Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS SAMBUTAN PEN.KANAN HEM ; EN.

MAHASAN BIN SETAPA


28 FEB 2021, 10PG @ BILIK SEMINAR SEMEKA.

1 Perarakan masuk

Mengumumkan perarakan masuk Yang Berusaha. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan
rombongan ke dalam bilik seminar SEMEKA .

2 Pembuka Bicara

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬

Assalamualaikum...WBT
Dengan Bismillah, lafaz dimula

Dengan Bismillah restu dipinta

Segala usaha mohon mendapat hidayahNya

Semoga beroleh seluruh berkatNya.......

Bagi memuliakan majlis kita pada pagi yang berbahagia ini, marilah sama-sama kita membaca
Ummul Kitab Al-Fatihah....

3
PROTOKOL

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 Yang Berusaha, Tn. Hj Ahmad Azli b Abdullah, Pengetua SMK Kangkong

 Yang Berusaha TN Hj Hasnuddin bin Hashim, Pengetua Smk Tg. Panglima Raja

 Yang Berusaha, Pn. Wan Atikah bt Wan Abdullah, Pen Kanan Pentadbiran, SMK
KANGKONG

 Yang Berusaha Hj Wan Mazlan B. wan Hassan. Pen Kanan Pentadbiran , SMK Tg Panglima
Raja

 Yang Diraikan En. Mahasan Bin Setapa, Pen. Kanan HEM Baharu SMK Kangkong,

 Yang Berusaha Hj. Mohd Adenan B Ya’acob , Pen Kanan HEM SMK TgPR

 Yang Berusaha En Hamizat b Hamzah, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kangkong

 Yang Berusaha ____________________, Pen. Kanan KO kurikulum SMK TG PR

 Yang Berusaha Cik Sakinah bt Hamat, Pen Kanan Tingkatan 6

 Barisan guru ketua bidang

 dan seterusnya rakan -rakan guru SMK Kangkong serta guru-guru rombongan dari SMK TPR
yang dikasihi sekelian.
4 Alhamdullillah bersyukur kita ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama
berhimpun pada pagi ini sempena Majlis Sambutan Penolong Kanan HEM SEMEKA yang baharu.

Senja gemilang bayu berpuput


Gugur kenanga di celah jerami
Besarlah hati kami menjemput
Tuan bertamu di tempat kami

Serindit berkicau di pohon jati


Tempat bermain anak kenari
Bagai berdendang paluan hati
Dengar kabar Tuan ke mari

Pihak majlis serta seluruh warga SEMEKA merasa berbesar hati dan mengucapkan selamat datang
serta mengalu-alukan PEN.KANAN HEM ;EN MAHASAN BIN SETAPA dan semua tetamu yang
hadir, ibarat kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Semoga dengan kedatangan En. Mahasan dapat menyemarakkan lagi iltizam, memperkuatkan tekad,
memperkasakan ikhtiar bagi memajukan dan mengangkat taraf SEMEKA Khususnya dalam bidang
hal ehwal murid.

5 BACAAN DOA

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian…


 Bagi memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan, memohon keberkatan
agar majlis kita pada hari ini dalam rahmat Ilahi.
 Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al Fadhil Ustaz Khairi Anuar b
Mohd Yunus untuk memimpin bacaan doa.
 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

BACAAN DOA
 Amin Amiin.. Ya rabbal alamin...
 Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustz Khairi Anuar b Mohd Yunus di atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

6 UCAPAN PENGETUA SEMEKA & PENGETUA SMKTPR

Meneruskan acara Selamat Datang Penolong kanan HEM, Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj Ahmad Azli b Abdullah, Pengetua SMK Kangkong
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan…….………….

 Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn Pengetua, Tn Hj Ahmad Azli B Abdullah
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar itu tadi.

 Seterusnya majlis dengan penuh hormatnya menjemput, Yang Berusaha Tuan Haji
Hasnuddin Bin Hashim ; Pengetua SMK TG PR untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan. ............

Majlis setulus hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Tuan Haji Hasnudin bin Hashim ;Tn Pengetua SMK TPR atas ucapan
sebentar tadi.
7 Hadirin hadirat dan para jemputan yang dikasihi sekalian,

Sampai masa yang kita nantikan untuk mendengar bingkisan kata, lontaran idea dan gagasan. Bagi
maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang diraikan ..
En Mahasan Bin Setapa; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid baharu SMK KANGKONG untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan. ………….

Demikian tadi, satu penyampaian yang tulus, pengucapan yang telus, percikan kata yang halus
membawa mesej dan makna yang kudus dari yang diraikan En. Mahasan Bin Setapa Penolong Kanan
HEM Baharu SMK KANGKONG.

8 Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di
penghujung ini untuk mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Yang Berusaha En
Mahasan bin Setapa Penolong kanan HEM baharu.

Ucapan terima kasih kepada sekalian tetamu yang hadir serta semua pihak yang terlibat dalam
memastikan majlis permai pada pagi ini dapat dilangsung dengan jayanya.
Batu feringgi pantainya indah
Ramai pelancong ke Bukit Bendera
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera

Para tetamu jemputan dan juga para guru dijemput untuk menikmati juadah jamuan yang telah
disediakan

Sekian, Wassalamualakum wbt.

Anda mungkin juga menyukai