Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PERASMIAN HARI KEUSAHAWANAN

MASA & MC TEKS/ ANNOUNCEMENT CUE/ CATATAN


8.00 PAGI Mengumumkan ketibaan,  Kompang akan mengiringi
EN Yusof Bin Ismail , Penolong Pegawai Pendidikan Unit Hal Ehwal Murid ketibaan Dif jemputan / VVip
Daerah Kuala MUda Yan

 Lagu negarku dimainkan


(Lagu negaraku dipasang)
- Diambik alih oleh badan unit
(LINTAS HORMAT OLEH PASUKAN UNIT BERUNIFORM) beruniform

Yang berbahagia dan hadirin di jemput duduk.

8.30 pagi *
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Bismillahirrahmanirrahim,
1. Yang Berbahagi EN Yusof Bin Ismail , Penolong Pegawai Pendidikan
Hal Ehwal Murid Daerah Kuala MUda Yan

2. Yang Berusaha En. Soef bin Ismail , Pengetua SMK Tunku Ismail

3. Yang Dihormati
Pn Tunku Shofurha Binti Tunku Ahmad , Guru Penolong Kanan Kokurikulum
, Pn. Low Swee Yuen ,Guru Penolong Kanan Pentadbiran
,En Zahari Bin Zakaria , Guru Penolong Kanan Hem
, Pn Ruzana Binti Abidin , Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
,Pn M.wati Binti Ab Aziz , Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Guru – guru Kanan Matapelajaran, rakan- rakan guru,pelajar - pelajar serta
hadirin sekalian.

Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera , salam 1 malaysia dan salam


kedah aman makmur,
8.40am
MC Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat, tuan-tuan dan
puan-puan ke Majlis Perasmian Hari Keusahawanan SMK Tunku Ismail tahun
2018.

8.42am Bacaan Doa


MC
Hadirin yang dimuliakan,
Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Mohamad Iqmal Bin Zaba
dari kelas 5 A1 untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan. (DOA)
Amin amin yarabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih kepada adik Iqmal atas pimpinan doa sebentar tadi.

8.50 am Hadirin yang dihormati,


Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha ,En. Soef Bin Ismail
selaku, Pengetua SMK Tunku Ismail untuk memberi ucapan sepatah dua kata

(selesai ucapan alu aluan)


Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan alu – aluan dari tuan
pengetua kita itu tadi.

Ucapan Ucapan Perasmian  Serentak dengan tarian singa


Perasmian sebagai simbolik Perasmian
Daun semulur di pekan sari, Hari Keusahawanan
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami

Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia


EN Yusof Bin Ismail , Penolong Pegawai Pendidikan Hal Ehwal Murid Daerah
Kuala MUda Yan

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Hari


Keusahawanan SMK Tunku Ismail bagi tahun 2017.

Dipersilakan.

( Selesai ucapan Perasmian)

Demikian lah itu tadi ucapan perasmian dari


YANG BERBAHAGIA EN YUSOF BIN ISMAIL
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi.
Upacara Hadirin yang dihormati,
Gimik
Perasmian Acara pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan persembahan taekwondo
oleh unit taekwondo sekolah

Dipersilakan.

Dengan berakhirnya persembahan pelajar sebentar tadi, maka berakhirlah


majlis perasmian kita sempena Hari Keushawanan SMK Tunku Ismail

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi atas kesudian


EN Yusof Bin Ismail , Penolong Pegawai Pendidikan Hal Ehwal Murid Daerah
Kuala MUda Yan atas kesudian beliau merasmikan majlis pada hari ini.

Anak Haruan Berlima – lima,


Mati ditimpa panggur berdaun,
Budi tuan kami terima,
Jadi Kenangan bertahun – tahun.

Majlis juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Berusaha,En. Soef Bin Ismail , Pengetua SMK Tunku Ismail
Guru Penolong Kanan KOKO, Pn Tunku Shofurha Binti Tunku Ahmad,
Guru – guru penolong Kanan Pentadbiran, Ahli – ahli jawatankuasa Hari
Keusahawanan, Dan tidak lupa kepada semua yang hadir pada pagi
kerana menjayakan Hari Keusahawanan SMK Tunku Ismail tahun 2018.
Sebelum tuan-tuan dan puan-puan bergerak melawat pamera dan juga
gerai jualan , Majlis dengan takzimnya menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang
saya mengendalikan rostrum pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang
baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu datangnya
daripada kelemahan diri saya sendiri.
Buah selasih buah kelubi
Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.

Saya sudahi dengan Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.

Majlis mempersilakan Yang Berusaha, En. Soef Bin Ismail Pengetua SMK
Tunku Ismail untuk menjemput dan mengiringi
Yang Berbahagia EN YUSOF BIN ISMAIL selaku PENOLONG PEGAWAI
PENDIDIKAN HAL EHWAL MURID DAERAH KUALA MUDA YAN

Untuk melawat tapak pameran serta gerai jualan yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai