Anda di halaman 1dari 4

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha menangani

wabak denggi di negara kita. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Mutakhir ini, negara tidak putus-putus didedahkan dengan berita kematian yang
membabitkan penyakit demam denggi. Hal ini ternyata mengancam ketenteraman masyarakat
sejagat kerana masalah nyamuk Aedes umpama barah yang tiada penawarnya. Walau
bagaimanapun, masalah ini boleh dikurangkan sekiranya setiap lapisan masyarakat berusaha untuk
mengambil langkah-langkah yang sewajarnya demi kemaslahatan bersama.

Setiap pihak seharusnya merancang strategi yang mantap dalam usaha menangani masalah
yang semakin menular ini. Salah satu usaha yang boleh dijayakan oleh penduduk adalah dengan
mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat
membersihkan kawasan yang bersemak samun tetapi secara tidak langsung dapat mengeratkan
perpaduan. Pihak-pihak berwajib juga boleh menyumbang jasa dengan melakukan penyemburan
secara percuma di kawasan yang terlibat. Pada masa yang sama kita juga perlu memberikan
kerjasama kepada pihak yang datang menyembur racun atau “fogging” di kawasan perumahan.
Sebagai contohnya, pintu dan tingkap hendaklah ditutup bagi mengelakkan asap semburan itu
masuk ke dalam rumah.

Berdasarkan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, kompaun maksimum


RM500 boleh dikenakan kepada pemilik premis yang membiarkan premis mereka menjadi tempat
pembiakan nyamuk Aedes. Kadar ini dilihat masih rendah dan belum menggerunkan pemilik premis.
Lantaran itu, kerajaan disyorkan agar nilai kompaun ini patut dinaikkan kepada satu nilai yang lebih
tinggi. Hal ini penting untuk memberikan pengajaran kepada mereka yang terbabit. Serentak dengan
itu, Kempen Pencegahan Denggi harus digiatkan untuk menyedarkan masyarakat.

Peranan ibu bapa juga amat penting dalam usaha menangani wabak ini. Ibu bapa haruslah
memastikan anak-anak berpakaian lengkap semasa melakukan aktiviti di luar rumah pada waktu
petang. Hal ini penting untuk melindungi kulit. Anak-anak juga perlu dinasihati agar membersihkan
diri dengan baik selepas terdedah dengan kuman-kuman ketika bermain di luar. Pendidikan awal
amat perlu bagi anak-anak selaras dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu bertindak segera sekiranya anak-anak didapati mempunyai
simptom-simptom denggi. Mereka yang dijangkiti virus ini biasanya akan diserang demam panas
yang mengejut. Selain itu, terdapat juga bintik-bintik merah dan sakit sendi di seluruh badan pesakit.
Jika keadaan ini dibiarkan tidak mustahil boleh membawa maut.

Tuntasnya, pembanterasan nyamuk Aedes memerlukan perubahan sikap yang menyeluruh


dalam kalangan masyarakat. Setiap individu perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan yang
aktif demi menyelamat nyawa sendiri, keluarga dan masyarakat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rencana “Denggi: Musuh Yang Dipandang Ringan” Oleh Naim
Yaakob)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara
berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study
circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu
kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar
pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut.
Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara
berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk
disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita
mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak
dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita
miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu
dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan
perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan
pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan
pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini
demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan
pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian
kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan
perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara
yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan
gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.
Kata kunci isi

Usaha / cara / langkah

harus

perlu

mesti

patut

penting

wajar

dituntut

boleh

Penanda wacana

Di samping itu,

Selain itu,

Seterusnya,

Lantaran itu,

Contoh isi yang telah di kenal pasti

1. Salah satu usaha yang boleh dijayakan oleh penduduk adalah dengan mengadakan aktiviti
gotong-royong di kawasan perumahan.

2. Pihak-pihak berwajib juga boleh menyumbang jasa dengan melakukan penyemburan secara
percuma di kawasan yang terlibat.

3. Pada masa yang sama kita juga perlu memberikan kerjasama kepada pihak yang

datang menyembur racun atau “fogging” di kawasan perumahan.

4. Lantaran itu, kerajaan disyorkan agar nilai kompaun ini patut dinaikkan kepada

Satu nilai yang lebih tinggi.

5. Serentak dengan itu, Kempen Pencegahan Denggi harus digiatkan untuk menyedarkan
masyarakat.
Contoh Jawapan

                      Kebaikan belajar secara berkumpulan ialah dapat bertukar-tukar pendapat tentang


sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Selain itu, pemahaman tentang sesuatu perkara dapat
dipertingkat. Seterusnya, nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi. Selanjutnya, ada
rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan terperinci. Pada
masa yang sama, nota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan yang tepat. Di samping
itu, semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir
sekali, kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai