Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI MALAYSIA SMK

DURIN 2018

L: Perhatian kepada semua pelajar yang berada di dalam Dewan Adiwarna, majlis
akan bermula sebentar lagi, untuk itu diminta semua untuk senyap dan tumpukan
perhatian kepada majlis yang akan berlangsung.

*Tindakan Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Adiwarna.

(Ketibaan YDP PIBG SMK Durin, Encik Sylvanus Jengan anak Senin diiringi oleh
Pengetua SMK Durin, penolong-penolong kanan, Ketua Bidang dan guru-guru ke
Dewan Adiwarna)

Pengumuman:

P: Mengumumkan ketibaan Yang Dipertua PIBG SMK Durin, Encik Sylvanus Jengan
anak Senin diiringi oleh Pengetua SMK Durin, Encik Law Tua Beng, penolong-
penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang dan para guru.

L: Semua pelajar diminta berdiri dan beri tepukan gemuruh bagi menghormati
ketibaan para tetamu jemputan ke Dewan Adiwarna.

(Para hadirin dan guru mengambil tempat duduk masing-masing).

Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku


P: Para guru dan murid dipersilakan untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku
diikuti oleh lagu kebesaran Negeri Sarawak “Ibu Pertiwiku”.

(Setelah nyanyian “Negaraku dan “Ibu Pertiwiku”selesai)

P: Para guru dan pelajar sekalian dipersilakan duduk.

Bacaan Doa
L: Hadirin yang dimuliakan, bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna
pada hari ini, marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan
doa yang akan dibacakan oleh Encik Muhammad Aminuddin bin Abu Bakar
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Page | 1
(Bacaan doa oleh Encik Aminuddin)

(Cue: Setelah selesai bacaan doa.)

L: Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik


Muhammad Aminuddin atas bacaan doa itu tadi.

Kata-kata aluan pengacara majlis


Salutasi
P: Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Burung merba di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Salam Sejahtera pembuka bicara.

L: Salam sejahtera diucapkan kepada Yang Dipertua PIBG SMK Durin, Encik Sylvanus
Jengan anak Senin, Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Durin, Encik Law Tua Beng,
penolong-penolong kanan, ketua-ketua bidang, para guru dan rakan-rakan pelajar
yang dikasihi sekalian.

P: Halus teratur jambangan cempaka,


Di tepi jejawi molek kedidi;
Takkan luntur semangat merdeka,
Dijulang pertiwi sentosa abadi.

L: Pergi ke kedai membeli asam,


Asam dibeli bersama gula,
Semangat patriotik harus ditanam,
Supaya diri cintakan negara

Page | 2
P: Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di atas limpah dan
kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi menghadiri
perhimpunan rasmi serta Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sekolah
SMK Durin 2018.

Menjemput Tuan Pengetua untuk naik ke atas pentas


L: Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Ucapan aluan pemanis kalam

Ucapan perasmian Pengetua SMK Durin.

P: Seterusnya, Memulakan bingkisan ucapan, majlis menjemput Yang Berusaha,


En Law Tua Beng, Pengetua SMK Durin bagi menyampaikan ucapan perasmian
dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Malaysia pada hari ini.

P: Dengan penuh tunduk kasihnya, dipersilakan.


(Pengetua naik ke atas pentas dan menyampaikan ucapan)
 Cue: setelah ucapan selesai.

L: Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan perasmian oleh Tuan
Pengetua itu tadi.

Gimik Pelancaran
(Pengetua masih kekal berdiri di atas pentas, menunggu Encik Lawrence menjemput
YDP dan penolong-penolong kanan naik ke atas pentas).

P: Hadirin sekalian, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Lawrence


anak Robert Kaya mengiringi YDP PIBG SMK Durin, Pengetua dan semua Penolong
Kanan naik ke atas pentas bagi menyempurnakan Gimik Perasmian Majlis
Sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah 2018. Majlis mempersilakan.

(Gimik pelancaran Majlis Sambutan Hari Malaysia dan Tayangan Video LCD)

Page | 3
L: Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyempurnaan gimik pelancaran dan
persembahan montaj Hari Malaysia itu tadi.

(YDP, Tuan pengetua, semua penolong kanan turun daripada pentas dan kembali ke
tempat duduk masing-masing)

P: Sebagai pembuka tirai majlis kita pada pagi ini, apa kata kalau kita dihiburkan dengan
Tarian Pembukaan iaitu Tarian Serumpun. Kita persilakan kumpulan penari SMK Durin
untuk mempersembahkan tarian mereka.

(Muzik…tarian)
L: Begitulah tadi persembahan hebat Tarian Serumpun yang dipersembahkan oleh
kumpulan penari SMK Durin yang sangat berbakat sebentar tadi. Untuk pengetahuan
para guru dan semua pelajar, kumpulan penari tersebut adalah di bawah bimbingan
Cikgu Yap Tai Lai.

P: Majlis diteruskan lagi dengan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik peringkat


Menengah Rendah. Untuk pengetahuan para hadirin, pertandingan ini disertai oleh
lima orang peserta yang akan menyampaikan lagu yang bertemakan patriotisme.

L: Sebelum pertandingan dimulakan, majlis dengan segala hormatnya menjemput juri-


juri untuk pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik iaitu Encik Freddie Benang, Encik
Winstedt Gurang dan Puan Fatma Wahida bagi mengambil tempat duduk masing-
masing di meja juri di hadapan pentas.

(Selepas semua juri mengambil tempat duduk)

P: Terima kasih kepada para juri…

P: Tanpa melengahkan masa lagi, kita mempersilakan peserta pertama iaitu ….(nama
peserta 1) untuk menyampaikan lagunya yang bertajuk ………(tajuk lagu)……….

Page | 4
L: Begitulah tadi persembahan nyanyian patriotik yang begitu bersemangat daripada
…….(nama peserta 1)….

P: Hadirin yang dihormati, seterusnya kita menjemput…..(nama peserta 2)….dengan lagu


patriotik yang bertajuk…..(tajuk lagu)……
 Ulang langkah yang sama untuk peserta 3,4 dan 5.
L: Begitulah tadi berakhirnya pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Kategori Menengah
Rendah yang baharu sahaja tamat sebentar tadi.

Penyampaian Hadiah Sesi 1

P: Majlis diteruskan dengan Penyampaian hadiah bagi pertandingan Hafazan, Azan, Arca
Timbul dan Deklamasi Sajak.
Dengan ini majlis menjemput Cikgu Wong Mee Ling untuk menjemput dan mengiringi
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Freddie anak Benang naik ke atas pentas
untuk menyampaikan hadiah bagi pertandingan-pertandingan tersebut.

L: Bagi Pertandingan Hafazan, tempat ketiga dimenangi oleh Nor Qamarina binti
Abdullah dari kelas 1A, tempat kedua dimenangi oleh Norita Kong binti Redzuan Kong
dari kelas 3A dan tempat pertama dimenangi oleh Nurul Alea Masara binti Nahuri.

P: Seterusnya, kita umumkan pemenang-pemenang bagi Pertandingan Azan---tempat


ketiga dimenangi oleh Hazim Naif bin Hamran, tempat kedua Haziq Naufal Bin Hamran
dan tempat pertama dimenangi oleh Muhammad Shahrul bin Sami.

L: Bagi pertandingan Arca Timbul….


P: Seterusnya, penyampaian hadiah untuk pertandingan Deklamasi Sajak….

L: Majlis mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Freddie dan Cikgu Wong Mee Ling di
atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah bagi pertandingan-pertandingan
tersebut.

Page | 5
Persembahan 2: Deklamasi Sajak

P: Baiklah, para hadirin yang dikasihi, bagi meredakan debaran majlis kita pada pagi ini,
apa kata kalau kita sama-sama menghayati bait-bait puisi yang akan disampaikan oleh
dua orang pelajar pada hari ini iaitu Eszra Uring dari kelas 2A dan Dorina Andrew dari
kelas 4A2.
(Deklamasi sajak oleh Eszra Uring dan Dorina Andrew)

L: Begitulah tadi deklamasi sajak oleh dua orang pelajar SMK Durin yang cukup
bermakna dan mempunyai mesej yang perlu dihayati oleh kita sebagai rakyat
Malaysia.

P: Di waktu petang bermain di taman,


Terjatuh di jalan luka di kaki,
Malaysia sebuah negara yang aman,
Semangat patriotik haruslah dicontohi.

L: Dari Perak sampai ke Kedah,


Singgah sebentar di Kuala Gula,
Deklamasi sajak berakhirlah sudah,
Nyanyian lagu patriotik menyusul pula.

P: Jika tadi kita dihiburkan dengan Nyanyian lagu patriotik kategori Menengah Rendah,
sekarang kita akan beralih kepada Kategori Menengah Atas.

L: Untuk makluman para hadirin, terdapat lima orang peserta yang akan mendendangkan
lagu patriotik pilihan masing-masing bagi pertandingan ini.

P: Majlis dengan segala hormatnya sekali lagi menjemput para juri untuk mengambil
tempat duduk masing-masing sebelum pertandingan tersebut bermula.

(Para juri mengambil tempat duduk)

Page | 6
L: Baiklah para hadirin, pertandingan nyanyian lagu patriotik kategori Menengah Atas
akan dimulakan dengan peserta pertama iaitu (…..nama peserta 1…) yang akan
menyampaikan sebuah lagu patriotik yang berjudul (….tajuk lagu…).

L/P/L/P(Teruskan untuk peserta 2, 3, 4 dan 5).

L: Dengan berakhirnya persembahan daripada peserta yang kelima tadi, maka


berakhirlah pertandingan nyanyian lagu patriotik kategori menengah atas.

Penyampaian Hadiah Sesi 2


P: Majlis diteruskan pula dengan Penyampaian hadiah bagi pertandingan Poket Nilai,
Kuiz Sejarah, Lukis Peta dan Kuiz Geografi.
L: Dengan ini majlis menjemput Cikgu Anne Lee Chai Ping untuk menjemput dan
mengiringi Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Fathi bin Jali naik ke atas pentas
untuk menyampaikan hadiah bagi pertandingan-pertandingan tersebut.

P: Bagi Pertandingan Poket Nilai, tempat ketiga dimenangi oleh……

L: Seterusnya, kita umumkan pemenang-pemenang bagi Kuiz Sejarah. Kuiz ini terbahagi
kepada dua kategori iaitu kategori Menengah Rendah dan Menengah Atas---
Bagi kategori Menengah Rendah, tempat ketiga dimenangi oleh Connie Runggur dari
kelas 3B, tempat kedua Jessica Chiew dari kelas 3B dan tempat pertama dimenangi
oleh Lawrence Ungin dari kelas 1A.
Bagi kategori Menengah Atas, tempat ketiga dimenangi oleh Jeffry Engkaring dari
kelas 5A2, tempat kedua Presley Paska Ting dari Kelas 5 Sains dan tempat pertama
dimenangi oleh Kenny David dari Kelas 4 Sains.

P: Bagi pertandingan Melukis Peta/Bendera Malaysia…. tempat ketiga dimenangi oleh


Benedict Enga Ting dari kelas 1A, tempat kedua Natasha anak Jaraw dari kelas 2B dan
tempat pertama dimenangi oleh Jacquline Unyang dari kelas 2B.

L: Seterusnya, penyampaian hadiah untuk Kuiz Geografi/Teka Silang Kata yang dibuka
untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2. Bagi kuiz pelajar Tingkatan 1, …. tempat ketiga

Page | 7
dimenangi oleh Terry Bojeng anak Mathew dari kelas 1A, tempat kedua Alexander
Seman dari kelas 1A dan tempat pertama dimenangi oleh Lawrence Lunying dari kelas
1A.
Bagi kuiz teka silang kata untuk Tingkatan 2 pula, …. tempat ketiga dimenangi oleh
Natasha anak Jaraw dari kelas 2B, tempat kedua Jacquline Unyang anak John dari
kelas 2B dan tempat pertama dimenangi oleh Justa Umba dari kelas 2A.

P: Majlis mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Fathi dan Cikgu Anne kerana sudi
menyampaikan hadiah bagi pertandingan-pertandingan tersebut…

Pengumuman Waktu Rehat

L: Majlis akan ditangguhkan seketika bagi memberi laluan kepada waktu rehat. Majlis
akan diteruskan semula pada pukul 1030 pagi. Para pelajar diingatkan untuk masuk
semula ke Dewan Adiwarna tepat pada pukul 1030 pagi untuk memastikan supaya
majlis kita dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

(Selepas waktu rehat, pukul 1030 pagi…minta semua pelajar masuk ke Dewan Adiwarna)

P: Untuk kelancaran majlis, mohon semua pelajar untuk bertenang dan berada dalam
keadaan senyap kerana majlis akan diteruskan sebentar lagi.

Persembahan 3: Pentomin, tajuk: KEMERDEKAAN

L: Pergi ke kedai membeli garam,


Mangga dimakan sambil memandu,
Semangat patriotik harus ditanam,
Supaya hidup lebih bersatu.

P: Pergi ke warung minum kopi,


Makan roti canai berkuah kari,
Rukun Negara wajib dipatuhi,
Supaya negara aman harmoni

Page | 8
L: Marilah kita sama-sama menghayati sebuah persembahan pentomin yang bertajuk
“KEMERDEKAAN”.

(Persembahan Pentomin)

P: Demikianlah tadi persembahan pentomin yang penuh dengan mesej yang begitu
menyentuh hati dan sanubari setiap insan yang bergelar anak Malaysia. Semoga
mesej yang disampaikan melalui persembahan tersebut dapat mengukuhkan lagi jati
diri kita sebagai rakyat Malaysia. Untuk makluman para hadirin, persembahan
Pentomin sebentar tadi adalah di bawah bimbingan Cikgu Jacqueline.

Penyampaian Hadiah Sesi 3

L: Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan Melukis
Poster anjuran Panitia Pendidikan Seni Visual, Melukis Poster anjuran Panitia
Pendidikan Moral, Melukis Banner, Pertandingan Futsal dan Nyanyian Lagu Patriotik.

P: Dengan ini majlis menjemput Cikgu Lawrence untuk menjemput dan mengiringi Tuan
Pengetua, Encik Law Tua Beng naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah bagi
pertandingan-pertandingan tersebut.

P: Bagi Pertandingan Melukis Poster anjuran Panitia Seni Visual, tempat ketiga
dimenangi oleh……

L: Seterusnya, kita umumkan pemenang-pemenang bagi Pertandingan Melukis Poster


anjuran Panitia Pendidikan Moral… …. tempat ketiga dimenangi oleh Wong Eng Rhu
dari kelas 2A, tempat kedua Benedict Enga Ting dari kelas 1A dan tempat pertama
dimenangi oleh Eszra Uring dari kelas 2A.

P: Bagi pertandingan Melukis Banner….Kita persilakan wakil daripada kelas yang


memenangi tempat ketiga, kedua dan pertama naik ke atas pentas bagi menerima

Page | 9
hadiah. Pemenang tempat ketiga adalah kelas 5A2(wakil)…tempat kedua 5A1(wakil)
dan tempat pertama dimenangi oleh 6B2(wakil)
.
L: Seterusnya, penyampaian hadiah untuk Pertandingan Futsal….
P: Bagi pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Menengah Rendah…
L: Bagi kategori Nyanyian lagu Patriotik Menengah Atas pula, tempat ketiga dimenangi
oleh….

Persembahan 4: Tarian Kreatif Iban


P: Seterusnya, kita akan dihiburkan lagi dengan persembahan terakhir iaitu Tarian Kreatif
Iban. Tarian ini sekali lagi berada di bawah kendalian Cikgu Yap Tai Lai.

(Tarian Kreatif Iban…muzik…)


L: Begitu indah dan sungguh memukau sekali persembahan Tarian Kreatif Iban sebentar
tadi. Sesungguhnya tarian tersebut menggambarkan Malaysia dengan kepelbagaian
etniknya yang senantiasa menjadi sebutan di seluruh dunia.

Nyanyian Lagu Patriotik


P: Mencari kolek di Kuala Langat,
Untuk mainan si anak raja,
Lagu patriotik pembakar semangat,
Warga Malaysia berjiwa waja.

L: Sebagai warga Malaysia yang megah dengan kekayaan warisan sejarah yang tiada tara
tandingnya, marilah kita bersama-sama dengan nada suara yang penuh semangat
“Sayangi Malaysiaku” menyanyikan dua lagu patriotik iaitu “Setia” diikuti oleh Lagu
tema Patriotik 2018----Kita Punya Malaysia.

Penutup
P: Hadirin sekalian, Dengan berakhirnya nyanyian dua lagu patriotik tadi, maka
berakhirlah majlis Sambutan Hari Malaysia kita pada pagi ini.

Page | 10
L: Akar Keladi Melilit Selasih
Selasih Tumbuh Tepi Jambangan
Kalungan Budi Junjungan Kasih
Mesra Kenangan Sepanjang Zaman

P: Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

L: Bagi mengakhiri majlis Sambutan Hari Malaysia pada hari ini, marilah kita bersama-
sama menyanyikan lagu “Sekolahku” dengan penuh semangat.

(Nyanyian lagu “Sekolahku” oleh para guru dan pelajar)

L/P: Para guru dan jemputan dijemput naik ke atas pentas bagi sesi fotografi.
L/P: Para pelajar boleh meninggalkan dewan sekarang juga melalui pintu….
(atau arahan lain daripada AJK Kawalan Pelajar)

*Pengumuman khas: Aliran keluar pelajar dari dewan dan selepas majlis dan pelajar-pelajar
yang menyusun semula kerusi dan meja di dewan rujuk kepada Ketua
AJK Susun Atur Kerusi Selepas Majlis (Encik Chian Kuok Ting).

*** SKRIP JURUACARA MAJLIS TAMAT***

Page | 11

Anda mungkin juga menyukai