Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PAROI JAYA

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
PROJEK INOVASI
2019

BICARA BERIRAMA
“SYOKNYA BELAJAR
SEJARAH”

ANJURAN:
GURU PELATIH IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
1.0 PENGENALAN
Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di tahap dua
sekolah rendah. Objektifnya adalah untuk menyemai kefahaman terhadap mata
pelajaran Sejarah sejak sekolah rendah. Ini disebabkan melalui pengetahuan dan
kefahaman terhadap aspek sejarah negaralah yang mampu melahirkan murid yang
berjiwa patriotik.

Penekanan terhadap mata pelajaran Sejarah oleh pihak kerajaan adalah


disebabkan kepentingan sejarah dalam melahirkan warganegara yang cintakan
negara. Namun, dalam kalangan pelajar mata pelajaran Sejarah kurang mendapat
tempat di hati mereka kerana dikatakan membosankan dan padat dengan fakta-
fakta (Anuar Ahmad, Siti Haishah Abdul Rahman dan Nur Atiqah T. Abdullah, 2009).
Oleh hal yang demikian, inovasi dalam memperkenalkan subjek Sejarah penting
agar murid lebih tertarik dan mempunyai minat untuk belajar dalam subjek Sejarah

Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan


bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu
paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan
kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh
seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor.

Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk
menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan itu akan
ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan
kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-
bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo. Kelebihan bicara
berirama dipilih adalah ia dapat membantu murid membina keyakinan diri dalam
bertutur di khalayak ramai. Selain itu, ia juga membantu murid untuk berani
melontarkan idea dan pandangan di dalam kelas sewaktu pengajaran dan
pembelajaran. Malahan, latihan yang sering dijalankan membantu murid-murid untuk
bekerjasama dengan lebih baik

1
2.0 RASIONAL PROJEK
Rasional mengadakan Bicara Berirama Syoknya Belajar Sejarah ini adalah
berdasarkan beberapa perkara iaitu:
2.1 Selaras dengan kehendak Internship yang ditawarkan untuk PISMP Semester 8
Ambilan Jun 2015 iaitu penghasilan projek
2.2 Melatih guru pelatih mengendalikan aktiviti perkongsian dengan murid, guru dan
ibu bapa tentang Bicara Berirama Sejarah

3.0 OBJEKTIF PROJEK


3.1 Murid dapat didedahkan dengan subjek Sejarah terutamanya bagi murid tahap 2
3.2 Murid dapat melihat kepentingan dan keunikan dalam pengajaran dan
pembelajaran subjek Sejarah
3.3 Murid-murid dapat dilatih untuk bertutur di khalayak ramai dan membina
keyakinan diri
3.4 Murid dapat bekerjasama dengan lebih erat sebagai satu pasukan

4.0 KERJA TARIKH PENILAIAN


13 Mac 2019 (Rabu)

5.0 TEMPOH MASA PROJEK


18.02.2019 – 15.03.19 (1 bulan)

6.0 TEMPAT
Dewan Al-Farabi, SK Taman Paroi Jaya, Seremban

7.0 SASARAN
i. Murid-murid SK Taman Paroi Jaya
ii. Guru-guru SK Taman Paroi Jaya

2
8.0 PELAN TINDAKAN
Fasa TARIKH AKTIVITI
18.2.19  Berbincang dengan pengurus sekolah
19.2.19  Berbincang dengan mentor
 Menghasilkan kertas kerja
21.2.19  Menyerahkan kertas kerja kepada mentor untuk
disemak
22.2.19  Menghantar kertas kerja kepada Guru Besar untuk
1.Perancangan
mendapat kelulusan
25.2.19  Berjumpa Guru Besar untuk mengambil kertas kerja
yang telah diluluskan
26.2.19  Mencari atau membeli bahan-bahan yang
- diperlukan untuk hiasan murid
28.2.19

 Latihan Intonasi suara dan gaya bicara berirama


25.2.19  Merakam video latihan persembahan Bicara
- Berirama
2. Pelaksanaan
12.3.19

 Raptai latihan sebenar

13.3.19  Penilaian mentor dan pensyarah

3.Penilaian
14.3.19  Menghasilkan laporan bertulis tentang Bicara
Berirama Sejarah
13.3.19  Melengkapkan Portfolio Internship
14.3.19  Menghantar Portfolio Internship berserta rakaman
video proses pelaksanaan projek inovasi kepada
4.Pelaporan
mentor untuk dinilai
15.3.19  Semakan akhir Portfolio Internship
 Menghantar laporan bertulis kepada Unit Praktikum

3
9.0 Nilai-Nilai Komersial Projek

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas


negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata “setiap inovasi perlu mempunyai nilai
komersial” (Utusan, 2014, September 24).

Bicara Berirama Syoknya Belajar Sejarah ini mempunyai nilai komersial yang
tinggi terutamanya dalam bidang Bahasa dan Sejarah. Latihan dalam memahirkan
murid dalam tatacara dan teknik melakukan bicara berirama dapat mengembangkan
bakat pelajar dari segi persembahan yang akan dilakukan. Tambahan lagi, apabila
kemahiran dan tatacara bicara berirama sudah dikuasai, pertandingan-pertandingan
bicara berirama yang sering diadakan sepanjang tahun sama ada anjuran daripada
pihak kerajaan mahupun swasta boleh dihadiri oleh wakil-wakil Sekolah Kebangsaan
Taman Paroi Jaya.

Selain itu, guru yang turut didedahkan dengan bicara berirama mampu untuk
melatih sendiri murid-murid mereka pada masa akan datang tanpa perlu mengambil
jurulatih dari luar. Hal ini sekaligus dapat menjimatkan kewangan pihak sekolah.
Selanjutnya, seandainya murid dapat dilatih dengan baik dan mempamerkan hasil
persembahan yang cemerlang, tidak mustahil pasukan bicara berirama Sekolah
Kebangsaan Taman Paroi Jaya boleh mendapat hadiah wang tunai seterusnya
digunakan untuk aktiviti berkaitan bicara berirama yang akan datang.

10.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Projek Bicara Berirama Syoknya Belajar Sejarah dapat memberikan kepentingan


dan impak yang tersendiri terutamanya kepada guru dan murid sekolah. Projek ini
dapat menjadi permulaan kepada pasukan bicara berirama sekolah supaya sentiasa
bersedia apabila terdapat pertandingan yang dianjurkan. Selain itu, guru-guru boleh
mewujudkan kelab bicara berirama agar lebih ramai lagi pelapis dapat dilahirkan dan
menjadi suatu penanda aras kecemerlangan kokurikulum murid.

4
Murid-murid sendiri dapat merasai keseronokan dalam mempersembahkan
bicara berirama di samping meningkatkan keupayaan diri untuk kebih berani bertutur
di khalayak ramai dan membina keyakinan diri. Murid-murid juga dapat dilatih agar
bekerjasama secara efisien dan mencapai kejayaan bersama.

11.0 Anggaran Kos Projek

Bil Perkara Jumlah Harga Pengiraan Anggaran


Seunit Perbelanjaan Perbelanjaan
1 Hiasan (Ribbon dan 35 RM 5 RM 5 X 35 RM 175.00
Sarung Tangan Putih)
2. Air Minuman 24 x 600 ml 1 RM 10 RM 10 X 1 RM 10.00
3 Sijil Penghargaan 35
Jumlah RM 185.00

12.0 PENUTUP

Besarlah harapan pihak urus setia agar kertas kerja projek ini akan mendapat
kelulusan daripada mentor dan pihak pentadbir SK Taman Paroi Jaya. Hal ini bagi
memastikan projek ini dapat berlangsung dengan teratur dan memberikan impak
berpanjangan kepada Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya.

5
Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………….. …………………………………….
(MUHAMMAD AMIRUL BIN MAT ALI) (NORLIDAH BINTI HJ MD KODIRON)
Unit Pendidikan Sejarah (SK), Mentor Guru Pelatih,
Ambilan Jun 2015, SK Taman Paroi Jaya,
IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Seremban, Negeri Sembilan
Negeri Sembilan.

Diluluskan oleh:

………………………………………
(SUHAIMI BIN NORAZI)
Guru Besar ,
SK Taman Paroi Jaya,
Seremban, Negeri Sembilan.

Anda mungkin juga menyukai