Anda di halaman 1dari 7

SKRIP PENGACARA JAMUAN AKHIR TAHUN 2016

SEMESTA
PERKARA

KZ

ALU-ALUAN Bismillahirrahmanirahim
PENGACARA
MAJLIS
Ke pekan kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Tradisional melayu kita kagumi


Tema pilihan Semesta kali ini
Jamuan akhir tahun kita mulai
Mencipta kenangan tersemat di hati

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam


Perak Amanjaya.
Yang berusaha, Puan Naemah bt Ramli,
Pengetua SMK Sri Kota,

Yang Berbahagia, En. Zolazmi bin Ahmad,


Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru, SEMESTA
Yang Berusaha, En. Desmon Morgan John,
Penolong Kanan Pentadbiran SEMESTA,
Pn. Maznah bt Mohd Mahaiyuddin, Penolong
Kanan HEM SEMESTA,
Pn. Wan Niyati bt Wan Abdul Ghani,
Penolong Kanan Kokurikulum,
1

Guru-guru
Kanan,
Guru
Cemerlang,
Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf Semesta
2015/2016, serta guru-guru yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama


memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah kurnianya, maka kita
diberikan luangan waktu untuk sama-sama
berkumpul di hotel Seri Malaysia ini untuk
majlis jamuan akhir tahun SMK Sri Kota
2016.

Hendak berkunjung ke Tanjong Jara


Singgah dahulu di Tanjong Malim
Sambil berkumpul beramah mesra
Mempereratkan lagi silaturahim

Tujuan majlis ini diadakan, bukan sahaja


untuk majlis makan-makan, malah menjadi
medan terakhir bagi kita untuk beramah
mesra sesama kita, demi mempererat
silaturahim antara satu sama lain setelah
berpenat lelah dengan penglibatan dalam
pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang
tahun ini. Majlis ini juga bertujuan bagi
mengalu-alukan kehadiran Puan Pengetua
iaitu Puan Naemah bt Ramli ke sekolah
kita. Terima kasih kami ucapkan kepada
Puan Naemah kerana akhirnya kami
peroleh seorang pengetua yang baik hati
dan penuh tanggungjawab.
SALINA

DOA

Tuan-tuan dan puan-puan warga Semesta


sekalian,

Bagi memberkati majlis pada petang ini,


dipersilakan al-fadhil Ustaz Sayuti bin Mat
Nawi untuk memimpin bacaan doa majlis
dan sekali gus doa makan. Dipersilakan

yang berbahagia ustaz


Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada al-fadhil Ustaz Sayuti atas bacaan
doa sebentar tadi.
KZ

UCAPAN
PENGERUSI
KGS

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,


Meneruskan bingkisan, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan yang Pn.
Sakenah bt Abdullah, pengerusi Kelab Guru
dan Kakitangan SMK Sri Kota untuk
menyampaikan sepatah dua kata.
...
Majlis merakamkan penghargaan dan
terima kasih kepada Pn. Sakenah atas
ucapannya sebentar tadi.

SALINA

UCAPAN
PENGETUA

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin yang dimuliakan,

Meneruskan bingkisan ucapan, majlis


dengan penuh takzimnya mempersilakan
yang berusaha, Pn. Naemah bt Ramli ke
pentas untuk menitipkan sepatah dua kata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan

.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada Tuan Pengetua atas ucapannya

sebentar tadi.

KZ

HADIAH AJK Rakan-rakan guru sekalian,


KGS
Bagi meneruskan majlis pada kali ini, kami
menjemput tuan pengetua untuk
menyampaikan cenderamata kepada AJK
Kelab Guru 2015/2016. Seterusnya
mengumumkan AJK Kelab Guru bagi sesi
2017/2018.

Dipersilakan AJK Kelab Guru dan Staf sesi


2015/2016:

1. Pn. Sakenah bt Abdullah (Pengerusi)


2. En. Thallai Muthu A/L Pakiam (Naib
Pengerusi)
3. Pn. Salina bt Musa (Setiausaha)
4. Cik Goh Pei Kean (Bendahari)
5. Pn. Charlet A/P June Hamy Beris (AJK)
6. Cik Cheah Yoke Mun (AJK)
7. Cik Nooraini bt Md Saad (AJK)
8. Cik Nurul Husna bt Jamil (AJK)
9. En. Ramon bin Shariff (AJK)
10. Pn. Rashidah bt Zulkifli (AJK)

Pihak sekolah mengucapkan setinggi


ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa
Kelab Guru dan Staf 2015/2016 yang telah
memberi komitmen sepenuhnya dalam

badan kebajikan guru dan staf ini. Semoga


kerja buat tuan-tuan dan puan-puan akan
diberi balasan Maha Pencipta.

Seterusnya dipersilakan Pn. Naemah bt


Ramli, Pengetua Semesta untuk
mengumumkan AJK baharu.

..
Terima kasih kepada Puan Pengetua atas
penyampaian cenderamata dan
pengumuman jawatankuasa baharu itu
tadi.
SALINA

JAMUAN
MAKAN

Guru-guru yang dikasihi sekalian,

Selesai ucapan itu tadi, majlis


mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan
untuk menjamu selera.

SALINA/
KZ

PENYAMPAI
AN HADIAH/
CABUTAN
BERTUAH

1. Cabutan bertuah
2. Pakaian sedondon (tengok dulu) 2 org
.
.
3. Pakaian mengikut tema
..
4. Hadiah bonanza (tengok dulu)

..

SALINA/
KZ

PENUTUP

Kehidupan kita umpama belayar,


Yang telah sampai ke pelabuhan,
Umpama berkayuh telah sampai ke muara,
Umpama berjalan telah hampir ke destinasi

Hadirin sekalian..

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaaf
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga persahabatan tersimpul rapi.
Mudah-mudahan kita berjumpa lagi.

Tetapi sebelum itu,

Dari rokan ke Lnderagiri,


membawa tinta ke Kuala Linggi;
baliklah tuan rehatkan diri,
esok kita bertugas lagi.
Sekian,terima kasih.

Wabillahi taufk wahidayah.


Wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai