Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN MINGGU PSS & PROGRAM NILAM

Dari Raub ingin ke Pontian,


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon kami mulakan majlis.

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun diatur pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt

Yang Berusaha
Pn Hjh Suriyah Bt Ghazali
Pengetua Sek. Men. Agma Nilai,
______________________________________
Penolong Kanan Akademik,
Puan Siti Aminah Ngan Bt Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Ust. Darmadi Bin Zulkefly
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran


Guru-guru,
Barisan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya
serta para pelajar yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke


hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama
berkumpul bagi melangsungkan Majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber dan Program
NILAM bagi tahun 2017.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Saudara
__________________________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Saudara________________________________
di atas bacaan doa itu tadi.
1
Hadirin dan hadirat sekalian

Minggu PSS ini diadakan untuk membudayakan sikap suka membaca di kalangan warga
SMAN khususnya para pelajar. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang minggu PSS
yang dapat memberi ilmu di samping para pelajar dapat mempamerkan bakat yang terpendam.
Antara aktiviti tersebut adalah Jualan Buku, Jejak Maklumat, Kem Membaca 1 Malaysia
(KM1M), Pertandingan Melukis Kulit Buku, Pertandingan Mereka Penanda Buku Kreatif dan
lain-lain.

Manakala Program NILAM merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang


bermatlamatkan membina tabiat membaca dalam kalangan murid dari sekolah rendah sehingga
sekolah menengah. Rasional program ini untuk memastikan budaya cintakan ilmu berjaya
dipupuk dalam kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya bilangan murid selaras dengan
hala tuju kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya bermaklumat. Program ini akan
dijalankan sepanjang tahun. Antara program yang dirancang adalah membaca dan merekod
bacaan NILAM, Pertandingan Sudut NILAM di dalam Kelas, Pembaca terbanyak bulanan, dan
Tokoh NILAM peringkat sekolah

Maklumat lanjut berkenaan aktiviti sepanjang minggu PSS dan Program Nilam akan
dipanjangkan ke setiap kelas. Diharap para pelajar memberikan kerjasama dengan menyertai
pelbagai aktiviti yang telah dirancang.

Makan nasi di tepi bendang,


bersambal tumis ikan bilis,
datanglah tuan kami mengundang,
tampil ke depan merasmi majlis.

Tanpa melengahkan masa lagi, Majlis menjemput Yang Berusaha

Pn Hajah Suriyah Bt Ghazali, Pengetua SMA Nilai

untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan Minggu PSS dan Program
NILAM 2017.Dengan segala hormatnya Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Puan pengetua di atas ucapan perasmian pembukaan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput puan pengetua untuk merasmikan Minggu PSS &
Program NILAM, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan Kem membaca 1 Malaysia. Program ini juga merupakan satu
program Kementerian Pelajaran Malaysia yang wajib dilaksanakan pada setiap tahun. Pada
tahun ini masa yang diperuntukkan adalah selama 33 minit 62 saat. Bahan bacaan akan
2
diedarkan oleh pengawas PSS. Guru dan para belajar boleh membuat bacaan sekarang dari
pukul ____________sehingga ___________.

Jam menunjukkan pukul ___________. Maka berakhirlah sesi bacaan bersama. Diharap para
pelajar dapat merekodkan bacaan tadi di dalam Buku Nilam.

Seterusnya dipersilakan Saudari _____________________ untuk membuat ulasan buku yang


bertajuk ______________________.

Terima kasih kepada Saudari ___________________atas ulasan buku tadi.

Seterusnya dijemput pula saudari ________________________untuk membuat ulasan buku


yang bertajuk______________________________________.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudari atas ulasan buku itu tadi. Diharap para
pelajar mendapat manfaat dan ilmu dari apa yang telah disampaikan tadi.

Bersarang merbah di Kuala Langat,


Manis madunya pabila dimakan,
Suasana meriah bertambah hangat,
Lagu NILAM kami persembahkan.

Sebagai halwa telinga, kita meriahkan majlis kita pada pagi ini dengan persembahan Lagu
NILAM daripada Kumpulan Koir Pengawas Pusat Sumber SMA Nilai.

Dengan sukacitanya, majlis mempersilakan...

NYANYIAN LAGU NILAM

Begitu lah tadi persembahan nyanyian Lagu NILAM oleh Kumpulan Koir Pengawas Pusat
Sumber SMA Nilai
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirlah Majlis Pelancaran Minggu PSS
dan Program NILAM pada tahun ini.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada puan Pengetua, guru-guru Penolong Kanan,
guru-guru serta murid-murid sekalian atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis
pada hari ini.

Kami bagi pihak Pusat Sumber Sekolah juga ingin menyusun sepuluh jari memohon seribu
kemaafan sekiranya terdapat sebarang kecacatan dan kepincangan sepanjang perjalanan majlis
ini.

3
Tinggi sungguh pohon cemara,
Tegak merimbun di tengah kota,
Tersalah, terkasar butir bicara,
Sepuluh jari maaf dipinta.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Mari dipetik sirih puan,


sirih dipetik di tepi perigi,
terima kasih tuan dan puan,
di lain masa berjumpa lagi

Sekian, dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah


hitaalawabarakatuh, majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai