Anda di halaman 1dari 2

USUL 3: ‘PEMBELAJARAN MAYA SATU KEMUDAHAN’

TEKS PENGGULUNGAN PEMBANGKANG

Bismillahirrahmanirrahim…

Terima kasih Tuan Yang Dipertua..

Rakan-rakan di pihak pembangkang, Jemaah kabinet kerajaan,

Seterusnya siding dewan yang dimuliakan.

a. Bertemu sekali lagi di arena penggulungan.

b. Usul pada hari ini ialah ‘PEMBELAJARAN MAYA SATU KEMUDAHAN’

c. Kami pihak pembangkang yang cakna telah mengemukakan definisi yang padu dan jitu bagi

meragui usul kerajaan pada hari ini.

d. Dari awal perbahasan, pijak kerajaan gagal memberikan definisi secara konsep yang mantap.

e. Pihak kerajaan juga telah mengemukakan premis yang rapuh dan tidak rasional.

f. Untuk menyokong hujah pada hari ini, pihak kerajaan telah mengemukakan 3 hujah iaitu (catat

dan senarai apa yang ketiga-tiga Menteri pencadang cakap)

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________ .

g. Namun Tuan Yang diPertua, ketiga-tiga hujah mereka gagal menunjukkan Pembelajaran Maya

merupakan Satu Kemudahan.

h. Mereka hanya berhujah di atas angin tanpa membuktikan apa-apa. Mereka langsung tidak

menunjukkan bagaimana pembelajaran maya tersebut merupakan satu kemudahan . Adakah

segelintir murid yang menghadiri dan menikmati pembelajaran maya ini di kira sebagai kejayaan

dan kemudahan? Mereka gagal tunjukkan.

1
Tuan Yang diPertua..

a. Untuk menyokong usul pihak pembangkang pada hari ini, kami telah mengemukakan 3 hujah yang

disokong oleh fakta dan bukti yang kukuh iaitu:

 CAPAIAN KEMUDAHAN INTERNET

 KEKANGAN EKONOMI IBU BAPA

 PENGARUH MEDIA SOSIAL

b. Oleh itu, Tuan Yang diPertua, tiada lagi keraguan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa usul

kerajaan pada hari ini tidak relevan.

c. Nampaknya pihak kerajaan pada hari ini tidak membuat persediaan yang cukup sebelum

membentangkan hujah.

d. Saya tekankan sekali lagi premis kami di meja pembangkang iaitu PEMBELAJARAN MAYA

BUKAN SATU KEMUDAHAN berdasarkan satu rasional yang harus difikirankan dan diambil

Tindakan segera demi kemajuan anak didik kita.

e. Untuk itu, Mohon untuk usul ditolak. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai