Anda di halaman 1dari 9

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian,
marilah sama-sama kita perbaiki diri dengan meningkatkan ketaqwaan kepaa
Allah s.w.t yakni denganmelakukan segala titah perintahNya dan menjauhi
segala laranganNya. Sebelum meneruskan khutbah, saya ingin berpesan kepada
sidang Jumaat sekalian agar menumpukan perhatian dan jangan bercakap-cakap
atau melakukan perkara sia-sia sewaktu khutbah disampaikan. Mudah-mudahan
kita akan beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Mimbar
Jumaat pada hari ini akan membicarakan tentang: “Derma Organ- Jariah yang
diabaikan”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Islam menyuruh umatnya yang ditima penyakit agar sentiasa berikhtiar mencari
penawar. Manakala bagi mereka yang pakar seperti pengamal perubatan adalah
menjadi fardhu kifayah bagi mereka untuk merawat. Ini bertepatan dengan
mafhum hadis, yang bermaksud setiap penyakit itu ada ubat dan rawatannya.
Bidang perubatan hari ini semakin moden apabila pemindahan organ menjadi
suatu realiti. Kes kegagalan organ yang dahulunya membawa maut kini dapat
dirawat dengan kaedah transplan atau pemindahan organ.

Walaupun teknologinya masih baru, namun isu pemindahan organ


menggunakan organ haiwan, manusia atau bahan lain bukanlah suatu yang asing
dalam perbendaharaan feqah Islam. Di zaman sahabat, Arfaja Ibnu Sa’ad yang
terputus hidung ketika perang Yaumul Kilab dibenarkan Rasulullah s.a.w untuk
menggantikan hidungnya dengan hidung emas walaupun emas adalah haram
bagi lelaki Muslim. Begitu juga dalam kitab fiqh, ada dibincangkan hukum
pemindahan organ kerana mereka berpandangan teknologi ini bakal menjadi
kenyataan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Pemindahan organ adalah penggantian organ yang berpenyakit dan rosak
dengan organ atau tisu yang sihat dari penderma. Ia adalah rawatan paling
efektif. Dalam kes kegagalan organ tahap akhir yang tiada alternatif rawatan
lagi. Pendermaan organ boleh dilakukan semasa hidup mahupun selepas
meninggal dengan syarat-syarat tertentu setelah dinilai oleh pakar perubatan
menurut polisi dan garis panduan yang telah diterbitkan kementerian kesihatan.
Di Malaysia, peroses pendaftaran pengikrar derma organ dijalankan
secara sukarela berbanding di sesetengah negara seperti Singapura yang
mendaftarkan rakyatnya sebagai penderma secara automatik. Walapun sudah
berdaftar, waris keluarga masih berhak menolak untuk mendermakan organ si
mati. Terdapat dua jensi penderma organ, iaitu penderma organ hidup dan
penderma organ selepas meninggal dunia. Bagi penderma organ semasa hidup,
hanya beberapa organ sahaja boleh didermakan iaitu sebelah buah pinggang,
sebahagian hati dan sumsum tulang. Bagaimanapun pemindahan ini hanya
dibenarkan kepada keluarga sahaja dan jika tiada pertalian darah, mereka perlu
mendapatkan kelulusan jawatankuasa khas. Manakala, organ-organ yang boleh
diderma selepas meninggal adalah lebih banyak iaitu jantung, paru-paru, kedua-
dua buah pinggang, hati, tulang dan tisu seperti kornea dan kulit. Bayangkan
kebajikan yang diperolehi dari seluruh organ yang didermakan ini.

Sesungguhnya organ yang didermakan memberi manfaat besar kepada


ramai insan dari sudut menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti hidup
pesakit. Jantung, paru-paru daan hati boleh memberi manfaat kepada 3-4
pesakit, kornea boleh mencelikkan sekurang-kurangnya 2 pesakit buta akibat
kecederaan kornea. 2 buah pinggang akan membantu 2 pesakit yang mendapat
buah pinggang baru dan 2 pesakit lain yang perlu mendapat khidmat mesin
dialisis apabila slot dikosongkan pesakit terdahulu. Tulang pula boleh memberi
manfaat kepada sehingga 30 orang pesakit.

Disisi agama, mereka dianggap membuat kebajikan yang besar


sebagaimana firman Allah yang khatib bacakan di permulaan khutbah tadi,
“Bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia tanpa alasan
membunuhnya atau melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah telah
membunuh manusia seluruhnya. Dan sesiapa yang menjaga nyawa seorang
manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga kehidupan manusia kesemuanya”
(Al-Maidah ayat 32).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Dari sudut perspektif agama, pendermaan dan pemindahan organ telah
pun dibenarkan oleh ulama’ dengan Ijtihad Jamaie’ melalui majlis fatwa
kebangsaan dan fatwa negeri-negeri seawal 1965 termasuk dari institusi
antarabangsa seperti Majma’ Fiqhul Islami dan Lajnah Daimah arab sao’di.
Seharusnya tiada keraguan di sisi muslim untuk meneruskan niat menderma
organ. Andainya berlaku halangan, ia lebih kepada sikap muslim yang kurang
peduli dan jahil akan manfaat dan keperluan mendesak tranplan organ ini.

Pemindahan organ dibenarkan syara’ atas alasan menjaga Maqasid (atau


matlamat) syari’ah yang lima iaitu agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta.
Selain itu kaedah fiqh (Qawai’dul Fiqhiyyah) seperti konsep darurat
membenarkan larangan (Adh-dhorurat tubihul mahzurat) dan memilih darurat
yang kurang antara darurat menjadi asas kebenaran pemindahan organ apabila
berlaku sakit yang mengancam nyawa.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,


Mimbar juga ingin menerangkan beberapa salah faham muslim telah
menghindari mereka menderma organ selama ini:
1) Terdapat sebahagian muslim mendakwa menderma organ akan menyeksa
mayat. Memang benar terdapat hadis melarang mematahkan tulang mayat
kerana dikira menyeksa jenazah, namun ia dilakukan tanpa sebab
munasabah. Dalam hal ini, organ diambil untuk mengelak mudhorat yang
lebih besar iaitu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan organ
itu. Menjaga nyawa adalah antara matlamat syariah yang utama. Ada
muslim berpandangan bahawa jasad muslim amanah Allah, maka tidak
boleh diambil sesuka hati. Ya benar, semua jasad manusia adalah milik
Allah, mulia dan harus dirahmati sebagaimana firman Allah, “Dan
Sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam” (surah Al-Isra’
ayat 70).

2) Memang tubuh badan adalah amanah Allah, namun kita berhak semasa
hidup sahaja. Manakala selepas mati, haknya hanyalah dimandi, disolat,
dikafan dan kebumikan sahaja. Adapun derma organ akan memberi
peluang pesakit untuk terus hidup di mana nyawanya yang ingin
diselamatkan juga adalah milik Allah.

3) Sebahagian masyarakat takut bahawa penderma organ akan bangkit


dengan jasad tidak sempurna di mahsyar kelak. Bagaimanapun, ini adalah
andaian melulu dan meragui kuasa Allah yang mampu membangkitkan
insan yang telah hancur luluh di alam kubur sebagai jasad yang sempurna
di akhirat. Firman Allah, “(tuhan) akan menghidupkan tulang-tulang
hancur itu sebagaimana Dia menciptakan pada mula kewujudannya, dan
Dia Maha Mengetahui keadaan makhluk ciptaannya”(surah Yaasin ayat
79).

4) Penderma akan menanggung dosa penerima organ jika penerima


melakukan maksiat ataupun seorang bukan Islam. Dalam hal ini, Islam
menetapkan bahawa taklif (tanggungjawab) yang menatijahkan dosa atau
pahala hanya kepada individu tersebut semata-mata. Dia tidak akan
menanggung dosa orang lain. Bahkan dia beroleh pahala berterusan
kerana dermanya dan dari kebajikan serta doa si penerima. Allah
berfirman, “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan seorang melainkan
orang itulah sahaja yang menaggung dosanya; dan seseorang yang boleh
memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain” (Al-An’am ayat
164).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Akhir kalam, mimbar menyeru agar lebih ramai saudara muslim kita
bersama berikrar sebagai penderma organ. Islam adalah agama rahmat (kasih
sayang) yang menyeru umatnya saling tolong menolong, maka hakikat ini harus
ditonjolkan umatnya dengan menyahut seruan menderma organ.
Adalah lebih baik andai organ yang dipinjamkan Allah ini dijadikan sedekah
jariah kita dan bekalan di mahsyar kelak daripada dibiarkan hancur dimakan
cacing tanah. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:

Maksudnya: Apabila mati anak Adam, terputus darinya amalannya kecuali tiga
perkara; sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang
mendoakan.”
(Hadis riwayat Al-Imam Al-Muslim)
Bermaksud : Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya beselawat kepada
nabi (Muhammad s.a.w) , wahai orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya
serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Surah Al-Ahzab : 56

Mimbar menyeru kepada sidang Jumaat sekalian supaya kita bersama-sama


memakmurkan rumah-rumah Allah dengan melakukan ibadah dan amal soleh
secara istiqamah terutama solat fardhu berjemaah serta mendidik hati kita berasa
risau dan resah apabila berjauhan dengan masjid.
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang cintakan masjid. Antaranya
sabda Rasulullah s.a.w daripada Ibnu Umar Radiyallahu ‘anhu :

Bermaksud: Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan
dua puluh tujuh kali ganda.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ya Allah, ampunlah dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat serta


berilah rasa tanggungjawab dalam diri kami ini untuk melaksanakan perintahmu
dan hindarlah kami terhadap laranganmu. Ya Allah, didikkanlah diri kami ini
untuk mendirikan solat fardhu berjemaah, mengeluarkan zakat dan hiasilah diri
kami dengan sifat-sifat mahmudah. Kurniakanlah kepada kami nikmat
berpanjangan, kesihatan yang berkekalan, hati yang khusyuk serta penuh
keikhlasan dalam melakukan amal kebaikan.
Ya Allah, berkatilah hidup hambamu yang melaksanakan tuntutan zakat
dan kurniakan rezeki yang berlipat ganda kepada para pewakaf serta sucikanlah
harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara’ dan Masakin daripada
kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah , kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap raja


kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Almaghfur Lahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim
serta kerabat diraja dan seluruh rakyat jelata sekalian.

Anda mungkin juga menyukai