin mengubah amalan pengajaran dengan
mengubahsuai Model Polya dalam bentuk peta alir visualisasi untuk meningkatkan
penguasaan murid minat menjawab soalan penyelesaian masalah.

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, isu masalah yang saya fokus
adalah murid-murid tidak menguasai menjawab soalan penyelesaian masalah melibatkan
nombor bulat. Saya telah mengubahsuai Model Polya dalam bentuk peta alir visualisasi.
Tujuan peta alir diguna adalah untuk membantu murid lebih senang dan sistematik
menjawab soalan melalui kreatif dan kritis melukis bentuk peta alir. Pernyataan ini telah
disokong oleh Muhammad Aliff Abdullah Rahmah dan Mas Norbany Abu Samah (2013).
Kaedah visualisasi juga dipilih oleh saya untuk diserap dalam peringkat Model Polya
mengikut kehendak dan kesesuaian murid. Ini kerana kaedah visualisasi ini adalah satu
teknik yang baik dalam penyelesaian masalah untuk menguji kefahaman murid dan menarik
minat murid. Pernyataan ini disokong oleh Mohd Farid Fadhillah Osman (2012), William
Ngui Mon Soon (2011) dan Mohd Khairizan Reduan (2012). Kajian ini dijalankan untuk
mengkaji kesan menambahbaik amalan pengajaran guru dalam meningkatkan penguasaan
responden dalam menjawab penyelesaian masalah dan kesan minat responden melalui Peta
Alir Visualisasi Model Polya.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif untuk kajian ini ialah:


a) Menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran soalan
penyelesaian masalah matematik dengan penggunaan Peta Alir Visualisasi
Model Polya.
b) Membantu meningkatkan penguasaan murid-murid dalam menjawab soalan
penyelesaian masalah matematik dengan penggunaan Peta Alir Visualisasi
Model Polya.

168
Moh Ling Ing & Hu Laey Nee

c) Membantu meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran soalan


penyelesaian masalah matematik dengan penggunaan Peta Alir Visualisasi
Model Polya.

Soalan untuk kajian ini ialah:


a) Bagaimanakah saya menggunakan Peta Alir Visualisasi Model Polya dalam
menambahbaik amalan pengajaran soalan penyelesaian masalah matematik?
b) Adakah penggunaan Peta Alir Visualisasi Model Polya meningkatkan
penguasaan murid-murid dalam pembelajaran soalan penyelesaian masalah
matematik?
c) Adakah penggunaan Peta Alir Visualisasi Model Polya dapat meningkatkan
minat murid terhadap pembelajaran dalam soalan penyelesaian masalah
matematik?

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini telah memilih lima orang murid perempuan dan tiga lelaki.
Responden yang dipilih adalah bertahap penguasaan lemah dan sederhana dalam
matematik kertas 2 ujian semester 1 bulan Mei 2014 dan megambil kira kemahiran
3M.

PROSEDUR TINDAKAN

Dalam kajian tindakan ini, saya telah melaksanakannya dalam dua kitaran.
Saya menggunakan Model Kurt Lewin sebagai panduan untuk melaksanakan kajian
ini. Model Kurt Lewin ini mengandungi dua atau lebih kitaran yang melibatkan lima
langkah yang utama secara proses berulangan.
Dalam mengenal pasti aspek amalan, tinjauan awal dijalankan melalui
pemerhatian berdasarkan markah kertas 2 matematik Ujian Semester 1 2014, temu
bual tidak berstruktur dengan murid dan perbincangan dengan guru matematik.
Didapati bahawa murid menghadapi masalah dalam penyelesaian masalah bagi
nombor bulat. Isu-isu yang dikenalpasti adalah kerana murid tidak memahami
kehendak soalan, tidak minat soalan penyelesaian masalah dan pengajaran guru tidak
kreatif. Lapan orang responden telah dipilih untuk menjalankan kajian kitaran 1 ini.
Dalam kitaran 2, saya mereflek data kitaran 1. Masalah yang dikenal pasti
adalah responden-responden telah mengambil masa yang lama untuk menjawab ujian
penilaian. Ini disebabkan responden mengambil masa yang panjang untuk
memikirkan dan melukiskan gambarajah atau simbol kesesuaian mereka. Lapan
orang responden masih dipilih untuk melaksanakan kajian dalam kitaran 2.
Dalam perancangan tindakan, Peta Alir Visualisasi Model Polya dirancang
untuk mengatasi masalah responden tidak dapat menguasai soalan penyelesaian
masalah bagi topik Nombor Bulat. Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dijalankan sebanyak lima kali pada kitaran 1 dan dua kali pada kitaran 2. Pada
permulaan sesi PdP, saya membuat penerangan cara mengaplikasikan strategi ini
secara langkah demi langkah berpandukan contoh soalan.
Rajah 1 menunjukkan contoh soalan dan cara penyelesaiannya (Kitaran 1 dan
Kitaran 2). Pada kitaran 1, responden melukis Peta Alir terlebih dahulu dan labelkan

169
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

nama pada setiap empat langkah. Seterusnya, responden membaca soalan. Selepas
membaca, responden diminta membulat kata kunci yang diberikan dalam soalan.
Seterusnya, responden melukis simbol, peta minda atau gambarajah dan menulis kata
kunci yang boleh mewakili soalan tersebut di dalam peta alir visualisasi pada petak
kotak pertama di kiri baris pertama. Langkah seterusnya, responden menentukan
operasi dan membentuk transformasi atas kehendak soalan di dalam peta alir
visualisasi pada petak kotak kedua baris pertama. Seterusnya, responden mengira
dengan melukis gambarajah mengikut cara kefahaman tersendiri dan mengira dalam
bentuk lazim. Akhir sekali, responden perlu melakukan penyemakan jawapan dengan
menggunakan pengiraan bentuk lazim. Pada kitaran 2, saya menambahbaik pada
langkah 3 dalam Peta Alir Visualisasi Model Polya. Responden mengira dengan
menggunakan bentuk lazim tanpa melukis. Selain itu, nama pada setiap empat
langkah responden hanya menghafal dan menuliskan Langkah 1 (L1), Langkah 2
(L2), Langkah 3 (L3) dan Langkah 4 (L4) untuk mewakili setiap langkah.
Saya membimbing murid membuat lembaran kerja. Teknik yang digunakan
untuk pengumpulan data adalah pemerhatian, temu bual, analisis dokumen. Setiap
sesi pengajaran dan pembelajaran membuat pemerhatian. Langkah seterusnya ialah
menjalankan Ujian Penilaian 1, Ujian penilaian 2, Ujian Penilaian 3 dan Ujian
Penilaian 4 selepas strategi diajar. Temu bual dijalankan secara individu selepas
setiap kali ujian penilaian dalam kitaran 1 dan kitaran 2. Kesemua data dikumpul,
direkodkan dan mengikut cara analisis data yang ditentukan.

Lily telah mengumpul 12 436 markah dalam suatu permainan kuiz. Vincent
mengumpul 528 markah kurang daripada Lily. Hitung jumlah markah yang
dikumpul oleh mereka.
Kitaran 1 Kitaran 2

Rajah 1: Contoh soalan dan cara penyelesaiannya (Kitaran 1 dan Kitaran 2)

170
Moh Ling Ing & Hu Laey Nee

Pelaksanaan kajian tindakan dijalankan dalam kitaran 1 dan kitaran 2. Mula-


mula saya memperkenalkan peta Alir Visualisasi Model Polya. Kemudian
mengemukakan satu soalan (Rajah 1) dan membimbing responden menjawab.
Pemerhatian dibuat berdasarkan kod kriteria-kriteria yang ditentukan. Melaksanakan
Ujian Penilaian 1, Ujian Penilaian 2, Ujian Penilaian 3 dan Ujian Penilaian 4. Kertas
ujian penilaian disemak. Bilangan soalan yang betul direkodkan. Tempoh masa yang
diguna oleh responden diperhatikan dalam kitaran 2.
Pada kitaran 1 dan 2, data-data yang dikumpul dari data pemerhatian, data
analisis dokumen dan data temu bual. Pemerhatian dibuat berdasar lapan jenis kod
kriteria yang ditentukan. Hasil kerja ujian penilaian responden disemak, seterusnya
pencapaian responden digolongkan mengikut tahap penguasaan dan data temu bual
adalah menganalisis respon responden. Temu bual secara individu dilaksanakan
selepas setiap kali ujian penilaian. Tempoh masa yang diguna oleh responden
menjawab soalan diperhatikan pada kitaran 2.
Saya menilai kesan tindakan yang dikaji dengan mencari kekuatan dan
kelemahan penggunaan Peta Alir Visualisasi Model Polya tersebut. Ia menjadi
panduan dalam menjalankan kajian seterusnya untuk menambahbaik dan mengatasi
masalah-masalah yang wujud dalam kitaran 1 dan penambahbaik strategi tujuan
untuk mengatasi masalah tempoh masa dalam kitaran 2.

CARA MENGUMPUL DATA

Pemerhatian dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran adalah tujuan


untuk memerhati respon dan tingkah laku responden. Jadual 1 menunjukkan
pemerhatian berdasarkan lapan jenis kriteria-kriteria telah dikodkan ke dalam lapan
jenis kod (Kod 1 hingga Kod 8) dalam kitaran 1 dan kitaran 2.
Dalam kajian ini, temu bual dijalankan bersama lapan orang responden secara
individu selepas akhir ujian penilaian dalam kitaran 1 dan kitaran 2. Transkripsi temu
bual disediakan dan mengandungi tujuh soalan berdasarkan soalan kajian. Tujuan
temu bual ini dijalankan untuk mengetahui respon responden dalam kajian.
Analisis dokumen yang digunakan dalam kitaran 1 adalah Ujian Penilaian 1
dan Ujian Penilaian 2 manakala Ujian Penilaian 3 dan Ujian Penilaian 4 adalah
dalam kitaran 2. Kertas Ujian Penilaian masing-masing mengandungi lima soalan
penyelesaian masalah matematik. Tujuan ujian penilaian ini diadakan adalah untuk
mengenalpasti sama ada penggunaan Peta Alir Visualisasi Model Polya dapat
meningkatkan penguasaan responden menjawab soalan penyelesaian masalah
matematik.

CARA MENGANALISIS DATA

Data pemerhatian dianalisis berdasarkan kriteria-kriteria dalam Jadual 1.


Hasil data temu bual dianalisis berdasarkan maklumbalas daripada setiap responden
terhadap soalan temu bual. Kekerapan bilangan responden yang menjawab „Ya‟ atau
„Tidak” dikira dan memberi sebab jika responden menjawab „Tidak‟ dicatatkan bagi
ketujuh-tujuh soalan yang dikemukan berdasarkan tiga soalan kajian. Hasil ujian
penilaian dalam kitaran 1 dan kitaran 2 dianalisis dengan mengira bilangan soalan
yang dijawab dengan betul. Seterusnya, setiap responden dikategorikan mengikut
tahap penguasaan mereka berdasarkan bilangan soalan yang dijawab betul. Jawab 0-

171
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

1 betul menunjukkan tahap penguasaan lemah, tahap sederhana dan baik masing-
masing jawab 2-3 dan 4-5 betul. Tempoh masa yang digunakan oleh responden
menjawab soalan dalam ujian penilaian kitaran 1 dan kitaran 2 diperhatikan dan
dianalisis untuk melihat tempoh masa responden menjawab soalan.
Jadual 1: Kod kriteria-kriteria pemerhatian berdasarkan tujuan
Kod Kriteria-kriteria Tujuan
Mengetahui kesan pengubalan
1 Yakin semasa membuat lembaran kerja
amalan guru
Melukis Peta Alir Visualisasi Model Mengetahui kesan pengubalan
2
Polya semasa menjawab amalan guru
3 Menjawab tanpa bantuan guru Kesan Penguasaan responden
4 Menjawab habis semua soalan Kesan Penguasaan responden
5 Hasil kerja kemas dan bersih Kesan Penguasaan responden
6 Aktif ketika menjawab soalan Kesan minat responden
Menanya soalan semasa pengajaran dan
7 Kesan minat responden
pembelajaran
Memberi respon kepada guru semasa
8 Kesan minat responden
sesi bersoal jawab

DAPATAN KAJIAN

Menambahbaik Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Penyelesaian Masalah


Matematik
Jadual 2 menunjukkan data pemerhatian dan Jadual 3 menunjukkan data temu
bual kitaran 1 dan kitaran 2 berdasarkan kod kriteria yang dinyatakan dalam jadual 2.
Jadual 2: Data pemerhatian bagi kod kriteria 1 dan kod kriteria 2
(kitaran 1 dan kitaran 2)
Kitaran 1 Kitaran 2
Responden
Kali-1 Kali-2 Kali-3 Kali-4 Kali-5 Kali-1 Kali-2
(R)
1 2 1 2 1 2 1 2 1 2 1 2 1 2
R1 × × ×
R2 × ×
R3 × ×
R4 ×
R5 ×
R6 × ×
R7 ×
R8 ×
Berdasarkan Jadual 2, tiada responden yang boleh mencapai kod kriteria 1
pada kali pertama. Pada kali kedua terdapat empat orang responden mencapai kod
kriteria 1. R1, R2, R3 dan R6 belum mencapai kod kriteria tersebut. Pada kali ketiga,
tujuh orang responden mencapai kod kriteria 1. Pada kali keempat dan kali kelima,
semua responden telah mencapai kod kriteria 1. Dalam kitaran 2, semua responden
boleh mencapai kod kriteria 1 pada kali pertama dan kali kedua. Bagi kod kriteria 2,
semua responden telah mencapainya dalam kitaran 1 dan kitaran 2.

172
Moh Ling Ing & Hu Laey Nee

Jadual 3: Data temu bual bagi soalan 1 dan soalan 2 (kitaran 1 dan kitaran 2)
Soalan 1: Adakah Peta Alir Visualisasi Model Polya senang untuk anda menjawab
soalan penyelesaian masalah?
Temu Bual I Temu Bual II Peningkatan
Kitaran Kekerapan Respon
Y T Y T Setuju
1 8 0 8 0
Tiada
2 8 0 8 0
Soalan 2: Adakah anda yakin menjawab soalan penyelesaian masalah matematik
yang lain dengan menggunakan Peta Alir Visualisasi Model Polya?
1 5 3 8 0 +3
2 8 0 8 0 Tiada
Penunjuk: Y: Ya T: Tidak
Berdasarkan Jadual 3, kesemua responden menyatakan „Ya‟ bagi soalan 1
pada temu bual I dan temu bual II dalam kitaran 1 dan kitaran 2. Bagi soalan 2,
didapati bahawa hanya lima orang responden menyatakan „Ya‟ manakala ada tiga
orang responden menyatakan „Tidak‟ pada temu bual I. Bagi soalan 2 pada temu bual
I menunjukkan bahawa bukan semua repsonden bersetuju soalan ini. Lima responden
menyatakan „Ya‟ manakala tiga responden menyatakan „Tidak”. Pada temu bual II
dalam kitaran 1 didapati semua responden menjawab „Ya‟ bagi soalan 2. Dalam
kitaran 2, semua responden menjawab “Ya” bagi soalan 1 dan soalan 2 pada temu
bual I dan temu bual II.

Penguasaan Murid-murid Dalam Penyelesaian Masalah Matematik


Jadual 4 menunjukkan data pemerhatian, Jadual 5 menunjukkan data analisis
dokumen dan Jadual 6 menunjukkan data temu bual dalam kitaran 1 dan kitaran 2.
Jadual 4: Data pemerhatian bagi kod kriteria 3, kod kriteria 4 dan kod kriteria 5
(kitaran 1 dan kitaran 2)
Kitaran 1 Kitaran 2
Responden
Kali-1 Kali-2 Kali-3 Kali-4 Kali-5 Kali-1 Kali-2
(R)
3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5
R1 × × × × × ×
R2 × ×
R3 ×
R4 × ×
R5 ×
R6 × × ×
R7 ×
R8 ×
Berdasarkan Jadual 4, tiada responden yang boleh mencapai kod kriteria 3
pada kali pertama. Dengan adanya pemerhatian dan bantuan saya, tujuh orang
responden dapat menghasilkan lembaran kerja dengan kemas dan bersih dan hanya
seorang sahaja yang belum mencapai kod kriteria 5. Pada kali kedua, mereka boleh
menjawab sendiri tanpa bantuan guru kecuali R1 dan R6. Bagi Kod kriteria 4 dan
kod kriteria 5, kesemua lapan responden telah mencapainya pada kali ketiga,
keempat dan kelima. Pada kali ketiga, R6 telah mencapai kod kriteria 3. R1 masih
belum lagi dapat menjawab sendiri pada kali ketiga dan kali keempat dan R1 dapat
mencapai kod kriteria 3 pada sesi pengajaran dan pembelajaran kali kelima. Semua
responden dapat menjawab habis soalan dan juga dapat menghasilkan lembaran kerja

173
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

dengan kemas dan bersih pada kali keempat dan kali kelima. Pada kali pertama
dalam kitaran 2, kekerapan responden yang boleh mencapai kod kriteria 3 ialah tujuh
orang kecuali R1. Ada enam orang responden menghasilkan kerja dengan kemas dan
bersih kecuali dua responden iaitu R2 dan R6 pada kali pertama. Pada kali kedua,
semua responden dapat mencapai kod kriteria 3 dan kod kriteria 4. Ada tujuh orang
responden dapat membuat lembaran kerja dengan kemas dan bersih kecuali R1.
Jadual 5: Data analisis dokumen dalam kitaran 1 dan kitaran 2
UP 1 UP 2 UP 3 UP 4
R
JSB TP JSB TP JSB TP JSB TP
R1 1 Lemah 4 Baik 5 Baik 5 Baik
R2 5 Baik 5 Baik 5 Baik 5 Baik
R3 5 Baik 5 Baik 5 Baik 5 Baik
R4 5 Baik 5 Baik 5 Baik 5 Baik
R5 5 Baik 5 Baik 4 Baik 5 Baik
R6 5 Baik 5 Baik 5 Baik 5 Baik
R7 4 Baik 4 Baik 5 Baik 5 Baik
R8 4 Baik 5 Baik 5 Baik 5 Baik
Penunjuk:
R : Responden UP : Ujian Penilaian TP : Tahap penguasaan
JSB : Jumlah soalan yang dijawab betul
Berdasarkan Jadual 5, didapati bahawa tahap penguasaan R1 adalah paling
lemah manakala tahap penguasaan bagi R2, R3, R4, R5 dan R6 adalah baik dalam
Ujian Penilaian 1. Dalam Ujian Penilaian 2, R1 dan R7 telah menjawab empat soalan
dengan betul dan berada pada tahap baik. Terdapat enam orang responden menjawab
semua soalan dengan betul dan tahap penguasaan mereka adalah baik. Bagi Ujian
Penilaian 3 dan Ujian Penilaian 4 dalam kitaran 2, dapat dirumuskan bahawa tahap
penguasaan kesemua responden adalah baik.
Jadual 6: Data temu bual bagi soalan 3 dan soalan 4 (kitaran 1 dan kitaran 2)
Soalan 3: Adakah Peta Alir Visualisasi Model Polya telah membantu anda
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah?
Temu Bual I Temu Bual II Peningkatan
Kitaran Kekerapan Respon
Y T Y T Setuju
1 8 0 8 0
Tiada
2 8 0 8 0
Soalan 4: Adakah Peta Alir Visualisasi Model Polya menyenangkan anda
memahami soalan?
1 8 0 8 0 Tiada
2 8 0 8 0 Tiada
Penunjuk: Y: Ya T: Tidak
Berdasarkan Jadual 6, semua responden menjawab „Ya‟ bagi soalan 3 dan
soalan 4 dalam temu bual I dan temu bual II kitaran 1 dan kitaran 2. Ini bermaksud
semua responden mengatakan Peta Alir Visualisasi Model Polya telah membantu dan
menyenangkan mereka menyelesaikan soalan penyelesaian masalah.

Minat Murid Terhadap Penyelesaian Masalah Matematik


Jadual 7 menunjukkan data pemerhatian dan Jadual 8 menunjukkan data temu
bual kitaran 1 dan kitaran 2.

174
Moh Ling Ing & Hu Laey Nee

Jadual 7: Data pemerhatian bagi kod kriteria 6, kod kriteria 7 dan kod kriteria 8
(kitaran 1 dan kitaran 2)
Kitaran 1 Kitaran 2
Responden
Kali-1 Kali-2 Kali-3 Kali-4 Kali-5 Kali-1 Kali-2
(R)
6 7 8 6 7 8 6 7 8 6 7 8 6 7 8 6 7 8 6 7 8
R1 × × ×
R2 × × ×
R3 × × × × × × × × ×
R4 × × × × × ×
R5 × × × × × × × × ×
R6 × × × × × ×
R7 × × × × × ×
R8 × × × ×

Jadual 8: Data temu bual bagi soalan 5, soalan 6 dan soalan 7


(kitaran 1 dan kitaran 2)
Soalan 5: Adakah Peta Alir Visualisasi Model Polya telah membantu anda
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah?
Temu Bual I Temu Bual II Peningkatan
Kitaran Kekerapan Respon
Y T Y T Setuju
1 8 0 8 0
Tiada
2 8 0 8 0
Soalan 6: Adakah Peta Alir Visualisasi Model Polya menyenangkan anda
memahami soalan?
1 8 0 8 0 Tiada
2 8 0 8 0 Tiada
Soalan 7: Adakah Peta Alir Visualisasi Model Polya menyenangkan anda
memahami soalan?
1 8 0 8 0 Tiada
2 8 0 8 0 Tiada
Penunjuk: Y: Ya T: Tidak
Berdasarkan Jadual 7, tiada responden yang boleh mencapai kod kriteria 6,
kod kriteria 7 dan kod kriteria 8 pada kali pertama. Pada kali kedua, hanya tiga orang
responden iaitu R1, R2 dan R8 yang boleh mencapai kod kriteria 6, kod kriteria 7
dan kod kriteria 8. R4 dapat mencapai kod kriteria 7 tetapi belum mencapai kod
kriteria 6 dan kod kriteria 8. Pada kali ketiga, enam orang masing-masing mencapai
kod kriteria 6, kod kriteria 7 dan kod kriteria 8 kecuali R3 dan R5. Mereka masih
tidak aktif ketika menjawab soalan, menanya soalan serta tidak memberi respon
kepada guru semasa sesi bersoal jawab. Pada kali keempat, semua responden
mencapai kod kriteria 6 dan kod kriteria 8. Bagi kod kriteria 7, enam orang
responden telah mencapainya kecuali R4 dan R8. Semua responden dapat mencapai
kod kriteria 6, 7 dan 8 pada kali kelima sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
semua responden juga telah mencapai kod kriteria 6, kod kriteria 7 dan kod kriteria 8
dalam kitaran 2.
Berdasarkan Jadual 8, semua responden menjawab „Ya‟ bagi soalan 5, soalan
6 dan soalan 6 dalam temu bual I dan temu bual II dalam kitaran 1 dan kitaran 2.

175
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Kesan Menambahbaik Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran


Berdasarkan analisis pemerhatian dan temu bual, semua responden bermuka
muram dan berasa ragu-ragu semasa menjawab. Mereka tidak yakin menjawab
soalan dalam lembaran kerja pada pengajaran dan pembelajaran kali pertama dalam
kitaran 1. Ada beberapa orang responden menyatakan bahawa tidak faham melukis.
Setelah diberi bimbingan dan penerangan yang teliti, semua responden semakin
beryakinan menjawab soalan dan juga boleh mengguna Peta Alir Visualisasi Model
Polya semasa menjawab soalan. Mereka juga mengatakan bahawa Peta Alir
Visualisasi Model Polya senang untuk mereka menjawab soalan penyelesaian
masalah. Mereka dapat memahami soalan penyelesaian masalah dengan mengikut
pemahaman mereka dan kreativiti idea dengan melukiskan simbol, lakaran dan
menuliskan kata-kata kunci yang utama di dalam Peta Alir Visualisasi Model Polya
pada langkah 1 atau di langkah 3. Peta Alir Visualisasi Model Polya diubahsuai
dalam kitaran 2, masa telahpun dijimatkan. Visualisasi kekal di langkah 1 kerana
kefahaman murid memerlukan bantuan konkrit. Secara kesimpulannya, penggunaan
Peta Alir Visualisasi Model Polya telah menambahbaik amalan pengajaran dan
pembelajaran saya. Kenyataan ini telah disokong oleh Mohd Nasrudin Basar dan Siti
Halimah Md Yassin (2012), Muhammad Aliff Abdullah Rahman dan Mas Norbany
Abu Samah (2013) dan William Ngui Mon Soon (2011).

Kesan Peta Alir Visualisasi Model Polya Dalam Penguasaan Murid-murid


Menjawab Soalan Penyelesaian Masalah Matematik
Melalui hasil data pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen yang
dianalisis oleh saya, responden duduk diam dan tidak ingin menjawab soalan pada
mulanya. Mereka memerlukan bantuan guru semasa menjawab soalan. Selepas diberi
penerangan dan tunjuk ajar yang lebih teliti, tujuh responden dapat menggunakan
strategi ini untuk memahami soalan tanpa bantuan guru dan membuat habis lembaran
kerja. Hanya R1 perlu bantuan guru kerana beliau belum stabil menguasainya. Pada
akhir sesi Pengajaran dan pembelajaran kitaran 1, R1 dapat menjawab soalan tanpa
bantuan guru. R1 juga perlu bantuan guru pada kali pertama sahaja dalam kitaran 2.
Responden yang tidak membuat lembaran kerja dengan kemas dan bersih dalam
kitaran 1 dan kitaran 2 telah diberi teguran dan nasihat oleh saya. Responden
memahami soalan dengan melukiskan gambarajah, membuat draf, melukis tanda,
menulis singkatan perkataan iaitu kata kunci dan wakil simbol. Hampir semua
responden telah mencapai tahap penguasaan yang baik dalam setiap kali ujian
penilaian. Rajah 2 menunjukkan contoh hasil kerja murid R3 (kitaran 1) dan R4
(kitaran 2).
Hanya R1 mencapai tahap penguasaan yang lemah. Saya telah membuat
pemerhatian dan menganalisis kertas Ujian Penilaian 1 bagi R1. Beliau boleh
menggunakan Peta Alir Visualisasi Model Polya memahami soalan. Masalah yang
timbul bagi R1 adalah kecuaian mengira jawapan yang salah dan kesilapan melukis
gambarajah. Kecuaian R1, saya telah diberi teguran dan bimbingan kepada beliau.
Dalam kitaran 1, saya telah perhatikan bahawa responden mengambil masa
yang amat lama menjawab lima soalan dalam Ujian Penilaian 1 dan Ujian Penilaian
2. Masalah ini ditangani dengan menambahbaik Peta Alir Model Polya dengan
mengurangkan melukis dalam kitaran 2. Tempoh masa responden menjawab Ujian
Penilaian 3 dan Ujian Penilaian 4 telah banyak dikurangkan selepas penambahbaikan.
Pada keseluruhannya, saya boleh merumuskan bahawa soalan kajian kedua dalam

176
Moh Ling Ing & Hu Laey Nee

penyelidikan tindakan ini berjaya meningkatkan penguasaan dan pemahaman semua


responden dengan memberikan pengetahuan dan pendedahan yang baharu ini.
Dapatan kajian adalah selaras dengan dapatan kajian oleh Mohd Farid Fadhillah
Osman (2012).

Seorang peniaga menjual 24825 biji AJK makanan telah menyediakan


epal kepada 15 orang penjaja. Antara 12420 gelas minuman. 5132 gelas
sebuah lori menghantar epal kepada 8 telah diminum dan 940 gelas
orang penjaja buah- buahan. Beberapa minuman ditambah lagi. Kirakan
biji epal yang lori ini bawa? beberapa gelas minuman yang ada
sekarang?

Rajah 2: Contoh hasil kerja murid R3 (kitaran 1) dan R4 (kitaran 2)

Kesan Minat Murid Terhadap Pembelajaran Soalan Penyelesaian Masalah


Matematik
Melalui data pemerhatian kitaran 1, pada mulanya kriteria yang dinilai tidak
memuaskan. Responden-responden tidak aktif menjawab soalan, tidak bertanya dan
juga tidak memberi respon kepada guru ketika soal jawab. Untuk menangani masalah
ini, saya memberi penjelasan yang teliti, mereka barulah menimbulkan minat dengan
menjawab soalan jika menjumpai soalan yang kurang memahami atau soalan yang
susah dan memberi respon semasa saya menanya soalan. Peta Alir membantu
responden dapat membuat langkah dengan sistematik dan ciri kaedah visualisasi
yang melibatkan gambarajah, lukisan melakar dan simbol menarik minat responden
dalam menjawab soalan dan juga menyeronokkan respoden menjawab soalan. Kajian
Rusilah Jais, Yusminah Mohd Yusof, Nur Ashiqin Najmuddin, Isamudin Rasip dan
Siti Arba‟iah Darus (2005) dan William Ngui Mon Soon (2011) telah menyokong
kajian saya.

177
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Cadangan kajian menggunakan Peta Alir Visualisasi Model Polya ini boleh
dilaksanakan dalam topik-topik yang lain dan bukan hanya dalam topik Nombor
Bulat sahaja. Contohnya seperti topik Pecahan, Wang, Masa, Panjang, Jisim, Isipadu
dan lain-lain lagi topik yang sesuai. Strategi ini juga sesuai digunakan oleh pelajar
aras tinggi seperti Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Ini kerana dalam buku teks
Matematik Moden dan Matematik Tambahan juga tergantung soalan penyelesaian
masalah. Oleh itu, kajian lanjutan boleh juga diaplikasikan di sekolah menengah. Ia
boleh membantu pelajar menjawab soalan dengan sistematik dan penguasaan
pemahaman kehendak soalan juga akan meningkat. Strategi ini boleh digunakan
untuk menjawab soalan KBAT. Penggunaan strategi ini akan memastikan para murid
senang memahami kehendak soalan KBAT dan cara penyelesaian yang baik.

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, Peta Alir Visualisasi Model Polya telah


menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran saya. Ini kerana strategi ini
memudahkan saya untuk mengajar murid menjawab penyelesaian masalah. Ianya
juga membantu meningkatkan penguasaan murid bagi menjawab soalan penyelesaian
masalah. Selain itu, Peta Alir Visualisasi Model Polya juga dapat meningkatkan
minat murid terhadap pembelajaran menjawab soalan penyelesaian masalah.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran


Matematik Tahun 4 Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah). Kuala Lumpur: Free Mind
Horizons Sdn Bhd.
Mohd Farid Fadhillah Osman. (2012). Penggunaan teknik visual dapat membatu murid Tahun 4 dalam
menjawab soalan penyelesaian masalah ayat matematik bagi topik Wang. Prosiding Seminar
Penyelidikan Tindakan 2012. September 19-20. Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus
Sarawak. 189-199.
Mohd Khairizan Reduan. (2012). Penggunaan kaedah visualisasi dalam membantu murid menjawab
soalan berayat melibatkan penambahan dan penolakan pecahan wajar. Prosiding Seminar
Penyelidikan Tindakan 2012. September 19-20. Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus
Sarawak. 148-159.
Mohd Nasrudin Basar & Siti Halimah Md. Yassin. (2012). Kemahiran Berfikir: Kritis. Kreatif.
inovatif. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.
Muhammad Aliff Abdul Rahman & Mas Norbany Abu Samah. (2013). Penggunaan Sifir Tulang Ikan
dan Peta Alir i-Think dalam meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan masalah bahagi
dengan pembahagi dua digit. Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013. Terengganu:
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato‟ Razali Ismail. 285-294.
Rusilah Jais, Yusminah Mohd Yusof, Nur Ashiqin Najmuddin, Isamudin Rasip dan Siti Arba‟iah
Darus. (2005). Penggunaan Peta Minda bagi mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar
Perakaunan. Laporan Projek. Melaka: Kolej Matrikulasi Melaka. Diperoleh dari
http://www.skbbsintok.net/bank/KMM%20%20Penggunaan%20Peta%20Minda%20Bagi%2
0Mata%20Pelajaran% 20Matematik%20Di%20Kalangan%20Pelajar%20Perakaunan.pdf.
William Ngui Mon Soon. (2011). Strategi melukis dalam menjawab soalan penyelesaian masalah
matematik Tahun Lima. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan 2011. Oktober 4-5.
Sarawak: Institut Pendidikan Guru Batu Lintang. 150-162.

178
Moh Ling Ing & Hu Laey Nee

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1 limoh_1107@yahoo.com, 2 huln1234@gmail.com

179
PROGRAM DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI KEMAHIRAN
MENDARAB DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH MENULIS JADUAL

HA HANG PING1
HAMDEN GANI2

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan sifir darab satu hingga sepuluh murid-
murid Tahun 2 di sebuah sekolah yang berada di kawasan bandar Miri. Subjek kajian
adalah semua murid Tahun 2. Hasil kajian diharap dapat membantu murid-murid
memahami kemahiran mendarab dan dapat menjawab soalan yang mempunyai operasi
darab. Kajian ini mencuba pendekatan alternatif selain teknik menghafal sifir darab
untuk menguasai sifir darab. Ujian pra dibuat untuk mengenalpasti kelemahan murid
dalam menguasai sifir darab. Ujian pas pula digunakan untuk menentukan tahap
kemajuan murid dalam menguasai sifir darab. Kajian mendapati penggunaan pelbagai
pendekatan yang sesuai dengan sesuatu sifir darab telah meningkatkan penguasaan sifir
darab.

ABSTRACT
This study aims to improve the mastery of multiplication tables one to ten of the pupils
in Year 2 at a school in Miri. Subjects of the study were the Year 2 students. This study
is expected to help students understand multiplication skills and able to answer
multiplication operation questions. This study tried alternative approach techniques of
mastering multiplication tables except memorizing the multiplication tables. Pre-test
was given to determine the mastery level of multiplication tables of the students. Fit test
was used to determine the level of pupils' progress in mastering multiplication tables.
The study found out that the usage of a variety of approaches in accordance with
multiplication has improved the students‟ mastery of multiplication tables.

PENGENALAN

Sekolah yang dikaji adalah sebuah sekolah yang terletak di bandar Miri. Murid-
murid di sekolah ini berasal dari kampung-kampung yang berdekatan. Sekolah yang
dikaji mempunyai lima kelas setiap darjah. Sebuah kelas sahaja yang dikajikan daripada
lima buah kelas yang sedia ada.
Pada tahun 2014, jumlah murid di kelas ini ialah seramai 45 orang. Daripada
jumlah tersebut, muridnya terdiri daripada 18 orang lelaki dan 27 orang perempuan.
Dalam kelas Tahun 2, jurang kebolehan dan tahap penerimaan kemahiran di antara
murid yang pandai dan murid lemah adalah terlalu tinggi. Saya merupakan salah seorang
daripada kalangan guru yang mengajar kelas Tahun 2 mengkelaskan murid-murid Tahun
2 kepada tiga tahap utama iaitu murid pandai, sederhana dan lemah. Ia bertujuan
memudahkan pengagihan aktiviti pengukuhan, pemulihan dan pengayaan khususnya
dalam mata pelajaran Matematik.
Ha Hang Ping & Hamden Gani

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Saya telah mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah dalam


menguasai sifir darab. Ia juga menentukan sifir darab yang mana amat sukar dikuasai
oleh murid-murid.
Berdasarkan ujian melafaz sifir, saya mendapati 20 orang (44.44%) daripada 45
orang murid Tahun 2 lemah dalam penguasaan sifir darab.
Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2014, hanya 40 orang sahaja
murid yang lulus Matematik. Keputusan tersebut amatlah mengecewakan. Saya mula
mempersoalkan tentang minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik. Malah,
saya juga semakin percaya dengan tanggapan bahawa murid bumiputera lemah dalam
Matematik. Tidak kurang juga, saya turut mempersoalkan kebolehan diri dalam
mengajar Matematik khususnya dalam menerangkan sesuatu konsep dengan cara yang
mudah dan ringkas supaya mudah difahami murid-murid.
Namun demikian, saya masih kabur tentang punca sebenar murid tidak
memahami kemahiran asas yang diajar dalam sesuatu topik. Sehinggalah saya terdengar
perkataan “susah cikgu” setiap kali saya hendak mengajar kemahiran yang melibatkan
operasi darab atau bahagi. Selama ini, saya pernah terdengar kata-kata tersebut
diluahkan oleh murid-murid tetapi saya tidak mengendahkannya kerana saya percaya
murid sudah menguasai sifir darab semasa berada pada tahap satu. Saya juga mendapati
murid bukan sahaja meluahkan kata “susah cikgu” malah mereka nampak lesu dan
kurang berminat untuk melibatkan diri dalam kemahiran yang diajar.
Beberapa pendekatan klasik (menghafal sifir) yang saya gunakan untuk
mengatasi masalah ini ialah meminta murid membaca dan menghafal sifir darab setiap
kali saya masuk pada waktu Matematik dan sebelum perhimpunan sekolah bermula. Di
peringkat panitia, aktiviti kuiz pantas, congak dan kuiz matematik juga adalah antara
aktiviti yang digunakan untuk meningkatkan penguasaan pendarab murid-murid. Kesan
positifnya, murid dapat mengingat pendarab tetapi dalam jangka masa pendek sahaja.
Dengan itu, saya rasa perlu satu pendekatan baru yang lebih mudah dan ringkas
untuk murid menguasai pendarab dalam jangkamasa panjang. Penguasaan pendarab ini
nanti sudah pastinya akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan operasi darab dan bahagi.

OBJEKTIF KAJIAN

a) Pengkaji membantu murid Tahun 2 menguasai kemahiran mendarab nombor 1


digit dengan angka 2, 4 dan 5 dengan baik.

Soalan Kajian:
b) Bagaimana murid dapat menguasai kemahiran mendarab nombor 1 digit dengan
angka 2, 4 dan 5?

181
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada tiga orang murid Tahun 2 di sebuah
sekolah di Miri yang terdiri daripada seorang responden lelaki dan dua orang responden
perempuan.
Responen 1 (R1) berjantina lelaki, berumur 8 tahun dan berkaum Iban.
Responen 2 (R2) berjantina perempuan, berumur 8 tahun dan berkaum Iban.
Responen 3 (R3) berjantina perempuan, berumur 8 tahun dan berkaum Cina.

PROSEDUR TINDAKAN

a. Merancang
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah mendapati
bahawa sebilangan murid mempunyai masalah untuk menyelesaikan masalah pendarab,
terutamanya masalah pendaraban dengan angka 2, 4 dan 5. Pengkaji memerhatikan dan
memeriksa buku kerja dan juga bertanya kepada murid mengenai kesukaran mereka
untuk menguasai kemahiran mendarab untuk mengenal pasti jika masalah ini merupakan
suatu masalah yang universal. Amalan pengajaran yang dipilih oleh pengkaji untuk
menyelesaikan masalah ini adalah kaedah Jadual dan ia digunakan untuk menolong
murid mendarab. Pengkaji menyediakan satu lembaran kerja yang diberikan kepada
murid-murid untuk diselesaikan dan kerja mereka telah dianalisis. Berdasarkan analisis
itu, pengkaji telah memilih responden yang memenuhi keperluan kajian tindakan dan
pengkaji mengajar responden-responden penggunaan kaedah Jadual untuk memahami
pendaraban angka 2, 4, dan 5. Pengkaji menyediakan lembaran kerja yang mengandungi
Kaedah Jadual untuk memudahkan responden mempelajari kaedah tersebut.
Responden diberi jadual kosong seperti yang ditunjukkan di bawah.

Sifir Dua Sifir Empat Sifir Lima

Responden perlu isikan jadual tersebut dengan urutan nombor yang betul.
Contohnya,

182
Ha Hang Ping & Hamden Gani

Sifir Dua Sifir Empat Sifir Lima

1 2 1 2 3 4 1 2 3 4 5

3 4 5 6 7 8 6 7 8 9 10

5 6 9 10 11 12 11 12 13 14 15

7 8 13 14 15 16 16 17 18 19 20

9 10 17 18 19 20 21 22 23 24 25

11 12 21 22 23 24 26 27 28 29 30

13 14 25 26 27 28 31 32 33 34 35

15 16 29 30 31 32 36 37 38 39 40

17 18 33 34 35 36 41 42 43 44 45

b. Bertindak
Pada peringkat ini, pengkaji telah mengajar responden Kaedah Jadual secara
individu. Ini adalah untuk memastikan pendedahan yang maksimum diterima oleh setiap
responden dan kadar penguasaan meningkat. Selepas responden yakin dengan
penggunaan jadual untuk menghafal sifir darab, pengkaji seterusnya menguji
penguasaan mereka dengan menggunakan 3 lembaran kerja iaitu LK1, LK2 dan LK3
untuk mengukuhkan lagi penguasaan mereka terhadap penggunaan Jadual. Dalam
membahagi mereka, responden-responden menduduki satu Ujian Pencapaian pada akhir
kajian untuk menentukan keberkesanan kaedah dalam menolong responden
menyelesaikan masalah darab dengan angka 2, 4, dan 5.
c. Memerhati
Dalam langkah ini, pemerhatian terhadap perkembangan dan penguasaan kaedah
jadual responden dilakukan melalui data daripada analisis kesemua lembaran kerja dan
ujian pencapaian. Data dikumpulkan dan analisis dilakukan dengan menggunakan
kaedah statistik deskriptif peratusan. Markah telah dibandingbezakan untuk melihat
kesan daripada kaedah yang diperkenalkan.
d. Mereflek
Data kajian dianalisis dan direkodkan. Refleksi tentang kaedah jadual yang
dijalankan untuk menyelesaikan soalan darab dengan angka 2, 4 dan 5. Melalui dapatan
data yang diperoleh dalam ujian pencapaian, pengkaji telah menentukan sama ada
responden berjaya ataupun gagal membentuk jadual untuk pendaraban angka 2, 4 dan 5.

183
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

Cara Mengumpul Data


Lembaran kerja
Lembaran kerja merupakan instrumen pengumpulan data yang digunakan oleh
pengkaji untuk merekod data yang terhasil daripada penggunaan kaedah Jadual.
Pengkaji telah menyediakan 9 soalan yang sama iaitu jadual yang perlu diisi dengan
angka 2, 4 dan 5 yang dikemukakan di dalam Lembaran Kerja 1, 2 dan 3. Pengkaji
menyemak lembaran kerja dan menentukan penguasaan responden terhadap pendaraban
angka 2, 4 dan 5.
Pengkaji seterusnya menyediakan dua lagi lembaran kerja LK4 dan LK5 sebagai
latihan menyelesaikan masalah darab menggunakan sifir 2, 4 dan 5 yang dibentuk
menggunakan jadual. Lembaran kerja tersebut mengandungi 5 soalan darab. Setiap
soalan darab mengandungi satu jadual untuk pembentukan pendaraban angka 2, 4 dan 5.
Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian digunakan untuk menguji keberkesanan kaedah jadual dalam
membantu responden membentuk pendaraban angka 2, 4 dan 5. Ujian pencapaian telah
diberikan selepas kajian diselesaikan. Ujian Pencapaian mengandungi 9 soalan yang
akan menguji penguasaan responden. 9 soalan tersebut terdiri daripada pendaraban
angka 2, 4 dan 5. Kemahiran yang ingin diuji adalah kemahiran membina pendaraban
angka 2,4 dan 5 melalui penggunaan kaedah Jadual.

Pelaksanaan Tindakan

Lembaran kerja
Lembaran kerja merupakan instrumen pengumpulan data yang digunakan oleh
pengkaji untuk merekod data yang terhasil daripada penggunaan kaedah. Pengkaji telah
menyediakan 9 soalan yang sama iaitu jadual yang perlu diisi dengan sifir yang
dikemukakan di dalam Lembaran Kerja 1,2 dan 3. Pengkaji menyemak lembaran kerja
dan menentukan penguasaan responden terhadap pembentukan sifir menggunakan jadual.
Pengkaji seterusnya menyediakan dua lagi lembaran kerja LK4 dan LK5 sebagai latihan
menyelesaikan masalah darab menggunakan sifir yang dibentuk menggunakan jadual.
Lembaran kerja tersebut mengandungi 5 soalan darab. Setiap soalan darab mengandungi
satu jadual untuk pembentukan pendaraban.
Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian digunakan untuk menguji keberkesanan kaedah jadual dalam
membantu responden membentuk sifir dan seterusnya menyelesaikan soalan darab.
Ujian pencapaian telah diberikan selepas kajian diselesaikan. Ujian Pencapaian
mengandungi 5 soalan yang akan menguji penguasaan responden. Kemahiran yang ingin
diuji adalah kemahiran mendarab melalui penggunaan kaedah jadual.

184
Ha Hang Ping & Hamden Gani

CARA MENGANALISIS DATA

Lembaran kerja
Lembaran kerja dalam Lampiran diberikan kepada responden sebagai latih tubi
untuk membantu mereka memahami cara penggunaan jadual untuk membentuk
pendaraban angka. Lembaran kerja 1, 2, 3, 4 dan 5 pula telah dikumpulkan dalam
tempoh pelaksanaan kajian. Bagi LK1, LK2 dan LK3, pengkaji menggunakan jadual
untuk membandingkan keputusan responden dalam ketiga-tiga lembaran kerja dan
melihat pencapaian mereka untuk mengenalpasti sama ada mereka telah menguasai
pembentukan sifir menggunakan jadual. Untuk LK4 dan LK5 pula, pengkaji
menganalisis markah responden menggunakan jadual dan seterusnya menentukan jika
mereka sudah dapat menguasai kemahiran mendarab nombor untuk menghadapi Ujian
Pencapaian.

Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian diberikan pada akhir kajian. Set ujian tersebut mengandungi 5
buah soalan darab untuk diselesaikan. Setiap soalan akan diberi pemberatan 2 markah,
iaitu 1 markah untuk bahagian pembentukan jadual, 1 markah untuk jawapan yang betul.
Markah yang diperolehi oleh responden tadi telah dianalisis dan direkodkan dalam
bentuk jadual untuk melihat perkembangan penguasaan responden dalam tempoh
mendapatkan rawatan pembentukan pendaraban menggunakan jadual sehingga dapat
menyelesaikan masalah mendarab.

DAPATAN KAJIAN

Kaedah Jadual Dalam Membantu Murid Tahun 2 Membentuk Sifir


Pengkaji telah menggunakan instrumen lembaran kerja untuk melihat hasil kajian.
Tiga lembaran kerja telah diberikan kepada setiap responden sebagai latihan dan
pengukuran pemahaman mereka terhadap penggunaan kaedah jadual dalam mendarab
sifir. Terdapat empat soalan subjektif dikemukakan dalam setiap lembaran kerja.
Pengkaji memerhatikan cara responden membentuk sifir dan merekodkan data yang
berkenaan. Jadual 3 menunjukkan analisis kekerapan responden membentuk sifir dengan
betul dalam setiap lembaran kerja yang disiapkan. Perbezaan jumlah soalan yang betul
bagi setiap lembaran kerja ditunjukkan.
Berdasarkan Jadual 3, R1 dapat membentuk 6 jadual yang betul dalam Lembaran
Kerja 1 (LK1), 6 jadual dalam Lembaran Kerja 2 (LK2), dan berjaya membentuk 6
jadual dengan tepat dalam Lembaran Kerja 3 (LK3). R2 juga dapat membentuk 6 jadual
dengan betul dalam LK1, semua jadual dalam LK2, dan 6 sifir jadual dalam LK3. R3
dapat membentuk 8 jadual dengan tepat dalam LK1, LK2 dan LK3.

Kaedah Jadual Membantu Dalam Menyelesaikan Masalah Mendarab


Pengkaji telah menggunakan instrumen lembaran kerja (LK4 dan LK5) dan
Ujian Pencapaian bagi membentuk data untuk menganalisis perkembangan dan
keberkesanan rawatan yang diberikan kepada responden . Dalam bahagian kedua ini,
pengkaji ingin menunjukkan pencapaian responden dalam membina pendaraban angka
menggunakan jadual dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah mendarab

185
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2015) Jilid 3

nombor. Terdapat 5 item yang diuji untuk LK4, LK5 dan Ujian Pencapaian. Markah
bagi LK4, LK5 dan Ujian Pencapaian untuk ketiga-tiga responden yang terlibat dalam
kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 4.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan pemerhatian Pengkaji secara tidak formal, murid-murid lebih


mudah mendapatkan hasil darab dengan teknik yang dikemukakan. Khususnya
mendarab yang melibatkan angka 2, 4, dan 5.
Pola nombor juga memainkan peranan penting dalam membantu murid
menguasai pendaraban darab. Sebelum kajian, ramai murid menganggap pendaraban 2,
4, dan 5 adalah susah. Sebaliknya, ramai murid berkata bahawa pendaraban 2, 4,dan 5
sangat mudah apabila didedahkan tentang pola hasil darabnya. Situasi ini menyedarkan
saya selaku penyelidik bahawa murid-murid memerlukan sesuatu teknik yang mudah
untuk menguasainya.
Selepas pendedahan dan latih tubi tentang teknik penguasaan sifir, tahap
pencapaian murid dinilai dengan ujian pencapaian. Ketiga-tiga responden telah
mencapai 100%, ini menunjukkan teknik membina jadual sesuai untuk murid-murid
menguasai sifir darab dengan baik.
Kajian ini telah memberi kesedaran kepada Pengkaji bahawa murid-murid
memerlukan pelbagai teknik yang mudah dan ringkas untuk menguasai sifir. Bahan
maujud perlu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid
sekolah rendah (umur 7 hingga 12 tahun) memerlukan sesuatu yang konkrit untuk
memudahkan pemahaman murid. Contohnya, penggunaan jadual untuk mendapatkan
hasil darab lebih pratikal.
Pengkaji juga percaya bahawa tidak ada sesuatu pendekatan yang paling mudah
untuk menguasai sifir. Sebaliknya, penggunaan pelbagai pendekatan yang bersesuai
dengan sifir darab tertentu adalah lebih baik. Contohnya, kajian tentang pola hasil darab
memudahkan penguasaan sifir darab sembilan.
Pengkaji berasa bangga kerana berjaya membantu murid menguasai sifir dan
memperbaiki amalan diri dalam mengukuhkan penguasaan murid terhadap sifir darab.
Kejayaan ini sudah semestinya akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang melibatkan operasi darab dan bahagi.
Pendekatan di atas bukan pendekatan yang paling tepat. Kajian pada masa depan
perlu mencari pelbagai pendekatan yang lebih sesuai untuk membantu murid-murid
menguasai sifir darab. Pengkaji juga perlu lebih berusaha untuk meningkatkan
profesionalisme diri dalam mendidik murid-murid yang masih lemah dalam
pembelajaran.
Secara keseluruhannya, masih banyak ruang lagi yang perlu diperbaiki untuk
memantapkan lagi kajian ini. Kitaran kajian ini perlu dilakukan untuk memastikan
kajian ini lebih berjaya pada masa akan datang.

186
Ha Hang Ping & Hamden Gani

RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Guru. (1999). Rekreasi Matematik: Edisi Percubaan.Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Penyelidikan Tindakan Maktab
Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan praktis:
satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Jurnal
Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85.
Jeffery anak Menggu. (2003). “Aya Du.” Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-9 Oktober
2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan
Bahagian Sri Aman, 133-147.
Mahmud Bin Hasim (2004). Menghafal sifir darab dua hingga sifir darab sembilan menggunakan Kad
„Besapun‟. Kertas kerja yang dibentang dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan
Batu Lintang 2004 di Santubong Resort, Kuching pada 1-3 September 2004.
Mohd. Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Tay Siew Hui (2004). Meningkatkan Penguasaan Fakta Asas Darab 2 hingga 9 Di kalangan Pelajar 3
Merah. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan
Batu Lintang 2004 di Santubong Resort, Kuching pada 1-3 September 2004.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1hahangping@gmail.com, 2hulyn1234@gmail.com

187

Anda mungkin juga menyukai