Anda di halaman 1dari 3

ATUCARA MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL

PERSEKOLAHAN PERINGKAT SEKOLAH 2013


SK UNDANG JELEBU 2012 PADA 23 JANUARI 2013

PERISTIWA
Ketibaan
Tetamu Khas

BUTIRAN PENYAMPAIAN
Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahgia En. Mohd Fouzi B. Isa
YDP Persatuan Ibu Bapa & Guru SKUJ

Semua Hadirin Dipersilakan berdiri untuk nyanyian lagu negaraku


Nyanyian lagu negaraku

Ucapan Alu-aluan
pengerusi majlis

Hadirin dipersilakan duduk


Bsimillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
Majlis mengalu-alukan kehadiran
1 . Yang Berbahgia En. Mohd Fouzi B. Isa
YDP Persatuan Ibu Bapa & Guru SKUJ
2. Yang berusaha,
En. Zulkipili b. Osman
Guru Besar Cemerlang SKUJ
3. Yang dihormati
Tuan Hj. Alias B. Abd Rashid
Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKUJ
4. Yang Setia,
Sarjan Zakarian B. Rahim
5. Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru Skuj
6. Guru-guru penolong kanan, guru-guru, ibu bapa serta murid-murid
yang dikasihi sekalian

Hadirin Yang dihormati,


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan izinya, kita dapat berkumpul di dewan yang permai ini untuk
bersama-sama menjayakan Majlis penyampaian Bantuan Khas awal
Persekolahan Peringkat Sekolah 2013.
Untuk makluman kepada hadirin sekalian, majlis yang diadakan pada
petang ini adalah untuk menyampaikan bantuan awal persekolahan
yang berbentuk wang kepada para ibu bapa dan penjaga.

Bacaan doa

Hadirin yang dihormati,


Bagi memberkati majlis dengan ini dipersilakan, Al Fadhil Ustaz Mohd
Firdasu B. Haron untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(bacaan doa hingga selesai)
Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi

Penyampaian
Bantuan Awal
Pesekolahan

Hadirin dewan dihormati,


Seperti mana yang kita tahu, Di awal tahun inilah banyak kos yang
dikeluarkan oleh ibu bapa dan penjaga untuk membeli kelengkapan
persekolahan untuk anak-anak.
Oleh itu kerajaan telah berbesar hati untuk menyalurkan bantuan awal
persekolahan kapada para ibu bapa dan penjaga bagi meringankan kos
membeli keperluan persekolahan untuk anak-anak mereka. Ini juga
selaras dengan moto kerajaan iaitu rakyat didahulukan , pencapaian
diutamakan.
Bagi meneruskan sesi penyampaian bantuan awal persekolahan,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan En. Zulkupli B. Osman
naik ke pentas bagi mengiringi En. Mohd Fouzi B. Isa Selaku YDP PIBG
untuk menyampaikan bantuan kepada wakil ibu bapa dan penjaga.
Majlis dengan Segala hormatnya dipersilakan,

Majlis menjemput wakil ibu bapa / penjaga dari tahun 1


Majlis menjemput wakil ibu bapa / penjaga dari tahun 2
Majlis menjemput wakil ibu bapa / penjaga dari tahun 3
Majlis menjemput wakil ibu bapa / penjaga dari tahun 4
Majlis menjemput wakil ibu bapa / penjaga dari tahun 5
Majlis menjemput wakil ibu bapa / penjaga dari tahun 6
Majlis menjemput wakil ibu bapa / penjaga dari PPKI
Seterusnya Adat Tetamu datang bertandang, Cenderamata diberi tanda
ingatan,
Majlis mempersilakan En. Zulkipli B. Osman, GBC SKUJ untuk
menyampaikan cenderamata kepada En. Mohd Fouzi B. Isa di atas
kesudian beliau menyampaikan bantuan.
Begitulah tadi penyampaian bantuan awal persekolahan yang telah
dilakukan oleh En. Mohd Fouzi B. Isa selaku YDP PIBG. Majlis
merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kesudian
menyampaikan bantuan awal pesekolahan itu tadi.

Penutup &
Jemputan ke
Jamuan

Hadirin yang dihormati,


Pihak sekolah amat berharap bantuan yang diberikan ini dapat
digunakan dengan sebaik mungkin. Ini kerana dengan adanya
kelengkapan persekolahan yang baru akan dapat menyuntik semangat
murid-murid untuk terus berjaya dalam pelajaran maka
Dengan ini berakhirlah sudah majlis Penyampaian Bantuan Awal
Persekolahan pada tahun 2013. Saya akhiri majlis kita dengan lafaz
wabilahi taufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullah.

Ibu bapa boleh mengambil bantuan khas di kaunter yang telah


ditetapkan

Anda mungkin juga menyukai