Anda di halaman 1dari 1

Pada awal tahun 2020, negara digemparkan dengan kedatangan virus iaitu virus covid-19 yang boleh

mengancam nyawa semua rakyat terutamanya warga emas dan individu yang mempunyai penyakit-
penyakit kronik. Kes-kes yang dilaporkan pada awalnya kekal rendah dan sebahagian besarnya terbatas
kepada kes-kes yang diimport, sehinggalah kluster tempatan mulai muncul pada bulan Mac 2020.
Ekoran daripada peningkatan mendadak kes pada bulan Mac, kerajaan Malaysia telah mengumumkan
bahawa mereka telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .

Meletusnya pandemik COVID-19 di Malaysia pada awal Februari 2020 bukan sahaja merubah gaya
hidup masyarakat namun membawa perubahan ketara kepada corak kehidupan yang mengoptimumkan
penggunaan teknologi. Ia juga merupakan senjata utama untuk melakukan pegesanan kontak untuk
mengawal penularan Covid-19 demi keselamatan nyawa masing-masing. Oleh itu, kerajaan telah
menyediakan pelbagai kemudahan membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
memperoleh maklumat awal mengenai tahap kesihatan individu seperti MySejahtera. Norma baharu
yang bebeza daripada kebiasaan yang ada telah berubah dan perkara ini tidak pernah terlintas di fikiran
masyarakat. Bekerja dari rumah secara tidak langsung sebenarnya telah memungkinkan perkara di luar
kebiasaaan berlaku. Oleh yang demikian, aspek teknologi pengajaran telah digunakan secara
sepenuhnya seperti medium Online Learning. Bukan setakat itu sahaja, perkara berkaitan komunikasi
secara maya lebih bersifat urusan kerja telah dioptimakan penggunaannya. Komunikasi adalah asas
kepada perhubungan dan perkongsian makna. Komunikasi secara atas talian seperti WhatsApp,
Instagram, Facebook, Telegram dan sebagainya akhirnya membuktikan signifikan kewujudan mereka
dalam mengurangkan tekanan. Kita masih boleh berinteraksi, bertanya khabar, bercerita, berkongsi
pendapat dan pelbagai interaksi melalui dalam talian. Tidak dapat dibayangkan jika PKP ini dilaksanakan
dengan tiada sebarang perhubungan maya yang memungkinkan kita berinteraksi. Bagi mengelakkan
penyakit ini terus tersebar luas, kerajaan hanya mengarahkan rakyat untuk kekal berada di rumah
masing-masing dan mengurangkan pergerakan selama 14 hari sahaja, selain menjaga kebersihan diri
sebagai langkah pencegahan. Perkara begitu mudah mengapa sukar untuk rakyat fahami dan ikuti
arahannya? Maisih ada segelintir masyarakat yang tidak mengikut lamgkah-langkah yang diberikan. Kita
hnya perlu mengikut apa yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti,
lakukan saringan jika bergejala, kuarantin diri sekiranya baru pulang dari negara yang berisiko, sentiasa
memakai topeng muka di tempat awam, kekal berada di rumah sekiranya tiada urusan penting,
tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah dan jaga jarak 1meter antara individu lain.

Kesimpulannya, kerajaan sudah memainkan peranan mereka untuk membasmi virus COVID-19 dengan
seriusnya, maka marilah kita menyokong usaha kerajaan untuk memulihkan keadaan supaya boleh
kembali kepada sedia kala dengan hanya kekal berada di rumah. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan
ketika berada di rumah seperti mengisi masa dengan aktiviti keagamaan seperti berdoa dan membaca
kitab.

Anda mungkin juga menyukai