Anda di halaman 1dari 8

Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh

47000 Sungai Buloh,


Selangor Darul Ehsan.

KERTAS KERJA

LAWATAN
KE
PULAU LANGKAWI, KEDAH

TARIKH
28 FEBRUARI 2018 – 2 MAC 2018

TEMPAT
PULAU LANGKAWI, KEDAH

ANJURAN
UNIT LAWATAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH,
SELANGOR DARUL EHSAN.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI (PPKI)
SK SG. BULOH

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI
KEDAH.

1. PENGENALAN
Program lawatan sosial merupakan salah satu aktiviti lawatan yang dirangka bagi
membolehkan pihak guru membawa murid-murid keluar dari sekolah bertujuan mengadakan
lawatan ke tempat-tempat yang ingin dilawati. Lawatan tersebut adalah di atas persetujuan ibu
bapa dan penjaga murid dengan harapan murid memperolehi pengalaman dan pengetahuan
yang mendalam berkaitan tempat- tempat yang dilawati sekaligus mengembangkan pengajaran
dan pembelajaran di luar bilik darjah.

2. RASIONAL
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Khas memerlukan guru
menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan,
keupayaan, bakat minat serta latar belakang murid. Memandangkan murid Pendidikan Khas
mempunyai keupayaan yang berbeza, guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai.
Usaha ini sejajar dengan hasrat untuk melahirkan insan yang berupaya, berkemahiran dan
produktif di kalangan murid-murid pendidikan khas. Sehubungan dengan itu, murid-murid
berkeperluan khas di sekolah ini yang terdiri dari mereka yang Bermasalah Pembalajaran,
diberi peluang untuk mendapat pengetahuan dan pengalaman yang baru seperti mana murid-
murid di aliran perdana yang lain. Disamping itu, usaha ini dapat memastikan murid-murid ini
terlibat secara aktif dalam aspek bersosialisasi dan berkomunikasi sesama sendiri juga dengan
masyarakat luar.

3. MATLAMAT
3.1 Memberi pendedahan secara menyeluruh kepada murid-murid Pendidikan Khas
mengenai pembelajaran yang dapat diperolehi selain di dalam bilik darjah.
3.2 Memberikan pengalaman secara langsung kepada murid tentang hubung kait antara
Sains Alam Sekitar dan kehidupan seharian mereka.
3.3 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kanak-kanak istimewa ini juga
mempunyai aspirasi kehidupan yang sama dengan kanak-kanak normal seterusnya
meluaskan skop khidmat sosial dikalangan anggota masyarakat.
3.4 Memberikan kegembiraan dan keseronokkan kepada murid-murid pendidikan khas
yang menyertai program tersebut.

4. OBJEKTIF
Melalui program ini, diharap murid-murid berkeperluan khas dapat:
4.1. Menyediakan murid yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani.
4.2. Membina keyakinan diri melalui aktiviti sosial yang bersesuaian.
4.3. Membuka minda murid-murid pendidikan khas dengan suasana dan pengalaman yang
baru.
4.4. Memberi inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran untuk pendidikan khas.
4.5. Menanamkan perasaan harga diri yang tinggi seterusnya menghapuskan perasaan
rendah diri di kalangan murid-murid pendidikan khas terhadap masyarakat luar dan
alam sekitar.

5. PELAKSANAAN
5.1. 28 Februari 2018 – 2 Mac 2017 ( Rabu – Jumaat )
5.2. Tempat Lawatan : Pulau Langkawi, Kedah
5.3. Bilangan peserta : 50 orang
5.4. Bilangan guru dan pembantu pengurusan murid : 25 orang

6. KUMPULAN SASARAN
50 orang murid Pendidikan Khas

7. JAWATAN KUASA INDUK


Pengerusi : En Ab. Halid Bin Zakaria (Guru Besar)
Naib Pengerusi : En Mohamad Zaidi Bin Asmawi ( PK. Pendidikan Khas)
: Pn Nurul Ashikin Binti Ahmad (PK.Pentadbiran)
: Pn Absah Binti Saidin (PK Hal Ehwal Murid)
: Pn Aniza Binti Kamarudin ( PK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn Harina Binti Mohd Maonie
Penolong Penyelaras : Pn Samrah Binti Samsuddin
Setiausaha : Pn Razzina Binti Misuan
Bendahari : Pn Hasmiada Binti Mustafha
AJK : En Ab Hafiz Bin Ab Dullah
: Pn. Norazlina Binti Jusin
: Pn Norhasliza Binti Abdullah

8. JAWATAN KUASA PELAKSANA

BIDANG TUGAS GURU YANG TERLIBAT

a. Keselamatan dan kecemasan Pn. Nor Rosila Binti Ngadirin


Pn. Harina Binti Mohd.Maonie
Pn.Anis Idayu Binti Mustapha
Pn Nur’ain Binti Harun
b. Dokumentasi dan rakaman video Pn. W.Hasmirawati Binti Mohd Nor
En.Abdul Hafiz Bin Ab Dullah
Cik Arwati Binti Abd Aziz
c. Makanan dan minuman Pn. Nor Hasliza Binti Abdulah
Pn. Maria Binti Abu Bakar
Pn. Fadhlina Binti Abd.Rasyid
Pn. Zainab Binti Mohd Yaziz
Pn. Nor Asiah Binti Mat Isa
Pn Norizan Binti Othman
d. Disiplin murid Pn.Hasmiada Binti Mustafha
Pn.Samrah Binti Samsuddin
En. Zairul Apandi Binti Zakaria
Pn. Ameeta Binti Mat Hamir
e. Kebersihan Pn. Zaharah Binti Mat Rasib
Pn.Sariza Binti Mohd Satar
Pn Norazidah Binti Abdul Rahim
Pn Noor Amani Binti Ghani
f. Pengangkutan Pn Ezra Lopez
Pn Norazlina Binti Jusin
En Muhammad Fakhrul Azim Bin Mohd Alwi
Pn Roslawarni Binti Ishak
9. TENTATIF PROGRAM
Hari pertama – 28 Februari 2018 / Rabu
6.30 Berkumpul di Sekolah
6.45 Sarapan pagi
7.00 Bertolak ke KLIA
9.30 Berlepas ke Lapangan Terbang Langkawi
10.20 Tiba di Pulau Langkawi
10.30 Lawatan 1
- Cable Car
- 3D
1.00 Makan tengahari buffet di Kak Yan Restoren
1.30 Solat Zohor
2.00 Lawatan 2
- Perusahaan Gamat Asli Langkawi
- Gedung Batik
4.00 Membeli belah di Haji Ismail Group
6.00 Solat Asar
7.00 Solat Maghrib
7.30 Makan malam – Mahsuri Bamboo
8.30 Balik ke hotel – aktiviti bebas.

Hari kedua – 1 Mac 2018 / Khamis


7.30 Sarapan pagi
8.00 Lawatan 3
- Underwater
- Beras terbakar
- Mardi
- Dataran Helang
12.30 Makan tengahari – Sue Cafe
1.00 Solat Zohor
2.00 Membeli belah di Pekan Kuah
- Idaman Suri
- Rams Decor
5.30 Solat Asar
6.30 Makan Malam – Bamboo Town
7.00 Balik hotel
7.30 Solat Maghrib
8.30 Solat Isyak
9.00 Rehat dan aktiviti bebas.

Hari Ketiga – 2 Mac 2018 /Jumaat


7.30 Sarapan pagi
8.00 Aktiviti bebas
10.00 Keluar Hotel
11.00 Bertolak ke Lapangan Terbang Langkawi
2.00 Berlepas ke KLIA
5.00 Sampai ke SK.Sungai Buloh.

10. ANGGARAN PERBELANJAAN


10.1 Pengangkutan ke KLIA 2 50 orang murid x RM 16.00 = RM 800.00
10.2 Tambang Kapal Terbang 50 orang murid x RM 180.00 = RM 9000.00
10.3 Pengangkutan di Langkawi 50 orang murid x RM 56.00 = RM 2800.00
10.4 Penginapan 50 orang murid x RM 52.00 = RM 2600.00
10.5 Makan dan minum 50 orang murid x RM 60.00 = RM 3000.00
10.6 Bayaran masuk 50 orang murid x RM 80.00 = RM 4000.00
10.7 Kecemasan 50 orang murid x RM 6.00 = RM 300.00
Jumlah besar RM 22500.00

11. PENUTUP

Adalah diharapkan lawatan sambil belajar ini dapat berjalan dengan lancar di samping
memberi pengalaman yang baru kepada murid PPKI dalam meningkatkan keyakinan diri
mereka berdepan dengan masyarakat luar.
DISEDIAKAN OLEH

Nota : Cetakan komputer ini tidak memerlukan tandatangan.

(RAZZINA BINTI MISUAN)


Setiusaha Program Lawatan
SK.Sungai Buloh

DISEMAK OLEH

Nota : Cetakan komputer ini tidak memerlukan tandatangan.

(MOHAMAD ZAIDI B. ASMAWI)


PK.Pendidikan Khas
SK.Sungai Buloh

DISAHKAN

Nota : Cetakan komputer ini tidak memerlukan tandatangan.

( AB. HALID B. ZAKARIA)


Guru Besar
SK. Sungai Buloh

Anda mungkin juga menyukai