Anda di halaman 1dari 3

JUARA BERGANDA MOHD RIDZUAN MAHAD-SMSL

...Chin, Mokhtar, Rajagopal dan Jalil. Nama-nama yang tidak disebut diharap tidak kecewa.
Walaupun anda gagal, anda masih boleh meneruskan latihan bersama para pemain sekolah yang
lain, ujar Cikgu Zainal. Kata-kata tersebut ibarat halilintar membelah bumi. Pengumuman Cikgu
Zainal masih terngiang-ngiang di gegendang telingaku hingga ke hari ini. Sukar bagi ku menerima
hakikat yang aku gagal dalam pemilihan pasukan bolasepak sekolah. Ku rasakan penat-lelah dan
manik peluh ku terbuang tanpa sebarang pulangan yang ku impikan. Adakah aku tak cukup bagus
untuk mewakili sekolah? Bagaimanakah aku ingin berhadapan dengan rakan ku di sekolah minggu
hadapan, hati kecilku berkata-kata.
Bolasepak bagiku bagaikan isi dengan kuku. Bolasepak darah dagingku . Bolasepak maruahku.
Hidupku berorientasikan bolasepak. Aku tidur beralaskan cadar dan bantal yang dipenuhi dengan
logo pasukan bolasepak kegemaranku. Aku hanya menonton saluran tv yang menayangkan
perlawanan bolasepak. Buku sekolahku boleh dikira bilangannya berbanding dengan majalah sukan
bolasepak. Aku sanggup mengikat perut demi mengumpul wang untuk membeli majalah bolasepak,
jersi pasukan bolasepak yang aku gilai.
Namun kini aku merasakan diriku umpama bola yang sudah bocor. Perasaanku berbaur. Setiap saat
yang ku lalui sejak sesi latihan petang tadi amat memeritkan. Kederasan kipas siling masih gagal
meniup angin ketenangan buat diriku yang masih panas dibakar kekecewaan. Ah, aku tahu apa nak
buat nanti, tiba-tiba ayat itu keluar dari bibirku. Malam bulan dipagari bintang ini mungkin bagi
orang lain indah tapi bagiku parah.
Hujung mingguku yang tiada makna pantas melarikan diri. Aku kini keseorangan menghadapi hari
Isnin yang biasanya membosankan. Namun Isnin ini, .... MENYAKITKAN.
HOI, DAMIT BECKHAM, marilah lepak , suara-suara sinis menghujani pendengaranku. BERAPA
GOL DAMIT BECKHAM SCORE HARI TU?, suara-suara sumbang terus menerus menikam
kesabaranku. Bukan aku tak kenal insan-insan itu. David, Gunalan dan Samad merupakan tonggak
utama dalam pasukan bolasepak sekolah. Sudahlah, kalau dilayan nanti bagai mencurah minyak ke

api yang memang sudah marak, desis hatiku. Langkahku atur dengan tenang ke tapak perhimpunan
walupun perasaan ku kacau dan bergelora.
Dalam perhimpunan , aku tak berupaya mengangkat mukaku apabila nama Cikgu Zainal diumumkan
untuk meyampaikan makluman. Cikgu Zainal pasti akan mengumumkan nama-nama murid yang
terpilih menyertai pasukan bolasepak sekolah. Cikgu Zainal juga menyebut tarikh-tarikh perlawanan
yang akan dilalui oleh pasukan bolasepak sekolah. Cikgu Zainal juga menyerahkan jersi baru sekolah
kepada para pemain selepas perhimpunan. Aku berdiri di celah ratusan murid-murid lain dengan
mataku memandang kasutku yang biasa menyepak bola. Tak sanggup aku membiarkan pancaindera
pendengeranku terdedah dengan pengumuman yang bakal disebutkan oleh Cikgu Zainal.
Namun, jangkaanku terbias. Cikgu Zainal mengarahkan semua murid yang terlibat dalam latihan
pemilihan terakhir Jumaat lepas agar tunggu di tapak perhimpunan selepas perhimpunan bersurai
nanti. Ah, apa pula agenda Cikgu Zainal? Hatiku berdebar. Adakah Cikgu Zainal tersalah menyebut
nama-nama murid yang terpilih? Adakah peluang baru mengintaiku? Pelbagai jangkaan bermain
dalam kotak akalku.
Kami semua berkumpul di hadapan Cikgu Zainal. Dia ditemani dengan Cikgu Dollah. CIKGU
DOLLAH? Apa kaitan guru disiplin yang tak pernah lepas tangannya dengan rotan? Walaupun aku
menganggap diriku pakar bolasepak, aku gagal mengaitkan hubungan Cikgu Dollah dengan
permainan bolasepak. Sudahlah gemuk, misai melenting pula. Kalau penjaga pintu kandang singa
mungkin layak bagi Cikgu Dollah. Tapi kalau penjaga gol, jauh sekali. Getus hatiku lagi.
Bagaikan gugur jantungku apabila kami semua diarahkan pergi ke bilik disipilin. Dalam perjalanan ke
bilik disiplin, bermacam-macam situasi negatif yang aku bayangkan. Ya lah, mana ada perkara yang
baik-baik berlaku kalau berada di dalam bilik disiplin atau pun yang kami gelar bilik Black Maria
mengambil sempena nama trak polis yang membawa penjenayah-penjenayah berat. Teruklah aku
dikerjakan oleh Cikgu Dollah, hatiku meruntun. Damit, awak masuk dulu, herdik Cikgu Dollah.
Suara garau Cikgu Dollah bagai mampu melumpuhkan segala urat sarafku. Ya Tuhan, apakah yang

telah aku buat hingga aku dijemput ke sini, aku berbisik kepada diriku sendiri. Masa inilah aku amat
mendambakan kekuasaan Tuhan untuk mengubah nasibku.
Damit, awak boleh pergi, kata Cikgu Zainal yang berada di sebelah Cikgu Dollah. Bagai mati hidup
semula perasaanku ketika itu. Aku mengucapkan terima kasih dan terus beredar tanpa berpaling lagi.
Aku terus kembali ke kelas yang tiada berguru kerana masa tersebut ialah masa Cikgu Dollah yang
sedang sibuk berurusan dengan pemain-pemain bolasepak sekolah. Sedang murid-murid lain berbualbual kosong, aku masih tertanya-tanya motif Cikgu Zainal dan Cikgu Dollah di bilik disiplin tadi.
Hampir satu jam fikiranku terlontar jauh tiada berarah, aku dikejutkan lagi apabila aku dipanggil
semula ke bilik disiplin. Debaran kembali lagi. Apa lagi? Berderau darahku apabila ku lihat tiada
seorang pun pemain-pemain bolasepak tadi berada di situ. Ke manakah mereka? Mengapa tinggal aku
seorang yang dipanggil semula? Aku ditohmah? Aku difitnah? Aku salahkah? Andaian-andaian
pesimis berlegar-legar di mindaku.

Pintu bilik disiplin ku ketuk dengan tabah walaupun

menggelabah. Ku lihat Cikgu Zainal hanya. Tahniah, awak juara berganda hari ini, ujar Cikgu
Zainal. Aku senyum kelat. Awak terlepas daripada tuduhan mencuri peralatan sukan sekolah. Kedua,
awak dipilih menyertai school team, tahniah, Cikgu Zainal menambah.
Tiga daripada pemain sekolah telah disingkirkan daripada pasukan atas kesalahan disipiln dan aku
pula dipilh untuk bermain untuk pasukan sekolah walaupun sebagai pemain simpanan cuma. Itu sudah
cukup bagus bagiku kerana pepatah ada mengatakan tiada rotan akarpun berguna.
ridzuan

Anda mungkin juga menyukai