Anda di halaman 1dari 6

KATA-KATA HIKMAT YANG SESUAI DIGUNAKAN DALAM KARANGAN (1)

01. sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah
buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne

04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah
orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju
kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang

06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-
Hajj:77

07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta
pertolongan" ~Surah Yusuf:18

08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu
memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John
Schwartz

10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu
bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku
Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)

11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah.
Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki."
~Profesor Diraja Ungku Aziz

12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.


15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan
penduduk langit.

16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah
harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang
yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib

17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan
madu."

18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk
mengejar impian hari esok.

19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia
yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar
dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)

20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.

21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang
membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan
bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim
atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan
atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU
BAKAR

23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang
hilang sekali hilang akan terus hilang.

24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan
buah.

25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

26 “Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup
untuk mendapatkannya.” -Albert Einstein

27. Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini
sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah
semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. -Joseph Conrad

28. Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya
bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn

29. Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah
orang itu. -Whittier

30. Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk
nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya -Saidina Ali

31. Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier

32. Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah -Rahmohan Ghandi

33. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
-Richard Brinsley Sheridan

34. Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan
-Mognon Me Lauhlin

35. Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran -Horatius

36. Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada
agama?-Benjamin Franklin

37. Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. -William J.
Siegel

38. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya


kebijaksanaan atau kemahiran -Flower A. Newhouse

39. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.-Samuel Johnson

40. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang-
Anonim

41. KAMU DAPAT MENGENAL LEBIH BANYAK TENTANG DIRI SESEORANG ITU DARI
ADAB DAN PERTANYAANNYA, BUKAN DARI JAWAPAN-JAWAPANNYA -VOLTAIRE
42. JIKA SATU BANGSA TELAH MULA BERFIKIR, TIDAK ADA SATU KEKUATAN PUN
YANG BOLEH MENGHENTIKANNYA -VOLTAIRE

43. SUPAYA ENGKAU BEROLEH SAHABAT, HENDAKLAH DIRI ENGKAU SENDIRI


SANGGUP MENYEMPURNAKAN MENJADI SAHABAT ORANG –HAMKA

44. SEMULIA-MULIA MANUSIA IALAH ORANG YANG MEMPUNYAI ADAB YANG


MERENDAH DIRI KETIKA BERKEDUDUKAN TINGGI, MEMAAF KETIKA BERDAYA
MEMBALAS DAN BERSIKAP ADIL KETIKA KUAT -KHALIFAH ABDUL MALIK MARWAN

45. DALAM MASYARAKAT MANUSIA ADA BINATANG TETAPI DALAM MASYARAKAT


BINATANG TIDAK ADA SATU PUN MANUSIA -ARISTOTLE

46. PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA DARI SATU LANGKAH.-LAO TZE

47. SESEORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN DAN TIDAK MEMBETULKANNYA


TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN LAGI. –CONFUCIUS

48. HIDUP BIAR BERADAB, BUKAN HIDUP UNTUK BIADAP –AL-GHAZALI BAYRUNI

49. RAKYAT ITU AKAR BANGSA. JIKA AKARNYA SIHAT, POKOKNYA PUN SIHAT
-BENG TJU

50. AGAMA TANPA ILMU ADALAH BUTA. ILMU TANPA AGAMA ADALAH LUMPUH
-ALBERT EINSTEIN
51. JANGAN TANYA APA YANG DIBUAT OLEH NEGARA UNTUKMU, TAPI TANYALAH
APA YANG BOLEH KAMU BUAT UNTUK NEGARA -ABRAHAM LINCOLN

52. SEMISKIN-MISKIN ORANG IALAH ORANG YANG KEKURANGAN ADAB DAN BUDI
PEKERTI -HUKAMA

53. BANGSA YANG TIDAK PERCAYA KEPADA KEKUATAN DIRINYA SEBAGAI


SESUATU BANGSA, TIDAK DAPAT BERDIRI SEBAGAI SUATU BANGSA MERDEKA –
SOEKARNO

54. BANGSA PENAKUT TIDAK BOLEH MERDEKA DAN TIDAK BERHAK MERDEKA.
KETAKUTAN ADALAH PENASIHAT YANG SANGAT CURANG UNTUK KEMERDEKAAN
-ANDRE COLIN

55. AKHLAK YANG BURUK ITU IBARAT TEMBIKAR YANG PECAH. TIDAK DAPAT
DILEKATKAN LAGI DAN TIDAK DAPAT DIKEMBALIKAN MENJADI TANAH -WAHAB B
MUNABIN

56. UKURAN YANG PALING TINGGI TENTANG ADAB SESEORANG ITU, IA WAJIB
MENARUH PERASAAN MALU AKAN DIRINYA TERLEBIH DAHULU -AFLATUN

57. 'HENDAKLAH ADAB SOPAN ANAK-ANAK ITU DIBENTUK SEJAK KECIL KERANA
KETIKA KECIL MUDAH MEMBENTUK DAN MENGASUHNYA. BELUM DIROSAKKAN
OLEH ADAT KEBIASAAN YANG SUKAR DITINGGALKAN' - HAMKA

58. 'KECANTIKAN YANG ABADI TERLETAK PADA KEELOKKAN ADAB DAN


KETINGGIAN ILMU SESEORANG, BUKAN TERLETAK PADA WAJAH DAN
PAKAIANNYA'- HAMKA
59. 'BERTAMBAH KUAT KEPERCAYAAN KEPADA AGAMA, BERTAMBAH TINGGI
DARJATNYA DI DALAM PERGAULAN HIDUP, DAN BERTAMBAH NAIK TINGKAH LAKU
DAN AKAL BUDINYA'- HAMKA

60. JIKA ANDA MAHU MEMBUAT SESUATU, ANDA AKAN CARI JALAN. JIKA ANDA
TIDAK MAHU MEMBUAT SESUATU, ANDA AKAN CARI ALASAN. - PERIBAHASA ARAB

Anda mungkin juga menyukai