Anda di halaman 1dari 4

PIDATO SPONTAN

ISI-ISI PENTING

1. CARA MENANGANI MASALAH BULI DI SEKOLAH


- Pihak sekolah harus memberikan kaunseling kepada pelajar yang terlibat
- Pihak ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik supaya pelajar tidak
menimbulkan masalah di sekolah

2. KEPENTINGAN KELUARGA
- Dapat melahirkan anak-anak yang berjaya dalam hidup apabila setiap ahli
keluarga menunjukkan contoh teladan yang baik
- Dapat mengurangkan tekanan hidup apabila kita dapat meluahkan segala masalah
kepada keluarga kita

3. KEBAIKAN INTERNET KEPADA PELAJAR


- Dapat mengetahui isu-isu semasa tidak kira isu dalam ataupun luar negara
- Dapat berkenalan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan yang jauh hanya dengan
melayari internet melalui laman sosial
- Mendapat maklumat di hujung jari sahaja

4. KEPENTINGAN KEGIATAN KOKURIKULUM KEPADA PELAJAR


- Dapat membentuk sahsiah diri pelajar
- Dapat membentuk kepimpinan yang tinggi dalam diri pelajar

5. LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK BUDAYA MEMBACA


- Mengadakan kempen NILAM dan pertandingan yang berkaitan dengan amalan
membaca
- Menambah bilangan bahan bacaan di setiap perpustakaan dan mewujudkan
perpustakaan mini di rumah

6. CARA-CARA MENGHORMATI GURU


- Memberikan tumpuan semasa guru sedang memberi penerangan di dalam kelas
- Sentiasa memberi salam dan bertegur sapa dengan guru ketika terserempak di
sekolah mahupun di luar kawasan sekolah
- Menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru

7. FAEDAH MEMPUNYAI RAMAI KAWAN


- Kawan dapat membantu kita dalam apa juga masalah dan kesusahan yang
dihadapi
- Dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan masing-masing
8. CIRI-CIRI SEKOLAH IDAMAN SAYA
- Sekolah yang mempunyai banyak pondok ilmu untuk menimba pengetahuan
- Sekolah yang mempunyai suasana yang indah dan bersih kawasan persekitarannya

9. KEPENTINGAN AIR KEPADA MANUSIA


- Untuk melakukan sebarang aktiviti seharian seperti mandi, mencuci, memasak
dan sebagainya
- Tubuh manusia memerlukan air untuk menjaga kesihatan diri

10. AKIBAT PONTENG SEKOLAH


- Kita akan ketinggalan dalam pelajaran
- Kita akan terjebak dengan gejala sosial seperti masalah penagihan dadah, melepak
dan sebagainya
- Kita mungkin akan dikenakan tindakan disiplin dan dibuang sekolah

11. PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA


- Asap daripada kilang dan juga kenderaan yang banyak di jalan raya
- Aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan oleh manusia

12. FAEDAH MENJADI PENGAWAS SEKOLAH


- Kita akan menimba pelbagai pengalaman sepanjang menjadi pengawas sekolah
- Dapat berkenalan dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakan lain
- Dapat memupuk semangat kepimpinan dalam diri di samping dapat
mendisiplinkan diri

13. KESAN BURUK GEJALA PENAGIHAN DADAH


- Dipandang serong oleh masyarakat dan hidup kita akan musnah – tidak diterima
bekerja dan berkhidmat dalam masyarakat
- Membahayakan kesihatan diri terutama terhadap otak dan minda kita

14. STRATEGI MENJAGA KEBERSIHAN DIRI


- Membersihkan diri dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan air
yang bersih
- Sentiasa membersihkan kawasan persekitaran terutamanya di kawasan rumah

15. BERSENAM AMALAN MULIA


- Bersenam dapat mencergaskan tubuh badan
- Bersenam dapat meningkatkan stamina kita

16. CARA-CARA BERBELANJA DENGAN BETUL


- Membuat senarai bajet dan barang yang hendak dibeli agar kita tidak
menggunakan wang secara berlebihan
- Membeli barang keperluan sahaja dan elakkan daripada mengikut kehendak diri
17. KEBAIKAN MENABUNG
- Kita dapat mengamalkan sikap suka berjimat-cermat
- Kita akan mempunyai wang simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan
- Duit simpanan boleh digunakan pada masa-masa kecemasan ketika keluarga
ditimpan kesusahan ataupun sebagainya

18. KEBURUKAN AMALAN MEROKOK


- Kesihatan akan terjejas terutama terhadap jantung kita – jantung menjadi tidak
sihat dan boleh membawa kematian
- Pembaziran wang akan berlaku kerana harga rokok mahal

19. KEBURUKAN MAKANAN SEGERA


- Makanan segera menjadi penyebab kepada penyakit berbahaya seperti kencing
manis dan sebagainya – makanan segera mengandungi gula berlebihan
- Makanan segera menyebabkan kegemukan dan masalah obesiti kerana ia
mengandungi lemak yang banyak

20. CARA-CARA MENJAGA IMEJ SEKOLAH


- Menjaga disiplin kita sebagai pelajar dan menjadi pelajar contoh kepada sekolah-
sekolah lain
- Berjaya dalam bidang akademik supaya sekolah kita dikenali dengan imej yang
baik

21. CARA-CARA MENJADI PELAJAR CEMERLANG


- Membuat jadual belajar dan belajar mengikut waktu yang ditetapkan
- Membuat nota setiap matapelajaran yang dipelajari dan sentiasa membuat
ulangkaji

22. CARA-CARA MEMBALAS JASA IBU BAPA


- Cemerlang dalam pelajaran
- Sentiasa mendengar nasihat ibu bapa dan bersikap baik terhadap ibu bapa serta
menghormati mereka

23. TUJUAN SAYA DATANG KE SEKOLAH


- Menimba ilmu dan menjadi pelajar yang cemerlang
- Menambah kenalan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama rakan

24. CARA-CARA MENGINDAHKAN KAWASAN SEKOLAH


- Melukis mural di setiap dinding sekolah supaya sekolah kelihatan lebih ceria
- Bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah

25. KEBAIKAN SIKAP SUKA MENDERMA


- Dapat membantu golongan fakir miskin yang memerlukan
- Menjadikan harta yang kita miliki itu lebih diberkati dan rezeki kita akan
bertambah apabila kita suka menderma

Anda mungkin juga menyukai