Anda di halaman 1dari 40

PEMBANGUNAN DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP LAMAN SESAWANG

ANIMASI ‘HittANI’ BAGI TOPIK KAEDAH HITTORF

MUHAMMAD AZRI SYAFIQ BIN AHMAD POUZI

(D20172080289)

PENSYARAH KURSUS SKR3996 : DR. LEE TIEN TIEN

PENSYARAH PENYELIA : DR. NORLAILI BINTI ABU BAKAR

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


2021
PEMBANGUNAN DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP LAMAN SESAWANG

ANIMASI ‘HittANI’ BAGI TOPIK KAEDAH HITTORF

MUHAMMAD AZRI SYAFIQ BIN AHMAD POUZI

(D20172080289)

PROJEK PENYELIDIKAN DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK

MEMPEROLEH IJAZAH SARAJANA MUDA PENDIDIKAN (KIMIA) DENGAN

KEPUJIAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


2021
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam bab ini akan membincangkan keseluruhan berkenaan dengan latar belakang

kajian, pernyataan masalah, objektif dan persoalan kajian. Selain itu, tujuan kajian,

batasan kajian dan definisi operasional juga akan diterangkan secara ringkas dalam

bab ini. Bab ini penting bagi menerangkan faktor-faktor yang mendorong penyelidik

untuk melakukan kajian ini serta objektif yang ingin dicapai di akhir kajian.

1.2 Latar Belakang Kajian

Sistem pendidikan di negara kita iaitu Malaysia sering kali berubah mengikut ledakan

teknologi kini. Hal ini demikian kerana sistem pendidikan negara kita adalah bersifat

dinamik. Pelbagai masalah dapat diselesaikan dan diperbaiki serta dapat

meningkatkan kualiti pendidikan di institusi pendidikan dengan adanya inovasi.

Perkara ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana pendidikan

di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini dilakukan demi melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab,

berakhlak mulia dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

(FPK, 2019). Dalam hal ini, mutu pendidikan berkualiti amat dituntut dalam
menghadapi cabaran alaf baru, cabaran dunia siber dan semuanya boleh

dirangkumkan sebagai cabaran menghadapi dunia yang tidak menentu

perkembangannya kesan kemajuan maklumat merentasi sempadan negara. Lantaran

itu, iklim pembelajaran pelajar yang berkesan dan harmoni perlu difikirkan bagi

mencapai kecemerlangan pendidikan.

Mata pelajaran Kimia antara mata pelajaran yang sangat susah untuk difahami

oleh semua pelajar daripada sekolah menengah sehinggalah ke peringkat universiti.

Menurut Taber (2000), kimia merupakan subjek yang sukar dipelajari bahkan

sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Kita juga seringkali mendengar rungutan

pelajar di mana walaupun pelajar tersebut telah belajar dengan bersungguh-sungguh

subjek Kimia ini, mereka tetap tidak mendapat keputusan ujian yang memuaskan.

Lebih menyedihkan lagi apabila kawan-kawan yang lain mendapat keputusan yang

baik dan cemerlang dalam subjek Kimia. Perkara ini amat membimbangkan apabila

berlaku kemerosotan kualiti pembelajaran pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran pelajar ketika mengikuti pendidikan formal dalam kelas. Fenomena ini

perlu ditinjau secara teliti dan mendalam bagi mencari formulasi berkesan dalam

menangani isu pembelajaran pelajar dalam kelas khususnya dalam pengajaran dan

pemudahcaraan (PdPc).

Akhir sekali, pelajar haruslah sedar bahawa cara pembelajaran adalah berbeza

bagi setiap orang. Terdapat sesetengah pelajar mereka tidak perlu belajar dengan

bersungguh-sungguh kerana mereka telah memahami isi pelajaran semasa di dalam

kelas akan tetapi ada juga sesetengah pelajar yang belajar dengan membuat latihan

dalam buku modul. Pembangunan modul kendiri yang terdapat di pasaran kini banyak

membantu pelajar dalam mempelajari sesuatu topik secara sendiri. (Rosni &

Shamsaipul, 2011)
1.3 Pernyataan Masalah

Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang dalam pelbagai aspek termasuklah

cemerlang dalam bidang kokurikulum menjadi matlamat utama dalam usaha

melahirkan generasi alaf baru yang mampu menangani cabaran-cabaran abad ke-21

(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, KPM 2013). PdPc menerusi

kemahiran abad ke-21 sangat membantu guru dan pelajar dalam usaha mencapai

aspirasi pendidikan negara. Noraini (2010), menyatakan bahawa guru dianggap

mempunyai kompetensi tertentu untuk mengembangkan kemahiran, bakat, potensi

dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bentuk. Dapatan kajian yang dijalankan oleh

(Salehudin, 2015) membuktikan bahawa pendekatan dan strategi pengajaran

memainkan peranan penting dalam melahirkan minat murid terhadap sesuatu mata

pelajaran dan mampu mengubah persepsi terhadap mata pelajaran yang dianggap

sukar.

Kajian berkaitan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berasaskan kemahiran

abad ke-21 dalam bidang pendidikan telah banyak dilakukan oleh pengkaji

(Masyuniza, 2015), namun didapati masalah yang dihadapi oleh pelajar berpunca

daripada kesukaran memahami konsep, kurang kecekapan dalam penulisan

persamaan, kurang kemahiran penyelesaian masalah dan melukis gambarajah untuk

mewakili sesuatu radas dan konsep. Akibatnya, salah faham utama terjadi apabila

pelajar cuba untuk memahami penjelasan kimia dalam kerangka konsep pra

pengajaran mereka. Maka, ini dapat diterangkan dalam penemuan penyelidikan

mengenai konsep pelajar pembelajaran dalam bidang kimia dan usaha untuk

membimbing pelajar daripada pandangan mereka untuk idea terasa dalam kimia.
Pendapat sedemikian disokong oleh kajian yang telah dibuat oleh Aziz Nordin (1992)

yang menyatakan bahawa Kimia merupakan salah satu matapelajaran yang sukar

dikuasai oleh pelajar kerana kurang pengetahuan asas dan lemah dalam penguasaan

konsep yang terlibat dalam sesuatu topik Kimia. Kimia adalah subjek yang sukar

untuk diajar dan dipelajari pada kedua-dua peringkat menengah dan tertiari (Triegust,

Duit & Nieswandt, 2000). Kajian-kajian lepas banyak membincangkan tentang

kesukaran pelajar-pelajar mempelajari tajuk-tajuk dalam kimia terutama diperingkat

yang lebih tinggi (Grove & Lowery Bretz, 2012; Sirhan, 2007).

Kursus Kimia Fizikal merupakan subjek yang wajib diambil oleh pelajar aliran

uatam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia. Kimia Fizikal ialah pengkhususan

dalam bidang penemuan yang cuba menerangkan dan menggambarkan rupa bentuk

dan sifat sesuatu kimia secara teori yang merupakan salah satu bidang dalam ilmu

Kimia.

Kimia Fizikal merupakan subjek yang memerlukan penggunaan matematik

yang amat luas dan pelajar perlu cekap dalam menyelesaikan soalan-soalan Kimia

Fizikal. Bagi pelajar ISMP Kimia Universiti Pendidikan Sultan Idris, subjek Kimia

Fizikal terbahagi kepada dua iaitu Kimia Fizikal 1 dan 2. Kimia Fizikal 1 merupakan

subjek yang perlu di ambil semasa semester 2 dan perlu lulus untuk meneruskan

pembelajaran dalam Kimia Fizikal 2 untuk semester 3. Antara skop yang terdapat

dalam bidang Kimia Fizikal ialah gas termodinamik, keseimbangan fasa kimia,

penjerapan, elektrokimia, mekanik kuantum, spektroskopi, tindak balas kinetik dan

ciri-ciri pepejal, cecair, koloid dan permukaan. Hal ini menyebabkan ramai pelajar

yang tidak dapat memahami isi kandungan yang terdapat dalam subjek Kimia Fizikal

ini.
Antara tajuk yang sukar untuk difahami oleh pelajar Universiti Pendidikan

Sultan Idris terutamanya yang mengambil kursus Kimia ialah Elektrolit yang

memfokuskan kepada Kaedah Hittorf. Hal ini kerana dalam topik ini mempunyai

gambar rajah serta pengiraan serta aliran-aliran yang mesti difahami oleh pelajar

supaya dapat memahami konsep tersebut. Ekoran daripada itu, penyelidik ingin

mengkaji pembangunan dan persepsi pelajar terhadap laman sesawang animasi

‘HittANI’ bagi topik Kaedah Hittorf.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah:

 Membangunkan laman sesawang animasi ‘HittANI’ bagi topik Kaedah

Hittorf.

 Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan laman sesawang animasi

‘HittANI’ bagi topik Kaedah Hittorf.

 Menilai persepsi pelajar terhadap penggunaan laman sesawang animasi

‘HittANI’ bagi topik Kaedah Hittorf.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencari jawapan bagi soalan berikut:

 Apakah langkah-langkah pembangunan laman sesawang animasi ‘HittANI’

bagi topik Kaedah Hittorf?

 Apakah tahap kesahan dan kebolehpercayaan laman sesawang animasi

‘HittANI’ bagi topik Kaedah Hittorf?

 Apakah tahap persepsi pelajar terhadap penggunaan laman sesawang animasi

‘HittANI’ bagi topik Kaedah Hittorf?


1.6 Definisi Operasional

Bahagian ini menerangkan istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini:

1.6.1 Pembangunan

Pembangunan didefinisikan sebagai satu proses melaksanakan atur cara secara

berstruktur yang bermula dengan modul yang paling rendah dilaksanakan dan diuji

sehinggalah semua modul yang dilaksanakan siap diuji. (Jamalludin Harun &

Zaidatun Tasir, 2003). Dalam kajian ini, pembangunan ini digunakan untuk

membangunkan website animasi pembelajaran iaitu Website Animasi Kaedah Hittorf

untuk Kimia Fizik dalam topik Elektrolit.

1.6.2 Persepsi

Kamus Pelajar Edisi kedua menyatakan bahawa gambaran atau bayangan dalam hati

atau fikiran iaitu pandangan dan tanggapan. Setiap individu memandangkan sesuatu

dengan sangat berbeza pandangan atau pendapat. Hal ini karena terdapat faktor-

faktor akan membentuk dan mempengaruhi persepsi seseorang. Cara pandang pada

suatu objek dan menat-sirkannya oblek tersebut, sangat dipengaruhi oleh karakteristik

pribadi dari pelaku individu tersebut (M.Simbolon,2007).

Dari segi definisi operasi, maksud istilah persepsi dalam kajian ini ialah

merujuk kepada persepsi daripada pelajar Kimia Fizik mengenai website animasi

sebagai bahan bantu mengajar melalui soal selidik

Proses persepsi adalah urutan langkah yang bermula dengan persekitaran dan

membawa kepada persepsi kita terhadap rangsangan dan tindakan sebagai tindak

balas terhadap rangsangan. Ia berlaku secara berterusan, tetapi anda tidak


menghabiskan banyak masa untuk memikirkan proses sebenar yang berlaku ketika

anda melihat banyak rangsangan yang mengelilingi anda pada waktu tertentu(Kendra

Cherry,2020).

1.6.3 Laman Sesawang Animasi

Animasi merupakan bidang yang memerlukan ketekunan dan ketelitian yang tinggi

kerana penghasilannya melibatkan aspek yang pelbagai, iaitu daripada aspek kreativiti

sehingga kepada kemahiran dalam menggunakan teknologi. Definisi animasi ialah

imej yang dimanipulasikan secara “frame by frame”, dan apabila digerakkan secara

pantas akan menghasilkan pergerakan ilusi (Wyatt, 2010). Ini bermaksud sesuatu imej

itu dilukis satu persatu, kemudian disusun secara teratur dan digerakkan secara pantas

yang akan menghasilkan pergerakan.

1.7 Signifikan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap website animasi bagi

topik Kaedah Hittorf. Hasil kajian ini akan memberikan pandangan secara

menyeluruh berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap laman sesawang animasi yang

dibangunkan. Persepsi yang diperoleh boleh digunakan untuk membuat

penambahbaikan terhadap kualiti laman sesawang animasi yang akan dibangunkan

pada masa akan datang.

Kajian yang saya lakukan ini juga dapat memberikan kepentingan kepada

beberapa pihak iaitu kepada pelajar, pensyarah dan juga penyelidik.

1.7.1 Pelajar Kursus Kimia


Pelajar adalah modal insan dan aset terpenting dalam memacu pembangunan negara.

Pelajar wajib menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran. Pembelajaran

menggunakan laman sesawang animasi mungkin akan dapat memberi kefahaman

yang lebih jitu bagi pelajar untuk memahami konsep abstrak dan idea-idea dalam

Kaedah Hittorf. Selain itu, penggunaan laman sesawang animasi dalam pembelajaran

dapat menarik minat pelajar untuk memahami lebih lanjut dan juga sebagai

persediaan untuk pelajar menyediakan diri ke peringkat yang lebih tinggi dalam

bidang Kimia.

1.7.2 Pensyarah Kursus Kimia

Kajian ini diharap dapat membantu Pensyarah Kursus Kimia untuk meningkatkan

mutu pengajaran dalam membentuk amalan, kemahiran dan sikap yang positif.

Pensyarah-pensyarah juga akan lebih bermotivasi dan semangat dalam usaha mereka

untuk membantu pelajar-pelajar mempelajari kimia dengan lebih cemerlang. Di

samping itu, ini juga akan dapat mendorong mereka dalam menjadi tenaga pengajar

yang inovatif dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka.

1.7.3 Pengkaji

Maklumat berguna dan relevan yang diperoleh daripada kajian ini dapat memberikan

gambaran yang lebih besar tentang bagaimana hendak menarik minat pelajar untuk

lebih memahami konsep-konsep subjek kimia fizik.

1.8 Batasan Kajian

Terdapat beberapa batasan kajian yang diambil semasa melakukan kajian awal ini.

Antara batasan kajian ialah kajian hanya dijalankan kepada pelajar yang sedang
menjalani pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kimia) sebagai program wajib

pembelajaran. Kajian ini juga memfokuskan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan Kimia Semester 3 yang sedang mengikuti dan semester 4, 5, 6 bagi yang

telah mengikuti kursus Kimia Fizikal 2 di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tambahan pula, kajian ini merupakan kajian yang spesifik kepada subtopik Elektrolit

iaitu Kaedah Hittorf dalam kursus Kimia Fizikal 2 (SKF3023)

1.9 Rumusan

Bab ini menghuraikan serta membincangkan perkara yang menjadi asas dan latar

belakang yang berkaitan dengan kajian ini termasuklah pernyataan masalah, objektif

kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, signifikan kajian, batasan kajian dan definisi

operasi yang kebanyakkannya digunakan dalam kajian ini.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai Kaedah Hittorf, kajian tentang Kaedah

Hittorf, laman sesawang animasi, dan model reka bentuk instruksional.

2.2 Elektrolit

Konteks kimia dan fizik menyatakan bahawa Elektrolit merupakan bahan yang

mengalirkan arus elektrik terhasil daripada pemisahan zarah-zarah muatan positif dan

negatif yang disebut ion, yang berhijrah dan dialirkan ke terminal negatif dan positif
iaitu katod atau anod litar elektrik. Elektrolit yang paling dikenali ialah asid, bes, dan

garam, yang melalui proses ionisasi apabila dilarutkan dalam pelarut seperti air atau

alkohol. Garam seperti natrium klorida bertindak sebagai elektrolit apabila dicairkan

sekiranya tiada pelarut dan beberapa perak iodida ialah elektrolit walaupun dalam

keadaan pepejal. Elektrolisis ialah satu proses untuk menguraikan sebatian kepada

unsurnya dengan mengalirkan arus elektrik ke dalam larutan atau leburan sebatian

ionik. Elektrolisis juga ialah proses penguraian bahan kimia dalam larutan akueus atau

leburan kepada juzuknya dengan menggunakan arus elektrik. Sel kering atau bateri

membekalkan tenaga elektrik untuk menguraikan bahan kimia kepada juzuknya.

Elektrolit merupakan bahan yang mengkonduksi arus elektrik dalam keadaan

cecair,leburan atau dalam larutan akueus.(Nadira Mohd Noor, n.d.)

2.2.1 Kaedah Hittorf

Dalam topik Elektrolit, terdapat subtopik yang bertajuk Kaedah Hittorf. Kaedah

Hittorf digunakan berdasarkan prinsip yang menunjukkan kepekatan perubahan di

elektrod disebabkan oleh migrasi ion-ion. Ia juga merupakan suatu prosedur dalam

menentukan nombor peralihan apabila terdapat perubahan langkah-langkah dalam

komposisi larutan berhampiran katod dan anod sel elektrolit yang diakibatkan oleh

aliran elektrik yang ditetapkan. (McGraw-Hill Dictionary of Scientific & Technical

Terms, 2003).
2.3. Kajian tentang Kaedah Hittorf

Terdapat beberapa kajian yang menggunakan kaedah Hittorf dalam penulisan kajian.

Salah satunya ialah artikel yang bertajuk Kesan ketebalan lapisan pertukaran kation

kepada elektrokimia dan ciri-ciri pengangkutan membran bipolar. Artikel ini

menyatakan bahawa kaedah hittorf yang diubah suai digunakan untuk mengukur

bilangan pengangkutan dalam membran yang digunakan. Kaedah ini bertujuan untuk

menentukan jumlah fluks kation natrium ke dalam asid dari alkali dan jumlah fluks

klorin anion ke dalam alkali dari asid.(Victor Zabolotskii, Nicolay Sheldeshov,

Stanislav Melnikov, 2013). Kajian yang seterusnya adalah bertajuk perjalanan ke

konduktor tinggi lithium-ion tunggal. Kajian ini secara ringka menerangkan definisi

utama nombor pemindahan dan kaedah pengukurannya, seperti yang diringkaskan

dalam (Golodnitsky D 2009). Daya penggerak pergerakan ion dalam elektrolit adalah

penghijrahan anion ke elektrod positif dan kation ke elektrod negatif spesies ion.

Untuk elektrolit yang dipisahkan sepenuhnya menjadi dua jenis ion. Kajian ini juga
mengtakrifkan nombor peralihan sebagai pecahan arus yang dibawa oleh nombor

peralihan spesies yang menyumbang kepada kekonduksian yang dibuat oleh spesies

tersebut dibahagi dengan jumlah kekonduksian (Armand MB, Chabagno JM, Duclot

MJ 1979), (Evans J, Vincent CA, Bruce PG 1987) (Gray FM 1991) dan teknik utama

yang tersedia merangkumi kaedah Tubandt-Hittorf.

2.4 Laman Sesawang Animasi

Dari sudut maklumat, globalisasi bermakna kebanjiran sistem teknologi canggih dan

pengaliran maklumat tanpa sebarang sempadan geografi dan kerajaan. Ini dapat

dilihat di dalam proses dan fenomena globalisasi yang mempunyai pelbagai alat

pemangkin yang moden dan canggih yang menggabungkan penggunaan internet,

pelbagai jenis telefon, teleks, faks dan sebagainya. Dari sudut penyiaran, teknologi

moden disebarkan dengan menggunakan TV tempatan, TV setelit, radio, media cetak

dan online, majalah dan agensi berita. Dari sudut pendidikan pula, pengaruh

globalisasi menjalar melalui institusi dan universiti serta pusat-pusat penyelidikan dan

maklumat. (Syed Najihuddin Syed Hassan,2016)

2.4.1 Laman Sesawang

Terdapat beberapa definisi yang diberikan berkenaan dengan laman sesawang. Mohd

Arif & Mohd Jasmy (2000) menjelaskan laman sesawang adalah laman yang

mengandungi pelbagai maklumat dalam bentuk teks, grafik, animasi audio dan video

yang berdasarkan kepada citarasa dan kreativiti pembinaan laman web tersebut.

Manakala Zolkepli et al. (2001) dalam Zurina et al. (2009) menjelaskan laman
sesawang ialah integrasi grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan.

Melalui laman sesawang semua maklumat dapat diakses dengan hanya mengklik di

hujung jari. Wan Mohd Hijatulllah (2001) pula menyatakan bahawa laman sesawang

adalah satu sistem server internet yang menyokong hyperteks yang berkebolehan

berhubung dengan pelbagai protokol internet dengan menggunakan satu saluran. Ia

berasaskan dokumen-dokumen multimedia yang dikenali sebagai laman sesawang.

Protokol-protokol itu termasuklah untuk emel, FTP, Telnet dan Usenet News.

Rangkaian Sesawang Sedunia mempunyai protokolnya sendiri yang dikenali sebagai

Hypertext Transfer Protocol (HTTP).

Pembelajaran berasaskan laman sesawang adalah kombinasi di antara elemen

pendidikan dan teknologi elektronik yang dikenali sebagai E-Pembelajaran, m-

pembelajaran atau mobile learning. Kaedah ini membolehkan individu mengikuti sesi

pembelajaran secara terbuka dan bebas dan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti

jadual atau menghadiri kelas yang ditetapkan.(Zahiah & Abdul Razaq, 2009).

2.4.2 Animasi

Animasi ialah suatu bidang yang tidak asing lagi pada zaman ledakan teknologi kini

yang juga mempunyai potensi besar untuk berkembang sejajar dengan perkembangan

media elektronik dan teknologi digital. Animasi memerlukan ketekunan dan ketelitian

yang jitu kerana animasi melibatkan penghasilan dari segi kreativiti sehingga ke

kemahiran dalam penggunaan teknologi. Teknik dan bentuk animasi sentiasa

berkembang mengikut arus peredaran zaman.(Fadli Abdullah dan Md Sidin Ahmad

Ishak,2010)

2.4.3 Kepentingan Laman Sesawang Animasi


Laman sesawang yang dibina dengan baik akan menjadi pendorong kepada

pelajar dalam pencarian maklumat dengan cepat. Pelajar dapat mengakes maklumat

tanpa kekangan masa atau bilik kuliah. Hal ini menunjukkan bahawa laman sesawang

mampu menyediakan kepelbagaian maklumat termasuk maklumat yang tidak

disediakan dalam buku kepada para pelajar. Dengan ini, para pelajar mampu

menyediakan bahan berlainan untuk aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

Tambahan pula, penggunaan animasi dalam laman sesawang dapat menarik

minat pelajar dan juga dapat menambahkan serta mengukuhkan pemahaman

terhadapa sesuatu perkara. Hal ini kerana laman sesawang animasi sebagai sumber

pembelajaran dapat memudahkan pelbagai pihak daripada segi pengajaran mahupun

pembelajaran. Laman sesawang animasi ini juga merupakan perkhidmatan yang

percuma dan cepat kepada pelajar jika dibandingkan dengan pelajar terpaksa ke kedai

buku untuk membeli buku rujukan.

Akhir sekali, pengetahuan serta kreativiti pelajar apabila mengakses laman

web animasi akan menjadi lebih mantap melalui laman sesawang animasi.

2.5 Model Reka Bentuk Instruksional

Reka bentuk Instruksional merupakan salah satu daripada cabang teknologi

komunikasi. Ianya merupakan satu kaedah atau proses latihan untuk menyusun alat-

alat media dan kandungan untuk membantu pelajar mahupun guru untuk

menyampaikan pengetahuan secara lebih efektif. Proses Rekabentuk Instruksional

yang sempurna mestilah merangkumi sesuatu yang diingini oleh pengguna, arahan

yang jelas menepati objektif dan mencipta sesuatu yang berasaskan media sebagai

bantuan kepada penyampaian pengetahuan. Idealnya, Reka bentuk Instruksional

seperti yang dimaklumkan oleh teori pedagogi, latihan pengajaran dan pembelajaran
mestilah sama ada ditentukan oleh pelajar sepenuhnya, bantuan guru atau komuniti

yang terlibat.(Emran,n.d.).

Model-model reka bentuk pengajaran ini mestilah direka bentuk berpandukan

teori-teori pembelajaran seperti teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan

konstruktivisme. Teori reka bentuk pengajaran ini pada asalnya digunakan semasa

meletusnya perang dunia kedua, di mana para psikologi telah membuat kajian dan

penyelidikan kaedah yang akan digunakan bagi latihan perkhidmatan ketenteraan.

Namun selepas perang kedua tamat, teori dan kaedah yang diguna pakai ini telah

dikembangkan oleh ahli psikologi ke dalam bidang pendidikan untuk menyelesaikan

masalah yang berkaitan dengan pengajaran seperti yang diguna pakai oleh Institut

American.(Ummu Nasibah Nasohah, Muhammad Izuan Bin Abd Gani, Nazipah Binti

Mat Shaid @ Md Shaid, 2015).

2.5.1 Model ADDIE

Terdapat beberapa model reka bentuk instruksional yang dapat digunakan dalam

pembangunan sesuatu produk atau modul. Model ADDIE, model ASSURE, model

Kemp, dan model Dick and Carey merupakan model-model yang digunakan oleh

pengkaji-pengkaji dalam kajian mereka. Bagi memastikan perjalanan proses

pengajaran & pembelanjaran kursus ini berkesan dan membolehkan responden

memperolehi kemahiran, pengetahuan dan menambahkan minat, satu modul

pengajaran yang reka bentuknya didasari kepada teori dan model yang sistematik

menepati keperluan responden. Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987

dan sering menjadi asas kepada model reka bentuk berarahan yang lain. Model

ADDIE mempunyai lima pembahagian utama iaitu analisis (Analysis), reka bentuk

(Design), pembangunan (Development), implimentasi (Implementation) dan penilaian

(Evaluation).
Analisis bertujuan untuk mengenalpasti pernyataan masalah diperkenalkan

dan cara menyelesaikan dalam pembangunan module atau produk. Beberapa

persoalan perlu diambil kira dalam proses analisis seperti tujuan rekabentuk

instruksional ini diperlukan, ilmu-ilmu yang perlu ada kepada responden sebelum

produk boleh digunakan, melihat kesesuaian isi kandungan produk kepada pelajar dan

adakah ia sesuai untuk kegunaan individu atau kumpulan. Medium untuk

pembangunan produk juga perlu diutamakan agar responden senang untuk mengakses

produk tersebut.

Seterusnya, reka bentuk pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah

instruksional yang akan digunakan. Contohnya produk tersebut mungkin akan

menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesian masalah,

permainan, simulasi, perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau

secara pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan seperti sama ada

menggunakan audio, video, komputer, internet dan sebagainya. Terdapat beberapa

langkah-langkah yang harus dilakukan pada fasa reka bentuk. Antaranya ialah

pendokumentasian projek perlu dilaksanakan yang mengandungi reka bentuk

berarahan, visual dan strategi rekabentuk. Selain itu, sikap-sikap pengguna seperti

kognitif, afektif dan psikomotor yang dipamerkan memberi kesan kepada aplikasi

strategi pengarahan. Papan cerita perlu dihasilkan bagi melihat perjalanan aplikasi.

Mereka bentuk antara muka, membangunkan prototaip dan menggunakan reka bentuk

visual merupakan antara langkah-langkah terakhir dalam fasa mereka bentuk.

Pembangunan merupakan suatu proses menghasikan produk yang telah direka

bentuk. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian membentuk grafik yang

diperlukan, menentukan pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian produk yang

dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut. Tahap ini membabitkan proses penjanaan
dan penghasilan bahan pembelajaran, dan tujuan utama bagi tahap ini adalah untuk

menjana rancangan dan bahan pelajaran. Pada tahap ini, rangka cerita dibentuk,

kandungan ditulis, grafik direka bentuk, unsur teknologi diintegrasikan, halaman

maklumat dan pelajaran dibentuk, dan semua media yang akan digunakan dalam

pengajaran dan sebarang dokumentasi sokongan dibentuk.  Setelah itu, penguji akan

mengkaji dan menyemak modul yang telah dibangunkan.

Implimentasi berperanan untuk membuat ujian rintis terhadap produk yang

telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel atau responden telah dipilih bagi

menggunakan produk tersebut. Tahap ini membabitkan penyampaian atau

pelaksanaan pengajaran yang sebenar, sama ada pengajaran itu berasaskan bilik

darjah, makmal matematik, seting peribadi, mahupun berasaskan komputer. Setelah

itu, penguji akan mengkaji dan menyemak modul yang telah dibangunkan.

Istilah pelaksanaan merujuk pelaksanaan artifak pembelajaran dan sistem yang

dibentuk dalam konteks pembelajaran yang diharapkan. Dengan kata lain,

pelaksanaan membabitkan proses menjalankan program atau modul pembelajaran

dalam konteks dunia sebenar. Tujuannya adalah untuk menyampaikan atau

melaksanakan pengajaran dengan efisien dan berkesan. Tahap ini perlu menyokong

pemahaman pelajar tentang bahan yang disediakan, menyokong pelajar menguasai

kemahiran tertentu, membantu pelajar membina pengetahuan berdaya maju,

menyediakan prosedur bagi melatih fasilitator atau pelajar modul pembelajaran, dan

mencuba pelajaran yang disediakan.  

Penilaian pula mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif

dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta

memperbaiki tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya

meningkatkan mutu produk selepas ujian rintis. Manakala penilaian sumatif


bermaksud penilaian keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya

satu kajian dibuat untuk menilai berapa peratuskah objektif yang tercapai setelah

proses penggunaan produk tersebut selesai digunakan. Tahap penilaian membabitkan

pengukuran keberkesanan dan keefisienan pengajaran. Istilah penilaian merujuk

kedua-dua penilaian formatif dan sumatif tentang produk pembelajaran dan sistem

yang dibentuk dan dilaksanakan. Dengan kata lain, penilaian melibatkan proses

menentukan kecukupan pelajaran atau modul yang disediakan.  Penilaian sepatutnya

berlaku secara berterusan dalam seluruh proses reka bentuk pengajaran seperti

penilaian dalam setiap tahap, penilaian antara tahap, dan penilaian selepas

pelaksanaan. Penilaian formatif merupakan penilaian berterusan semasa membentuk

sesuatu tahap dan antara tahap.  Tujuan penilaian ini adalah untuk memperbaiki

pengajaran sebelum versi mutakhir dilaksanakan. Penilaian sumatif pula berlaku

selepas versi pengajaran mutakhir dilaksanakan.  Tujuan penilaian ini adalah untuk

mentaksirkan keberkesanan keseluruhan pengajaran.  Lazimnya, data dari penilaian

sumatif digunakan untuk membuat keputusan tentang pengajaran, sama ada untuk

meneruskan pengajaran atau tidak.

2.6 Rumusan

Dalam bab ini telah menjelaskan mengenai Kaedah Hittorf dalam topik Elektrolit.

Selain daripada itu, dalam bab ini juga telah menerangkan beberapa kajian tentang

kaedah Hittorf, laman sesawang animasi, dan model reka bentuk instruksional.
BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai metodologi kajian yang meliputi cara, kaedah

dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian.

Metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan lebih sistematik dan lebih

lancar dalam mencapai objektif kajian. Bab ini juga akan menjelaskan metodologi

kajian yang digunakan dalam kajian yang dijalankan. Metodologi kajian dan strategi-

strategi dirancang dengan teratur bagi mendapatkan maklumat dan data di mana ini

merupakan aspek yang penting dalam menjalankan sesuatu kajian. Perkara yang

terdapat dalam bab ini ialah kaedah atau metodologi yang digunakan dalam

penganalisisan data dan pemprosesan bagi mendapatkan hasil kajian, pensampelan,

instrumen kajian, kajian rintis, prosedur kajian dan kaedah analisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk merupakan satu tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan

perancangan khusus dan sistematik terhdapa konsep pembentukan rangkaian

hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian

(Kerlinger, 1970). Reka bentuk kajian juga merujuk kepada cara penyelidik

mengendali kajian dan prosedur atau teknik yang digunakan untuk menjawab item-

item yang berkaitan dengan kajian.

Tujuan reka bentuk kajian adalah untuk mengawal punca-punca ketidakadilan


yang boleh mengganggu dapatan kajian (McMillan dan Schumacher, 1984). Kajian

ini merupakan kajian reka bentuk dan pembangunan. Penyelidik membangunkan

laman sesawang animasi bagi topik Kaedah Hittorf Elektrolit menjalankan kajian soal

selidik. Kajian tinjauan dijalankan bagi mengetahui persepsi responden terhadap

modul pembelajaran kendiri yang dibangunkan dan reka bentuk kajian yang

digunakan ialah tinjauan kuantitatif.

3.3 Populasi dan Pensampelan

Dalam kajian ini populasi dan pensampelan merupakan perkara yang penting

bagi mendapatkan analisis data yang diperlukan oleh pengkaji.

Populasi merujuk kepada sekumpulan individu, objek atau benda kejadian

yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang ingin dikaji. Populasi yang dikaji oleh

pengkaji merupakan daripada aspek responden yang sedang melanjutkan pelajaran

dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia dengan Kepujian

Menurut Noraini Idris (2013), pensampelan adalah proses pemilihan objek

penyelidikan daripada populasi yang diwakili oleh populasi yang besar. Bagi

menjalankan kajian ini, pensampelan rawak mudah telah digunakan kerana sampel

ialah pelajar-pelajar daripada kelas yang telah sedia ada dan juga telah mengikuti

kuliah Kimia Fizikal 2 sepanjang tempoh pengajian. Mahasiswa dan mahasiswi

daripada Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia Kimia semester tiga sehingga

semester enam daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengambil kursus

Kimia Fizikal 2 dipilih sebagai sampel untuk kajian ini. Jumlah responden bagi bagi

kajian ini adalah seramai 257 orang. Jadual 3.1 menunjukkan bilangan pelajar bagi

setiap semester.
Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Setiap Semester bagi Semester 2 2020/2021

Semester Jumlah Pelajar

Tiga 12

Empat 96

Lima 45

Enam 104

Jumlah 257

Jumlah keseluruhan bagi populasi adalah 257 orang mahasiswa dan mahasiswi

daripada ISMP Kimia semester tiga sehingga semester enam. Berdasarkan jadual

pensampelan Krejcie dan Morgan (1970) yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2, sampel

yang bertepatan dengan jumlah populasi 257 orang adalah 152 orang. Oleh hal yang

demikian, pengkaji memilih 152 orang pelajar ISMP Kimia semester tiga hingga

enam sebagai responden.

Jadual 3.2 Jadual Saiz Sampel (Krejcie & Morgan, 1970)

N S N S

10 10 220 140

15 14 230 144

20 19 240 148

25 24 250 152

30 28 260 155

35 32 270 159

40 36 280 162
45 40 290 165

50 44 300 169

55 48 320 175

60 52 340 181

65 56 360 186

70 59 380 191

75 63 400 196

80 66 420 201

85 70 440 205

90 73 460 210

95 76 480 214

100 80 500 217

110 86 550 226

120 92 600 234

130 97 650 242

140 103 700 248

150 108 750 254

160 113 800 260

170 118 850 265

180 123 900 269

190 127 950 274

200 132 1000 278

210 136 1100 285

N : Saiz Populasi S : Saiz Sampel


3.4 Instrumen Kajian

Menurut Baharuddin et al. (2002), penggunaan instrumen merupakan kaedah yang

berkesan dan menyediakan maklumat dalam bentuk kuantitatif daripada sesuatu kaji

selidik yang lebih umum. Nilai sesuatu maklumat yang diperolehi daripada proses

penilaian instrumen bergantung kepada betapa sempurnanya sesuatu instrumen

tersebut direka bentuk (Leonard et al., 2004). Konstruk-konstruk yang dikemukakan

seharusnya tepat dan tidak mengarah kepada pemberian jawapan yang pelbagai

sehingga sukar dianalisis. Dalam konteks kajian ini, instrumen yang digunakan ialah

borang kesahan kandungan muka dan kandungan kit multimedia, borang kesahan

muka dan kandungan soal selidik. Content Validity Index(CVI) akan digunakan dalam

analisis data untuk borang-borang kesahan manakala Nilai pekali Alpha Cronbach

akan diguna pakai dalam menganalisis data kuantitatif yang dikumpul daripada kajian

ini.

3.4.1 Borang Kesahan Kandungan

Borang kesahan modul hanya mempunyai satu bahagian sahaja yang terdiri daripada

lima item. Penyelidik telah merujuk peratusan persetujuan pakar dalam penerimaan

item yang digunapakaikan oleh Mohd Sahandri et al. (2013) dari buku panduan

pembinaan instrumen “Anda dan Kepenggunaan”. Borang kesahan kandungan modul

ini diedarkan kepada tiga orang pensyarah Kimia Fizikal bagi memastikan modul

pembelajaran kendiri adalah tepat. Terdapat lima item dalam borang kesahan

kandungan modul ini yang diberi empat skor berdasarkan skala Likert. Setiap skor

yang terdapat dalam borang penilaian adalah mewakili tahap persetujuan pakar

terhadap penyataan berkenaan. Berdasarkan maklum balas serta komen daripada

kumpulan pakar, penempatan item menurut konstruk yang ditentukan dikekalkan jika
sekurang-kurangnya 80% pakar bersetuju bahawa item berkenaan sesuai dengan

konstruk yang telah ditetapkan. Item yang mendapat kurang daripada 60%

persetujuan pakar maka item berkenaan disingkirkan. Manakala item yang mencapai

persetujuan pakar di antara 60% - 80% diubahsuai dan dimurnikan berdasarkan

nasihat, cadangan, komen serta perbincangan dengan kumpulan pakar.

3.4.2 Borang Soal Selidik

Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ialah borang soal selidik bagi

memperoleh data kuantitatif. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

konstruk pertama iaitu konstruk demografi bertujuan untuk mendapatkan maklumat

berkaitan profil responden manakala konstruk kedua, mengandungi konstruk-konstruk

iaitu rekabentuk model, kandungan dan kebolehgunaan yang setiap satunya

mempunyai item-item berskala likert bertujuan untuk mengetahui tahap kepentingan

dan persepsi setiap item-item yang ada. Soal selidik juga membenarkan penyelidik

untuk mendapatkan lebih informasi tentang sesuatu dalam masa yang singkat. Hal ini

kerana instrument soal selidik hanya memerlukan tempoh menjawab dalam masa

yang singkat dan dalam talian sahaja. Selain itu, hasil penyelidikan juga akan dapat

diguna semula atau diulangi jika penyelidikan tersebut mempunyai ciri-ciri kajian

yang sama ataupun seakan-akan sama dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan

atau untuk mencadangkan sesuatu perubahan. Seterusnya, soal selidik ini

diubahsuaikan dan diwujudkan berdasarkan keperluan objektif kajian. Rangka

mengenai item-item yang disoalkan dalam setiap bahagian konstruk disenaraikan

dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3 Rangka mengenai Item-Item yang disoalkan dalam Borang Soal Selidik
Konstruk Item-item

 Jantina

Maklumat Demografi  Bangsa

 Semester Pengajian Responden

 Arahan yang diberikan dalam model

Rekabentuk Model  Kesesuaian warna saiz gambar

 Kesesuaian ilustrasi model

 Kesesuaian dengan sesi PdPc

 Standard pembelajaran
Kandungan
 Kontek yang mudah difahami

 Kesan terhadap pelajar

 Tahap kebolehgunaan

 Kefahaman peraturan

Kebolehgunaan  Kesan terhadap pelajar

 Kesan terhadap PdPc

 Kesan terhdapa PAK-21

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Menurut Kerlinger & Lee (2000), kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu instrumen

adalah penting bagi memastikan dapatan yang diperolehi boleh dipercayai dan tidak

dipersoalkan

3.5.1 Kesahan
Semakan pakar adalah perlu untuk memastikan ketepatan konstruk serta kejelasan kandungan

(Kline, 2005). Justeru, instrumen penilaian yang dibina telah diberikan kepada pakar yang

mempunyai kemahiran dalam bidang yang berkaitan untuk disemak bagi memastikan isi

kandungan menepati matlamat kajian dan bersesuaian. Pemilihan panel pakar adalah terdiri

daripada tiga orang pensyarah universiti bidang kimia fizikal yang mempunyai pengalaman

mengajar mata pelajaran kimia atau kimia fizikal lebih daripada 5 tahun. Selain itu, pakar

juga perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kimia fizikal.

Prosedur pengesahan soal selidik dimulakan dengan pengkaji di mana

pengkaji menghantar email kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat untuk dilantik

sebagai pakar kesahan. Setelah mendapatkan kebenaran daripada pensyarah, pengkaji

mula menghantar email surat lantikan pakar kesahan dan soal selidik. Tempoh masa

untuk menyemak item-item dalam soal selidik tersebut diberikan secukupnya kepada

pensyarah penilai. Semua panel yang dilantik telah diberi penerangan mengenai latar

belakang kajian, definisi konsep kajian, operasi konstruk yang terlibat dan tugas

penyemakan item-item yang dibina. Mereka telah diberikan Borang Semakan Pakar

Instrumen Penilaian iaitu Borang kesahan muka dan kandungan kit multimedia dan

borang kesahan muka dan kandungan soal selidik bagi memberi komen dan cadangan

terhadap item-item pada penilaian yang mereka lihat kurang menepati kehendak

konstruk.

Berdasarkan pandangan Sidek dan Jamaluddin (2005), penentuan kesahan

kandungan yang baik adalah di mana dapat menyatakan bahawa sesebuah modul itu

mempunyai kesahan kandungan yang tinggi dan baik apabila memperoleh 70%. Ia

juga dianggap menguasai atau telah mencapai tahap pencapaian yang tinggi

berdasarkan Content Validity Index(CVI).


3.5.2 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan atau kestabilan keputusan pentaksiran

(Azizi Ahmad, 2010). Ini bermakna seseorang individu itu akan mendapat skor yang

sama daripada sesuatu instrumen seandainya kebolehan individu itu adalah tekal atau

trait yang hendak diukur itu tidak berubah walaupun diukur berkali-kali dengan

instrumen yang sama. Justeru, penyelidik menggunakan kaedah ketekalan dalaman

bagi menentukan pekali kebolepercayaan iaitu mencari pekali alfa atau dikenali

sebagai Cronbach Alpha bagi setiap konstruk dan keseluruhan instrumen penilaian

tersebut. Dalam kajian ini, setiap item-item yang dibina berdasarkan kajian literatur

adalah tidak wajar untuk melakukan analisis faktor (Mohd Sahandri Gani et al.,

2014). Ini adalah kerana Chua (2006) menyatakan bahawa bagi menentukan item

individu yang harus dikekalkan atau disingkirkan, data-data kajian rintis boleh

dianalisis dengan analisis item (item analysis) menggunakan program pekali

kebolehpercayaan Alpha Cronbach.

Jadual Nilai Kebolehpercayaan boleh dijadikan panduan dalam menaksir

kebolehterimaan instrumen kajian dari segi kebolehpercayaan berasaskan nilai pekali

kebolehpercayaan (Lim, 2007) seperti di Jadual 3.4

Jadual 3.4 Panduan Tahap Nilai Pekali Kebolehpercayaan

Pekali Kebolehpercayaan Tahap Kebolehpercayaan

0.90 atau lebih Amat baik


0.80 – 0.89 Baik
0.60 – 0.79 Sederhana
0.40 – 0.59 Diragui
0.00 – 0.39 Ditolak
3.6 Prosedur Kajian

Prosedur kajian adalah langkah-langkah yang dilakukan bagi menjalankan kajian ini.

Fasa utama dalam kajian ini adalah merupakan fasa pembangunan Laman Sesawang

Animasi Kaedah Hittorf dan fasa pengujian untuk mendapatkan persepsi pelajar

terhadap modul yang dibangunkan.

Kajian yang dijalankan adalah berpandukan prosedur kajian pada Rajah 3.1.

Pada fasa pertama kajian ini, penyelidik telah mengenal pasti masalah yang dihadapi

dalam kajian. Masalah kajian telah dikenal pasti melalui pembacaan kajian-kajian

lepas. Seterusnya, penyelidik telah menetapkan objektif yang ingin dicapai pada akhir

kajian ini iaitu Laman Sesawang Animasi Kaedah Hittorf dan mendapatkan persepsi

responden terhadap kit multimedia tersebut.

Proses pembangunan Modul Laman Sesawang Animasi Kaedah Hittorf

Elektrolit akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 4. Pada fasa pengujian

adalah fasa bagi mendapatkan persepsi responden terhadap Modul Laman Sesawang

Animasi Kaedah Hittorf Elektrolit. Pada fasa ini, penyelidik perlu mendapatkan

kesahan kandungan kit multimedia Laman Sesawang Animasi Kaedah Hittorf dan

seterusnya mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan borang soal selidik persepsi.

Setelah kesahan semua instrumen diperoleh, responden telah diberikan peluang untuk

meneliti Laman Sesawang Animasi Kaedah Hittorf Elektrolit sebelum diminta

menjawab borang soal selidik pesepsi yang diberikan.


ANALISIS (ANALYSIS)
Mengenal pasti masalah dan objektif kajian

REKA BENTUK (DESIGN)


Lakaran story board bagi Laman Sesawang
Animasi Kaedah Hittorf berpandukan nota
Kaedah Hittorf yang diberikan semasa
mengikuti Kimia Fizik 2 dan hasil carian di
laman sesawang

PEMBANGUNAN (DEVELOPMENT)
Pembangunan Laman Sesawang Animasi
‘HittANI’ Kaedah Hittorf mengikut model
instruksional ADDIE

IMPLEMENTASI (IMPLEMENTATION)
• Pengujian laman sesawang animasi
‘HittANI’ Kaedah Hittorf
• Mengedarkan borang soal selidik
dalam bentuk Google Form
PENILAIAN (EVALUATION)
Selepas data berjaya dikumpulkan, analisis data
secara kaedah statistik deskriptif dilakukan

Laporan

Rajah 3.1 Prosedur yang digunakan sepanjang menjalankan kajian

3.7 Kaedah Analisis Data

Sebelum pengkaji menjelaskan lebih lanjut mengenai kaedah penganalisisan data,

Jadual 3.5 di bawah adalah kaedah analisis data yang digunakan berdasarkan objektif

kajian.

Jadual 3. 5 Analisis Data Berdasarkan Objektif Kajian

Objektif Kajian Analisis Data

Membangunkan laman sesawang animasi ‘HittANI’ Content Validity Index (CVI)

bagi topik Kaedah Hittorf.

Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan laman Content Validity Index (CVI)

sesawang animasi ‘HittANI’ bagi topik Kaedah Hittorf.


Nilai Alpha Cronbach
Menilai persepsi pelajar terhadap penggunaan laman Statistik Deskriptif:

sesawang animasi ‘HittANI’ bagi topik Kaedah Hittorf. kekerapan, min dan peratusan

Berdasarkan Jadual 3.5, prosedur penganalisisan data adalah berdasarkan

objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan. Kajian ini menggunakan kaedah

analisis data iaitu soal selidik dan juga SPSS. Soal selidik pelajar pula akan dianalisis

secara statistik menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dengan

menggunakan Statistik Deskriptif iaitu kekerapan, min dan peratusan kerana menurut

Chua(2010), bagi menganalisis perbezaan antara responden, pengkaji boleh

menggunakan ujian bukan parametrik(parameter) seperti analisis deskriptif kerana

nilai skala likert adalah skala ordinal. Rajah 3.2 berikut merupakan prosedur analisis

data yang terdapat dalam SPSS.

Data dikumpul daripada


responden kajian

Data dimasukkan ke dalam


SPSS Data Editor

Data dianalisis
menggunakan prosedur
statistik tertentu

Hasil Analisis dipamerkan


dalam SPSS Output Navigator

Rajah 3.2 Prosedur Analisis Data menggunakan SPSS


3.8 Rumusan

Menurut Mokthar Ismail (2009), penilaian dan pentaksiran merupakan komponen

penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hasil dapatan penilaian dan

pentaksiran dapat memberi maklumat kepada pendidik tentang keberkesanan

pendekatan, strategi atau teknik pengajaran yang digunakan. Bagi seorang murid pula,

ia merupakan satu indikator atau penunjuk kepada apa yang telah mereka pelajari, apa

yang masih perlu dipelajari dan bagaimana cara terbaik untuk mempelajari sesuatu

mata pelajaran. Secara keseluruhannya, dalam bab ini telah dijelaskan secara

terperinci kaedah metodologi yang digunakan dalam kajian yang melibatkan reka

bentuk kajian, subjek atau sampel kajian, prosedur pengambilan data, instrumen dan

kesahan serta kebolehpercayaannya, prosedur kajian, serta prosedur penganalisisan

data.

RUJUKAN

Abdullah, F., & Ahmad Ishak, M. (2010). Pembangunan Sektor Animasi di Malaysia:

Pendidikan dan Latihan Animasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal

Pengajian Media Malaysia Jilid 12, 12(2), 69-82. Retrieved 6 December

2020, from.

Armand MB, Chabagno JM, Duclot MJ (1979) In: Vashista P, Mundy JN, Shenoy

GK (eds) Fast ion transport in solids: electrodes and electrolytes. North-

Holland, New York

Auzar, A. (2012). Keberkesanan penggunaan perisian asas membaca. Gema Online

Journal of Language Studies, 12(2) Retrieved from https://search-proquest-

com.ezpustaka2.upsi.edu.my/docview/2407361602?accountid=13155
Aziz Nordin (1992). Cubaan Murid Menyelesaikan Pengiraan Konsep Mol. Buletin

JPST. 2(2),26-39

Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. Studentsrepo.um.edu.my. Retrieved 29 December

2020, from http://studentsrepo.um.edu.my/3982/5/chapter_4.pdf.

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin & Manimegalai Subramaniam. (2002).

Reka bentuk perisian multimedia (1st ed.). Johor: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia.

Che hat, Norhayati & Sha'ari, Shaferul Hafes & Abdul Hamid, Mohd Fauzi. (2013).

Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi dalam Pembelajaran Bahasa

Arab. Jurnal Teknologi. 63. 10.11113/jt.v63.1683.

Chua (2010). BAB 3: METODOLOGI KAJIAN. Studentsrepo.um.edu.my. Retrieved 1

January 2021, from http://studentsrepo.um.edu.my/5395/3/BAB_3.pdf.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyelidikan

buku 1. Selangor: McGraw- Hill (Malaysia).

DIN, R., AHMAD, M., KZ, M., MOHAMAD SIDEK, N., ABDUL KARIM, A., &

JOHAR, N. et al. (2009). KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN SOAL

SELIDIK GAYA e-PEMBELAJARAN (eLSE) VERSI 8.1 MENGGUNAKAN

MODEL PENGUKURAN RASCH [Ebook] (5th ed., pp. 15-27). Jurnal

Pengukuran Kualiti dan Analisis. Retrieved 1 January 2021, from

https://www.ukm.my/jqma/v5_2/jqma-5-2-02-rosseni.pdf.

Evans J, Vincent CA, Bruce PG (1987) Electrochemical measurement of transference

numbers in polymer electrolytes. Polymer 28(13):2324–2328

Golodnitsky D (2009) Electrolytes: single lithium ion conducting polymers. In:


Garche J, Dyer C, Moseley P, Ogumi Z, Rand D, Scrosati D (eds)

Encyclopedia of electrochemical power sources, vol 5. Elsevier, Amsterdam

Gray FM (1991) Solid polymer electrolytes: fundamentals and technological

applications. VCH, New York

Grove, N. P., & Lowery Bretz, S. (2012). A continuum of learning: from rote

memorization to meaningful learning in organic chemistry. Chemistry

Education Research and Practice, 13(3), 201. doi:10.1039/c1rp90069b

Hittorf method. (n.d.) McGraw-Hill Dictionary of Scientific & Technical Terms, 6E.

(2003). Retrieved October 25 2020

from https://encyclopedia2.thefreedictionary.com/Hittorf+method

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Bentong:

PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan pembangunan pendidikan Malaysia

2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kendra, C. (2020). How Does Perception Work?. Verywell Mind. Retrieved 20

January 2021, from https://www.verywellmind.com/perception-and-the-

perceptual-process-2795839.

Kerlinger, F. N. (1970). Foundations of Behavioral Research: Educational and

Psychological Inquiry. London: Holt. Reinhart & Winston.

Kline, T. (2005). Psychological Testing: A practical approach to design & evaluation.

California: Sage Publication.

Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantiatif dan

kualitatif. Selangor: McGraw- Hill (Malaysia).

Leonard, M. K., Tipps, S., & Johnson, A. (2004). Guiding children’s learning of

mathematics (10th ed). United States of America: Thompson Learning, Inc.


Masyuniza Yunos. 2015. Hubungan sikap dan persepsi murid terhadap pembelajaran

Bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu, 5 (2) Nov.: 22-30.

McMillan, J. H., & Schumacher, S. (1984). Research in education: A conceptual

introduction. Boston: Little, Brown.

Mohd Arif Ismail & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2000). Pembinaan Laman Web

Untuk Pengajaran Fokus Terhadap Kursus GE2123 : Teknologi Dan Inovasi

Dalam Pendidikan. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2000. Hotel

Equatorial Bangi. 14 – 15 November 2000.

Mohd Noor, N. Definisi Elektrolisis. RUANGAN ILMU. Retrieved 6 December

2020, from http://nurulnadira.weebly.com/definisi-elektrolisis.html

Mohd Sahandri Gani Hamzah, Laily Paim, Sharifah Azizah Haron., & Mohd Faizal

Nizam Lee Abdullah. (2013). Buku panduan pembinaan instrumen “ Anda

dan Kepenggunaan”. Tanjung Malim, Perak: Emeritus Publications.

Mohd Sahandri Gani Hamzah, Noor Shah Saad, Saifuddin Kumar Abdullah, Mazura

Mastura Muhammad., & Husni Zaim Khairun Nasri. (2014). Transformation

of research instrument development in education. US-China Education

Review A, 4(10), 679-687.

Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Nasohah, U., Abd Gani, M., & Mat Shaid @ Md Shaid, N. (2015). MODEL ADDIE

DALAM PROSES REKA BENTUK MODUL PENGAJARAN: BAHASA

ARAB TUJUAN KHAS DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SEBAGAI CONTOH. Proceedings Of The International Seminar On

Language Teaching Iselt 2015. Retrieved 6 December 2020, from.


Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill

Education

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan. Shah Alam: McGraw-Hill

Education.

Perbezaan Antara Kajian Kuantitatif dan Kualitatif. Made In UITM. Retrieved 1

January 2021, from https://madeinuitm.com/perbezaan-antara-kajian-

kuantitatif-dan-kualitatif/.

Salehudin, N. N., H. N., & Hamid N. A. A. (2015). Matematik dan Kemahiran Abad

Ke-21: Perspektif Murid. Jurnal Pendidikan Matematik. Vol. 3, Bil.1, 24-36.

ISSN: 2231-9425.

Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan modul: Bagaimana

membina modul latihan dan modul akademik. Serdang: Penerbit Universiti

Putra Malaysia.

Simbolon, M. (2007). PERSEPSI DAN KEPRIBADIAN. Jurnal Ekonomis, 1(1), 52-

66. Retrieved from https://jurnal.unai.edu/index.php/jeko/article/view/516

Sirhan, G. (2007). Learning Difficulties in Chemistry : An Overview. Journal Of

Turkish Sccience Education, 4(2), 2–20.

Syed Hassan, Syed Najihuddin & Zakaria, Nidzamuddin & Ma, Yu & Goje, Kabiru &

Said, Walid. (2016). Pembangunan Aplikasi Teknologi Dalam Memantapkan

Pengajaran Dan Pembelajaran Hadis Pada Zaman Globalisasi.

Syed Hassan, S. (2016). Pembangunan Aplikasi Teknologi Dalam Memantapkan

Pengajaran Dan Pembelajaran Hadis Pada Zaman Globalisasi.

Rsearchgate.net. Retrieved 6 December 2020, from

https://www.researchgate.net/publication/308963561.

Wan Muhammad Hujatullah Wan Ghazali. (2001). Pembinaan Laman Web Untuk
Program Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan UKM. Projek Penyelidikan

Ijazah Sarjana Pendidikan: UKM.

Wyatt, A. 2010. The Complete Digital Animation Course: The Principles, Practice

and Techniques of Successful Digital Animation. London: Thames & Hudson

Ltd.

Yunus, E. TEORI DAN REKABENTUK INSTRUKSIONAL [Ebook]. Academia.

Retrieved 6 December 2020, from

http://www.academia.edu/4381882/TEORI_DAN_REKABENTUK_INSTRU

KSIONAL?auto=download.

Zabolotskii, V., Sheldeshov, N., & Melnikov, S. (2013). Effect of cation-exchange

layer thickness on electrochemical and transport characteristics of bipolar

membranes. Journal of Applied Electrochemistry, 43(11), 1117–

1129. doi:10.1007/s10800-013-0560-3

Zaidy, S. Model-model Reka Bentuk Pengajaran. HidayahZaidy EDU 3105.

Retrieved 6 December 2020, from http://hidayahzaidy.weebly.com/model-

model-reka-bentuk-pengajaran.html.

Zarubin, D. P. (2017). On the Lark-Horovitz equation for ion selective membrane

electrodes and its derivation. Journal of Solid State Electrochemistry, 22(2),

613–633. doi:10.1007/s10008-017-3744-7 

Zolkepli Haron. (2001). Persepsi Pelajar PJJ UKM Terhadap Pembelajaran Secara

Online. Pembentangan Kertas Kerja Konvensyen Persatuan Teknologi

Pendidikan Malaysia kali ke 14. Hotel Goldcourse, Kelang. 11 –14

September.

Zurina Yasak, Baharom Mohamad, Ahmad Esa & Shahrizal Shahabuddin. (2009).

Kaedah Pengajaran Berasaskan Web Terhadap Pelajar Diploma Kejuteraan


Elektri Mekatronik di Politeknik. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains

dan Teknologi. 2009, 26-27 Oktober 2009, UTHM.

Anda mungkin juga menyukai