Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Selain itu, kemahiran-kemahiran yang dipelajari turut membantu dalam


mendewasakan saya, di mana terdapat beberapa perkara yang pada awalnya saya anggap
tidak perlu diulangkaji lagi kerana sudah mahir dalam menggunakan kemahiran tersebut.
Tetapi pada hakikatnya, masih terlalu banyak yang harus dipelajari lagi. Sebagai contoh,
dalam penggunaan microsoft power point yang mana kami gunakan bagi tujuan membuat
pakej pembelajaran. Walaupun perisian tersebut seringkali digunakan ketika membuat mana-
mana pembentangan di bilik kuliah, namun saya masih belum mengetahui banyak perkara
yang boleh dibuat dengan menggunakan perisian power point. Saya menyedari hakikat itu
setelah melihat beberapa contoh pakej pembelajaran yang telah diberikan oleh pensyarah
pembimbing, dan mendapati bahawa masih jauh untuk saya mencapai tahap-tahap tertentu.
Oleh itu, sebagai jalan inisiatif, saya seringkali bertanyakan pendapat kepada pensyarah
pembimbing dan rakan-rakan mengenai fungsi-fungsi microsoft power point dengan lebih
mendalam. Alhamdulillah, dengan perkongsian yang ada, saya telah mempelajari banyak lagi
kemahiran-kemahiran baharu seterusnya membolehkan tugasan kerja kursus ini
disempurnakan dalam masa yang lebih singkat.

Tugasan kerja kursus projek ini juga turut memberi saya satu pengalaman yang sangat
menyeronokkan, di mana buat julung kalinya saya telah membina satu karya menggunakan
perisian digital secara individu. Hasil karya yang dihasilkan adalah salah satu dari kehendak
soalan tugasan, yang mana meminta saya dan rakan-rakan lain membuat lakaran, lukisan
dan catan sebagai hasil karya. Bagi saya, pengalaman baru seperti ini merupakan satu lagi
batu loncatan yang berharga untuk membawa diri ini ke aras yang lebih tinggi. Satu kemahiran
yang tidak pernah saya terfikir untuk mempelajarinya, kini telah menjadi salah satu
keistimewaan dalam diri saya sendiri

Secara keseluruhannya, kerja kursus kali ini telah menambah satu lagi ilmu yang
bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik yang perlu
menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam bidang teknologi. Selepas ini, segala
kemahiran yang diperolehi pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik
mungkin. Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang
terlibat dalam membantu untuk tugasan kali ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai