Anda di halaman 1dari 1

Secara umumnya, gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai satu proses atau amalan kesihatan  ke  arah

perubahan  hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan
pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau stres, dan yang paling penting
adalah menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko.
Manakala  menurut  Persatuan  Kesihatan  Sedunia  (WHO,  1946)  pula mentakrifkan perkataan
sihat sebagai: 
„Suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak
hanya ketika ketiadaan sakit. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk
meneruskan hidup dengan prospek positif.
Menurut kajian Lyons dan Langille (2001), konsep gaya hidup sihat dikategorikan sebagai satu
„kehidupan yang seimbang‰ di mana seseorang membuat satu pilihan dengan bijak. Walau
bagaimanapun, segala pilihan ini dipengaruhi beberapa faktor. Mereka juga menerangkan bahawa
gaya hidup yang sihat adalah suatu amalan untuk mengurangkan masalah kesihatan, pemulihan,
mengurangkan tekanan hidup dan meningkatkan mutu kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai