Anda di halaman 1dari 4

Permainan kecil (10 minit)

Bahan yang diperlukan:

 5 kon
 Bola baring
 Wisel

Rajah pelaksanaan aktiviti:

50m

50m

50m

50m

50m

Cara pelaksanaan

Sebelum aktiviti

1. Guru meletakkan kon 50 m daripada garisan permulaan dalam setiap kelima-lima lorong .

Semasa aktiviti

2. Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan kecil yang terdiri daripada 8 orang.
3. Setiap kumpulan beratur di belakang garisan permulaan pada setiap lorong.
4. Semasa wisel dibunyikan, setiap pelajar pertama dalam kumpulan masing-masing akan
membawa bola baring dan berlari pecut sebanyak 1 kali pusingan dengan bantuan kon
sebagai penunjuk jarak. (50m + 50m = 100m)
5. Semasa tiba semula baris, pelajar pertama akan memberikan bola baring tersebut kepada
pelajar seterusnya.
6. Langkah 4-5 diulangi oleh pelajar 2-8.
Selepas aktiviti:

1. Guru mengemukakan kedudukan setiap pasukan dalam aktiviti ini.


2. Guru membimbing pelajar membuat refleksi ringkas terhadap aktiviti tersebut.

Fasa penutup (10minit):

Masa minit 5 pertama:

Contoh-contoh aktiviti mengejukkan badan

1)Regangan tengkuk
Cara-cara melakukan

 Pertama sekali meletakkan kedua-dua tangan di bawah dagu


dan menolak kepala ke atas.
 Seterusnya,melatakkan kedua-dua tangan di atas kepala dan
menolak kepada ke bawah.
 Aktiviti yang sama diulang dengan menolak kepala tangan ke kiri
dan kanan.
 Setiap langkah diulang selama 8 saat.

2) Regangan bahu
Cara-cara melakukan

 Pertama sekali tangan dibengkokkan ke hadapan dada dengan


menolak siku tangan tersebut menggunakan tangan sebelah
yang bersilang.
 Seterusnya,meletakkan salah satu tangan di tulang belakang
dan menggunakan tangan yang bebas untuk menarik tangan
tersebut agar kedua-dua tangan dapat disentuh.
 Aktiviti yang sama dilakukan menggunakan tangan yang verbeza
selama 8 saat.

3)Regangan lengan

Cara-cara melakukan

 Memegang tangan di atas kepala dan meregang ke atas.


 Aktiviti ini diulangi meregang tangan ke bawah.
 Aktiviti yang sama dilakukan selama 8 saat.
4)Regangan hadapan

Cara-cara melakukan

 Duduk dalam posisi yang ditunjukkan dalam rajah.


 Seterusnya memegang pergelangan kaki yang lurus.
 Turunkan bahagia kepala ke lutut.
 Aktiviti ini dilaksanakan selama 8 saat.

5) Regangan “Groin”

Cara-cara melakukan

 Duduk dalam posisi seperti dalam rajah.


 Menolak salah satu lutut ke bawah,diikuti lutut yang lain.
 Seterusnya,menolak bahagian kepala ke arah bawah setakat
yang boleh.

6)Regangan belakang

Cara-cara melakukan

 Duduk dalam posisi seperti ditunjukkan dalam rajah.


 Kedua-dua tangan diletakkan di sebelah kaki dengan mengikut
kemampuan diri.
 Aktiviti yang sama dilakukan dengan menggunakan tangan yang
bersilangan.
 Aktiviti melakukan selama 8 saat.
6)Regangan Lunge

Cara-cara melakukan

 Menolak kaki ke depan mengikut kemampuan maksimum,kaki


yang bersilangan pula menjadi penahan berat badan.
 Aktiviti yang sama diulang dengan menggunakan kaki yang
bersilang dan dilaksanakan selama 8 saat.

Masa 5 minit kedua

1) Semua pelajar dikehendaki meletakkan semula peralatan yang digunakan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP).
2) Guru menyoal perasaan pelajar terhadap sesi PdP pada hari tersebut.
3) Guru membimbing pelajar merumuskan 4 jenis kemahiran yang diperlukan dalam acara
balapan 100 m iaitu kemahiran penggunaan “starting block”, pergerakkan tangan,
pergerakkan tapak kaki semasa larian dan gaya semasa tiba ke garisan penamat.
4) Guru menamatkan sesi PdP.

Anda mungkin juga menyukai