Anda di halaman 1dari 4

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak
perubahan cuaca dunia terhadap kehidupan dan sebab-sebab berlakunya fenomena
perubahan cuaca ini. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Pemanasan global merujuk kepada perubahan cuaca yang mendadak menyebabkan
keadaan persekitaran menjadi semakin panas, pencairan ais di Kutub Utara dan di Kutub
Selatan, serta kepupusan hidupan liar. Namun persoalannya, apakah kesan yang terpaksa
dihadapi oleh manusia dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini? Panel Suruhanjaya
Perubahan Cuaca Bangsa-Bangsa Bersatu sudah membuktikan bahawa perubahan cuaca
ini memberikan kesan yang negatif kepada manusia.
Berdasarkan situasi kini, tidak mustahil akan berlaku perubahan cuaca yang besar
menjelang tahun 2100 nanti. Pada masa itu, penduduk dunia akan merasai peningkatan
suhu sehingga 30 darjah celsius. Keadaan ini akan menyebabkan paras laut naik hingga 45
sentimeter serta berlakunya bencana alam yang bersilih ganti. Pada tahun 1998, taufan
Mitch yang melanda Amerika Tengah yang mencatatkan kelajuan 180 minit per jam telah
menyebabkan 6 500 orang maut kerana terperangkap dalam banjir lumpur. Dalam keadaan
yang serba kekurangan dari segi bantuan dan keperluan hidup serta sanitasi, banyak
penyakit seperti malaria, denggi dan taun mudah merebak.
Pada tahun berikutnya, puting beliung Orissa melanda India dan Myanmar dan banjir
besar melanda Caracas, Venezuela yang masing-masingnya mencatatkan angka kematian
yang tinggi, iaitu hampir 10 ribu dan 30 ribu orang. Manakala pada tahun 2000 pula, hujan
lebat dan taufan yang melanda Mozambique menyebabkan kes malaria meningkat lima kali
ganda. Isu yang sama iaitu setiap kali berlaku bencana akan mengundang pelbagai jenis
penyakit. Situasi yang benar-benar berlaku di sekeliling ialah keadaan cuaca panas banyak
membantu meningkatkan pembiakan nyamuk. Sebaliknya pada musim hujan pula
menyebabkan haiwan-haiwan pembawa penyakit seperti lalat, tikus, hama dan sebagainya
akan bergerak dengan aktif. Haiwan-haiwan ini akan membawa pelbagai jenis penyakit
zoonosis.
Tambahan pula, cuaca yang tidak menentu turut memberikan kesan kepada
peningkatan dan perkembangan mikro seperti bakteria, virus dan alga serta kelangsungan
hidup vektor. Walau bagaimanapun, semua situasi ini tidak terlalu serius di Malaysia kerana
infrastruktur kesihatan yang baik. Selain itu, program pencegahan dan pembasmian vektor
dan penyakit zoonosis dilaksanakan dengan baik oleh agensi-agensi yang
bertanggungjawab. Program pengimunan yang dilakukan banyak membantu mencegah
pelbagai penyakit berjangkit ini.
Kesedaran rakyat berkenaan kebersihan dan khasiat makanan juga banyak
membantu mencegah pelbagai penyakit. Kesan kesedaran pelbagai pihak dan kerjasama
dalam mencegah gejala-gejala ini, secara tidak langsung membantu meningkatkan status
ekonomi negara. Namun, para saintis menyedari keadaan ini tidak akan terus kekal kerana
semakin lama punca timbulnya penyakit semakin kompleks dan cara pencegahannya pula

semakin tidak diketahui. Justeru, semua orang digalakkan supaya sentiasa mengambil
langkah mencegah seperti yang disarankan oleh kerajaan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
Cuaca Penentu Kesihatan Manusia,
oleh Mohd Khairul Anuar Manshor,
Dewan Masyarakat, Julai 2008)

Soalan 2 (a) Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i)

Jelaskan maksud rangkai kata kepupusan hidupan liar dalam petikan di atas?
[2 markah]

(ii)

Nyatakan sebab-sebab rakyat di negara ini tidak menerima kesan yang ketara
terhadap penularan penyakit yang berpunca daripada perubahan cuaca.
[3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan untuk mengawal pemanasan
global?
[4 markah]

Rumusan
Pendahuluan (2 markah)
Petikan membincangkan kesan/implikasi/akibat pemanasan global kepada
kehidupan manusia/makhluk/haiwan di alam ini.
Petikan membincangkan kesan/implikasi/akibat pemanasan global kepada
kehidupan di alam ini.
Petikan membincangkan kesan/implikasi/akibat pemanasan global kepada
kehidupan.
Petikan membincangkan impak pemanasan global kepada kehidupan makhluk
di alam ini.
Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]
1. Keadaan persekitaran menjadi panas, pencairan ais di Kutub Utara
dan di Kutub Selatan serta kepupusan hidupan liar.
2. Berlakunya perubahan cuaca yang besar menjelang tahun 2100.
3. Penduduk dunia akan merasai peningkatan suhu.
4. Paras laut akan meningkat hingga 45 sentimeter.
5. Berlakunya bencana alam yang bersilih ganti.
6. Banyak penyakit mudah merebak / setiap kali berlaku bencana
akan mengundang pelbagai jenis penyakit
7. Keadaan cuaca panas banyak membantu meningkatkan pembiakan nyamuk.
8. Pada musim hujan haiwan-haiwan pembawa penyakit akan bergerak aktif.
9. Cuaca yang tidak menentu turut memberikan kesan kepada peningkatan dan
perkembangan mikro.
Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]
1. Pencemaran alam sekitar semakin meningkat.
2. Aktiviti penebangan hutan secara berleluasa.
3. Penipisan ozon yang agak serius.
.
4. Sikap manusia yang alpa terhadap sensitiviti alam sekitar/tamak/rakus/zalim
terhadap alam sekitar.
5. Penghasilan gas metanol sebagai akibat daripada pelupusan.
sisa-sisa pembinaan, perkilangan dan pertanian.
6. Meningkatnya gas rumah hijau/kesan rumah hijau.
7. Perkembangan sektor perindustrian/ekonomi.
8. Peningkatan
penggunaan
kenderaan/pelepasan
asap
kenderaan/gas
dioksida/pencemaran udara.
Penutup [2 markah]
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha untuk menangani perubahan
cuaca dunia supaya/agar manusia dan hidupan lain dapat hidup dalam
suasana yang harmoni.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha untuk menangani perubahan cuaca
dunia.

Pemahaman

2
2
1
0

2
2
2
2
2
2
2
2
2

2
2
2
2
2
2
2
karbon
2

2
1

(i)

Maksud
- Kehilangan / kelenyapan / hilang lenyap / hapus sama sekali binatang / haiwan /
makhluk / buas / tidak jinak / ganas
2
- Kepupusan binatang ganas/buas
1
- Hilang lenyap/kehilangan/hapus sama sekali hidupan liar
1
- Kekurangan haiwan buas
0
[Maksimum : 2 markah]

(ii)

Sebab
- Infrastruktur kesihatan yang baik
- Program pencegahan dan pembasmian vektor dan penyakit zoonosis dilaksanakan
dengan baik
- Program pengimunan dilakukan dengan teratur
- Kesedaran rakyat menjaga kebersihan dan makan makanan yang berkhasiat
[Maksimum : 3 markah]

(iii)

Langkah mengawal
- Mengadakan kempen alam sekitar /terlibat dengan aktiviti kempen alam sekitar
- Menjimatkan/mengurangkan penggunaan tenaga elektrik/ penggunaan tenaga solar/
semula jadi/ menukar penggunaan lampu elektrik yang menjimatkan penggunaan
tenaga
- Mengawal suhu peti sejuk
- Mengurangkan penggunaan kenderaan/berkongsi kereta/menggunakan kenderaan
awam/basikal
- Menanam pokok
- Membelikan barangan kitar semula/kitar semula barangan
- Menggunakan barangan mesra alam/minyak tanpa plumbum
- Berjimat cermat/mengurangkan berbelanja/membeli produk yang lebih berkualiti/
jangka hayat panjang
[Maksimum : 4 markah]

Anda mungkin juga menyukai