Anda di halaman 1dari 3

TAJUK PIDATO 2019 : KOKURIKULUM MEMBENTUK WATAK CEMERLANG

Andai patah sayap kenari,


Terbang jua saya ke mari,
Kalau bukan kerana pidato ini,
Takkan saya berada di sini.

Terima kasih saudara/saudari peneraju acara, kombinasi kehakiman yang


berwibawa, dif-dif jemputan yang mulia, tidak dilupakan warga dewan yang
berbahagia.

Selamat muhibbah dan salam sejahtera.

Sebelum kaki mengorak langkah dengan lebih jauh, molek kiranya kita sama-
sama memahami intipati tajuk pidato saya pada hari ini. Kokurikulum Membentuk
Watak Cemerlang secara konseptual membawa maksud aktiviti luar bilik darjah
yang meliputi aktiviti kelab, sukan dan unit berunifom berperanan penting dalam
melahirkan individu yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Hadirin sekalian,

Persoalannya, bagaimanakah aktiviti kokurikulum ini berperanan membentuk


watak yang cemerlang? Hari ini akan saya kemukakan 3 bukti yang menunjukkan
kokurikulum membentuk watak cemerlang.

Bukti yang pertama,

Kokurikulum membentuk kecemerlangan kepemimpinan.

Dr Hanafi Ismail dalam buku 7 Cabaran Menjadi Pelajar Cemerlang ada


menyatakan, penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah
rendah dan menengah merupakan jalan penting dalam membentuk kepemimpinan
yang cemerlang.

Dalam aktiviti kokurikulum itu sendiri telah menetapkan para pelajar akan
memimpin pelajar. Senario ini akan membenihkan asas kepemimpinan dalam
kalangan pelajar. Aktiviti Kelab atau persatuan dan unit berunifom telah berjaya
menonjolkan bakat kepemimpinan. Di sini para guru merupakan fasilitator yang akan
melatih, membantu, membimbing dan membentuk para pelajar memimpin organisasi
mereka. Contohnya kita lihat pemimpin negara hari ini ialah pemimpin pelajar pada
zaman persekolahan mereka.

Warga dewan sekalian,

Bukti yang kedua,

Kokurikulum membentuk kecemerlangan sahsiah.

Tidak dapat kita nafikan bahawa penglibatan dalam aktiviti kokurikulum akan
menyemai sahsiah yang cemerlang. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini sudah pasti
melahirkan para pelajar yang mempunyai jati diri mantap, toleransi, dedikasi,
amanah, kerjasama , menonjolkan keperibadian yang mulia dan sebagainya. Dalam
aktiviti kokurikulum itu sendiri menyerapkan nilai nilai tersebut dalam diri pelajar
contohnya aktiviti perkhemahan pengakap, permainan bola sepak dan aktiviti
persatuan ,nilai penting yang dapat dilihat adalah kerjasama yang komited,
bertoleransi dan saling memerlukan antara satu sama lain dan sebagainya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bukti yang ketiga,

Kokurikulum membentuk kecemerlangan akademik pelajar.

Aktiviti kokurikulum sebenarnya ialah kesinambungan aktiviti di dalam bilik


darjah malah matlamat asalnya adalah untuk kecemerlangan akademik. Aktiviti
kokurikulum itu telah membuka banyak pengalaman kepada murid bagi
mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang akademik. Seseorang yang
mempunyai keseimbangan dalam kedua-dua domain ini akan mampu berfikir
dengan matang dan mampu membentuk wawasan untuk kejayaan. Contohnya Azali
Azlan , pelajar Sek. Men. Agama Yan , Kedah yang merupakan seorang pelajar
yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dan seterusnya muncul pelajar cemerlang SPM
2007 dengan keputusan 21A.

Kesimpulannya, keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan


penyertaan pelajar dalam bidang kokurikulum merupakan satu langkah bijaksana
bagi membentuk insan cemerlang dalam segenap aspek. Masa depan negara bukan
hanya bergantung pada kecemerlangan akademik semata-mata tetapi sumbangan
kokurikulum juga mampu membentuk kemahiran generik yang diperlukan dalam
pembentukan insan cemerlang. Oleh itu, semua pelajar diseru supaya mengambil
bahagian secara aktif dan konsisten dalam aktiviti kokurikulum agar kita sama-sama
menjadi insan berwatak cemerlang.

Sekian, salam permisi, pemidato tampan mohon mengundur diri.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai