Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN JURU ACARA

MAJLIS DELEGASI PEGAWA-PEGAWAI DAN GURU BESAR GURU BESAR


TARIKH: 31 MEI 2016
TEMPAT: SK KELEBANG JAYA

NO CUE ANN CATATAN


1 KETIBAAN Diminta semua hadirin dapat bertenang dan mengambil
tempat masing-masing kerana majlis akan bermula
sebentar sahaja lagi.

2 PENGUMUMAN Hadirin-hadirat sekalian,


KETIBAAN Majlis mengumumkan ketibaan...

Yang Berusaha Puan Zainab bt. Zakaria,


Ketua Unit PAKK
JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Diiringi oleh,
Yang Berusaha En. Azizul Khalil Bin Yahya,
Ketua Unit PAKK
JPN Perak

Yang Berusaha En. Ayub B. Don


Guru Besar Sk Kelebang Jaya...
Pegawai-pegawai dan Guru besar-Guru Besar
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur,
Barisan penolong kanan Sk Kelebang Jaya

masuk ke dewan dan seterusnya mengambil tempat...

3 Majis mempersilakan semua para tetamu yang hadir


untuk naik ke pentas bagi sesi fotografi.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


Para tetamu dipersilakan duduk dan mengambil tempat
yang disediakan.

1
Hadirin sekalian,
Sebagai acara pembukaan, majlis akan diserikan dengan
persembahan dari murid-murid prasekolah Sk Kelebang
Jaya.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


persembahan yang begitu menghiburkan dari adik-adik
comel kita sebentar tadi.
Tuan-tuan dan puan-puab dipersilakan masuk ke dewan
bagi agenda yang seterusnya.

4 PEMBUKAAN Assalamualaikum pembuka bicara,


Ahlan Wasahlan kami ucapkan,
Selamat datang kepada semua,
Majlis hari ini kita mulakan.

SENARAI PROTOKOL Yang Berusaha Puan Zainab bt. Zakaria,


Ketua Unit PAKK
JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Yang Berusaha En. Azizul Khalil Bin Yahya,


Ketua Unit PAKK
JPN Perak

Yang Berusaha En. Ayub B. Don


Guru Besar Sk Kelebang Jaya...

Pegawai-pegawai dan guru besar guru besar Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur
Barisan Penolong kanan SKKJ
Guru-guru, staf-staf sokongan dan hadirin hadirat
sekalian.

Assalamualaikum... salam sejahtera dan salam ceria...

Selamat datang saya ucapkan kepada delegasi Pegawai-


Pegawai dan Guru Besar Guru Besar Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur ke Sk Kelebang Jaya.
2
5 BACAAN DOA Bersarang mebah di balik pohon,
Berapit dengan pohon jati,
Majlis dimula doa dipohon,
Semoga rahmat berkat menanti.

Bagi menambah keberkatan majlis, marilah kita sama-


sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Aamin, Ya Robbal ’Aalamiinn..
Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,
Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,
Menambah tautan kemesraan,
Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan
ketenangan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih


kepada

atas bacaan doa sebentar tadi.

6 UCAPAN ALU-ALUAN Hadirin sekalian,

Seuntai salam , sejambak kata


Degup bicara, merisik rasa

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh


Yang berusaha En. Ayob B. Don, Guru Besar
sk Kelebang Jaya.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan, ribuan terima kasih kepada Yang


berusaha En. Ayob B. Don atas ucapan aluan sebentar
tadi.

3
7 UCAPAN Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya majlis mempersilakan

untuk menyampaikan ucapan.


Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan, ribuan terima kasih kepada

atas ucapan sebentar tadi.

8 UCAPAN Hadirin dan hadirat sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan

untuk menyampaikan ucapan.


Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan, ribuan terima kasih kepada

atas ucapan sebentar tadi.


.
9 Penyampaian cenderamata Sidang dewan yang dimuliakan,

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian


cenderamata dari JPN Wilayah persekutuan kepada
Guru besar Sk Kelebang Jaya.

Untuk itu majlis mempersilakan

Untuk menyampaikan cenderamata kepada En Ayub B.


Don, Guru besar Sk Kelebang Jaya.

4
10 Orang berbudi, kita berbahasa…
Orang memberi, kita merasa…
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis
mempersilakan Yang Berusaha En. Ayob Bin Don untuk
menyampaikan cenderamata kepada

Terima kasih diucapkan.

11 Kita sudah hampir ke penghujung pertemuan.


Untuk itu, saya bagi pihak majlis ingin memohon
kemaafan jika terdapat sebarang kecacatan dan
kepincangan sepanjang perjalanan majlis.

Merdu bertelingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap bicara
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Majlis berbesar hati untuk mempersilakan delegasi


pegawai-pegawai dan guru besar guru besar wilayah
persekutuan kuala Lumpur untuk melawat Pra sekolah
Sk Kelebang Jaya..
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai