Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SPAOH 2014

1.0 PENGENALAN
 
Secara dasarnya, kepimpinan ialah suatu seni untuk mendorong dan menghala seseorang atau sesuatu
kumpulan ke arah sasaran yang telah ditetapkan dan difahami bersama dalam suasana kerjasama dan
rangsangan untuk terus mencapai peralihan tingkah laku ke arah kebaikan dan kejayaan dalam hidup.
Kepimpinan, sama ada terhadap diri sendiri seseorang individu atau sesuatu kumpulan sasar, memerlukan
ketajaman akal dan latihan berterusan agar sesuatu sasaran yang telah ditetapkan itu berjaya dicapai.

Sebenarnya, seseorang pemimpin itu tidak dilahirkan sebagai pemimpin, tetapi mereka boleh dilatih menjadi
‘pemimpin’. Bakat kepimpinan mereka perlu dicungkil dan digilap sebagai persediaan untuk menjadikan mereka
pemimpin yang berketrampilan pada masa hadapan. Modul kepemimpinan pengawas sekolah ini bertujuan
untuk memberi pemahaman kepada pelajar berhubung dengan kualiti kepemimpinan, pengurusan organisasi dan
kemahiran seperti pengendalian mesyuarat, pegucapan awam dan seumpamanya.Melalui kursus kepimpinan ini
juga sesuatu organisasi kepimpian akan dapat dibentuk secara holistic dengan menitikberatkan kerja
berkumpulan (team building) dan berfungsi sebagai satu pasukan (esprit de corp) . Melihat kepada tugas dan
tanggungjawab pengawas di sekolah pada hari ini menuntut banyak kemungkinan seperti keperluan
pengetahuan asas itu sendiri kepada mereka yang bergelar pengawas sekolah. Nilai tambah yang penting bagi
meningkatkan daya kepimpinan pengawas seperti kemahiran soft skill mampu memberi keyakinan kepada
pengawas dan seterusnya mencapai objektif secara maksimum.
 
Sabda Rasulullah s.a.w
“Setiap kamu adalah pemimpin (pengembala) dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang di
bawah pimpinannya”
 
2.0 DEFINISI
 
Kepemimpinan adalah jentera atau daya penggerak daripada sumber dan alat yang terdapat pada sesuatu atau
organisasi (Siagion, S.P.1981:6)

Kepemimpinan adalah sebagai daya penggerak yang membuat orang lain mengikut atau membuat sesuatu
dengan sukarela. (Mohd Khalid Yusof :1983)

1
KERTAS KERJA KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

3.0 OBJEKTIF
 
Modul yang disediakan dapat membantu pelajar menjadi pengawas yang dilengkapkan dengan pembentukan
personaliti dan kemahiran asas dalam proses menjadi pemimpin di sekolah. Di akhir kursus, selepas
menggunakan modul ini diharap peserta akan :
 
3.1. Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan serta potensi
diri sebagai pemimpin pelajar.
3.2. Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat
membina sikap positif.
3.3. Mengetahui tugas dan peranan sebagai pengawas.
3.4. Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan ’role model ’ oleh orang lain
3.5. Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan
3.6 Mengetahui kemahiran yang penting yang perlu ada pada pengawas.
3.7 Memberi komitmen untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan berterusan dalam memimpin pelajar
lain.
 3.8 Mengamalkan gaya kepimpinan dalam proses menjadi pemimpin.
3.9 Membentuk pelan tindakan untuk diri dan organisasi secara praktikal bagi melaksanakan program-
program pemimpin pelajar.

4.0 TARIKH / TEMPAT PROGRAM


4.1 28 Febuari - 2 Mac 2014 / Pusat Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Rajang, Sibu,
Sarawak

5.0 SASARAN PESERTA


5.1 Pengawas Sekolah sesi 2014 ( 87 orang )
 
 6.0 KANDUNGAN
 
6.1 Ice Breaking
6.2 Ceramah Kepimpinan Pengawas ( Kupasan Peraturan Sekolah, Tugas, Peranan dan Tanggungjawab
Pengawas.)
6.3 Kawat Kaki
6.4 Team Building (Kerja Berpasukan)/Ketahanan fizikal

2
KERTAS KERJA KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

6.5 Kerohanian
6.6 Aktiviti Lasak ( Iktiar hidup)
6.7 Rumusan/ Penilaian

 7.0 METODOLOGI
7.1. Ceramah dan Bengkel
7.2 LDK
7.3 Simulasi
7.4 Team Building
7.5 Outreach
7.6 Refleksi
7.7 Penilaian
 

3
KERTAS KERJA KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

8.0 JAWATANKUASA KURSUS KEIPMPINAN PENGAWAS SMK SPAOH 2014

Pengerusi : En Hazmi @Hajemi Bin Jahan (Pengetua)


Naib Pengerusi : Tn Hj Annuar Bin Pa’ei (Penolong Kanan HEM)
: En. Muniswaran a/l Retnasamy (Pen Kanan Koku)
Setiausaha/ Penyelaras : Puan Fatin Hanim Binti Rosdi (Kaunselor)
P. Setiausaha : Cik Kamesiah Mohamad Jam (Kaunselor)
Kem Komandan : En. Che Mohd Bashron bin Che Mohd Idris
Timb Kem Komandan : Cik Sharifah Norafidah bt Wan Bagus
Fasilitator : Puan Fatin Hanim Binti Rosdi
: En Mohd Khairul Hisham Bin Zulkifli
; Cik Kamesiah Mohamad Jam
Fasilitator Jemputan : En.Abduk Hadi (Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling IPG Rajang)

AJK Keselamatan / Kawalan pelajar


En.Edwin Anak Pengiran (K)
Cik Khadijah Binti Morshidi

AJK Penginapan
En.Mohd Khairul Hisham Bin Zulkifli (K)
Cik Lee Sze Yin

AJK Kerohanian
Ustaz Mohd Ridzuan Bin Md Isa

AJK Makanan
Katering

AJK Persiapan dan Pengemasan Semula


Semua

AJK Sijil & Hadiah


Puan Fatin Hanim Binti Rosdi
Cik Kamesiah Mohd Jam

AJK Peti Keselamatan


Cik Lee Sze Yin

AJK Kebersihan
4
KERTAS KERJA KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

Semua

AJK Siaraya & PA system


En.Che Mohd Basron Bin Che Idris
En.Shariff Bin Shafie

AJK Riadah
Puan Sharifah Norafidah Bin Wan Bagus
Cik Khadijah Morshidi

AJK Dokumentasi & Laporan


Encik Mohd Khairul Hisham Bin Zulkifli
En.Shariff Bin Shafie

AJK Peralatan
Cik Kamesiah Mohamad Jam

9.0 PERBELANJAAN
Penginapan = Berkhemah (Di Kem Santubong)
5
KERTAS KERJA KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

= ( Khemah mohon di PPD)


Makan (91 orang x RM 20.00 x3 hari) = RM 5 460.00
Pengangkutan ( Bas 2 buah ,1 buah Van ) = RM 8 000.00

Alatan modul
- Wisel 3 unit x RM 4.50 = RM 13.50
- Ball Pen 5 kotak x RM 1.50 = RM 375.00
- Tepung gandum 5 kg x RM 2.40 = RM 12.00
- Penyembur Gas 10 unit x RM 15.00 = RM 150.00
- Belerang (Sulfer) 5 Kg x RM 2.50 = RM 12.50
- Hamper 12 unit x RM 50.00 = RM 600.00
- Benang 4 paket x RM 6.00 = RM 20.00
- Kertas Majung 50 helai x RM 0.80 = RM 40.00
- Telur 90 biji x RM 0.35 = RM 31.50
- Kertas A4 3 rim x RM 12.00 = RM 36.00
- Bateri 9V 10 x RM 10.00 = RM 100.00
- Lampu Kalimantang 6 biji x RM 16.00 = RM 96.00
Jumlah = RM 1,486.50

JUMLAH = RM 14,946.50

10.0 TENTATIF PROGRAM


6
KERTAS KERJA KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

Hari JUMAAT SABTU AHAD


Jam
5.30 pagi   Persiapan Diri/ Solat Subuh/ Persiapan Diri/ Solat Subuh/
Kuliah Subuh Kuliah Subuh

7.00 pagi Berhimpun di SMK Spaoh. Riadah / Sarapan Pagi Riadah / Sarapan Pagi
Taklimat Keselamatan

8.15 pagi  Bertolak dari SMK Spaoh Slot 1: Peranan Pengawas: LDK 4 : Iktiar Hidup

10.15 pagi Minum Minum


10.30 pagi LDK 1 : Jungle Tracking Slot 8 :
-En.Hadi dan Fasilitator Rumusan / Penilaian .
Majlis Penutup

Pengemasan dan
pembersihan tapak
perkhemahan
12.30 tgh  Merarau / Solat Zohor Makan/ Solat Zohor/ Rehat Makan/ Solat Zohor/

2.30 ptg Dijangka tiba Pusat LDK 2 : Team Building Bertolak balik ke SMK Spaoh
Kokurikulum, IPG Rajang -En.Hadi
Taklimat dari Ketua Pusat
Kokurikulum.
4.30 ptg Minum/ Solat Asar Minum/ Solat Asar  
5.00 ptg Dirikan Khemah LDK 3 : Berkayak

6.00 ptg Persiapan Diri/ Makan Persiapan Diri/ Makan  


Malam/Solat Maghrib/ Kuliah Malam/Solat Maghrib/ Kuliah
Maghrib/ Solat Isya Maghrib/ Solat Isya

8.15 mlm Slot 2 : Slot 7 :


Ice-breaking Simulasi Pengurusan aturcara
- En.Hadi (Ketua Unit majlis
Bimbingan dan Kaunseling,
IPG Rajang)
09.00 mlm Slot 3 : Ceramah  LDK 4 :Sayang Si Buta  
Komunikasi / LDK Komunikasi

11.00 mlm Minum  Minum malam  

7
KERTAS KERJA KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

11.30 mlm Tidur Tidur  

11.0 PENUTUP

Menyedari akan kepentingan pembinaan jati diri dan pembentukan daya kepimpinan dalam kalangan pelajar,
Jawatankuasa Program ini merangka dan merancang untuk melaksanakan program tahunan seumpama ini agar
daya kepimpinan dalam kalangan Pengawas sekolah dapat dipupuk dan dikembangkan potensinya. Pembinaan
karektor untuk memimpin sangat perlu untuk dikembangkan agar jati diri sebagai pemimpin pelajar dapat
diadaptasikan dalam kehidupan yang lebih luas dan holistik.Semoga kem yang dilaksanakan ini dapat membantu
dalam pembinaan korektor memimpin yang cemerlang dalam kalangan pelajar-pelajar SMK Spaoh sesuai
dengan visi dan misinya “SMK Spaoh Berksesan 2014”.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

……………………………………… …………………………………………………..

( PUAN FATIN HANIM BINTI ROSDI ) ( EN. HAZMI @ HAJEMI BIN JAHAN)
Setiausaha Pengetua,
Kursus Kepimpinan Pengawas SMK Spaoh,
SMK Spaoh 2014.

Anda mungkin juga menyukai