KERTAS KERJA KURSUS PEMANTAPAN PRS 2012 ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK NARINANG 1.0 PENGENALAN Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan sumber bagi Unit Bimbingan dan kaunseling, ini adalah kerana mereka yang paling hampir dengan pelajar. Maka merekalah tempat utama yang boleh didekati oleh pelajar untuk berkongsi idea atau meminta pandangan. PRS perlu dilatih dan digilap supaya lebih menyerlah dan menjadi contoh ikutan kepada pelajar lain. Sesuai dengan falsafah pendidikan iaitu memerlukan para pelajar yang seimbang dari segi JERIS. Menyedari hakikat bahwa PRS kurang berkemahiran dalam membimbing rakan maka Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Narinang mengambil insiatif untuk menganjurkan kursus pemantapan PRS bagi ahli PRS yang baru serta yang belum pernah mengikuti kursus PRS.. Diharapkan dengan kursus ini akan membolehkan PRS lebih bertanggungjawab serta dapat membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam menangani masalah pelajar. 2.0 OBJEKTIF Di akhir kursus ini diharapkan semua PRS baru: 2.1 Mengukuh dan memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran bimbingan dan kaunseling 2.2 Mempunyai pengetahuan dari segi kemahiran asas kaunseling dan komunikasi 2.3 Menyedari tanggungjawab sebagai PRS 2.4 Lebih berkeyakinan dan mempunyai sifat kepimpinan 2.5 Dapat memainkan peranan mereka sebagai Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkesan 2.6 Dapat membantu UBK untuk memantapkan lagi perkhidmatan 3.0 TARIKH KURSUS 22 MAC 2012 (Khamis) 4.0 MASA Jam 7.00 pagi 5.00 petang 5.0 TEMPAT Dewan Sekolah / Bilik Gerakan SMK Narinang 6.0 SASARAN PRS baru dan belum pernah mengikuti kursus
BIL 1 2 3 TINGKATAN 1 2 4 JUMLAH BILANGAN PELAJAR 27 ORANG 21 ORANG 16 ORANG 64 ORANG
7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT 1 : En. Liasin Kaloh (Pengetua Cemerlang) PENASIHAT 2 : En. Japit Timbangan (Penolong Kanan Pentadbiran) PENASIHAT 3 : En. Zamri Ahmad ( Penolong Kanan HEM) PENASIHAT 4 : En. Peter Semudin ( Penolong Kanan Kokurikulum) PENASIHAT 5 : En. Faizal Abdullah ( Penolong Kanan Petang) Pengarah Program : Pn Josepha Z. Lipon Setiausaha : Jerry Malagob Bendahari : Joanes Sokodor AJK : PRS (senior) 8.0 TENTATIF PROGRAM
MASA 7.00 - 8.00 8.00 - 8.30 8.30 9.30 9.30 10.00 10.00 11.00 AKTIVITI PENDAFTARAN PESERTA AMANAT PENGETUA CERAMAH 1 MENGHAFAL LAGU PRS CERAMAH 2 TINDAKAN PRS SENIOR PENGETUA CEMERLANG JERRY MALAGOB (PERANAN PRS) PRS SENIOR JOSEPHA Z. LIPON (ASAS KEMAHIRAN KAUNSELING) JOANES SOKODOR (KEMAHIRAN KOMUNIKASI) PRS SENIOR PRS SENIOR PRS SENIOR PRS SENIOR PRS SENIOR TEMPAT DEWAN BILIK GERAKAN CATATAN PAKAIAN PRS / VEST PRS
BILIK GERAKAN
11.00 12.00
CERAMAH 3
BILIK GERAKAN
12.00 1.00 1.00 1.30 1.30 2.30 2.30 3.00 3.00 4.00 4.30 5.30
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Oleh kerana peruntukan kewangan UBK adalah terhad maka dipersetujui dalam mesyuarat PRS dan mesyuarat UBK bahawa kos makan tengahari akan ditanggung oleh peserta dengan bayaran RM3.00 disamping menggunakan wang tabung PRS.
BIL 01 02 PERKARA Makan tengahari / Minum Sijil penyertaan ANGGARAN HARGA RM 5.00 x 64 orang Sijil sekolah HARGA RM 320.00 -
9.0 PENUTUP Diharapkan Kursus PRS ini dapat membentuk ahli PRS yang boleh berfikir dan bertindak dengan rasional seterusnya membimbing rakan-rakan mereka yang lain ke arah yang positif disamping dapat memantapkan lagi kemahiran . Kerjasama daripada PRS baru dan PRS senior amatlah diperlukan untuk memastikan kejayaan kursus ini. Selain itu adalah menjadi harapan kami agar pihak pentadbiran dapat memberi sokongan padu mereka untuk menentukan kelancaran perjalanan kursus ini.
Disediakan oleh, (JOSEPHA ZADAH LIPON) Ketua Unit Kaunseling, SMK Narinang, Kota Belud. 02 MAC 2012
Disahkan oleh, ( )