Anda di halaman 1dari 13

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERIS PANCHOR

TAWANG, 16320 BACHOK, KELANTAN

LAPORAN

KEM KEPIMPINAN BADAN BERUNIFORM


SMK BERIS PANCHOR
PULAU REDANG 2017

5-7 MAC 2017

ANJURAN
ST JOHN AMBULANS MALAYSIA
SMK BERIS PANCHOR
Pendahuluan

Kem Kepimpinan Badan Beruniform SMK Beris Panchor Pulau Redang 2017
telah diadakan dengan kerjasama daripada pihak Pusat Kokurikulum Pulau
Redang, Terengganu pada 5 Mac 2017 (Ahad) hingga 7 Mac 2017 (Selasa).
Program ini adalah anjuran badan beruniform St John Ambulans Malaysia
(SJAM) SMK Beris Panchor yang disertai oleh ahli badan-badan beruniform
sekolah. Jumlah peserta kem adalah seramai 43 orang yang terdiri daripada 5
guru dan 38 pelajar (senarai peserta seperti Lampiran 1).

Tujuan

Kem ini diadakan adalah bertujuan antara lain untuk mendedahkan para pelajar
kepada pengalaman memimpin, pendekatan dan kaedah berkaitan kepimpinan
serta ingin melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berkeyakinan dan
bertanggungjawab dengan tugas-tugas dan peranan yang diberi.
Selain daripada itu, ia juga bertujuan memupuk sikap menghargai dan
cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah serta mengenali dengan
lebih dekat tempat-tempat menarik dalam negara. Tujuan lain adalah untuk
mengeratkan lagi hubungan antara badan-badan uniform sekolah.

Aktiviti

Hari Pertama (5 Mac 2017)


Peserta kem seramai 43 orang (5 guru dan 38 pelajar) bertolak dengan bas (Bas
Persiaran AZ Liner) dari SMK Beris Panchor pada jam 7.30 pagi dan tiba di Jeti
Shahbandar, Kuala Terengganu jam 10.15 pagi. Di sini kami disambut oleh 5
orang jurulatih pusat kokurikulum yang bertauliah yang diketuai En Shamsudin
yang bertindak sebagai pegawai bertugas Pusat Kokurikulum Pulau Redang
sepanjang tempoh kem.
Di jeti, urusan pembelian tiket dijalankan dengan tambang untuk dewasa ialah
RM 60.00 dan pelajar RM 40.00 pergi dan balik serta fi Taman Laut sebanyak
RM 5.00 seorang. Feri (Feri Sejahtera) bertolak jam 10.30 pagi yang mengambil
masa 1 ½ jam untuk tiba tepat jam 12.00 tengah hari di Jeti Pulau Redang.
Keadaan ombak agak bergelora menyebabkan beberapa pelajar mengalami
mabuk laut dan muntah.
Sebaik tiba, rombongan kemudian berjalan kaki ke Pusat Kokurikulum Pulau
Redang yang terletak hanya lebih kurang 200 meter dari jeti. Rombongan
disambut oleh Encik Zuki, salah seorang pegawai bertugas di pusat kokurikulum
yang juga penyedia makanan di situ.
Selepas diberi penginapan dan urus diri, taklimat kem diberikan pada jam
2.30 petang. Kami dimaklumkan tentang peraturan kem, aktiviti yang akan
dijalankan serta cara pemakaian peralatan seperti ‘mask’ dan jaket keselamatan
BA dengan betul. Pada jam 3.00 petang, kami bertolak ke Pantai Teluk Dalam
iaitu lebih kurang 5 kilometer dari pusat kokurikulum dengan van. Di sini kami
menjalani aktiviti ‘water confidence’ di bawah tunjuk ajar 5 jurulatih.
Selepas makan malam, taklimat Taman Laut diberikan kepada peserta diikuti
acara BBQ yang diadakan pada jam 10.00. Sementara itu, pelajar tingkatan 4
dan 5 menjalani Peperiksaan Awal Tahun di dewan pusat kokurikulum.

Hari Kedua (6 Mac 2017)


Jam 9.00 pagi, peserta bertolak dengan bot ke Taman Laut yang terletak di
Pulau Pinang, iaitu lebih kurang 20 minit perjalanan dari jeti Pulau Redang. Di
sini, kami melakukan aktiviti snorkeling dan berpeluang melihat hidupan laut
seperti batu karang dan pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni. Peserta juga
melawat Muzium Taman Laut yang mempamerkan replika pelbagai jenis hidupan
laut yang terdapat di sekitar Pulau Redang. Jam 12.00 tengah hari kami bertolak
pulang ke pusat kokurikulum.
Pada jam 2.30 petang, peserta bertolak dengan bot ke Pulau Paku yang
mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari jeti Pulau Redang dan
menghabiskan masa selama satu jam untuk melakukan snorkeling di laut lepas.
Semua peserta dikehendaki terjun dari bot dengan memakai mask dan BA (jaket
keselamatan) dan menggunakan semua kemahiran yang telah diajar
sebelumnya. Seterusnya kami bertolak ke Long Beach (Pasir Panjang) lebih
kurang 15 minit perjalanan dari Pulau Paku. Di sini terdapat beberapa resort
mewah yang dikunjungi pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara.
Peserta mendarat di pantai Pasir Panjang dan mengambil masa selama
setengah jam untuk menikmati keindahan kawasan sekelilingnya. Jam 5.30
petang perserta bertolak pulang ke pusat kokurikulum.
Pada sebelah malam, peserta mengadakan persembahan koir sementara
peserta ting 4 dan 5 menjalani Peperiksaan Awal Tahun.

Hari Ketiga (7 Mac 2017)


Jam 9.00 pagi, peserta melawat kawasan paya bakau lebih kurang 300 meter
dari pusat kokurikulum, berhampiran lapangan terbang Pulau Redang. Peserta
berpeluang meninjau dan mengenali pokok paya bakau sambil bergambar
kenangan. Jurulatih, En Shamsudin memberi penerangan tentang kepentingan
pokok paya bakau. Malangnya, peserta tidak berpeluang menanam benih paya
bakau kerana tiada bunga pokok paya bakau yang gugur.
Jam 11.30 pagi peserta pulang ke pusat ko kurikulum untuk berkemas
sebagai persiapan untuk pulang. Acara perasmian penutup secara ringkas
diadakan oleh En Nik Mashrol selaku penyelia rombongan. Pada jam 1.00
petang, peserta menaiki feri ke Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu yang tiba
tepat jam 2.30. Peserta bertolak pulang dengan bas pada jam 3.00 petang
pulang ke SMK Beris Panchor. Dalam perjalanan, berhenti seketika untuk solat
dan membeli keropok lekor di Merang. Peserta tiba di SMK Beris Panchor jam
6.30 petang.
Dengan itu, Kem Kepimpinan Badan Beruniform Pulau Redang 2017 tamat.
Rumusan

Kem ini berjalan lancar dan mencapai matlamat untuk memupuk sikap
kepimpinan pada setiap peserta serta jati diri yang kental melalui aktiviti-aktiviti
yang dijalankan. Peserta juga dipupuk dengan sikap menghargai alam sekitar
serta dapat mengetahui tempat-tempat menarik di dalam negara, seperti di Pulau
Redang. Raut wajah kepuasan terpampang pada wajah setiap peserta yang
menyertai Kem Kepimpinan Badan Beruniform SMK Beris Panchor Pulau
Redang 2017.

Belanjawan

Masuk Keluar
Bil Perkara Jumlah Perkara Jumlah
RM RM
1 Yuran peserta 43 X RM150 6450.00 Makan 43 X 60.00 2580.00
2 Peruntukan sekolah 400.00 Feri dewasa 5 X 60.00 300.00
3 Sumbangan PIBG 500.00 Feri pelajar 38 X 40.00 2520.00
4 Sumbangan Koperasi 200.00 Fi Tmn laut 43 X 5.00 215.00
5 Sumbangan Kantin Asrama 200.00 Van 43 X 5.00 215.00
6 Sewa cadar 43 X 5.00 215.00
7 Jurulatih 5 X 100.00 500.00
8 Sewa bot 1 hari X 750.00 750.00
9 Ayam BBQ 135.00
10 Sarapan sandwich 75.00
11 Banner 35.00
12 Tambang bas 1400.00
Jumlah 7750.00 Jumlah 8940.00
Baki - RM 1190.00

Disediakan oleh;

…………………………………...
(Nik Mashrol bin Nik Mohamed)
Penyelia Rombongan,
Kem Kepimpinan Badan Beruniform
Pulau Redang 2017
SMK Beris Panchor
Lampiran 1

PESERTA
KEM KEPIMPINANAN BADAN BERUNIFORM SMK BERIS PANCHOR BACHOK, KELANTAN
PULAU REDANG
2017

BIL NAMA GURU PENGIRING L/P NO. K/P NO. TELEFON


1 N. MASHROL BIN NIK MOHAMED L 631124-03-5485 0133721065
2 RAJA ABDUL HALIM BIN RAJA ABDUL L 710827-03-5233 0139309159
RAHMAN
3 MOKHTAR BIN JUSOH L 580518-03-5667 0139313137
4 SUHAILA BINTI SA’ARI P 750407-03-5428 0129007520
5 NORLIYANA BINTI ABDUL HALIM P 900604-03-5110 01124379127

BIL NAMA PELAJAR JANTINA TKN NO. K/P


1 NURUL NAJIHAH BT SAMSUDIN PEREMPUAN 5EA 000407031088
2 NIK NOORDIANA BT NIK MAT ARIFF PEREMPUAN 5AL 001021030642
3 SITI SOLEHAH BT AHAMAD PEREMPUAN 5AL 001231030894
4 NUR HAKIMAH SYASYA BT MOHD JELANI PEREMPUAN 5AL 000125030386
5 NUR AZURA BT AYOB PEREMPUAN 5PD 001019030854
6 NURHANIM NAJWA BT AB KADIR PEREMPUAN 5PD 001226030822
7 NOR ATHIRAH BT MOHAMMAD ZAIN PEREMPUAN 5PD 000927030134
8 NURHAZA SYAMIMI BT ZAKIR HOSSAIN PEREMPUAN 5PD 000821030822
9 NURUL SUHADA BT MOHAMMED PEREMPUAN 5PD 001017030412
ZULKIFLEE
10 NOR AINA FATIHAH BT ROZALI PEREMPUAN 5PD 001208031258
11 MIMI SHAHIRAH BT MOHD RASHDI PEREMPUAN 5PD 001024030242
12 SYAZWANI BT SUHAIMI PEREMPUAN 5PD 000321030404
13 NUR IZZATI BT MOHD FAIZUL PEREMPUAN 5PD 000105030960
14 NUR AIN ANNISA BT MAT RONI PEREMPUAN 5S1 000601031014
15 NORAMIRA BT YUNUS PEREMPUAN 5M2 000211031448
16 NUR MAIZATUL AKMA BT MAT KAERDEZRY PEREMPUAN 4S1 010802030818
17 SARAH SHUFAAT BT AZMAN PEREMPUAN 4S1 010609030824
18 WAN HAJAR BT WAN AHAMAD PEREMPUAN 2KA1 030620030516
19 ABYAANA SYAIDA ALYA BT AHMAD SHABRI PEREMPUAN 2KA1 030129030516
20 NURIN AFRINA BT MAZLAM PEREMPUAN 2KA1 030508030276
21 NUR AININA BT MOHD NURI PEREMPUAN 2KA1 030512030076
22 NUR HASANAH BT SHAHRUL NIZAM PEREMPUAN 2KA1 030829030082
23 NUR ATIRAH BT MOHD JAHAR PEREMPUAN 2KA2 031211030042
24 NOR RASYIKIN AMIRA BT CHE NOH PEREMPUAN 2KS1 030303030280
25 NUR HANAN BT MOHD YUSOFF PEREMPUAN 2KS2 031025031092
26 NUR AYUNI MAZLIN BT ROSLI PEREMPUAN 2KA2 030725030600
27 HAIFA BT MOHD SUKRI PEREMPUAN 2T2 030622030966
BIL NAMA PELAJAR JANTINA TKN NO. K/P
28 NURUL NATASYA BT AZMI PEREMPUAN 2T3 031104030966
29 MUHAMMAD SYAZALI BIN CHE AZMIR LELAKI 2KA1 030721030371
30 MUHAMAD HAFIS BIN CHE WAN NAMAN LELAKI 2KA1 030225030567
31 MUHD DANIAL HAIKAL BIN MUHD SANUSI LELAKI 2KA1 030319030605
32 NIK MUHAMAD AIMAN HAKIM BIN LELAKI 2KA2 030204030461
MOHAMAD ANUAR
33 MUHAMMAD HAMBALI BIN MOHD NOR LELAKI 4BE 010303030397
34 MUHAMMAD AKMAL AIMAN BIN LELAKI 4BE 010215141345
MOHMAD ABDULATIF
35 WAN AHMAD ANAS BIN RANI LELAKI 4M1 010622030407
36 MOHAMAD AIDIL FITRI BIN LOKMAN LELAKI 4M2 010102011771
37 CHE SHAMSUFATHIR INDRA B CHE LELAKI 5PD 001109101089
SAMSUZUHA
38 AHMAD SYUKRI AIZAT B MOHD SHOUFI LELAKI 5PD 000225030359

Guru Pengurus Peserta:

1. Tan Ley Swan


2. Lim Chin Li
Album

Pemandangan di Jeti Pulau Redang

Di jeti Pulau Redang


Bergambar di Pusat Kokurikulum Pulau Redand bersama jurulatih

Bersedia untuk aktiviti


Menaiki van ke Pantai Teluk Dalam

Mendengar taklimat dari jurulatih


Di Taman Laut Pulau Redang

Aktiviti island hopping di Pulau Paku


Menaiki bot ke Pulau Paku untuk aktiviti island hopping

Akktiviti island hopping


Membuat terjunan dari bot Di Taman Laut Pulau Redang

Pemandangan di Taman Laut


Di kawasan pakau bakau

Anda mungkin juga menyukai