Anda di halaman 1dari 3

WADAH BAHASA OLEH PENYELARAS BULAN BAHASA 2011 Puan Lucy Quinnie Ketua Panitia Bahasa Malaysia 2011

SK Kuala Kebulu

Yang Berusaha Encik Jubali Bin Ossen,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Kebulu , yang dihormati Encik Paul Anak Jarum,Penolong Kanan Pentadbiran ,Encik Bato Paran,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , Encik Liden Anak Endil,Penolong Kanan Kokurikulum,warga pendidik yang dikasihi,anggota kakitangan sokongan sekolah,barisan Pemimpin Muda Sekolah dan Asrama serta murid murid yang disayangi sekalian .Selamat pagi dan salam 1Malaysia untuk semua. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya maka kita dapat bersua kembali dan akan menyaksikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2011 Peringkat SK Kuala Kebulu . Jutaan terima kasih ditujukan kepada Encik Jubali Bin Ossen,Guru Besar SK Kuala Kebulu yang memberi sokongan padu dan kepercayaan yang tinggi kepada saya untuk menerajui Panitia Bahasa Malaysia tahun 2011.Sekalung penghargaan dan terima kasih khusus kepada Encik Paul Anak Jarum,Pengurus Kurikulum merangkap Pengerusi Program Bulan Bahasa yang sentiasa menyumbang idea dan berkongsi pandangan beliau dalam usaha membangun dan memartabatkan bahasa kebangsaan kalangan warga sekolah,khususnya murid-murid kita . Ucapan ribuan terima kasih juga kepada Encik Bato Paran dan Encik Liden Anak Endil,Naib Pengerusi Bulan Bahasa,rakan-rakan ahli panitia serta Ahli Jawatankuasa Kerja Khas Bulan Bahasa 2011 yang sudi bekerjasama merealisasikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2011 dan memastikan segala aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Tidak lupa juga saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua murid SK Kuala Kebulu yang sudah pastinya akan melibatkan diri secara aktif sepanjang Bulan Bahasa 2011 ini nanti. Pada hari ini saya berasa amat berbangga kerana sebentar sahaja lagi Guru Besar SK Kuala Kebulu akan merasmi dan melancarkan Bulan Bahasa 2011 peringkat sekolah.Tidak dapat dinafikan bahawa kempen dan Program Bulan Bahasa perlu diteruskan saban tahun memandangkan bahasa merupakan salah satu agenda utama yang sentiasa diberi perhatian oleh pihak sekolah di bawah Unit Kurikulum Sekolah dalam melahirkan warga yang benar-benar menjiwai gagasan 1Malaysia .Hal yang demikian kerana bahasa merupakan elemen yang amat penting sebagai alat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman agama.

Sebagai warganegara Malaysia,semua individu sepatutnya memperakui dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara,selain sebagai lambang jati diri yang sepatutnya disemat di jiwa seluruh warga Malaysia. Warga pendidik khususnya disarankan agar sentiasa memastikan keupayaan dan kemampuan berbahasa dengan baik dan lancar serta mampu menjadi contoh kepada murid-murid sekolah.Pihak sekolah harus berusaha untuk memupuk perasaan sayang,megah dan setia kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Ini dijelaskan melalui tema Bulan Bahasa:Bahasa jiwa Bangsa,1Bahasa,1Bangsa,1Negara.Program Bulan Bahasa bertujuan untuk; 1. Memantap,memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia. 2. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan. 3. Mengerat dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan. 4. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan bangsa. Bulan Bahasa merupakan usaha untuk menyemarakkan rasa cinta masyarakat terhadap bahasa kebangsaan melalui pelbagai program yang dirancangkan.Memperkasakan bahasa kebangsaan juga bermakna kita mendukung Perlembagaan Negara yang memaktubkan bahawa bahasa Melayu/Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara juga seiring dengan prinsip ketiga Rukun Negara iaitu mendukung Keluhuran Perlembagaan. Bahasa kebangsaan juga sejak sekian lama telah berperanan penting sebagai bahasa ilmu,bahasa pengantar pendidikan,bahasa perpaduan dan bahasa kemajuan bangsa.Sambutan Bulan Bahasa ini selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Maysia iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia,Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian , murid-murid khususnya harus pandai bertutur dengan menggunakan Bahasa Malaysia yakni Bahasa Melayu Baku.Warga pendidik pula perlu memastikan agar ejaan , sebutan ,intonasi dan kefasihan bahasa menjadi fokus utama dan membimbing murid dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.sesungguhnya usaha yang murni sudah pasti akan mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada kita semua. Sebelum saya mengundur diri , saya menyeru kepada semua murid agar sentiasa aktif dan menyertai pertandingan dan aktiviti lain yang dianjurkan sepanjang Bulan Bahasa ini , kepada rakan pendidik ,kita sewajarnya sentiasa peka dengan isu pendidikan agar anak didik kita mendapat manfaat sepenuhnya dan menjadi warganegara yang bertamadun dan berpendidikan tinggi. Akhir kata,selamat maju jaya dan renungilah mutiara kata berikut; Biarlah kita menjadi manusia yang mampu mengubah suasana , jangan menjadi manusia yang mudah terkesan ( berubah ) kerana suasana. Sekian,terima kasih .

Anda mungkin juga menyukai