Anda di halaman 1dari 6

Isu Etika Guru Maksud etika : -cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam

pergaulan Maksud Etika Guru : - Suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya gurusaling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya sertaboleh menguruskan kehidupan dengan baik Etika perlu dalam profesion perguruan : - Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat yangberhubung dengan merekaSupaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidakbertentangan dengan hak asasi umum.- Guru dikawal oleh etika perguruan. Fokus Etika Guru : - Kesantunan guru- Kepedulian guru- Penampilan guru- Berniaga di sekolah- Pengurusan masaKerjaya sambilan- Kerjaya sambilan- Pengurusan kewangan 1.0 ISU KESANTUNAN GURU - Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalammasyarakat.Fokus kesantunan guru ialah :a) Perlakuan dalam percakapan- Kawalan suaraMemonopoli sidang perbualan- Cakap banyak- Puji diri secara langsung dan tidakb) Tatacara berkomunikasiIkut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja. 2 .0 ISU KEPEDULIAN GURU - Definisi ; perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikankepada sesuatu isu/tugasPerasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atautugasnya.Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isuyang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.- Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses perubahan (Havelock 1995)Guru perlu :a) Sedar atas perubahanb) Minat pada perubahanc) Mengenali pembawa perubahand) Mengurus perubahane) Menilai kesan perubahanf) Bekerjasama dengan rakang) Membuat penambahbaikan - Kepedulian dari segi penyempurnaan diri: urus hal kehidupan seharian: jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas - Kepedulian terhadp tugas pengajaran: ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP: bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru - Kepedulian terhadap impak pengajaran: yakin terhadap kebolehan pelajar: guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan Cadangan : - Membuat refleksi terhadap kepedulian harian dan sedia menerima maklum balasdaripada guru lain, mentor atau penyelia tentang masalah dihadapi. Maksud Etika 2.

Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa &Pustaka, 1995)3. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).4. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. 5. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran danketakwaan kepada Allah Maksud Etika Profesional Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan denganperaturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. S kop Etika Profesional 2. M encakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.3. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalamkeseluruhan hidupnya. Etika Perguruan Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara,pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Kepentingan Etika Guru Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 2 Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesionperguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. 3. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadappemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentangtanggungjawab mereka. 4. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkanperbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikanetika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 5. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapatdilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kodetikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. 6. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitamputih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru ang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dannegara.

7.Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalanetika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankantugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahlidalam organisasi (INTAN, 1991). Piagam Pelanggan 2.Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkansifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramaiterhadap profesion perguruan. 3.Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnyamaruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. 4.Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 5.Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasisemua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. 6.Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya 7. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsadan agama atau kepercayaan 8.Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah lakumurid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. 9.Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal,keturunan, daya intelek dan lain-lain. 10.Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya danmembimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,daya cipta dan lain-lain disiplin pelajar Posted on 14 Mac, 2008 by admin

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku danapakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan? Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa eraglobalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab merekamendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka.Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi. Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik.Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalamhati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah merekatonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terusmerosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar seringmenganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggupberkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka.Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengandrastiknya. Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadifaktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplinsekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yangberanggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuhtak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukankesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukanpeningkatan masalah disiplin pelajar. Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi puncamasalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masamereka di pusat-pusat belibelah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang merekahabiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin. Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masamereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadimereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yangberhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini. Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kitadisogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlubertegas dan berpijak di bumi nyata. Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekelilingkita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasilkerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara bidang profesional yang terlibat adalahkeguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain lain. Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesionalmerujuk kepada ciri ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri ciri yang telahdinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanyakod etika yang mengawal tingkah laku ahli.Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihanyang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri. Merujuk kepada ciri ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbuktiapabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada dada akhbar. Ini sudahtentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Oleh itu, eseiini akan membincangkan mengenai dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitupenyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang.Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahanyang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktivitikokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid murid dan guru terlibatsecara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan initimbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikutsukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya

melayari facebook, berchatting, bergosip, melepak dikantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari danbanyak lagi. Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapamasalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam konteks ini iaituguru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurangkomitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikapini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakantiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apayang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini.Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru guru menjadi lebihberani untuk masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripadatindakan mereka. Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid murid. Antara kesanyang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru danpencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruandan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak anak mereka. Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung, makasemua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkanperanan bagi memastikan permasalahan ini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk.Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasaterhadap prestasi kerja guru guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan,maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak entadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepadaguru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebutkepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas denganmemberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalahyang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru guru akan sedar akankesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini.yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibatdalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya.Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang ideal sebagaiseorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapatdilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir akhir ini, semakinbanyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa.Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois danpesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lainpenyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli bukuaktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpamengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiranyang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepadapihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi Ada beberapasebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskanwang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup

mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasaidiri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkankepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannyauntuk menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wangyang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayatikod etika profesionnya yang menggariskan batas batas tatacara pengurusan kejayanya.Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir.Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan olehpihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan danpenguatkuasaan juga adalah lemah, maka guru guru menjadi lebih berani untuk menggelapkanwang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak kurangjuga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolahyang menyebabkan guru guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir butir perbelanjaan untuk kepentingan diri. Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk.Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perludiambil. Pertama, pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring)dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksaBuku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan danpenyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segalakelemahan yang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkanpenyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-gurudi bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan, pekeliling ekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas denganlebih cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapatmempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah.Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan caramemberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan yang telahdilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan sertatidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang.Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalampenyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guruperlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat terusmemperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan tegas.Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yangtelah digariskan. Isu isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa danpenyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yangburuk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa. Dipetik dari : http://www.scribd.com/doc/52680169/Isu-Etika-Guru-ip

Anda mungkin juga menyukai