Anda di halaman 1dari 1

Isu berkaitan masalah disiplin murid yang berlaku menjadi topik perbualan hangat di

kalangan masyarakat dan media sosial. Terdapat banyak jenis masalah disiplin murid yang
melibatkan fizikal, mental, emosi malah merosakkan kemudahan orang awam. Kita
sewajarnya mengelakkan daripada perkara ini berterusan agar generasi akan dating tidak
mengikuti perkara yang tidak baik bak kata pepatah " mencegah lebih baik dari mengubati ".
Oleh itu, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk menangani isu ini.

Antara langkah yang boleh ditangani dalam masalah disiplin murid berterusan ialah ibu
bapa perlu membahagikan masa dengan anak-anak. Hal ini memastikan anak-anak sentiasa
diberikan perhatian sepenuhnya dan tidak merasakan keseorangan. Ibu bapa boleh
mengadakan aktiviti riadah atau aktiviti yang melibatkan seluruh ahli keluarga. Kesannya,
anak-anak gembira mendapat perhatian yang sempurna daripada ibu bapa bak kata pepatah "
bagai menatang minyak yang penuh ". Jelaslah bahawa ibu bapa haruslah memainkan
peranan masing-masing agar anak-anak sentiasa dalam perlindungan yang baik.

Selain itu, murid seharusnya bijak memilih rakan. Ini kerana rakan yang baik akan
membawa pengaruh baik dan impak yang positif manakala rakan yang buruk membawa
pengaruh buruk dan impak yang negatif. Remaja dapat memilih rakan yang memiliki
kecenderungan atau minat yang sama. Kesannya, remaja akan terhindar daripada perbuatan
negatif yang menyebabkan remaja terjerumus dalam masalah disiplin. Sudah terang lagi
bersuluh pemilihan rakan yang bijak mampu menghindarkan murid daripada melakukan
masalah disiplin.

Di samping itu, ibu bapa juga berperanan dalam memantau pergerakan dan aktivitu anak-
anak seperti mengenali jadual seharian mereka dan mengenali kenalan atau rakan-rakan
mereka. Dengan cara ini, ibu bapa dapat mengenali dan merapatkan hubungan dengan rakan-
rakan seterusnya dapat memantau pergerakan anak mereka. Langkah ini dapat memudahkan
ibu bapa mengetahui aktivti anak-anak. Perkara seperti ini dapat membantu pihak sekolah
mengatasi masalah disiplin, kerjasama daripada ibu bapa amat perlu bagai aur dengin untuk
mengatasi masalah disiplin

Bagi menggulung segala hujah, dapat disimpulkan bahawa isu masalah disiplin hendaklah
dambil cakna oleh pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan pihak sekolah perlulah
mengambil langkah proaktif bagi memastikan masalah disiplin ditangani dan dapat
membentuk pelajar yang berkualiti tinggi dan menyumbangkan kepada pembangunan negara.
Kesimpulannya, murid - murid perlulah mengelakkan atau menghindarkan diri daripada
melakukan sebarang masalah disiplin agar masyarakat tidak berpikiran negatif terhadap diri
kita.

Anda mungkin juga menyukai