Anda di halaman 1dari 4

Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Narinang

KERTAS KERJA

TAJUK

PROGRAM I AM A LEADER
”Kepimpinan Terarah Menjana Keutuhan Modal Insan”

( PRS, PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS P.SUMBER,

PENGAWAS PTK, PENGAWAS SPBT & KETUA KELAS )

( T1, T2, T3 )

TEMPAT

DEWAN, SMK NARINANG


KOTA BELUD

TARIKH
12/02/2019 ( SELASA )

1
Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Narinang

KERTAS KERJA PROGRAM “I AM A LEADER“


( PRS, PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, , KETUA KELAS 2019 )
ANJURAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
DENGAN KERJASAMA UNIT DISIPLIN, UNIT PUSAT SUMBER & PENYELARAS TINGKATAN
SMK. NARINANG, KOTA BELUD

Tema: ”Kepimpinan Terarah Menjana Keutuhan Modal Insan”

1.0 PENGENALAN

Program I Am A Leader diharapkan dapat menjadi platform untuk para pelajar


membina asas-asas kepimpinan dan menyedari tanggungjawab serta peranan diri. Ianya
juga dapat mewujudkan kumpulan pelajar yang bermotivasi tinggi, berpandangan jauh,
berkeyakinan, mempunyai daya juang dan tahan yang tinggi serta berupaya memupuk
semangat juang dan kerjasama berkumpulan yang tinggi. Program ini diharapkan dapat
memberikan pendedahan dan persediaan yang berguna kepada Pembimbing Rakan
Sebaya, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber,dan ketua kelas tentang peranan
dan tanggungjawab sebagai pemimpin terhadap diri dan sekolah.

2.0 MATLAMAT

Menyediakan diri pelajar yang berkebolehan, mempunyai keyakinan diri dan


berkebolehan dalam memimpin diri, rakan sebaya dan sekolah serta berdisiplin dan
cemerlang dari segi akademik, sahsiah, mental dan rohani yang kuat, teguh dan tahan
menghadapi cabaraan dan dugaan dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-
undang dan peraturan sekolah ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang,
terbilang dan gemilang serta menjadi warganegara yang baik pada masa akan datang.

3.0 OBJEKTIF

i) Menyediakan diri pelajar yang sedar akan tanggungjawab dan peranan diri sebagai
pemimpin.
ii) Membentuk daya tahan, berkeyakinan dan motivasi diri yang tinggi
iii) Membentuk PRS, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan ketua kelas yang
berdisiplin dan mempunyai sahsiah diri yang cemerlang.
iv) Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental para pelajar terutama dalam
menghadapi pelbagai cabaran sebagai pemimpin.
vi) Melengkapkan diri dengan pelbagai strategi memimpin dan dipimpin yang berkesan.
vii) Memupuk semangat kerjasama berkumpulan yang mantap.

2
Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Narinang

4.0 TARIKH

12 FEB 2019 ( RABU )

5.0 TEMPAT

Dewan SMK Narinang, Kota Belud dan Persekitaran sekolah

6.0 TUJUAN DIADAKAN DI SEKOLAH

01. Menjimatkan kos makan dan minum ( peruntukan PCG terhad )


02. Mengurangkan tenaga AJK pelaksana dalam kalangan guru yang sibuk dengan
tugasan sebagai guru.
03. Memberi pengalaman kepada pengawas dan PRS senior untuk mengendalikan
kursus kepimpinan.
04. Menggunakan sumber yang ada di persekitaran sekolah.

7.0 KUMPULAN SASAR

BIL JAWATAN JUMLAH


01 Pembimbing Rakan Sebaya 35 orang
02 Pengawas sekolah 20 orang
03 Pengawas Pusat Sumber 15 orang
04 Pengawas SPBT 15 orang
05 Ketua Kelas ( 1, 2, 3 ) 25 orang
06 AJK & Fasi Pelajar 20 orang
Jumlah 130 orang

Jumlah keseluruhan : 130 orang

8.0 TEMPOH MASA

1 hari ( 7.00 pagi – 5.30 petang )

9.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran A

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran B

3
Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Narinang

11.0 AJK PELAKSANA

Rujuk Lampiran C

11.0 SUMBER KEWANGAN

1. Peruntukan PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling

2. Peserta diminta membayar yuran penyertaan sebanyak RM5.00 untuk pelaksanaan


program ( Makan, Sijil penyertaan & bahan/peralatan aktiviti ). Ini bertujuan agar
peserta lebih menghargai kursus yang disertai kerana memberikan sumbangan dari
kewangan.

12.0 RUMUSAN

Diharapkan melalui Program I Am A Leader akan dapat melahirkan kumpulan pelajar


yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, tahan fizikal, mental dan mempunyai
ketanggungjawaban serta berfikiran positif dalam semua tindak-tanduknya. Disamping itu
boleh mengaplikasikan segala pengalaman semasa menyertai program ketika menjalankan
tugas sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas sekolah, , Pengawas Pusat Sumber dan
Ketua Kelas seterusnya membantu merealisasikan slogan SMK Narinang NO. 1.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(JOSEPHA ZADAH BT LIPON) ( JANTI MASTOR)


Penyelaras Program, Penolong Kanan HEM
Guru Kaunseling, SMK Narinang,
SMK Narinang, Kota Belud. Kota Belud.
22 JAN 2019

Disahkan oleh,

(SOLINGKOI SIDI)
Pengetua,
SMK Narinang,
Kota Belud.

Anda mungkin juga menyukai