Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LOBAK,

70200 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
HARI KECEMERLANGAN MURID
PRASEKOLAH
2019

TARIKH:
19 NOVEMBER 2019

TEMPAT:
DEWAN SJKT LOBAK

ANJURAN:
PRASEKOLAH SJKT LOBAK
1.0 PENDAHULUAN
Hari Anugerah Cemerlang merupakan agenda tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan iaitu
bagi menghargai murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun
kokurikulum. Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kemajuan
sekolah dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah
sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa. Di samping itu, Hari Anugerah
Cemerlang juga adalah sebagai medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah
dengan masyarakat setempat.

2.0 RASIONAL
Rasional utama pelaksanaan program ini adalah:
2.1 Menjadi motivasi kepada murid-murid prasekolah supaya berusaha bersungguh-
sungguh dalam pelajaran.
2.2 Menimbulkan minat dalam kalangan murid prasekolah untuk terus cemerlang dan
Berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum di samping memiliki sahsiah
terpuji.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid prasekolah yang
cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
3.2 Memberikan penghargaan kepada guru-guru yang memberikan komitmen yang
tinggi terhadap tugas dan menyumbangkan sepenuh tenaga kepada sekolah ini.
4.0 SASARAN
28 Murid berumur enam tahun.

5.0 CADANGAN PROGRAM

Tarikh : 19 November 2019


Hari : Selasa
Masa : 5.30 petang
Tempat : Dewan sekolah
6.0 ATURCARA MAJLIS
Rujuk Lampiran

7.0 ANGGARAN PERBELAJAAN


PERKARA KUANTITI SEUNIT JUMLAH
(RM) (RM)
Bouquet (Jambak 28 RM15.00 RM420.00
bunga)
Jubah 28 RM8.00 RM 224.00
Jumlah RM 644.00

8.0 PENUTUP
Pihak sekolah amat berharap agar segala persiapan dan persediaan untuk melaksanakan
program ini akan berjalan lancer serta penuh jaya. Segala kerjsama dan komitmen serta
sumbangan daripada semua pihak merupakan titik permulaan ke arah kecemerlangan anak-
anak prasekolah didik kita yang merupakan pemangkin dan pemimpin pada masa hadapan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

…………………………… …………………………… ……………………………


( Pn.P.Roslin) ( Pn.P. Alagamathi ) (Pn. K.Menahai)
Guru Prasekolah Penyelaras prasekolah Guru Besar

SJKT Lobak SJKT Lobak SJKT Lobak

Anda mungkin juga menyukai