Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS APRESIASI PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM PERINGKAT

NEGERI, KEBANGSAAAN, DAN ANTARABANGSA

SALUTASI BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM

Yang Berusaha Tn Hj Abd Razak bin Adam (Pengetua SMK Lubok China),
Pn Sepiah binti Ibrahim (PK Pentadbiran), Tn Mansor Redza bin Tuan Mamat (PK
HEM), Pn Rafidah binti Abd Rahim (PK Kokurikulum), En Noordin bin Ambon (PK
Ting 6), En Ahmad Basek bin Mohd Gunnos (PK Pendidikan Khas),
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, dan seterusnya para penerima
anugerah yang dikasihi.

ALUAN Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan
kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Apresiasi Pencapaian Cemerlang
dalam Aktiviti Kokurikulum Peringkat Negeri, Kebangsaan, dan Antarabangsa.

BACAAN DOA Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan majlis pada petang ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil En Sahrizan bin Ismail.
Dipersilakan.

AMIN, YA RABBAL ALAMIN….Terima kasih diucapkan kepada En Sahrizan atas


bacaan doa sebentar tadi.

PENGERUSI Hadirin sekalian,


MAJLIS
Objektif utama majlis yang bermakna ini diadakan adalah bertujuan untuk
memberi pengiktirafan kepada murid-murid dan guru-guru pembimbing atas daya
usaha mereka mencapai kejayaan dalam aktiviti kokurikulum peringkat negeri,
kebangsaan, dan antarabangsa yang disertai. Semoga dengan pengiktirafan ini,
ianya dapat menjadi pemangkin semangat bagi murid-murid dan guru-guru untuk
menyertai aktiviti kokurikulum ke peringkat yang lebih baik pada masa akan
datang.

UCAPAN TUAN Tirai majlis diteruskan dengan mempersilakan Tn Hj Abd Razak bin Adam
PENGETUA (Pengetua SMK Lubok China) untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua atas ucapan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin yang dikasihi,


SIJIL DAN
HADIAH Melati kuntum rotan bersatu,
Tumbuh melata di tepi kali,
Hari Apresiasi 2021,
Hari insan cemerlang untuk dihargai.

Untuk itu, majlis sekali lagi mempersilakan Tn Hj Abd Razak b Adam diiringi oleh Pn
Rafidah bt Abd Rahim bagi menyempurnakan upacara penyampaian sijil
penghargaan dan hadiah kepada para penerima. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Penyampaian sijil penghargaan dan hadiah dimulakan dengan penerima bagi


penyertaan di peringkat negeri.
Dipersilakan ……
MAJLIS APRESIASI PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM PERINGKAT
NEGERI, KEBANGSAAAN, DAN ANTARABANGSA

Hadirin sekalian,

Tirai majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dan hadiah bagi
penyertaan peringkat kebangsaan.

Dipersilakan ………

Hadirin yang dikasihi,

Penerima yang seterusnya telah membawa nama SMK Lubok China di persada
dunia, dengan penyertaan di peringkat antarabangsa bagi program …………..,
dipersilakan …………….

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua dan Pn Rafidah atas kesudian
menyempurnakan upacara penyampaian sijil sebentar tadi.

PENUTUP Hadirin yang dikasihi,

Tirai majlis sudah berada di penghujungnya. Majlis ingin merakamkan setinggi-


tinggi ucapan penghargaan dan tahniah kepada murid-murid dan guru-guru yang
telah mengharumkan nama SMK Lubok China di peringkat negeri, kebangsaaan,
dan antarabangsa dalam bidang kokurikulum sepanjang tahun 2021.
Semoga kejayaan yang lebih bermakna akan kita peroleh pada masa akan datang.
In Shaa Allah.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum wbt

JAMUAN Dipersilakan Tn Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru, dan murid-murid untuk


MAKAN menikmati juadah yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai