Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

NAMA PROGRAM / AKTIVITI:

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GUA TEMPURUNG


UNTUK MURID TAHUN 6 & MURID CEMERLANG KOKURIKULUM
TAHUN 2022/2023

Yang Berusaha
Guru Besar
SK Meru Raya
30020 Ipoh, Perak

TAJUK KERTAS CADANGAN:


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GUA TEMPURUNG
UNTUK MURID TAHUN 6 & MURID CEMERLANG KOKURIKULUM

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM:

Pendidikan terbahagi kepada dua iaitu pendidikan formal dan tidak formal.
Pendidikan formal diperolehi daripada sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah
manakala pendidikan tidak formal boleh diperolehi daripada pemerhatian dan
pembelajaran di luar bilik darjah. Pendidikan murid harus seimbang mengikut segi
pendidikan formal dan tidak formal agar dapat melahirkan murid yang holistik dan
berkemampuan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan
aspirasi pendidikan negara.
Menyedari bahawa pentingnya murid Tahun 6 dan murid yang cemerlang
kokurikulum didedahkan dengan persekitaran luar, maka Unit Kokurikulum dan Unit
Bimbingan Kaunseling SK Meru Raya bercadang untuk mengadakan lawatan sambil
belajar ke Gua Tempurung. Di situ murid-murid akan didedahkan dengan persekitaran
alam semulajadi serta elemen mencintai alam sekitar. Program lawatan ini merupakan
satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan
pengalaman secara langsung kepada murid-murid. Melalui program ini juga, diharapkan
guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan
dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat murid.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM:

3.1 Memberi peluang murid beradaptasi dengan suasana dan persekitaran serta
pengalaman baharu diluar bilik darjah (masyarakat).
3.2 Memupuk dan menerapkan nilai-nilai positif ke dalam diri para murid dengan
menimba pengalaman serta menjana pengetahuan tentang teknologi sains dan
alam sekitar.
3.3 Memberikan pendedahan kepada murid mengenai pembangunan negara dan
pemuliharaan alam sekitar
3.4 Pemakin dan pendorong bagi murid untuk menjana kecemerlangan dan
motivasi diri pada masa hadapan.
3.5 Membantu perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif,
bahasa, sosio emosi, sahsiah dan rohani.
3.6 Mengeratkan kemesraan di kalangan semua warga Sekolah Kebangsaan Meru
Raya, Ipoh.
3.7 Membantu murid menguasai kemahiran berkomunikasi dan mengawal emosi
semasa berhubungan dengan orang lain.

4.0 KUMPULAN SASARAN 

120 orang murid


12 orang guru
*(rujuk lampiran)

5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM:

5.1 TARIKH : 18 Februari 2023 (Sabtu)


MASA : 7.00 pagi - 4.00 petang
TEMPAT : Gua Tempurung, Gopeng, Perak

5.2 KEPERLUAN ALATAN


 Pakaian yang bersesuaian
 Kotak Pertolongan Cemas
 Pakaian solat (telekung)
 Pakaian salinan

6.0 JAWATANKUASA KERJA

6.1 JAWATANKUASA INDUK:

Penasihat : Puan Farasmini bt. Omar (Guru Besar)


Pengerusi : Puan Faizah Binti Abdul Rahman (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : Encik Muazam Shah bin Ahamad Termizi (PK Hem)
Penyelaras Program : Cik Nazatulshima binti Basiron
Bendahari : Encik Azrul Hisyam bin Abu
AJK : 1. Puan Noor Zurianey binti Md Radzi
2. Cik Norazlin binti Abd Rashid
3. Encik Anas bin Arifin
4. Encik Mohd Kassim bin Mohd
5. Puan Shamala a/p Jairaman
6. Puan Lalitakumari a/p Poniah
7. Puan Mirawati binti Jahaya
8. Puan Suhaila binti Zainudin
9. Puan Wan Rohaya binti Wan Hashim
10. Encik Zulkhairi bin Ghazali
11. Cik Nurul Farahhanis binti Mohd Zolkfly
12. Encik Mohd Azmi bin Yahya
6.2 JAWATANKUASA PELAKSANA:

BIL TUGAS PELAKSANA

1. Penyelaras program Cik Nazatulshima binti Basiron


2. Pengangkutan Encik Anas bin Arifin
3. Pengurusan Gua Tempurung Encik Azrul Hisyam bin Abu
Makanan & minuman Puan Lalitakumari a/p Poniah
5. Puan Suhaila binti Zainudin
Cik Nurul Farahhanis binti Mohd Zolkfly
Cik Norazlin binti Abd Rashid
6. Sumbangan & Tajaan Puan Shamala a/p Jairaman
7. Dokumentasi & Laporan Puan Wan Rohaya binti Wan Hashim
8. Jurufoto Puan Mirawati binti Jahaya
Puan Noor Zurianey binti Md Radzi
12. Kawalan Disiplin & Keselamatan Semua guru

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN:

7.1 SUMBER KEWANGAN


7.1.1 Pendapatan
1. UNIT KOKURIKULUM RM1075.31
2. UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING RM2339.61
3. BAYARAN DARI PESSERTA (RM 40 X 120 ) RM 4800.00
JUMLAH RM4296.77

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN


7.2.1 Perbelanjaan
BIL TAJUK PERUNTUKAN JUMLAH
1. Pengangkutan Bas (TERAS-Sejarah) RM1000.00
2. Tiket Masuk Ke Farm In The City (LPBT) RM960.00
3. Makan dan Minum (TERAS-Sains) RM600.00
JUMLAH RM2560.00

7.3 LAMPIRAN KELULUSAN PINDAH PERUNTUKAN (sekiranya ada)


- Tiada –

8.0 ULASAN JPN/PPD (sekiranya perlu)


- Tiada –
9.0 PENUTUP

Diharapkan program yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan jaya dan lancar
kerana ia memberi banyak manfaat kepada murid. Kerjasama semua pihak amat
diperlukan bagi merealisasikan perancangan program ini. Oleh yang demikian, adalah
diharapkan program ini mendapat pertimbangan yang sewajarmya bagi memastikan
ianya dapat dilaksanakan mengikut ketetapan perancangan.

Disediakan oleh,

.................................................
(NAZATULSHIMA BINTI BASIRON)
Penyelaras Program

Disemak oleh,

….……………………………..
(FAIZAH BINTI ABD RAHMAN)
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Meru Raya

Disahkan oleh,

….……………………………..
(FARASMINI BINTI OMAR)
Guru Besar
SK Meru Raya
KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR
MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS
______________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Lawatan Sambil Belajar Ke Gua


Tempurung

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Lawatan Sambil Belajar Ke


Gua Tempurung

Ulasan :

.............................................................................................................................................

.............................................................................................................................................

.............................................................................................................................................

................................................
(FARASMINI BINTI OMAR)
Guru Besar
SK Meru Raya

Tarikh :

Lampiran
TENTATIF AKTIVITI

MASA AKTIVITI

 7.00 pagi  Murid & Warga berkumpul


 7.30 pagi  Bas Bergerak Ke Gua Tempurung
 8.30 pagi  Tiba di Gua Tempurung
 Sarapan pagi
 9.00 pagi  Taklimat Ringkas
 9.30 pagi  Explorasi Gua Tempurung
 1.00 tengah hari  Pengurusan Diri & Makan tengahari
 1.30 petang  Solat Zohor berjemaah
 2.30 petang  Bersiap kemas untuk pulang
 3.00 petang  Bergerak pulang ke Ipoh
 4.00 petang  Tiba di SK Meru Raya

Anda mungkin juga menyukai