JOHOR BAHRU
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN PERDANA
(UNIT KOKURIKULUM)
UNIT BERUNIFORM
TAHUN 2017
ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM
SMK TAMAN DAMANSARA ALIFF
JOHOR BAHRU
1. PENDAHULUAN
Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktiviti pasukan badan beruniform yang disertai
oleh ahli semua pasukan unit beruniform SMK Taman Damansara Aliff, Johor Bahru. Selari
dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang
pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga
perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan
berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.
Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang
perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai
permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang
cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.
2. LATAR BELAKANG
Perkhemahan adalah penting untuk murid-murid. Program seperti ini harus dijalankan
dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat
menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang
belum pernah mereka kenali sebelum ini.
Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan
pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa
tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan pelajar mempunyai potensi diri yang
perlu dikenalpasti agar mereka tidak berasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan
bersosial yang lebih baik. Maka program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas
dalam memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.
3. TUJUAN
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk
memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara
dan agama.
4. OBJEKTIF
4.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
4.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
4.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan
berdisiplin.
4.4 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
4.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
4.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.
5. STRATEGI PELAKSANAAN
4.1 Hari : Sabtu- Ahad
4.2 Tarikh : 18 hingga 19 Mac 2017
4.3 Tempat: Pusat Kokurikulum Kem Tasek, Johor Bahru, Johor.
4.4 Peserta : 120 Peserta
4.5 Pengelola : Unit Badan Beruniform
4.6 Penginapan : Khemah
4.7 Keperluan : i ) Alat tulis
ii ) Pakaian dan keperluan peribadi
iii ) Pakaian sukan, koko dan unit beruniform
iv ) Pakaian sembahyang bagi beragama Islam
4.8 Sumber Kewangan : i ) Peruntukan Kokurikulum (BKK)
ii ) Sumbangan Ibu bapa
5. SASARAN PESERTA
5.1 Bilangan Pelajar - 120 orang murid dan 10 orang guru
5.2 Tingkatan : Tingkatan 1,2,3, 4, dan 5 (Semua Unit beruniform)
Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam, Bulan Sabit Merah, Kadet
Pertahanan Awam, dan Pengakap.
6. JADUAL PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2016
Hari Sabtu (18 Mac 2017)
Masa Aktiviti
7..00 -8.00pg : Pendaftaran dan Sarapan
8.00 -9.00pg : Taklimat & Penempatan
9.00- 10.00pg Mental Setting & Ice Breaking
10.00-10.30pg Minum pagi
10.30-1.00thg Merempuh halangan I
01.00 – 02.00 ptg : Makan Tenghari & Solat Zohor
02.00 – 04.30 ptg : Merempuh Halangan II
04.30 – 05.30 ptg : Solat Asar & Minum Petang
05.30 – 06.30 ptg : Mendirikan Khemah dan Siap Diri
06.30 – 07.00 ptg : Makan Malam
07.00 – 09.00 mlm : Solat Maghrib & Kuliah Maghrib & Solat Isyak
09.00 – 11.00 mlm : Malam Kebudayaan
11.00 – 11.30 mlm : Minum Malam
11.30 – 12.00 mlm : Ringkasan aktiviti untuk hari esok
12.00 mlm : Tidur
102 MUHAMMAD AIMAN AFIQ BIN MOHD AZMAN LELAKI 040420030035 1A1
117 MOHAMAD HAFIQ FAEZY BIN MOHD FAIZAL LELAKI 041002011573 1A3
PENUTUP
Diharapkan dengan perlaksanaan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Sekolah ini murid dapat
menimba pengalaman sebenar untuk berdikari tanpa perlu bantuan orang lain dan memberi kesedaran
tentang pentingnya hidup dalam satu masyarakat. Selain itu, dengan penglibatan murid-murid pada setiap
aktiviti yang dijalankan, diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid untuk memahami kebolehan
diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan positif serta berpotensi menjadi individu
yang cemerlang dan berdisiplin.
………………............ ...........................
Suguna a/p Appalanayudu Elonyhayaty binti Shahbudin
Setiausaha Kokurikulum PK Ko-Kurikulum
SMK TAMAN DAMANSARA ALIFF SMK TAMAN DAMANSARA ALIFF
Disahkan oleh,
………………..................
Tn. Hj. Ma’alim bin Mamat
Pengetua
SMK TAMAN DAMANSARA ALIFF