Anda di halaman 1dari 8

CUE ANN CATATAN

Ketibaan semua  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


AJK, guru-guru selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1
dan peserta Penagatan.

 Yang Berusaha Encik Garipin Elid (Guru Besar


Cemerlang SK Penagatan) merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola pertandingan, Yang
Dihormati Encik Marcellus Kandu (Penolong Kanan
Kurikulum & Pentadbiran), Puan Beatrice Marcus
(Penolong Kanan Hem), Puan Masrinah Mohammad
(Penolong Kanan Kokurikulum), para hakim
pertandingan, guru-guru, para peserta dan
seterusnya hadiri yang dimuliakan.

Lagu negaraku  Sebagai tanda cinta akan negara, majlis diteruskan


dengan nyanyian lagu negaraku. Diminta semua
hadirin berdiri.

 Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan doa  Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz syukur memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput


Encik Rosdi Rusiman untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Selesai bacaan  Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.


doa

1
Ucapan  Warga dewan sekalian,
Penolong sebagai pembuka tirai majlis pertandingan, saya
Kanan dengan segala hormatnya menjemput Yang
Kokurikulum Dihormati Puan Masrinah Mohammad Penolong
Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan sepatah
dua kata. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Selesai ucapan  Terima kasih atas ucapan yang diberikan sebentar


dan duduk tadi.

Ucapan Guru  Hadirin yang dihormati,


Besar majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang
Berusaha Encik Garipin Elid Guru Besar Cemerlang
SK Penagatan untuk memberi ucapan dan
seterusnya merasmikan Pertandingan Bercerita
Peringkat SK Penagatan Tahun 2016. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Selesai ucapan  Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas

dan duduk ucapan sebentar tadi.

Penyampaian  Seterusnya, majlis menjemput Puan Piah Ak Langit


cenderahati Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu untuk
perasmi menyempurnakan acara penyampaian cenderahati
kepada perasmi kita pada hari ini.

 Dijemput Guru Besar Encik Garipin Elid untuk


menerima cenderahati sebagai tanda penghargaan.

Selesai  Terima kasih diucapkan kepada Puan Piah Ak


penyampaian Langit atas kesudian menyampaikan cenderahati
cenderahati sebentar tadi.

2
Pesembahan  Warga dewan yang dihormati,
sajak untuk menyerikan majlis pada pagi ini, marilah kita
bersama-sama saksikan persembahan sajak yang
bertajuk _________ daripada adik ___________.
Dipersilakan.

Selesai sajak  Sungguh bersemangat sajak yang dipersembahkan.


Terima kasih diucapkan kepada adik __________.

Persembahan  Kini, majlis di indahkan lagi dengan persembahan


pantun pantun daripada _____________. Majlis dengan
suka citanya mempersilakan.

Selesai pantun  Terima kasih atas persembahan pantun sebentar


tadi.

Bacaan syarat  Hadirin sekalian,


pertandingan tibalah acara yang dinantikan iaitu Pertandingan
Bercerita Peringkat SK Penagatan Tahun 2016.

 Sebelum pertandingan bermula, terlebih dahulu


saya bacakan peraturan pertandingan.

 Saya dengan ini menjemput para hakim


pertandingan, dan penjaga masa mengambil
tempat. Dipersilakan.

 Izinkan saya memperkenalkan barisan panel hakim

Setelah hakim pertandingan. Yang pertama, Puan Juinah Unggi,

mengambil selaku ketua hakim. Kedua, _____________.

tempat Ketiga, _____________. Keempat,


______________ dan yang terakhir _________.
Keputusan hakim adalah muktamad, dan sebarang
bantahan tidak dibenarkan.

3
Setelah penjaga  Penjaga masa pertandingan ialah Encik Saifuan Bin
masa menekan Anggun. Setelah cukup tempoh masa yang
lonceng dua kali diperuntukkan, penjaga masa akan menekan loceng
sebagai contoh sebanyak dua kali.

Pertandingan  Hadirin sekalian,


Bercerita Pertandingan Bercerita Bahagian 1 untuk Tahap 1
Bahagian 1 dimulakan dengan menjemput peserta pertama iaitu
Tahap 1 ___________.

Selesai  Terima kasih adik ___________.


bercerita
 Seterusnya, dijemput peserta kedua __________.
(ulang sehingga habis peserta tahap 1)

 Kini, selesai sudah Pertandingan Becerita Bahagian


1 untuk Tahap 1.

Pertandingan  Hadirin dan hadirat sekalian,


Bercerita Majlis diteruskan lagi dengan Pertandingan
Bahagian 1 Bercerita Bahagian 1 untuk Tahap 2. Dijemput
Tahap 2 peserta pertama iaitu _____________ dengan tajuk
ceritanya _____________. Dipersilakan.

Selesai  Terima kasih atas penyampaian cerita sebentar tadi.


bercerita

 Dijemput peserta seterusnya __________. (ulang


sehingga habis peserta tahap 2)

 Warga dewan, selesai sudah Pertandingan


Bercerita Bahagian 1 untuk Tahap 2.

Program Pusat  Majlis kita akan diteruskan dengan mempersilakan


Sumber Encik Zali Ayub bagi mengendalikan Program Pusat
Sumber Pertandingan Resensi Buku (Bicara Buku).
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

4
Selesai  Terima kasih diucapkan kepada Encik Zali Ayub
program atas Program Pusat Sumber Pertandingan Resensi
Buku (Bicara Buku) yang telah berjalan sebentar
tadi.

Rehat  Hadirin yang dihormati,


majlis kita akan dihentikan buat seketika bagi
memberi laluan rehat. Oleh itu, hadirin dijemput
untuk menjamu selera dan mengambil ruang diri
untuk seketika. Sekian terima kasih dan selamat
menjamu selera.

Pertandingan  Warga dewan yang dihormati,


Bercerita terima kasih kerana masih bersama dalam majlis
Bahagian 2 pada pagi ini. Majlis kita akan diteruskan dengan
Tahap 1 Pertandingan Bercerita Bahagian 2 untuk Tahap 1.
Para hakim dan penjaga masa dijemput untuk
mengambil tempat masing-masing.
Dijemput pertama iaitu ____________. Dipersilakan.

Selesai  Terima kasih diucapkan kepada adik __________.


bercerita
 Seterusnya dipersilakan _____________. (ulang
sehingga habis peserta tahap 1)

 Kini, selesai sudah Pertandingan Becerita Bahagian


1 untuk Tahap 1.

Pertandingan  Hadirin dan hadirat sekalian,


Bercerita Majlis diteruskan lagi dengan Pertandingan
Bahagian 2 Bercerita Bahagian 2 untuk Tahap 2. Dijemput
Tahap 2 peserta pertama iaitu _____________. Dipersilakan.

Selesai  Terima kasih diucapkan kepada adik __________.


bercerita

5
 Seterusnya dipersilakan _____________. (ulang
sehingga habis peserta tahap 2)

 Warga dewan, selesai sudah Pertandingan


Bercerita Bahagian 2 untuk Tahap 2.

Persembahan  Sementara majlis menunggu keputusan daripada


nyanyian barisan hakim pertanding, marilah kita bersama-
sama saksikan persembahan nyanyian kumpulan
_____________ yang dipimpin oleh ____________.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Selesai  Sungguh merdu nyanyian tadi. Terima kasih atas


persembahan persembahan nyanyian yang begitu menghiburkan.
nyanyian

Penyampaian  Kini tiba detik yang dinantikan, iaitu pengumuman


hadiah keputusan yang sudah pun berada di tangan saya.
Sebelum pemenang diisytiharkan, bagi pihak majlis
saya dengan sukacitanya mempersilakan Puan
Masrinah Mohammad mengiringi Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan, Encik
Garipin Elid untuk naik ke pentas bagi
menyempurnakan penyampaian cenderamata dan
hadiah.

Cendemata  Tanpa para hakim yang bijaksana dan penjaga


untuk hakim masa, sesuatu pertandingan tidak akan dapat
dijalankan. Sebagai menghargai kesudian mereka
meluangkan masa, pihak penganjur menyediakan
cenderamata yang tidak sepertinya. Dipersilakan
hakim yang pertama __________ untuk menerima
cenderamata, hakim yang kedua _____________.
Seterusnya hakim yang ketiga _____________.
Hakim yang keempat _____________. Akhir sekali
hakim yang kelima __________.

6
Cenderamata  Penyampaian cenderamata seterusnya kepada
untuk penjaga penjaga masa. Dipersilakan ___________ untuk
masa menerima cenderamata.

Selesai  Terima kasih daun keladi. Jika diundang, harap


penyampaian datang lagi.
cenderamata

Hadiah kepada  Tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu


peserta penyampaian hadiah kepada para peserta.
Penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta
pertandingan bercerita akan disempurnakan sekali
lagi oleh Encik Garipin Elid dan diiringi oleh Puan
Masrinah Mohammad, Encik Marcellus Kandu dan
Puan Beatrice Marcus Podtung. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Selesai  Kini, debaran peserta bakal bertemu titik noktah.


penyampaian Diumumkan pemenang tempat ketiga jatuh kepada
hadiah kepada _____________ dari Kelab ___________.
peserta Dipersilakan naik ke pentas.

 Pemenang tempat kedua jatuh kepada


_______________ dari Kelab __________. Syabas.
Dipersilakan.

 Johan Pertandingan Bercertia Peringkat SK


Penagatan Tahun 2016, jatuh kepada ___________
dari Kelab __________. Tahniah diucapakan atas
kejayaan yang diperolehi pada hari ini.

Penutupan  Terima kasih Encik Garipin Elid dan Puan Masrinah


majlis Mohammad. Tahniah kepada semua pemenan, dan
tahniah juga kepada peserta yang menyertai kerana
telah berusaha gigih dalam memberi saingan.

7
Jadikan pengalaman ini satu kenangan manis yang
pernah kalian lalui.

 Songket Biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap maafi,
Ketemu lagi, di lain acara.

 Majlis berakhir di sini. Bagi pihak majlis dan


jawatankuasa pengelola pertandingan, saya
memohon maaf andainya terdapat kesilapan dan
kekurangan yang berlaku. Wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai