Anda di halaman 1dari 5

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMKCFB 2021

KERTAS KERJA
PELANCARAN PROGRAM AMALAN PENYAYANG DAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH

1.0 PENDAHULUAN

Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap
kasih sayang di sekolah. Guru Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan
menyanyi , mengasiihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini
bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern)
terhadap murid-murid dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra
,mengambil berat , berbudi bahasa, saling menghormati dan sentiasa ceria, prihatin dan
sabar. Guru Penyayang seharunya menjiwai bahawa murid adalah asset yang perlu diberi
perhatian, dijaga , dibimbing ,dihargai kewujudnnya dan disayangi setiap masa.

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,


dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang
adalah seorang yang memilik sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang
berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih
sayang, bersikap mesra , mengambil berat, budi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria,
prihatin dan sabar. Guru Penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan asset
penting yang perlu diberi yang perlu diberi perhatian, dijaga ,dibimbing , dihargai
kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan
sifat professional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibubapa,komuniti dan
masyarakat.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan pengurusan , persekitaran sekolah ,guru dan kakitangan sekolah,


murid, ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjasama kea rah mewujudkan
sekolah dan masyarakt penyayang.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMKCFB 2021

2.2 Mewujudkan pengurusan , persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah,


murid, ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjasama ke arah mewujudkan
sekolah dan masyarakat penyayang.
2.3 Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga
sekolah.
2.4 Membantu menangani pelbagai masalah sosial dalam kalangan murid.
2.5 Meningkatkan perasaan kasih sayang dalam kalangan guru, dan kakitangan sekolah
terhadap murid-murid sekolah.
2.6 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah

3.0 JAWATANKUASA INDUK SEKOLAH PENYAYANG

Pengerusi : Puan Harisun Binti Hamid


( Pengetua SMK Convent Father Barre)

Timbalan Pengerusi : Puan Salha Binti Ahmad


( PK Hem SMK Convent Father Barre)

Naib Pengerusi 1 : Encik Isha Bin Hamidon


( PK Pentadbiran SMK Convent Father Barre)

Naib Pengerusi 2 : Puan Hafizoh Binti Mohamad @ Ismail


( PK Kokurikulum SMK Convent Father Barre)

Setiausaha : Puan Fatin Hanim Binti Rosdi)

Ahli Jawatankuasa : Puan Saemah Binti Shaari ( GK Bahasa)


: Puan Marami Fakhriza Binti Omar ( GK Kemanusian)
: Puan Yang Cheng Yeng ( GK Sains & Matematik )
: Cik Yusrina Binti Ashaari ( GK Teknik & Vokasional)
: Penyelia Tingkatan
: Semua Guru Tingkatan
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMKCFB 2021

4.0 TARIKH PELANCARAN


2 MEI 2021 / AHAD

5.0 ANGGARAN SUMBER KEWANGAN

PERBELANJAAN

Hadiah Untuk Sambutan Hari Lahir RM 2.50 x 400 = RM 1000.00


Murid ( Jan-Apr)

Sijil Kehadiran Penuh RM 50.00 = RM 50.00

Banner Pelancaran Amalan Guru RM 80.00 = RM 80.00


Penyayang

Jumlah = RM 1130.0

Sumber Kewangan

Peruntukan B&K RM 500.00 = RM 500.00

Sumbangan PIBG RM 650.00 = RM 650.00

Jumlah = RM 1150.00
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMKCFB 2021

6.0 TENTATIF PROGRAM

2 Mei 2021 7.30 pagi


(Ahad) : Video Pelancaran akan dimasukkan ke dalam Telegram Sekolah dan Guru
Kelas akan menyampaikan kepada semua murid

8.00 Pagi
: Penyampaian Sijil untuk Kehadiran Tertinggi Kelas dan Individu Bagi Bulan
April 2021 ( Sesi Pagi – Kelas )
: Penyampaian Hadiah Sempena Hari Lahir ( Januari – April 2021)

12.30 Tengah hari


: Penyampaian Sijil Untuk Kehadiran Kelas dan Individu Tertinggi Bagi Bulan
April 2021 ( Sesi Petang – Dewan Srikandi)
: Penyampaian Hadiah Sempena Hari Lahir ( Januari –April 2021)

7.0 PENUTUP

Program ini dirancang untuk dilaksanakan kerana pengisian dan matlamatnya sangat baik
kepada seluruh warga sekolah.Oleh itu semua pihak yang terlibat perlulah melaksanakan tugas
dan peranan masing-masing sebaik mungkin supaya matlamat yang diharapkan dapat dicapai.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMKCFB 2021

Disediakan oleh Disemak oleh

(FATIN HANIM BINTI ROSDI) (PUAN SALHA BINTI AHMAD )

Guru Bimbingan Dan Kaunseling Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
Smk Convent Father Barre SMK Convent Father Barre
Sungai Petani, Kedah Sungai Petani, Kedah

Diluluskan oleh

(PUAN HARISUN BINTI HAMID)

PENGETUA
SMK Convent Father Barre
Sungai Petani ,Kedah

Anda mungkin juga menyukai