Anda di halaman 1dari 2

`Fikirkan Boleh` merupakan salah satu lagu patriotik yang berjaya menyuntik semangat dan meningkatkan keyakinan diri

dalam atma orang ramai khususnya para pelajar, pekerja, atlet sukan, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, dalam bait-bait lirik lagu tersebut terkandung mesej-mesej yang positif serta bersesuian dengan standart kita. Kebiasaannya, lagu ini selalu diputarkan dalam program motivasi, seminar, mahupun di arena sukan. Namun, belakangan ini, rata-rata masyarakat mula memandang enteng terhadap mesej yang tersirat dalam lirik lagu ini. Mereka lebih suka mendengar lagu-lagu yang berkonsepkan percintaan. Memang tidak dinafikan, dasar naluri remaja yang suka akan sesuatu yang muluk tetapi keadaan ini harus dibendung bagi melestarikan kewujudan lagu-lagu patriotik. Antara lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini Jika kau fikirkan kau boleh, kau hamper boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu. Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyinya amat clich, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar! Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita, kita perlu mempunyai keyakinan diri dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai. Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada kita untuk tidak menoleh ke belakang lagi. Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub. Kita tidak perlu meyakinkan orang ramai. Kita hanya perlu meyakinkan diri kita sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai, kita perlu tunjuk bahawa cita-cita kita tercapai. Itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai. Untuk berjaya kita harus mempunyai keyakinan. Tanpa keyakinan kita akan merasa raguragu. Apabila wujud perasaan ragu-ragu maka kita akan takut mencuba. Apabila kita takut mencuba kita tidak akan berjaya. Orang cemerlang adalah orang yang suka buat benda yang orang lain tak suka buat Sikap seorang mukmin yang baik adalah tidak mudah berputus asa dan tidak mudah kecewa, senantiasa besar hati dalam menerima apapun yang dialami dan dideritanya. Hal ini demikian kerana itu semua atas kehendak Allah. Maka dalam ayat lain dikatakan bahwa sikap berputus asa adalah sikap orang kafir (al-Ankabut: 23). Hal ini terjadi ekoran mereka yang berputus asa atas rahmat Allah telah menentang kehendak Allah dan ingin memaksa Allah dengan kehendaknya. Putus asa adalah sifat yang tercela. Tidak selayaknya seorang mukmin berputus asa dalam segala hal, baik dalam berdoa kepada Allah mahupun dalam menghadapi kehidupan ini. Apa pun yang dihadapinya dalam kehidupan, seorang hamba yang ikhlas harus tetap ingat bahawa kita dihadapkan dengan keadaan yang di dalamnya kita dapati kebajikan dan kesabaran. Jika kita putus asa, itu hanyalah tipu helah syaitan. Maha Pencipta memerintahkan hamba-Nya untuk tidak berputus asa. Tamsilnya, Rasulullah sampai wafat pun masih banyak kaumnya yang tidak beriman, namun Rasulullah tidak berputus asa dan terus berusaha bahkan berpesan kepada umatnya agar meneruskan perjuangannya.

Mesej lain yang terdapat dalam lirik lagu ini adalah optimis. Maksudnya yakin dalam setiap apa yang diusahakan akan mendapat hasil seperti yang dimahukan, tidak kira macam mana susahnya halangan yang ditempuhi. Hal ini juga termasuk tidak mudah menyerah kalah dalam menghadapi krisis dan masalah. Bila sikap optimis sudah ada, sikap-sikap positif yang lain akan turut serta dengan sendirinya. Orang-orang yang berfikiran positif juga percaya pada kebolehan diri sendiri dan kelebihan bakat yang dikurniakan Tuhan daripadaNya. Mereka mengenalpasti kekurangan dan kelebihan diri sendiri, lalu menggunakan kelebihan bakat sebagai platform untuk mencipta kehebatan, kecemerlangan dan kejayaan. Contohnya, dalam banyak-banyak artis Malaysia selama 50 tahun merdeka, tiada siapa yang boleh menandingi pencapaian hebat P.Ramle sehingga ke hari ini. Manakala, pemimpin dalam Malaysia pula, tiada siapa yang mampu menandingi pencapaian Dr Mahathir ketika dia menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kedua-dua mereka ni sama, percaya pada kebolehan diri dan mengasah bakat dalam bidang yang mereka minati lalu memacunya ke arah kejayaan. Tuntasnya, kita hendaklah menggunakan 100% keupayaan minda kita. Minda manusia adalah ciptaan-Nya yang terhebat dalam kalangan mahkluk-Nya. Sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan seharian. Perkayakan minda dengan ilmu-ilmu yang memberi manfaat serta faedah kepada diri. Semangat dapat membantu jika kita berada dalam situasi " tiada harapan " Hal ini berkait dengan tahap kuasa minda kita atau mindset. Kita harus melihat cabaran dan dugaan yang datang adalah sebagai peluang menambah kuasa tenaga positif ke arah mengekalkan semangat dan memperbaiki kesilapan dengan menggunakan segala unsur, entiti serta sifat yang ada baik dari dalam diri atau di sekeliling kita untuk penambahbaikkan pembangunan diri anda. Demikianlah bagaimana Islam menganjurkan umatnya menghiasi dirinya dengan sifat sabar, tabah, yakin diri, dan bersikap positif dengan harapan matlamat kebahagiaan sejati dan keredaan Ilahi di dunia dan akhirat akan tercapai. Akhir kata, semoga kita berjaya menjadi modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ingatilah mesej-mesej yang tersirat dalam lirik lagu-lagu patriotik untuk kepentingan bersama.

Anda mungkin juga menyukai