Anda di halaman 1dari 10

MENAMBAHBAIK AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI TEKNIK

TETULANG GSTK TERHADAP PENAMBAHAN PECAHAN PENYEBUT BERBEZA


TAHUN 5

Norman Norbert
Nor Afizah Binti Mohd Noor
8 PISMP Matematik 2
norman116@pendidikguru.edu.my
norafizah.mohdnoor@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri


Sembilan, Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menambahbaik amalan pengajaran saya dalam penambahan pecahan
yang melibatkan penyebut berbeza dengan menggunakan teknik ‘Tetulang GSTK’. Peserta kajian
terdiri daripada 4 orang murid tahun 5 dari sebuah sekolah rendah di kawasan Seremban, Negeri
Sembilan. Tiga sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksana melibatkan penggunaan ‘Tetulang
GSTK’. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan pasca yang masing-masing mengandungi 5
soalan. Pengumpulan data melibatkan tiga kaedah iaitu analisis dokumen, pemerhatian dan temu
bual. Hasil dapatan dianalisis melalui tiga tema iaitu cara penyampaian guru, penglibatan murid
dalam sesi pengajaran dan penguasaan kemahiran oleh murid. Dapatan kajian menunjukkan
saya dapat menambahbaik amalan pengajaran saya menggunakan teknik Tetulang GSTK di
samping membantu murid menguasai kemahiran penambahan pecahan berbeza penyebut.

Kata Kunci : Tetulang GSTK, penambahan pecahan berbeza penyebut


ABSTRACT

This action research was conducted to improve the teacher’s teaching skill in adding fraction
involving different denominator using ‘Tetulang GSTK’ technique. A total of four students were
involved in Seremban, Negeri Sembilan for this research. The research instrument consist of pre
test and post test which contain 5 questions respectively. Data collection involves three method
which are document analysis, observation and interview. The finding were analysed according to
three themes namely teacher’s delivery skill, stundent involvement in class and the mastery of
skills by stundents. The final finding showed that teachers are able to improve their teaching skill
of adding fraction involving different denominator using ‘Tetulang GSTK’ technique as well as
helping the student to master addition of fraction with different denominators.

Keywords : ‘Tetulang GSTK’, addition of fraction with different denominators


PENGENALAN

Penguasaan dalam topik pecahan dalam kalangan murid adalah penting kerana

pengetahuan dalam konsep pecahan amat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.

Malah menurut Cramer (2002), pemahaman konsep asas pecahan yang kukuh di

peringkat awal pendidikan boleh membantu pelajar membina strategi yang teratur untuk

menyelesaikan masalah melibatkan pecahan.

Walau bagaimanapun, isu dalam kesukaran mengajar dan mempelajari subjek

Matematik khususnya topik pecahan masih wujud dalam kalangan murid mahupun guru.

Malah kenyataan ini turut disokong dalam kajian terhadap isu Matematik yang dilakukan

oleh Sabri (2006), iaitu terdapat pelbagai masalah yang dihadapi dalam pendidikan

Matematik. Masalah yang disebut termasuklah faktor minat, persepsi murid, penggunaan

bahasa matematik dan persekitaran dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik.

Justeru itu, kepelbagaian pendekatan mengajar adalah wajar dilakukan oleh warga

pendidik dalam usaha untuk mengenalpasti pendekatan yang wajar dan sesuai dengan

keperluan murid yang diajar bukannya bergantung kepada satu pendekatan sahaja.

Untuk menjadi guru yang berjaya, haruslah mampu mengatasi dan menyelesaikan

masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan bijaksana (Nik Aziz,

1996).

Dalam konteks kajian ini, pengkaji telah menjalankan analisis kesalahan murid ketika

menambah pecahan berbeza penyebut menggunakan kaedah lazim. Hasil analisis ini

akan digunakan untuk membuktikan keberkesanan kaedah Tetulang GSTK seterusnya

boleh digunakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.
FOKUS KAJIAN

Fokus kajian saya ialah menambahbaik amalan pengajaran dalam kemahiran

penambahan pecahan berbeza penyebut menggunakan teknik Tetulang GSTK. Masalah

murid yang dikenalpasti ialah murid sukar melakukan penambahan pecahan apabila

melibatkan penyebut yang tidak sama. Masalah ini perlu diatasi kerana murid perlu tahu

operasi penambahan pecahan melibatkan penyebut berbeza supaya dapat

menyelesaikan masalah yang melibatkan topik tersebut. Murid tidak menukar penyebut

pecahan kepada gandaan terkecil menyebabkan jawapan akhir salah. Menurut Rees &

Barr (1984) murid cenderung melakukan kesilapan menambah pengangka dengan

pengangka dan penyebut dengan penyebut disebabkan kebiasaan dan kefahaman yang

diterima semasa menambah nombor bulat. Murid perlu tahu bagaimana menukar

penyebut pecahan kepada gandaan sepunya terkecil sebelum melakukan penambahan

kerana kesalahan melakukan penambahan berlaku apabila penyebut belum disamakan.

Saya menekankan penggunaan teknik Tetulang GSTK dalam kajian saya kerana

murid dapat melihat proses mengenal pasti penyebut sepunya terkecil berlaku. Fokus

kajian ini menggunakan teknik Tetulang GSTK kerana kebolehgunaan teknik ini boleh

diperluaskan kepada guru-guru lain di kelas yang lain yang turut menghadapi masalah

yang sama. Pengusaan matematik adalah penting bagi pelajar menunjukkan inisiatif

sendiri untuk membuat latihan dan menyelesaikan masalah matematik dari semasa ke

semasa (Sabri, Zawani & Omar, 2006). Fokus kajian ini juga amat sesuai kerana

kemahiran penambahan pecahan adalah salah satu daripada kemahiran asas dalam

Matematik yang perlu dikuasai murid serta merupakan salah satu kemahiran yang

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kajian ini diharapkan dapat membantu

meningkatkan penguasaan konsep penambahan pecahan berbeza penyebut.


OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk


I. Mengenal pasti bagaimana amalan pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan pendekatan teknik “Tetulang GSTK” dapat menambahbaik
amalan pengajaran dan pembelajaran guru.
II. Meningkatkan kefahaman murid dalam operasi penambahan pecahan
berbeza penyebut dengan menggunakan teknik “Tetulang GSTK”.

Soalan Kajian

I. Adakah teknik “Tetulang GSTK” dapat menambahbaik amalan pengajaran


saya dalam penambahan pecahan berbeza penyebut?
II. Adakah teknik “Tetulang GSTK” dapat membantu murid meningkatkan
prestasi dalam penambahan pecahan berbeza penyebut?
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian dipilih berdasarkan markah ujian pra. Murid dalam kajian ini terdiri
daripada 4 orang murid tahun 5 di salah sebuah sekolah di daerah Seremban, Negeri
Sembilan. 4 orang murid ini terdiri daripada 2 orang murid perempuan dan 2 orang murid
lelaki. Berdasarkan data yang dikutip dari ujian pra, kesemua murid yang menjadi peserta
kajian mempunyai kesukaran dalam penambahan pecahan berbeza penyebut dan pola
kesalahan yang dilakukan oleh semua peserta kajian hampir sama.

TINDAKAN
Sebanyak 3 sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan untuk
membimbing murid-murid meningkatkan penguasaan terhadap penambahan pecahan
berbeza penyebut. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung selama 30
minit semasa ketiadaan guru di dalam bilik darjah. Rajah di bawah menunjukkan carta alir
pelaksanaan tindakan yang telah dilakukan secara berperingkat.

SESI 1

 Guru menunjukkan cara menggunakan ‘Tetulang GSTK’ untuk menambah pecahan


berbeza penyebut.
 Murid menyelesaikan soalan-soalan penambahan pecahan berbeza penyebut dengan
menggunakan ‘Tetulang GSTK
 Guru memberikan bimbingan yang sepenuhnya kepada murid-murid.

SESI 2

 Guru menerangkan semula cara menggunakan ‘Tetulang GSTK’ untuk menambah


sebarang pecahan berbeza penyebut.
 Murid menyelesaikan soalan-soalan pecahan berbeza penyebut dengan berpandukan
kepada ‘Tetulang GSTK’
 Guru mengurangkan bimbingan kepada murid.

SESI 3

 Guru memberikan ujian penambahan pecahan berbeza penyebut.


 Guru tidak memberikan sebarang bimbingan kepada murid.
DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dihuraikan berdasarkan tiga tema yang telah dipilih iaitu cara
penyampaian guru, penglibatan guru dan penguasaan kemahiraan. Tema penyampaian
guru dianalisis berdasarkan kaedah pemerhatian dan temu bual. Dalam kaedah
pemerhatian, pemerhati bersetuju bahawa cara penyampaian pengkaji menggunakan
Tetulang GSTK untuk mengajar dapat membantu meningkatkan kemahiran murid dalam
penambahan pecahan berbeza penyebut apabila pengkaji memastikan murid dalam
keadaan bersedia sebelum memulakan pengajaran, menerangkan penggunaan Tetulang
GSTK dengan jelas dan juga memberikan contoh yang sesuai serta mencukupi kepada
murid. Dalam kaedah temu bual pula, kesemua peserta kajian juga bersetuju bahawa
penyampaian pengkaji semasa mengajar menggunakan Tetulang GSTK sangat baik.
Mereka bersetuju bahawa pengkaji dalam keadaan bersedia dan memastikan murid juga
bersedia sebelum memula sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga bersetuju
bahawa pengkaji telah menerangkan teknik baharu dengan jelas dan baik serta
memberikan contoh yang sesuai dan mencukupi. Hasil daripada analisis data yang telah
dikumpulkan daripada kedua-dua kaedah ini mendapati bahawa cara penyampaian
pengkaji semasa mengajar kemahiran penambahan pecahan berbeza penyebut sangat
baik dengan menggunakan Tetulang GSTK. Cara penyampaian yang baik ini telah
menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu adakah teknik Tetulang GSTK dapat
menambahbaik amalan pengajaran dalam penambahan pecahan berbeza penyebut.
Tema yang kedua pula ialah penglibatan murid. Tema ini juga dianalisis berdasarkan
kaedah pemerhatian dan temu bual. Bagi kaedah pemerhatian, pemerhati bersetuju
bahawa pengkaji telah melibatkan murid secara aktif di dalam pengajaran dan
pembelajaran apabila menggalakkan murid untuk turut serta dalam proses pembelajaran.
Pengkaji juga membuat perbincangan jawapan serta menunjukkan langkah pengiraan
bersama murid menggunakan Tetulang GSTK. Selain itu, pengkaji juga telah membantu
murid menyelesaikan soalan menggunakan Tetulang GSTK semasa sesi 1. Bagi kaedah
temu bual pula, kesemua peserta kajian bersetuju bahawa mereka telah melibatkan diri
secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan Tetulang GSTK.
Hal ini kerana mereka bersetuju bahawa guru telah memberikan galakkan yang baik dan
mereka sangat berminat untuk menggunakan Tetulang GSTK. Mereka juga menyatakan
bahawa Tetulang GSTK ini mudah untuk digunakan semasa menjawab soalan
penambahan pecahan berbeza penyebut. Hasil daripada analisis data kedua-dua kaedah
ini mendapati bahawa murid telah terlibat dengan aktif ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran. Penglibatan murid yang aktif ini telah membuktikan bahawa amalan
pengajaran pengkaji telah ditambah baik semasa mengajar menggunakan Tetulang
GSTK.
Tema yang ketiga pula ialah penguasaan kemahiran. Tema ini dianalisis
berdasarkan kaedah analisis dokumen dan pemerhatian. Bagi kaedah analisis dokumen,
pengkaji dapati peratus bagi markah ujian pasca bagi setiap peserta kajian telah
meningkat setelah diperkenalkan dengan Tetulang GSTK.

Peningkatan Markah Murid (%)


120%

100%

80%

60%

40%

20%

0%
Murid A Murid B Murid C Murid D

Ujian Pra Ujian Pasca

Rajah 13. Analisis Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Semasa ujian pra, murid A, murid B, murid C dan murid D masing-masing


memperoleh markah 20%, 40%, 20% dan 20% di mana markah ini boleh kelaskan
kan pada tahap yang lemah. Namun, setelah Tetulang GSTK diperkenalkan,
penguasaan terhadap penambahan pecahan berbeza penyebut meningkatkan rata-
ratanya kepada 80% hingga 100%. Hal ini telah membuktikan bahawa Tutulang
GSTK dapat meningkatkan tahap penguasaan murid bagi penambahan pecahan
berbeza penyebut.

Melalui analisis data yang telah dijalankan, pengkaji mendapati objektif kajian
pengkaji telah tercapai iaitu pengkaji telah dapat menambah baik amalan pengajaran
bagi meningkatkan kemahiran penambahan pecahan berbeza penyebut melalui
Tetulang GSTK. Pengkaji juga telah dapat meningkatkan prestasi murid dalam
penambahan pecahan berbeza penyebut dengan menggunakan Tetulang GSTK.
Kesimpulannya, kajian ini telah mencapai objektifnya berdasarkan dapatan daripada
analisis data kualitatif dan juga data kuantitatif.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Dalam kajian ini telah dibuktikan bahawa pengkaji dapat menambahbaik amalan
pengajaran pengkaji dengan menggunakan Tetulang GSTK untuk membantu kemahiran
menambah pecahan berbeza penyebut. Walau bagaimanapun, kajian ini masih boleh
ditambahbaik lagi untuk menghasilkan kajian yang lebih memberangsangkan, tepat serta
bermanfaat kepada para pendidik khususnya kepada guru yang mengajar mata pelajaran
matematik.

Penambahbaikan pertama yang boleh pengkaji lakukan ialah menambah bilangan


ruang untuk menulis gandaan pengangka dan penyebut menjadi 15 atau lebih. Hal ini
kerana murid tidak dapat mencari gandaan sepunya terkecil jika melibatkan nombor yang
besar. Selain itu, pengkaji juga perlu menambahbaik dari aspek estetika di mana
Tetulang GSTK akan tampak lebih menarik sekiranya dihiasi dan diwarnai dengan unsur-
unsur seni yang menarik. Murid-murid sudah tentu akan menjadi lebih tertarik sekiranya
terdapatnya unsur-unsur ini.

Penambahbaikan yang seterusnya pula berkaitan dengan amalan pengajaran


pengkaji. Semasa menerangkan cara penggunaan Tetulang GSTK, pengkaji hanya
bergantung kepada pen marker dan papan putih kemudian menerangkan secara manual.
Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah menyediakan video manual penggunaan
Tetulang GSTK supaya murid lebih mudah faham dan mengingati cara penggunaannya.
Penggunaan unsur TMK dalam sesi PdP secara tidak langsung mampu meningkatkan
lagi keberkesanan proses penyampaian pengajaran yang berkesan kerana video mampu
merangsang pelbagai deria seperti pendengaran dan penglihatan. Menerusi video juga,
guru tidak perlu menerangkan berulang-ulang secara manual kerana ia meletihkan
sebaliknya guru boleh memaparkan video manual penggunaan Tetulang GSTK secara
berulang-ulang supaya murid dapat memahami dengan lebih jelas.
RUJUKAN

Cramer, K.A., Post, T.R., and DelMas, R.C. “Initial Fraction Learning by Forth and Fifth

Grade Students: A comparison of the Effects of Using Commercial Curicula with the

Effects of using the Rational Number Project curriculum.” Journal daripada Research

in Mathematics Education, 33 (2) (March 2002), pp. 111-144.

Nik Aziz. (1996). Pendekatan Konstruktivisme Radikal dalam Pendidikan Matematik.

Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Sabri Ahmad, Tengku Zawawi dan Aziz Omar, (2006). Isu-Isu Dalam Pendidikan

Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Rees, R., & Barr, G. (1984). Diagnosis and Prescription: Some Common Maths

Problems. London: Harper and Row.

Sabri, Z.O. (2006). Isu-isu Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: UTUSAN

PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD.

Anda mungkin juga menyukai