Anda di halaman 1dari 4

TEKS PIDATO

TEMA: KESUKANAN

TAJUK: SUKAN MEMARTABATKAN NEGARA

NAMA: NUR WIDAD WAFDIYAH BINTI ZUHAIDI

Bismilahhiramannirahim… 

Kalau tidak kerana bintang, 

Tak akan bulan kelihatan tinggi , 

Kalau tidak kerana pidato, 

Tak akan saya berada disini. 

Datang bahtera dari Medan,

Singgah sebentar di laluan kerai,

Salam Malaysia Madani saya hulurkan,

Kepada warga dewan pembuka tirai.

Terima kasih Pengacara Majlis. Kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai
penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, dan seterusnya hadirin-hadirat
warga dewan yang saya kasih sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka


bicara.

Berdirinya saya di atas persada indah tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin

menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, Sukan Memartabatkan Negara.

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum isi
menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar

hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-

kata, seperti kata orang dahulu kala :

Yang buta tidak teraba-raba,

Yang pekak tidak tertanya-tanya,

Yang kecil tidak terambin-ambin,

Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.

Secara umumnya sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk

pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,

kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat


sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan
penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut
dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Para hakim yang arif lagi bijaksana,

Wacana saya yang pertama, sukan dapat melahirkan insan yang cergas dan

cerdas. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan insan
yang cergas dan cerdas. Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan.
Senaman menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh.Lemak yang termendap
dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga.Aktiviti sukan juga dapat
membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan.Dengan
ini,seseorang akan dapat menghindarkan masalah penyakit kronik seperti sakit
jantung dan diabetes.Dengan badan yang sihat,kita dapat menumpukan perhatian
yang sepenuhnya terhadap pekerjaan dan pelajaran. Lantas,kemajuan dan
kemakmuran sesebuah negara dapat dicapai.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Selain itu, sukan juga boleh mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan.

Kemajuan sukan akan meningkatkan permintaan terhadap peralatan sukan.Oleh

itu,bidang pembuatan dan pengeluaran alat-alat sukan secara komersial


berkembang pesat. Selain itu,usaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan
prasarana sukan turut mendatangkan pulangan yang lumayan. Misalnya,untuk
membina stadium, kolam renang bertaraf antarabangsa,dan sebagainya,peluang
perniagaan terbuka luas kepada kontraktor dan pembekal bahan binaan. Peluang-
peluang pekerjaan juga diwujudkan.Hal ini bermakna industri sukan bukan sahaja
menyumbang kepada pendapatan negara tetapi juga menjamin peluang-peluang
baharu bagi rakyat mencari kerjaya yang sesuai.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Di samping itu juga, sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan

masyarakat pelbagai kaum. Sebelum sesuatu pertandingan,para atlet atau pemain


akan berkumpul di kem latihan. Di situlah mereka tinggal,makan,berehat,dan berlatih

bersama-sama.Pergaulan dan interaksi atlet dan pemain pelbagai kaum akan


melahirkan persefahaman yang erat. Ketika pertandingan atau permainan
berlangsung,mereka akan bersatu hati,saling membantu untuk menjayakan misi
negara.Rakyat jelata sebagai penyokong dan peminat sukan, juga membantu
perpaduan negara. Misalnya, para penyokong pasukan negara menunjukkan
semangat kebangsaan mereka dengan menyokong semua pemain yang terdiri
daripada pelbagai kaum.Terdapat 15 000 orang rakyat berbilang kaum mendaftarkan
diri sebagai sukarelawan untuk sukan Komanwel (SUKOM) 1998. Mereka
berganding bahu membuktikan Malaysia boleh dan mampu menjayakan SUKOM
sepenuhnya.
Para hadirin yang dihormati sekalian,

Tambahan itu pula, sukan juga dapat mengangkat martabat negara ke mercu yang

lebih tinggi.Pencapaian cemerlang dalam temasya sukan membolehkan nama


Malaysia terukir dalam sukan antarabangsa.Contoh yang paling ketara ialah apabila
Malaysia berjaya merampas Piala Thomas semula pada tahun 1992 setelah 25
tahun kehilangannya.Pasukan badminton Piala Thomas telah menjadikan nama
Malaysia disebut-sebut di seluruh dunia.Dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 pula,
Dato Lee Chong ’ Wei mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat
perak dalam sukan badminton.Pencapaian Ratu Skuasy Negara, Dato Nicol Ann
David, lebih membanggakan. Beliau telah menjadi juara dunia dalam sukan itu
sebanyak empat kali,iaitu pada tahun 2005-2006 dan 2008-2009 serta menduduki
ranking pertama dunia sejak tahun 2006. Sukan juga dapat mengatasi masalah
sosial seperti lepak, bohsia, penyalahgunaan dadah, dan vandalisme yang melanda
remaja kita. Masalah ini terjadi kerana remaja tidak mempunyai hobi yang sihat
untuk mengisi masa lapang mereka.Aktiviti sukan merupakan salah satu hobi yang
sihat dan membolehkan remaja mengisi masa lapang dengan bermakna.Selain
itu,sukan juga dapat memupuk disiplin dan azam yang kuat yang membantu remaja
menghindarkan diri daripada masalah sosial yang serius.

Sebelum saya mengundur duri, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf

sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata atau tersilap bicara. Saya mengakhiri
pidato saya ini dengan serangkap pantun

Burung undan burung tempua,

Hinggap berehat di pohon cemara;

Sukan amalan untuk semua,

Dapat memartabatkan negara.

Sekian, wabillahi taufik wajhidayah wasalamualaikum warohmatullahi waborokatuh

Anda mungkin juga menyukai