Anda di halaman 1dari 5

JAMUAN AKHIR TAHUN SEK KEB LUI TIMUR 2015

PERKARA
Ketibaan Tetamu

BUTIRAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan
bermula sebentar lagi.
*****

Bacaan doa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera,


salam sehati sejiwa dan salam perpaduan.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Abdul Rahim bin Ismail. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)

Ucapan alu-aluan
Pengerusi Majlis

Ke pekan kuala membeli bingka,


sayang pesanan terlupa sudah;
majlis bermula tirai dibuka,
dengan alunan madah yang indah.
Santai kemas jadi pilihan,
segak dan anggun semua tetamu,
jamuan akhir tahun kita mulakan,
mencipta kenangan tersemat di kalbu.
Yang Berusaha en Norazlan bin Abu Kassim,
Guru Besar SK Lui Timur,
Yang Berusaha En Ahmad bin Mokhtar,
Penolong Kanan 1 SK Lui Timur,
Yang Berusaha En. Jaafar bin Ahmad
Penolong Kanan HEM SK Lui Timur,
Yang Berusaha En. Hairul Amir bin Mohd Ibrahim
Penolong Kanan Koku SK Lui Timur,

Yang Dihormati Pn. Airida binti HJ Ibrahim


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK lui timur

Guru-Guru SK Lui Timur & ahli keluarga

CATATAN

Dari Dewan Diamond, Melang Inn Hotel, Philadelpia kami bawakan


secara langsung Majlis Jamuan Akhir Tahun Sek Keb Lui Timur.
*****

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Terlebih dahulu mari kita memanjatkan rasa syukur kehadrat Ilahi
kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
menghadirkan diri di dalam majlis Jamuan Akhir Tahun SK Lui Timur.
Pergi mengail di tasir Bera,
Singgah dirumah Utaz Rahim,
sambil berkumpul beramah mesra
mempereratkan lagi silaturrahim
Tujuan majlis ini diadakan,bukan sahaja untuk majlis makan-makan ,ia
juga menjadi medan terakhir bagi kita untuk beramah mesra sesama
kita, demi mempereratkan silaturrahim antara satu sama lain setelah
berpenat lelah dengan penglibatan dlm pelbagai aktiviti yang
dianjurkan sepanjang tahun ini.

Ucapan Pengerusi
KKGP

Hadirin yang dihormati,


Pergi ke triang beli selasih,
sayanglah duit lupa dibawa;
berilah kata simpulan kasih,
sulamkan mesra satukan jiwa.
Majlis diteruskan dengan menjemput yang Dihormati Pn. Rosni bt

Abd Manab , presiden kelab guru dan kakitangan SK Lui Timur


untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
*****
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Pn.

Rosni bt Abd Manab atas ucapan tersebut.

Ucapan Guru Besar

*lama kita tak mendengar ucapan berbaur politik yang begitu


bersemangat seperti tadi.KIPIDAP
Langit berawan, angin berpuput,
Turunah hujan membasah bumi,
Tampilah tuan kami menjemput,
Sampaikan amanat, kepada kami.
Meneruskan bingkisan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

yang berusaha En Norazlan bin Abu Kassim untuk menyampaikan


ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Bacaan doa makan


Dari Bayai ke Serting tengah
Singgah minum di Serting tiga
doa sudah ucapanpun sudah
tiba masa menjamu selera
sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
suruh makan kita makan
janganlah segan janganlah malu

Majlis suai kenal

Hadirin sekalian.

guru / keluarga
Saya dimaklumkan, ini merupakan segmen atas permintaan dari tuan
guru besar sendiri.
Dipersilakan ahli-ahli KKGP untuk memperkenalkan diri dan ahli
keluarga yang dibawa bersama.

Penyampaian
hadiah
cenderahati.

*beritahu apa yang kita tak tahu.


Hadirin sekalian,
Majlis berganjak ke penyampaian cenderahati dan hari lahir untuk
semua ahli KKGP.
*kumpul sekali lumsum senang bagi sekali je.

Majlismempersilakan tn guru besar En norazlan b abu kassim untuk


menyempurnakan majlis.
(rujuk lampiran nama)
Dijemput GPK1 en Ahmad b Mokhtar untuk menyampaikan cenderahati
kepada GB.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tn GB kerana sudi
menyempurnakan majlis.
Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Yg berusaha
presiden kehormat KKGP Pn Rosni Abd Manab untuk menyampaikan
cenderahati kepada ahli KKGP yang tidak dapat bersama-sama ke
Family Day di Tg Leman tempoh hari.
(rujuk lampiran)

Mohon presiden kehormat untuk terus kekal di atas pentas untuk


menyampaikan cenderahati kepada ahli KKGP yang mendapat cahaya
mata baharu iaitu En Zmrin bin Janhari yag telah berjaya mendapat
bayi ketiga yg diberi nama Muhammad Aqeef Rayyan pada 4/9/2015.
Tahniah juga kepada en zamrin dimana anak beliau mendapat 5a dalam
upsr baru2 ini.
Diharapkan ahli2 KKGP terus berusaha lebih gigih dimasa hadapan.
Cabutan bertuah

Untuk cabutan bertuah segmen pertama ini, dijemput YDP PIBG Pn


Airidda bt hj Ibrahim untuk mencabut 10 nombor.

Seterusnya dijemput en Hairul Amir bin Mohd Ibrahim untuk


mencabut 10 lagi nombor dan menyampaikan hadiah kepada peserta
yang bertuah.

Majlis menjemput gpk HEM en Jaafar bin Ahmad untuk untuk


mencabut 10 lagi nombor dan menyampaikan hadiah kepada peserta
yang bertuah.

Majlis menjemput gpk 1Ahmad bin Mohtar untuk untuk mencabut 10


lagi nombor dan menyampaikan hadiah kepada peserta yang bertuah
Penutup

Hadirin sekalian..
Dengan berakhirnya penyampaian hadiahdan cendera mata, maka
berakhirlah majlis jamuan akhir tahunsk lui timur untuk kali ini.
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta
Dari Kedah ke pekan sari
Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi
Dari rokan ke indragiri,
membawa tinta ke kuala linggi;
baliklah tuan rehatkan diri,
esok kita bertugas lagi.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Sekian,terima kasih.
Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai