Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN JURUACARA

Program komuniti polis diraja Malaysia PDRM (ipd limbang


Bersama sk kuala mendalam limbang
1. Nyanyian lagu

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam Malaysia baharu

Seiring madah pantun bersambut


Dalam senyum penghidang tamu
Mesra berdakap kasih terpaut
Persilakan tamu sambut dipintu

Buah pauh si bunga rampai


Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya
dapat kita bersama-sama dalam Program Komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama SK
Kuala Medalam, Limbang. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan serta hadirin
sekalian ke majlis ini.

Bagi membuka tirai majlis kita pada pagi yang berbahagia ini majlis dengan segala
hormatnya menjemput hadirin dan hadirat sekalian untuk berdiri bagi menyanyikan lagu
‘Negaraku’ dan lagu ‘Ibu Pertiwiku’.

Hadirin dipersilakan duduk...

2. Solutasi

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum pembuka kata
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berbahagia DSP Tega Bilong , Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang,

Yang Berbahagia __________________________________ PPD Limbang,

Yang berusaha En. Endrick Enjan, Guru Besar SK Kuala Medalam,

Yang dihormati ________________________________, wakil PPD Limbang

Penghulu-penghulu dan tuai rumah


_____________________________ ( kaunselor)

Pegawai Kanan IPD Daerah Limbang,

En. Sawing anak Rejap , Guru Penolong Kanan Pentadbiran


En. Pragash Thomas a/L Koruthu, Guru Penolong Kanan HEM
Puan Pang Chen Lee, Guru Penolong Kanan Korukikulum,

Guru-guru , Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Limbang ,

Wakil pegawai Kesihatan Klinik Kuala Medalam, AKP SK Kuala Medalam,

Ibu bapa serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat Datang Ke Program Komuniti Polis Diraja Malaysia PDRM (Ipd Limbang
Bersama Sk Kuala Mendalam Limbang

3. Bacaan Doa
Kalau pergi Tanjung Keramat
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini…. Dijemput _____________


Untuk mengetuai bacaan doa, dipersilakan.

Amin, amin ya rabbal alamin


Terima kasih diucapkan,

4. Persembahan Murid

Hadirin hadirat sekalian, bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini marilah sama-
sama kita saksikan persembahan Tarian Tabun daripada murid-muird Kelab Kebudayaan SK
Kuala Medalam.

5. UCAPAN GURU BESAR


Sudilah tuan jalan berlapan
Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Tuan-tuan dan puan-puan,


a. Bagi meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Guru
Besar SK Kuala Medalam En. Endrick Enjan untuk menyampaikan ucapan aluan beliau.

b.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.

6. Ucapan Wakil Ketua Polis Daerah Limbang

Para hadirin yang dihormati,


Tanpa membuang masa, Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia
DSP Tega Bilong , Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang untuk menyampaikan ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan atas kesudian menyampaikan sepatah dua kata
sebentar tadi.

7. Ceramah

Majlis kita diteruskan lagi dengan ceramah. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput Insp. Samsil untuk menyampaikan ceramah pencegahan jenayah.
Dipersilakan.

Begitulah tadi ceramah yang telah disampaikan oleh Insp. Samsil. Jutaan terima kasih
diucapkan.

Seterusnya, kita beralih kepada ceramah yang kedua iaitu Ceramah Jenayah
Komersial yang akan disampaikan oleh Insp. Hanif. Dipersilakan.

Terima kasih di atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi.


Majlis kita diteruskan lagi dengan ceramah yang ketiga yang akan disampaikan oleh
Insp. Nurul Liyana binti Abd. Aziz. Beliau akan menyampaikan Ceramah Jenayah
Seksual. Dipersilakan.

Begitulah tadi ceramah yang terakhir yang telah disampaikan oleh Insp. Nurul Liyana.
Juataan terima kasih diucapkan atas info-info yang telah disampaikan.

8. Pertunjukan T-baton dan teknik tangkapan.

Majlis kita diteruskan lagi dengan pertunjukan T-baton dan teknik tangkapan.
Dipersilakan.

Jutaan terima kasih atas persembahan yang telah dismpaikan sebentar tadi.

9. Penyerahan cendaramata

Kita beralih kepada agenda seterusnya iaitu penyampaian cederamata dari pihak
sekolah kepada IPD Limbang. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan Guru Besar SK Kuala Medalam Encik Endrick Enjan dan diiringi
oleh YDP PIBG dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Sawing ak. Rejab. \

Dijemput DSP Tega Bilong Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang untuk naik ke pentas
bagi menerima cenderamata tersebut.

Terima kasih tuan atas kesudian memyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Seterusnya, penyampaian cenderamata daripada IPD Limbang kepada SK Kuala


Medalam. Bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata ini, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan DSP Tega Bilong Timbalan Ketua Polis Daerah
Limbang diiringi oleh Insp. Samsil untuk menyampaikan cenderamata tersebut.

Dijemput Guru Besar SK Kuala Medalam ,En. Endrick Enjan untuk naik ke pentas bagi
menerima cenderamata tersebut.

Jutaan terima kasih atas kesudian tuan untuk menyampaikan cenderamata


sebentar tadi.

10. Lawatan ke tapak pameran


Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput DSP Tega Bilong, Timbalan Ketua
Polis Daerah Limbang, Guru Besar SK Kuala Medalam Encik Endrick Enjan dan diiringi tetamu
jemputan untuk melawat tapak pameran Program Komuniti Polisi dan seterusnya untuk
menikmati jamuan yang telah disediakan.

Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai