Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Majlis Penutupan Ihya’ Ramadhan, Sumbangan Anak Yatim dan

Khatam Quran SKSB

QUE: MULA MAJLIS

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

Dengan bismillah…lafaz dimula,


Dengan bismillah… restu dipinta,
Segala usaha telah pun mendapat hidayat-Nya,
Semoga beroleh seluruh berkat-Nya.
Amin.

1. Yang Berusaha, En. Mohd Tasrib bin Marpongi, Guru Besar SK Sg. Buaya,
Banting
2. Yang Dihormati, Pn. Fatimah binti Embong, Guru Penolong Kanan 1,
3. Yang Dihormati, Pn. Azura binti Shaharudin, Guru Penolong Kanan HEM,
4. Yang Dihormati, Pn. Jariah binti Juli, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
5. Barisan warga pendidik SK Sg. Buaya, Banting
6. Seterusnya murid-murid yang dikasihi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ah lan wa sah lan wamarhababikum...
ke Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan, Sumbangan Anak Yatim dan Khatam Quran SK
Sg. Buaya.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis pelajar PISMP 8.06 Pengajian Bahasa Melayu
IPG Kampus Pendidikan Islam
Hadirin sekalian,

Sesungguhnya,
Kita di bulan Ramdhan,
dimana nafas kita menjadi tasbih
tidur kita menjadi ibadah
amal kita diterima, doa kita di ijabah
sebelum cahaya syurga padam
sebelum hidup berakhir
sebelum pintu taubat tertutup,
insya-Allah ,
kita masih diberi kesempatan,
untuk mendapat keampunan dari-Nya.

QUE: DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin Sekalian, majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa. Oleh itu, majlis menjemput
dan mempersilakan Al Fadil Ust. Mohamad Firdaus bin Baharuddin untuk memimpin
bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

---------- selesai bacaan doa-------------

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis pelajar PISMP 8.06 Pengajian Bahasa Melayu
IPG Kampus Pendidikan Islam
QUE : UCAPAN GB

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin sekalian, kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Guru Besar.
Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha En. Mohd Tasrib bin Marpongi, Guru Besar SK Sg. Buaya untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormat nya mempersilakan.

-----------selesai ucapan---------------

QUE : CERAMAH.

Hadirin sekalian, kelangsungan majlis pada pagi yang berbahagia ini diteruskan lagi
dengan ceramah yang bertajuk Aidilfitri di Rai, Pahala di Cari. Untuk itu, pihak majlis
menjemput dan mempersilakan Al Fadil Ust. Mohd Hakim Najmi bin Azenan untuk
menyampaikan ceramah beliau, dengan segala hormatnya, dipersilakan.

--------------- selesai ceramah -------------------------

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ceramah sebentar tadi.

QUE : KHATAM QURAN.

Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,

Majlis kita beranjak maju pada pagi yang berbahagia ini dengan majlis khatam quran
oleh anak-anak didik SK Sg. Buaya. Oleh itu, majlis menjemput Al Fadil Ust.
____________________________ untuk mengemudi bacaan khatam Quran. Dengan ini
majlis dengan segala hormatnya menyerahkan majlis ini kepada Al Fadil Ust.
_____________________________

Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis pelajar PISMP 8.06 Pengajian Bahasa Melayu
IPG Kampus Pendidikan Islam
QUE: SELESAI TADARUS,

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ust. __________________________

QUE : PENYAMPAIAN SUMBANGAN.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan hari raya kepada pelajar-pelajar
yang kurang berkemampuan dan anak yatim. Untuk itu, majlis menjemput
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

untuk menyampaikan sumbangan tersebut.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar yang kurang


berkemampuan.
Dijemput adik ______________________________

Seterusnya adalah penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar anak yatim.


Dipersilakan adik _________________________________

Seterusnya merupakan penyampaian hadiah pertandingan hafazan surah lazim.


Dijemput. ____________________________________________________________

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas penyampaian sumbangan dan hadiah
pertandingan sebentar tadi.

------- selesai penyampaian hadiah --------

QUE : MAJLIS BERSALAM-SALAMAN DAN BERMAAFAN.

Hadirin sekalian, seterusnya merupakan majlis bersalam-salaman antara kita warga


SKSB, oleh itu, majlis diserahkan kepada Ust. Firdaus untuk meneruskan majlis.

Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis pelajar PISMP 8.06 Pengajian Bahasa Melayu
IPG Kampus Pendidikan Islam
QUE : PENYERAHAN BUBUR LAMBUK.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian, wabillah taufiq wal hidayah wassalam……

Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis pelajar PISMP 8.06 Pengajian Bahasa Melayu
IPG Kampus Pendidikan Islam

Anda mungkin juga menyukai