Anda di halaman 1dari 1

Karangan Maruah Diri

Setiap individu haruslah menjaga maruah diri dengan tidak melakukan perkara-perkara yang
boleh mencemarkan nama baik dan kehormatan diri. Manusia yang memiliki jati diri dan
kehormatan diri merupakan manusia yang bermaruah. Maruah diri adalah sangat penting untuk
dijaga kerana dengan demikian, seseorang akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat,
imej diri dan keluarga terpelihara daripada unsur-unsur yang tidak baik. Selain itu, masyarakat
yang sejahtera dan bersatu padu dapat dilahirkan.

Terdapat beberapa cara untuk menjaga dan memelihara maruah diri seperti pemakaian yang
sopan, pergaulan dan percakapan yang baik. Pemakaian yang sopan dapat dilakukan dengan
memakai pakaian yang sopan, menutup aurat serta tidak ketat dan jarang. Selain itu, pemakaian
yang sopan adalah memakai pakaian yang kemas dan bersih supaya tidak mendatangkan
kemudaratan kepada diri sendiri.

Amalan pergaulan yang baik dapat dilaksanakan dengan menjaga batas-batas pergaulan dalam
kehidupan seharian. Sikap menghormati orang lain amat penting supaya hubungan atau
silaturahim dapat dikekalkan. Sebagai contoh, anak-anak muda perlu menghormati ibu bapa, jiran
tetangga dan orang lain dalam apa-apa jua situasi supaya tidak timbul perselisihan atau salah
faham antara satu sama lain.

Percakapan yang baik dapat diamalkan dengan bercakap dengan baik dan bersopan santun dalam
setiap pertuturan. Di samping itu, kita hendaklah berlemah-lembut dan menggunakan bahasa yang
sopan apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang yang disekeliling kita.

Anda mungkin juga menyukai