Anda di halaman 1dari 10

Baca petikan di bawah dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah


ringkasan tentang kepentingan kokurikulum kepada para pelajar. Panjangnya
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Aktiviti kokurikulum di sekolah dapat memupuk dan membentuk


keperibadian unggul seseorang pelajar. Misalnya, melalui kelab dan persatuan pelajar-
pelajar dilatih untuk memegang beberapa jawatan penting dan bertanggungjawab
melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Melalui aktiviti kokurikulum pelajar-pelajar juga dilatih memahami prinsip-prinsip
asas alam pekerjaan yang akan diaplikasi sepenuhnya apabila mereka berada dalam
dunia pekerjaaan dewasa nanti. Pendedahan seumpama ini melalui aktiviti kokurikulum
membolehkan mereka bertindak dan membuat keputusan yang amat diperlukan oleh
seorang pekerja yang berwawasan.
Melalui aktiviti badan beruniform pelajar banyak belajar tentang perkara yang
menyentuh soal disiplin seperti kepekaan terhadap masa, keperihatinan terhadap
rakan-rakan tanpa mementingkan diri sendiri adalah antara nilai murni yang sentiasa
diamalkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Penglibatan yang aktif dalam kokurikulum menyediakan pelajar untuk
menyesuaikan diri dengan corak pembelajaran di institusi pengajian tinggi yang amat
berbeza dengan corank pembelajaran di sekolah. Dalam hal ini, pelajar yang tidak aktif
dalam kokurikulum berkemungkinan kurang kemahiran berkomunikasi dan lemah dalam
membuat persembahan, sedangkan kemahiran tersebut amat diperlukan dalam sistem
pembelajaran institusi pengajian tinggi.
Seseorang pelajar yang kurang aktif dalam kokurikulum cenderung menjadi
pelajar yang pendiam, tidak suka bergaul serta hanya mementingkan diri sendiri. Oleh
itu, apabila mereka berada dalam situasi pembelajaran di institusi pengajian tinggi nanti
mereka akan terperangkap kerana pada masa itu jumlah pangkat A yang mereka
perolehi di sekolah dahulu tidak lagi menjadi ukuran, tetapi pelajar yang aktif menyertai
aktiviti kokurikulum semasa di sekolah akan lebih mudah belajar kerana mereka sudah
belajar menyiapkan sesuatu tugasan, memahami pentingnya perpaduan, mudah
bertoleransi dan ada kemahiran berfikir dan berhujah.
Justeru, pelajar-pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
kokurikulum, kerana pelajar yang cemerlang ialah mereka yang seimbang dari segi
akedemik, mudah berkomunikasi dan mudah bergaul.
CONTOH JAWAPAN ISI UTAMA
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang punca-punca gejala sosial dalam kalangan remaja. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Gejala sosial dalam kalangan remaja bukan sesuatu yang luar biasa dalam
masyarakat hari ini. Malah, gejala ini semakin menjadi-jadi setiap hari. Terdapat
pelbagai faktor yang mendorong fenomena ini semakin berleluasa.
Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang diberi perhatian oleh
ibu bapa mereka, khususnya yang bekerja di kawasan bandar. Ibu bapa sibuk bekerja
sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibat keletihan, mereka langsung
tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk mendengar
masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-
anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati.
Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif akibat bergaul dengan kumpulan
yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian wang yang
secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Mereka seharusnya tahu bahawa
kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang.
Ada segelintir remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan
yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga
mereka, Contohnya perceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga
merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Para remaja yang
buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah lalu mencari kebebasan
dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh.
Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-
guru, misalnya boleh memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi para
pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat
membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan
rasional.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga patut dijalankan dengan berkesan supaya para
pelajar dapat melibatkan diri dan mengelakkan mereka melepak. Di samping itu,
pendidikan agama haruslah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi.
Langkah ini amat perlu kerana semua agama mengajar penganutnya supaya
berkelakuan baik.
Tegasnya, anak-anak muda atau golongan remaja ini haruslah dididik dan dijaga
dengan baik kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara suatu hari nanti.
CONTOH JAWAPAN ISI UTAMA
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan
belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80
patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study


group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini
merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan
bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota
kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika
perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.
Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau
kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap
kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak
dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin
pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan
sebagai satu kesatuan yang jitu.
Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita
miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas
itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-
sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh
orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.
Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat.
Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu
mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada
kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-
sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.
Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu
perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak
memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.
CONTOH JAWAPAN ISI UTAMa
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang langkah-langkah untuk menangani isu pencemaran
sungai. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sekarang sudah tiba masanya kita mencari pendekatan yang lebih bersepadu
dan menyeluruh dalam menangani isu pencemaran sungai. Kita tidak boleh terlalu
bergantung kepada pendekatan undang-undang. Proses pendakwaan bukan suatu
yang mudah. Pendakwaan memakan masa dan memerlukan kepakaran teknikal di
pihak pendakwa. Ada kalanya penjenayah alam sekitar lebih bijak mencari kelemahan
undang-undang dan akhirnya proses perundangan boleh memihak kepada mereka.
Kita perlu mengubah minda setiap rakyat agar lebih peka dan menghargai alam
sekitar. Selain penguatkuasaan undang-undang, rakyat perlu terus dididik agar cintakan
alam sekitar. Undang-undang mungkin berkesan dalam kes-kes tertentu, tetapi
kesedaran yang meluas dalam kalangan rakyat akan memberikan kesan jangka
panjang yang lebih mantap.
Pada masa ini memang terdapat program kesedaran alam sekitar terutamanya
menerusi media elektronik dan media cetak. Namun demikian, mesejnya seakan-akan
tidak sampai kepada sebahagian besar rakyat. Banyak orang tidak membaca surat
khabar dan mendengar berita atau hanya menonton program televisyen dan membaca
ruangan akhbar yang bercorak hiburan sahaja. Oleh itu, ruangan kesedaran alam
sekitar di media utama perlu diperluas dengan penyampaian yang lebih menarik dan
disesuaikan dengan setiap kelompok masyarakat.
Di peringkat sekolah, pendidikan alam sekitar sebenarnya telah lama diterapkan
dalam beberapa mata pelajaran melalui pendekatan Alam Sekitar Merentas Kurikulum.
Sekolah-sekolah juga digalakkan menubuhkan Kelab Pencinta Alam. Guru-guru
penasihat pula dilibatkan dalam pelbagai aktiviti di peringkat sekolah, negeri dan
kebangsaan. Sekolah-sekolah juga boleh mengadakan program sungai angkat dengan
kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan
Alam Sekitar. Program kesedaran alam sekitar perlu diadakan secara berterusan dan
seharusnya melibatkan semua pelajar.
Kejayaan program ini sangat bergantung kepada komitmen dan kreativiti
guruguru. Mereka perlu peka akan isu semasa tentang alam sekitar untuk menarik
minat dan tumpuan pelajar. Selain itu, proses penghayatan hubungan manusia dan
alam sekitar akan lebih berkesan jika pelajar-pelajar dibawa melihat sendiri realiti
sebenar di luar bilik darjah. Namun ini memerlukan masa pengajaran yang lebih lama di
samping pelaksanaannya yang agak mencabar. Selain pendekatan Alam Sekitar
Merentas Kurikulum, program kesedaran alam sekitar turut boleh dianjurkan oleh
agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan dengan
kerjasama Kementerian Pelajaran.
CONTOH JAWAPAN ISI UTAMA JAWAPAN
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan
makan buah-buahan tempatan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan yang banyak mendatangkan


manfaat kepada kesihatan manusia. Jambu batu merupakan buah yang paling
berkhasiat bagi membekalkan vitamin kepada tubuh manusia. Ketua Unit Sains
Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM),
Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu
sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara
penyediaannya perlu asli, iaitu tidak ada gula di dalamnya. Menurut Dr. Rokiah, jambu
batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami
masalah berat badan. Beliau menyarankan agar buah jambu batu dijadikan
sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan. Katanya, bagi mereka yang
menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh
mengurangkan kolesterol dalam darah, iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.
Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak
19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu. Buah
betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari.
Betik juga terkenal sebagai bahan pelawas kerana mengandungi Buah betik yang
masak selain kaya dengan vitamin C berkesan merawat hemoroid atau bawasir dan
sembelit. Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang
tinggi dan boleh diambil dalam jumlah yang sama, iaitu 400 gram. Menurut Dr. Rokiah
lagi, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan tidak memudaratkan mereka
yang mengambilnya. Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi
sebagai antioksida. Malahan nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol
sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Khasiat Buah-buahan Bantu Kurangkan Kolestrol”


oleh Aizawati Ahmad dalam Utusan Malaysia, 3 November 2002)
CONTOH JAWAPAN ISI UTAMA

Anda mungkin juga menyukai