Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN UMUM TUGAS SEORANG PENGETUA

A. LATAR BELAKANG

Panduan Umum Pelaksanaan Tugas Pengetua ini bertujuan untuk membantu pentadbir sekolah
dalam melaksanakan tugas mereka di sekolah supaya tidak ada komponen-komponen pengurusan
yang tertinggal.

B. ASPEK PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENGETUA

Terdapat sembilan (9) aspek pengurusan dan kepimpinan yang dilaksanakan oleh setiap Pengetua
dalam pengurusan sekolah di Malaysia. Sembilan (9) aspek pengurusan dan kepimpinan tersebut
ialah:
1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi (PKO)
2. Pengurusan Kurikulum (PK)
3. Pengurusan Kokurikulum (PKk)
4. Pengurusan Hal Ehwal Murid (PHEM)
5. Pengurusan Kewangan (PKew)
6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat (PPP)
7. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal (PPKF)
8. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)
9. Pengurusan Perhubungan Luar (PPL)

Sumber: Standard Kompetensi Kepengetuaan dari IAB

C. KOMPONEN WAKTU PELAKSANAAN TUGAS

1. Sebelum Waktu Persekolahan Bermula


Sebelum waktu pertama Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) iaitu waktu pagi bagi sesi pagi dan
waktu petang bagi sesi petang.

2. Waktu Persekolahan
Bermula dari waktu pertama sehingga waktu terakhir PdP.

3. Waktu Rehat Murid


Waktu murid rehat seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

4. Waktu Balik Murid


Selepas waktu terakhir PdP.

5. Di Luar Waktu Persekolahan


Sebelum dan selepas waktu PdP.
6. Waktu Malam
Sekolah berasrama dan aktiviti di luar bilik darjah.

7. Cuti Persekolahan
Sepanjang cuti persekolahan

D. PELAKSANAAN TUGAS PENGETUA BERDASARKAN KOMPONEN WAKTU

1. Sebelum Waktu Persekolahan Bermula

a) Membudayakan amalan mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah di pintu masuk sekolah oleh
Pengetua/Guru Penolong Kanan dan lain-lain guru pada setiap pagi hari persekolahan.

b) Mengadakan perhimpunan rasmi sekolah pada setiap hari pertama minggu tersebut tidak
melebihi satu waktu PdP sebelum masa PdP sebenar bermula.

c) Mengumpulkan murid setiap hari pada hari kedua sehingga kelima dengan tidak melebihi 15 minit
mengikut kesesuaian sekolah sebelum masa PdP sebenar bermula. Cadangan mesej harian berfokus
kepada pelajaran, sahsiah diri dan kokurikulum.

2. Waktu Persekolahan

a) Membuat rondaan dan pemeriksaan persekitaran sekolah bagi memastikan keberadaan guru
semasa PdP, disiplin murid terkawal, kebajikan murid terjaga, keceriaan, kebersihan serta
keselamatan sekolah , asrama,lokasi aktiviti murid terjamin.

b) Memantau dan menyemak maklumat kehadiran murid pada setiap hari untuk tujuan penyelesaian
masalah dan tindakan segera.

c) Menyemak laporan kehadiran guru dan kakitangan sokongan untuk tujuan penyelesaian masalah
dan tindakan segera.

d) Memantau dan menyemak ketepatan pengagihan waktu PdP terutamanya jadual guru ganti untuk
memastikan guru masuk kelas dan memaksimumkan waktu PdP.

e) Memberi ruang kepada guru yang tiada PdP untuk perbincangan dengan Pengetua/Guru Besar jika
ada isu yang memerlukan tindakan penyelesaian segera.

f) Memantau panitia melaksanakan tindakan intervensi berdasarkan tahap keupayaan murid.

g) Melaksanakan penjaminan kualiti PBS di sekolah melalui pemantauan, pengesanan pementoran


dan penyelarasan.

h) Menerima kunjungan atau mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa/komuniti dan agensi luar
pada hari persekolahan.

i) Mengajar sekurang-kurangnya 5 waktu seminggu dan digalakkan mengajar mengikut opsyen


masing-masing.

3. Waktu Rehat Murid

a) Memantau dan memeriksa pengendalian kantin sekolah pada hari persekolahan bertujuan untuk
memastikan kesihatan murid sentiasa diberi perhatian.

b) Mengadakan perbincangan dengan guru diadakan untuk tujuan penambahbaikan mengikut


luangan waktu.

c) Memantau Keselamatan Murid.

4. Waktu Balik Murid

a) Membudayakan amalan penghargaan oleh Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan danguru


semasa waktu balik di pintu keluar sekolah kepada murid dan ibu bapa/penjaga.

b) Memantau pengurusan dewan makan asrama bagi memastikan makanan mengikut menu agar
kebajikan murid terjaga.

c) Memantau keselamatan murid.

5. Di Luar Waktu Persekolahan


(Tugas-tugas ini juga boleh dilakukan ketika waktu persekolahan jika ada kesesuaian waktu)

a) Memantau dan memastikan aktiviti kokurikulum dan sukan dilaksanakan.

b) Menyemak dan meneliti buku rekod mengajar guru.

c) Mengadakan mesyuarat di luar waktu PdP pada setiap hari persekolahan.

d) Menyemak buku latihan murid yang telah diperiksa oleh guru.

e) Melakukan latihan dan bimbingan (coaching and mentoring) untuk membudayakan amalan
kepimpinan instruksional bagi meningkatkan kualiti profesionalisme guru.

f) Mengadakan perjumpaan dengan kakitangan swasta dan staf sokongan yang memerlukan tindakan
penyelesaian segera.

g) Menyemak dan melaksanakan perancangan peningkatan kecemerlangan murid oleh panitia


dilaksanakan mengikut jadual.
h) Menyemak dan mengenal pasti tugas-tugas pentadbiran dan urusan sekolah yang memerlukan
tindakan segera.

i) Menerima kunjungan atau mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa/komuniti dan agensi luar
pada hari persekolahan.

j) Menyemak dan memastikan peruntukan kewangan dibelanjakan mengikut peraturan kewangan


yang telah tetapkan.

k) Melaksanakan dialog prestasi bersama Penolong Kanan dan AJK yang terlibat

i. Sasaran KPI

ii. Tindakan Intervensi

l) Memantau keselamatan murid selagi murid berada dalam kawalan sekolah.

m) Mengadakan pertemuan ringkas bersama-sama dengan Penolong Kanan.

5. Malam

a) Memantau keselamatan sekolah dan asrama agar berada pada tahap terjamin dan sejahtera.

b) Memantau aktiviti berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah.

6. Cuti Persekolahan

a) Memastikan aktiviti semasa cuti sekolah dirancang lebih awal.

b) Memantau aktiviti yang berjalan semasa cuti sekolah.

c) Memantau keselamatan murid

E. TUGAS UMUM

1. Bertindak sebagai pemangkin dasar-dasar kerajaan dan arahan-arahan semasa.

2. Bertindak sebagai Pemimpin Instruksional.

3. Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum


(Guru Mengajar-Murid Belajar) serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian
Pendidikan.
4. Bertanggungjawab melaksanakan Sekolah Penyayang dan Sekolah Selamat.

5. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran, asrama dan kewangan sekolah.

6. Mewujudkan hubungan dua hala dengan ibu bapa, komuniti dan agensi-agensi luar.

Anda mungkin juga menyukai