Anda di halaman 1dari 4

HEMISWARAN A/L K.

MOHAN

RF/195614

JG/9421/17

BAHAGIAN A (SOALAN 2)

Pada era globalisasi masalah disiplin dalam kalangan murid sering berlaku di

sekolah ataupun di luar kawasan sekolah. Masalah disiplin ini amat

membimbangkan semua pihak terutamanya ibu bapa mereka dan pihak sekolah.

Masalah disiplin ini boleh dikaitkan dengan kegagalan seseorang pelajar di sekolah

untuk mematuhi peraturan-peratuaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Sebagai contoh, masalah disiplin seperti ponteng sekolah,buli,hisap rokok atau

dadah,menjadi ahli kongsi gelap dan sebagainya. Masalah disiplin dalam kalangan

pelajar ini akan memberi kesan negatif dan menghancurkan masa hadapan mereka.

Punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid disebabkan oleh pengaruh

rakan sebaya di dalam kawasan sekolah ataupun luar sekolah. Pada masa kini,

kebanyakan murid gagal memilih rakan baik dalam sekolah. Oleh itu setiap murid

haruslah bijak memilih rakan sebaya. Hanya segelintir murid sering menggangap

rakan sebaya mereka adalah sebagai rakan yang sebenar dalam kehidupan mereka.

Sebagai contoh mereka memilih rakan sebaya yang bersikap seperti

merokok,membuli,gangsterisme,ponteng sekolah dan sebagainya. Apabila, murid-

murid terlibat perkara tersebut, mereka menghancurkan masa depan mereka dan

tidak mencapai cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pengaruh rakan sebaya juga

adalah punca utama berlaku masalah disiplin dalam kalangan murid.

Selain itu, kekurangan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak juga salah satu

faktor berlakunya masalah disiplin. Pada zaman materialistik ini, kebanyakan ibu
bapa memberi sepenuh tumpuanya dengan kerjaya untuk menambah pendapatan

mereka. Hal ini kerana, mereka tidak meluangkan masa bersama anak sepanjang

hari dan tidak tahu tingkah laku mereka. Perkara tersebut amat jelas berlaku

masalah disiplin kerana anak-anak menggangap bahawa ibu bapa mereka tidak

akan mengambil tahu tentang mereka dan anak-anak bebas terlibat dalam aktiviti-

aktiviti yang tidak berfaedah. Sepatutnya ibu bapa harus mengambil berat dan

mendidik mereka sejak usia kecil seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya. Isu

ini amat cukup jelas pengabaian seseorang ibu bapa menghancurkan masa depan

mereka.

Di samping itu, media massa juga memberi kesan kepada masalah disiplin dalam

kalangan murid. Hal ini demikian kerana, media massa sebagai mana media cetak

dan media elektronik memberi tekanan pada tingkah laku murid. Pada masa kini,

kebanyakan filem atau drama ditayang dalam televisyen menayangkan unsur-unsur

tidak sepatutnya. Sebagai contoh, pemaparan aksi-aksi yang bercorak keganasan,

aksi artis yang berpakaian seksi dalam filem dan sebagainya. Sesetengah golongan

murid yang kurang matang mereka akan mencuba atau meniru aksi-aksi seperti

dalam filem dan mempengaruhinya minda murid. Misalnya.jika menonton filem yang

mempunyai unsur pergaduhan maka mereka akan cuba bergaduh dengan murid lain

di sekolah tanpa memikirkan kesan sampingan. Seperti mana dikatakan media

massa juga punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa langkah efektif untuk mengatasi

masalah disiplin dalam kalangan murid. Pertamanya adalah ibu bapa juga

memainkan peranan penting untuk menangani masalah disiplin. Ibu bapa juga

haruslah bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya mereka. Oleh itu,

ibu bapa perlu mengluangkan masa bersama anak-anak mereka dan melakukan
aktiviti yang berfaedah bersama-sama seperti melancong, main sukan,makan

bersama-sama dan sebagainya. Tambahan pula, ibu bapa juga hendaklah

mengawasi tingkah laku anak-anak mereka. Terutamanya, adalah masalah yang

dihadapi oleh murid,tahap pelajaran mereka dan memantau rakan anak-anak

mereka. Sehubungan dengan ibu bapa juga melawat anak mereka di sekolah untuk

mengetahui prestasi mereka. Jelaslah perkara ini dapat menghindarkan murid

terlibat dalam masalah disiplin.

Seterusnya, pihak sekolah juga berperanan untuk membendung masalah disiplin

dalam kalangan murid. Oleh itu, unit bimbingan dan kaunseling juga memainkan

peranan penting untuk membendung gejala ini di sekolah. Pihak sekolah juga

membuat kaunseling atau ceramah mengenai masalah disiplin khas untuk murid-

murid yang bermasalah disiplin. Sekiranya murid-murid masih terlibat dalam

masalah disiplin maka pihak sekolah memberi hukuman yang sewajarnya kepada

murid-murid. Antaranya hukuman ialah gantung sekolah,buang sekolah,dan rotan

sebagainya. Hukuman seperti ini, boleh menyedarkan mereka dan memberi amaran

kepada murid lain.

Pada keseluruhanya, terdapat beberapa faktor berlakunya masalah disiplin dalam

kalangan murid, namun ada juga pelbagai langkah yang boleh diambil untuk

menangani masalah tersebut. Ibu bapa dan pihak sekolah juga harus berganding

bahu sehingga ke akar umbi dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan

murid dan kerajaan juga mengadakan kempen atau program jati diri untuk

membendung masalah disiplin ini. Jika masalah ini tidak dapat dibendung lebih awal

maka ia merosakkan masa depan murid dan hasrat negara untuk melahirkan murid

yang cemerlang.
(BAHAGIAN B)

Bahasa melayu mampu menjadi bahasa ilmu di Malaysia kerana bahasa melayu

menjadi bahasa komunikasi atau bahasa perhubungan di antara rakyat Malaysia

yang berbilang kaum. Bahasa melayu juga dapat dipelajari dengan senang dan

bahasa perantaran penduduk Malaysia. Tambahan pula, warga asing yang berkerja

di Malaysia juga mudah memahami bahasa melayu dan berkomunikasi dengan

masyarakat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah berbangga bahasa

melayu adalah bahasa kebangsaan kita.

Anda mungkin juga menyukai