Anda di halaman 1dari 3

Dewasa ini / Muktahir ini / Sejak belakangan ini / Akhir-

akhir ini 最近
Pada/ Dalam era globalisasi ini 环球
Pada / Dalam era modenisasi 现代
Pascakemerdekaan 自独立以来
Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan
teknologi maklumat (科技时代)
Pada era globalisasi ini, banyak isu berkaitan masalah
disiplin pelajar sering dipaparkan pada kaca televisyen.
Masalah disiplin pelajar ini termasuklah kes ponteng
sekolah, merokok, vandalisme, menagih dadah, dan salah
laku yang lain. Keadaan ini amat membimbangkan semua
pihak kerana pemuda tiang negara, pemudi harapan
bangsa. Sekiranya pelajar kita yang bakal tiang tonggak
negara terlibat dalam masalah disiplin, negara kita tentu
akan terjejas. Hakikatnya/ Sebenarnya / Padahal, apakah
faktor-faktor yang menyebabkan masalah disiplin pelajar
berlaku dalam kalangan pelajar?

Antara faktor yang mendorong / menyebabkan /


menyumbang kepada masalah disiplin dalam
halakah/kalangan pelajar ialah ketandusan/
kekurangan/kehausan /kelalaian 忽略 ibu bapa. Sikap ibu
bapa yang sibuk mengejar kemewahan sehingga alpa
untuk mendidik anak-anak menyebabkan mereka
kehausan kasih sayang. Secara tidak langsung, anak-anak
pun melibatkan diri dalam masalah disiplin untuk menarik
perhatian ibu bapa. Justeru, ibu bapa harus bijak
membahagikan masa antara kerjaya dan anak-anak.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya turut menjadi


penyumbang dalam peningkatan masalah disiplin pelajar.
Hal ini demikian kerana golongan remaja masa ini banyak
menghabiskan masa bersama-sama dengan rakan sebaya.
Sikap remaja yang daif dan naif mudah meniru perbuatan
rakan. Dengan ini, mereka akan turut melakukan kes
disiplin sekiranya rakan melakukannya. Jadi, remaja-
remaja haruslah bijak memilih kawan supaya tidak terjebak
dalam aktiviti yang negatif.

Sehubungan itu, kekurangan didikan agama dan moral


juga merupakan salah satu faktornya berlaku masalah
disiplin dalam halakah pelajar. Pelajar-pelajar yang
kekurangan didikan agama dan moral tidak tahu
membezakan apa yang betul atau salah. Contohnya,
pelajar yang merokok beranggapan bahawa merokok ialah
perbuatan yang megah sedangkan merokok
memudaratkan kesihatan kita. Natijahnya, didikan agama
dan moral haruslah disalurkan kepada pelajar-pelajar demi
kebaikan mereka.

Kesimpulannya / Konklusinya / Tuntasnya, masalah


disiplin pelajar bagai duri dalam daging sayugia diatasi
dengan segera kerana remaja merupakan tiang negara.
Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing
dan bekerjasama bagai aur dengan tebing agar masalah ini
dapat diatasi dengan segera demi kemakmuran negara.

Anda mungkin juga menyukai