Anda di halaman 1dari 7

1

MAJLIS MAKAN MALAM


X

Tarikh : 20 November 2019.


Masa : 8.00 – 11.00 malam
Tempat : Hotel Dorsett

Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan serta para hadirin


sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

UCAPAN PENGUMUMAN
Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan para hadirin sekalian  ke
Majlis Makan Malam X 2019, yang bertemakan “Arabian Night”.

UCAPAN PEMBUKAAN
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....
Jejaran mengkudu berbias kesuma,
Dicelah angsana di tanah Jawa,
Ucapan aluan pembuka bicara,
Di dewan Gemilang kita bersua.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

UCAPAN PROTOKOL
2

Yang Berusaha Puan Pengetua X, Puan Mary Anita Abah,


Penolong Kanan pentadbiran Puan Aydah Patarusi, Penolong
Kanan HEM Puan Sabariah Binti Saad, PK Ko-kurikulum Cik
Loh Siew Ying.

Para pendidik  dan staf sokongan X.


Selamat datang ke Majlis Makan Malam X.
       
Kami merafakkan rasa kesyukuran kerana dengan 
keizinanNya dapat kita sama-sama  berada dalam Majlis
Makan Malam ARABIAN NIGHT di Ballroom Dorsett Hotel yang
serba nan indah  pada malam ini.

Moga  majlis ini dapat dijadikan  wadah untuk kita bersatu ,


bekerjasama dan bantu-membantu  demi membangunkan dan
memartabatkan Sekolah Menengah St Anne .
SESI PERKENALAN AJK KELAB GURU
Baiklah tanpa melengahkan majlis saya dengan ini akan
memperkenalkan AJK kelab guru bagi sesi 2019/2020.
Dengan ini dipersilakan pengerusi kelab guru kita pada tahun
ini Pn Sabariah Bt Saad . Mari kita sama2 berikan tepukan
gemuruh pada pengerusi kelab guru.
Seterusnya barisan ajk kelab guru, dengan ini diminta ajk utk
tampil kehadapan apabila nama disebut. iaitu saya sendiri
norina bt mohd nor ,dan pn ummu habibah,seterusnya
dijemput ajk yang lain iaitu pn shamsiah sinring, Pn rathna, Pn
Juliana jafar, pn wan roslindawati, pn grace, Cik lim hui ying
dan pn dylvea yg tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu.
Berikan tepukan gemuruh sekali lagi kepada para AJK yang
telah bertungkkus lumus dalam mengadakan persiapan bg
majlils kita pada malam ini.
3

UCAPAN PENGERUSI KELAB GURU

Seterusnya, Majlis mempersilakan Puan Sabariah bt Saad,


Pengerusi Kelab Guru & Staff untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Sabariah bt Saad,


di atas ucapan beliau sebentar tadi.
                
UCAPAN PENGETUA
Para hadirin yang dirahmati.
Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Mary
Anita Abah, Pengetua SM St Anne untuk menyampaikan
ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Mary Anita


Abah di atas ucapan beliau sebentar tadi.

UCAPAN PERPISAHAN
Kita semua sudah sedia maklum bahawa pada tahun ini kita
akan kehilangan 2 org guru yang sangat dedikasi. Seorang
guru akan ke Selangor iaitu pn rahmah seorang lagi akan ke
Kuching Sarawak iaitu pn anith. Dengan ini dijemput Pn
Rahmah binti Rahmat menyampaikan sepatah dua kata
sebelum beliau berpindah. Majlis dengan ini mempersilakan.

Seterusnya dijemput pula pn anith bagi menyampaikan sepatah


2 kata. Majlis dengan ini mempersilakan.
4

PENYAMPAIAN HADIAH GURU BERPINDAH


Sebagai tanda kenangan majlis menjemput Puan Mary Anita
Abah dengan diiringi Puan Sabariah bagi menyampaikan
hadiah kepada Pn Rahmah bt Rahmat dan Pn Siti Anith .

Majlis dengan ini mempersilakan .

ACARA MEMOTONG KEK


Majlis seterusnya adalah acara memotong kek dengan ini
dijemput guru2 yang lahir pada bulan sept,oct,nov dan
disember utk sama memotong kek.

Majlis dengan ini mempersilakan.

JAMUAN MAKAN

Bagus rupanya bunga melur


Putih warnanya si bunga pinang
Berukir, bertangkai perak
Perhiasan si anak dara
Cawan cerek sudah teratur
Pinggan mangkuk sudah terhidang
Hidangan juadah sudah terletak
Bersamalah duduk  menjamu selera..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan
Pengetua,PK PK , guru-guru dan staf, serta para hadirin
menjamu selera . Dipersilakan..
(Jamuan makan….) 15 MINIT

GAME 1
5

CABUTAN BERTUAH 1

Kalau dilipat sebesar kuku


Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Hidangan sudah dijamu. Makanan sudah dijamah.


Kini tibalah masanya untuk acara selingan Cabutan Bertuah.
Untuk acara Cabutan Bertuah ini , saya mempersilakan Puan
Pengetua Pn Mary Anita Abah untuk mencabut cabutan
bertuah.

Cabutan bertuah yang pertama ialah ……………..

KARAOKE 1

Majlis diteruskan dengan nyanyian karaoke iaitu akan


disampaikan oleh ………………………………………..
Majlis dengan ini mempersilakan.

GAME 2

CABUTAN BERTUAH 2
Bagi Cabutan Bertuah kali ke 2 , dipersilakan Pengerusi Kelab
Guru Pn Sabariah bt Saad bagi mencabut cabutan bertuah ini.
Majlis mempersilakan….

Cabutan bertuah yang pertama ialah ……………..

KARAOKE 2
6

Majlis diteruskan dengan nyanyian karaoke iaitu akan


disampaikan oleh ………………………………………..
Majlis dengan ini mempersilakan.
GAME 3

BEST DRESS
Masa yang ditunggu2 telah pun tiba dengan ini diumumkan
pemenang bagi best dress pada tahun jatuh kepada
……………………………………………………………..

MAJLIS NYANYIAN PERPISAHAN

PENUTUPAN
Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama,
Kok berkayuh dah sampai ke muara
Kok berenang dah sampai ke tepian
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung...
Dengan kata-kata ini maka....Selesailah sudah Majlis Makan
Malam , X.
Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih  atas
kehadiran tuan puan ke Majlis Makan Malam X yang diadakan
pada malam ini.
Semoga pertemuan kita ini merupakan pertemuan yang
diberkati dan dirahmati Allah. Semoga  perpisahan kita juga
selepas ini sebagai perpisahan yang  dipelihara daripada mara
bahaya dan keburukan.
Akhir kata, kami memohon maaf jika terdapat sebarang
kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu
datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri kami
sendiri.
Kami sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum
warahmatullah hi wabaratuh.
7

Dengan ini majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai