Anda di halaman 1dari 31

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera


Majlis mengalukan-alukan kehadiran para hadirin
Di harap para hadirin dapat mengambil tempat yang telah disediakan
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia DatoHaji Mohamad bin Abdul Ghani , bapa
angkat kepada skgd, diiringi oleh YDP PIBG dan Pengerusi JKKP .

Mega berarak indah berbalam,


Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua
Pada majlis yang bermakna ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan
izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun bersama dan buat
julung kalinya di dewan seri dermin yang penuh dengan nostalgia harmoni bagi menjayakan
majlis makan malam amal alumni skgd,,dengan tema sekalung budi seikat kasih.
Majlis juga berasa penuh sukacita dan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tetamu
kehormat kita pada malam ini iaitu
1. yg Berbahagia Datuk Hj Muhamad bin Abdul Ghani bapa angkat kepada SKGD
2. Yang Berbahagia Datuk amran bin Abdul Ghani selaku pengerusi alumni skgd
3. Yg. Dihormati Haji Adinan bin Abdul Ghani, selaku pengerusi PIBG skgd
4. Yg Berusaha Tuan Gb 1.En Nawi bin Muhamad
2, tuan Haji Yusuf bin hamid
3. Tuan Haji Nik Salleh bin Nik Mustapha
Selaku mantan gb skgd

5. Yg Berusaha Puan Hjh Wan Nuzam bt wan hamad selaku PK HEM mewakili GB dan
semua kakitangan SKGD
6. AJK PIBG
7. AJK ALUMNI
8. Tetamu-tetamu jemputan
9.dan seterusnya para hadirin hadirat sekalian.

Sekali lagi ucapan selamat datang dari kami buat semua tetamu yang diraikan.
Semoga dengan kesudian semua pihak meluangkan masauntuk hadir pada malam ini akan
menyemarakkan lagi majlis kita ..merapatkan kembali ikatan ukhwahmenjalinkan kembali
silaturahhim .yang jauh kita rapatkan..yang rapat kita serasikandan akhirnya di bawah
bumbung skgd kita sekali lagi kita bertemu dan berhimpun bertanya kabar berkongsi buah
fikiran. Seusai tema majlis malam ini sekalung budi seikat kasih.

Para hadirin yang dimuliakan,


Menadah tangan tanda kerendahan
Lafaz Bismilah memperkukuh tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan

untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Al


Fadil Ustaz Sayuti bin mamat Untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

Amin..amin yarabbal alamain semuga dengan pimpinan doa itumajlis kita akan bermula
dengan rahmatNya dan berakir dengan kasih sayang Nya. Insayaallah.

Kalau
tuan
Buatlah
bara
Sudilah
tuan
Hidangan mesra pengikat kasih.

pikat
bakar
jamu

cemara,
selasih;
selera,

Untuk itu saya selaku pihak majlis dengan ini menjemput dan
mempersilakan hadirain hadirat menjamu selera sebelum kita
ke agenda seterusnya dipersilakan.

Alhamdulillah semuga segala rezeki yang diberikan oleh allah


pada malam ini buat kita semua akan menguatkan lagi iltizam
kita untuk menjayakan objektif utama majlis himpunan alumni
skgd.

Untuk tidak membuang masa, saya bagi pihak majlis dengan ini
menjemput dan mempersilakan Yg Berbahagia Datuk amran
bin Abdul Ghani Selaku pengerusi alumni untuk memberikan
ucapan alu-aluan .

( bilangan alumni skgd melebihi 300 orang dengan pelbagai


jawatan dan pangkat)
Alhamdulillah tanpa kita sedari rupanya SKGD telah Berjaya
melahirkan begitu ramai teknokrat, usahawan dan siapa sahaja
yang mampu menjulang nama seorang guru.
Kepuasan seorang doctor bila Berjaya menyelamatkan satu
nyawa, kepuasan seorang peguam bila mampu menang bicara,
dan kepuasan seorang guru bila Berjaya melahirkan modal
insan yang berkualiti untuk agama, bangsa dan Negara.

Kalau
Jangan
Kepada
Mohon

tuan
patahkan
tuan
rasmikan

pikat
batang
sembah
majlis

kenari,
jerami;
diberi,
kami.

Untuk itu dengan segala hormatnya saya mempersilakan Yg


Berbahagia datuk haji Muhamad bin Abdul Ghani selaku bapa
angkat kepada skgd untuk memberikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis kita pada malam ini.

Terima kasih.

Seterusnya dijemput Yg Berusaha Haji Adinan bin Abdul Ghani


untuk mengiringi Yang Berbahagia datok Hj Muhamad bin Abdul
Ghani untuk menyampaikan watikah pelantikan AJK PIBG SKGD
sesi 2014 / 2015 kepada Yang Berbahagia Datuk Amran bin
Abdul Ghani . Dipersilakan
( RUJUK SENARAI NAMA )

Semuga PIBG SKGD akan menjadi jambatan antara pihak


sekolah dan ibubapa dalam menjayakan halatuju pendidikan

Negara khasnya dalam memastikan kejayaan anak-anak didik


skgd.
Semuga dengan pelantikan ini akan menjadi aspirasi kepada
semua AJK untuk terus komited dan berdedikasi dalam semua
agenda yang melibatkan sekolah dan semua pihak.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan beberapa persembahan


khusus untuk semua tetamu semuga ianya akan menjadi
nostalgia yang sangat bermakna.
1. Muizzuddin
2. En Shafei ( salah seorang bekas pelajar
3. Menjemput mana-mana bekas pelajar atau sesiapa sahja
yang ingin berkongsi cerita, pengalaman atau apa sahaja.
Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawalah balik
Nan tak elok tinggallah di sini

Banyak
Keluk
Nan
Nan

tak

Bunga
Anak
Kalau
Jemari
Di
Melihat
Salam
Dilain

keluk
tumbuh
elok
elok

ke
pohon
bawalah
tinggallah

dedap
dusun
tersilap
disusun
atas

di

atas
pasang
tutur
maaf

dahan
rusa
perpisahan
masa

di

burung
tepi
untuk
bersua

penarik,
kuini;
balik,
sini.
para,
pelita;
bicara,
dipinta.
tempua,
perigi;
semua,
lagi.

Assalamualaikum wbt...salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.


Yang Berusaha
1. Puan ________________________ selaku GB Parang Puting.
2. Puan Suhaidah bt Sulaiman selaku GB SKGD
Yang Dihormati Barisan Penolong kanan SKGD
1. Puan Hjh Safiah bt Abd. Rahman selaku PKP
2. Puan Hjh Wan Nuzam bt Wan Hamad selaku PKHEM
3. Puan Zarina bt Zakaria selaku PKKO
Yang dihormati barisan guru-guru tahun 6 SKGD
Murid-murid Tahun 6 dan
Seterusnya tetamu yang diraikan Adik Ahmad Faiz bin Yazid
murid Tahun 6 SK Parang Puting.

Ucapan selamat datang sekali lagi buat semua hadirin hadirat


dan pastinya buat tetamu yang kita raikan Adik Ahmad Faiz bin
Yazid ke Program Saya Cemerlang SKGD.
Bagi memulakan majlis dengan keberkatan, saya dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
Dihormati Ustaz Shukri bin
untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.
Amin ..amin..ya rabbal alamin..semuga awalnya berkat dan
akhirnya rahmat. Insyaallah.
Alhamdulillah, seiring doa yang telah dibacakan tadi, setingggitinggi kesyukuran dipanjatkan menghadap yang Esa kerana
dengan limpah kurnianya kita dapat sekali lagi bersama sama
berkumpul dalam satu majlis ilmu yang amat besar maknanya
kepada semua pelajar Tahun 6 SKGD sebagai salah satu usaha
untuk mengekalkan momentum kecemerlangan melalui
perkongsian ilmu.
Seterusnya majlis dengan segala hormat menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha Puan Suhaidah bt Sulaiman
selaku GB SKGD untuk memberikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.

Sebagaimana yang kita semua maklum , Program Saya


Cemerlang ini adalah salah satu program yang dirangka oleh
pihak sekolah untuk menjana kecemerlangan melalui jelmaan
idola yang seusia anda semua.
Sebelum kita semua mendengar suara, pesanan dan
perkongsian idea izinkan
saya membaca biodata tetamu
jemputan kita terlebih dahulu.
Orangnya segak...berketrampilan...ada ciri-ciri pemimpin
mempunyai lontaran suara yang komersial.
Bacaan Biodata.

dan

Itulah serba sedikit biodata tetamu cilik jemputan kita adik


Ahmad Faiz binYazid.
Untuk tidak melengahkan masa, saya bagi pihak majlis dengan
ini menjemput dan mempersilakan Adik Ahmad Faiz bin Yazid
untuk berkongsi idea
dan pandangan bagaimana untuk
menjadi seorang yang cemerlang bukan sahaja dalam
akademik bahkan juga dalam bidang ko kurikulum. Dipersilakan
Slot soal jawab
Selesailah sudah majlis Program Saya Cemerlang bersama
murid cemerlang Tahun 6 Adik Ahmad Faiz bin Yazid dari SK
Parang Puting.
Orang Berbudi, kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa..
Kedatangan Adik Faiz dan rombongan kami ucapkan ribuan
terimakasih dan sebagai tanda penghargaan atas kesudian
pihak SK Parang Puting yang telah memberikan keizinan dan
kerjasama yang baik kepada pihak kami membenarkan Adik
Ahmad Faiz untuk menghadirkan diri ke majlis Saya Cemerlang
SKGD, saya bagi pihak majlis menjemput dan mempersilakan
Yang
Berusaha
Puan
Suhaidah
bt
Sulaiman
untuk
menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada
Adik Ahmad faiz.
Manakala kepada
1.
2.
3.
Pihak SKGD telah berbesar hati untuk memberikan

Sebagai tanda ucapan terimakasih . semuga kehadiran semua


tetamu di bulan Ramadan yang mulia ini akan mendapat
keredhaan Allah swt. Insyaallah.
Maka berakhirlah Program Saya cemerlang pada hari ini dan
semuga Adik Ahmad faiz dan semua murid tahun 6 SKGD akan
mendapat kejayaan sebagaimana yang diharapkan oleh semua
pihak.

Mengumumkan ketibaan Yg Berhormat Tan Sri Panglima Datuk


SeriHaji Anuar b. Haji Musa diiringi oleh;
Yg berusaha Pengerusi JKKP Mukim Seterpa, Tuan Haji Fahim b.
Haji Mohamad,
Yg berusaha Pengerusi Inapdesa, Dr. Tuan Haji Mohamad Saad,
Yg berusaha Pengerusi
Solahuddin Hamzah.

KRT

Mukim

Seterpa,

Tuan

Haji

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.


Yang Berbahagia Tan Sri Panglima Datuk Seri Haji Anuar bin Haji
Musa, Ahli Parlimen Kawasan Ketereh merangkap Pengerusi
MARA Malaysia,
Yang Dihormati Barisan AJK Bahagian __________________________

Yang Dihormati Pengerusi JKKP _______________________________


Yang
Dihormati
________________________________

Pengerusi

Inapdesa

Yang Dihormati Pengerusi KRT __________________________


Rombongan Sekolah Tunku Abdul Rahman Old Boys Alumni
(STAROBA),
Tuan-tuan dan puan-puan, serta para hadirin hadirat yang
dihormati sekalian.
Selamat datang diucapkan ke majlis __________________________
_____________________________________________________________
Semuga dengan kehadiran para tetamu yang diraikan pada hari
ini dapat mengeratkan tali silaturahim baik yang jauh mahupun
yang dekat.Yang jauh kita dekat-dekatkanyang dekat kita
serasi-serasikan.
Tetak buluh kajang sepuluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat
Untuk itu saya bagi pihak majlis dengan ini menjemput dan
mempersilakan
Untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin..amin ya Rabbal alamin.
Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada
Semuga majlis kita akan bermula dengan rahmatNya dan
berakhir dengan kesempurnaan .Insyaallah.
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing

Itulah gambaran kehidupan masyarakat kampong yang


diterajui oleh
Bersama dengan barisan pimpinan kampong sentiasa
berganding bahu seia sekata mencari
idea untuk
memastikankan penduduknya harmonis, produktif dan berdaya
saing tanpa mengira latar belakang.
Meraikan tetamu yang sudi hadir pada petang ini, kumpulan
pelatih anak-anak muda kg.seterpa telah berbesar hati untuk
membuat persembahan Seni Silat Tomoi.
Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada kumpulan seni
silat tomoi kg seterpa.
Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan yang
Dihormati Tuan Haji Solahudin bin Hamzah selaku Pengerusi
KRT kawasan
untuk memberikan ucapan alualuan, Dipersilakan.

Seterusnya saya bagi pihak majlis menjemput dan


mempersilakan yang berbahagia Tan Sri Panglima Datuk Seri Hj
Anuar bin Haji Musa selaku Ahli Parlimen Kawasan Ketereh
merangkap Ketua UMNO Bahagian Ketereh untuk memberikan
sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan majlis
Kita pada hari ini.
Dipersilakan.
Kata orang tua,
Kalau mencari tempat mandi
Pertama teluk kedua pantai
Kalau mencari pemimpin negeri
Pertama elok, kedua pandai
Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada Yg Berbahagia
Tan Sri atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Seterusnya
ialah majlis pengagihan ahli staroba kepada
keluarga angkat masing-masing.

Semuga semua ahli staroba akan dapat berkongsi pengalaman


baru bersama keluarga angkat masing-masing.
Dan dengan ini selesailah majlis kita pada hari ini dan saya
bagi pihak majis memohon kemaafan sekiranya berlaku
sebarang ketidakpuasan hati disepanjang majlis kerana yang
baik itu datangnya dari Allah dan segala kelemahan itu adalah
dari pihak kami.Ribuan terimakasih diucapkan kepada semua
pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak
dalam menayakan program
pada
hari ini.
saya akhiri majlis dengan lafaz suci, Wabillahi taufik wal hidayah,
assalamualaikum warahmatullahiwarokatuh

Saya bagi pihak majlis dengan ini menjemput dan


mempersilakan Yang Berbahagia Tan Sri diiringi oleh Pengerusi
KRT, Pengerusi JKKP dan Pengerusi Inapdesa ke meja
jamuan.Dipersilakan.
Kepada para tetamu juga dengan
dipersilakan ke khemah jamuan.

segala

hormatnya

Yang amat Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Yaakob selaku


Menteri besar ___________________________________,
____________________________________________________________,
____________________________________________________________,
____________________________________________________________,

____________________________________________________________,
____________________________________________________________,
Yang dihormati
Kampung Mujur,

______________________________ selaku Ketua

Yang dihormati _______________________________ selaku pengerusi


AJK masjid mukim mujur
Barisan AJK Masjid Mukim Kg Mujur,
Dif-dif jemputan,
Penduduk Mukim Mujur dan seterusnya para muslimin dan
muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Assalamualaikum wbt dan selamat datang diucapkan kepada
semua ke majlis pecah tanah masjid mukim mujur.
Saya selaku pengerusi majlis merakamkan ucapan terimakasih
terutamanya YAB
Menteri Besar Kelantan atas kesudian
meluangkan masa untuk hadir ke majlis yang sangat bermakna
bagi kita semua penduduk dan ahli kariah Mukim Mujur iaitu
majlis pecah tanah masjid mukim mujur.
Semuga dengan kehadiran YAB _____________________________
Akan menjadi inspirasi kepada kita para muslimin dan muslimat
untuk sama-sama mengimarahkan lagi masjid.
Menjadikan masjid sebagai tempat penyatuan ummah dan
seterusnya dapat menggiatkan lagi usaha dakwah untuk
meningkatkan syiar Islam khususnya untuk anak mukim mujur.
Untuk tidak melengahkan masa saya bagi pihak majlis dengan
ini
menjemput
dan
mempersilakan
YAB
__________________________secara simboliknya Untuk melakukan
upacara pecah tanah diiringi oleh Yang Dihormati Tuan Imam
Tua ____________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

Ke tapak pecah tanah dan seterusnya merasmikan majlis ini.


Dipersilakan dengan segala hormatnya.
Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada YAB .
Seterusnya saya bagi pihak majlis sekali lagi menjemput YAB
untuk memimpin bacaan doa semuga gerak kerja kita pada hari
ini akan dirahmati Allah dari awal hingga akhirnya Insyaallah.
Dipersilakan.
Majlis sekali lagi merakamkan ucapan terimakasih kepada YAB
atas bacaan doa itu tadi.
Dengan pimpinan doa dari MB itu tadi maka sempurnalah
majlis kita pada hari ini dan saya bagi pihak AJK masjid mukim
mujur benar-benar berharap semuga apa yang kita rancang
akan berjalan lancar.
Seterusnya saya bagi pihak majlis dengan ini menjemput dan
mempersilakan
YB
Tuan
Haji
Huzaimi
bin
selaku ADUN Perupuk untuk menyampaikan cenderahati tanda
kenang-kenangan dari pihak kami penduduk Mukim Mujur
kepada YAB Datuk Menteri Besar. Dipersilakan.
Seterusnya sebelum majlis berakhir, saya bagi pihak AJK kerja
menjemput dan mempersilakan YAB, __________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
Ketua Kampung, AJK masjid, muslimin dan muslimat untuk
menikmati sedikit jamuan yang telah kami sediakan di dalam
khemah.
Segala kelemahan sepanjang majlis ini datangnya dari pihak
kami dan yang baik itu dari Allah swt.
Sekian terima kasih.

Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda
penghormatan kepada kedudukan mereka.Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis
mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam
sesuatu majlis yang dikendalikan.

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah
seperti berikut:

(a) Yang di-Pertuan Agong - Seri Paduka Baginda


(b) Raja Permaisuri Agong - Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama

(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia

Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:

(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat


(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
(l) Dato' dari negeri Johor - Yang Berhormat
(m) Raja/Tengku - Yang Mulia
(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
(s) Hakim Besar - Yang Arif
(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia

(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia


(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/isteri Yang Berbahagia
(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia

Assalamualaikum warohmatulllahi wabarokatuh dan salam satu


Malaysia.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan
dan puan puan
sertapara tetamu jemputan ke majlis
Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Sesi 2014 dan
bantuan e-Kasih Sekolah Kebangsaan Gong Dermin
Sirih berlipat, sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara
Sayang melukut ditepi gantang,
Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
dan kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul di dalam dewan
ini ,di dalam satu majlis iaitu MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS
AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2013.
Para hadirin yang dimuliakan,
Menadah tangan tanda kerendahan
Lafaz Bismilah memperkukuh tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan
Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mejemput dan
mempersilakan Ustaz Nik Mustafa bin Nik Ya untuk memimpin
bacaan doa . Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih ata pimpinan doa itu


tadi.

Yang _________________ _____________________Selaku Ketua bahagian


UMNO Kubang Kerian
Yang Dihormati Tuan Haji Adinan bin Ghani selaku Pengerusi PIBG
SKGD
Yang Berusaha _____________________________
Yang Berusaha Puan Suhaidah bt Sulaiman , Guru Besar SKGD,
Yang Dihormati barisan Penolong Kanan SKGD
Puan Hjh Safiah bt Abd Rahman ,Pen.Kanan Pentadbiran
Puan Hjh Wan Nuzam bt Wan Hamat PKHEM
Puan Zarina bt Zakaria, PK KO
Barisan guru-guru cemerlang SKGD,
Guru-guru, ibu bapa dan
hormati sekalian.

seterusnya

hadirin hadirat yang saya

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah


dan kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul di dalam dewan
ini ,didalam satu majlis iaitu MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS
AWAL PERSEKOLAHAN DAN e-KASIH sesi 2014.
Majlis mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi
tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia

Dato haji Muhammad bin Abdul Ghani bagi menyempurnakan majlis


pada pagi ini.

Hadirin yang dihormati,


Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan
Suhaidah bt Sulaiman Guru Besar SKGD
Majlis dengan hormatnya mempersilakan
( Selesai ucapan Guru Besar )
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Puan
Suhaidah Bt Sulaiman di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput


____________________________________
untuk menyampaikanucapan.
Majlis mempersilakan YB Dato.
(Selesai ucapan )
Majlis merakamkan jutaan
Berhormat sebentar tadi.

terima kasih diatas ucapan Yang

Tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu Penyerahan Bantuan Khas


Awal Persekolahan dan e- Kasih bagi Sesi 2014. Oleh itu saya bagi
pihak majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Guru Besar
diiringi oleh YDP PIBG SKGD untuk mengiringi YB Dato untuk
menyampaikan wang bantuan tersebut,
Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Dato.

Seterusnya majlis mempersilakan Puan Guru Besar untuk


menyampaikan cenderamata tanda penghargaan di atas kesudian
Dato melengkapkan majlis kami.
Majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
Sulaiman.

kepada Puan suhaidah

Denganini berakhirlah majlis kita dan saya bagi pihak majlis ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada semuapihak yang terlibat
samada secara langsung ataupun tidak dalam memastikan
kelancaran majlis kita pada hari ini.Sekiranya berlakusebarang
ketidakpuasan hati, saya bagi pihak majlis ingin memohon kemaafan
kerana yang sempurna itu adalah hak-Allah manakala yang lemah itu
datangnya dari pihak kami.

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci, Wabillahi taufik wal
hidayah, assalamualaikum warahmatullahiwarokatuh.Sekali lagi saya
menjemput dan mempersilakan Puan Guru Besar untuk mengiringi
YB ke bilik jamuan

Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat iaitu Yang Berusaha En. Nik Sazila bin
Nik Abdullah selaku Penolong PegawaiPPDKBUnit HEM

Memohon Yg Berusaha En. Nik Sazila bin Nik Abdullah untuk melakukan
pemeriksaan perbarisan pengawas Pusat Sumber Sekolah Keb. Gong Dermin
diiringi oleh Nor amalina bt Suhaimi selaku Penolong Ketua Pengawas 1.
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Yang Berusaha En. Nik Sazila bin Nik Abdullah selaku Penolong pegawai PPD KB Unit
HEM.

Yang Berusaha Puan Suhaidah bt Sulaiman ,Guru Besar SKGD


Yang Dihormati barisan penolong Kanan
Puan Hjh Safiah bt Abdul Rahman , Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Hjh Wan Nuzam bt wan Hamat, PKHEM
Puan Zarina bt Zakaria, PKKO
Yang Dihormati barisan guru cemerlang Skgd
Guru-guru
Dan seterusnya para pelajar sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita lafazkan setinggi-tinggi ucapan kesyukuran


ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-Nya pada pagi yang barakah ini , sekali lagi
kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Penyerahan Watikah
pelantikan Pengawas Perpustakaan SKGD bagi sesi 2014.

Majlis juga sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada tetamu
kehormat pada hari ini iaitu Yang Berusaha En. Nik Sazila bin Nik Abdullah kerana
sudi hadir untuk menyampaikan watikah pelantikan pengawas perpustakaan pada
pagi ini. Semoga dengan kehadiran tuan, maka majlis ini akan lebih bermakna dan
berseri.

Untuk memastikan majlis kita sentiasa diberkati dari awal hingga akhir, marilah kita
mulakan majlis pada pagi ini dengan bacaan doa di bawah pimpinan Ustaz Mohd.
Faisal bin Nawawi. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada Ustaz Mohd Faisal bin Nawawi atas
pimpinan doa itu tadi
( Semua pengawas sekolah diminta duduk dalam keadaan berdisiplin dan tenang.
)

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna, jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika ada tetamu tapi tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Puan
suhaidah Sulaiman selaku Guru Besar Skgd. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada Puan guru besar atas ucapan alualuan sebentar tadi.

Melilit rotan di dahan ara,


Dicelah angsana mekar kebiruan,
Ucapan aluan pembuka bicara,
Ucapan tetamu menjadi bingkisan.

Untuk itu saya bagi pihak majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yg
Berusaha En Nik Sazila b Nik Abdullah selaku Penolong Pegawai PPD KB Unit
HEMuntuk memberikan sedikit ucapan.

Majlis merakamkan ucapan terimakasih.

Bagi menyerikan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput dan
mempersilakan adik Noraina Sofea bt Mazalan untuk mendeklamasikan sebuah
sajak yang bertajuk____________________.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terimakasih dan sifat yakin diri dan percaya
pada bakat yang ada pada diri adik Noraina_Sofea bt Mazalan ini menjadi
pendorong kepada pelajar lain untuk terus mencungkil bakat masing-masing.
Acara seterusnya ialah penyampaian Sijil Nilam bagi tahun 2014 kepada pelajar
yang telah Berjaya mengumpul jumlah bacaan yang paling banyak padatahunini
bermula bulan Jan hingga feb. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan
Puan
Zarina
Zakaria
selaku
PKKO
SKGD
untuk
menyempurnakannya.Dipersilakan.

Dijemput penerima sijil Nilam yang pertama iaitu

Adik Nurin Faqihah bt Mohd Deen dari tahun 3A dengan jumlah bacaan sebanyak
91 buah buku bagi menerima Sijil emas.Jumlah bacaan terkumpul setakat ini ialah
273 buah buku.

Diikuti oleh adik Nur Syafikah bt Mohd Shafei dari tahun 4 A juga menerima sijil
emas dengan jumlah bacaan sebanyak 19 buah buku.Jumlah bacaan terkumpul
ialah sebanyak 341 buah buku.

Dan akhir sekali adik Amanina bt Mohd Zaimi dari tahun 6 A dengan jumlah bacaan
sebanyak 25 buah buku dan menerima sijil Nilam.Jumlah bacaan terkumpul
setakat ini ialah sebanyak 386 buah buku.

Sebelum acara seterusnya dimulakan, semua pengawas PSS diminta berdiri


dengan tertib dan dalam keadaan rehatkan diri.

Majlis penyampaian watikah ini akan bermula dengan pengawas dari tahun 3,
diikuti pengawas tahun 4, 5 dan tahun 6.

Menjemput dan mempersilakan Yg Dihormati puan Hjh Wan Nuzam bt wan hamat
selaku penolong kanan HEM untuk menyempurnakan anugerah watikah pelantikan
pengawas pss skgd kepada semua pengawas tahun 3.Dipersilakan.

Menjemput dan mempersilakan yg Berusaha Puan Hjh Safiah bt Abd Rahman


selaku Penolong kanan Pentadbiran untuk menyempurnakan watikah pelantikan
bagi semua pengawas pss tahun 4. Dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan Yg Berusaha Pn Suhaidah bt Sulaiman untuk


menyampaikan watikah pelantikan pengawas PSS Skgd kepada semua pengawas
PSS tahun 5. Dipersilakan
Seterusnya, majlis dengan sembah takzimnya menjemput dan mempersilakan
yang Berusaha puan Suhaidah bt sulaiman untuk mengiringi Yang berusaha En Nik
Sazila bin Nik Abdullah bagi menyampaikan watikah pelantikan kepada pengawas
PSS SKG bagi sesi 2014. Dipersilakan
Seterusnya dijemput
1. Adik hanis naily bt mohd Adnin selaku Penolong ketua Pengawas 2 PSS
SKGD bagi sesi 2014 naik ke pentas untuk disarungkan balzer dan
seterusnya menerima watikah lantikan sebagai tanda penyerahan
tanggungjawab.
2. Seterusnya dipersilakan adik Nor Amalina bt Suhaimi selaku
Penolong
Ketua Pengawas 1 PSS SKGD sessi 2014 untuk disarungkan blazer dan
menerima watikah pelantikan sebagai tanda penerimaan tanggungjawab
secara rasmi.

3. Penerima watikah terakhir ialah adik Mohd Irfan bin Shamsul Zuhairi selaku
Ketua Pengawas PSS sessi 2014. Dipersilakan untuk disarungkan blazer

dan menerima watikah daripada Yg Berusaha En Nik Sazila bt Nik Abdullah.


Semuga Mohd Irfan akan menjalankan tanggungjawab dengan lebih
dedikasi dan komited.

Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada Yg Berusaha En Nik Sazila bin Nik
Abdullah. Besarlah harapan kami semuga penyerahan watikah pada hari ini
menjadi pemangkin kepada semua pengawas untuk lebih berwibawa dan
bersemangat dalam menjalankan tugas sebagai pengawas PSS yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Seterusnya, semua pengawas diminta berada dalam keadaan siap sedia untuk
acaraseterusnya iaitu bacaan ikrar.

Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan adik Nor amalina bt


suhaimi
untuk memimpin bacaan ikrar. Dipersilakan.

Semuga dengan bacaan lafaz ikrar sebentar tadi akan menjadi saksi dan memberi
suntikan semangat kepada semua pengawas untuk terus komited dalam
menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Seterusnya saya bagi pihak majlis dengan ini mejemput dan mempersilakan Yg
Berusaha Puan Suhaidah Sulaiman untuk menyampaikan cenderamata tanda
kenang-kenangan kepada Yg Berusaha en.nik sazila bin nik Abdullah atas kesudian
beliau untuk hadir bersama kita dalam majlis yang sangat bermakna
ini.Dipersilakan.

Kepada semua pengawas PSS tahun 6 anda dimintaberatur di tepi dewan untuk
sessi bergambar bersama tetamu jemputan . manakala semua pengawas lain
diminta terus berada di tempat masing-masing dalam keadaan tenang.

( Sessi bergambar )

Dengan ini, majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas PSS skgd telah pun
selesai dan saya bagi pihak majlis memohon maaf sekiranya berlaku sebarang
masalah kerana yang sempurna itu datangnya dari Allah dan segala yang lemah itu
adalah dari pihak kami.

Majlis sekali lagi mempersilakan Yg Berusaha Puan suhaidah bt Sulaiman untuk


menjemput tetamu yang diraikan Yg Berusaha En Nik Sazila bin Nik Abdullah ke
bilik jamuan.

( Semua pengawas tahun 6 diminta turunsecara tertib dan kembali ke


dewan. Semua murid tahun 4 , 5 dan 6 diminta naik ke kelas masing
masing dalam keadaan tertib )

Bermula dari belakang, pengawas PSS dipersilakan kebilik jamuan.

Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat iaitu Yang Dihormati Tuan Jamil bin
Abdullah selaku Penguasa kanan zon 1, Jabatan Bomba dan penyelamat negeri
Kelantan.

Memohon Yg dihormati Tuan Jamil bin abdullah untuk melakukan pemeriksaan


perbarisan pengawas Sekolah Keb. Gong Dermin diiringi oleh Noraina Sofea bt
Mazalan .

( Pengawas mengambil tempat di dewan . Diiringi muzik )

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara


Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.


Yang dihormati Tuan jamil bin Abdullah selaku pengurus kanan zon 1, jab.bomba
dan penyelamat , negeri Kelantan.
Yang Berusaha Puan Suhaidah bt Sulaiman ,Guru Besar SKGD
Yang Dihormati barisan penolong Kanan
Puan Hjh Safiah bt Abdul Rahman , Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Hjh Wan Nuzam bt wan Hamat, PKHEM
Puan Zarina bt Zakaria, PKKO
Yang Dihormati barisan guru cemerlang Skgd
Guru-guru,
Barisan pengawas,
Dan seterusnya para pelajar sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya kita
sekali lagi dapat berkumpul di dewan Sri Dermin yang bersejarah ini untuk
menjayakan Majlis Penyampaian Watikah pelantikan Pengawas SKGD tahun 2014.

Majlis juga sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada tetamu
kehormat pada hari ini iaitu Yg dihormati Tuan Jamil bin Abdullah, penguasa kanan
zon 1, jab.bomba dan penyelamat negerikelantan kerana sudi hadir bagi
menyempurnakan watikah pelantikan pengawas pada pagi ini. Semoga dengan
kehadiran tuan, majlispelantikan ini akan lebih ceria dan bermakna.

Majlis yang bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan


dengan munajat doa memohon restu dari yang Maha Esa. Majlis
mempersilakan Ustaz Nik Mustafa bin Nik ya untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.
Terima kasih atas pimpinan doa .semuga majlis kita akan sentiasa
dalam rahmatNya dari awal hingga akhir. Insyaallah.

Seterusnya, sebagai symbol pengawas adalah bakal pemimpin


muda yang akan menjadi peneraju Negara pada masa hadapan,
maka lafaz Rukun Negara akan menjadi pemula dengan bacaan
dipimpin oleh adik mohd asri bin yusof.

Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada adik Mohd asri bin


yussuf dengan pimpinan lafaz Rukun Negara itu tadi.
( Semua pengawas diminta duduk dalam keadaan tertib dan
berdisiplin)

Seterusnya saya bagi pihak majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Yg Berusaha puan Suhaidah
sulaiman untuk memberikan ucapan alu-aluan.Dipersilakan.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan tetamu


jemputan iaitu yg dihormati Tuan jamil bin Abdullah selaku penguasa
kanan zon 1, jab.bomba dan penyelamat negeri kelantan untuk
memberikan
ucapan
dan
seterusnya
merasmikan
majlis
penyampaian watikah pelantikan pengawas skgd 2014.
Bagi menyerikan lagi majlis kita pada hari ini, sebagai tanda meraikan
kedatangan tetamu jemputan, saya dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan adik mukrishah bin mohamad untuk
mendeklamasikan sebuah sajak.

Semuga skgd akan mampu melahirkan lebih ramai lagi bakat-bakat


baru yang cemerlang dalam semua bidang. Insyaalllah.

( Semua pengawas diminta bangun dalam keadaan tenang dan


berdisiplin )

Majlis akan diteruskan dengan upacara penyampaian watikah


pelantikan pengawas skgd 2014. Diminta bersedia.
1.Dijemput yg dihormati Puan zarina bt zakaria selaku pkko utk
menyempurnakannya.

2. seterusnya dijemput yg dihormati puan hjh wan nuzam bt wan


hamat untuk meneruskan penyerahan watikah pelantikan pengawas.
Dipersilakan.

3.seterusnya dijemput penolong kanan pentadbiran yg dihormati pn


hjh safiah bt abd rahman untuk menyempurnakan majlis penyerahan
watikah pelantikan pengawas.

4.majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan yg


berusaha puan suhaidah sulaiman selaku guru besar skgd untuk
meneruskan majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas skgd
2104. Dipersilakan.

5.seterusnya saya bagi pihak majlis mempersilakan puan suhaidah


sulaiman untuk menjemput dan mempersilakan yg dihormati tuan
jamil bin Abdullah , pengurus kanan zon 1 , jb bomba dan penyelamat
kb untuk menyempurnakan majlis penyerahan watikah pelantikan
pengawas skgd 2014. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terimakasih dan semuga dengan


kehadiran tuan jamil akan menjadi aura kepada semua barisan
pengawas untuk menjadi lebih berdisiplin dan berkeyakinan dalam
menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Majlis diteruskan dengan bacaan lafaz ikrar yang akan dipimpin oleh
adik muhd asri bin yusuf. Dipersilakan.

Sebagai
tanda
kenang-kenangan,
atas
kesudian
tetamu
menghadirkan diri, menjadikan kehebatan unit bomba dan
penyelamat sebagai ikon kepada murid-murid skgd terutamanya
badan pengawas, maka saya bagi pihak majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan Puan suhaidah sulaiman
untuk menyampaikan cenderahati kepada yg dihormati tuan jamil bin
Abdullah sebagai tanda terimakasih yang tak terhingga dari kami
warga skgd.

Seterusnya, diminta semua barisan exco pengawas keluar dan


beratur di tepi dewan untuk sesi bergambar bersama dif jemputan.

Terimakasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis pada


hari ini samada secara langsung ataupun tidak dan saya bagi pihak
majlis memohon maaf sekiranya ada sebarang ketidaksempurnaan
kerana yang baik itu datang dari allah dan yang lemah itu dari pihak
kami.
Dijemput puan gb untuk mengiringi yg dihormati tuan jamil ke bilik
jamuan. Semua pengawas diminta turun secara berdisiplin

Anda mungkin juga menyukai