Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PUSU

KM 11, JALAN GOMBAK, SELANGOR

Nama Program : Program Speaker’s Corner


Tarikh Pelaksanaan : Januari hingga November 2020
Sasaran : Semua Murid

PENDAHULUAN

Sudut Pidato atau padanannya dalam bahasa Inggeris ialah Speaker’s Corner, bermaksud
suatu kawasan khas yang bersesuaian untuk melaksanakan aktiviti pengucapan awam.
Hasrat untuk mengetengahkan kemahiran pengucapan awam ini adalah selari dengan
konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pengucapan awam merupakan proses
pembelajaran berpusatkan murid. Aktiviti ini pastinya berpaksikan elemen komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kreatif serta aplikasi nilai murni dan etika.

Arahan mewujudkan sudut pidato ini merujuk surat daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia, Ruiz KPM.100-1/7/2 Jld. 5 (30) bertarikh 6 Jun 2018. Setiap sekolah diarahkan
untuk mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) di sekolah masing-masing. Hal ini
adalah untuk merealisasikan aspirasi murid menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan
(PPPM) 2013-2015, Kementerian Pendidikan Malaysia.Setiap sekolah perlu melaksanakan
aktiviti-aktiviti berbentuk pengucapan awam sebagai salah satu kemahiran yang perlu
digilap dalam kalangan murid-murid sekolah.

PELAKSANAAN

Pihak sekolah telah mewujudkan Sudut Pidato (Speaker’s Corner) di kantin sekolah bagi
memastikan murid dilatih dengan kemahiran pengucapan awam. Aktiviti ini boleh dijalankan
menggunakan Bahasa Melayu atau juga Bahasa Inggeris. Sudut ini telah dimanfaatkan
secara optimum di mana waktu penggunaannya adalah sama ada semasa waktu rehat,
aktiviti kokurikulum dan program-program khas berdasarkan perancangan dan kesesuaian
pihak sekolah. Murid digalakkan menyampaikan maklumat tanpa menggunakan teks dan
dijalankan secara santai dan bersahaja. Ia melatih pengucap dan meyakinkan murid lain
melalui cara pembawaan pidato dari aspek isi tajuk, penampilan, gaya dan kesantunan
Bahasa.

KEKUATAN

Ruang ini berupaya memartabatkan Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan bersesuaian
dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Selain itu, sudut pidato ini juga mampu melahirkan murid-murid yang bakal menjadi
pemimpin yang berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran berhujah secara
spontan. Program ini juga dapat menghasilkan murid yang mempunyai tahap pengucapan
awam yang tinggi dan seterusnya meningkatkan kemahiran berbahasa, menyatakan
pandangan dan pemikiran dalam kalangan mereka.
Selain itu, murid dapat menggunakan daya fikir dalam berhujah dengan cepat, tepat dan
kritis serta kreatif selain bertujuan memberi peluang kepada mereka menyerlahkan bakat
dan kepetahan bertutur dalam Bahasa melayu dan Bahasa inggeris dengan fasih, petah,
yakin, kreatif dan berhemah.

KELEMAHAN

Terdapat beberapa kelemahan sepanjang pelaksanaan program Speaker’s Corner ini


antaranya ialah peruntukan masa yang terlalu singkat semasa waktu rehat bagi menjalankan
sesi pidato. Selain itu, kelengkapan P.A System juga tidak lengkap di sudut ini menyebabkan
kesukaran untuk guru menyediakan kelengkapan ini terlebih dahulu sebelum memulakan
sesi pidato. Kekangan ruang juga menyebabakan murid berasak-asak semasa menjadi
penonton sesi pidato.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sebagai cadangan penambahbaikan, aktiviti ini perlulah dijalankan pada tempat dan waktu
yang fleksibel mengikut keselesaan guru bertugas mengendalikan program ini. Program ini
mugkin boleh dijalankan sebelum perhimpunan agar dapat mengisi masa lapang sebelum
memulakan perhimpunan. Murid juga dapat menumpukan sepenuh perhatian di tapak
perhimpunan berbanding di kantin kerana kekangan masa dan ruang.

Disediakan oleh :

………………………………..
(NUR HAFIZZA MUNIRAH BT HAMDAN)
Penyelaras Speaker’s Corner
GAMBAR PELAKSANAAN PROGRAM SPEAKER’S CORNER 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PUSU

AKTIVITI BAHASA INGGERIS


TAHUN 3 AKTIVITI MEMBACA CERITA PENDEK
6 FEBRUARI 2020
TAHUN 4
18 FEBRUARI 2020

AKTIVITI BAHASA ARAB


TAHUN 4
23 JANUARI 2020

AKTIVITI MEMBACA PANTUN AKTIVITI BAHASA INGGERIS


TAHUN 2 TAHUN 4
31 JANUARI 2020 2 MAC 2020

Anda mungkin juga menyukai